SlideShare a Scribd company logo
PRISMAPERSATUAN MAHASISWA ISLAM ZON SELATAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN
2015 MASIHI / 1436 HIJRAH
2
Hakcipta Terpelihara®
Cetakan pertama 2015
Diterbitkan oleh:
Sekretariat Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
prismakuis2014@gmail.com
prismakuis.blogspot.com
Dicetak oleh:
Biro Penerbitan dan Multimedia,
Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
3
UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN
Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
KANDUNGAN
PRAKATA
AHLI LEMBAGA SEKRETARIAT PERLEMBAGAAN
FASAL 1 . . NAMA
FASAL 2 . . TEMPAT URUSAN
FASAL 3 . . PERLAMBANGAN
FASAL 4 . . TUJUAN / MATLAMAT
FASAL 5 . . KEAHLIAN
FASAL 6 . . YURAN DAN BAYARAN LAIN
FASAL 7 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 8 . . HAL MESYUARAT DAN MESYUARAT AGUNG
FASAL 9 . . HAL JAWATANKUASA DAN ORGANISASI
FASAL 10 . . KEWAJIPAN-KEWAJIPAN JAWATANKUASA
FASAL 11 . . KEWANGAN
FASAL 12 . . PEMERIKSA KIRA-KIRA
FASAL 13 . . PEMEGANG AMANAH
FASAL 14 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 15 . . PENASIHAT / PENAUNG
FASAL 16 . . LARANGAN
FASAL 17 . . PINDAAN UNDANG-UNDANG
FASAL 18 . . PEMBUBARAN
4
PRAKATA
lhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan pemilik sekalian alam.
Juga selawat dan salam buat junjungan baginda nabi Muhammad S.A.W. Moga-
moga kita ditempatkan bersama dengan golongan yang mendapat syafaat baginda.
Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan ini merupakan satu panduan
dan rujukan kepada Jawatankuasa Persatuan dalam aspek perundangan yang meliputi
pengurusan, kewangan serta hal-hal kewajipan Jawatankuasa Persatuan. Perlembagaan ini
merupakan rujukan tertinggi Persatuan yang turut dikombinasikan dengan dua rujukan
tertinggi umat Islam; Al-Quran dan As-Sunnah.
Adalah menjadi kewajipan kepada pimpinan Persatuan ini untuk merujuk kepada
perlembagaan Persatuan dalam mengurus dan mengelola tatacara kuasa yang diberikan oleh
ahli melalui pemilihan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ataupun melalui
lantikan di dalam portfolio tidak tetap Persatuan.
Perlembagaan Persatuan ini yang terdiri daripada 18 Fasal digubal mencakupi
segenap aspek pentadbiran Persatuan; daripada hal nama Persatuan sehingga kepada perihal
pembubaran Persatuan. Pindaan terhadap isi kandungan perlembagaan Persatuan ini boleh
dilakukan mengikut tatacara yang terkandung di dalam Fasal 14 perlembagaan Persatuan ini.
Semoga Jawatankuasa Persatuan ini terus memelihara dan menjalankan amanah
menggerakkan Persatuan ini selaras dengan matlamat penubuhan Persatuan ini. Dan semoga
di masa mendatang, Persatuan ini berupaya melahirkan susuk pimpinan negara yang akan
mentadbir negara dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah.
MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI
Presiden
Merangkap Pengerusi Sekretariat Perlembagaan
Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan.
30 JUN 2015 BERSAMAAN 13 RAMADHAN 1436 HIJRAH
A
5
AHLI LEMBAGA SEKRETARIAT PERLEMBAGAAN
PENASIHAT
PUAN SUHAILY BINTI MD SHAMSUDIN
PANEL SEMAKAN
MUHAMMAD LUTFI BIN MD LATIB
PENGERUSI
MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI
AHLI LEMBAGA
‘AMMAR RAHIMI BIN MAD YUSOP
MUHAMAD FARHAN MAWARZI BIN ABD. LATIF
NUR ZAWANI BINTI ZAKARIAH
MUHAMMAD NORIKMAL BIN MOHD AMIN
NUR AMIRAH BINTI ABD RANI
ABD HANNAN BIN ABD HAMID
HABSAH BINTI MOHD SUFYAN
ZAHIRUL NUKMAN BIN NARAKNA
6
PERLEMBAGAAN
Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
FASAL 1: NAMA PERSATUAN
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan selepasnya disebut sebagai PRISMA.
FASAL 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
1. Alamat tempat urusan ialah:
Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Pelajar,
Aras 2, Blok Akademik 1,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
2. Dan alamat surat menyurat ialah:
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 44300, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
3. Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor terlebih dahulu.
FASAL 3: DEFINISI
1. Persatuan merujuk kepada pertubuhan ini yang ditubuhkan atas komitmen dan
kerjasama ahli dalam membangunkan kesatuan dan perpaduan.
2. Mahasiswa merujuk kepada tenaga kerja dan ahli yang terdiri daripada siswa dan
siswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
3. Islam merujuk kepada agama yang menjadi teras pembawakan Persatuan ini, serta
menjadi pegangan dan ikutan ahli Persatuan ini.
4. Zon Selatan merujuk kepada kawasan di mana Persatuan ini bertanggungjawab
menjaga perihal kebajikan dan perpaduan ahli, meliputi negeri-negeri Selatan
Semenanjung Malaysia; Negeri Johor Darul Takzim, Negeri Melaka Darul Azim dan
Negeri Johor Darul Takzim.
7
FASAL 4: PERLAMBANGAN
1. Perlambangan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan adalah menurut ketetapan
berikut:
Rajah 1: Perlambangan Rasmi Persatuan
8
2. Selain daripada perlambangan di Fasal 4(1) di atas, Persatuan ini juga menggunapakai
perlambangan tambahan bagi Jawatankuasa kecil yang dibentuk di bawah kerangka
organisasi Persatuan, iaitu:
Rajah 2: Perlambangan Biro Sukan dan Kebudayaan
Rajah 3: Perlambangan Biro Korporat dan Perhubungan Luar
Rajah 4: Perlambangan Biro Penerbitan dan Multimedia
9
3. Sebarang pertukaran perlambangan Persatuan perlulah mendapat persetujuan daripada
2/3 ahli berdaftar, melalui undian di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta
menepati kaedah di dalam Fasal 9(3) dan Fasal 18 perlembagaan ini.
4. Pindaan perlambangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Persatuan perlulah
diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemutusan
mesyuarat pindaan.
Rajah 5: Perlambangan Duta Negeri-Negeri
10
FASAL 5: OBJEKTIF / MATLAMAT
1. Matlamat Persatuan ini adalah untuk:
1.1 Meningkatkan jati diri mahasiswa untuk lebih menghargai warisan agama dan
budaya.
1.2 Menjaga kebajikan ahli dari aspek pengajian, kewangan, aktiviti berpersatuan
serta perpaduan.
1.3 Memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kehidupan.
1.4 Menjalin hubungan yang harmoni dengan organisasi dalam dan luar kampus.
FASAL 6: KEAHLIAN
1. Keahlian Persatuan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
1.1. Ahli Biasa
a. Terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor yang menetap/bermastautin atau berasal dari negeri Johor, Melaka atau
Negeri Sembilan;
b. Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan persatuan ini;
c. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan dengan;
i. Mengambil bahagian di dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan
ii. Mengundi dalam semua perkara di dalam mesyuarat Persatuan
iii. Memegang sebarang jawatan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung
dan mesyuarat Jawatankuasa
iv. Menyertai, menerima dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti,
skim bantuan mahupun program yang diadakan.
1.2. Ahli Bersekutu
a. Terbuka kepada mana-mana mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor yang menetap/bermastautin atau berasal dari luar negeri
yang dinyatakan pada Perenggan 1.1(a) di atas;
b. Telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan (MT);
c. Mematuhi syarat-syarat keahlian dan sanggup menerima serta mematuhi
perlembagaan Persatuan ini;
d. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama Persatuan ini.
11
2. Seseorang yang ingin menjadi ahli Persatuan ini hendaklah mengisi borang
keahlian yang boleh didapati secara percuma dari Setiausaha Agung dan Timbalan
Setiausaha Agung Persatuan.
3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung atau
Timbalan Setiausaha Agung Persatuan bersama-sama dengan yuran keahlian yang
telah digariskan pada Fasal 7(2) dan Fasal 7(3) yang hendaklah mengemukakan
permohonan itu secepat mungkin kepada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan melalui
Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diluluskan. Majlis Tertinggi boleh menolak
sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
4. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah dimaklumkan
secara bertulis oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung, dan
berhaklah ia dengan hak sebagai ahli. Bagi permohonan yang ditolak, Persatuan perlu
memulangkan kembali yuran keahlian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari
tempoh ditolak permohonannya.
FASAL 7: YURAN DAN BAYARAN LAIN
1. Setiap ahli berdaftar Persatuan, dimestikan mengikut ketetapan yang diputus oleh
Jawatankuasa Persatuan dalam hal yuran dan bayaran lain.
2. Sebagai ahli biasa berdaftar yang baru, ahli dimestikan membayar sebanyak RM 1.00
sebagai yuran komitmen seumur hidup.
3. Sebagai ahli bersekutu berdaftar yang baru, ahli dimestikan membayar sebanyak
RM 2.00 sebagai yuran komitmen seumur hidup.
4. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-perkara yang
tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Tertinggi.
5. Persatuan boleh menerima sumbangan sama ada berupa wang atau lain-lain bentuk
bantuan daripada bukan ahli, orang perseorangan atau badan korporat di bawah
pemantauan Majlis Tertinggi Persatuan.
6. Persatuan juga boleh mengadakan kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dan pihak berkuasa
dengan tujuan untuk memajukan aktiviti persatuan.
12
FASAL 8: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberikan
kenyataan yang bertulis dua (2) minggu sebelum berhenti kepada Setiausaha Agung
atau Timbalan Setiausaha Agung, dan melunaskan segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak
dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau
digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Jawatankuasa Persatuan.
3. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis.
4. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat
Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.
FASAL 9: HAL MESYUARAT DAN MESYUARAT AGUNG
1. Persatuan dikehendaki mengelolakan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung
Khas dan lain-lain hal ehwal mesyuarat Persatuan. Pengelolaan mesyuarat Persatuan
ini terserah kepada penetapan masa dan tempat oleh Jawatankuasa Persatuan.
2. Bagi hal ehwal Mesyuarat Agung Tahunan, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat
agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
3. Jika ‘korum’ tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan
untuk Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, maka Mesyuarat Agung Tahunan itu
hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah
jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan yang
ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
13
4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh dua
puluh (20) hari selepas perletakan jawatan oleh Majlis Perwakilan Pelajar pada tarikh,
masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan. Agenda-agenda
Mesyuarat Agung Tahunan ialah:
i. Menerima laporan Jawatankuasa Persatuan berkenaan kerja-kerja persatuan ini di
dalam sesi pentadbiran yang lalu.
ii. Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudi bagi sesi
pentadbiran yang lalu.
iii. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk sesi pentadbiran
yang akan datang.
iv. Menguruskan perkara-perkara dan usul-usul lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat itu.
5. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya
empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan suatu
pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan tempat serta agenda
mesyuarat termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan beserta
dengan penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-
surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat
urusan persatuan.
6. Dalam perihal Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:-
i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
ii. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada
satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang mendaftar dan berhak mengundi
dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung Persatuan.
7. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
itu.
8. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha Agung kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
9. Fasal 9(2) dan 9(3) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi
dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat
14
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh
diadakan.
10. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf
peringatan tiap-tiap mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung
Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
11. Dalam hal ehwal lain-lain mesyuarat, Jawatankuasa Persatuan hendaklah mengelola
mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Persatuan yang telah ditetapkan.
12. Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan ini terdiri daripada tetapan berikut:
i. Mesyuarat Majlis Penasihat
ii. Mesyuarat Majlis Tertinggi
iii. Mesyuarat Eksekutif
iv. Mesyuarat Biro
13. Dari hal tetapan di dalam Fasal 9(12) di atas, mesyuarat-mesyuarat tersebut perlu
dilaksanakan mengikut kerangka masa yang bersesuaian dan perlu dimaklumi kepada
Penasihat Umum atau kepada Majlis Tertinggi Persatuan; mengikut kepada kadar
kesesuaian mesyuarat.
14. Jawatankuasa Persatuan juga perlu mengelola mesyuarat lain Persatuan yang bersifat
segera, demi kelangsungan Persatuan mengikut kepada arahan dan perancangan
Presiden dengan pemakluman kepada Penasihat Umum.
