SlideShare a Scribd company logo
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN ALUMNI
INSTITUT LATIHAN
PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Semakan oleh :
Tn. Hj. Mohd Jamil bin Hj. Mohd Nor,
Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang,
Kementerian Dalam Negeri,
The Registry of Societies Malaysia (ROS),
Ministry of Home Affairs Malaysia.
Bersama :
Pn. Rodzidah bt Mohd Rodzi,
Presiden,
Persatuan Alumni Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas
Pulau Pinang),
Jabatan Tenaga Manusa,
Kementerian Sumber Manusia,
Manpower Department,
Ministry of Human Resources Malaysia.
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG
FASAL 1 NAMA
1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI INSTITUT
LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG (EX-ILPKBPP).
Selepas ini dirujuk sebagai ‘Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang’.
FASAL 2 PEJABAT URUSAN
2.1 Pejabat urusan Persatuan ialah Unit Pengurusan Latihan Institut Latihan
Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang di alamat Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
FASAL 3 LAMBANG DAN LENCANA
1.1 i) Huraian Lambang :
Lambang Persatuan ini adalah gabungan logo Institut Latihan
Perindustrian dan perkataan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang.
ii) Pengertian Lambang :
Perkataan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang adalah merupakan singkatan nama
bagi Persatuan Alumni Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (Ex-
ILPKBPP). Logo Institut Latihan Perindutrian melambangkan Institut di bawah naungan
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM), Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia.
FASAL 4 OBJEKTIF
Objektif Persatuan adalah :-
Objektif Am
4.1 Berusaha mempertahankan dan menegakkan Visi dan Misi Negara Malaysia.
4.2 Menjadi pemangkin kepada penyatuan, penyusunan dan penggemblengan tenaga
untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam pembangunan negara untuk
merealisasikan Wawasan Negara.
4.3 Merealisasikan Visi dan Misi Jabatan Tenaga Manusia Kerajaan Malaysia bagi
memperkembangkan potensi individu secra menyeluruh yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
4.4 Disamping melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, dan bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
4.5 Mewujudkan sikap bermoral dan beretika serta budaya menyayangi yang
mempunyai matlamat untuk dikongsi bersama.
4.6 Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan badan bukan kerajaan atau badan-
badan lain yang sesuai.
Objektif Khas
4.7 Memajukan dan memupuk perhubungan silaturrahim serta mewujudkan sikap
kerjasama demi kepentingan, kebajikan dan akademik di antara para graduan ILP
Kepala Batas Pulau Pinang dan para Pengajar.
4.8 Menampilkan diri sebagai sebuah Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) yang aktif,
dedikasi, cemerlang serta menyokong wawasan JTM dan negara.
4.9 Membantu ILP Kepala Batas Pulau Pinang dalam mencapai Misi dan Visinya.
4.10 Membantu dan memandu arah pelajar-pelajar ILP Kepala Batas Pulau Pinang dalam
pemilihan kerjaya.
4.11 Menggalakkan pertemuan dan penyertaan para graduan di dalam memberi
pendapat, idea, komen dan penambahbaikan demi menyelesaikan masalah
ekonomi, sosial dan pelajaran dengan menyertai acara berbentuk seminar, ceramah,
forum dan sebagainya.
4.12 Penyelarasan terhadap profesion para graduan di mana perhubungan peribadi dan
perhubungan pekerjaan dapat diwujudkan dan dikekalkan untuk kemudahan
menjalankan tugas dan saling membantu di antara satu sama lain.
4.13 Mengeluarkan segala bentuk penerbitan, kertas Penyelaras, artikel atau bagi
mencapai objektif penubuhan persatuan.
4.14 Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan rohani dan jasmani.
4.15 Sebagai landasan bekas pelajar bertemu dan bertukar fikiran.
FASAL 5 KEAHLIAN
Kategori keahlian : i) Ahli seumur hidup
ii) Ahli bersekutu
5.1 Ahli seumur hidup adalah graduan ILP Kepala Batas Pulau Pinang.
5.2 Ahli bersekutu adalah ahli yang terdiri daripada ahli korporat serta pengajar yang
bukan daripada graduan ILP Kepala Batas Pulau Pinang.
FASAL 6 PERMOHONAN KEAHLIAN
6.1 Keahlian Persatuan ini hanya terbuka kepada bekas pelajar ILP Kepala Batas Pulau
Pinang.
1.2 Setiap bekas pelajar akan didaftarkan sebagai ahli secara automatik.
1.3 Permohonan keahlian Persatuan bagi Ahli Bersekutu hendaklah dengan cara
mengisi borang yang disediakan.
1.4 Keputusan menerima atau menolak permohonan adalah tertakluk kepada
keputusan Exco Persatuan.
1.5 Sekiranya mana-mana calon yang ditolak permohonannya oleh Exco Persatuan,
mana-mana dua orang Ahli Persatuan boleh mencadangkan dan menyokong suatu
resolusi sebagaimana dinyatakan di dalam Fasal 11 di dalam Mesyuarat Agung
Persatuan yang akan datang, dan sekiranya resolusi tersebut diluluskan dengan
mendapat undi majoriti dari ahli-ahli yang hadir dan berhak mengundi, calon yang
tersebut layak dilantik menjadi ahli.
1.6 Ahli Persatuan hendaklah mematuhi peraturan dan perlembagaan dan berhak
kepada faedah dan keistimewaan sebagai ahli sebagaimana yang dinyatakan di
dalam Fasal 9.
FASAL 7 YURAN KEAHLIAN
7.1 Yuran keahlian untuk Ali Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu adalah bergantung
kepada keperluan perancangan aktiviti dari masa ke semasa.
FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
8.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi
notis bertulis kepada Setiausaha.
8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah
oleh Exco Persatuan. Walaubagaimanapun Ahli tersebut juga hendaklah diberi
peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
8.3 Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat
Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 9 HAK-HAK KEISTIMEWAAN AHLI
9.1 Ahli Persatuan adalah :
(a) Berhak untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti Persatuan dan
menggunakan kemudahan yang disediakan.
(b) Berhak untuk bersuara dan mengundi di dalam semua Mesyuarat Agung
Persatuan.
(c) Berhak menjadi calon untuk pemilihan mana-mana jawatan dalam
Persatuan, menjalankan kerja-kerja pejabat, mengundi, mencadang,
menamakan dan menyokong mana-mana calon untuk pemilihan jawatan
dalam Persatuan.
(d) Berhak kepada apa-apa hak istimewa yang diputuskan oleh Exco
Persatuan.
9.2 Ahli Bersekutu adalah :
(a) Berhak untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti Persatuan dan
menggunakan kemudahan yang disediakan.
(b) Tidak berhak untuk bersuara dan mengundi di dalam semua Mesyuarat
Agung Persatuan.
(c) Tidak berhak untuk menjadi calon untuk pemilihan mana-mana jawatan
dalam Exco Persatuan, menjalankan kerja-kerja pejabat, mengundi,
mencadang, menamakan dan menyokong mana-mana calon untuk
pemilihan jawatan dalam Persatuan.
(d) Berhak kepada apa-apa hak istimewa yang diputuskan oleh Exco
Persatuan.
FASAL 10 PENAUNG
10.1 Pengarah ILP Kepala Batas Pulau Pinang atau mana-mana orang kenamaan lain
boleh dipilih oleh Exco Persatuan mengikut budi bicaranya dan persetujuan ILP
Kepala Batas Pulau Pinang, sebagai penaung Persatuan dengan syarat kebenaran
diperolehi dari pihak berkenaan.
FASAL 11 PROSEDUR MESYUARAT
11.1 Mesyuarat Agung
(a) Tarikh, Tempat dan Tujuan
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan akan diadakan setiap 2 tahun tidak lewat
daripada bulan Disember, pada tempat, tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh
Exco Persatuan untuk tujuan :-
