SlideShare a Scribd company logo
Undang-Undang Pertandingan Piala Emas
1. PENGELOLA
Pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta
dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan Mengikut Undang-Undang
Permainan Bola Sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
2.2 Kejadian yang diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut:
2.2.1 Semua kejadian di luar dugaan akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am
Majlis Sukan Sekolah Sarawak.
2.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang
Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
2.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
muktamad.
3. PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang mana
telah ditubuhkan oleh Majlis Sukan Sekolah Sarawak.
3.2 Setiap Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang menyertai pertandingan hanya boleh mendaftar
satu pasukan sahaja.
4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Seorang pemain mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus penuh di
mana-mana sekolah di Negeri Sarawak dan warganegara Malaysia adalah layak menyertai
pertandingan ini.
4.2 Seorang pemain yang telah mendaftar untuk satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak
mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama.
4.3 Dokumen yang sah dan asal seperti berikut diterima pakai sebagai bukti umur dan akan
diperiksa oleh Jawatankuasa Pengekola Pertandingan sebelum bermulanya pertandingan.
4.3.1. Sijil lahir asal dan disahkan oleh Setiausaha MSS Bahagian
4.3.2 Kad Pengenalan
4.3.3 Dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11 (yang disahkan oleh Ibu Pejabat Pendaftaran
Negara, Petaling Jaya)
4.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
4.5 Kelayakan umur pemain semasa pertandingan ini ialah dilahirkan pada atau selepas 1999
(Pelajar Tingkatan Lima dan Pelajar yang akan mengambil SPM tidak dibenarkan
bermain)
5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN
5.1 Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Penyertaan sahaja yang boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.
5.1.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftar 18 (lapan belas) orang pemain dan 5 (lima)
orang pegawai dalam pertandingan ini.
5.1.2 Setiap pasukan DIWAJIBKAN mendaftar pemain bukan bumiputra keturunan
Cina atau India. Pemain ini digalakkan bermain dalam setiap perlawanan
sepanjang pertandingan.
5.1.3. Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan. 11 (sebelas) Pemain ialah
pemain utama dan selebihnya ialah pemain simpanan. Pendaftaran pemain ini adalah
sama seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
5.1.4 Semua borang penyertaan yang telah disahkan oleh Setiausaha Majlis Sekolah-
Sekolah Bahagian masing-masing hendaklah dikembalikan kepada:
Setiausaha Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Tingkat 6, Bangunan Pejabat Persekutuan
Blok 3, Lot 462, Brooke Drive,
Tel: 084 - 330544
Fax: 084 - 320964
Email : William.anut63@gmail.com
Sebelum atau pada 28 Ogos 2015 sebelum jam 2.00 petang
5.1.5 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 2 (Dua) set warna jersi yang berlainan dan
didaftar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Nombor jersi hendaklah sama
dengan pendaftaran rasmi pemain dan berukuran tidak kurang 10 inci di belakang dan
3 inci di hadapan jersi (dada). Sekiranya dua pasukan yang bertemu ini memakai jersi
yang sama warna, undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang patut menukar
warna jersi.
6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pusingan Pertama Pertandingan di peringkat ini dijalankan secara Liga Empat Kumpulan
seperti berikut:
BIL KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D
1 A1 B1 C1 D1
2 A2 B2 C2 D2
3 A3 B3 C3 D3
6.2 Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan suku akhir
7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
7.1 Secara Liga Pusingan Pertama
Menang (3 mata)
Seri (1 mata)
Kalah (0 mata)
Sekiranya dua atau lebih pasukan mendapat pungutan mata yang sama, maka pemenang
akan ditentukan seperti berikut:
7.1.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.
7.1.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira menang.
7.1.3 Jika pasukan masih lagi seri, maka pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira pemenang.
7.1.4 Jika pasukan masih lagi seri, maka keputusan akan ditentukan dengan tendangan
penalti. (Sila rujuk sistem sepakan penalti para 7.3)
7.2 Pusingan Suku-Akhir dan Separuh Akhir
Akan dijalankan secara “Kalah-Mati”. Sekiranya kedudukan seri pada sepenuh masa
permainan maka langkah-langkah berikut akan digunakan untuk memutuskannya:
7.2.1 Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat 3 minit
7.2.2 Jika keputusan masih seri, sistem sepakan penalti akan dijalankan
7.3 Sistem Sepakan Penalti
7.3.1 Setiap pasukan akan mengambil sepakan dari tanda penalti dengan cara berselang-
seli.
7.3.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain yang
berlainan secara berselang-seli dengan sistem “sudden death”
7.3.3 Pengadil akan memutuskan gol di mana sepakan penalti akan dijalankan.
7.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang dalam undian
tersebut akan membuat sepakan penalti dahulu.
7.3.5 Pemain-pemain mesti berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti
dijalankan.
7.3.6 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan
penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan bilangan maksima pengganti-
pengganti yang dibenarkan.
8. MASA PERMAINAN
8.1 60 MINIT SEPENUH MASA adalah dikuatkuasakan semasa pertandingan ini iaitu: 30 Minit
bagi separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 10 Minit.