15. Mesyuarat Majlis Penasihat menjalankan fungsi dalam menentukan dan menjaga
dasar-dasar yang melibatkan Persatuan ini, terutamanya dalam hal perlembagaan
Persatuan ini, selain menjalankan peranan mempertimbangkan dan meluluskan usul
atau pindaan usul ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung
Khas.
16. Ahli Majlis Mesyuarat ini merupakan Pemegang Amanah Persatuan, berdasarkan
kepada peruntukan kuasa di dalam Fasal 14 perlembagaan ini.
17. Keanggotaan ahli Mesyuarat Majlis Penasihat ini terdiri daripada seorang (1)
Penasihat Umum, tiga (3) orang Ex-Officio Persatuan yang dilantik secara sah serta
Presiden Persatuan yang bertindak selaku Setiausaha Mesyuarat.
18. Mesyuarat Majlis Tertinggi menjalankan fungsinya dalam memutuskan sistem dan
kaedah pengurusan organisasi yang diaplikasi pada sesi pentadbiran tersebut.
Termasuk dalam senarai fungsi mesyuarat ini adalah merangka skop kerja portfolio
Jawatankuasa Persatuan serta memilih dan melantik anggota Majlis Penasihat yang
15
terdiri daripada seorang Penasihat Umum serta tiga (3) orang Ex-Officio Persatuan.
Mesyuarat ini juga menjalankan peranan dalam mempertimbangkan permohonan
keahlian serta mendengar rayuan ahli dalam proses prosiding tatatertib Persatuan.
19. Fungsi mesyuarat ini turut merangkumi mengesahkan serta meluluskan kerjasama
program dan aktiviti melibatkan pihak lain di dalam mahupun di luar kampus, serta
menyusun kerangka utama aktiviti, program dan gagasan pembawakan Persatuan
pada sesi pentadbiran tersebut, dengan tidak keluar dari ketetapan Mesyuarat Agung
Tahunan atau kelulusan usul Mesyuarat Agung Khas oleh Majlis Penasihat.
20. Keanggotaan ahli Mesyuarat Majlis Tertinggi ini terdiri daripada Presiden, Timbalan-
Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta
Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat. Pemegang portfolio bukan
tetap (sokongan) yang dilantik oleh Presiden berdasarkan peruntukan di dalam Fasal
11(5) juga merupakan anggota mesyuarat ini, mengikut kepada sektor lantikan
pemegang portfolio tersebut.
21. Mesyuarat Eksekutif Persatuan menjalankan fungsinya dalam merancang, merangka
dan menjalankan gerak kerja program, aktiviti mahupun membincangkan kaedah
pengurusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Fungsi lain mesyuarat ini turut
merangkumi membincang dan memutuskan hal dan perkara teknikal membabitkan
program dan aktiviti Persatuan tanpa menyentuh dasar Persatuan atau mencampuri hal
kerja Majlis Tertinggi.
22. Keanggotaan ahli Mesyuarat Eksekutif Persatuan ini terdiri daripada Presiden,
Timbalan-Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung,
Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat serta ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Eksekutif seperti yang disenarai di dalam Fasal 10(17). Pemegang
portfolio bukan tetap (sokongan) yang dilantik oleh Presiden berdasarkan peruntukan
di dalam Fasal 11(5) juga merupakan anggota mesyuarat ini, mengikut kepada sektor
lantikan pemegang portfolio tersebut.
23. Mesyuarat ini turut dibuka keanggotaan mesyuaratnya kepada Penasihat, mana-mana
Ex-Officio ataupun warga luar Persatuan yang dijemput oleh mana-mana ahli
Jawatankuasa Persatuan, dengan pemakluman kepada Presiden atau Setiausaha
Agung Persatuan untuk memberikan penjelasan, penerangan ataupun perkara yang
berkaitan dengan aktiviti dan program.
24. Mesyuarat Biro menjalankan fungsinya dalam merancang, merangka dan
menjalankan gerak kerja program, aktiviti mahupun membincangkan kaedah
pengurusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi berdasarkan skop kerjanya. Fungsi
lain mesyuarat ini turut merangkumi membincang dan memutuskan hal dan perkara
teknikal yang ingin dibawa ke Mesyuarat Eksekutif Persatuan.
16
25. Keanggotaan ahli Mesyuarat Biro ini terdiri daripada Ketua dan Timbalan Ketua Biro
serta ahli Jawatankuasa Teknikal Biro yang dilantik secara sah. Ketua atau Timbalan
Ketua Biro perlulah memaklumkan penganjuran Mesyuarat Biro ini kepada Pemantau
yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Persatuan, dan sekiranya perlu untuk
menjemput sama Pemantau hadir ke mesyuarat.
26. Bagi hal lain-lain mesyuarat yang bukan di bawah anjuran Persatuan, Presiden serta
Setiausaha Agung perlu dimaklumi terlebih dahulu, sebelum sebarang penyertaan
dilakukan oleh sama ada ahli Majlis Tertinggi mahupun ahli Majlis Mesyuarat
Eksekutif.
FASAL 10: HAL JAWATANKUASA DAN ORGANISASI
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah
dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
i. Seorang Presiden
ii. Dua orang Timbalan Presiden
iii. Seorang Setiausaha Agung
iv. Seorang Timbalan Setiausaha Agung
v. Seorang Bendahari Kehormat
vi. Seorang Timbalan Bendahari Kehormat
vii. Sembilan orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan
tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara
Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan pemilihan
dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Mereka akan memegang jawatan selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula.
4. Sekiranya korum Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi, pengundian untuk
pemilihan Jawatankuasa Persatuan tidak akan dijalankan dan akan dilangsungkan di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan seterusnya seperti yang digariskan di dalam Fasal
9(3).
5. Jawatankuasa Persatuan mempunyai autoriti dalam memilih dan melantik penama-
penama untuk mengisi penjawatan Persatuan ini, sekiranyanya perkara di dalam Fasal
9(3) berlaku.
17
6. Tugas Jawatankuasa Persatuan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan oleh
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan seharusnya tidaklah boleh membuat
tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan
mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Persatuan
hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
7. Jawatankuasa Persatuan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam
masa satu (1) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan
kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terdahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak
kurang dari empat (4) orang ahli Jawatankuasa Persatuan bersama-sama boleh
memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan atau Mesyuarat
Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya 1/2 daripada bilangan
ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum setiap jenis mesyuarat Persatuan.
8. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan segera daripada
Jawatankuasa Persatuan, dan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (Mesyuarat Majlis
Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) tidak dapat diadakan maka Setiausaha
bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan secara
mengedarkan surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Persatuan boleh dianggap sebagai
telah diterima:
i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling atau memo ringkas yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli
Jawatankuasa Persatuan, melalui medium bercetak atau elektronik.
ii) Sekurang-kurangnya 1/2 daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu;
dan
iii) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang
didapati melalui surat pekeliling ini hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
Agung kepada mesyuarat Jawatankuasa Persatuan berikutnya (Mesyuarat
Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) untuk disahkan dan
dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
9. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Persatuan
(mana-mana kategori mesyuarat yang berkenaan) atau program anjuran Persatuan tiga
(3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan (bertulis) akan disifatkan sebagai
telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Persatuan.
18
10. Presiden berhak melantik seorang pemangku dalam kalangan Jawatankuasa Persatuan
sementara proses melantik ahli persatuan yang lain bagi memenuhi kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
11. Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada mana-mana ahli Jawatankuasa
Persatuan yang lain untuk menjalankan urusan-urusan persatuan dan melantik
pengurus atau penyelaras aktiviti dan program yang difikirkannya mustahak. Majlis
Tertinggi boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau
penyelaras kerana cuai di dalam tugas, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan
keputusan mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (Mesyuarat Majlis Tertinggi atau
Mesyuarat Eksekutif Persatuan) atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan persatuan.
12. Struktur organisasi Persatuan ini terdiri daripada tiga (3) kerangka utama yang
ditetapkan;
i. Majlis Penasihat
ii. Majlis Tertinggi
iii. Majlis Mesyuarat Eksekutif
13. Jawatankuasa Pengurusan Persatuan merujuk kepada gabungan ketiga-tiga kerangka
utama struktur organisasi di dalam Fasal 10(12) di atas.
14. Majlis Penasihat merupakan teras tertinggi di dalam struktur organisasi Persatuan, dan
keanggotaannya terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum dan tiga (3) orang Ex-
Officio.
15. Pemilihan dan perlantikan anggota Majlis Penasihat ini dilakukan melalui Mesyuarat
Majlis Tertinggi yang pertama selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan, melalui peruntukan kuasa memilih dan melantik oleh Mesyuarat Majlis
Tertinggi di dalam Fasal 9(18).
16. Majlis Tertinggi merupakan merupakan teras yang bertanggungjawab menyelaras dan
mengelolakan hal-hal perancangan, pentadbiran serta pengurusan Persatuan, dengan
keanggotaannya terdiri daripada ahli yang dipilih oleh perwakilan di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan untuk mengisi penjawatan Presiden, Timbalan Presiden 1 dan
Timbalan Presiden 2, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta
Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat.
17. Manakala teras terakhir di dalam struktur organisasi Persatuan ini adalah Majlis
Mesyuarat Eksekutif, yang berperanan menjalankan serta menggerakkan perancangan
Persatuan berdasarkan skop kerja yang ditetapkan. Keanggotaan majlis ini terdiri
daripada seorang (1) Ketua dan seorang (1) Timbalan Ketua Biro;
19
i. Biro Sukan dan Kebudayaan
ii. Biro Korporat dan Perhubungan Luar
iii. Biro Penerbitan dan Multimedia
iv. Seorang (1) Duta Negeri Johor Darul Takzim
v. Seorang (1) Duta Negeri Melaka Darul Azim
vi. Seorang (1) Duta Negeri Sembilan Darul Khusus
18. Gabungan di antara Majlis Tertinggi dan Majlis Mesyuarat Eksekutif Persatuan
dikenali sebagai Badan Eksekutif Persatuan yang diketuai oleh Presiden Persatuan.
FASAL 11: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Kewajipan Pegawai Persatuan yang dilantik tertakluk kepada dua kategori kewajipan;
kewajipan umum dan kewajipan khusus.
2. Dalam perihal kewajipan umum, setiap Pegawai Persatuan hendaklah:
i. Menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang berkenaan.
ii. Memberikan komitmen terhadap gerak kerja dan aktiviti Persatuan.
iii. Memperkukuh imej dan kredibiliti Persatuan dalam kalangan mahasiswa.
3. Selain dari perihal kewajipan umum di dalam Fasal 11(2) di atas, Pegawai Persatuan
perlu menjalankan kewajipan khusus mengikut kepada skop kerja yang ditentukan.
4. Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi semua
Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Persatuan yang berkenaan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai
peringatan
mesyuarat bila telah diluluskan. Ia juga hendaklah
i. menandatangani semua dokumen Persatuan sama ada secara bersendiri atau
bersama-sama Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.
ii. Mengetuai Badan Eksekutif Persatuan.
iii. Menentukan polisi dan gagasan Persatuan.
iv. Memberi kata putus dalam perkara dan hal yang memerlukan pertimbangan
dan budi bicara Presiden serta perkara yang berkaitan dengan dasar Persatuan.
v. Memantau gerak kerja Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pengurusan Persatuan
(Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta Bendahari Kehormat
dan Timbalan Bendahari Kehormat).
vi. Menyelaras perkara berkenaan hal ehwal tarbiyyah Persatuan.
20
5. Presiden pada sepanjang tempoh perlantikannya mempunyai kuasa melantik dan
membentuk portfolio tidak tetap Persatuan, yakni penjawatan yang tidak dinyatakan
secara bertulis di dalam mana-mana klausa Perlembagaan atas budi bicaranya serta
memperolehi sokongan sekurang-kurangnya tiga (3) orang daripada keseluruhan ahli
Majlis Tertinggi, tidak termasuk undian daripada Presiden.
6. Timbalan Presiden 1 hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaanya. Ia
juga:
i. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras aktiviti berkaitan hal
ehwal latihan dan sumber insan Persatuan.
ii. Bertanggungjawab dalam memantau gerak kerja Majlis Mesyuarat Eksekutif
Persatuan.
iii. Mempunyai autoriti untuk menandatangani dokumen Persatuan dengan izin
dan pemakluman daripada Presiden.
7. Timbalan Presiden 2 hendaklah memangku jawatan Presiden atau Timbalan Presiden
1 semasa ketiadaanya. Ia juga:
i. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras aktiviti yang berkaitan
hal ehwal wanita dan kemasyarakatan Persatuan.
ii. Wakil rasmi pimpinan siswi Persatuan ke program dan aktiviti berkaitan
wanita, kekeluargaan dan kemasyarakatan.
8. Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentabiran Persatuan mengikut
undang-undang dan hendaklah menurut kepada perintah Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa Pengurusan Persatuan. Ia bertanggungjawab mengendali dan