i) Menerima laporan aktiviti-aktiviti dari Exco Persatuan dalam tahun
tersebut dan penyata kewangan yang telah diauditkan.
ii) Melantik ahli Exco Persatuan dan memilih dua orang Juruaudit. Juruaudit
yang dipilih tidak boleh terdiri daripada Ahli Exco Persatuan.
iii) Menentukan sebarang resolusi yang dikemukakan di dalam mesyuarat
seperti yang dinyatakan dalam Fasal 11.1(d)
iv) Untuk mempertimbangkan hal-hal lain.
(b) Notis Mesyuarat
Notis awal untuk Mesyuarat Agung yang menyatakan tarikh, masa, tempat, beserta
borang pembentangan usul dan borang pencalonan Ahli Exco Persatuan akan
dimaklumkan kepada semua ahli tidak lebih tiga puluh (30) hari dari tarikh yang
ditetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut.
(c) Pencalonan dan Usul
Dengan persetujuan ahli-ahli yang telah dicalonkan, pencalonan dan usul-usul (jika
ada) yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung hendaklah dihantar oleh
ahli-ahli kepada Setiausaha tidak lewat daripada empatbelas (14) hari sebelum hari
yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut.
(d) Notis Dan Agenda Mesyuarat
Sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, Setiausaha
akan memberitahu semua ahli-ahli dengan notis bertulis tentang hal-hal yang akan
dibincangkan. Notis tersebut hendaklah termasuk laporan Ahli Exco Persatuan,
penyata akaun yang telah diaudit, pencalonan, kertas pengundian Ahli Exco
Persatuan dan usul dari Ahli Exco Persatuan dan usul ahli mengikut Fasal 11.1.c
(e) Korum
i) Ahli-ahli berhak menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa
meminda Korum untuk Mesyuarat Agung ialah sekurang-kurangnya sepuluh
(10) orang ahli yang layak mengundi.
ii) Jika korum tersebut tidak mencukupi dalam tempoh satu jam daripada waktu
yang telah ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih dari 21 hari) yang ditetapkan oleh
Exco Persatuan. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu
yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berhak
menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa meminda perlembagaan.
(f) Satu Exco Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan (untuk tempoh 3 tahun). Exco Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang
tidak boleh terdiri daripada staf ILP Kepala Batas Pulau Pinang.
(i) Seorang (1) Presiden
(ii) Seorang (1) Timbalan Presiden
(iii) Seorang (1) Setiausaha
(iv) Seorang (1) Bendahari
(v) Empat (4) Orang Jawatankuasa
(vi) Dua (2) Orang Juruaudit Dalam
(vii) Seorang (1) Setiausaha Penyelaras adalah terdiri daripada staf ILP Kepala
Batas Pulau Pinang
(viii) Maksimum tiga (3) orang AJK yang dilantik oleh Presiden mengikut
keperluan semasa.
11.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa
(a) Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan jika difikirkan penting oleh Exco
Persatuan atas permintaan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) atau
200 orang dari jumlah ahli yang berhak mengundi, yang mana lebih rendah, dengan
menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah
dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
(b) Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah dipanggil
dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan. Notis
memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa akan dimaklumkan kepada semua ahli-
ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan
untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut di mana ianya menerangkan hal-hal
yang akan dibincangkan.
(c) Korum untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama seperti bagi Mesyuarat
Agung Tahunan. Jika korum tidak diperolehi dalam tempoh satu jam selepas masa
yang telah ditetapkan Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut dibatalkan.
11.3 Mesyuarat Exco Persatuan
(a) Exco Persatuan akan bertemu sekerap yang mungkin sekurang-kurangnya dua (2)
kali setahun.
(b) Notis Mesyuarat beserta agenda dan maklumat yang berkaitan akan diedarkan
kepada semua Ahli Exco Persatuan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum
mesyuarat melainkan dalam mesyuarat khas yang akan dipanggil oleh Presiden.
(c) Minit Mesyuarat Exco Persatuan hendaklah diedarkan kepada semua Exco
Persatuan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat Exco
Persatuan tersebut.
(d) Korum mesyuarat Exco Persatuan ialah sekurang-kurangnya empat (4) orang
daripada jumlah ahli yang dipilih.
11.4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kecil
(a) Mana-mana Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Exco Persatuan akan bertemu
seberapa kerap yang boleh bergantung kepada kepentingan hal-hal yang berkaitan.
(b) Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecil hendaklah diedarkan kepada semua
Jawatankuasa Kecil tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat
Jawatankuasa Kecil tersebut.
(c) Satu (1) salinan minit bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Kecil hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha sebagai maklumat dan rujukan Exco Persatuan.
FASAL 12 TUGAS DAN KUASA EXCO PERSATUAN
12.1 Tugas dan kuasa Exco Persatuan adalah :
(a) Melaksanakan objektif Persatuan.
(b) Mengarah, mengurus, menyelia dan mengawal pejabat, harta benda dan
kumpulan wang Persatuan.
(c) Mewakili pandangan dan pendapat ahli Persatuan.
(d) Menerima perletakan jawatan dan mengisi semula kekosongan Ahli Exco
Persatuan.
(e) Melantik Jawatankuasa Kecil dan memberi mereka tugas dan kuasa tertentu.
(f) Menggunakan lain-lain kuasa dan mengeluarkan lain-lain tugas sebagaimana
dari masa ke semasa tertakluk kepada perlembagaan dan Peraturan-peraturan
Persatuan.
(g) Menentukan hak keistimewaan yang mengikut Fasal 9.
(h) Bertindak bagi pihak Persatuan di dalam hal-hal di mana tiada dinyatakan di
dalam perlembagaan.
FASAL 13 TUGAS DAN KUASA AHLI EXCO PERSATUAN
13.1 Presiden
Tugas Presiden adalah :
(a) Mewakili pandangan dan pendapat Persatuan.
(b) Bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala urusan Persatuan.
(c) Mempengerusikan kesemua Mesyuarat Agung Persatuan dan Mesyuarat Exco
Persatuan.
(d) Mempunyai kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan seperti
Fasal 14.3.
(e) Mempunyai kuasa mengadakan Mesyuarat-mesyuarat Exco Persatuan.
13.2 Timbalan Presiden
Tugas Timbalan Presiden adalah :
(a) Memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden dan akan memangku
jawatan Presiden jika terdapat kekosongan.
13.3 Setiausaha
Setiausaha akan membantu Presiden dan Ahli-ahli Exco Persatuan di dalam hal-hal
Persatuan dan akan menjalankan tugas seperti yang dinyaaakan atau yang
termaktub di dalam perlembagaan yang telah diserahkan oleh Exco Persatuan.
Beliau akan:-
(a) Menghadiri, menyedia agenda dan merekod semua Mesyuarat Agung dan
Mesyuarat Exco Persatuan.
(b) Menyelia kesemua kerja yang dibuat oleh Exco Persatuan dan akan
memelihara rekod-rekod Alumni.
(c) Menyimpan buku daftar ahli-ahli Persatuan.
(d) Menyediakan laporan aktiviti Persatuan dan juga menyerahkannya kepada
Exco Persatuan untuk dipertimbangkan.
13.4 Bendahari
Bendahari akan bertanggungjawab bagi mengendalikan hal-hal kewangan
Persatuan dan akan menjalankan tugas-tugas seperti yang dinyatakan atau yang
dikenakan di dalam perlembagaan dan undang-undang serta yang mana yang akan
diserahkan kepada beliau oleh Exco Persatuan. Beliau akan :-
(a) Menerima segala wang-wang yang telah dibayar kepada Persatuan dan
bertanggungjawab membuat pungutan dan mengeluarkan resit.
(b) Menyimpan akaun Persatuan dengan kemas.
(c) Memasukkan semua wang yang diterima kecuali wang runcit ke dalam akaun
