Bengkel memanah 2014

2,070 views

Published on

Published in: Devices & Hardware
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,070
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
85
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bengkel memanah 2014

  1. 1. SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT DUNGUN KERTAS KERJA BENGKEL MEMANAH UNTUK AHLI UNIT BERUNIFORM DAN KELAB PERSATUAN TAHUN 2014 1. PENDAHULUAN Sukan memanah adalah salah satu sukan yang berkemahiran tinggi dan telah mendapat tempat dalam diari sukan negara. Sehubungan itu jawatankuasa sukan Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun telah mengambil satu inisiatif untuk membuat klinik memanah kepada ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan sekolah ini sebagai salah satu langkah untuk mengaktifkan sukan memanah kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi dan mendalami sukan memanah ini. Program ini dirasakan dapat memenuhi dasar kerajaan untuk memastikan seorang pelajar dapat menguasai semua aspek pendidikan. 2. OBJEKTIF 2.1 Memberi pendedahan awal kepada ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan sekolah ini tentang sukan memanah. 2.2 Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teknik dan peraturan sukan memanah. 2.3 Menanamkan minat pelajar untuk menceburi sukan memanah. 2.4 Melahirkan pelajar yang layak mewakili sekolah dalam sukan memanah. 2.5 Mempelbagaikan pengetahuan sedia ada di kalangan ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan di sekolah ini 3. SASARAN 40 orang dari ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan sekolah ini. 4. TEMPOH MASA DAN TEMPAT Bengkel memanah ini akan diadakan selama 4 jam bermula dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Aktiviti berbentuk teori yang berkaitan dengan sukan memanah akan diadakan di bilik ICT dan aktiviti berbentuk praktikal akan dijalankan di padang sekolah. 5. JURULATIH BENGKEL En Musa bin Awang (SMK Tengku Intan Zaharah Dungun)
  2. 2. 6. TENTATIF PROGRAM 15/01/2014 ( Selasa ) Masa Aktiviti 2.00 ptg Pengenalan kepada sukan memanah 2.30 ptg – 3 ptg Pengenalan kepada peralatan sukan memanah ( Teori ) Peraturan dan undangundang sukan memanah rehat Praktikal mengenali alatan memanah Praktikal Memanah 3.00 ptg – 3.30 ptg 3.30 ptg – 4.00 ptg 4.00 ptg – 5.00 ptg 5.00 ptg – 6.00 ptg Catatan 7. PERBELANJAAN Lampiran 1 8. SUMBER KEWANGAN Sekolah. 9. AHLI JAWATANKUASA JAWATAN KUASA BENGKEL Pengerusi : En Zubir Bin Harun – Guru Besar T/Pengerusi : En Azha Bin Jusoh – Pen. Kanan Ko N/Pengerusi 1 : En Ghani Bin Muda – Pen Kanan Pentadbiran N/Pengerusi 2 : Pn Zaini Bt Idris – Pen. Kanan Hem Setiausaha : En.Hisam b. Mohd Bendahari : En.Hadi Fitri b.Zukifly AJK Tempat : En. Abd Wahab b. Awang AJK Peralatan : En. Ismazi b. Ismail
  3. 3. AJK Makanan : Pn. Kamisah bt. Othman @Pangat AJK Kawalan Murid : En. Pauzai b. Che Man AJK Perubatan : Jamaliah bt Abd. Rahman 10. PENUTUP Aktiviti Sukan memanah tergolong di dalam jenis sukan elit dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu diharapkan aktiviti memanah di kalangan ahli Unit Beruniform dan Kelab Persatuan ini mendapat sokongan daripada semua pihak terutama di pihak pentadbiran sekolah dan juga daripada Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Aktiviti Sukan memanah ini juga memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru pembimbing dan juga para pelajar sendiri. Untuk mendalami kemahiran aktiviti ini seorang pelajar itu perlu menguatkan diri dari aspek fizikal dan mantel. Aktiviti memanah ini adalah satu latihan yang berterusan jika seorang pelajar itu ingin mencapai ke tahap professional. Di harapkan dengan adanya bengkel memanah ini, sekolah dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek selaras dengan dasar pendidikan Negara. Sekian, terima kasih Disediakan Oleh: ........................................................ (Azha bin Jusoh) Guru Pen Kanan Kokurikulum. Sek Keb. Pusat Dungun 23000 Dungun Terengganu Darul Iman Disahkan Oleh : .............................................. (Zubir bin Harun) Guru Besar Sek Keb. Pusat Dungun 23000 Dungun Terengganu Darul Iman

×