menguruskan urusan surat-menyurat, kertas kerja dasar Persatuan, laporan serta
menyimpan semua buku, surat dan kertas Persatuan kecuali akaun dan buku-buku
kewangan. Ia juga:
i. Hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti
nama, negeri kelahiran atau bermastautin, nombor kad pengenalan, nombor
pelajar, dan alamat rumah setiap ahli.
ii. Hendaklah menandatangani dokumen Persatuan, terutamanya yang berkenaan
dengan persuratan sekiranya mendapat arahan daripada Presiden Persatuan.
iii. Menguatkuasakan Piawaian Persuratan Persatuan yang telah diluluskan
melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.
iv. Menerima dan memproses borang keahlian Persatuan serta memaklumi
bilangan terkini ahli Persatuan kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.
21
9. Setiausaha Agung hendaklah di dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Bahagian
Pembangunan Mahasiswa atau badan yang berkenaan.
10. Timbalan Setiausaha Agung hendaklah membantu Setiausaha Agung menjalankan
kerja pentabiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah menurut kepada
perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Pengurusan Persatuan. Ia
bertanggungjawab mengendali dan menguruskan hal ehwal perjalanan mesyuarat,
minit mesyuarat, laporan aktiviti serta hal persijilan Persatuan. Ia juga:
i. Hendaklah membantu Setiausaha Agung menyimpan buku daftar ahli yang
mengandungi butir-butir seperti nama, negeri kelahiran atau bermastautin,
nombor kad pengenalan, nombor pelajar, dan alamat rumah setiap ahli.
ii. Mendokumentasikan segala dokumen Persatuan untuk tatapan dan rujukan
pimpinan pada masa akan datang.
iii. Membantu Setiausaha Agung mengawal dan menyelia Piawaian Persuratan
Persatuan.
iv. Membantu Setiausaha Agung memproses dan menguruskan borang keahlian
Persatuan.
v. Memangku jawatan Setiausaha Agung sepanjang ketiadaan Setiausaha Agung.
vi. Menyelaras aktiviti dan gerak kerja berkaitan bahasa dan linguistik Persatuan.
11. Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia juga:
i. Hendaklah menandatangani semua dokumen berkaitan kewangan Persatuan
bersama-sama dengan Presiden.
ii. Menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan yang ditetapkan melalui
Mesyuarat Majlis Tertinggi.
iii. Mempengerusikan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan melalui ketetapan
Mesyuarat Majlis Tertinggi dalam hal bantuan kewangan kepada ahli.
iv. Menyediakan laporan kewangan tahunan Persatuan untuk dibentangkan di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
12. Timbalan Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal
aset Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara berkenaan pertambahan dan pengurangan aset Persatuan dan
bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia juga:
i. Hendaklah menandatangani semua dokumen berkaitan pertambahan dan
pelupusan Persatuan bersama-sama dengan Presiden.
22
ii. Mempengerusi dan menyelaras gerak kerja berkenaan gerai jualan Persatuan
dalam acara di dalam atau luar kampus.
iii. Menyediakan satu laporan lengkap berkenaan aset keseluruhan Persatuan dan
menyerahkan kepada Bendahari Kehormat pada akhir sesi pentadbiran untuk
dirangkum di dalam laporan kewangan tahunan Persatuan.
13. Ahli Jawatankuasa Biasa Persatuan atau dikenali sebagai Ahli Majlis Mesyuarat
Eksekutif Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 10(17) hendaklah membantu
Majlis Tertinggi Persatuan menjalankan kerja berdasarkan kepada bidang kerja yang
ditetapkan.
14. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan bertanggungjawab dalam
mempromosi serta memperkenalkan seni kebudayaan rakyat dari negeri Johor,
Melaka dan Negeri Sembilan kepada mahasiswa kampus. Ia juga:
i. Menyelaras dan mengetuai pasukan Persatuan dalam acara sukan yang disertai
Persatuan di dalam atau di luar kampus.
ii. Menganjurkan aktiviti dan program berkaitan sukan dan kebudayaan
Persatuan.
iii. Bertanggungjawab dalam menerapkan elemen kesenian dan kebudayaan Islam
dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan Persatuan.
iv. Menjadi pihak pengantara dalam hubungan strategik di antara Persatuan
dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan serta agensi kebudayaan dari
Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
15. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Korporat dan Perhubungan Luar bertanggungjawab
dalam mempromosi serta memperkenalkan Persatuan kepada kalangan persatuan anak
negeri yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT) kampus lain, selain membantu
Majlis Tertinggi dalam menyebarluaskan dasar dan gagasan Persatuan. Ia juga:
i. Menyelaras dan menganjurkan aktiviti serta program yang berupaya
meningkatkan lagi tahap profesionalisme serta kemahiran ahli Persatuan.
ii. Menerbit dan menyimpan bahan korporat Persatuan merangkumi bahan
bercetak ataupun bahan elektronik.
iii. Bertindak sebagai jurucakap pihak Persatuan dalam majlis atau dialog
bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam atau luar kampus.
iv. Menyelaras dan menjaga hubungan strategik di antara pihak Persatuan dengan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan.
16. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Korporat dan Perhubungan Luar bertanggungjawab
dalam menyelenggara dan mengemaskini laman media elektronik dan media milik
Persatuan dengan perkembangan terkini Persatuan. Ia juga:
23
i. Menyelaras aktiviti dan program yang berupaya meningkatkan tahap celik
teknologi maklumat dan teknologi perisian dalam kalangan ahli Persatuan.
ii. Mengurus dan menyelenggara papan kenyataan milik Persatuan.
17. Duta-duta negeri yang dilantik bertanggungjawab dalam mengurus dan menjaga
kebajikan ahli anak negeri Persatuan. Ia juga berperanan:
i. Menjadi pihak pengantara di antara Persatuan dengan kerajaan serta agensi
berkaitan kerajaan negeri.
ii. Bertanggungjawab mempromosi dan memperkenalkan sosio-geografik negeri-
negeri di bawah senarai Persatuan kepada masyarakat dalam dan luar kampus.
iii. Menyelaras aktiviti dan perjumpaan ahli anak negeri Persatuan secara berkala,
dengan arahan dan pemakluman kepada Presiden dan mana-mana Ahli Majlis
Tertinggi.
18. Pindaan terhadap bidang kerja Pegawai Persatuan ini hendaklah mendapat sokongan
2/3 daripada keseluruhan ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung serta menepati
prasyarat Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang digariskan di dalam Fasal 9(2) serta
kaedah pindaan undang-undang di dalam Fasal 18 perlembagaan ini.
FASAL 12: KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang
Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Persatuan termasuklah belanja pertadbiran, bayaran elaun, biayaan dan
perbelanjaan aktiviti dan program Persatuan serta upah memeriksa kira-kira. Walau
bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang
telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atau mana-mana badan perundangan
dalam atau luar kampus.
2. Segala dana dan kewangan Persatuan adalah dibawah tanggungjawab dan amanah
Bendahari Kehormat Persatuan ini, dan sebarang pengeluaran perlulah melaluinya
serta mendapat persetujuan daripada Presiden Persatuan.
3. Segala kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangan
bersama oleh Presiden dengan Bendahari Kehormat. Jika ketiadaan Pegawai
persatuan yang berkenaan, maka bolehlah Presiden melantik sesiapa di antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
24
4. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa
Kira-kira mengikut Fasal 13(2) dengan seberapa segera setelah tamatnya tahunan
kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan dan salinannya hendaklah
dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.
5. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb
Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 13: PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang
jawatan selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula.
2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun
dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka
juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan
bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa Persatuan.
FASAL 14: PEMEGANG AMANAH
1. Dalam hal yang menyebabkan Persatuan mengalami hal genting dan membabitkan hal
integriti Persatuan, dan memaksa satu siasatan dijalankan secara menyeluruh, maka
segala aset, dana dan dokumen Persatuan diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis
Penasihat sebagai Pemegang Amanah Persatuan ini.
2. Pemegang Amanah Persatuan ini akan menyimpan segala perkara yang berkaitan
dengan Persatuan sehingga satu ketetapan dibuat melalui Mesyuarat Majlis Penasihat,
setelah memperolehi dapatan siasatan daripada badan berautoriti.
25
FASAL 15: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan mahupun Mesyuarat Agung
Khas Persatuan, Majlis Tertinggi Persatuan boleh memberikan tafsirannya kepada
undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-
perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa Persatuan terhadap ahli-ahli
adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Persatuan.
FASAL 16: PENASIHAT / PENAUNG
1. Jawatankuasa perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi ahli Penasihat bagi
Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara
bertulis.
2. Ahli Penasihat Persatuan ini terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum dan tiga (3)
orang Ex-Officio daripada warganegara Malaysia serta merupakan anak kelahiran
negeri Johor, Melaka atau Negeri Sembilan.
3. Penasihat Umum hendaklah merupakan Pegawai Kolej Universiti ini yang bertauliah,
berdasarkan kepada ketetapan Bahagian Pembangunan Mahasiswa.
4. Penasihat Umum Persatuan ini menjalankan bidang kerjanya berdasarkan kepada
ketetapan berikut:
i. Menandatangani dan menyokong dokumen kerja Persatuan berdasarkan
kepada ketetapan Bahagian Pembangunan Mahasiswa.
ii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan ini berdasarkan peruntukan Fasal 14
perlembagaan ini.
iii. Mengetuai Majlis Penasihat dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Penasihat Persatuan.
iv. Mengesahkan, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan yang berkenaan atas
permintaan Badan Eksekutif Persatuan.
v. Menasihati dan memandu perjalanan gerak kerja Badan Eksekutif Persatuan.
5. Dalam hal Ex-Officio pula, Persatuan ini menetapkan untuk diadakan tiga (3)
penjawatan, merangkumi:
i. Ex-Officio 1 (Hal Ehwal Pengurusan Strategik dan Keusahawanan)
26
ii. Ex-Officio 2 (Hal Ehwal Dakwah dan Islah)
iii. Ex-Officio 3 (Hal Ehwal Perundangan dan Kebudayaan)
6. Ex-Officio 1 menjalankan peranannya dalam:
i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan pengurusan
organisasi, serta yang berkenaan dengan gagasan pembawaan Persatuan pada
sesi Pentadbiran tersebut.
ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan
Badan Eksekutif Persatuan.
iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14
perlembagaan ini.
7. Ex-Officio 2 menjalankan peranannya dalam:
i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan aktiviti
dakwah dan Islah, serta menjadi unit Hisbah Persatuan dalam memantau
perjalanan gerak kerja Persatuan agar tidak lari dari batasan Syariat.
ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan
Badan Eksekutif Persatuan.
iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14
perlembagaan ini.
8. Ex-Officio 3 menjalankan peranannya dalam:
i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan aktiviti
perundangan dan kebudayaan, serta memandu perjalanan Badan Eksekutif
Persatuan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persatuan ini.
ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan
Badan Eksekutif Persatuan.
iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14
perlembagaan ini.
9. Dalam hal pemberhentian atau pemecatan, keputusan dalam perkara tersebut akan
ditetapkan menerusi Mesyuarat Majlis Penasihat, dengan menurut kaedah di dalam
Fasal 8.
10. Penaung Persatuan ini merupakan penjawatan tertinggi di dalam organisasi
pentadbiran Kolej Universiti ini dan merupakan penjawatan bukan lantikan Persatuan.
27
FASAL 17: LARANGAN
1. Ahli-ahli adalah dilarang melakukan atau menyertai sebarang aktiviti atau perkara
yang:
i. Menyalahi ketetapan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias.
ii. Melanggar ketetapan Tatatertib Kolej Universiti ini.
iii. Menjatuhkan integriti dan kredibiliti Persatuan.
2. Perbuatan mana-mana perkara di dalam klausa Fasal 17(1) di atas akan menyebabkan
ahli dikenakan tindakan menurut Fasal 8 perlembagaan ini.
FASAL 18: PINDAAN UNDANG-UNDANG
1. Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung serta mendapat perkenan daripada Majlis Penasihat Persatuan
seperti yang digariskan melalui peruntukan Fasal 9(3).
2. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat
kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dalam masa tiga puluh (30) hari daripada
tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya
boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan
oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa.
FASAL 19: PEMBUBARAN
1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli berdaftar yang menghadiri dalam
suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas untuk tujuan tersebut.
2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Bahagian
Pembangunan Mahasiswa dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