9. PERTUKARAN PEMAIN
9.1 TUJUH (7) orang pemain boleh ditukarkan semasa permainan. Pemain-pemain yang telah
ditukar TIDAK BOLEH bermain lagi dalam perlawanan tersebut.
10. PAKAIAN PEMAIN
10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi seperti yang didaftar dengan nombornya mengikut
nama pemain tersebut. Sebarang pengiklanan jenama rokok dan minuman keras adalah
dilarang sama sekali.
10.2 Setiap pasukan digalakkan menyediakan 2 SET jersi yang berlainan warna untuk mengelakkan
pertembungan warna jersi.
10.3 Setiap orang pemain mestilah menggunakan nombor yang sama seperti dalam Borang
Pendaftaran sehingga tamat pertandingan.
10.4 Setiap orang pemain mesti menggunakan jersi bernombor di bahagian belakang mengikut
urutan iaitu No. 1 hingga 18 sahaja.
10.5 Kasut bola (football boots) pemain hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan dan kasut
bola yang menggunakan 6 stud mestilah baru dan tidak menampakkan besi. Penggunaan
“shin guard” adalah wajib bagi semua pemain.
10.6 Ketua pasukan hendaklah sentiasa memakai lilitan lengan (arm band) sepanjang masa
permainan dan sekiranya pemain tersebut diganti, lilitan lengan itu hendaklah diserahkan
kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya.
11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN
11.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang permainan tidak sesuai disebabkan keadaan
cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu tarikh dan
masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
12. PEGAWAI PERLAWANAN
12.1 Jawatankuasa pengadilan akan melantik pengadil, penjaga garisan dan pengadil simpanan
untuk semua pertandingan. Semua laporan perlawanan hendaklah sampai kepada URUS
SETIA Jawatankuasa Pengadilan tidak lewat dari 8 jam selepas satu-satu perlawanan.
13. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI
13.1 Sekiranya kurang daripada 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila
pengadil mengarahkan supaya perlawanan di- mulakan pada waktu yang ditetapkan, pasukan
yang mempunyai 9 orang pemain (had minimum) atau lebih di padang akan diberi ke-
menangan percuma dengan jaringan 3 GOL KOSONG dan ditambah dengan 3 MATA. Bagi
pasukan yang gagal turun ke padang akan di- tolak 3 MATA serta dikenakan 3 GOL tambahan
bolos.
13.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 orang pemain atau lebih apabila pengadil
mengarahkan perlawanan dimulakan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara ini
kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan menurut peraturan di bawah
ini.
14. KELEWATAN
14.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pasukan
lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 MATA serta jaringan 3 GOL.
15. BANTAHAN
15.1 Bantahan yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada
Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada SATU JAM selepas perlawanan
dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan ini dengan sendirinya lucut jika
didapati bantahan itu tidak berasas.
15.2 Keputusan JURI RAYUAN adalah muktamad.
15.3 Bantahan tidak akan diterima jika ia menentang keputusan-keputusan PENGADIL atau
menyentuhi perkara-perkara dalam bidang kuasa Pengadilan Pertandingan.
16. TINDAKAN TATATERTIB
16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSS Sarawak akan membincangkan
perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan
pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang membuat aduan dan pengadil yang bertugas
tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan
sedang dipertimbangkan.
16.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya
adalah otomatis.
16.2.1 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana berulangkali melakukan
kesalahan maka amaran. (Penggantungan 1 Perlawanan)
16.2.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata
kesat atau lucah ataupun menunjukkan isyarat tidak tertib dengan tidak mengira
beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (Penggantungan 2 Perlawanan)
16.2.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan dengan
sendirinya digantung bermain bagi perlawanan yang menerima amaran kedua.
Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan
penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan
yang menerima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran
keenamnya, maka pemain tersebut hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa
Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.
16.2.4 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seorang pemain daripada terus
mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap
perlu, maka Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak perlu dimaklumkan dan apa-apa
tindakan adalah tanggung-jawab Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak.
16.2.5 Seorang pemain yang telah menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan tidak
dibenarkan menyertai satu perlawanan yang berikut. Pemain yang menerima Kad
Merah tidak dibenarkan menyertai Dua Perlawanan yang berikutnya. Semasa dia
dikeluarkan dari padang dia tidak boleh diganti.
17. PINDAAN JADUAL PERTANDINGAN
17.1 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan jika
didapati perlu.
18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
18.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah perkara-perkara ini segala tafsiran peraturan ini akan
diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
Undang-Undang Pertandingan Piala Perak
1. PENGELOLA
Pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta
dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan Mengikut Undang-undang
Permainan Bola Sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
