SlideShare a Scribd company logo
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT
SEMPENA HARI MARA 2022
DAM AJI
CONGKAK
BATU SEREMBAN
TARIKH : 12 MAC 2022 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN
ANJURAN KELAB SUKAN DAN REKREASI MARA (KSRM)
PERATURAN AM
1. NAMA PERTANDINGAN: “PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022”
2. JENIS PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN
BIL ACARA SUKAN
1 Congkak
2 Batu Seremban
3 Dam Aji
3. PENGANJURAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM).
4. VENUE PERTANDINGAN
Ibu Pejabat MARA (tempat akan dimaklumkan kemudian)
5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Setiap pasukan yang mendaftar pasukan hendaklah terdiri daripada
kakitangan MARA (tetap, kontrak dan sambilan). Pertandingan terbuka
kepada semua kakitangan daripada pusat-pusat di Ibu Pejabat MARA
(termasuk PMN W.P dan IKM KL) dan anak syarikat MARA sekitar Lembah
Klang.
5.2 Bagi kakitangan sambilan dan kontrak, hendaklah telah berkhidmat
dengan MARA sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh
pertandingan.
5.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding.
5.4 Satu bahagian/pusat boleh menghantar maksimum tiga (3) pasukan
sahaja.
5.5 Setiap peserta perlu lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19.
6. TINDAKAN TATATERTIB / DISIPLIN
6.1 Semua pemain dan pegawai sukan boleh diambil tindakan mengikut
Tindakan Tatatertib yang termaktub dalam Tatacara Perlembagaan
Persatuan Sukan Kebangsaan.
6.2 Semasa pertandingan yang dijalankan, jika terdapat perselisihan faham
diantara pemain, pegawai dan penyokong sebagai punca yang
mengakibatkan pergaduhan, pertandingan akan diberhentikan serta
merta. Pasukan yang didapati terlibat dengan pergaduhan tersebut akan
dikenakan denda sebanyak RM200.00.
7. KEDUDUKAN PENGUNDIAN PASUKAN SETIAP ACARA SUKAN
Akan ditentukan kemudian
8. HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah akan disediakan sepertimana di Peraturan dan Syarat
Pertandingan.
9. SISTEM PERTANDINGAN
9.1 Sistem-sistem pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti yang
ditetapkan dalam Peraturan Pertandingan Acara-acara Sukan.
9.2 Setiap peserta HANYA dibenarkan mengambil bahagian untuk satu (1)
acara sukan sahaja.
9.3 Jika jumlah pasukan tidak mencukupi untuk empat (4) kumpulan, maka
tiada peringkat Suku Akhir. Akan dibuat dua (2) kumpulan sahaja dan
bermain secara liga. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan terus ke
peringkat Separuh Akhir.
10. FORMAT PERTANDINGAN
Format pertandingan pusingan awal di buat secara `Liga’ manakala peringkat
Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir di buat secara `Kalah-Mati’
10.1 Pusingan Awal
10.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu (1) pusingan dalam
empat (4) kumpulan (Kumpulan A, B, C dan D). Pasukan-pasukan
akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing.
10.1.2 Terdapat 3, 3, 4, 4 pasukan dalam setiap kumpulan. Jika pasukan
tidak mencukupi untuk empat (4) kumpulan, maka para 8.3 dalam
Peraturan Am Pertandingan akan digunapakai di mana akan hanya
ada dua (2) kumpulan sahaja dengan Johan dan Naib Johan setiap
kumpulan akan ke peringkat Separuh Akhir dan pemenang
kumpulan ke peringkat akhir.
Jika empat (4) kumpulan, maka Johan dan Naib Johan kumpulan
layak ke peringkat Suku Akhir.
11. KIRAAN MATA
Kiraan mata untuk setiap acara pertandingan rujuk Peraturan & Syarat
Permainan bagi setiap acara di pertandingan.
12. PENGADIL / PEGAWAI TEKNIKAL
Pengadil / Pegawai Teknikal Pertandingan dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan.
13. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PERTANDINGAN
12.1. Jawatankuasa Penganjur Pertandingan menetapkan tempat pertandingan
dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di lokasi
pertandingan.
14. PERALATAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa penganjur hanya akan menyediakan peralatan asas untuk semua
acara sukan yang dipertandingkan. Setiap pasukan yang mengambil bahagian
hendaklah membawa sendiri peralatan bagi sesi latihan sebelum pertandingan
bermula.
15. PENANGGUHAN PERMAINAN
15.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan /
dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta untuk penangguhan atau
diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
15.2 Jawatankuasa Penganjur mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh
atau diputuskan dengan serta merta oleh sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.
15.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan, Jawatankuasa Penganjur
akan menetapkan semula tarikh perlawanan yang ditanguhkan itu.
16. JAWATANKUASA BANTAHAN / RAYUAN
16.1 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan bagi setiap jenis sukan yang
diperuntukan akan dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi
mendengar / menerima setiap kes rayuan jika ada.
16.2 Proses membuat rayuan atau bantahan adalah tertakluk dalam Peraturan
& Syarat Pertandingan acara-acara sukan.
16.3 Segala Rayuan dan bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus pasukan
secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tidak lebih
dari satu jam selepas tamat pertandingan dengan disertakan Wang Tunai
RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya rayuan /
bantahan ditolak.
16.4 Menarik diri dari perlawanan adalah tidak dibenarkan selepas
pendaftaran. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikenakan
denda sebanyak RM50.00 atau jika yuran penyertaan telah dibayar tiada
pemulangan dibuat oleh penganjur.
17. JERSI / PAKAIAN PERTANDINGAN
Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian yang
seragam bagi setiap pasukan bertanding adalah digalakkan. Pakaian yang
menjolok mata adalah dilarang sama sekali.
18. PERKARA-PERKARA AM
18.1 Sebarang perkara berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan &
Syarat Pertandingan, Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berkuasa
mengambil / membuat sesuatu keputusan.
18.2 Segala hal yang timbul semasa dan selepas pengendalian kejohanan ini
tidak dibenarkan dibawa ke Mahkamah.
18.3 Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan adalah muktamad.
PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN
CONGKAK
1. NAMA
1.1 Pertandingan ini dinamakan
“PERTANDINGAN CONGKAK SEMPENA HARI MARA 2022”.
1.2 Semua Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Rakyat Hari MARA 2022
adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penganjur Pertandingan &
Teknikal adalah MUKTAMAD.
2. PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM).
2.2 Hak kawalan, pengurusan, penganjuran dan sebarang keputusan yang
dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini
adalah muktamad.
2.3 Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian
permainan menurut cara yang difikirkan sesuai.
2.4 Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang
tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang alasan.
3. PENYERTAAN
3.1 Yuran penyertaan untuk setiap pasukan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia
7Empat Puluh Sahaja). Satu pasukan terdiri daripada 7 pemain yang
terdiri daripada pemain, pemain simpanan dan Pengurus Pasukan.
3.3 Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun Bank Islam ’14041010045290’
atas nama ’Kelab Sukan dan Rekreasi MARA’
3.2 Borang Penyertaan Pendaftaran Pemain yang lengkap hendaklah
dikemukakan kepada Urusetia / Penganjur Pertandingan beserta slip /
bukti pembayaran.
3.3 Pertandingan akan dibuat di Lobi MARA / Ruang Legar Tingkat 4 /
Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 12 Mac 2022 (Sabtu).
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam
pertandingan ini adalah mengikut Peraturan Permainan Congkak
Malaysia.
4.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
4.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan
Am Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022.
4.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan adalah muktamad.
5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
5.1 Taklimat kepada pengurus pasukan akan diadakan pada 11 Mac 2022
sebelum pertandingan dimulakan.
5.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pasukan seramai
tujuh (7) orang pemain (5 pemain 2 simpanan termasuk Pengurus
Pasukan). Borang mestilah ditandatangani oleh Ketua Pasukan atau
Pengurus Pasukan Bahagian/Pusat. Pertandingan dalam bentuk pasukan.
5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah
muktamad.
6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tujuh (7) pemain (5 pemain
2 Simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Nama-nama pemain hendaklah
dikemukakan kepada Urusetia / Pengadil Pertandingan yang telah
dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan
dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan. Pengurus
Pasukan adalah dibenarkan bermain dalam pertandingan ini.
6.2 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang
ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Sukan Rakyat Hari
MARA 2022. Borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan.
7. ALATAN/GELANGGANG
Setiap papan congkak mengandungi sekampung 7 rumah anak serta 1 rumah
ibu, tiap rumah diisi cakak.
8. PERATURAN PERMAINAN
8.1 Dua (2) orang peserta berhadapan
8.1.1 Permainan dilaksanakan dalam dua (2) papan. Kedua-dua peserta
jalan / menapak serentak untuk papan pertama. Papan ketiga
(jika seri) mula permainan menampak / jalan serentak.
8.1.2 Setelah diberi aba-aba :-
8.1.2.1 Mula permainan dengan mengambil semua cakak dari
mana-mana rumah anak dikampung sendiri;
kemudian
8.1.2.2 Menapak dari kanan ke kiri; lalu
8.1.2.3 Memasukan cakak dari satu demi satu butir ke dalam
tiap rumah dengan;
8.1.2.4 Mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam
8.1.2.5 Keadaan tangan genggam tergadah; ikut
8.1.2.6 Giliran jalan / menapak.
8.1.3 Boleh memintas. langkau adalah ditegah. Apabila tiba dirumah ibu
sendiri, hendaklah dimasukan juga satu (1) butir cakak; tetapi
tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang masuk ke rumah ibu lawan
adalah menjadi kepunyaan lawan.
8.1.4 Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman
dulu sebelum mengambil cakak kembali menapak.
8.1.5 Peserta mati giliran jalan / menapak ialah jika cakak akhir masuk
ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat
giliran jalan.