More Related Content

What's hot

Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014azhajusoh
 
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralPerlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralEFFY HARIDTH
 
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuan3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuanMuhamad Samsudin
 
Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013Cikgu Syahidon
 
Undang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJUndang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJcmonpet87
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja iccNoor Adilah
 
Perlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islamPerlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islamNORAINI1010
 
Perlembagaan kelab guru 3
Perlembagaan kelab guru 3Perlembagaan kelab guru 3
Perlembagaan kelab guru 3PadangNenas
 
Perlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdf
Perlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdfPerlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdf
Perlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdfAbdul Jalil
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
Kelab persatuan
Kelab persatuanKelab persatuan
Kelab persatuanShirleyEu1
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruJay Jefry
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahRoiamah Basri
 
Undang Undang alumnistar
Undang Undang alumnistarUndang Undang alumnistar
Undang Undang alumnistarteamkaya
 
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01Roslee Suparlan
 
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumfail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumShika Nara
 
Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021 Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021 botak tomok
 
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)Ayubkhan Kks
 

What's hot (20)

Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014
 
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralPerlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
 
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuan3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
 
Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013
 
Undang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJUndang-undang PKKRS JBJ
Undang-undang PKKRS JBJ
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja icc
 
Perlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islamPerlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islam
 
Perlembagaan kelab guru 3
Perlembagaan kelab guru 3Perlembagaan kelab guru 3
Perlembagaan kelab guru 3
 
Perlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdf
Perlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdfPerlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdf
Perlembagaan kelab guru dan staf al itqan 2015 pdf
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
Penubuhan persatuan
Penubuhan persatuanPenubuhan persatuan
Penubuhan persatuan
 
Kelab persatuan
Kelab persatuanKelab persatuan
Kelab persatuan
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guru
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 
Undang Undang alumnistar
Undang Undang alumnistarUndang Undang alumnistar
Undang Undang alumnistar
 