di atas nama Persatuan di bank yang telah dipersetujui oleh Exco Persatuan.
(d) Membuat bayaran ke atas semua bil yang telah diluluskan oleh Exco Persatuan.
(e) Membuat Laporan Kewangan untuk tempoh atau tujuan tertentu yang telah
ditetapkan oleh Exco Persatuan.
(f) Menyediakan Penyata Kewangan bagi tahun tersebut dan menyerahkan
kepada Exco Persatuan untuk dipertimbangkan.
(g) Menyedia dan menyerah kepada Exco Persatuan senarai ahli yang telah dan
belum membayar yuran.
13.5 Ahli Exco Persatuan
(a) Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, mana-mana ahli Exco
Persatuan boleh dilantik untuk mempengerusikan Mesyuarat Exco Persatuan.
(b) Menghadiri Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Exco Persatuan.
(c) Mempengerusikan Mesyuarat Biro yang berkaitan.
13.6 Juruaudit Dalam
(a) Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk mengaudit, menandatangani dan
mengesahkan Penyata Akaun Persatuan dan menghantar untuk semakan
Juruaudit Luar. Juruaudit Dalam juga bertanggungjawab memantau dan
mengemaskini Laman Web Alumni Persatuan dan memutuskan artikel yang
patut dilepaskan kepada ahli-ahli dalam senarai.
FASAL 14 KEWANGAN
14.1 Tertakluk kepada peruntukan bagi perlembagaan ini, wang Persatuan boleh
digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan aktiviti Persatuan,
termasuklah belanja operasi dan pengurusan.
14.2 Bendahari dibenarkan menyimpan panjar wang runcit tidak lebih daripada RM
200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) sahaja pada sesuatu masa. Wang yang lebih
daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank atas nama Persatuan.
14.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah
ditandatangani oleh Bendahari dan salah seorang daripada Presiden, Timbalan
Presiden atau Setiausaha. Cek yang melebihi RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia lima
Ribu) mesti ditandatangani oleh Presiden dan Bendahari.
14.4 Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada akhir tahun kewangan oleh Juruaudit
Dlam yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung dan Penyata Audit tersebut
disahkan oleh Juruaudit Luar.
14.5 Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk diluluskan
oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut.
14.6 Tahun Kewangan Persatuan adalah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31
Disember setiap tahun.
FASAL 15 JURUAUDIT DALAM
15.1 Dua orang yang bukannya Exco Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sebagai Juruaudit Dlam. Mereka akan memegang jawatan selama 2
tahun dan boleh dilantik semula.
15.2 Jika salah seorang dari Juruaudit Dalam meletak jawatan, maka Exco Persatuan
boleh melantik ahli lain sebagai pengganti tetapi tidak boleh dilantik dari Ahli Exco
Persatuan.
15.3 Juruaudit Dalam dikehendaki memeriksa kewangan Persatuan bagi setiap tahun
kewangan dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung
Tahunan. Mereka juga boleh diarah oleh Presiden mengaudit kewangan Persatuan
bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat
laporan kepada Exco Persatuan.
FASAL 16 PEMEGANG AMANAH
16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun
hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama
yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu ‘Surat Amanah’ (Deed
Of Trust).
16.2 Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak
milik harta kepunyaan Persatuan tanpa mendapat kelulusan dan kuasa yang
diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.
16.3 Seseorang Pemegang Amanah itu boleh diminta melepaskan jawatan oleh
Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di
dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat
menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku
kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pemegang Amanah
yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
FASAL 17 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
17.1 Semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung, Exco Persatuan boleh memberikan
tafsiran kepada perlembagaan. Jika perlu Exco Persatuan boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini.
17.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Exco Persatuan terhadap ahli-ahli
adalah muktamad sehingga diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 18 HARTA PERSATUAN
18.1 Exco Persatuan secara bersesama dan berasingan adalah berhak untuk menerima
atau menolak derma-derma dari orang perseorangan, institute atau firma.
18.2 Pendapatan dan harta Persatuan yang diperolehi adalah digunakan hanya untuk
memajukan objektif Persatuan sebagaimana yang telah disebut dalam Fasal 4, dan
tiada apa-apa bahagian darinya boleh dibayar atau dipindah secara langsung atau
tidak langsung sebagai dividen, bonus atau keuntungan kepada ahli Persatuan.
18.3 Jika dengan pembubaran atau penutupan Persatuan terdapat mana-mana harta
yang tinggal setelah semua hutang dan tanggungan dibayar, pembahagian bakinya
hendaklah diserahkan kepada ILP Kepala Batas Pulau Pinang.
FASAL 19 PEMBUBARAN
19.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan tanpa persetujuan melainkan sekurang-
kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi yang hadir pada
Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.
19.2 Wang Alumni ILP Kepala Batas akan dikembalikan kepada ILP Kepala Batas jika
dibubarkan.
FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN
20.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada
perlembagaan hendaklah dibuat kepada Setiausaha dalam masa tiga puluh (30) hari
dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu
dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan arau pindaan itu
diluluskan oleh Mesyuarat Agung.
20.2 Apa juga resolusi yang mencadangkan penambah atau pembatalan atau pindaan
perlembagaan dan peraturan hendaklah diluluskan sama ada pada Mesyuarat
Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.
20.3 Resolusi ketika Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa hanya boleh
diluluskan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga dari ahli yang
hadir dan berhak untuk mengundi.
20.4 Segala pindaan perlembagaan ini mesti diluluskan oleh Lembaga Pengarah ILP
Kepala Batas Pulau Pinang sebelum dikuatkuasakan.
FASAL 21 PENGGUNAAN DAN PENERIMAAN DANA
21.1 Persatuan tidak boleh berniaga dengan menggunakan tabung kewangan Persatuan
untuk mencapai objektif di Fasal 4.
21.2 Persatuan dibolehkan menerima derma/sumbangan untuk mencapai objektif di Fasal 4.
FASAL 22 LARANGAN
22.1 Segala aktiviti yang berbentuk perjudian tidak boleh dilaksanakan di dalam premis
Persatuan.
22.2 Persatuan atau ahlinya tidak harus mencuba, menghalang atau dengan apa cara
juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di
dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
22.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawainya atau Exco Persatuan atau
ahli.
22.4 “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966
tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.
22.5 Ahli Persatuan dilarang menggunakan Persatuan untuk sebarang kegiatan politik.
FASAL 23 PERUNTUKAN UMUM
23.1 Dalam mana peruntukan khas tiada disebut di dalam undang-undang ini bagi
perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Persatuan, undang-undang yang
berkenaan mengenai Pentadbiran Exco Persatuan akan diikuti sejauh mana yang
suaimanfaat.
……………………………………. …………………………………….
Presiden Setiausaha
RODZIDAH BT MOHD RODZI FARIHAN BT ABU HASAN