8.1.6 Jika naik rumah maka peserta hidup boleh meneruskan jalan
semula.
8.1.7 Hanya boleh tikam setelah melalui kampung lawan. Tikam layar
adalah ditegah.
8.1.8 Setiap sentuhan cakak mestilah mulakan cakak. Anda diberikan
hanya lima (5) saat.
9. PENENTUAN PEMENANG
9.1 Menang menapak (pihak lawan telah ketiadaan cakak di rumah anak).
9.2 Menang dua (2) papan.
9.3 Pihak lawan membuat tiga (3) kesalahan serupa atau dibuang gelanggang
10. LARANGAN & DENDA (KESALAHAN)
10.1 Bermain dengan tangan terlungkup.
10.2 Tidak masukan cakak ke rumah ibu atau rumah anak.
10.3 Sentuhan cakak yang tidak berjalan / menapak.
10.4 Dikira berfikir lebih lima (5) saat.
10.5 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak
baru.
10.6 Memasukan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1)
butir.
11. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
11.1 Permainan dijalankan secara kalah mati.
11.2 Permainan mengikut pola “menang tapak”.
11.3 “Pemain Menang” ialah yang menang dua papan.
11.4 “Pasukan Menang” ialah yang mengalah tiga pemain lawan.
12. SUSUNAN PERTANDINGAN
i. Pemain 1
ii. Pemain 2
iii. Pemain 3
iv. Pemain 4
v. Pemain 5
13. PEMBATALAN / WALKOVER
13.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh
(10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan.
13.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa
yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang
alasan yang munasabah maka pasukan itu dikira memberi kemenangan
kepada pihak lawannya.
13.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku
pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan
seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan
diambilkira.
14. TINDAKAN TATATERTIB
14.1 Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara
automatik:-
14.1.1Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada
gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan
biadap, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
15. BANTAHAN
15.1. Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa
Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat
pertandingan.
15.2. Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
16. ETIKA PEGAWAI
Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain
dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulen.
17. HADIAH
17.1. Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :-
17.1.1. Johan RM300.00 beserta medal
17.1.2. Naib Johan RM200.00 beserta medal
17.1.3. Tempat Ketiga RM100.00 beserta medal
18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN
Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran
peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022 dan segala keputusan adalah
muktamad.
19. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan
kepada Urusetia pertandingan beserta slip / bukti pembayaran pada atau
sebelum 9 Mac 2022 (Rabu).
Siti Hafizah binti Hairudin
Emel : shafizah@mara.gov.my
Tel (hp) : 019-2770253
PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN
BATU SEREMBAN
1. NAMA
1.1 Pertandingan ini dinamakan
“PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SEMPENA HARI MARA 2022”.
1.2 Semua Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Rakyat Hari MARA 2022
adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pertandingan Pertandingan &
Teknikal adalah MUKTAMAD.
2. PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM).
2.2 Hak kawalan, pengurusan, penganjuran dan sebarang keputusan yang
dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini
adalah muktamad.
2.3 Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian
permainan menurut cara yang difikirkan sesuai.
2.4 Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang
tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang alasan.
3. PENYERTAAN
3.1 Yuran penyertaan untuk setiap pasukan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia
Empat Puluh Sahaja). Satu pasukan terdiri daripada 7 pemain yang
terdiri daripada 5 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus
Pasukan.
3.2 Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun Bank Islam ’14041010045290’
atas nama ’Kelab Sukan dan Rekreasi MARA’
3.3 Pertandingan akan dibuat di Lobi MARA / Ruang Legar Tingkat 4 /
Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 12 Mac 2022
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam
kejohanan ini adalah mengikut Peraturan Permainan Batu Seremban
Malaysia.
4.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
4.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan
Am Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022.
4.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur
adalah muktamad.
5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
5.1 Taklimat kepada pengurus pasukan akan diadakan pada 11 Mac 2022
sebelum pertandingan dimulakan.
5.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pasukan seramai
tujuh (7) orang pemain (5 pemain 2 simpanan termasuk Pengurus
Pasukan). Borang mestilah ditandatangani oleh Ketua Pasukan atau
Pengurus Pasukan Bahagian/Pusat.
5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah
muktamad.
6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tujuh (7) pemain ( 5
pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Nama-nama
pemain hendaklah dikemukakan kepada Urusetia / Pengadil
Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan 15
minit sebelum pertandingan dikemukakan dengan menggunakan borang
yang disediakan. Pengurus Pasukan adalah dibenarkan bermain dalam
pertandingan ini.
6.2 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang
ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Sukan Rakyat Hari
MARA 2022. Borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan.
7. ALATAN/GELANGGANG
ALATAN : 5 uncang empat segi (3 cm persegi).
GELANGGANG : Tempat yang rata
8. PERATURAN PERMAINAN
8.1 Pada masa mengambil buah-buah itu pemain tidak boleh menyentuh
mana-mana buah yang berhampiran.
8.2 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang
dilambung jatuh ke lantai
8.3 Tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan serakkan
untuk peringkat yang lain.
8.4 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu
kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan. (Setiap pemain akan bermula
dengan buah satu).
8.5 Dalam pusingan lepas itu seorang pemain menyambung permainannya
diperingkat ia telah melakukan kesalahan
9. CARA BERMAIN
9.1 TAHAP SATU ; Buah Satu
Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang
dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang
dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang
semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan
buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan.
9.2 TAHAP DUA ; Buah Dua
Sama seperti buah satu; Cuma pungut dua buah setiap kali lambung
9.3 TAHAP TIGA ; Buah Tiga
Sama juga seperti buah satu dan dua,
bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.
9.4 TAHAP EMPAT ; Buah Empat
Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.
9.5 TAHAP LIMA ; Buah Lima
Serakkan biasa. Ambil 3 buah ditangan kanan dan 2 buah ditangan kiri.
Lambung satu buah yang ditangan kanan sambil meletakkan ke lantai
buah-buah yang ada dikedua-kedua tangan dan segera sambut buah yang
dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai
dengan kedua-dua tangan (dua ditangan kiri dan dua ditangan kanan).
Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah
ketangan kanan.
9.6 TAHAP ENAM ; Buah Sentuh
Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai. Jika perlu
kedudukan buah boleh diubah semasa ia disentuh. Dengan sekali
lambung pungut kesemua buah.
9.7 TAHAP TUJUH ; Buah Pungut
Sama seperti tahap enam, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah
dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan
ke tangan kanan semula.
9.8 TAHAP LAPAN ; Buah Tukar
Serakkan buah, ambil satu, lambung dan pungut satu buah. Sekali lagi
lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah di lantai.
Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung
letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua
buah.
9.9 TAHAP SEMBILAN ; Buah Lambung Sama seperti buah tukar, bezanya
kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut
satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut
buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan. Ulang hingga habis
buah di lantai. Sekali lambung kumpul ketangan kanan.
9.10 TAHAP SEPULUH ; Buah Timbang
Untuk menentukan mata/point timbang buah kebelakang tapak tangan
sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka
lima juga dan mata dikira lima
Catatan: Dalam teks ini, pemainan menggunakan tangan kanan. Jika pemain
menggunakan tangan kiri, semua perkataan kanan menjadi kiri dan sebaliknya.
10. PERATURAN PERTANDINGAN
10.1 Satu permainan tiga pusingan sahaja.
10.2 Bermain secara liga, suku akhir, separuh akhir dan akhir
10.3 Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di
tengah-tengah.
10.3 Permainan dalam satu bulatan dengan pemain diselang-selikan. Contoh –
Pemain Kumpulan A diselangkan dengan pemain Kumpulan B.
10.4 Semasa bermain, pemain boleh mengangkat punggung jika buah yang
dilambung agak jauh untuk disambut.
10.5 Buah timang anak tidak dikira mati selagi buah lambung tidak jatuh.
10.6 Buah lambung tidak boleh terkena pada badan. Jika terkena pada badan,
dikira mati.
10.7 Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah
dilepaskan ke depan.
10.8 Semasa bermain buah tidak boleh terkena lengan baju.
10.9 Pemain boleh menukar posisi duduk. Tetapi hendaklah memastikan
belum sampai kepada giliran bermain.
10.10 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh
mana-mana buah yang berhampiran.
10.11 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang
jatuh ke lantai.
10.12 Pada setiap peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk
peringkat yang lain.
10.13 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu
kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan.
10.14 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya
diperingkat ia telah melakukan kesalahan.
10.15 Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira
pemenang.
10.16 Hukuman dan Larangan (mati)
10.16.1 Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.
10.16.2 Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain.
10.16.3 Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak
tangan, Jumlah tidak sama.