2.2 Kejadian yang diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut:
2.2.1 Semua kejadian di luar dugaan akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am
Majlis Sukan Sekolah Sarawak.
2.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang
Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
2.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
muktamad
3. PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang mana
telah ditubuhkan oleh Majlis Sukan Sekolah Sarawak.
3.2 Setiap Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang menyertai pertandingan hanya boleh mendaftar
satu pasukan sahaja.
4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Seorang pemain mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus penuh di
mana-mana sekolah di Negeri Sarawak dan warganegara Malaysia adalah layak menyertai
pertandingan ini.
4.2 Seorang pemain yang telah mendaftar untuk satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak
mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama.
4.3 Dokumen yang sah dan asal seperti berikut diterima pakai sebagai bukti umur dan akan
diperiksa oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebelum bermulanya pertandingan.
4.3.1 Sijil lahir asal dan disahkan oleh Setiausaha MSS Bahagian
4.3.2 Kad Pengenalan
4.3.3 Dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11 (yang disahkan oleh Ibu Pejabat Pendaftaran
Negara, Petaling Jaya)
4.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
4.5 Kelayakan umur pemain semasa pertandingan ini ialah dilahirkan pada atau selepas 2004
5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN
5.1. Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Penyertaan sahaja yang boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.
5.1.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftar 18 (lapan belas) orang pemain dan 5 (lima)
orang pegawai dalam pertandingan ini.
5.1.2 Setiap pasukan DIWAJIBKAN mendaftar pemain bukan bumiputra keturunan Cina
atau India. Pemain ini digalakkan bermain dalam setiap perlawanan sepanjang
pertandingan.
5.1.3 Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan. 11 (sebelas) Pemain ialah
pemain utama dan selebihnya ialah pemain simpanan. Pendaftaran pemain ini adalah
sama seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
5.1.4 Semua borang penyertaan yang telah disahkan oleh Setiausaha Majlis Sekolah-
Sekolah Bahagian masing-masing hendaklah di-kembalikan kepada:
Setiausaha Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Tingkat 6, Bangunan Persekutuan
Blok 3, Lot 462, Brooke Drive,
Tel : 084 - 330544
Fax : 084 - 330544
Email : William.anut63@gmail.com
Sebelum atau pada 28 Ogos 2015 jam 2.00 petang
5.1.5 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 2 (Dua) set warna jersi yang berlainan dan
didaftar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Nombor jersi hendaklah sama
dengan pendaftaran rasmi pemain dan berukuran tidak kurang 10 inci di belakang dan
3 inci di hadapan jersi (dada). Sekiranya dua pasukan yang bertemu ini memakai jersi
yang sama warna, undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang patut menukar
warna jersi.
6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pusingan Pertama Pertandingan di peringkat ini dijalankan secara Liga Tiga Kumpulan seperti
berikut:
BIL KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C
1 A1 B1 C1
2 A2 B2 C2
3 A3 B3 C3
4 B4 C4
6.2 Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua
6.3 Pusingan Kedua
Pertandingan di peringkat ini dijalankan secara Liga Dua Kumpulan seperti berikut:
Kumpulan X Kumpulan Y
X1 (Johan Kumpulan A) Y1 (Johan Kumpulan B)
X2 (Naib Johan Kumpulan B) Y2 (Naib Johan Kumpulan A)
X3 (Naib Johan Kumpulan C) Y3 ( Johan Kumpulan C)
7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
7.1 Secara Liga Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua
Menang (3 mata)
Seri (1 mata)
Kalah (0 mata)
Sekiranya dua atau lebih pasukan mendapat pungutan mata yang sama, maka pemenang
akan ditentukan seperti berikut:
7.1.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.
7.1.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira menang.
7.1.3 Jika pasukan masih lagi seri, maka pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira pemenang.
7.1.4 Jika pasukan masih lagi seri, maka keputusan akan ditentukan dengan tendangan
penalty. (Sila rujuk sistem sepakan penalty para 7.3)
7.2 Penentuan Pasukan Ke Separuh Akhir Dan Pertandingan Akhir
Johan Kumpulan X Dan Johan Kumpulan Y akan layak ke pertandingan akhir. Naib Johan
Kumpulan X dan Naib Johan Kumpulan Y akan menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Bagi
perlawanan akhir dan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 jika kedudukam seri pada sepenuh
masa permainan maka langkah-langkah berikut akan digunakan untuk memutuskannya:
7.2.1 Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit dan
dijalankan secara “sudden death”
7.2.2 Jika keputusan masih seri, sistem sepakan penalty akan dijalankan
7.3 Sistem Sepakan Penalti
7.3.1 Setiap pasukan akan mengambil sepakan dari tanda penalti dengan cara berselang-
seli.
7.3.2 Jika masih seri, maka sepakan penalty hendaklah diteruskan oleh pemain yang
berlainan secara berselang-seli dengan sistem “sudden death”.
7.3.3 Pengadil akan memutuskan gol di mana sepakan penalty akan dijalankan.
7.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang dalam undian
tersebut akan membuat sepakan penalti dahulu.
7.3.5 Pemain-pemain mesti berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti
dijalankan.
7.3.6 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan
penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan bilangan maksima pengganti-