More Related Content

What's hot

2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)apai79
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja icc
Noor Adilah
 
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
Ayubkhan Kks
 
Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014azhajusoh
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Roiamah Basri
 
NEF Constitution 2nd Revision
NEF Constitution 2nd RevisionNEF Constitution 2nd Revision
NEF Constitution 2nd Revision
Ferdaus Johar
 
Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012)
Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012) Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012)
Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012)
Sarawak Equestrian Sports Association
 
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Norshida Shida
 
Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1
zainun ibrahim
 
Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013Cikgu Syahidon
 
Pengenalan MPP KPMSI
Pengenalan MPP KPMSIPengenalan MPP KPMSI
Pengenalan MPP KPMSI
Hariz Amirul
 
penubuhan persatuan
penubuhan persatuanpenubuhan persatuan
penubuhan persatuan
pudeans
 
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumfail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
Shika Nara
 
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuan3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuanMuhamad Samsudin
 
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01Roslee Suparlan
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruJay Jefry
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Roiamah Basri
 

What's hot (20)

2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja icc
 
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB)
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014Bengkel memanah 2014
Bengkel memanah 2014
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
NEF Constitution 2nd Revision
NEF Constitution 2nd RevisionNEF Constitution 2nd Revision
NEF Constitution 2nd Revision
 
Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012)
Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012) Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012)
Perlembagaan EKUESTRIAN SARAWAK (edited during AGM 2012)
 
Penubuhan persatuan
Penubuhan persatuanPenubuhan persatuan
Penubuhan persatuan
 
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
Bahan dlm fail kelab&persatuan (autosaved)
 
Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1Kelab rukun negara 1
Kelab rukun negara 1
 
Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013Borang Anugerah Kokurikulum 2013
Borang Anugerah Kokurikulum 2013
 
Pengenalan MPP KPMSI
Pengenalan MPP KPMSIPengenalan MPP KPMSI
Pengenalan MPP KPMSI
 
penubuhan persatuan
penubuhan persatuanpenubuhan persatuan
penubuhan persatuan
 
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulumfail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
fail unit beruniform, persatuan dan kelab ko kurikulum
 
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuan3 upsi qss4013 kelab & persatuan
3 upsi qss4013 kelab & persatuan
 
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01(Kgkt)peraturan kelab guru 01
(Kgkt)peraturan kelab guru 01
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guru
 
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolahBorang pengurusan kokurikulum sekolah
Borang pengurusan kokurikulum sekolah
 
Dasar Penubuhan Kelab Seni Bela Diri
Dasar Penubuhan Kelab Seni Bela DiriDasar Penubuhan Kelab Seni Bela Diri
Dasar Penubuhan Kelab Seni Bela Diri
 

Viewers also liked

Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
faizatulsharmila
 
Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanAurakaya6966
 
Peraturan peraturan perlembagaan persatuan
Peraturan peraturan perlembagaan persatuanPeraturan peraturan perlembagaan persatuan
Peraturan peraturan perlembagaan persatuan
Zairani Ab Hamid
 
Perlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islamPerlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islam
NORAINI1010
 
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam FutsalSejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
Arsyad Arifin Ismail
 

Viewers also liked (6)

Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
 
Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
 
Peraturan peraturan perlembagaan persatuan
Peraturan peraturan perlembagaan persatuanPeraturan peraturan perlembagaan persatuan
Peraturan peraturan perlembagaan persatuan
 
Perlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islamPerlembagaan p.islam
Perlembagaan p.islam
 
Peraturan
PeraturanPeraturan
Peraturan
 
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam FutsalSejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
 

Similar to Perlembagaan Persatuan Alumni ILP Kepala Batas, 2007

PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdfPERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
ZAHIRNIBINTIRAMLIMoe
 
PGR RA Constitution
PGR RA ConstitutionPGR RA Constitution
PGR RA Constitution
Tan Teong
 
Perlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktpPerlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktp
apai81
 
Piagam SRIHBP
Piagam SRIHBPPiagam SRIHBP
Piagam SRIHBP
Mohd Shahril
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
Mohd. Mansur Mohd. Zaman
 
Perlembagaan NEF 2010 Pindaan Kedua
Perlembagaan NEF 2010 Pindaan KeduaPerlembagaan NEF 2010 Pindaan Kedua
Perlembagaan NEF 2010 Pindaan Keduaferdausjohar
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
Uzie Midin
 
G panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmG panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drm
Siti Kasman
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
zhang jinlian
 
G panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanG panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaan
Ifa Tifa
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Nadia Bohari
 
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuan
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuanSurat permohonan bagi pendaftaran persatuan
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuan
AdibAizat1
 
Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021 Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021
botak tomok
 
Perlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docxPerlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docx
NORPAMELABINTIMUHAMA
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibgtabur
 
Perlembagaan kelab-komputer smktda
Perlembagaan kelab-komputer smktdaPerlembagaan kelab-komputer smktda
Perlembagaan kelab-komputer smktda
Maizatul Akmal
 
FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018
FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018
FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018
ZULKHAIRI MAN
 
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkoTajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkokokurikulumbainun
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruJay Jefry
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruJay Jefry
 

Similar to Perlembagaan Persatuan Alumni ILP Kepala Batas, 2007 (20)

PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdfPERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
PERLEMBAGAAN_PERSATUAN_IBU_BAPA_DAN_GURU.pdf
 
PGR RA Constitution
PGR RA ConstitutionPGR RA Constitution
PGR RA Constitution
 
Perlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktpPerlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktp
 
Piagam SRIHBP
Piagam SRIHBPPiagam SRIHBP
Piagam SRIHBP
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
 
Perlembagaan NEF 2010 Pindaan Kedua
Perlembagaan NEF 2010 Pindaan KeduaPerlembagaan NEF 2010 Pindaan Kedua
Perlembagaan NEF 2010 Pindaan Kedua
 
G panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdmG panduan bukuperlembagaan kdm
G panduan bukuperlembagaan kdm
 
G panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drmG panduan bukuperlembagaan drm
G panduan bukuperlembagaan drm
 
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor mudaGaris panduan buku perlembagaan doktor muda
Garis panduan buku perlembagaan doktor muda
 
G panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaanG panduan bukuperlembagaan
G panduan bukuperlembagaan
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
 
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuan
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuanSurat permohonan bagi pendaftaran persatuan
Surat permohonan bagi pendaftaran persatuan
 
Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021 Perlembagaan umno 2021
Perlembagaan umno 2021
 
Perlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docxPerlembagaan KGKT.docx
Perlembagaan KGKT.docx
 
60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg60 perlembagaan-pibg
60 perlembagaan-pibg
 
Perlembagaan kelab-komputer smktda
Perlembagaan kelab-komputer smktdaPerlembagaan kelab-komputer smktda
Perlembagaan kelab-komputer smktda
 
FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018
FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018
FAIL REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM SMK SEBERANG PERAK TAHUN 2018
 
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerkoTajuk2 penubuhan unit unit gerko
Tajuk2 penubuhan unit unit gerko
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guru
 
Perlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guruPerlembagaan kelab guru
Perlembagaan kelab guru
 

More from Rodzidah Mohd Rodzi

Problem-Based Learning (PBL)
Problem-Based Learning (PBL)Problem-Based Learning (PBL)
Problem-Based Learning (PBL)
Rodzidah Mohd Rodzi
 
BMW Club Malaysia 2020
BMW Club Malaysia 2020BMW Club Malaysia 2020
BMW Club Malaysia 2020
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Vietnam 2019
Vietnam 2019  Vietnam 2019
Vietnam 2019
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Engineering Site Visit 2019
Engineering Site Visit 2019Engineering Site Visit 2019
Engineering Site Visit 2019
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Turkey 2019
Turkey 2019Turkey 2019
Turkey 2019
Rodzidah Mohd Rodzi
 
United Arab Emirates (UAE) 2018
United Arab Emirates (UAE) 2018United Arab Emirates (UAE) 2018
United Arab Emirates (UAE) 2018
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Brunei 2018
Brunei 2018Brunei 2018
Brunei 2018
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Australia 2018
Australia 2018Australia 2018
Australia 2018
Rodzidah Mohd Rodzi
 
South Korea 2017
South Korea 2017South Korea 2017
South Korea 2017
Rodzidah Mohd Rodzi
 
BMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala Lumpur
BMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala LumpurBMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala Lumpur
BMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala Lumpur
Rodzidah Mohd Rodzi
 
TVET 2017 ~ MOHR
TVET 2017 ~ MOHRTVET 2017 ~ MOHR
TVET 2017 ~ MOHR
Rodzidah Mohd Rodzi
 
BMW Club Malaysia 2016
BMW Club Malaysia 2016 BMW Club Malaysia 2016
BMW Club Malaysia 2016
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Alumni SHAH Pekan 2016
Alumni SHAH Pekan 2016Alumni SHAH Pekan 2016
Alumni SHAH Pekan 2016
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017
Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017 Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017
Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017
Rodzidah Mohd Rodzi
 
JICA Japan 2012
JICA Japan 2012JICA Japan 2012
JICA Japan 2012
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013
Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013 Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013
Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013
Rodzidah Mohd Rodzi
 
Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013
Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013
Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013
Rodzidah Mohd Rodzi
 

More from Rodzidah Mohd Rodzi (20)

Problem-Based Learning (PBL)
Problem-Based Learning (PBL)Problem-Based Learning (PBL)
Problem-Based Learning (PBL)
 
BMW Club Malaysia 2020
BMW Club Malaysia 2020BMW Club Malaysia 2020
BMW Club Malaysia 2020
 
Vietnam 2019
Vietnam 2019  Vietnam 2019
Vietnam 2019
 
Engineering Site Visit 2019
Engineering Site Visit 2019Engineering Site Visit 2019
Engineering Site Visit 2019
 
Turkey 2019
Turkey 2019Turkey 2019
Turkey 2019
 
United Arab Emirates (UAE) 2018
United Arab Emirates (UAE) 2018United Arab Emirates (UAE) 2018
United Arab Emirates (UAE) 2018
 
Brunei 2018
Brunei 2018Brunei 2018
Brunei 2018
 
Australia 2018
Australia 2018Australia 2018
Australia 2018
 
South Korea 2017
South Korea 2017South Korea 2017
South Korea 2017
 
BMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala Lumpur
BMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala LumpurBMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala Lumpur
BMW Club Malaysia 2017 ~ Kuala Lumpur
 
TVET 2017 ~ MOHR
TVET 2017 ~ MOHRTVET 2017 ~ MOHR
TVET 2017 ~ MOHR
 
BMW Club Malaysia 2016
BMW Club Malaysia 2016 BMW Club Malaysia 2016
BMW Club Malaysia 2016
 
Alumni SHAH Pekan 2016
Alumni SHAH Pekan 2016Alumni SHAH Pekan 2016
Alumni SHAH Pekan 2016
 
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Jan - April 2017)
 
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Sept - Dis 2016)
 
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)
Laporan Ketua Jabatan Percetakan & Komputer (Mei - Ogos 2016)
 
Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017
Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017 Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017
Laurea malaysia - Knowledge Sharing Session 2017
 
JICA Japan 2012
JICA Japan 2012JICA Japan 2012
JICA Japan 2012
 
Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013
Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013 Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013
Laporan 5S Bahagian Khidmat Pengurusan 2013
 
Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013
Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013
Minit Mesyuarat JK 5S bil 1/2013
 