10.16.4 Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung
semula.
11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTU KEMENANGAN
11.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format
berikut:
11.1.1 Menang :2 mata
11.1.12 Kalah: 0 mata
11.2 Diperingkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah
mata yang sama, maka kaedah berikut akan diambilkira bagi
menentukan pemenang.
11.3 Pasukan yang mempunyai peserta menang tertinggi, jika seri
11.4 Pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi, jika seri
11.5 Pemenang ditentukan oleh pengadil
12. PEMBATALAN / WALKOVER
12.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh
(10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan.
12.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa
yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang
alasan yang munasabah maka pasukan itu dikira memberi kemenangan
kepada pihak lawannya.
12.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku
pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan
seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan
diambilkira.
13. TINDAKAN TATATERTIB
11.1 Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara
automatik:-
11.1.1Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada
gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan
biadap, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
14. BANTAHAN
14.1 Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa
Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat
pertandingan.
14.2 Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
15. ETIKA PEGAWAI
Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain
dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulin.
16. HADIAH
16.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :-
16.1.1 Johan RM300.00 beserta medal
16.1.2 Naib Johan RM200.00 beserta medal
16.1.3 Tempat Ketiga RM100.00 beserta medal
17. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN
Segala hal yangtidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran
peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022 dan segala keputusan adalah
muktamad.
18. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan
kepada Urusetia pertandingan beserta slip / bukti pembayaran pada atau
sebelum 9 Mac 2022 (Rabu).
Siti Hafizah binti Hairudin
Emel : shafizah@mara.gov.my
Tel (hp) : 019-2770253
PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN
DAM AJI
1. NAMA
6.3 Pertandingan ini dinamakan
“PERTANDINGAN DAM AJI SEMPENA HARI MARA 2022”.
1.2 Semua Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Rakyat Hari MARA 2022
adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pertandingan Pertandingan &
Teknikal adalah MUKTAMAD.
2. PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM).
2.2 Hak kawalan, pengurusan, penganjuran dan sebarang keputusan yang
dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini
adalah muktamad.
2.3 Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian
permainan menurut cara yang difikirkan sesuai.
2.4 Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang
tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang alasan.
3. PENYERTAAN
3.1 Yuran penyertaan untuk setiap pasukan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia
Dua Puluh Sahaja). Satu pasukan terdiri daripada 5 pemain yang terdiri
daripada 3 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan.
3.2 Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun Bank Islam ’14041010045290’
atas nama ’Kelab Sukan dan Rekreasi MARA’
3.3 Pertandingan akan dibuat di Lobi MARA / Ruang Legar Tingkat 4 /
Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 12 Mac 2022
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam
kejohanan ini adalah mengikut Peraturan Permainan Dam Aji Malaysia.
4.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
4.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan
Am Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022.
4.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur
adalah muktamad.
5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
5.1 Taklimat kepada pengurus pasukan akan diadakan pada 11 Mac 2022
sebelum pertandingan dimulakan.
5.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pasukan seramai
lima (5) orang pemain (3 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus
Pasukan). Borang mestilah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan.
5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah
muktamad.
6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar lima (5) pemain (3 pemain,
2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Nama-nama pemain
hendaklah dikemukakan kepada Urusetia / Pengadil Pertandingan yang
telah dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan 15 minit sebelum
pertandingan dikemukakan dengan menggunakan borang yang
disediakan. Pengurus Pasukan adalah dibenarkan bermain dalam
pertandingan ini.
6.2 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang
ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Sukan Rakyat Hari
MARA 2022. Borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Ketua
Pengurus Pasukan.
7. ALATAN/GELANGGANG
ALATAN : Set Dam Aji
8. PERATURAN PERMAINAN
8.1 Undang–undang dan peraturan yang telah digariskan sebagai panduan
dalam pertandingan dam ini adalah seperti berikut:-
8.1.1 Pasukan yang berlawan hendaklah berada di gelanggang lima (5)
minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma
mengikut budibicara pihak penganjur akan diberikan kepada
mana–mana pihak lawan jika gagal berada di gelanggang lima (3)
minit selepas masa perlawanan sepatutnya dimulakan.
8.1.2 Setiap buah dam yang disentuh oleh jari pemain mesti digerakan
atau didenda. Jika jari telah dilepaskan maka pergerakan itu
adalah diambilkira dan pergerakan buah dam itu tidak boleh
ditarik balik.
8.1.3 Dam hanya boleh sorong semasa membuat pergerakan ataupun
‘diangkat’ apabila ‘memakan’ buah dam lawan dan tidak boleh
pegang lama-lama semasa membuat pergerakan atau ‘memakan
8.1.4 Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpankan oleh
pemain.
8.1.5 Pemain perlu ‘memaklumkan umpanan’ dengan cara
menunjukkannya kepada pihak lawan.
8.1.6 Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana–mana buah
dam pemain maka buah dam pihak lawan boleh di rampas oleh
pemain.
8.1.7 Dalam keadaan di mana pemain mempunyai dua pilihan untuk
memakan, maka hendaklah ia makan bilangan buah lawan yang
terbanyak. Pihak lawan boleh meminta pemain samada memakan
bilangan buah yang terbanyak atau mengedam buah lawannya
mengikut budibicaranya jika pemain tidak makan bilangan buah
yang banyak.
8.1.8 Sekiranya buah dam yang hendak dimakan itu sama banyaknya,
maka tanpa mengira masa buah Aji dan dam biasa pemain boleh
memakan mengikut budibicaranya
8.1.9 Buah dam tidak boleh diangkat semasa memakan sehingga
pergerakan selesai. Ini adalah untuk memastikan tindakan
memakan balik buah dam lawan di atas garisan yang sama tidak
dilakukan oleh pemain.
8.1.10 Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh
dilakukan sekiranya ia tidak melanggar atau makan balik buah
dam yang dimakan.
8.1.11 Setiap perlawanan dihadkan masa tidak lebih 5 minit
9. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
9.1 Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut kaedah ‘2 perlawanan
sahaja’ untuk setiap pasukan dan haruslah dijalan serentak.Kiraan mata
adalah seperti berikut:-
9.1.1 Menang - 2 mata (berlawan atau walkover)
9.1.2 Kalah - 0 mata
9.2 Pemain yang berjaya memungut 2 kemenangan / 2 mata minima dalam 3
pemain dalam pasukan adalah dikira memenangi perlawanan tersebut.
Jika kedudukan mata keseluruhan adalah seri kemenangan akan
ditentukan oleh pemain pertama (papan pertama) yang memperolehi
kemenangan terbanyak akan dikira kemenangan kepada pasukan itu.
9.3 Permainan ditentukan dengan pengawalan masa 5 minit / pusingan – 10
minit untuk 2 pusingan setiap pusingan dan dijalan serentak untuk satu
satu pasukan.
9.4 Bagi perlawanan yang tiada berkesudahan yang mana disebabkan
kedudukan buah dam pemain dan dam lawan tidak dapat menewaskan
antara satu sama lain dalam tempuh yang ditetapkan 5 minit, maka
keputusan adalah mengikut bilangan buah yang tinggal. Dalam
penentuan kemenangan ini, 2 mata akan diberikan pada buah Haji dan 1
mata pada buah yang tidak Haji.
9.5 Jika mata adalah sama maka perlawanan itu diteruskan dengan
tambahan masa 2 minit mengikut buah yang ada di dalam papan. Buah
Haji akan dipecahkan menjadi 2 buah biasa + buah biasa yang ada.
10 PEMBATALAN / WALKOVER
10.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh
(10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan.
10.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa
yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang
alasan yang munasabah maka pasukan itu dikira memberi kemenangan
kepada pihak lawannya.
10.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku
pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan
seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan
diambilkira.
11 TINDAKAN TATATERTIB
11.1 Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara
automatik:-
11.1.1Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada
gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan
biadap, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
12. BANTAHAN
12.1 Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa
Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat
pertandingan.
12.2 Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
13. ETIKA PEGAWAI
Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain
dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulin.
14. HADIAH
14.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :-
14.1.1 Johan RM300.00 beserta medal
14.1.2 Naib Johan RM200.00 beserta medal
14.1.3 Tempat Ketiga RM100.00 beserta medal
15. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN
Segala hal yangtidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran
peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur
Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022 dan segala keputusan adalah
muktamad.
16. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan
kepada Urusetia pertandingan beserta slip / bukti pembayaran pada atau
sebelum 9 Mac 2022 (Rabu).
Syed Remizan bin Syed Sobri
Emel : remizan@mara.gov.my
Tel (hp) : 019-2793504

