SlideShare a Scribd company logo
Peraturan
KEJOHANAN BOLA TAMPAR
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS)
Daerah Kuala Selangor
Peringkat Umur Bawah 12 Tahun, Bawah 15
Tahun & Bawah 18 Tahun
2016
1. NAMA KEJOHANAN
1.1 Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-sekolah
(MSS) Daerah Kuala Selangor 2016.
2. PEGELOLAAN
2.1 Kejohanan ini akan dikelolakan oleh SK SUNGAI BURONG bersama-sama dengan
Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Tampar MSS Daerah Kuala
Selangor 2016.
2.2 Seterusnya pihak Pengelola/Pengerusi Pertandingan berhak melantik serta
menyusun Jawatankuasa Kecil Pelaksana bagi memastikan Kejohanan dapat
dijalankan dengan lancar dan baik.
3. KETETAPAN KEJOHANAN
3.1 Kejohanan adalah dicadangkan pada ketetapan seperti berikut :
3.1.2 Bawah 12 Tahun (Sekolah Rendah)
(a). Hari : Selasa - Rabu
(b). Tarikh : 26 hingga 27 Febuari 2016
(c). Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
(d). Tempat : Stadium Tertutup Kuala Selangor
3.1.1 Bawah 15 dan 18 Tahun (Sekolah Menengah)
(a). Hari : Rabu - Jumaat
(b). Tarikh : 27 hingga 29 Febuari 2016
(c). Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
(d). Tempat : Stadium Tertutup Kuala Selangor
Catatan : Kejohanan MSS Selangor ialah pada 22 hingga 26 Febuari 2016 di
Klang.
4. PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli/sekolah gabungan MSS Daerah
Kuala Selangor. Setiap sekolah boleh menghantar hanya satu (1) pasukan lelaki
dan satu (1) pasukan perempuan sahaja bagi setiap kategori.
4.2 Setiap pasukan boleh terdiri daripada :
4.2.1 Pengurus Pasukan - 1 orang
4.2.2 Jurulatih - 1 orang
4.2.3 Penolong Jurulatih / Guru Pengiring Wanita - 1 orang
4.2.4 Pemain - tidak lebih 12 orang
4.3 Bagi 4.2.1, 4.2.2 dan 4.2.3, hendaklah dari kalangan guru atau kakitangan
sekolah/pasukan berkenaan sahaja. Selain dari yang tersebut itu, individu
berkenaan adalah tidak dibenarkan untuk didaftarkan atau/dan berada di
kawasan pertandingan.
4.4 Penyertaan mestilah menggunakan Borang R01 dan R02, bagi Sekolah Rendah dan
Borang M01 dan M02, bagi Sekolah Menengah yang harus diisi lengkap dan
dikemukakan dalam bentuk jilid (bind) secara tersusun dan teratur beserta
salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak yang telah disahkan.
5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Pemain hendaklah seorang warga negara Malaysia dan merupakan pelajar
berdaftar kepada sekolah yang bergabung dengan MSS Daerah Kuala Selangor
serta berumur tidak lebih :
5.2.1 12 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2016 bagi kategori Bawah 12
Tahun Lelaki dan Perempuan.
5.2.2 15 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2016 bagi kategori Bawah 15
Tahun Lelaki dan Perempuan.
5.2.3 18 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2016 bagi kategori Bawah 18
Tahun Lelaki dan Perempuan.
5.2 Pengesahan pemain akan dilakukan oleh pihak urusetia/pengelola pada atau
sebelum perlawanan pertama.
5.3 Mana-mana pemain boleh diminta untuk mengemukakan Kad Pengenalan / Surat
Beranak asal untuk tujuan pengesahan lanjut sekiranya perlu.
5.4 Sebarang pertukaran pemain selepas tempoh tersebut di atas, iaitu setelah
pasukan berkenaan memulakan perlawanan pertama tidak akan dibenarkan.
5.5 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu kategori dan satu
pasukan/sekolah sahaja.
6. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
6.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dan peraturan MSS Malaysia
dan MSS Selangor, kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Bola
Tampar Kebangsaan (MAVA) dan Antarabangsa (FIVB) yang sedang
dikuatkuasakan.
6.2 Sekiranya timbul sebarang masalah dari segi pentafsirannya, undang-undang di
dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi dan diguna pakai.
6.3 Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, akan
diputuskan oleh pihak MSSD Kuala Selangor bersama dengan Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kuala Selangor 2013.
7. JADUAL PERLAWANAN
7.1 Jadual perlawanan akan ditentukan selepas undian dibuat semasa mesyuarat
pengurus pasukan.
8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan mengikut system volleython
dengan mata penamat 31. Pertukaran gelanggang dilakukan setelah mata
mencecah 16 tanpa rehat.
8.2 Sistem mata puncak 37 akan ditetapkan jika berlaku kedudukan mata 30 – 30 dan
kelebihan minimum 2 mata gagal dicapai oleh mana-mana pasukan (mana yang
terdahulu).
8.3 Semua perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara terbaik
daripada 3 set (best of three) dengan kiraan mata secara rali (point-rally system).
8.4 Mata penamat (game point) bagi set pertama dan kedua adalah 25 dan pasukan
akan bertukar gelanggang sebelum meneruskan set kedua, manakala bagi set
penentuan/ketiga mata penamat adalah 15 dan pasukan bertukar gelanggang
sebaik sahaja skor mana-mana pasukan mencapai 8.
8.5 Sistem mata puncak (ceiling point) tidak diadakan bagi dua set pertama sekiranya
berlaku kedudukan mata 24-24, sebaliknya kelebihan minimum 2 mata akan
diteruskan tanpa had.
8.6 Hanya pada set ketiga, mata puncak 17 adalah ditetapkan sekiranya berlaku
kedudukan 14-14 dan kelebihan minimum 2 mata gagal dicapai oleh mana-mana
pasukan (mana yang terdahulu).
9. FORMAT PERTANDINGAN
9.1 Di mana penyertaan tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan
secara liga satu pusingan. Dua (2) pasukan yang terbaik akan bertemu sebagai
perlawanan akhir.
9.2 Di mana penyertaan adalah antara 6 hingga 8 pasukan, pertandingan di peringkat
awal akan dijalankan secara liga satu pusingan di dalam dua kumpulan A dan B :
9.2.1 Kedua-dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir pada tahun lalu akan
mengetuai kumpulan (seeded). Pasukan Johan mengetuai Kumpulan A
dan Pasukan Naib Johan mengetuai Kumpulan B. Pasukan lain akan
diundi masuk untuk menentukan kumpulan masing-masing.
9.2.2 Dua pasukan yang terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke
peringkat separuh akhir di mana Johan Kumpulan A akan bertemu
dengan Naib Johan Kumpulan B, manakala Johan Kumpulan B akan
bertemu Naib Johan Kumpulan A. Pemenang-pemenang daripada
perlawanan ini akan bertemu di perlawnan akhir dan yang kalah akan