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
 
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumfail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
 
Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021 Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021
 
Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1
 
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
 

Viewers also liked

Production company research
Production company researchProduction company research
Production company researchmwujkiewicz
 
Hunter_Cole_Resume
Hunter_Cole_ResumeHunter_Cole_Resume
Hunter_Cole_ResumeHunter Cole
 
Worth A Dam mural presentation for PRMCC
Worth A Dam mural presentation for PRMCCWorth A Dam mural presentation for PRMCC
Worth A Dam mural presentation for PRMCCHeidi Perryman
 
Gretchen mckayresume 2014
Gretchen mckayresume 2014Gretchen mckayresume 2014
Gretchen mckayresume 2014gretchen mckay
 
Benjamin Constant paul gadel et capucine bujard
Benjamin Constant paul gadel et capucine bujardBenjamin Constant paul gadel et capucine bujard
Benjamin Constant paul gadel et capucine bujardTheillier Damien
 

Viewers also liked (9)

Production company research
Production company researchProduction company research
Production company research
 
Iconography
IconographyIconography
Iconography
 
Hunter_Cole_Resume
Hunter_Cole_ResumeHunter_Cole_Resume
Hunter_Cole_Resume
 
Worth A Dam mural presentation for PRMCC
Worth A Dam mural presentation for PRMCCWorth A Dam mural presentation for PRMCC
Worth A Dam mural presentation for PRMCC
 
Gretchen mckayresume 2014
Gretchen mckayresume 2014Gretchen mckayresume 2014
Gretchen mckayresume 2014
 
Benjamin Constant paul gadel et capucine bujard
Benjamin Constant paul gadel et capucine bujardBenjamin Constant paul gadel et capucine bujard
Benjamin Constant paul gadel et capucine bujard
 
CV_Dr_Dmaithan
CV_Dr_DmaithanCV_Dr_Dmaithan
CV_Dr_Dmaithan
 
MC_Prez_2
MC_Prez_2MC_Prez_2
MC_Prez_2
 
Your Guide to Building a Wicking Bed for Drought Gardening
Your Guide to Building a Wicking Bed for Drought GardeningYour Guide to Building a Wicking Bed for Drought Gardening
Your Guide to Building a Wicking Bed for Drought Gardening
 

Similar to Perlembagaan PRISMA KUIS

Persatuan hamdan k13
Persatuan  hamdan k13Persatuan  hamdan k13
Persatuan hamdan k13Dan Marshall
 
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdfStruktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdfIPG Kampus Pulau Pinang
 
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit GerkoBab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerkoguest71b30b
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmUzie Midin
 
G panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmG panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmSiti Kasman
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudazhang jinlian
 
G panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanG panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanIfa Tifa
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptxssuser9bbe80
 
Topik 1 Persatuan
Topik 1 PersatuanTopik 1 Persatuan
Topik 1 PersatuanAzizi Ahmad
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiNadia Bohari
 
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkoTajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkokokurikulumbainun
 
PGR RA Constitution
PGR RA ConstitutionPGR RA Constitution
PGR RA ConstitutionTan Teong
 

Similar to Perlembagaan PRISMA KUIS (20)

Perlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docxPerlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docx
 
Persatuan hamdan k13
Persatuan  hamdan k13Persatuan  hamdan k13
Persatuan hamdan k13
 
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdfStruktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
 
1308041265
13080412651308041265
1308041265
 
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit GerkoBab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
Bab 2 Penubuhan Unit Unit Gerko
 
Kertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negaraKertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negara
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
 
G panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmG panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drm
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
 
G panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanG panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaan
 
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkoTajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
 
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
001_Taklimat PIBG Kepada Penyelaras PIBK_28 Julai 2020.pptx
 
Piagam SRIHBP
Piagam SRIHBPPiagam SRIHBP
Piagam SRIHBP
 
Topik 1 Persatuan
Topik 1 PersatuanTopik 1 Persatuan
Topik 1 Persatuan
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Dasar Penubuhan Kelab Seni Bela Diri
Dasar Penubuhan Kelab Seni Bela DiriDasar Penubuhan Kelab Seni Bela Diri
Dasar Penubuhan Kelab Seni Bela Diri
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
 
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkoTajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
 