More Related Content

What's hot

Peraturan pertandingan 7 sebelah
Peraturan pertandingan 7 sebelahPeraturan pertandingan 7 sebelah
Peraturan pertandingan 7 sebelah
amran ahmad
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
nur habibah yusuf
 
Kertas kerja sukan tahunan 2017
Kertas kerja sukan tahunan 2017Kertas kerja sukan tahunan 2017
Kertas kerja sukan tahunan 2017
Aida Omer
 
Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...
Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...
Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...
Norazlaili Mokhtar
 
Kertas kerja hari sukan negara 2018
Kertas kerja hari sukan negara 2018 Kertas kerja hari sukan negara 2018
Kertas kerja hari sukan negara 2018
Meor Zabidin
 
Kertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docx
Kertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docxKertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docx
Kertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docx
dilla751622
 
Borang minit curai
Borang minit curaiBorang minit curai
Borang minit curai
ieta yatim
 
Surat Sumbangan Jersey.docx
Surat Sumbangan Jersey.docxSurat Sumbangan Jersey.docx
Surat Sumbangan Jersey.docx
izhan16
 
Kertas kerja minggu ubk
Kertas kerja minggu ubkKertas kerja minggu ubk
Kertas kerja minggu ubk
shamzye
 
Kertas kerja-sekolah
Kertas kerja-sekolahKertas kerja-sekolah
Kertas kerja-sekolah
Anis Afifah
 
Surat penceramah untuk bengkel bi
Surat penceramah untuk bengkel biSurat penceramah untuk bengkel bi
Surat penceramah untuk bengkel bi
skkundor
 
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxSLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
NurulHazwani37
 
Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022
Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022
Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022
NADIAHBINTIHADRIMoe
 
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanSurat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanMat Yus
 
Borang Mata Badminton
Borang Mata BadmintonBorang Mata Badminton
Borang Mata Badmintonbobvic82
 
Surat Jemputan Penyertaan | Merentas Desa
Surat Jemputan Penyertaan | Merentas DesaSurat Jemputan Penyertaan | Merentas Desa
Surat Jemputan Penyertaan | Merentas Desa
Stephanie Unsil
 
contoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendah
contoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendahcontoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendah
contoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendah
Azam Azar Ezawan
 

What's hot (20)

Peraturan pertandingan 7 sebelah
Peraturan pertandingan 7 sebelahPeraturan pertandingan 7 sebelah
Peraturan pertandingan 7 sebelah
 
Kertas kerja pertandingan bola bawah 11 tahun
Kertas kerja pertandingan bola bawah 11 tahunKertas kerja pertandingan bola bawah 11 tahun
Kertas kerja pertandingan bola bawah 11 tahun
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
 
Kertas kerja sukan tahunan 2017
Kertas kerja sukan tahunan 2017Kertas kerja sukan tahunan 2017
Kertas kerja sukan tahunan 2017
 
Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...
Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...
Borang pertandingan tarian ngajat, KUMANG ENGGAU KELING , SUARA EMAS ,KARAOKE...
 