bermain untuk merebut tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu).
9.2.3 Keutamaan dan kelebihan akan diberikan kepada pasukan seeded teratas
dalam menentukan jumlah pasukan dalam setiap kumpulan.
9.3 Di mana penyertaan adalah di antara 9 hingga 11 pasukan, pertandingan akan
dijalankan secara Iiga satu (1) pusingan dalam 3 kumpulan A, B dan C pada
peringkat awal :
9.3.1 Pasukan Johan, Naib Johan dan Ketiga pada tahun lalu akan ditempatkan
mengikut susunan di dalam Kumpulan A, B dan C (seeded).
9.3.2 Dua (2) pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan meneruskan
pertandingan di peringkat/pusingan kedua secara liga satu (1) pusingan
dalam dua (2) kumpulan X dan Y yang terdiri daripada tiga (3) pasukan
setiap satu kumpulan.
9.3.3 Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan pusingan awal akan diundi
masuk ke dalam Kumpulan X dan Y masing-masing, dengan mengadakan
undian secara terkawal (controlled-draw) selepas pusingan pertama.
Walau bagaimanapun, hanya satu (1) pasukan Johan dibenarkan berada
di dalam kumpulan X, manakala dua pasukan selebihnya akan
berada/diundi dalam kumpulan Y.
9.3.4 Naib johan Kumpulan akan ditempatkan ke kumpulan berasingan.
Undian dibuat sekali lagi untuk menentukan kedudukan pasukan di
dalam kumpulan.
9.3.5 Dua pasukan yang terbaik/Johan daripada tiap-tiap kumpulan akan
bertemu sebagai perlawanan akhir dan Naib johannya pula akan bertemu
bagi menentukan tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu).
9.4 Bagi penyertaan melebihi sebelas (11) pasukan, pertandingan akan dijalankan
secara liga satu pusingan empat (4) kumpulan, A, B, C dan D. Dua (2) pasukan
terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya di mana
pertandingan akan dijalankan secara kalah keluar.
9.4.1 Empat pasukan teratas pada kejohanan tahun lalu akan mengetuai tiap-
tiap kumpulan A, B, C dan D.
9.4.2 Undian secara terkawal akan dijalankan pada pusingan kedua bagi
memastikan semua pasukan yang telah bertemu di peringkat awal tidak
akan bertemu lagi kecuali pada perlawanan akhir.
9.5 Sistem kalah mati tidak digunakan di peringkat awal.
10. PEMBERIAN MATA
10.1 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :
10.1.1 Pasukan yang menang - 2
10.1.2 Pasukan yang kalah - 1
10.1.3 Pembatalan teknik - 0
10.2 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama maka kaedah berikut
akan diguna-pakai:
C = A/B
A = Jumlah skor menang (semua perlawanan)
B = Jumlah skor kalah (semua perlawanan)
C = Nisbah skor
Pasukan yang mendapat nisbah skor (nilai C) lebih tinggi akan dikira
pemenang.
10.3 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat nisbah skor yang sama, maka kaedah
berikut digunakan:
Z = X/Y
X = Jumlah set menang (semua perlawanan)
Y = Jumlah set kalah (semua perlawanan)
Z = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) lebih tinggi akan dikira pemenang.
10.4 Sekiranya masih lagi berlaku seri :
10.4.1 Jika kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal, pasukan yang
pernah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira menang.
10.4.2 Jika tidak, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi/lambungan
siling.
11. PAKAIAN SERAGAM
11.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam. Pemakaian seluar, kasut
dan stokin yang seragam adalah amat digalakkan.
11.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna (seboleh-
bolehnya dengan corak yang sama) daripada warna jersi pasukannya.
Bagaimanapun, pihak pengelola/urusetia pertandingan berhak mengarahakan
libero untuk memakai bip/jersi khas sekiranya didapati jersi yang digunakan tidak
cukup untuk membezakan pemain libero tersebut dengan pemain biasa.
11.3 Jersi hendaklah bernombor, bersaiz tidak kurang daripada 10cm tingginya di
bahagian hadapan dan tidak kurang daripada 15cm di bahagian belakang.
11.4 Nombor yang dibenarkan untuk digunakan ialah dari 1 hingga 18 sahaja.
11.5 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm tebal.
11.6 Nombor hadapan Kapten Pasukan hendaklah ditanda dengan garisan sepanjang
10 cm dengan ketebalan 1 cm pada bahagian bawah nombor.
11.7 Semua pemain mestilah memakai nombor yang sama (tetap) disepanjang
kejohanan.
11.8 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan ditegah
bermain dan pasukannya boleh dibatalkan.
12. GELANGGANG DAN PERALATAN
12.1 Ukuran atau saiz gelanggang adalah 8 X 16 meter bagi kategori Bawah 12 Tahun
dan 9 X 18 meter bagi kategori Bawah 15 dan 18 Tahun, termasuk garisan tepi
gelanggang, manakala ketinggian jaring adalah seperti berikut, diukur pada
bahagian tengah gelanggang :
12.1.1 Lelaki Bawah 18 tahun - 243 cm
12.1.2 Perempuan Bawah 18 Tahun - 224 cm
12.1.3 Lelaki Bawah 15 Tahun - 235 cm
12.1.4 Perempuan Bawah 15 Tahun - 220 cm
12.1.5 Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun - 210 cm
12.2 Garisan serangan adalah 2.67 meter bagi kategori Bawah 12 Tahun dan 3 meter
dari bagi kategori Bawah 15 dan 18 Tahun diukur dari garisan tengah (yang
memisahkan kedua-dua belah gelanggang) di mana garisan serangan itu sendiri
adalah dikira sebagai kawasan serangan.
12.3 Bola yang dicadangkan untuk digunakan sebagai bola pertandingan adalah dari
jenama Molten Soft Touch V48SLC1 bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Molten
Soft Touch V58SLC1 atau Mikasa High Performance MVL2001 / Regular
Performance MV210 bagi kategori Bawah 15 dan Bawah 18 Tahun.
13. PERLAWANAN YANG DITUNDA / DIBERHENTIKAN
13.1 Sekiranya pengadil memutuskan bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan atas
sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, Jawatankuasa
Pengelola/Pertandingan mempunyai hak untuk memutuskan keputusan yang
bersesuaian dengan keadaan semasa, dalam tempoh tidak melebihi 4 jam.
13.2 Sekiranya pengadil memutuskan untuk perlawanan diadakan semula tidak
melebihi tempoh 4 jam dari masa ia diberhentikan, set yang tergendala akan
disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan yang sama. Keputusan
set yang terdahulu (jika ada) akan dikekalkan.
13.3 Sekiranya perlawanan tertunda melebihi 4 jam dari masa ia dihentikan dan
keputusan dicapai untuk perlawanan itu diadakan, maka keseluruhan permainan