PGR RA Constitution
PGR RA ConstitutionPGR RA Constitution
PGR RA Constitution
 

Perlembagaan PRISMA KUIS

  • 1. PRISMAPERSATUAN MAHASISWA ISLAM ZON SELATAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR PERLEMBAGAAN PERSATUAN 2015 MASIHI / 1436 HIJRAH
  • 2. 2 Hakcipta Terpelihara® Cetakan pertama 2015 Diterbitkan oleh: Sekretariat Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, 44300, Kajang, Selangor Darul Ehsan. prismakuis2014@gmail.com prismakuis.blogspot.com Dicetak oleh: Biro Penerbitan dan Multimedia, Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, 44300, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
  • 3. 3 UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KANDUNGAN PRAKATA AHLI LEMBAGA SEKRETARIAT PERLEMBAGAAN FASAL 1 . . NAMA FASAL 2 . . TEMPAT URUSAN FASAL 3 . . PERLAMBANGAN FASAL 4 . . TUJUAN / MATLAMAT FASAL 5 . . KEAHLIAN FASAL 6 . . YURAN DAN BAYARAN LAIN FASAL 7 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 8 . . HAL MESYUARAT DAN MESYUARAT AGUNG FASAL 9 . . HAL JAWATANKUASA DAN ORGANISASI FASAL 10 . . KEWAJIPAN-KEWAJIPAN JAWATANKUASA FASAL 11 . . KEWANGAN FASAL 12 . . PEMERIKSA KIRA-KIRA FASAL 13 . . PEMEGANG AMANAH FASAL 14 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG FASAL 15 . . PENASIHAT / PENAUNG FASAL 16 . . LARANGAN FASAL 17 . . PINDAAN UNDANG-UNDANG FASAL 18 . . PEMBUBARAN
  • 4. 4 PRAKATA lhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan pemilik sekalian alam. Juga selawat dan salam buat junjungan baginda nabi Muhammad S.A.W. Moga- moga kita ditempatkan bersama dengan golongan yang mendapat syafaat baginda. Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan ini merupakan satu panduan dan rujukan kepada Jawatankuasa Persatuan dalam aspek perundangan yang meliputi pengurusan, kewangan serta hal-hal kewajipan Jawatankuasa Persatuan. Perlembagaan ini merupakan rujukan tertinggi Persatuan yang turut dikombinasikan dengan dua rujukan tertinggi umat Islam; Al-Quran dan As-Sunnah. Adalah menjadi kewajipan kepada pimpinan Persatuan ini untuk merujuk kepada perlembagaan Persatuan dalam mengurus dan mengelola tatacara kuasa yang diberikan oleh ahli melalui pemilihan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ataupun melalui lantikan di dalam portfolio tidak tetap Persatuan. Perlembagaan Persatuan ini yang terdiri daripada 18 Fasal digubal mencakupi segenap aspek pentadbiran Persatuan; daripada hal nama Persatuan sehingga kepada perihal pembubaran Persatuan. Pindaan terhadap isi kandungan perlembagaan Persatuan ini boleh dilakukan mengikut tatacara yang terkandung di dalam Fasal 14 perlembagaan Persatuan ini. Semoga Jawatankuasa Persatuan ini terus memelihara dan menjalankan amanah menggerakkan Persatuan ini selaras dengan matlamat penubuhan Persatuan ini. Dan semoga di masa mendatang, Persatuan ini berupaya melahirkan susuk pimpinan negara yang akan mentadbir negara dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah. MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI Presiden Merangkap Pengerusi Sekretariat Perlembagaan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan. 30 JUN 2015 BERSAMAAN 13 RAMADHAN 1436 HIJRAH A
  • 5. 5 AHLI LEMBAGA SEKRETARIAT PERLEMBAGAAN PENASIHAT PUAN SUHAILY BINTI MD SHAMSUDIN PANEL SEMAKAN MUHAMMAD LUTFI BIN MD LATIB PENGERUSI MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI AHLI LEMBAGA ‘AMMAR RAHIMI BIN MAD YUSOP MUHAMAD FARHAN MAWARZI BIN ABD. LATIF NUR ZAWANI BINTI ZAKARIAH MUHAMMAD NORIKMAL BIN MOHD AMIN NUR AMIRAH BINTI ABD RANI ABD HANNAN BIN ABD HAMID HABSAH BINTI MOHD SUFYAN ZAHIRUL NUKMAN BIN NARAKNA
  • 6. 6 PERLEMBAGAAN Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor FASAL 1: NAMA PERSATUAN 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan selepasnya disebut sebagai PRISMA. FASAL 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 1. Alamat tempat urusan ialah: Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Pelajar, Aras 2, Blok Akademik 1, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, 44300, Kajang, Selangor Darul Ehsan. 2. Dan alamat surat menyurat ialah: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, 44300, Kajang, Selangor Darul Ehsan. 3. Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor terlebih dahulu. FASAL 3: DEFINISI 1. Persatuan merujuk kepada pertubuhan ini yang ditubuhkan atas komitmen dan kerjasama ahli dalam membangunkan kesatuan dan perpaduan. 2. Mahasiswa merujuk kepada tenaga kerja dan ahli yang terdiri daripada siswa dan siswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 3. Islam merujuk kepada agama yang menjadi teras pembawakan Persatuan ini, serta menjadi pegangan dan ikutan ahli Persatuan ini. 4. Zon Selatan merujuk kepada kawasan di mana Persatuan ini bertanggungjawab menjaga perihal kebajikan dan perpaduan ahli, meliputi negeri-negeri Selatan Semenanjung Malaysia; Negeri Johor Darul Takzim, Negeri Melaka Darul Azim dan Negeri Johor Darul Takzim.
  • 7. 7 FASAL 4: PERLAMBANGAN 1. Perlambangan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan adalah menurut ketetapan berikut: Rajah 1: Perlambangan Rasmi Persatuan
  • 8. 8 2. Selain daripada perlambangan di Fasal 4(1) di atas, Persatuan ini juga menggunapakai perlambangan tambahan bagi Jawatankuasa kecil yang dibentuk di bawah kerangka organisasi Persatuan, iaitu: Rajah 2: Perlambangan Biro Sukan dan Kebudayaan Rajah 3: Perlambangan Biro Korporat dan Perhubungan Luar Rajah 4: Perlambangan Biro Penerbitan dan Multimedia
  • 9. 9 3. Sebarang pertukaran perlambangan Persatuan perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 ahli berdaftar, melalui undian di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta menepati kaedah di dalam Fasal 9(3) dan Fasal 18 perlembagaan ini. 4. Pindaan perlambangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Persatuan perlulah diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemutusan mesyuarat pindaan. Rajah 5: Perlambangan Duta Negeri-Negeri
  • 10. 10 FASAL 5: OBJEKTIF / MATLAMAT 1. Matlamat Persatuan ini adalah untuk: 1.1 Meningkatkan jati diri mahasiswa untuk lebih menghargai warisan agama dan budaya. 1.2 Menjaga kebajikan ahli dari aspek pengajian, kewangan, aktiviti berpersatuan serta perpaduan. 1.3 Memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kehidupan. 1.4 Menjalin hubungan yang harmoni dengan organisasi dalam dan luar kampus. FASAL 6: KEAHLIAN 1. Keahlian Persatuan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu: 1.1. Ahli Biasa a. Terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menetap/bermastautin atau berasal dari negeri Johor, Melaka atau Negeri Sembilan; b. Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan persatuan ini; c. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan dengan; i. Mengambil bahagian di dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan ii. Mengundi dalam semua perkara di dalam mesyuarat Persatuan iii. Memegang sebarang jawatan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa iv. Menyertai, menerima dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti, skim bantuan mahupun program yang diadakan. 1.2. Ahli Bersekutu a. Terbuka kepada mana-mana mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang menetap/bermastautin atau berasal dari luar negeri yang dinyatakan pada Perenggan 1.1(a) di atas; b. Telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan (MT); c. Mematuhi syarat-syarat keahlian dan sanggup menerima serta mematuhi perlembagaan Persatuan ini; d. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama Persatuan ini.
  • 11. 11 2. Seseorang yang ingin menjadi ahli Persatuan ini hendaklah mengisi borang keahlian yang boleh didapati secara percuma dari Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung Persatuan. 3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung atau Timbalan Setiausaha Agung Persatuan bersama-sama dengan yuran keahlian yang telah digariskan pada Fasal 7(2) dan Fasal 7(3) yang hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diluluskan. Majlis Tertinggi boleh menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 4. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah dimaklumkan secara bertulis oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung, dan berhaklah ia dengan hak sebagai ahli. Bagi permohonan yang ditolak, Persatuan perlu memulangkan kembali yuran keahlian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tempoh ditolak permohonannya. FASAL 7: YURAN DAN BAYARAN LAIN 1. Setiap ahli berdaftar Persatuan, dimestikan mengikut ketetapan yang diputus oleh Jawatankuasa Persatuan dalam hal yuran dan bayaran lain. 2. Sebagai ahli biasa berdaftar yang baru, ahli dimestikan membayar sebanyak RM 1.00 sebagai yuran komitmen seumur hidup. 3. Sebagai ahli bersekutu berdaftar yang baru, ahli dimestikan membayar sebanyak RM 2.00 sebagai yuran komitmen seumur hidup. 4. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Tertinggi. 5. Persatuan boleh menerima sumbangan sama ada berupa wang atau lain-lain bentuk bantuan daripada bukan ahli, orang perseorangan atau badan korporat di bawah pemantauan Majlis Tertinggi Persatuan. 6. Persatuan juga boleh mengadakan kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dan pihak berkuasa dengan tujuan untuk memajukan aktiviti persatuan.
  • 12. 12 FASAL 8: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberikan kenyataan yang bertulis dua (2) minggu sebelum berhenti kepada Setiausaha Agung atau Timbalan Setiausaha Agung, dan melunaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Persatuan. 3. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. 4. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut. FASAL 9: HAL MESYUARAT DAN MESYUARAT AGUNG 1. Persatuan dikehendaki mengelolakan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Khas dan lain-lain hal ehwal mesyuarat Persatuan. Pengelolaan mesyuarat Persatuan ini terserah kepada penetapan masa dan tempat oleh Jawatankuasa Persatuan. 2. Bagi hal ehwal Mesyuarat Agung Tahunan, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 3. Jika ‘korum’ tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, maka Mesyuarat Agung Tahunan itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  • 13. 13 4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh dua puluh (20) hari selepas perletakan jawatan oleh Majlis Perwakilan Pelajar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan. Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan ialah: i. Menerima laporan Jawatankuasa Persatuan berkenaan kerja-kerja persatuan ini di dalam sesi pentadbiran yang lalu. ii. Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudi bagi sesi pentadbiran yang lalu. iii. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk sesi pentadbiran yang akan datang. iv. Menguruskan perkara-perkara dan usul-usul lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 5. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan tempat serta agenda mesyuarat termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan beserta dengan penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat- surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan persatuan. 6. Dalam perihal Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:- i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau ii. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang mendaftar dan berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung Persatuan. 7. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 8. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 9. Fasal 9(2) dan 9(3) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat
  • 14. 14 Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 10. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. 11. Dalam hal ehwal lain-lain mesyuarat, Jawatankuasa Persatuan hendaklah mengelola mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Persatuan yang telah ditetapkan. 12. Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan ini terdiri daripada tetapan berikut: i. Mesyuarat Majlis Penasihat ii. Mesyuarat Majlis Tertinggi iii. Mesyuarat Eksekutif iv. Mesyuarat Biro 13. Dari hal tetapan di dalam Fasal 9(12) di atas, mesyuarat-mesyuarat tersebut perlu dilaksanakan mengikut kerangka masa yang bersesuaian dan perlu dimaklumi kepada Penasihat Umum atau kepada Majlis Tertinggi Persatuan; mengikut kepada kadar kesesuaian mesyuarat. 14. Jawatankuasa Persatuan juga perlu mengelola mesyuarat lain Persatuan yang bersifat segera, demi kelangsungan Persatuan mengikut kepada arahan dan perancangan Presiden dengan pemakluman kepada Penasihat Umum. 15. Mesyuarat Majlis Penasihat menjalankan fungsi dalam menentukan dan menjaga dasar-dasar yang melibatkan Persatuan ini, terutamanya dalam hal perlembagaan Persatuan ini, selain menjalankan peranan mempertimbangkan dan meluluskan usul atau pindaan usul ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. 16. Ahli Majlis Mesyuarat ini merupakan Pemegang Amanah Persatuan, berdasarkan kepada peruntukan kuasa di dalam Fasal 14 perlembagaan ini. 17. Keanggotaan ahli Mesyuarat Majlis Penasihat ini terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum, tiga (3) orang Ex-Officio Persatuan yang dilantik secara sah serta Presiden Persatuan yang bertindak selaku Setiausaha Mesyuarat. 18. Mesyuarat Majlis Tertinggi menjalankan fungsinya dalam memutuskan sistem dan kaedah pengurusan organisasi yang diaplikasi pada sesi pentadbiran tersebut. Termasuk dalam senarai fungsi mesyuarat ini adalah merangka skop kerja portfolio Jawatankuasa Persatuan serta memilih dan melantik anggota Majlis Penasihat yang
  • 15. 15 terdiri daripada seorang Penasihat Umum serta tiga (3) orang Ex-Officio Persatuan. Mesyuarat ini juga menjalankan peranan dalam mempertimbangkan permohonan keahlian serta mendengar rayuan ahli dalam proses prosiding tatatertib Persatuan. 19. Fungsi mesyuarat ini turut merangkumi mengesahkan serta meluluskan kerjasama program dan aktiviti melibatkan pihak lain di dalam mahupun di luar kampus, serta menyusun kerangka utama aktiviti, program dan gagasan pembawakan Persatuan pada sesi pentadbiran tersebut, dengan tidak keluar dari ketetapan Mesyuarat Agung Tahunan atau kelulusan usul Mesyuarat Agung Khas oleh Majlis Penasihat. 20. Keanggotaan ahli Mesyuarat Majlis Tertinggi ini terdiri daripada Presiden, Timbalan- Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat. Pemegang portfolio bukan tetap (sokongan) yang dilantik oleh Presiden berdasarkan peruntukan di dalam Fasal 11(5) juga merupakan anggota mesyuarat ini, mengikut kepada sektor lantikan pemegang portfolio tersebut. 21. Mesyuarat Eksekutif Persatuan menjalankan fungsinya dalam merancang, merangka dan menjalankan gerak kerja program, aktiviti mahupun membincangkan kaedah pengurusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Fungsi lain mesyuarat ini turut merangkumi membincang dan memutuskan hal dan perkara teknikal membabitkan program dan aktiviti Persatuan tanpa menyentuh dasar Persatuan atau mencampuri hal kerja Majlis Tertinggi. 22. Keanggotaan ahli Mesyuarat Eksekutif Persatuan ini terdiri daripada Presiden, Timbalan-Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif seperti yang disenarai di dalam Fasal 10(17). Pemegang portfolio bukan tetap (sokongan) yang dilantik oleh Presiden berdasarkan peruntukan di dalam Fasal 11(5) juga merupakan anggota mesyuarat ini, mengikut kepada sektor lantikan pemegang portfolio tersebut. 23. Mesyuarat ini turut dibuka keanggotaan mesyuaratnya kepada Penasihat, mana-mana Ex-Officio ataupun warga luar Persatuan yang dijemput oleh mana-mana ahli Jawatankuasa Persatuan, dengan pemakluman kepada Presiden atau Setiausaha Agung Persatuan untuk memberikan penjelasan, penerangan ataupun perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan program. 24. Mesyuarat Biro menjalankan fungsinya dalam merancang, merangka dan menjalankan gerak kerja program, aktiviti mahupun membincangkan kaedah pengurusan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi berdasarkan skop kerjanya. Fungsi lain mesyuarat ini turut merangkumi membincang dan memutuskan hal dan perkara teknikal yang ingin dibawa ke Mesyuarat Eksekutif Persatuan.
  • 16. 16 25. Keanggotaan ahli Mesyuarat Biro ini terdiri daripada Ketua dan Timbalan Ketua Biro serta ahli Jawatankuasa Teknikal Biro yang dilantik secara sah. Ketua atau Timbalan Ketua Biro perlulah memaklumkan penganjuran Mesyuarat Biro ini kepada Pemantau yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Persatuan, dan sekiranya perlu untuk menjemput sama Pemantau hadir ke mesyuarat. 26. Bagi hal lain-lain mesyuarat yang bukan di bawah anjuran Persatuan, Presiden serta Setiausaha Agung perlu dimaklumi terlebih dahulu, sebelum sebarang penyertaan dilakukan oleh sama ada ahli Majlis Tertinggi mahupun ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif. FASAL 10: HAL JAWATANKUASA DAN ORGANISASI 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: i. Seorang Presiden ii. Dua orang Timbalan Presiden iii. Seorang Setiausaha Agung iv. Seorang Timbalan Setiausaha Agung v. Seorang Bendahari Kehormat vi. Seorang Timbalan Bendahari Kehormat vii. Sembilan orang Ahli Jawatankuasa Biasa 2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. 3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka akan memegang jawatan selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula. 4. Sekiranya korum Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi, pengundian untuk pemilihan Jawatankuasa Persatuan tidak akan dijalankan dan akan dilangsungkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan seterusnya seperti yang digariskan di dalam Fasal 9(3). 5. Jawatankuasa Persatuan mempunyai autoriti dalam memilih dan melantik penama- penama untuk mengisi penjawatan Persatuan ini, sekiranyanya perkara di dalam Fasal 9(3) berlaku.
  • 17. 17 6. Tugas Jawatankuasa Persatuan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Persatuan hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 7. Jawatankuasa Persatuan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa satu (1) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terdahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang dari empat (4) orang ahli Jawatankuasa Persatuan bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan atau Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya 1/2 daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum setiap jenis mesyuarat Persatuan. 8. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan segera daripada Jawatankuasa Persatuan, dan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan secara mengedarkan surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Persatuan boleh dianggap sebagai telah diterima: i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling atau memo ringkas yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Persatuan, melalui medium bercetak atau elektronik. ii) Sekurang-kurangnya 1/2 daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan iii) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling ini hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyuarat Jawatankuasa Persatuan berikutnya (Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. 9. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (mana-mana kategori mesyuarat yang berkenaan) atau program anjuran Persatuan tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan (bertulis) akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Persatuan.
  • 18. 18 10. Presiden berhak melantik seorang pemangku dalam kalangan Jawatankuasa Persatuan sementara proses melantik ahli persatuan yang lain bagi memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 11. Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada mana-mana ahli Jawatankuasa Persatuan yang lain untuk menjalankan urusan-urusan persatuan dan melantik pengurus atau penyelaras aktiviti dan program yang difikirkannya mustahak. Majlis Tertinggi boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau penyelaras kerana cuai di dalam tugas, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Persatuan (Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Eksekutif Persatuan) atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan. 12. Struktur organisasi Persatuan ini terdiri daripada tiga (3) kerangka utama yang ditetapkan; i. Majlis Penasihat ii. Majlis Tertinggi iii. Majlis Mesyuarat Eksekutif 13. Jawatankuasa Pengurusan Persatuan merujuk kepada gabungan ketiga-tiga kerangka utama struktur organisasi di dalam Fasal 10(12) di atas. 14. Majlis Penasihat merupakan teras tertinggi di dalam struktur organisasi Persatuan, dan keanggotaannya terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum dan tiga (3) orang Ex- Officio. 15. Pemilihan dan perlantikan anggota Majlis Penasihat ini dilakukan melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi yang pertama selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan, melalui peruntukan kuasa memilih dan melantik oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi di dalam Fasal 9(18). 16. Majlis Tertinggi merupakan merupakan teras yang bertanggungjawab menyelaras dan mengelolakan hal-hal perancangan, pentadbiran serta pengurusan Persatuan, dengan keanggotaannya terdiri daripada ahli yang dipilih oleh perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk mengisi penjawatan Presiden, Timbalan Presiden 1 dan Timbalan Presiden 2, Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat. 17. Manakala teras terakhir di dalam struktur organisasi Persatuan ini adalah Majlis Mesyuarat Eksekutif, yang berperanan menjalankan serta menggerakkan perancangan Persatuan berdasarkan skop kerja yang ditetapkan. Keanggotaan majlis ini terdiri daripada seorang (1) Ketua dan seorang (1) Timbalan Ketua Biro;
  • 19. 19 i. Biro Sukan dan Kebudayaan ii. Biro Korporat dan Perhubungan Luar iii. Biro Penerbitan dan Multimedia iv. Seorang (1) Duta Negeri Johor Darul Takzim v. Seorang (1) Duta Negeri Melaka Darul Azim vi. Seorang (1) Duta Negeri Sembilan Darul Khusus 18. Gabungan di antara Majlis Tertinggi dan Majlis Mesyuarat Eksekutif Persatuan dikenali sebagai Badan Eksekutif Persatuan yang diketuai oleh Presiden Persatuan. FASAL 11: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Kewajipan Pegawai Persatuan yang dilantik tertakluk kepada dua kategori kewajipan; kewajipan umum dan kewajipan khusus. 2. Dalam perihal kewajipan umum, setiap Pegawai Persatuan hendaklah: i. Menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang berkenaan. ii. Memberikan komitmen terhadap gerak kerja dan aktiviti Persatuan. iii. Memperkukuh imej dan kredibiliti Persatuan dalam kalangan mahasiswa. 3. Selain dari perihal kewajipan umum di dalam Fasal 11(2) di atas, Pegawai Persatuan perlu menjalankan kewajipan khusus mengikut kepada skop kerja yang ditentukan. 4. Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi semua Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan yang berkenaan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia juga hendaklah i. menandatangani semua dokumen Persatuan sama ada secara bersendiri atau bersama-sama Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat. ii. Mengetuai Badan Eksekutif Persatuan. iii. Menentukan polisi dan gagasan Persatuan. iv. Memberi kata putus dalam perkara dan hal yang memerlukan pertimbangan dan budi bicara Presiden serta perkara yang berkaitan dengan dasar Persatuan. v. Memantau gerak kerja Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pengurusan Persatuan (Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung serta Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat). vi. Menyelaras perkara berkenaan hal ehwal tarbiyyah Persatuan.
  • 20. 20 5. Presiden pada sepanjang tempoh perlantikannya mempunyai kuasa melantik dan membentuk portfolio tidak tetap Persatuan, yakni penjawatan yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam mana-mana klausa Perlembagaan atas budi bicaranya serta memperolehi sokongan sekurang-kurangnya tiga (3) orang daripada keseluruhan ahli Majlis Tertinggi, tidak termasuk undian daripada Presiden. 6. Timbalan Presiden 1 hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaanya. Ia juga: i. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras aktiviti berkaitan hal ehwal latihan dan sumber insan Persatuan. ii. Bertanggungjawab dalam memantau gerak kerja Majlis Mesyuarat Eksekutif Persatuan. iii. Mempunyai autoriti untuk menandatangani dokumen Persatuan dengan izin dan pemakluman daripada Presiden. 7. Timbalan Presiden 2 hendaklah memangku jawatan Presiden atau Timbalan Presiden 1 semasa ketiadaanya. Ia juga: i. Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras aktiviti yang berkaitan hal ehwal wanita dan kemasyarakatan Persatuan. ii. Wakil rasmi pimpinan siswi Persatuan ke program dan aktiviti berkaitan wanita, kekeluargaan dan kemasyarakatan. 8. Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentabiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah menurut kepada perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Pengurusan Persatuan. Ia bertanggungjawab mengendali dan menguruskan urusan surat-menyurat, kertas kerja dasar Persatuan, laporan serta menyimpan semua buku, surat dan kertas Persatuan kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia juga: i. Hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, negeri kelahiran atau bermastautin, nombor kad pengenalan, nombor pelajar, dan alamat rumah setiap ahli. ii. Hendaklah menandatangani dokumen Persatuan, terutamanya yang berkenaan dengan persuratan sekiranya mendapat arahan daripada Presiden Persatuan. iii. Menguatkuasakan Piawaian Persuratan Persatuan yang telah diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan. iv. Menerima dan memproses borang keahlian Persatuan serta memaklumi bilangan terkini ahli Persatuan kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.