Perlembagaan Persatuan Alumni ILP Kepala Batas, 2007

  • 1. PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG Semakan oleh : Tn. Hj. Mohd Jamil bin Hj. Mohd Nor, Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang, Kementerian Dalam Negeri, The Registry of Societies Malaysia (ROS), Ministry of Home Affairs Malaysia. Bersama : Pn. Rodzidah bt Mohd Rodzi, Presiden, Persatuan Alumni Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang), Jabatan Tenaga Manusa, Kementerian Sumber Manusia, Manpower Department, Ministry of Human Resources Malaysia.
  • 2. PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG FASAL 1 NAMA 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG (EX-ILPKBPP). Selepas ini dirujuk sebagai ‘Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang’. FASAL 2 PEJABAT URUSAN 2.1 Pejabat urusan Persatuan ialah Unit Pengurusan Latihan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang di alamat Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. FASAL 3 LAMBANG DAN LENCANA 1.1 i) Huraian Lambang : Lambang Persatuan ini adalah gabungan logo Institut Latihan Perindustrian dan perkataan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang. ii) Pengertian Lambang : Perkataan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang adalah merupakan singkatan nama bagi Persatuan Alumni Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (Ex- ILPKBPP). Logo Institut Latihan Perindutrian melambangkan Institut di bawah naungan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM), Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
  • 3. FASAL 4 OBJEKTIF Objektif Persatuan adalah :- Objektif Am 4.1 Berusaha mempertahankan dan menegakkan Visi dan Misi Negara Malaysia. 4.2 Menjadi pemangkin kepada penyatuan, penyusunan dan penggemblengan tenaga untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam pembangunan negara untuk merealisasikan Wawasan Negara. 4.3 Merealisasikan Visi dan Misi Jabatan Tenaga Manusia Kerajaan Malaysia bagi memperkembangkan potensi individu secra menyeluruh yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 4.4 Disamping melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. 4.5 Mewujudkan sikap bermoral dan beretika serta budaya menyayangi yang mempunyai matlamat untuk dikongsi bersama. 4.6 Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan badan bukan kerajaan atau badan- badan lain yang sesuai. Objektif Khas 4.7 Memajukan dan memupuk perhubungan silaturrahim serta mewujudkan sikap kerjasama demi kepentingan, kebajikan dan akademik di antara para graduan ILP Kepala Batas Pulau Pinang dan para Pengajar. 4.8 Menampilkan diri sebagai sebuah Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) yang aktif, dedikasi, cemerlang serta menyokong wawasan JTM dan negara. 4.9 Membantu ILP Kepala Batas Pulau Pinang dalam mencapai Misi dan Visinya. 4.10 Membantu dan memandu arah pelajar-pelajar ILP Kepala Batas Pulau Pinang dalam pemilihan kerjaya.
  • 4. 4.11 Menggalakkan pertemuan dan penyertaan para graduan di dalam memberi pendapat, idea, komen dan penambahbaikan demi menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan pelajaran dengan menyertai acara berbentuk seminar, ceramah, forum dan sebagainya. 4.12 Penyelarasan terhadap profesion para graduan di mana perhubungan peribadi dan perhubungan pekerjaan dapat diwujudkan dan dikekalkan untuk kemudahan menjalankan tugas dan saling membantu di antara satu sama lain. 4.13 Mengeluarkan segala bentuk penerbitan, kertas Penyelaras, artikel atau bagi mencapai objektif penubuhan persatuan. 4.14 Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan rohani dan jasmani. 4.15 Sebagai landasan bekas pelajar bertemu dan bertukar fikiran. FASAL 5 KEAHLIAN Kategori keahlian : i) Ahli seumur hidup ii) Ahli bersekutu 5.1 Ahli seumur hidup adalah graduan ILP Kepala Batas Pulau Pinang. 5.2 Ahli bersekutu adalah ahli yang terdiri daripada ahli korporat serta pengajar yang bukan daripada graduan ILP Kepala Batas Pulau Pinang. FASAL 6 PERMOHONAN KEAHLIAN 6.1 Keahlian Persatuan ini hanya terbuka kepada bekas pelajar ILP Kepala Batas Pulau Pinang. 1.2 Setiap bekas pelajar akan didaftarkan sebagai ahli secara automatik. 1.3 Permohonan keahlian Persatuan bagi Ahli Bersekutu hendaklah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 1.4 Keputusan menerima atau menolak permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Exco Persatuan.
  • 5. 1.5 Sekiranya mana-mana calon yang ditolak permohonannya oleh Exco Persatuan, mana-mana dua orang Ahli Persatuan boleh mencadangkan dan menyokong suatu resolusi sebagaimana dinyatakan di dalam Fasal 11 di dalam Mesyuarat Agung Persatuan yang akan datang, dan sekiranya resolusi tersebut diluluskan dengan mendapat undi majoriti dari ahli-ahli yang hadir dan berhak mengundi, calon yang tersebut layak dilantik menjadi ahli. 1.6 Ahli Persatuan hendaklah mematuhi peraturan dan perlembagaan dan berhak kepada faedah dan keistimewaan sebagai ahli sebagaimana yang dinyatakan di dalam Fasal 9. FASAL 7 YURAN KEAHLIAN 7.1 Yuran keahlian untuk Ali Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu adalah bergantung kepada keperluan perancangan aktiviti dari masa ke semasa. FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 8.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi notis bertulis kepada Setiausaha. 8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Exco Persatuan. Walaubagaimanapun Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. 8.3 Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 9 HAK-HAK KEISTIMEWAAN AHLI 9.1 Ahli Persatuan adalah : (a) Berhak untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti Persatuan dan menggunakan kemudahan yang disediakan. (b) Berhak untuk bersuara dan mengundi di dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan.
  • 6. (c) Berhak menjadi calon untuk pemilihan mana-mana jawatan dalam Persatuan, menjalankan kerja-kerja pejabat, mengundi, mencadang, menamakan dan menyokong mana-mana calon untuk pemilihan jawatan dalam Persatuan. (d) Berhak kepada apa-apa hak istimewa yang diputuskan oleh Exco Persatuan. 9.2 Ahli Bersekutu adalah : (a) Berhak untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti Persatuan dan menggunakan kemudahan yang disediakan. (b) Tidak berhak untuk bersuara dan mengundi di dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan. (c) Tidak berhak untuk menjadi calon untuk pemilihan mana-mana jawatan dalam Exco Persatuan, menjalankan kerja-kerja pejabat, mengundi, mencadang, menamakan dan menyokong mana-mana calon untuk pemilihan jawatan dalam Persatuan. (d) Berhak kepada apa-apa hak istimewa yang diputuskan oleh Exco Persatuan. FASAL 10 PENAUNG 10.1 Pengarah ILP Kepala Batas Pulau Pinang atau mana-mana orang kenamaan lain boleh dipilih oleh Exco Persatuan mengikut budi bicaranya dan persetujuan ILP Kepala Batas Pulau Pinang, sebagai penaung Persatuan dengan syarat kebenaran diperolehi dari pihak berkenaan. FASAL 11 PROSEDUR MESYUARAT 11.1 Mesyuarat Agung (a) Tarikh, Tempat dan Tujuan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan akan diadakan setiap 2 tahun tidak lewat daripada bulan Disember, pada tempat, tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh Exco Persatuan untuk tujuan :-