akan dimainkan semula di mana semua keputusan dan ketetapan berkenaan
undian servis (toss), mata, set, pemain dan kedudukan pemain ketika perlawanan
dihentikan tidak akan dikekalkan.
14. PEMBATALAN
14.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 15 minit sebelum masa vang
ditetapkan untuk perlawanan. Lihat lampiran kiraan menurun sebelum
perlawanan dimulakan.
14.2 Mana-mana pasukan yang datang lewat melebihi 10 minit selepas masa yang
ditetapkan tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut dianggap menarik diri
dan pasukan lawannya akan diberikan mata kemenangan percuma (Walkover).
14.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
perlawanan yang melibatkan pasukannya dan semua perlawanan/keputusan
sebelumnya akan dibatalkan.
14.4 Pihak Pengelola bersama-sama dengan Jawatankuasa Teknikal MSS Daerah berhak
menyediakan laporan terperinci tentang penarikan diri ini kepada Penyelia MSS
Daerah/Pegawai Pelajaran Daerah.
15. PENGADIL
15.1 Pengerusi Pengelola bersama-sama dengan Pengerusi Teknik Permainan Bola
Tampar MSS Daerah Kuala Selangor serta Jawatankuasa Pengadilan dan
Kepegawaian akan menyenaraikan, melantik dan menetapkan pengadil serta
pegawai bertauliah untuk bertugas disepanjang Kejohanan.
15.2 Pengadil-pengadil adalah terdiri daripada Pegadil Kebangsaan dan calonnya,
Pengadil Negeri dan calonnya serta mana-mana pengadil yang difikirkan
berkelayakan serta mampu untuk bertugas dengan baik.
15.3 Segala keputusan atas segala perkara yang berkaitan dengan Undang-undang
permainan yang telah diberi oleh Pengadil atau Jawatankuasa
Pengelola/Pertandingan adalah muktamad.
16. JAWATANKUASA PEMILIHAN
16.1 Jawatankuasa pemilihan akan dibentuk dan dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik
untuk memilih seramai tidak lebih dua belas (12) pemain terbaik untuk setiap
kategori dari semua pasukan/pemain yang mengambil bahagian untuk mewakili
MSS Daerah Kuala Selangor ke Peringkat MSS Negeri.
16.2 Jawatankuasa yang dibentuk ini juga berhak untuk menetapkan senarai pengurus,
jurulatih, penolong jurulatih dan guru pengiring yang bakal memimpin/melatih
pasukan MSS Daerah ke peringkat MSS Selangor atau mana-mana kejohanan yang
bakal disertai.
16.3 Pencalonan pemain berbakat hendaklah dibuat dengan mengisi borang
pencalonan yang bakal diedar pada hari pertandingan.
16.4 Bagaimanapun, jawatankuasa pemilihan ini berhak dan mempunyai kuasa untuk
memilih dan menyenaraikan pemain yang tidak dicalonkan oleh jurulatih pasukan
untuk mewakili pasukan MSS Daerah Kuala Selangor.
17. PENGGANTUNGAN
17.1 Jika seseorang pemain disingkirkan daripada satu perlawanan atas sebab
berkelakuan buruk atau biadap, ia dengan sendirinya ditegah dari bermain semua
perlawanan berikutnya sehingga jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan.
18. KAEDAH MEMBUAT BANTAHAN /RAYUAN
18.1 Keputusan pengadil adalah muktamad.
18.2 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujukkan kepada
Juri Rayuan dan keputusannya adalah muktamad serta dihormati.
18.3 Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara lisan
melalui kapten permainan (game captain) kepada pengadil bertugas dan pencatat
akan mencatatkan perkataan `Ingin Bantah' di dalam hamparan skor (scoresheet)
pada akhir perlawanan berkenaan.
18.4 Sekiranya bantahan tersebut ingin diteruskan selepas perlawanan tamat, bantahan
secara bertulis hendaklah dikemukakan terus kepada pihak pengelola dalam masa
½ jam (30 minit) selepas perlawanan berkenaan tamat untuk bantahan berkenaan
seterusnya dibincang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Juri Rayuan.
18.5 Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak tunai
RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja).
18.6 Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut
didapati tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah.
18.6 Sekiranya rayuan atau bantahan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa/Juri
Rayuan, maka wang pertaruhan akan dikembalikan dan satu keputusan akan
dibuat dan mesti dipatuhi serta muktamad.
19. JURI RAYUAN
19.1 Terdiri daripada:
19.1.1 Pengerusi Kejohanan atau Wakilnya
19.1.2 Setiausaha Kejohanan atau Wakilnya
19.1.3 Pengerusi Teknik Permainan kategori yang berkenaan
19.1.4 Dua (2) orang Pengurus pasukan berkecuali.
19.2 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad dan sebarang pertikaian mengenainya
tidak akan dilayan.
20. HAL-HAL LAIN
20.1 Tiap tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun Pengelola mempunyai hak meminda sususan di mana perlu
dan memaklumkan berkenaan pindaan tersebut kepada pasukan yang terlibat
secepat mungkin.
20.2 Selain daripada pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan bertanding, tiada
sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku
pemain gantian.
20.3 Pengurus, Jurulatih dan juga Penolong Jurulatih adalah bertanggungjawab terus
ke atas disiplin pemain dari pasukan/sekolah mereka.
20.4 Ahli-ahli pasukannya yang dibenarkan untuk duduk di bangku pemain gantian
semasa perlawanannya adalah seperti berikut:
20.4.1 Seorang Jurulatih
20.4.2 Salah seorang, sama ada Pengurus atau Penolong Jurulatih
20.4.3 tidak lebih dari enam (6) orang pemain gantian, lengkap memakai jersi.
20.5 Jawantankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan
jika perlu bagi menyelesaikan sebarang kemusykilan yang mungkin timbul/tidak
tercatat di dalam peraturan ini.
20.6 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
21. LIABILITI/TANGGUNGAN
21.1. Pihak MSS Daerah Kuala Selangor serta Pengelola Kejohanan MSS Daerah Kuala
Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yang
melibatkan kecederaan, kecacatan, kehilangan atau kematian sebelum, semasa
dan selepas pertandingan. Ianya adalah atas tanggungjawab pasukan / sekolah /
peserta sendiri.
22. PERKARA AM
22.1. Bagi sebarang perkara yang berbangkit dan tidak tercatat dalam undang-undang
dan peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa Pengelola/Teknikal Bola Tampar MSS
Daerah Kuala Selangor adalah berkuasa penuh untuk mengambil keputusan dan
segala keputusannya adalah muktamad.