Kertas kerja hari sukan negara 2018
Kertas kerja hari sukan negara 2018 Kertas kerja hari sukan negara 2018
Kertas kerja hari sukan negara 2018
 
Kertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docx
Kertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docxKertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docx
Kertas-Kerja-Sambutan-Hari-Raya.docx
 
Borang minit curai
Borang minit curaiBorang minit curai
Borang minit curai
 
Surat Sumbangan Jersey.docx
Surat Sumbangan Jersey.docxSurat Sumbangan Jersey.docx
Surat Sumbangan Jersey.docx
 
Kertas kerja minggu ubk
Kertas kerja minggu ubkKertas kerja minggu ubk
Kertas kerja minggu ubk
 
Kertas kerja-sekolah
Kertas kerja-sekolahKertas kerja-sekolah
Kertas kerja-sekolah
 
Surat penceramah untuk bengkel bi
Surat penceramah untuk bengkel biSurat penceramah untuk bengkel bi
Surat penceramah untuk bengkel bi
 
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxSLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
 
Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022
Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022
Notis panggilan mesyuarat kokurikulm 1 2022
 
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanSurat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
 
Nota minta
Nota mintaNota minta
Nota minta
 
Borang Mata Badminton
Borang Mata BadmintonBorang Mata Badminton
Borang Mata Badminton
 
Surat Jemputan Penyertaan | Merentas Desa
Surat Jemputan Penyertaan | Merentas DesaSurat Jemputan Penyertaan | Merentas Desa
Surat Jemputan Penyertaan | Merentas Desa
 
contoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendah
contoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendahcontoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendah
contoh Borang penyertaan pertandingan menyanyi sekolah rendah
 
Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount
 

Similar to PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf

Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Khairul Nizam
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Amir Syazwan
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
zaifazara
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asliAina Diena
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
henry nicholas
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Sharul Anuar Abd Aziz
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Nur Jalil
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
shinekirana
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018
Wan Wan Noh
 
Undang undang futsal dan borang
Undang undang futsal dan borangUndang undang futsal dan borang
Undang undang futsal dan borangNorazizah Padu
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
VvaNa AnaDie
 
5+ping pong 4
5+ping pong 45+ping pong 4
5+ping pong 4
fitri khairudin
 
Borang sepaktakraw yayasan perak 2013
Borang sepaktakraw  yayasan perak 2013Borang sepaktakraw  yayasan perak 2013
Borang sepaktakraw yayasan perak 2013
myanora
 
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Aina Diena
 
2018 02-22 peraturan pertandingan mssd 2018
2018 02-22 peraturan pertandingan mssd 20182018 02-22 peraturan pertandingan mssd 2018
2018 02-22 peraturan pertandingan mssd 2018
MATHISHKUMAR
 
Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.William Ling Mang
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Syahmi Zakaria
 

Similar to PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf (20)

Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
 
Undang2
Undang2Undang2
Undang2
 
Ragbi u10 skpb
Ragbi u10 skpbRagbi u10 skpb
Ragbi u10 skpb
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018
 
Undang undang futsal dan borang
Undang undang futsal dan borangUndang undang futsal dan borang
Undang undang futsal dan borang
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
 
5+ping pong 4
5+ping pong 45+ping pong 4
5+ping pong 4
 
Borang sepaktakraw yayasan perak 2013
Borang sepaktakraw  yayasan perak 2013Borang sepaktakraw  yayasan perak 2013
Borang sepaktakraw yayasan perak 2013
 
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
 
2018 02-22 peraturan pertandingan mssd 2018
2018 02-22 peraturan pertandingan mssd 20182018 02-22 peraturan pertandingan mssd 2018
2018 02-22 peraturan pertandingan mssd 2018
 
Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
 

PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf

  • 1. UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT SEMPENA HARI MARA 2022 DAM AJI CONGKAK BATU SEREMBAN TARIKH : 12 MAC 2022 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN ANJURAN KELAB SUKAN DAN REKREASI MARA (KSRM)
  • 2. PERATURAN AM 1. NAMA PERTANDINGAN: “PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022” 2. JENIS PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN BIL ACARA SUKAN 1 Congkak 2 Batu Seremban 3 Dam Aji 3. PENGANJURAN Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM). 4. VENUE PERTANDINGAN Ibu Pejabat MARA (tempat akan dimaklumkan kemudian) 5. KELAYAKAN PEMAIN 5.1 Setiap pasukan yang mendaftar pasukan hendaklah terdiri daripada kakitangan MARA (tetap, kontrak dan sambilan). Pertandingan terbuka kepada semua kakitangan daripada pusat-pusat di Ibu Pejabat MARA (termasuk PMN W.P dan IKM KL) dan anak syarikat MARA sekitar Lembah Klang. 5.2 Bagi kakitangan sambilan dan kontrak, hendaklah telah berkhidmat dengan MARA sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh pertandingan. 5.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding. 5.4 Satu bahagian/pusat boleh menghantar maksimum tiga (3) pasukan sahaja. 5.5 Setiap peserta perlu lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19. 6. TINDAKAN TATATERTIB / DISIPLIN 6.1 Semua pemain dan pegawai sukan boleh diambil tindakan mengikut Tindakan Tatatertib yang termaktub dalam Tatacara Perlembagaan Persatuan Sukan Kebangsaan. 6.2 Semasa pertandingan yang dijalankan, jika terdapat perselisihan faham diantara pemain, pegawai dan penyokong sebagai punca yang mengakibatkan pergaduhan, pertandingan akan diberhentikan serta merta. Pasukan yang didapati terlibat dengan pergaduhan tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM200.00.
  • 3. 7. KEDUDUKAN PENGUNDIAN PASUKAN SETIAP ACARA SUKAN Akan ditentukan kemudian 8. HADIAH-HADIAH Hadiah-hadiah akan disediakan sepertimana di Peraturan dan Syarat Pertandingan. 9. SISTEM PERTANDINGAN 9.1 Sistem-sistem pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Pertandingan Acara-acara Sukan. 9.2 Setiap peserta HANYA dibenarkan mengambil bahagian untuk satu (1) acara sukan sahaja. 9.3 Jika jumlah pasukan tidak mencukupi untuk empat (4) kumpulan, maka tiada peringkat Suku Akhir. Akan dibuat dua (2) kumpulan sahaja dan bermain secara liga. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan terus ke peringkat Separuh Akhir. 10. FORMAT PERTANDINGAN Format pertandingan pusingan awal di buat secara `Liga’ manakala peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir di buat secara `Kalah-Mati’ 10.1 Pusingan Awal 10.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu (1) pusingan dalam empat (4) kumpulan (Kumpulan A, B, C dan D). Pasukan-pasukan akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing. 10.1.2 Terdapat 3, 3, 4, 4 pasukan dalam setiap kumpulan. Jika pasukan tidak mencukupi untuk empat (4) kumpulan, maka para 8.3 dalam Peraturan Am Pertandingan akan digunapakai di mana akan hanya ada dua (2) kumpulan sahaja dengan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke peringkat Separuh Akhir dan pemenang kumpulan ke peringkat akhir. Jika empat (4) kumpulan, maka Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke peringkat Suku Akhir. 11. KIRAAN MATA Kiraan mata untuk setiap acara pertandingan rujuk Peraturan & Syarat Permainan bagi setiap acara di pertandingan. 12. PENGADIL / PEGAWAI TEKNIKAL
  • 4. Pengadil / Pegawai Teknikal Pertandingan dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan. 13. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PERTANDINGAN 12.1. Jawatankuasa Penganjur Pertandingan menetapkan tempat pertandingan dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di lokasi pertandingan. 14. PERALATAN PERTANDINGAN Jawatankuasa penganjur hanya akan menyediakan peralatan asas untuk semua acara sukan yang dipertandingkan. Setiap pasukan yang mengambil bahagian hendaklah membawa sendiri peralatan bagi sesi latihan sebelum pertandingan bermula. 15. PENANGGUHAN PERMAINAN 15.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta untuk penangguhan atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 15.2 Jawatankuasa Penganjur mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau diputuskan dengan serta merta oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 15.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan, Jawatankuasa Penganjur akan menetapkan semula tarikh perlawanan yang ditanguhkan itu. 16. JAWATANKUASA BANTAHAN / RAYUAN 16.1 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan bagi setiap jenis sukan yang diperuntukan akan dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi mendengar / menerima setiap kes rayuan jika ada. 16.2 Proses membuat rayuan atau bantahan adalah tertakluk dalam Peraturan & Syarat Pertandingan acara-acara sukan. 16.3 Segala Rayuan dan bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu jam selepas tamat pertandingan dengan disertakan Wang Tunai RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya rayuan / bantahan ditolak. 16.4 Menarik diri dari perlawanan adalah tidak dibenarkan selepas pendaftaran. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 atau jika yuran penyertaan telah dibayar tiada pemulangan dibuat oleh penganjur. 17. JERSI / PAKAIAN PERTANDINGAN
  • 5. Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian yang seragam bagi setiap pasukan bertanding adalah digalakkan. Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali. 18. PERKARA-PERKARA AM 18.1 Sebarang perkara berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan & Syarat Pertandingan, Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berkuasa mengambil / membuat sesuatu keputusan. 18.2 Segala hal yang timbul semasa dan selepas pengendalian kejohanan ini tidak dibenarkan dibawa ke Mahkamah. 18.3 Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan adalah muktamad.
  • 6. PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN CONGKAK 1. NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan “PERTANDINGAN CONGKAK SEMPENA HARI MARA 2022”. 1.2 Semua Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Rakyat Hari MARA 2022 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penganjur Pertandingan & Teknikal adalah MUKTAMAD. 2. PENGANJURAN 2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM). 2.2 Hak kawalan, pengurusan, penganjuran dan sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini adalah muktamad. 2.3 Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian permainan menurut cara yang difikirkan sesuai. 2.4 Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang alasan. 3. PENYERTAAN 3.1 Yuran penyertaan untuk setiap pasukan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia 7Empat Puluh Sahaja). Satu pasukan terdiri daripada 7 pemain yang terdiri daripada pemain, pemain simpanan dan Pengurus Pasukan. 3.3 Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun Bank Islam ’14041010045290’ atas nama ’Kelab Sukan dan Rekreasi MARA’ 3.2 Borang Penyertaan Pendaftaran Pemain yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Urusetia / Penganjur Pertandingan beserta slip / bukti pembayaran. 3.3 Pertandingan akan dibuat di Lobi MARA / Ruang Legar Tingkat 4 / Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 12 Mac 2022 (Sabtu). 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 4.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam pertandingan ini adalah mengikut Peraturan Permainan Congkak Malaysia. 4.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
  • 7. 4.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022. 4.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan adalah muktamad. 5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 5.1 Taklimat kepada pengurus pasukan akan diadakan pada 11 Mac 2022 sebelum pertandingan dimulakan. 5.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pasukan seramai tujuh (7) orang pemain (5 pemain 2 simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Borang mestilah ditandatangani oleh Ketua Pasukan atau Pengurus Pasukan Bahagian/Pusat. Pertandingan dalam bentuk pasukan. 5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad. 6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN 6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tujuh (7) pemain (5 pemain 2 Simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Nama-nama pemain hendaklah dikemukakan kepada Urusetia / Pengadil Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan. Pengurus Pasukan adalah dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 6.2 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Sukan Rakyat Hari MARA 2022. Borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan. 7. ALATAN/GELANGGANG Setiap papan congkak mengandungi sekampung 7 rumah anak serta 1 rumah ibu, tiap rumah diisi cakak. 8. PERATURAN PERMAINAN 8.1 Dua (2) orang peserta berhadapan 8.1.1 Permainan dilaksanakan dalam dua (2) papan. Kedua-dua peserta jalan / menapak serentak untuk papan pertama. Papan ketiga (jika seri) mula permainan menampak / jalan serentak. 8.1.2 Setelah diberi aba-aba :- 8.1.2.1 Mula permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak dikampung sendiri; kemudian