  • 7. i) Menerima laporan aktiviti-aktiviti dari Exco Persatuan dalam tahun tersebut dan penyata kewangan yang telah diauditkan. ii) Melantik ahli Exco Persatuan dan memilih dua orang Juruaudit. Juruaudit yang dipilih tidak boleh terdiri daripada Ahli Exco Persatuan. iii) Menentukan sebarang resolusi yang dikemukakan di dalam mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 11.1(d) iv) Untuk mempertimbangkan hal-hal lain. (b) Notis Mesyuarat Notis awal untuk Mesyuarat Agung yang menyatakan tarikh, masa, tempat, beserta borang pembentangan usul dan borang pencalonan Ahli Exco Persatuan akan dimaklumkan kepada semua ahli tidak lebih tiga puluh (30) hari dari tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut. (c) Pencalonan dan Usul Dengan persetujuan ahli-ahli yang telah dicalonkan, pencalonan dan usul-usul (jika ada) yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung hendaklah dihantar oleh ahli-ahli kepada Setiausaha tidak lewat daripada empatbelas (14) hari sebelum hari yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Agung tersebut. (d) Notis Dan Agenda Mesyuarat Sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, Setiausaha akan memberitahu semua ahli-ahli dengan notis bertulis tentang hal-hal yang akan dibincangkan. Notis tersebut hendaklah termasuk laporan Ahli Exco Persatuan, penyata akaun yang telah diaudit, pencalonan, kertas pengundian Ahli Exco Persatuan dan usul dari Ahli Exco Persatuan dan usul ahli mengikut Fasal 11.1.c (e) Korum i) Ahli-ahli berhak menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa meminda Korum untuk Mesyuarat Agung ialah sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang ahli yang layak mengundi. ii) Jika korum tersebut tidak mencukupi dalam tempoh satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih dari 21 hari) yang ditetapkan oleh Exco Persatuan. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berhak menjalankan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa meminda perlembagaan.
  • 8. (f) Satu Exco Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan (untuk tempoh 3 tahun). Exco Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang tidak boleh terdiri daripada staf ILP Kepala Batas Pulau Pinang. (i) Seorang (1) Presiden (ii) Seorang (1) Timbalan Presiden (iii) Seorang (1) Setiausaha (iv) Seorang (1) Bendahari (v) Empat (4) Orang Jawatankuasa (vi) Dua (2) Orang Juruaudit Dalam (vii) Seorang (1) Setiausaha Penyelaras adalah terdiri daripada staf ILP Kepala Batas Pulau Pinang (viii) Maksimum tiga (3) orang AJK yang dilantik oleh Presiden mengikut keperluan semasa. 11.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa (a) Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan jika difikirkan penting oleh Exco Persatuan atas permintaan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) atau 200 orang dari jumlah ahli yang berhak mengundi, yang mana lebih rendah, dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. (b) Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah dipanggil dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan. Notis memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa akan dimaklumkan kepada semua ahli- ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut di mana ianya menerangkan hal-hal yang akan dibincangkan. (c) Korum untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama seperti bagi Mesyuarat Agung Tahunan. Jika korum tidak diperolehi dalam tempoh satu jam selepas masa yang telah ditetapkan Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut dibatalkan. 11.3 Mesyuarat Exco Persatuan (a) Exco Persatuan akan bertemu sekerap yang mungkin sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. (b) Notis Mesyuarat beserta agenda dan maklumat yang berkaitan akan diedarkan kepada semua Ahli Exco Persatuan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat melainkan dalam mesyuarat khas yang akan dipanggil oleh Presiden.
  • 9. (c) Minit Mesyuarat Exco Persatuan hendaklah diedarkan kepada semua Exco Persatuan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat Exco Persatuan tersebut. (d) Korum mesyuarat Exco Persatuan ialah sekurang-kurangnya empat (4) orang daripada jumlah ahli yang dipilih. 11.4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kecil (a) Mana-mana Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Exco Persatuan akan bertemu seberapa kerap yang boleh bergantung kepada kepentingan hal-hal yang berkaitan. (b) Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecil hendaklah diedarkan kepada semua Jawatankuasa Kecil tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecil tersebut. (c) Satu (1) salinan minit bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Kecil hendaklah diserahkan kepada Setiausaha sebagai maklumat dan rujukan Exco Persatuan. FASAL 12 TUGAS DAN KUASA EXCO PERSATUAN 12.1 Tugas dan kuasa Exco Persatuan adalah : (a) Melaksanakan objektif Persatuan. (b) Mengarah, mengurus, menyelia dan mengawal pejabat, harta benda dan kumpulan wang Persatuan. (c) Mewakili pandangan dan pendapat ahli Persatuan. (d) Menerima perletakan jawatan dan mengisi semula kekosongan Ahli Exco Persatuan. (e) Melantik Jawatankuasa Kecil dan memberi mereka tugas dan kuasa tertentu. (f) Menggunakan lain-lain kuasa dan mengeluarkan lain-lain tugas sebagaimana dari masa ke semasa tertakluk kepada perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persatuan. (g) Menentukan hak keistimewaan yang mengikut Fasal 9.
  • 10. (h) Bertindak bagi pihak Persatuan di dalam hal-hal di mana tiada dinyatakan di dalam perlembagaan. FASAL 13 TUGAS DAN KUASA AHLI EXCO PERSATUAN 13.1 Presiden Tugas Presiden adalah : (a) Mewakili pandangan dan pendapat Persatuan. (b) Bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala urusan Persatuan. (c) Mempengerusikan kesemua Mesyuarat Agung Persatuan dan Mesyuarat Exco Persatuan. (d) Mempunyai kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan seperti Fasal 14.3. (e) Mempunyai kuasa mengadakan Mesyuarat-mesyuarat Exco Persatuan. 13.2 Timbalan Presiden Tugas Timbalan Presiden adalah : (a) Memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden dan akan memangku jawatan Presiden jika terdapat kekosongan. 13.3 Setiausaha Setiausaha akan membantu Presiden dan Ahli-ahli Exco Persatuan di dalam hal-hal Persatuan dan akan menjalankan tugas seperti yang dinyaaakan atau yang termaktub di dalam perlembagaan yang telah diserahkan oleh Exco Persatuan. Beliau akan:- (a) Menghadiri, menyedia agenda dan merekod semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Exco Persatuan. (b) Menyelia kesemua kerja yang dibuat oleh Exco Persatuan dan akan memelihara rekod-rekod Alumni.