22.2. Segala usaha terbaik akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola/Teknikal untuk
menjaga keselamatan diri dan harta benda pegawai dan peserta. Walaupun begitu
Jawatankuasa Pengelola/Teknikal tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang
kemalangan atau kecederaan kepada para pegawai mahupun peserta atau
kehilangan harta benda para pegawai atau peserta sepanjang Kejohanan Bola
Tampar MSS Daerah Kuala Selangor ini berlangsung.
HELAIAN UNDIAN KUMPULAN
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS DAERAH KUALA SELANGOR 2011
(Diolah selaras dengan Peraturan Am MSS Negeri Selangor)
Kategori : LELAKI Kumpulan Umur : Bawah 12
Tahun
PEREMPUAN Bawah 15
Tahun
Bawah 18
Tahun
SATU KUMPULAN
(Penyertaan kurang dari 6
pasukan)
DUA KUMPULAN
(Penyertaan 6 – 8 pasukan)
1. KUMPULAN A KUMPULAN B
2. 1. 1.
3. 2. 2.
4. 3. 3.
5. 4. 4.
NOTA :
a) Dua pasukan teratas akan
bertemu sebagai perlawanan
AKHIR.
NOTA :
a) Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan B dan Johan Kumpulan B
akan bertemu Naib Johan A sebagai perlawanan SEPARUH AKHIR.
b) Kedua-dua pemenang Separuh Akhir akan bertemu sebagai Perlawanan
AKHIR, manakala yang kalah akan bertemu untuk menentukan
kedudukan tempat KETIGA dan KEEMPAT (sekiranya perlu).
TIGA KUMPULAN
Jumlah penyertaan 9 – 11 pasukan
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
1. 1. 1.
2. 2. 2.
3. 3. 3.
4. 4.
NOTA :
a) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua, dimana pertandingan dijalankan secara
liga satu pusingan 2 kumpulan.
b) Penentuan kumpulan dan kedudukan dalam kumpulan ditentukan secara undian terkawal.
c) Johan bagi setiap kumpulan pada pusingan kedua akan bertemu sebagai perlawanan akhir, manakala Naib
Johannya pula bertemu untuk menentukan kedudukan tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu).
EMPAT KUMPULAN
Penyertaan di antara 12 – 16 pasukan
KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D
1. 1. 1. 1.
2. 2. 2. 2.
3. 3. 3. 3.
4. 4. 4. 4.
NOTA :
a) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya, di mana sistem pertandingan adalah
secara KALAH KELUAR dan kedudukan pasukan ditentukan melalui undian terkawal bagi memastikan pasukan-
pasukan yang pernah bertemu di pusingan awal hanya akan bertemu lagi di perlawanan akhir.
b) Pasukan yang KALAH pada peringkat Separuh Akhir akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan
Keempat (sekiranya perlu).
KIRAAN MENURUN (COUNTDOWN) SEBELUM PERLAWANAN DIMULAKAN.
…… sebelum
masa
perlawanan.
Arahan pengadil / pegawai Tindakan pasukan
15 minit
• Para pengadil dan pegawai
bertugas membuat persiapan
perlawanan seperti memastikan
hamparan skor (scoresheet)
adalah betul, memeriksa
ketinggian dan ketegangan jaring,
garisan gelanggang dalam
keadaan baik, papan skor berada
pada kedudukan 0-0 dan apa jua
yang difikirkan perlu.
• Ketua pasukan kedua-dua pasukan akan
diundi di hadapan meja pencatat dan
menerima slip undian servis (R-5) untuk
diserah kepada Jurulatih.
12 minit
• Pengadil meniupkan wisel untuk
melakukan undian (coin-toss).
• Keputusan undian akan
dimaklumkan kepada pencatat.
• Ketua pasukan kedua-dua pasukan akan
diundi di hadapan meja pencatat dan
menerima slip undian servis (R-5) untuk
diserah kepada Jurulatih.
10 minit
• Pengadil mengarahkan semua
pemain melakukan
protokol/tunduk hormat.
• Semua pemain akan berbaris masuk ke
gelanggang untuk melakukan tunduk
hormat dengan ketua pasukan berada
paling hampir dengan pengadil.
8 minit
• Pengadil meniupkan wisel sebagai
tanda bermulanya masa
memanaskan badan dengan bola
di dalam gelanggang bagi pasukan
yang mendapat undian melakukan
servis.
• Pasukan mendapat undian melakukan
servis dibenar untuk membuat
pemanasan badan dengan bola di dalam
gelanggang.
• Jurulatih dan Ketua Pasukan yang
mendapat undian menerima servis akan
membuat semakan pada pegawai
pencatat dan menyerahkan slip R-5.
5 minit
• Pengadil meniupkan wisel sebagai
tanda berakhirnya masa
memanaskan badan bagi pasukan
yang mendapat undian melakukan
servis dan bermulanya masa
memanaskan badan dengan bola
di dalam gelanggang bagi pasukan
yang mendapat undian menerima
servis.
• Pasukan mendapat undian menerima
servis dibenar untuk membuat
pemanasan badan dengan bola di dalam
gelanggang.
• Jurulatih dan Ketua Pasukan yang
mendapat undian membuat servis akan
membuat semakan pada pegawai
pencatat dan menyerahkan slip R-5.
2 minit
• Pengadil akan meniup wisel
menandakan tanda berakhirnya
masa memanaskan badan bagi
pasukan yang mendapat undian
menerima servis.
• Pemain kedua-dua pasukan berkumpul
di sisi gelanggang masing-masing.
1 minit
• Pengadil memastikan semua
pegawai telah bersedia dan
gelanggang sempurna untuk
perlawanan dimulakan, sebelum
mengambil tempat di kerusi
pengadil (referee stand).
• Kedua-dua pasukan berada pada sisi
gelanggang (di hadapan bangku pemain
simpanan) masing-masing dan pemain
utama akan bersedia untuk masuk ke
gelanggang.
0 minit
• Pengadil/pembantu pengadil akan
melakukan semakan posisi untuk
pengesahan.
• Pengadil akan meniup wisel
menandakan perlawanan akan
dimulakan.
• Pemain utama kedua-dua pasukan akan
masuk ke gelanggang dan terus berada
pada posisi yang ditetapkan mengikut
helaian R-5.
GARIS PANDUAN MENGISI LINE-UP SHEET / BORANG BARISAN PEMAIN UTAMA (R-5)
SET 1
R-
5
LINE-UP
SHEET
LIBERO
No
TEA
M
IV III II
V VI I
SERVICE
Tandatangan Jurulatih
SET 2
R-5 LINE-UP SHEET
TEA
M
IV III II
V VI I
SERVICE
Tandatangan Jurulatih
Isikan no jersi pemain utama. Angka
roman I adalah pemain pertama yang
akan melakukan servis (bagi pasukan
yang memilih melakukan servis ketika
undian/coin-toss), manakala bagi
pasukan yang memilih untuk menerima
servis, II adalah pemain pertama yang
akan melakukan servis.
Isikan kod pasukan/sekolah
dalam 3 abjad (biasanya
ditetapkan oleh pihak
Urusetia).
Isikan No. jersi pemain Libero (sekiranya
ada).
NOTA : Pemain Libero adalah
didaftarkan mengikut perlawanan bukan
lagi kejohanan sebagaimana sebelum ini
dan hanya perlu diisi pada Line-up sheet
untuk Set 1 sahaja.
Tandatangan (ringkas) dan
serahkan kepada
Pencatat/Pengadil untuk
direkodkan pada hamparan skor
(scoresheet).
NOTA : Untuk Set ke-3/Penentuan, Line-up
Sheet adalah sama seperti untuk Set
ke-2.