  • 8. 8.1.2.2 Menapak dari kanan ke kiri; lalu 8.1.2.3 Memasukan cakak dari satu demi satu butir ke dalam tiap rumah dengan; 8.1.2.4 Mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam 8.1.2.5 Keadaan tangan genggam tergadah; ikut 8.1.2.6 Giliran jalan / menapak. 8.1.3 Boleh memintas. langkau adalah ditegah. Apabila tiba dirumah ibu sendiri, hendaklah dimasukan juga satu (1) butir cakak; tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan. 8.1.4 Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu sebelum mengambil cakak kembali menapak. 8.1.5 Peserta mati giliran jalan / menapak ialah jika cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan. 8.1.6 Jika naik rumah maka peserta hidup boleh meneruskan jalan semula. 8.1.7 Hanya boleh tikam setelah melalui kampung lawan. Tikam layar adalah ditegah. 8.1.8 Setiap sentuhan cakak mestilah mulakan cakak. Anda diberikan hanya lima (5) saat. 9. PENENTUAN PEMENANG 9.1 Menang menapak (pihak lawan telah ketiadaan cakak di rumah anak). 9.2 Menang dua (2) papan. 9.3 Pihak lawan membuat tiga (3) kesalahan serupa atau dibuang gelanggang 10. LARANGAN & DENDA (KESALAHAN) 10.1 Bermain dengan tangan terlungkup. 10.2 Tidak masukan cakak ke rumah ibu atau rumah anak. 10.3 Sentuhan cakak yang tidak berjalan / menapak. 10.4 Dikira berfikir lebih lima (5) saat. 10.5 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak baru. 10.6 Memasukan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.
  • 9. 11. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN 11.1 Permainan dijalankan secara kalah mati. 11.2 Permainan mengikut pola “menang tapak”. 11.3 “Pemain Menang” ialah yang menang dua papan. 11.4 “Pasukan Menang” ialah yang mengalah tiga pemain lawan. 12. SUSUNAN PERTANDINGAN i. Pemain 1 ii. Pemain 2 iii. Pemain 3 iv. Pemain 4 v. Pemain 5 13. PEMBATALAN / WALKOVER 13.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh (10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan. 13.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah maka pasukan itu dikira memberi kemenangan kepada pihak lawannya. 13.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambilkira. 14. TINDAKAN TATATERTIB 14.1 Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik:- 14.1.1Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya. 15. BANTAHAN 15.1. Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat pertandingan.
  • 10. 15.2. Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 16. ETIKA PEGAWAI Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulen. 17. HADIAH 17.1. Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :- 17.1.1. Johan RM300.00 beserta medal 17.1.2. Naib Johan RM200.00 beserta medal 17.1.3. Tempat Ketiga RM100.00 beserta medal 18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022 dan segala keputusan adalah muktamad. 19. TARIKH TUTUP PENYERTAAN Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia pertandingan beserta slip / bukti pembayaran pada atau sebelum 9 Mac 2022 (Rabu). Siti Hafizah binti Hairudin Emel : shafizah@mara.gov.my Tel (hp) : 019-2770253
  • 11. PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN BATU SEREMBAN 1. NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan “PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SEMPENA HARI MARA 2022”. 1.2 Semua Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Rakyat Hari MARA 2022 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pertandingan Pertandingan & Teknikal adalah MUKTAMAD. 2. PENGANJURAN 2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM). 2.2 Hak kawalan, pengurusan, penganjuran dan sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini adalah muktamad. 2.3 Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian permainan menurut cara yang difikirkan sesuai. 2.4 Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang alasan. 3. PENYERTAAN 3.1 Yuran penyertaan untuk setiap pasukan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja). Satu pasukan terdiri daripada 7 pemain yang terdiri daripada 5 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan. 3.2 Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun Bank Islam ’14041010045290’ atas nama ’Kelab Sukan dan Rekreasi MARA’ 3.3 Pertandingan akan dibuat di Lobi MARA / Ruang Legar Tingkat 4 / Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 12 Mac 2022 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 4.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan Permainan Batu Seremban Malaysia. 4.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 4.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022.
  • 12. 4.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 5.1 Taklimat kepada pengurus pasukan akan diadakan pada 11 Mac 2022 sebelum pertandingan dimulakan. 5.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pasukan seramai tujuh (7) orang pemain (5 pemain 2 simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Borang mestilah ditandatangani oleh Ketua Pasukan atau Pengurus Pasukan Bahagian/Pusat. 5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad. 6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN 6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar tujuh (7) pemain ( 5 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Nama-nama pemain hendaklah dikemukakan kepada Urusetia / Pengadil Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan. Pengurus Pasukan adalah dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 6.2 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Sukan Rakyat Hari MARA 2022. Borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan. 7. ALATAN/GELANGGANG ALATAN : 5 uncang empat segi (3 cm persegi). GELANGGANG : Tempat yang rata 8. PERATURAN PERMAINAN 8.1 Pada masa mengambil buah-buah itu pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran. 8.2 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung jatuh ke lantai 8.3 Tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan serakkan untuk peringkat yang lain.
  • 13. 8.4 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan. (Setiap pemain akan bermula dengan buah satu). 8.5 Dalam pusingan lepas itu seorang pemain menyambung permainannya diperingkat ia telah melakukan kesalahan 9. CARA BERMAIN 9.1 TAHAP SATU ; Buah Satu Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan. 9.2 TAHAP DUA ; Buah Dua Sama seperti buah satu; Cuma pungut dua buah setiap kali lambung 9.3 TAHAP TIGA ; Buah Tiga Sama juga seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga. 9.4 TAHAP EMPAT ; Buah Empat Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung. 9.5 TAHAP LIMA ; Buah Lima Serakkan biasa. Ambil 3 buah ditangan kanan dan 2 buah ditangan kiri. Lambung satu buah yang ditangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-kedua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua ditangan kiri dan dua ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ketangan kanan. 9.6 TAHAP ENAM ; Buah Sentuh Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai. Jika perlu kedudukan buah boleh diubah semasa ia disentuh. Dengan sekali lambung pungut kesemua buah. 9.7 TAHAP TUJUH ; Buah Pungut Sama seperti tahap enam, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula.
  • 14. 9.8 TAHAP LAPAN ; Buah Tukar Serakkan buah, ambil satu, lambung dan pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah di lantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah. 9.9 TAHAP SEMBILAN ; Buah Lambung Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan. Ulang hingga habis buah di lantai. Sekali lambung kumpul ketangan kanan. 9.10 TAHAP SEPULUH ; Buah Timbang Untuk menentukan mata/point timbang buah kebelakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima Catatan: Dalam teks ini, pemainan menggunakan tangan kanan. Jika pemain menggunakan tangan kiri, semua perkataan kanan menjadi kiri dan sebaliknya. 10. PERATURAN PERTANDINGAN 10.1 Satu permainan tiga pusingan sahaja. 10.2 Bermain secara liga, suku akhir, separuh akhir dan akhir 10.3 Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di tengah-tengah. 10.3 Permainan dalam satu bulatan dengan pemain diselang-selikan. Contoh – Pemain Kumpulan A diselangkan dengan pemain Kumpulan B. 10.4 Semasa bermain, pemain boleh mengangkat punggung jika buah yang dilambung agak jauh untuk disambut. 10.5 Buah timang anak tidak dikira mati selagi buah lambung tidak jatuh. 10.6 Buah lambung tidak boleh terkena pada badan. Jika terkena pada badan, dikira mati. 10.7 Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah dilepaskan ke depan. 10.8 Semasa bermain buah tidak boleh terkena lengan baju. 10.9 Pemain boleh menukar posisi duduk. Tetapi hendaklah memastikan belum sampai kepada giliran bermain. 10.10 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran. 10.11 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang jatuh ke lantai. 10.12 Pada setiap peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain. 10.13 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan. 10.14 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya diperingkat ia telah melakukan kesalahan.