pengganti yang dibenarkan.
8. MASA PERMAINAN
8.1 60 MINIT SEPENUH MASA adalah dikuatkuasakan semasa pertan-dingan ini iaitu : 30 Minit
bagi separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 10 Minit.
9. PERTUKARAN PEMAIN
9.1 TUJUH (7) orang pemain boleh ditukarkan semasa permainan. Pemain-pemain yang telah
ditukar TIDAK BOLEH bermain lagi dalam perlawanan tersebut.
10. PAKAIAN PEMAIN
10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi seperti yang didaftar dengan nombornya mengikut
nama pemain tersebut. Sebarang pengiklanan jenama rokok dan minuman keras adalah
dilarang sama sekali.
10.2 Setiap pasukan digalakkan menyediakan 2 SET jersi yang berlainan warna untuk
mengelakkan pertembungan warna jersi.
10.3 Setiap orang pemain mestilah menggunakan nombor yang sama seperti dalam Borang
Pendaftaran sehingga tamat pertandingan.
10.4 Setiap orang pemain mesti menggunakan jersi bernombor di bahagian belakang mengikut
urutan iaitu No. 1 hingga 18 sahaja.
10.5 Kasut bola (football boots) pemain hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan dan kasut
bola yang menggunakan 6 stud mestilah baru dan tidak menampakkan besi. Penggunaan
“shin guard” adalah wajib bagi semua pemain.
10.6 Ketua pasukan hendaklah sentiasa memakai lilitan lengan (arm band) sepanjang masa
permainan dan sekiranya pemain tersebut diganti, lilitan lengan itu hendaklah diserahkan
kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya.
11 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN
11.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang permainan tidak sesuai disebabkan keadaan
cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan
kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu tarikh dan
masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
12. PEGAWAI PERLAWANAN
12.1 Jawatankuasa pengadilan akan melantik pengadil, penjaga garisan dan pengadil simpanan
untuk semua pertandingan. Semua laporan perlawanan hendaklah sampai kepada URUS
SETIA Jawatankuasa Pengadilan tidak lewat dari 8 jam selepas satu-satu perlawanan.
13. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI
13.1 Sekiranya kurang daripada 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila
pengadil mengarahkan supaya perlawanan di- mulakan pada waktu yang ditetapkan, pasukan
yang mempunyai 9 orang pemain (had minimum) atau lebih di padang akan diberi ke-
menangan percuma dengan jaringan 3 GOL KOSONG dan ditambah dengan 3 MATA. Bagi
pasukan yang gagal turun ke padang akan ditolak 3 MATA serta dikenakan 3 GOL tambahan
bolos.
13.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 orang pemain atau lebih apabila pengadil
mengarahkan perlawanan dimulakan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara ini
kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan menurut peraturan di bawah
ini.
14. KELEWATAN
14.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pasukan
lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 MATA serta jaringan 3 GOL.
15. BANTAHAN
15.1 Bantahan yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada
Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada SATU JAM selepas perlawanan
dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan ini dengan sendirinya lucut jika
didapati bantahan itu tidak berasas.
15.2 Keputusan JURI RAYUAN adalah muktamad.
15.3 Bantahan tidak akan diterima jika ia menentang keputusan-keputusan PENGADIL atau
menyentuhi perkara-perkara dalam bidang kuasa Pengadilan Pertandingan.
16. TINDAKAN TATATERTIB
16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSS Sarawak akan membincangkan
perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan
pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang membuat aduan dan pengadil yang bertugas
tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan
sedang dipertimbangkan.
16.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya
adalah otomatis.
16.2.1 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana berulangkali melakukan
kesalahan maka amaran. (Penggantungan 1 Perlawanan)
16.2.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata
kesat atau lucah ataupun menunjukkan isyarat tidak tertib dengan tidak mengira
beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (Penggantungan 2 Perlawanan)
16.2.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan dengan
sendirinya digantung bermain bagi perlawanan yang menerima amaran kedua.
Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan
penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan
yang menerima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran
keenamnya, maka pemain tersebut hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa
Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.
16.2.4 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seorang pemain daripada terus
mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap
perlu, maka Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak perlu dimaklumkan dan apa-apa
tindakan adalah tanggung-jawab Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak.
16.2.5 Seorang pemain yang telah menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan tidak
dibenarkan menyertai satu perlawanan yang berikut. Pemain yang menerima Kad
Merah tidak dibenarkan menyertai Dua Perlawanan yang berikutnya. Semasa dia
dikeluarkan dari padang dia tidak boleh diganti.
17. PINDAAN JADUAL PERTANDINGAN
17.1 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan jika
didapati perlu.
18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERLUKAN
18.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah perkara-perkara ini segala tafsiran peraturan ini
akan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