More Related Content

What's hot

Kertas kerja merentas desa
Kertas kerja merentas desaKertas kerja merentas desa
Kertas kerja merentas desa
Glandy Ernester
 
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
NOORAZNIERABINTIISMA
 
Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014
Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014
Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014
SHAHIBOL
 
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola TamparKepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
SANDRA CILLA ENDIRE
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
Santa Barbara
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Bidang kepegawaian
Bidang kepegawaianBidang kepegawaian
Bidang kepegawaian
fariesya20
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
Hazean Erdawaty
 
Kelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepakKelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepak
PPD Sabak Bernam
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu Abbas : Guru PJ SK Bandar Baru Sungai Buloh
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperwork
Nor Kamaruddin
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola balingAdrine Sapari
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Peraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsalPeraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsalIrsyad Syahmi
 
Trek olahraga 200meter skbl2
Trek olahraga 200meter skbl2Trek olahraga 200meter skbl2
Trek olahraga 200meter skbl2
Mohd Rizal Mustafa
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
rahzaliri
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Andi Rahman
 

What's hot (20)

Kertas kerja merentas desa
Kertas kerja merentas desaKertas kerja merentas desa
Kertas kerja merentas desa
 
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
 
Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014
Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014
Kertas kerja pertandingan sepak takraw 2014
 
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola TamparKepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Bidang kepegawaian
Bidang kepegawaianBidang kepegawaian
Bidang kepegawaian
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
 
Kelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepakKelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepak
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
 
Kertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperworkKertas cadangan/ paperwork
Kertas cadangan/ paperwork
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Sofbol
SofbolSofbol
Sofbol
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Peraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsalPeraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsal
 
Trek olahraga 200meter skbl2
Trek olahraga 200meter skbl2Trek olahraga 200meter skbl2
Trek olahraga 200meter skbl2
 
4x200
4x2004x200
4x200
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
 

Similar to Peraturan bolatampar2018

Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Amir Syazwan
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
Shahri77
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Khairul Nizam
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
henry nicholas
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Nur Jalil
 
Tournament syarat2 peraturan (latest)
Tournament  syarat2 peraturan  (latest)Tournament  syarat2 peraturan  (latest)
Tournament syarat2 peraturan (latest)
Mohd Amin
 
Peraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan HokiPeraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan Hoki
Ribut Taufan
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
muhammad
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
VvaNa AnaDie
 
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaanLina Abu Bakar
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Syahmi Zakaria
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
zaifazara
 
5+ping pong 4
5+ping pong 45+ping pong 4
5+ping pong 4
fitri khairudin
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Sharul Anuar Abd Aziz
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asliAina Diena
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaring
guest8ccaccd
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
Shapariza Puteh
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
shinekirana
 

Similar to Peraturan bolatampar2018 (20)

Undang2
Undang2Undang2
Undang2
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
Tournament syarat2 peraturan (latest)
Tournament  syarat2 peraturan  (latest)Tournament  syarat2 peraturan  (latest)
Tournament syarat2 peraturan (latest)
 
Ragbi u10 skpb
Ragbi u10 skpbRagbi u10 skpb
Ragbi u10 skpb
 
Peraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan HokiPeraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan Hoki
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
 
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
 
5+ping pong 4
5+ping pong 45+ping pong 4
5+ping pong 4
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaring
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Peraturan bolatampar2018