  • 21. 21 9. Setiausaha Agung hendaklah di dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa atau badan yang berkenaan. 10. Timbalan Setiausaha Agung hendaklah membantu Setiausaha Agung menjalankan kerja pentabiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah menurut kepada perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Pengurusan Persatuan. Ia bertanggungjawab mengendali dan menguruskan hal ehwal perjalanan mesyuarat, minit mesyuarat, laporan aktiviti serta hal persijilan Persatuan. Ia juga: i. Hendaklah membantu Setiausaha Agung menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, negeri kelahiran atau bermastautin, nombor kad pengenalan, nombor pelajar, dan alamat rumah setiap ahli. ii. Mendokumentasikan segala dokumen Persatuan untuk tatapan dan rujukan pimpinan pada masa akan datang. iii. Membantu Setiausaha Agung mengawal dan menyelia Piawaian Persuratan Persatuan. iv. Membantu Setiausaha Agung memproses dan menguruskan borang keahlian Persatuan. v. Memangku jawatan Setiausaha Agung sepanjang ketiadaan Setiausaha Agung. vi. Menyelaras aktiviti dan gerak kerja berkaitan bahasa dan linguistik Persatuan. 11. Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia juga: i. Hendaklah menandatangani semua dokumen berkaitan kewangan Persatuan bersama-sama dengan Presiden. ii. Menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan yang ditetapkan melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi. iii. Mempengerusikan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan melalui ketetapan Mesyuarat Majlis Tertinggi dalam hal bantuan kewangan kepada ahli. iv. Menyediakan laporan kewangan tahunan Persatuan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 12. Timbalan Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal aset Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara berkenaan pertambahan dan pengurangan aset Persatuan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia juga: i. Hendaklah menandatangani semua dokumen berkaitan pertambahan dan pelupusan Persatuan bersama-sama dengan Presiden.
  • 22. 22 ii. Mempengerusi dan menyelaras gerak kerja berkenaan gerai jualan Persatuan dalam acara di dalam atau luar kampus. iii. Menyediakan satu laporan lengkap berkenaan aset keseluruhan Persatuan dan menyerahkan kepada Bendahari Kehormat pada akhir sesi pentadbiran untuk dirangkum di dalam laporan kewangan tahunan Persatuan. 13. Ahli Jawatankuasa Biasa Persatuan atau dikenali sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 10(17) hendaklah membantu Majlis Tertinggi Persatuan menjalankan kerja berdasarkan kepada bidang kerja yang ditetapkan. 14. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan bertanggungjawab dalam mempromosi serta memperkenalkan seni kebudayaan rakyat dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kepada mahasiswa kampus. Ia juga: i. Menyelaras dan mengetuai pasukan Persatuan dalam acara sukan yang disertai Persatuan di dalam atau di luar kampus. ii. Menganjurkan aktiviti dan program berkaitan sukan dan kebudayaan Persatuan. iii. Bertanggungjawab dalam menerapkan elemen kesenian dan kebudayaan Islam dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan Persatuan. iv. Menjadi pihak pengantara dalam hubungan strategik di antara Persatuan dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan serta agensi kebudayaan dari Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. 15. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Korporat dan Perhubungan Luar bertanggungjawab dalam mempromosi serta memperkenalkan Persatuan kepada kalangan persatuan anak negeri yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT) kampus lain, selain membantu Majlis Tertinggi dalam menyebarluaskan dasar dan gagasan Persatuan. Ia juga: i. Menyelaras dan menganjurkan aktiviti serta program yang berupaya meningkatkan lagi tahap profesionalisme serta kemahiran ahli Persatuan. ii. Menerbit dan menyimpan bahan korporat Persatuan merangkumi bahan bercetak ataupun bahan elektronik. iii. Bertindak sebagai jurucakap pihak Persatuan dalam majlis atau dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam atau luar kampus. iv. Menyelaras dan menjaga hubungan strategik di antara pihak Persatuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. 16. Ketua dan Timbalan Ketua Biro Korporat dan Perhubungan Luar bertanggungjawab dalam menyelenggara dan mengemaskini laman media elektronik dan media milik Persatuan dengan perkembangan terkini Persatuan. Ia juga:
  • 23. 23 i. Menyelaras aktiviti dan program yang berupaya meningkatkan tahap celik teknologi maklumat dan teknologi perisian dalam kalangan ahli Persatuan. ii. Mengurus dan menyelenggara papan kenyataan milik Persatuan. 17. Duta-duta negeri yang dilantik bertanggungjawab dalam mengurus dan menjaga kebajikan ahli anak negeri Persatuan. Ia juga berperanan: i. Menjadi pihak pengantara di antara Persatuan dengan kerajaan serta agensi berkaitan kerajaan negeri. ii. Bertanggungjawab mempromosi dan memperkenalkan sosio-geografik negeri- negeri di bawah senarai Persatuan kepada masyarakat dalam dan luar kampus. iii. Menyelaras aktiviti dan perjumpaan ahli anak negeri Persatuan secara berkala, dengan arahan dan pemakluman kepada Presiden dan mana-mana Ahli Majlis Tertinggi. 18. Pindaan terhadap bidang kerja Pegawai Persatuan ini hendaklah mendapat sokongan 2/3 daripada keseluruhan ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung serta menepati prasyarat Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang digariskan di dalam Fasal 9(2) serta kaedah pindaan undang-undang di dalam Fasal 18 perlembagaan ini. FASAL 12: KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan termasuklah belanja pertadbiran, bayaran elaun, biayaan dan perbelanjaan aktiviti dan program Persatuan serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atau mana-mana badan perundangan dalam atau luar kampus. 2. Segala dana dan kewangan Persatuan adalah dibawah tanggungjawab dan amanah Bendahari Kehormat Persatuan ini, dan sebarang pengeluaran perlulah melaluinya serta mendapat persetujuan daripada Presiden Persatuan. 3. Segala kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangan bersama oleh Presiden dengan Bendahari Kehormat. Jika ketiadaan Pegawai persatuan yang berkenaan, maka bolehlah Presiden melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
  • 24. 24 4. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira mengikut Fasal 13(2) dengan seberapa segera setelah tamatnya tahunan kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan. 5. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 13: PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula. 2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Persatuan. FASAL 14: PEMEGANG AMANAH 1. Dalam hal yang menyebabkan Persatuan mengalami hal genting dan membabitkan hal integriti Persatuan, dan memaksa satu siasatan dijalankan secara menyeluruh, maka segala aset, dana dan dokumen Persatuan diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Penasihat sebagai Pemegang Amanah Persatuan ini. 2. Pemegang Amanah Persatuan ini akan menyimpan segala perkara yang berkaitan dengan Persatuan sehingga satu ketetapan dibuat melalui Mesyuarat Majlis Penasihat, setelah memperolehi dapatan siasatan daripada badan berautoriti.
  • 25. 25 FASAL 15: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan mahupun Mesyuarat Agung Khas Persatuan, Majlis Tertinggi Persatuan boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara- perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa Persatuan terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Persatuan. FASAL 16: PENASIHAT / PENAUNG 1. Jawatankuasa perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi ahli Penasihat bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. 2. Ahli Penasihat Persatuan ini terdiri daripada seorang (1) Penasihat Umum dan tiga (3) orang Ex-Officio daripada warganegara Malaysia serta merupakan anak kelahiran negeri Johor, Melaka atau Negeri Sembilan. 3. Penasihat Umum hendaklah merupakan Pegawai Kolej Universiti ini yang bertauliah, berdasarkan kepada ketetapan Bahagian Pembangunan Mahasiswa. 4. Penasihat Umum Persatuan ini menjalankan bidang kerjanya berdasarkan kepada ketetapan berikut: i. Menandatangani dan menyokong dokumen kerja Persatuan berdasarkan kepada ketetapan Bahagian Pembangunan Mahasiswa. ii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan ini berdasarkan peruntukan Fasal 14 perlembagaan ini. iii. Mengetuai Majlis Penasihat dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Persatuan. iv. Mengesahkan, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan yang berkenaan atas permintaan Badan Eksekutif Persatuan. v. Menasihati dan memandu perjalanan gerak kerja Badan Eksekutif Persatuan. 5. Dalam hal Ex-Officio pula, Persatuan ini menetapkan untuk diadakan tiga (3) penjawatan, merangkumi: i. Ex-Officio 1 (Hal Ehwal Pengurusan Strategik dan Keusahawanan)
  • 26. 26 ii. Ex-Officio 2 (Hal Ehwal Dakwah dan Islah) iii. Ex-Officio 3 (Hal Ehwal Perundangan dan Kebudayaan) 6. Ex-Officio 1 menjalankan peranannya dalam: i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan pengurusan organisasi, serta yang berkenaan dengan gagasan pembawaan Persatuan pada sesi Pentadbiran tersebut. ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan Badan Eksekutif Persatuan. iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14 perlembagaan ini. 7. Ex-Officio 2 menjalankan peranannya dalam: i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan aktiviti dakwah dan Islah, serta menjadi unit Hisbah Persatuan dalam memantau perjalanan gerak kerja Persatuan agar tidak lari dari batasan Syariat. ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan Badan Eksekutif Persatuan. iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14 perlembagaan ini. 8. Ex-Officio 3 menjalankan peranannya dalam: i. Menasihati Badan Eksekutif Persatuan dalam hal yang melibatkan aktiviti perundangan dan kebudayaan, serta memandu perjalanan Badan Eksekutif Persatuan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persatuan ini. ii. Menandatangani, jika perlu dokumen-dokumen Persatuan atas permintaan Badan Eksekutif Persatuan. iii. Menjadi Pemegang Amanah Persatuan berdasarkan peruntukan Fasal 14 perlembagaan ini. 9. Dalam hal pemberhentian atau pemecatan, keputusan dalam perkara tersebut akan ditetapkan menerusi Mesyuarat Majlis Penasihat, dengan menurut kaedah di dalam Fasal 8. 10. Penaung Persatuan ini merupakan penjawatan tertinggi di dalam organisasi pentadbiran Kolej Universiti ini dan merupakan penjawatan bukan lantikan Persatuan.
  • 27. 27 FASAL 17: LARANGAN 1. Ahli-ahli adalah dilarang melakukan atau menyertai sebarang aktiviti atau perkara yang: i. Menyalahi ketetapan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias. ii. Melanggar ketetapan Tatatertib Kolej Universiti ini. iii. Menjatuhkan integriti dan kredibiliti Persatuan. 2. Perbuatan mana-mana perkara di dalam klausa Fasal 17(1) di atas akan menyebabkan ahli dikenakan tindakan menurut Fasal 8 perlembagaan ini. FASAL 18: PINDAAN UNDANG-UNDANG 1. Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung serta mendapat perkenan daripada Majlis Penasihat Persatuan seperti yang digariskan melalui peruntukan Fasal 9(3). 2. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa. FASAL 19: PEMBUBARAN 1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli berdaftar yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas untuk tujuan tersebut. 2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. 3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Bahagian Pembangunan Mahasiswa dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.