More Related Content

What's hot

Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Khairul Nizam
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018
Wan Wan Noh
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asliAina Diena
 
Real Danau Futsal 1 2009
Real Danau Futsal 1 2009Real Danau Futsal 1 2009
Real Danau Futsal 1 2009
alihana
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
shinekirana
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
Nabila Syuhada
 
Tournament syarat2 peraturan (latest)
Tournament  syarat2 peraturan  (latest)Tournament  syarat2 peraturan  (latest)
Tournament syarat2 peraturan (latest)
Mohd Amin
 

What's hot (9)

Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
 
Real Danau Futsal 1 2009
Real Danau Futsal 1 2009Real Danau Futsal 1 2009
Real Danau Futsal 1 2009
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Tournament syarat2 peraturan (latest)
Tournament  syarat2 peraturan  (latest)Tournament  syarat2 peraturan  (latest)
Tournament syarat2 peraturan (latest)
 

Similar to Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015

1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
Shapariza Puteh
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
Shahri77
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Sharul Anuar Abd Aziz
 
5+ping pong 4
5+ping pong 45+ping pong 4
5+ping pong 4
fitri khairudin
 
kertas kerja nota
kertas kerja notakertas kerja nota
kertas kerja notajulianah1
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaring
guest8ccaccd
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Zatil Nabilah
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
jed jeki
 
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Aina Diena
 
Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.William Ling Mang
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepakNor Azuria Ali
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
Matt Apitt
 
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr docKertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr docMurad Yok
 
Terbuka tanah 100 tahun v2
Terbuka tanah 100 tahun v2Terbuka tanah 100 tahun v2
Terbuka tanah 100 tahun v2Chezzy85
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepakNor Shafira
 
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
cikgublues
 
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013azhajusoh
 
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018
Chon Seong Hoo
 

Similar to Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015 (20)

1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
 
5+ping pong 4
5+ping pong 45+ping pong 4
5+ping pong 4
 
Undang2
Undang2Undang2
Undang2
 
kertas kerja nota
kertas kerja notakertas kerja nota
kertas kerja nota
 
Ragbi u10 skpb
Ragbi u10 skpbRagbi u10 skpb
Ragbi u10 skpb
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaring
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
 
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
 
Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.Borang penyertaan badminton.
Borang penyertaan badminton.
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
 
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr docKertas kerja sukan pasca upsr doc
Kertas kerja sukan pasca upsr doc
 
Terbuka tanah 100 tahun v2
Terbuka tanah 100 tahun v2Terbuka tanah 100 tahun v2
Terbuka tanah 100 tahun v2
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
 
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
Borang dan syarat pertandingan piala ketua menteri 2015 (1)
 
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
Kertas kerja kejohahan bolabaling 2013
 
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018
PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 2018
 

Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015

  • 1. Undang-Undang Pertandingan Piala Emas 1. PENGELOLA Pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu 2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2.1 Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan Mengikut Undang-Undang Permainan Bola Sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2.2 Kejadian yang diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 2.2.1 Semua kejadian di luar dugaan akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Sarawak. 2.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad. 3. PENYERTAAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang mana telah ditubuhkan oleh Majlis Sukan Sekolah Sarawak. 3.2 Setiap Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang menyertai pertandingan hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja. 4. KELAYAKAN PEMAIN 4.1 Seorang pemain mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus penuh di mana-mana sekolah di Negeri Sarawak dan warganegara Malaysia adalah layak menyertai pertandingan ini. 4.2 Seorang pemain yang telah mendaftar untuk satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama. 4.3 Dokumen yang sah dan asal seperti berikut diterima pakai sebagai bukti umur dan akan diperiksa oleh Jawatankuasa Pengekola Pertandingan sebelum bermulanya pertandingan. 4.3.1. Sijil lahir asal dan disahkan oleh Setiausaha MSS Bahagian 4.3.2 Kad Pengenalan 4.3.3 Dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11 (yang disahkan oleh Ibu Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya) 4.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad. 4.5 Kelayakan umur pemain semasa pertandingan ini ialah dilahirkan pada atau selepas 1999 (Pelajar Tingkatan Lima dan Pelajar yang akan mengambil SPM tidak dibenarkan bermain)
  • 2. 5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN 5.1 Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Penyertaan sahaja yang boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 5.1.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftar 18 (lapan belas) orang pemain dan 5 (lima) orang pegawai dalam pertandingan ini. 5.1.2 Setiap pasukan DIWAJIBKAN mendaftar pemain bukan bumiputra keturunan Cina atau India. Pemain ini digalakkan bermain dalam setiap perlawanan sepanjang pertandingan. 5.1.3. Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan. 11 (sebelas) Pemain ialah pemain utama dan selebihnya ialah pemain simpanan. Pendaftaran pemain ini adalah sama seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. 5.1.4 Semua borang penyertaan yang telah disahkan oleh Setiausaha Majlis Sekolah- Sekolah Bahagian masing-masing hendaklah dikembalikan kepada: Setiausaha Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6, Bangunan Pejabat Persekutuan Blok 3, Lot 462, Brooke Drive, Tel: 084 - 330544 Fax: 084 - 320964 Email : William.anut63@gmail.com Sebelum atau pada 28 Ogos 2015 sebelum jam 2.00 petang 5.1.5 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 2 (Dua) set warna jersi yang berlainan dan didaftar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Nombor jersi hendaklah sama dengan pendaftaran rasmi pemain dan berukuran tidak kurang 10 inci di belakang dan 3 inci di hadapan jersi (dada). Sekiranya dua pasukan yang bertemu ini memakai jersi yang sama warna, undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang patut menukar warna jersi. 6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Pusingan Pertama Pertandingan di peringkat ini dijalankan secara Liga Empat Kumpulan seperti berikut: BIL KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D 1 A1 B1 C1 D1 2 A2 B2 C2 D2 3 A3 B3 C3 D3 6.2 Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan suku akhir 7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 7.1 Secara Liga Pusingan Pertama Menang (3 mata) Seri (1 mata) Kalah (0 mata) Sekiranya dua atau lebih pasukan mendapat pungutan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:
  • 3. 7.1.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang. 7.1.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira menang. 7.1.3 Jika pasukan masih lagi seri, maka pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang. 7.1.4 Jika pasukan masih lagi seri, maka keputusan akan ditentukan dengan tendangan penalti. (Sila rujuk sistem sepakan penalti para 7.3) 7.2 Pusingan Suku-Akhir dan Separuh Akhir Akan dijalankan secara “Kalah-Mati”. Sekiranya kedudukan seri pada sepenuh masa permainan maka langkah-langkah berikut akan digunakan untuk memutuskannya: 7.2.1 Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat 3 minit 7.2.2 Jika keputusan masih seri, sistem sepakan penalti akan dijalankan 7.3 Sistem Sepakan Penalti 7.3.1 Setiap pasukan akan mengambil sepakan dari tanda penalti dengan cara berselang- seli. 7.3.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli dengan sistem “sudden death” 7.3.3 Pengadil akan memutuskan gol di mana sepakan penalti akan dijalankan. 7.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang dalam undian tersebut akan membuat sepakan penalti dahulu. 7.3.5 Pemain-pemain mesti berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti dijalankan. 7.3.6 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan bilangan maksima pengganti- pengganti yang dibenarkan. 8. MASA PERMAINAN 8.1 60 MINIT SEPENUH MASA adalah dikuatkuasakan semasa pertandingan ini iaitu: 30 Minit bagi separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 10 Minit. 9. PERTUKARAN PEMAIN 9.1 TUJUH (7) orang pemain boleh ditukarkan semasa permainan. Pemain-pemain yang telah ditukar TIDAK BOLEH bermain lagi dalam perlawanan tersebut. 10. PAKAIAN PEMAIN 10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi seperti yang didaftar dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pengiklanan jenama rokok dan minuman keras adalah dilarang sama sekali. 10.2 Setiap pasukan digalakkan menyediakan 2 SET jersi yang berlainan warna untuk mengelakkan pertembungan warna jersi.
  • 4. 10.3 Setiap orang pemain mestilah menggunakan nombor yang sama seperti dalam Borang Pendaftaran sehingga tamat pertandingan. 10.4 Setiap orang pemain mesti menggunakan jersi bernombor di bahagian belakang mengikut urutan iaitu No. 1 hingga 18 sahaja. 10.5 Kasut bola (football boots) pemain hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan dan kasut bola yang menggunakan 6 stud mestilah baru dan tidak menampakkan besi. Penggunaan “shin guard” adalah wajib bagi semua pemain. 10.6 Ketua pasukan hendaklah sentiasa memakai lilitan lengan (arm band) sepanjang masa permainan dan sekiranya pemain tersebut diganti, lilitan lengan itu hendaklah diserahkan kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya. 11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN 11.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang permainan tidak sesuai disebabkan keadaan cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 12. PEGAWAI PERLAWANAN 12.1 Jawatankuasa pengadilan akan melantik pengadil, penjaga garisan dan pengadil simpanan untuk semua pertandingan. Semua laporan perlawanan hendaklah sampai kepada URUS SETIA Jawatankuasa Pengadilan tidak lewat dari 8 jam selepas satu-satu perlawanan. 13. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI 13.1 Sekiranya kurang daripada 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila pengadil mengarahkan supaya perlawanan di- mulakan pada waktu yang ditetapkan, pasukan yang mempunyai 9 orang pemain (had minimum) atau lebih di padang akan diberi ke- menangan percuma dengan jaringan 3 GOL KOSONG dan ditambah dengan 3 MATA. Bagi pasukan yang gagal turun ke padang akan di- tolak 3 MATA serta dikenakan 3 GOL tambahan bolos. 13.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 orang pemain atau lebih apabila pengadil mengarahkan perlawanan dimulakan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara ini kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan menurut peraturan di bawah ini. 14. KELEWATAN 14.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pasukan lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 MATA serta jaringan 3 GOL. 15. BANTAHAN 15.1 Bantahan yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada SATU JAM selepas perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan ini dengan sendirinya lucut jika didapati bantahan itu tidak berasas. 15.2 Keputusan JURI RAYUAN adalah muktamad. 15.3 Bantahan tidak akan diterima jika ia menentang keputusan-keputusan PENGADIL atau menyentuhi perkara-perkara dalam bidang kuasa Pengadilan Pertandingan.
  • 5. 16. TINDAKAN TATATERTIB 16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSS Sarawak akan membincangkan perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang membuat aduan dan pengadil yang bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan. 16.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah otomatis. 16.2.1 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana berulangkali melakukan kesalahan maka amaran. (Penggantungan 1 Perlawanan) 16.2.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah ataupun menunjukkan isyarat tidak tertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (Penggantungan 2 Perlawanan) 16.2.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan dengan sendirinya digantung bermain bagi perlawanan yang menerima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan yang menerima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenamnya, maka pemain tersebut hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan sewajarnya. 16.2.4 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak perlu dimaklumkan dan apa-apa tindakan adalah tanggung-jawab Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak. 16.2.5 Seorang pemain yang telah menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan tidak dibenarkan menyertai satu perlawanan yang berikut. Pemain yang menerima Kad Merah tidak dibenarkan menyertai Dua Perlawanan yang berikutnya. Semasa dia dikeluarkan dari padang dia tidak boleh diganti. 17. PINDAAN JADUAL PERTANDINGAN 17.1 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan jika didapati perlu. 18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN 18.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah perkara-perkara ini segala tafsiran peraturan ini akan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
  • 6. Undang-Undang Pertandingan Piala Perak 1. PENGELOLA Pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu 2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2.1 Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan Mengikut Undang-undang Permainan Bola Sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2.2 Kejadian yang diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 2.2.1 Semua kejadian di luar dugaan akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Sarawak. 2.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad 3. PENYERTAAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang mana telah ditubuhkan oleh Majlis Sukan Sekolah Sarawak. 3.2 Setiap Majlis Sukan Sekolah Bahagian yang menyertai pertandingan hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja. 4. KELAYAKAN PEMAIN 4.1 Seorang pemain mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus penuh di mana-mana sekolah di Negeri Sarawak dan warganegara Malaysia adalah layak menyertai pertandingan ini. 4.2 Seorang pemain yang telah mendaftar untuk satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama. 4.3 Dokumen yang sah dan asal seperti berikut diterima pakai sebagai bukti umur dan akan diperiksa oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebelum bermulanya pertandingan. 4.3.1 Sijil lahir asal dan disahkan oleh Setiausaha MSS Bahagian 4.3.2 Kad Pengenalan 4.3.3 Dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11 (yang disahkan oleh Ibu Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya) 4.4 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad. 4.5 Kelayakan umur pemain semasa pertandingan ini ialah dilahirkan pada atau selepas 2004
  • 7. 5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN 5.1. Hanya pemain yang berdaftar dalam Borang Penyertaan sahaja yang boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 5.1.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftar 18 (lapan belas) orang pemain dan 5 (lima) orang pegawai dalam pertandingan ini. 5.1.2 Setiap pasukan DIWAJIBKAN mendaftar pemain bukan bumiputra keturunan Cina atau India. Pemain ini digalakkan bermain dalam setiap perlawanan sepanjang pertandingan. 5.1.3 Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan. 11 (sebelas) Pemain ialah pemain utama dan selebihnya ialah pemain simpanan. Pendaftaran pemain ini adalah sama seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. 5.1.4 Semua borang penyertaan yang telah disahkan oleh Setiausaha Majlis Sekolah- Sekolah Bahagian masing-masing hendaklah di-kembalikan kepada: Setiausaha Majlis Sukan Sekolah Bahagian Sibu Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Tingkat 6, Bangunan Persekutuan Blok 3, Lot 462, Brooke Drive, Tel : 084 - 330544 Fax : 084 - 330544 Email : William.anut63@gmail.com Sebelum atau pada 28 Ogos 2015 jam 2.00 petang 5.1.5 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 2 (Dua) set warna jersi yang berlainan dan didaftar semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Nombor jersi hendaklah sama dengan pendaftaran rasmi pemain dan berukuran tidak kurang 10 inci di belakang dan 3 inci di hadapan jersi (dada). Sekiranya dua pasukan yang bertemu ini memakai jersi yang sama warna, undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang patut menukar warna jersi. 6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Pusingan Pertama Pertandingan di peringkat ini dijalankan secara Liga Tiga Kumpulan seperti berikut: BIL KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C 1 A1 B1 C1 2 A2 B2 C2 3 A3 B3 C3 4 B4 C4 6.2 Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua
  • 8. 6.3 Pusingan Kedua Pertandingan di peringkat ini dijalankan secara Liga Dua Kumpulan seperti berikut: Kumpulan X Kumpulan Y X1 (Johan Kumpulan A) Y1 (Johan Kumpulan B) X2 (Naib Johan Kumpulan B) Y2 (Naib Johan Kumpulan A) X3 (Naib Johan Kumpulan C) Y3 ( Johan Kumpulan C) 7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 7.1 Secara Liga Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua Menang (3 mata) Seri (1 mata) Kalah (0 mata) Sekiranya dua atau lebih pasukan mendapat pungutan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: 7.1.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang. 7.1.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira menang. 7.1.3 Jika pasukan masih lagi seri, maka pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang. 7.1.4 Jika pasukan masih lagi seri, maka keputusan akan ditentukan dengan tendangan penalty. (Sila rujuk sistem sepakan penalty para 7.3) 7.2 Penentuan Pasukan Ke Separuh Akhir Dan Pertandingan Akhir Johan Kumpulan X Dan Johan Kumpulan Y akan layak ke pertandingan akhir. Naib Johan Kumpulan X dan Naib Johan Kumpulan Y akan menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Bagi perlawanan akhir dan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 jika kedudukam seri pada sepenuh masa permainan maka langkah-langkah berikut akan digunakan untuk memutuskannya: 7.2.1 Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit dan dijalankan secara “sudden death” 7.2.2 Jika keputusan masih seri, sistem sepakan penalty akan dijalankan 7.3 Sistem Sepakan Penalti 7.3.1 Setiap pasukan akan mengambil sepakan dari tanda penalti dengan cara berselang- seli. 7.3.2 Jika masih seri, maka sepakan penalty hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli dengan sistem “sudden death”. 7.3.3 Pengadil akan memutuskan gol di mana sepakan penalty akan dijalankan. 7.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang dalam undian tersebut akan membuat sepakan penalti dahulu.
  • 9. 7.3.5 Pemain-pemain mesti berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti dijalankan. 7.3.6 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan bilangan maksima pengganti- pengganti yang dibenarkan. 8. MASA PERMAINAN 8.1 60 MINIT SEPENUH MASA adalah dikuatkuasakan semasa pertan-dingan ini iaitu : 30 Minit bagi separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 10 Minit. 9. PERTUKARAN PEMAIN 9.1 TUJUH (7) orang pemain boleh ditukarkan semasa permainan. Pemain-pemain yang telah ditukar TIDAK BOLEH bermain lagi dalam perlawanan tersebut. 10. PAKAIAN PEMAIN 10.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi seperti yang didaftar dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pengiklanan jenama rokok dan minuman keras adalah dilarang sama sekali. 10.2 Setiap pasukan digalakkan menyediakan 2 SET jersi yang berlainan warna untuk mengelakkan pertembungan warna jersi. 10.3 Setiap orang pemain mestilah menggunakan nombor yang sama seperti dalam Borang Pendaftaran sehingga tamat pertandingan. 10.4 Setiap orang pemain mesti menggunakan jersi bernombor di bahagian belakang mengikut urutan iaitu No. 1 hingga 18 sahaja. 10.5 Kasut bola (football boots) pemain hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan dan kasut bola yang menggunakan 6 stud mestilah baru dan tidak menampakkan besi. Penggunaan “shin guard” adalah wajib bagi semua pemain. 10.6 Ketua pasukan hendaklah sentiasa memakai lilitan lengan (arm band) sepanjang masa permainan dan sekiranya pemain tersebut diganti, lilitan lengan itu hendaklah diserahkan kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya. 11 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN 11.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang permainan tidak sesuai disebabkan keadaan cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 12. PEGAWAI PERLAWANAN 12.1 Jawatankuasa pengadilan akan melantik pengadil, penjaga garisan dan pengadil simpanan untuk semua pertandingan. Semua laporan perlawanan hendaklah sampai kepada URUS SETIA Jawatankuasa Pengadilan tidak lewat dari 8 jam selepas satu-satu perlawanan. 13. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI 13.1 Sekiranya kurang daripada 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila pengadil mengarahkan supaya perlawanan di- mulakan pada waktu yang ditetapkan, pasukan
  • 10. yang mempunyai 9 orang pemain (had minimum) atau lebih di padang akan diberi ke- menangan percuma dengan jaringan 3 GOL KOSONG dan ditambah dengan 3 MATA. Bagi pasukan yang gagal turun ke padang akan ditolak 3 MATA serta dikenakan 3 GOL tambahan bolos. 13.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 9 orang pemain atau lebih apabila pengadil mengarahkan perlawanan dimulakan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara ini kepada Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan menurut peraturan di bawah ini. 14. KELEWATAN 14.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pasukan lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 MATA serta jaringan 3 GOL. 15. BANTAHAN 15.1 Bantahan yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada SATU JAM selepas perlawanan dengan bayaran sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan ini dengan sendirinya lucut jika didapati bantahan itu tidak berasas. 15.2 Keputusan JURI RAYUAN adalah muktamad. 15.3 Bantahan tidak akan diterima jika ia menentang keputusan-keputusan PENGADIL atau menyentuhi perkara-perkara dalam bidang kuasa Pengadilan Pertandingan. 16. TINDAKAN TATATERTIB 16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSS Sarawak akan membincangkan perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang membuat aduan dan pengadil yang bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan. 16.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah otomatis. 16.2.1 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana berulangkali melakukan kesalahan maka amaran. (Penggantungan 1 Perlawanan) 16.2.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah ataupun menunjukkan isyarat tidak tertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (Penggantungan 2 Perlawanan) 16.2.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan dengan sendirinya digantung bermain bagi perlawanan yang menerima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan yang menerima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenamnya, maka pemain tersebut hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan sewajarnya. 16.2.4 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak perlu dimaklumkan dan apa-apa tindakan adalah tanggung-jawab Jawatankuasa Pengelola MSS Sarawak.
  • 11. 16.2.5 Seorang pemain yang telah menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan tidak dibenarkan menyertai satu perlawanan yang berikut. Pemain yang menerima Kad Merah tidak dibenarkan menyertai Dua Perlawanan yang berikutnya. Semasa dia dikeluarkan dari padang dia tidak boleh diganti. 17. PINDAAN JADUAL PERTANDINGAN 17.1 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan jika didapati perlu. 18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERLUKAN 18.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah perkara-perkara ini segala tafsiran peraturan ini akan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.