  • 1. Peraturan KEJOHANAN BOLA TAMPAR Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Daerah Kuala Selangor Peringkat Umur Bawah 12 Tahun, Bawah 15 Tahun & Bawah 18 Tahun 2016
  • 2. 1. NAMA KEJOHANAN 1.1 Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Daerah Kuala Selangor 2016. 2. PEGELOLAAN 2.1 Kejohanan ini akan dikelolakan oleh SK SUNGAI BURONG bersama-sama dengan Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Tampar MSS Daerah Kuala Selangor 2016. 2.2 Seterusnya pihak Pengelola/Pengerusi Pertandingan berhak melantik serta menyusun Jawatankuasa Kecil Pelaksana bagi memastikan Kejohanan dapat dijalankan dengan lancar dan baik. 3. KETETAPAN KEJOHANAN 3.1 Kejohanan adalah dicadangkan pada ketetapan seperti berikut : 3.1.2 Bawah 12 Tahun (Sekolah Rendah) (a). Hari : Selasa - Rabu (b). Tarikh : 26 hingga 27 Febuari 2016 (c). Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang (d). Tempat : Stadium Tertutup Kuala Selangor 3.1.1 Bawah 15 dan 18 Tahun (Sekolah Menengah) (a). Hari : Rabu - Jumaat (b). Tarikh : 27 hingga 29 Febuari 2016 (c). Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang (d). Tempat : Stadium Tertutup Kuala Selangor Catatan : Kejohanan MSS Selangor ialah pada 22 hingga 26 Febuari 2016 di Klang. 4. PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli/sekolah gabungan MSS Daerah Kuala Selangor. Setiap sekolah boleh menghantar hanya satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan perempuan sahaja bagi setiap kategori. 4.2 Setiap pasukan boleh terdiri daripada : 4.2.1 Pengurus Pasukan - 1 orang 4.2.2 Jurulatih - 1 orang 4.2.3 Penolong Jurulatih / Guru Pengiring Wanita - 1 orang 4.2.4 Pemain - tidak lebih 12 orang 4.3 Bagi 4.2.1, 4.2.2 dan 4.2.3, hendaklah dari kalangan guru atau kakitangan sekolah/pasukan berkenaan sahaja. Selain dari yang tersebut itu, individu berkenaan adalah tidak dibenarkan untuk didaftarkan atau/dan berada di kawasan pertandingan. 4.4 Penyertaan mestilah menggunakan Borang R01 dan R02, bagi Sekolah Rendah dan Borang M01 dan M02, bagi Sekolah Menengah yang harus diisi lengkap dan dikemukakan dalam bentuk jilid (bind) secara tersusun dan teratur beserta salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak yang telah disahkan. 5. KELAYAKAN PEMAIN 5.1 Pemain hendaklah seorang warga negara Malaysia dan merupakan pelajar berdaftar kepada sekolah yang bergabung dengan MSS Daerah Kuala Selangor serta berumur tidak lebih : 5.2.1 12 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2016 bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan. 5.2.2 15 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2016 bagi kategori Bawah 15 Tahun Lelaki dan Perempuan. 5.2.3 18 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2016 bagi kategori Bawah 18 Tahun Lelaki dan Perempuan. 5.2 Pengesahan pemain akan dilakukan oleh pihak urusetia/pengelola pada atau sebelum perlawanan pertama. 5.3 Mana-mana pemain boleh diminta untuk mengemukakan Kad Pengenalan / Surat Beranak asal untuk tujuan pengesahan lanjut sekiranya perlu.
  • 3. 5.4 Sebarang pertukaran pemain selepas tempoh tersebut di atas, iaitu setelah pasukan berkenaan memulakan perlawanan pertama tidak akan dibenarkan. 5.5 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu kategori dan satu pasukan/sekolah sahaja. 6. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN 6.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dan peraturan MSS Malaysia dan MSS Selangor, kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Bola Tampar Kebangsaan (MAVA) dan Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan. 6.2 Sekiranya timbul sebarang masalah dari segi pentafsirannya, undang-undang di dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi dan diguna pakai. 6.3 Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, akan diputuskan oleh pihak MSSD Kuala Selangor bersama dengan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kuala Selangor 2013. 7. JADUAL PERLAWANAN 7.1 Jadual perlawanan akan ditentukan selepas undian dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan. 8. SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan mengikut system volleython dengan mata penamat 31. Pertukaran gelanggang dilakukan setelah mata mencecah 16 tanpa rehat. 8.2 Sistem mata puncak 37 akan ditetapkan jika berlaku kedudukan mata 30 – 30 dan kelebihan minimum 2 mata gagal dicapai oleh mana-mana pasukan (mana yang terdahulu). 8.3 Semua perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara terbaik daripada 3 set (best of three) dengan kiraan mata secara rali (point-rally system). 8.4 Mata penamat (game point) bagi set pertama dan kedua adalah 25 dan pasukan akan bertukar gelanggang sebelum meneruskan set kedua, manakala bagi set penentuan/ketiga mata penamat adalah 15 dan pasukan bertukar gelanggang sebaik sahaja skor mana-mana pasukan mencapai 8. 8.5 Sistem mata puncak (ceiling point) tidak diadakan bagi dua set pertama sekiranya berlaku kedudukan mata 24-24, sebaliknya kelebihan minimum 2 mata akan diteruskan tanpa had. 8.6 Hanya pada set ketiga, mata puncak 17 adalah ditetapkan sekiranya berlaku kedudukan 14-14 dan kelebihan minimum 2 mata gagal dicapai oleh mana-mana pasukan (mana yang terdahulu). 9. FORMAT PERTANDINGAN 9.1 Di mana penyertaan tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Dua (2) pasukan yang terbaik akan bertemu sebagai perlawanan akhir. 9.2 Di mana penyertaan adalah antara 6 hingga 8 pasukan, pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan di dalam dua kumpulan A dan B : 9.2.1 Kedua-dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir pada tahun lalu akan mengetuai kumpulan (seeded). Pasukan Johan mengetuai Kumpulan A dan Pasukan Naib Johan mengetuai Kumpulan B. Pasukan lain akan diundi masuk untuk menentukan kumpulan masing-masing. 9.2.2 Dua pasukan yang terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir di mana Johan Kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B, manakala Johan Kumpulan B akan bertemu Naib Johan Kumpulan A. Pemenang-pemenang daripada perlawanan ini akan bertemu di perlawnan akhir dan yang kalah akan bermain untuk merebut tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu). 9.2.3 Keutamaan dan kelebihan akan diberikan kepada pasukan seeded teratas dalam menentukan jumlah pasukan dalam setiap kumpulan. 9.3 Di mana penyertaan adalah di antara 9 hingga 11 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara Iiga satu (1) pusingan dalam 3 kumpulan A, B dan C pada peringkat awal : 9.3.1 Pasukan Johan, Naib Johan dan Ketiga pada tahun lalu akan ditempatkan mengikut susunan di dalam Kumpulan A, B dan C (seeded). 9.3.2 Dua (2) pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan meneruskan pertandingan di peringkat/pusingan kedua secara liga satu (1) pusingan
  • 4. dalam dua (2) kumpulan X dan Y yang terdiri daripada tiga (3) pasukan setiap satu kumpulan. 9.3.3 Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan pusingan awal akan diundi masuk ke dalam Kumpulan X dan Y masing-masing, dengan mengadakan undian secara terkawal (controlled-draw) selepas pusingan pertama. Walau bagaimanapun, hanya satu (1) pasukan Johan dibenarkan berada di dalam kumpulan X, manakala dua pasukan selebihnya akan berada/diundi dalam kumpulan Y. 9.3.4 Naib johan Kumpulan akan ditempatkan ke kumpulan berasingan. Undian dibuat sekali lagi untuk menentukan kedudukan pasukan di dalam kumpulan. 9.3.5 Dua pasukan yang terbaik/Johan daripada tiap-tiap kumpulan akan bertemu sebagai perlawanan akhir dan Naib johannya pula akan bertemu bagi menentukan tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu). 9.4 Bagi penyertaan melebihi sebelas (11) pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan empat (4) kumpulan, A, B, C dan D. Dua (2) pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya di mana pertandingan akan dijalankan secara kalah keluar. 9.4.1 Empat pasukan teratas pada kejohanan tahun lalu akan mengetuai tiap- tiap kumpulan A, B, C dan D. 9.4.2 Undian secara terkawal akan dijalankan pada pusingan kedua bagi memastikan semua pasukan yang telah bertemu di peringkat awal tidak akan bertemu lagi kecuali pada perlawanan akhir. 