  • 15. 10.15 Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang. 10.16 Hukuman dan Larangan (mati) 10.16.1 Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung. 10.16.2 Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain. 10.16.3 Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan, Jumlah tidak sama. 10.16.4 Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula. 11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTU KEMENANGAN 11.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut: 11.1.1 Menang :2 mata 11.1.12 Kalah: 0 mata 11.2 Diperingkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang. 11.3 Pasukan yang mempunyai peserta menang tertinggi, jika seri 11.4 Pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi, jika seri 11.5 Pemenang ditentukan oleh pengadil 12. PEMBATALAN / WALKOVER 12.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh (10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan. 12.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah maka pasukan itu dikira memberi kemenangan kepada pihak lawannya. 12.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambilkira. 13. TINDAKAN TATATERTIB 11.1 Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik:- 11.1.1Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan
  • 16. biadap, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya. 14. BANTAHAN 14.1 Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat pertandingan. 14.2 Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 15. ETIKA PEGAWAI Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulin. 16. HADIAH 16.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :- 16.1.1 Johan RM300.00 beserta medal 16.1.2 Naib Johan RM200.00 beserta medal 16.1.3 Tempat Ketiga RM100.00 beserta medal 17. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN Segala hal yangtidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022 dan segala keputusan adalah muktamad. 18. TARIKH TUTUP PENYERTAAN Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia pertandingan beserta slip / bukti pembayaran pada atau sebelum 9 Mac 2022 (Rabu). Siti Hafizah binti Hairudin Emel : shafizah@mara.gov.my Tel (hp) : 019-2770253
  • 17. PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN DAM AJI 1. NAMA 6.3 Pertandingan ini dinamakan “PERTANDINGAN DAM AJI SEMPENA HARI MARA 2022”. 1.2 Semua Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Rakyat Hari MARA 2022 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pertandingan Pertandingan & Teknikal adalah MUKTAMAD. 2. PENGANJURAN 2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM). 2.2 Hak kawalan, pengurusan, penganjuran dan sebarang keputusan yang dibuat terhadap segala perkara yang berbangkit dengan kejohanan ini adalah muktamad. 2.3 Jawatankuasa berhak meminda atau membuat apa-apa penyesuaian permainan menurut cara yang difikirkan sesuai. 2.4 Jawatankuasa berhak menolak mana-mana pasukan atau pemain yang tidak mematuhi peraturan dan syarat tanpa sebarang alasan. 3. PENYERTAAN 3.1 Yuran penyertaan untuk setiap pasukan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja). Satu pasukan terdiri daripada 5 pemain yang terdiri daripada 3 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan. 3.2 Bayaran boleh dibuat melalui No. Akaun Bank Islam ’14041010045290’ atas nama ’Kelab Sukan dan Rekreasi MARA’ 3.3 Pertandingan akan dibuat di Lobi MARA / Ruang Legar Tingkat 4 / Tingkat 24 Ibu Pejabat MARA pada 12 Mac 2022 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 4.1 Undang-undang dan Peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan Permainan Dam Aji Malaysia. 4.2 Kejadian di luar dugaan yang tidak terdapat dalam peruntukan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 4.2.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022.
  • 18. 4.2.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. 5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 5.1 Taklimat kepada pengurus pasukan akan diadakan pada 11 Mac 2022 sebelum pertandingan dimulakan. 5.2 Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai pasukan seramai lima (5) orang pemain (3 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Borang mestilah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan. 5.3 Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad. 6. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PEMAIN 6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar lima (5) pemain (3 pemain, 2 pemain simpanan termasuk Pengurus Pasukan). Nama-nama pemain hendaklah dikemukakan kepada Urusetia / Pengadil Pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan. Pengurus Pasukan adalah dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 6.2 Pendaftaran setiap pemain hendaklah mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Undang-Undang dan Peraturan Sukan Rakyat Hari MARA 2022. Borang pendaftaran mestilah ditandatangani oleh Ketua Pengurus Pasukan. 7. ALATAN/GELANGGANG ALATAN : Set Dam Aji 8. PERATURAN PERMAINAN 8.1 Undang–undang dan peraturan yang telah digariskan sebagai panduan dalam pertandingan dam ini adalah seperti berikut:- 8.1.1 Pasukan yang berlawan hendaklah berada di gelanggang lima (5) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma mengikut budibicara pihak penganjur akan diberikan kepada mana–mana pihak lawan jika gagal berada di gelanggang lima (3) minit selepas masa perlawanan sepatutnya dimulakan. 8.1.2 Setiap buah dam yang disentuh oleh jari pemain mesti digerakan atau didenda. Jika jari telah dilepaskan maka pergerakan itu adalah diambilkira dan pergerakan buah dam itu tidak boleh ditarik balik.
  • 19. 8.1.3 Dam hanya boleh sorong semasa membuat pergerakan ataupun ‘diangkat’ apabila ‘memakan’ buah dam lawan dan tidak boleh pegang lama-lama semasa membuat pergerakan atau ‘memakan 8.1.4 Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpankan oleh pemain. 8.1.5 Pemain perlu ‘memaklumkan umpanan’ dengan cara menunjukkannya kepada pihak lawan. 8.1.6 Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana–mana buah dam pemain maka buah dam pihak lawan boleh di rampas oleh pemain. 8.1.7 Dalam keadaan di mana pemain mempunyai dua pilihan untuk memakan, maka hendaklah ia makan bilangan buah lawan yang terbanyak. Pihak lawan boleh meminta pemain samada memakan bilangan buah yang terbanyak atau mengedam buah lawannya mengikut budibicaranya jika pemain tidak makan bilangan buah yang banyak. 8.1.8 Sekiranya buah dam yang hendak dimakan itu sama banyaknya, maka tanpa mengira masa buah Aji dan dam biasa pemain boleh memakan mengikut budibicaranya 8.1.9 Buah dam tidak boleh diangkat semasa memakan sehingga pergerakan selesai. Ini adalah untuk memastikan tindakan memakan balik buah dam lawan di atas garisan yang sama tidak dilakukan oleh pemain. 8.1.10 Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar atau makan balik buah dam yang dimakan. 8.1.11 Setiap perlawanan dihadkan masa tidak lebih 5 minit 9. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 9.1 Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut kaedah ‘2 perlawanan sahaja’ untuk setiap pasukan dan haruslah dijalan serentak.Kiraan mata adalah seperti berikut:- 9.1.1 Menang - 2 mata (berlawan atau walkover) 9.1.2 Kalah - 0 mata 9.2 Pemain yang berjaya memungut 2 kemenangan / 2 mata minima dalam 3 pemain dalam pasukan adalah dikira memenangi perlawanan tersebut.
  • 20. Jika kedudukan mata keseluruhan adalah seri kemenangan akan ditentukan oleh pemain pertama (papan pertama) yang memperolehi kemenangan terbanyak akan dikira kemenangan kepada pasukan itu. 9.3 Permainan ditentukan dengan pengawalan masa 5 minit / pusingan – 10 minit untuk 2 pusingan setiap pusingan dan dijalan serentak untuk satu satu pasukan. 9.4 Bagi perlawanan yang tiada berkesudahan yang mana disebabkan kedudukan buah dam pemain dan dam lawan tidak dapat menewaskan antara satu sama lain dalam tempuh yang ditetapkan 5 minit, maka keputusan adalah mengikut bilangan buah yang tinggal. Dalam penentuan kemenangan ini, 2 mata akan diberikan pada buah Haji dan 1 mata pada buah yang tidak Haji. 9.5 Jika mata adalah sama maka perlawanan itu diteruskan dengan tambahan masa 2 minit mengikut buah yang ada di dalam papan. Buah Haji akan dipecahkan menjadi 2 buah biasa + buah biasa yang ada. 10 PEMBATALAN / WALKOVER 10.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang pertandingan sepuluh (10) minit sebelum masa yang ditetapkan untuk pertandingan. 10.2 Jika satu-satu pasukan datang lewat sepuluh (10) minit selepas masa yang telah dijadualkan untuk pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah maka pasukan itu dikira memberi kemenangan kepada pihak lawannya. 10.3 Menarik diri daripada perlawanan tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan seterusnya. Semua mata yang diperolehi sebelum itu tidak akan diambilkira. 11 TINDAKAN TATATERTIB 11.1 Hukuman berikut adalah merupakan hukuman yang dikenakan secara automatik:- 11.1.1Seseorang pemain yang disingkirkan atau dikeluarkan daripada gelanggang pertandingan atas sebab-sebab berkelakuan buruk dan biadap, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya. 12. BANTAHAN 12.1 Bantahan hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat pertandingan.
  • 21. 12.2 Setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00 dan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 13. ETIKA PEGAWAI Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab bagi memastikan tiap-tiap pemain dan penyokong pasukannya berpegang kepada semangat kesukanan yang tulin. 14. HADIAH 14.1 Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut :- 14.1.1 Johan RM300.00 beserta medal 14.1.2 Naib Johan RM200.00 beserta medal 14.1.3 Tempat Ketiga RM100.00 beserta medal 15. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN Segala hal yangtidak diperuntukkan di bawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Sukan Rakyat Hari MARA 2022 dan segala keputusan adalah muktamad. 16. TARIKH TUTUP PENYERTAAN Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia pertandingan beserta slip / bukti pembayaran pada atau sebelum 9 Mac 2022 (Rabu). Syed Remizan bin Syed Sobri Emel : remizan@mara.gov.my Tel (hp) : 019-2793504