  • 11. (c) Menyimpan buku daftar ahli-ahli Persatuan. (d) Menyediakan laporan aktiviti Persatuan dan juga menyerahkannya kepada Exco Persatuan untuk dipertimbangkan. 13.4 Bendahari Bendahari akan bertanggungjawab bagi mengendalikan hal-hal kewangan Persatuan dan akan menjalankan tugas-tugas seperti yang dinyatakan atau yang dikenakan di dalam perlembagaan dan undang-undang serta yang mana yang akan diserahkan kepada beliau oleh Exco Persatuan. Beliau akan :- (a) Menerima segala wang-wang yang telah dibayar kepada Persatuan dan bertanggungjawab membuat pungutan dan mengeluarkan resit. (b) Menyimpan akaun Persatuan dengan kemas. (c) Memasukkan semua wang yang diterima kecuali wang runcit ke dalam akaun di atas nama Persatuan di bank yang telah dipersetujui oleh Exco Persatuan. (d) Membuat bayaran ke atas semua bil yang telah diluluskan oleh Exco Persatuan. (e) Membuat Laporan Kewangan untuk tempoh atau tujuan tertentu yang telah ditetapkan oleh Exco Persatuan. (f) Menyediakan Penyata Kewangan bagi tahun tersebut dan menyerahkan kepada Exco Persatuan untuk dipertimbangkan. (g) Menyedia dan menyerah kepada Exco Persatuan senarai ahli yang telah dan belum membayar yuran. 13.5 Ahli Exco Persatuan (a) Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, mana-mana ahli Exco Persatuan boleh dilantik untuk mempengerusikan Mesyuarat Exco Persatuan. (b) Menghadiri Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Exco Persatuan. (c) Mempengerusikan Mesyuarat Biro yang berkaitan.
  • 12. 13.6 Juruaudit Dalam (a) Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk mengaudit, menandatangani dan mengesahkan Penyata Akaun Persatuan dan menghantar untuk semakan Juruaudit Luar. Juruaudit Dalam juga bertanggungjawab memantau dan mengemaskini Laman Web Alumni Persatuan dan memutuskan artikel yang patut dilepaskan kepada ahli-ahli dalam senarai. FASAL 14 KEWANGAN 14.1 Tertakluk kepada peruntukan bagi perlembagaan ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan aktiviti Persatuan, termasuklah belanja operasi dan pengurusan. 14.2 Bendahari dibenarkan menyimpan panjar wang runcit tidak lebih daripada RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) sahaja pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank atas nama Persatuan. 14.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan salah seorang daripada Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha. Cek yang melebihi RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia lima Ribu) mesti ditandatangani oleh Presiden dan Bendahari. 14.4 Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada akhir tahun kewangan oleh Juruaudit Dlam yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung dan Penyata Audit tersebut disahkan oleh Juruaudit Luar. 14.5 Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. 14.6 Tahun Kewangan Persatuan adalah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. FASAL 15 JURUAUDIT DALAM 15.1 Dua orang yang bukannya Exco Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit Dlam. Mereka akan memegang jawatan selama 2 tahun dan boleh dilantik semula.
  • 13. 15.2 Jika salah seorang dari Juruaudit Dalam meletak jawatan, maka Exco Persatuan boleh melantik ahli lain sebagai pengganti tetapi tidak boleh dilantik dari Ahli Exco Persatuan. 15.3 Juruaudit Dalam dikehendaki memeriksa kewangan Persatuan bagi setiap tahun kewangan dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga boleh diarah oleh Presiden mengaudit kewangan Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Exco Persatuan. FASAL 16 PEMEGANG AMANAH 16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu ‘Surat Amanah’ (Deed Of Trust). 16.2 Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Persatuan tanpa mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan. 16.3 Seseorang Pemegang Amanah itu boleh diminta melepaskan jawatan oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung. FASAL 17 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 17.1 Semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung, Exco Persatuan boleh memberikan tafsiran kepada perlembagaan. Jika perlu Exco Persatuan boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini. 17.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Exco Persatuan terhadap ahli-ahli adalah muktamad sehingga diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
  • 14. FASAL 18 HARTA PERSATUAN 18.1 Exco Persatuan secara bersesama dan berasingan adalah berhak untuk menerima atau menolak derma-derma dari orang perseorangan, institute atau firma. 18.2 Pendapatan dan harta Persatuan yang diperolehi adalah digunakan hanya untuk memajukan objektif Persatuan sebagaimana yang telah disebut dalam Fasal 4, dan tiada apa-apa bahagian darinya boleh dibayar atau dipindah secara langsung atau tidak langsung sebagai dividen, bonus atau keuntungan kepada ahli Persatuan. 18.3 Jika dengan pembubaran atau penutupan Persatuan terdapat mana-mana harta yang tinggal setelah semua hutang dan tanggungan dibayar, pembahagian bakinya hendaklah diserahkan kepada ILP Kepala Batas Pulau Pinang. FASAL 19 PEMBUBARAN 19.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan tanpa persetujuan melainkan sekurang- kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi yang hadir pada Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. 19.2 Wang Alumni ILP Kepala Batas akan dikembalikan kepada ILP Kepala Batas jika dibubarkan. FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN 20.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada perlembagaan hendaklah dibuat kepada Setiausaha dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan arau pindaan itu diluluskan oleh Mesyuarat Agung. 20.2 Apa juga resolusi yang mencadangkan penambah atau pembatalan atau pindaan perlembagaan dan peraturan hendaklah diluluskan sama ada pada Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. 20.3 Resolusi ketika Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa hanya boleh diluluskan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga dari ahli yang hadir dan berhak untuk mengundi.
  • 15. 20.4 Segala pindaan perlembagaan ini mesti diluluskan oleh Lembaga Pengarah ILP Kepala Batas Pulau Pinang sebelum dikuatkuasakan. FASAL 21 PENGGUNAAN DAN PENERIMAAN DANA 21.1 Persatuan tidak boleh berniaga dengan menggunakan tabung kewangan Persatuan untuk mencapai objektif di Fasal 4. 21.2 Persatuan dibolehkan menerima derma/sumbangan untuk mencapai objektif di Fasal 4. FASAL 22 LARANGAN 22.1 Segala aktiviti yang berbentuk perjudian tidak boleh dilaksanakan di dalam premis Persatuan. 22.2 Persatuan atau ahlinya tidak harus mencuba, menghalang atau dengan apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. 22.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawainya atau Exco Persatuan atau ahli. 22.4 “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. 22.5 Ahli Persatuan dilarang menggunakan Persatuan untuk sebarang kegiatan politik. FASAL 23 PERUNTUKAN UMUM 23.1 Dalam mana peruntukan khas tiada disebut di dalam undang-undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Persatuan, undang-undang yang berkenaan mengenai Pentadbiran Exco Persatuan akan diikuti sejauh mana yang suaimanfaat. ……………………………………. ……………………………………. Presiden Setiausaha RODZIDAH BT MOHD RODZI FARIHAN BT ABU HASAN