9.5 Sistem kalah mati tidak digunakan di peringkat awal. 10. PEMBERIAN MATA 10.1 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut : 10.1.1 Pasukan yang menang - 2 10.1.2 Pasukan yang kalah - 1 10.1.3 Pembatalan teknik - 0 10.2 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama maka kaedah berikut akan diguna-pakai: C = A/B A = Jumlah skor menang (semua perlawanan) B = Jumlah skor kalah (semua perlawanan) C = Nisbah skor Pasukan yang mendapat nisbah skor (nilai C) lebih tinggi akan dikira pemenang. 10.3 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat nisbah skor yang sama, maka kaedah berikut digunakan: Z = X/Y X = Jumlah set menang (semua perlawanan) Y = Jumlah set kalah (semua perlawanan) Z = Nisbah set Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) lebih tinggi akan dikira pemenang. 10.4 Sekiranya masih lagi berlaku seri : 10.4.1 Jika kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira menang. 10.4.2 Jika tidak, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi/lambungan siling. 11. PAKAIAN SERAGAM 11.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam. Pemakaian seluar, kasut dan stokin yang seragam adalah amat digalakkan. 11.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna (seboleh- bolehnya dengan corak yang sama) daripada warna jersi pasukannya. Bagaimanapun, pihak pengelola/urusetia pertandingan berhak mengarahakan libero untuk memakai bip/jersi khas sekiranya didapati jersi yang digunakan tidak cukup untuk membezakan pemain libero tersebut dengan pemain biasa. 11.3 Jersi hendaklah bernombor, bersaiz tidak kurang daripada 10cm tingginya di bahagian hadapan dan tidak kurang daripada 15cm di bahagian belakang. 11.4 Nombor yang dibenarkan untuk digunakan ialah dari 1 hingga 18 sahaja. 11.5 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm tebal.
  • 5. 11.6 Nombor hadapan Kapten Pasukan hendaklah ditanda dengan garisan sepanjang 10 cm dengan ketebalan 1 cm pada bahagian bawah nombor. 11.7 Semua pemain mestilah memakai nombor yang sama (tetap) disepanjang kejohanan. 11.8 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan ditegah bermain dan pasukannya boleh dibatalkan. 12. GELANGGANG DAN PERALATAN 12.1 Ukuran atau saiz gelanggang adalah 8 X 16 meter bagi kategori Bawah 12 Tahun dan 9 X 18 meter bagi kategori Bawah 15 dan 18 Tahun, termasuk garisan tepi gelanggang, manakala ketinggian jaring adalah seperti berikut, diukur pada bahagian tengah gelanggang : 12.1.1 Lelaki Bawah 18 tahun - 243 cm 12.1.2 Perempuan Bawah 18 Tahun - 224 cm 12.1.3 Lelaki Bawah 15 Tahun - 235 cm 12.1.4 Perempuan Bawah 15 Tahun - 220 cm 12.1.5 Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun - 210 cm 12.2 Garisan serangan adalah 2.67 meter bagi kategori Bawah 12 Tahun dan 3 meter dari bagi kategori Bawah 15 dan 18 Tahun diukur dari garisan tengah (yang memisahkan kedua-dua belah gelanggang) di mana garisan serangan itu sendiri adalah dikira sebagai kawasan serangan. 12.3 Bola yang dicadangkan untuk digunakan sebagai bola pertandingan adalah dari jenama Molten Soft Touch V48SLC1 bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Molten Soft Touch V58SLC1 atau Mikasa High Performance MVL2001 / Regular Performance MV210 bagi kategori Bawah 15 dan Bawah 18 Tahun. 13. PERLAWANAN YANG DITUNDA / DIBERHENTIKAN 13.1 Sekiranya pengadil memutuskan bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, Jawatankuasa Pengelola/Pertandingan mempunyai hak untuk memutuskan keputusan yang bersesuaian dengan keadaan semasa, dalam tempoh tidak melebihi 4 jam. 13.2 Sekiranya pengadil memutuskan untuk perlawanan diadakan semula tidak melebihi tempoh 4 jam dari masa ia diberhentikan, set yang tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan yang sama. Keputusan set yang terdahulu (jika ada) akan dikekalkan. 13.3 Sekiranya perlawanan tertunda melebihi 4 jam dari masa ia dihentikan dan keputusan dicapai untuk perlawanan itu diadakan, maka keseluruhan permainan akan dimainkan semula di mana semua keputusan dan ketetapan berkenaan undian servis (toss), mata, set, pemain dan kedudukan pemain ketika perlawanan dihentikan tidak akan dikekalkan. 14. PEMBATALAN 14.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 15 minit sebelum masa vang ditetapkan untuk perlawanan. Lihat lampiran kiraan menurun sebelum perlawanan dimulakan. 14.2 Mana-mana pasukan yang datang lewat melebihi 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut dianggap menarik diri dan pasukan lawannya akan diberikan mata kemenangan percuma (Walkover). 14.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan yang melibatkan pasukannya dan semua perlawanan/keputusan sebelumnya akan dibatalkan. 14.4 Pihak Pengelola bersama-sama dengan Jawatankuasa Teknikal MSS Daerah berhak menyediakan laporan terperinci tentang penarikan diri ini kepada Penyelia MSS Daerah/Pegawai Pelajaran Daerah. 15. PENGADIL 15.1 Pengerusi Pengelola bersama-sama dengan Pengerusi Teknik Permainan Bola Tampar MSS Daerah Kuala Selangor serta Jawatankuasa Pengadilan dan Kepegawaian akan menyenaraikan, melantik dan menetapkan pengadil serta pegawai bertauliah untuk bertugas disepanjang Kejohanan. 15.2 Pengadil-pengadil adalah terdiri daripada Pegadil Kebangsaan dan calonnya, Pengadil Negeri dan calonnya serta mana-mana pengadil yang difikirkan berkelayakan serta mampu untuk bertugas dengan baik.
  • 6. 15.3 Segala keputusan atas segala perkara yang berkaitan dengan Undang-undang permainan yang telah diberi oleh Pengadil atau Jawatankuasa Pengelola/Pertandingan adalah muktamad. 16. JAWATANKUASA PEMILIHAN 16.1 Jawatankuasa pemilihan akan dibentuk dan dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik untuk memilih seramai tidak lebih dua belas (12) pemain terbaik untuk setiap kategori dari semua pasukan/pemain yang mengambil bahagian untuk mewakili MSS Daerah Kuala Selangor ke Peringkat MSS Negeri. 16.2 Jawatankuasa yang dibentuk ini juga berhak untuk menetapkan senarai pengurus, jurulatih, penolong jurulatih dan guru pengiring yang bakal memimpin/melatih pasukan MSS Daerah ke peringkat MSS Selangor atau mana-mana kejohanan yang bakal disertai. 16.3 Pencalonan pemain berbakat hendaklah dibuat dengan mengisi borang pencalonan yang bakal diedar pada hari pertandingan. 16.4 Bagaimanapun, jawatankuasa pemilihan ini berhak dan mempunyai kuasa untuk memilih dan menyenaraikan pemain yang tidak dicalonkan oleh jurulatih pasukan untuk mewakili pasukan MSS Daerah Kuala Selangor. 17. PENGGANTUNGAN 17.1 Jika seseorang pemain disingkirkan daripada satu perlawanan atas sebab berkelakuan buruk atau biadap, ia dengan sendirinya ditegah dari bermain semua perlawanan berikutnya sehingga jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan. 18. KAEDAH MEMBUAT BANTAHAN /RAYUAN 18.1 Keputusan pengadil adalah muktamad. 18.2 Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujukkan kepada Juri Rayuan dan keputusannya adalah muktamad serta dihormati. 18.3 Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara lisan melalui kapten permainan (game captain) kepada pengadil bertugas dan pencatat akan mencatatkan perkataan `Ingin Bantah' di dalam hamparan skor (scoresheet) pada akhir perlawanan berkenaan. 18.4 Sekiranya bantahan tersebut ingin diteruskan selepas perlawanan tamat, bantahan secara bertulis hendaklah dikemukakan terus kepada pihak pengelola dalam masa ½ jam (30 minit) selepas perlawanan berkenaan tamat untuk bantahan berkenaan seterusnya dibincang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Juri Rayuan. 18.5 Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak tunai RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja). 18.6 Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut didapati tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah. 18.6 Sekiranya rayuan atau bantahan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa/Juri Rayuan, maka wang pertaruhan akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat dan mesti dipatuhi serta muktamad. 19. JURI RAYUAN 19.1 Terdiri daripada: 19.1.1 Pengerusi Kejohanan atau Wakilnya 19.1.2 Setiausaha Kejohanan atau Wakilnya 19.1.3 Pengerusi Teknik Permainan kategori yang berkenaan 19.1.4 Dua (2) orang Pengurus pasukan berkecuali. 19.2 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad dan sebarang pertikaian mengenainya tidak akan dilayan. 20. HAL-HAL LAIN 20.1 Tiap tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun Pengelola mempunyai hak meminda sususan di mana perlu dan memaklumkan berkenaan pindaan tersebut kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin. 20.2 Selain daripada pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan bertanding, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain gantian. 20.3 Pengurus, Jurulatih dan juga Penolong Jurulatih adalah bertanggungjawab terus ke atas disiplin pemain dari pasukan/sekolah mereka. 20.4 Ahli-ahli pasukannya yang dibenarkan untuk duduk di bangku pemain gantian semasa perlawanannya adalah seperti berikut:
  • 7. 20.4.1 Seorang Jurulatih 20.4.2 Salah seorang, sama ada Pengurus atau Penolong Jurulatih 20.4.3 tidak lebih dari enam (6) orang pemain gantian, lengkap memakai jersi. 20.5 Jawantankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu bagi menyelesaikan sebarang kemusykilan yang mungkin timbul/tidak tercatat di dalam peraturan ini. 20.6 Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad. 21. LIABILITI/TANGGUNGAN 21.1. Pihak MSS Daerah Kuala Selangor serta Pengelola Kejohanan MSS Daerah Kuala Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yang melibatkan kecederaan, kecacatan, kehilangan atau kematian sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Ianya adalah atas tanggungjawab pasukan / sekolah / peserta sendiri. 22. PERKARA AM 22.1. Bagi sebarang perkara yang berbangkit dan tidak tercatat dalam undang-undang dan peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa Pengelola/Teknikal Bola Tampar MSS Daerah Kuala Selangor adalah berkuasa penuh untuk mengambil keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad. 22.2. Segala usaha terbaik akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola/Teknikal untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda pegawai dan peserta. Walaupun begitu Jawatankuasa Pengelola/Teknikal tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan kepada para pegawai mahupun peserta atau kehilangan harta benda para pegawai atau peserta sepanjang Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kuala Selangor ini berlangsung.
  • 8. HELAIAN UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS DAERAH KUALA SELANGOR 2011 (Diolah selaras dengan Peraturan Am MSS Negeri Selangor) Kategori : LELAKI Kumpulan Umur : Bawah 12 Tahun PEREMPUAN Bawah 15 Tahun Bawah 18 Tahun SATU KUMPULAN (Penyertaan kurang dari 6 pasukan) DUA KUMPULAN (Penyertaan 6 – 8 pasukan) 1. KUMPULAN A KUMPULAN B 2. 1. 1. 3. 2. 2. 4. 3. 3. 5. 4. 4. NOTA : a) Dua pasukan teratas akan bertemu sebagai perlawanan AKHIR. NOTA : a) Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan B dan Johan Kumpulan B akan bertemu Naib Johan A sebagai perlawanan SEPARUH AKHIR. b) Kedua-dua pemenang Separuh Akhir akan bertemu sebagai Perlawanan AKHIR, manakala yang kalah akan bertemu untuk menentukan kedudukan tempat KETIGA dan KEEMPAT (sekiranya perlu). TIGA KUMPULAN Jumlah penyertaan 9 – 11 pasukan KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C 1. 1. 1. 2. 2. 2. 3. 3. 3. 4. 4. NOTA : a) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua, dimana pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan 2 kumpulan. b) Penentuan kumpulan dan kedudukan dalam kumpulan ditentukan secara undian terkawal. c) Johan bagi setiap kumpulan pada pusingan kedua akan bertemu sebagai perlawanan akhir, manakala Naib Johannya pula bertemu untuk menentukan kedudukan tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu). EMPAT KUMPULAN Penyertaan di antara 12 – 16 pasukan KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D 1. 1. 1. 1. 2. 2. 2. 2. 3. 3. 3. 3. 4. 4. 4. 4. NOTA : a) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya, di mana sistem pertandingan adalah secara KALAH KELUAR dan kedudukan pasukan ditentukan melalui undian terkawal bagi memastikan pasukan- pasukan yang pernah bertemu di pusingan awal hanya akan bertemu lagi di perlawanan akhir. b) Pasukan yang KALAH pada peringkat Separuh Akhir akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat (sekiranya perlu). KIRAAN MENURUN (COUNTDOWN) SEBELUM PERLAWANAN DIMULAKAN.
  • 9. …… sebelum masa perlawanan. Arahan pengadil / pegawai Tindakan pasukan 15 minit • Para pengadil dan pegawai bertugas membuat persiapan perlawanan seperti memastikan hamparan skor (scoresheet) adalah betul, memeriksa ketinggian dan ketegangan jaring, garisan gelanggang dalam keadaan baik, papan skor berada pada kedudukan 0-0 dan apa jua yang difikirkan perlu. • Ketua pasukan kedua-dua pasukan akan diundi di hadapan meja pencatat dan menerima slip undian servis (R-5) untuk diserah kepada Jurulatih. 12 minit • Pengadil meniupkan wisel untuk melakukan undian (coin-toss). • Keputusan undian akan dimaklumkan kepada pencatat. • Ketua pasukan kedua-dua pasukan akan diundi di hadapan meja pencatat dan menerima slip undian servis (R-5) untuk diserah kepada Jurulatih. 10 minit • Pengadil mengarahkan semua pemain melakukan protokol/tunduk hormat. • Semua pemain akan berbaris masuk ke gelanggang untuk melakukan tunduk hormat dengan ketua pasukan berada paling hampir dengan pengadil. 8 minit • Pengadil meniupkan wisel sebagai tanda bermulanya masa memanaskan badan dengan bola di dalam gelanggang bagi pasukan yang mendapat undian melakukan servis. • Pasukan mendapat undian melakukan servis dibenar untuk membuat pemanasan badan dengan bola di dalam gelanggang. • Jurulatih dan Ketua Pasukan yang mendapat undian menerima servis akan membuat semakan pada pegawai pencatat dan menyerahkan slip R-5. 5 minit • Pengadil meniupkan wisel sebagai tanda berakhirnya masa memanaskan badan bagi pasukan yang mendapat undian melakukan servis dan bermulanya masa memanaskan badan dengan bola di dalam gelanggang bagi pasukan yang mendapat undian menerima servis. • Pasukan mendapat undian menerima servis dibenar untuk membuat pemanasan badan dengan bola di dalam gelanggang. • Jurulatih dan Ketua Pasukan yang mendapat undian membuat servis akan membuat semakan pada pegawai pencatat dan menyerahkan slip R-5. 2 minit • Pengadil akan meniup wisel menandakan tanda berakhirnya masa memanaskan badan bagi pasukan yang mendapat undian menerima servis. • Pemain kedua-dua pasukan berkumpul di sisi gelanggang masing-masing. 1 minit • Pengadil memastikan semua pegawai telah bersedia dan gelanggang sempurna untuk perlawanan dimulakan, sebelum mengambil tempat di kerusi pengadil (referee stand). • Kedua-dua pasukan berada pada sisi gelanggang (di hadapan bangku pemain simpanan) masing-masing dan pemain utama akan bersedia untuk masuk ke gelanggang. 0 minit • Pengadil/pembantu pengadil akan melakukan semakan posisi untuk pengesahan. • Pengadil akan meniup wisel menandakan perlawanan akan dimulakan. • Pemain utama kedua-dua pasukan akan masuk ke gelanggang dan terus berada pada posisi yang ditetapkan mengikut helaian R-5.
  • 10. GARIS PANDUAN MENGISI LINE-UP SHEET / BORANG BARISAN PEMAIN UTAMA (R-5) SET 1 R- 5 LINE-UP SHEET LIBERO No TEA M IV III II V VI I SERVICE Tandatangan Jurulatih SET 2 R-5 LINE-UP SHEET TEA M IV III II V VI I SERVICE Tandatangan Jurulatih Isikan no jersi pemain utama. Angka roman I adalah pemain pertama yang akan melakukan servis (bagi pasukan yang memilih melakukan servis ketika undian/coin-toss), manakala bagi pasukan yang memilih untuk menerima servis, II adalah pemain pertama yang akan melakukan servis. Isikan kod pasukan/sekolah dalam 3 abjad (biasanya ditetapkan oleh pihak Urusetia). Isikan No. jersi pemain Libero (sekiranya ada). NOTA : Pemain Libero adalah didaftarkan mengikut perlawanan bukan lagi kejohanan sebagaimana sebelum ini dan hanya perlu diisi pada Line-up sheet untuk Set 1 sahaja. Tandatangan (ringkas) dan serahkan kepada Pencatat/Pengadil untuk direkodkan pada hamparan skor (scoresheet).
  • 11. NOTA : Untuk Set ke-3/Penentuan, Line-up Sheet adalah sama seperti untuk Set ke-2.