SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
-akramstyle-


HUKUM TAJWID
QALQALAH
QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan
kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.




        QALQALAH KUBRA

        Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila
        memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di
        hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid).
        Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan
        wakaf (berhenti) padanya.

        Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.




                                                                           1
-akramstyle-

QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada
huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut
bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf
(berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.




                                                                  2
-akramstyle-


NUN SAKINAH DAN TANWIN
IQLAB

Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf
kepada huruf yang lain.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu
Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada
Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar
panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin
kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba'
ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.

     Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
     Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar,
     Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah




                                                                      3
-akramstyle-

IDGHAM
IDGHAM terbahagi kepada 2.

IDGHAM BILA GHUNNAH

Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra'
dan Lam.

Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun
Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang
berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah.
Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).




IDGHAM MA'AL GHUNNAH

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-
huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam
dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung)
dengan kadar 2 harakat.




                                                                     4
-akramstyle-

IKHFA' HAQIQI

Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan
Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah.
Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat):

        1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin
           pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling
           hampir dengan Nun Sakinah.
        2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau
           Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad,
           Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di pertengahan
           (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat
           terendah) Nun Sakinah.
        3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau
           Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan
           dengan Nun Sakinah.

Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf
pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:

        o   Surah Maryam: 1
        o   Surah al-Syura: 2
        o   Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada
            ayat 1 dan 2).

Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada
dua keadaan:

        o   Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu
            dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti
            huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf).
        o   Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu
            dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu
            selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di atas).




                                                                        5
-akramstyle-


MIM NUN BERSABDU
MIM BERSABDU

Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun
dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang
berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang
bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara
Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat.




NUN BERSABDU

Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang
pertama sukun dan yang kedua berbaris




                                                                   6
-akramstyle-


HUKUM MAD
MAD FAR'IE
Mad Far'ie terbahagi kepada 8.

Mad 'Aridh Lil Sukun

Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang
mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.

Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4
harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana
seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan
asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.




Mad Badal

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam
satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas
huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah
gantian daripada Hamzah.

Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris
huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal
terjadi dalam 4 keadaan:

  a.   Mad Badal yang      terjadi   ketika   permulaan dan wasal.
  b.   Mad Badal yang      terjadi   ketika   wasal sahaja.
  c.   Mad Badal yang      terjadi   ketika   waqaf sahaja.
  d.   Mad Badal yang      terjadi   ketika   memulakan bacaan dengannya
       sahaja (ibtida').




                                                                           7
-akramstyle-

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.




Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas
kecuali pada huruf Ta' Marbutah.

Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad
Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.




Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah
dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja.

Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-
imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad
Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah
berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil
ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah
Resam al-Quran:



                                                                    8
-akramstyle-

  1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara
     Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah
     antara keduanya.
  2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas
     Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia
     seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada
     dua situasi:
        a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada
           kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
        b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.




Mad Liin

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang
mendatang ketika waqaf sahaja.

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh
dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad
'Aridh Lil Sukun




                                                                       9
-akramstyle-

Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir
kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya
juga terdapat huruf yang berbaris.

Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu
selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.




Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir
kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya
juga terdapat huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan
selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie




                                                                  10
-akramstyle-

Mad Tamkin

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah.
Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya'
yang kedua sukun.




Mad Asli
Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali
dengan Mad Tabi'ie.

Mad Asli terjadi apabila:

a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris
hadapan.
c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris
bawah.

Perhatian:

Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri
dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat
ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-
kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.




                                                                           11
-akramstyle-


HUKUM HAMZAH
PECAHAN HUKUM HAMZAH

Hamzah Qat'ie

Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada
dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan
dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang
pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima
baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-
tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf
(kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi
tiga keadaan iaitu:

   1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau
      hadapan.
   2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas,
      hadapan bawah atau sukun (mati).
   3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas,
      bawah, hadapan atau sukun (mati).

Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa
keadaan:

   1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada
      lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44.
   2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika
      terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan
      hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-
      Baqarah: 283

Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.

   1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis
      dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu
      berbaris atas, bawah atau hadapan.

 2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada
beberapa keadaan:

            Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya
             berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai
             rumahnya.
            Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
             sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan
             huruf Ya' sebagai rumahnya.


                                                                    12
-akramstyle-

            Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
             sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan
             huruf wau sebagai rumahnya.
            Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf
             sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis
             bersendirian tanpa rumah.
            Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia
             ditulis dengan alif sebagai rumah.
            Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia
             ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
            Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia
             ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.

   3. Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada
beberapa keadaan juga iaitu:

             Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
             berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai
             rumah.
             Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
             berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai
             rumah.
             Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris
             hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.

  2. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati
     (sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.




Hamzah Wasal

Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan
dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya
terdapat pada awal kalimah.

Tanda:


                                                                    13
-akramstyle-

Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan
barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang
diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah
isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja




LAM TA'ARIF
PECAHAN LAM TA'ARIF

Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)

Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi.
Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf
Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal,
Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.

Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:

1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan
dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa
dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-
huruf Syamsiah selain Nun.




Sebab-sebab Idgham:

1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada
makhraj dan sifat.


                                                                     14
-akramstyle-

2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf
yang mutaqariban.




Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)

Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan
Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah.
Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha',
Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia
dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada
Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam
dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.




MIM SAKINAH
IKHFA' SYAFAWI


                                                                  15
-akramstyle-

    Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib
    dibaca dengan Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat.
    Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama
    keluar dari dua bibir.
    Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.




IZHAR SYAFAWI

    Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah
    selain dari huruf Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah
    Izhar.
    Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung).
    Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara
    dua bibir.




TAFKHIM DAN TARQIQ
LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ



                                                            16
-akramstyle-

Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului
dengan huruf yang berbaris bawah




PECAHAN HUKUM RA'

Ra' Tarqiq

Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:

   1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung
      kalimah.
   2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh:
      Surah Ibrahim: 44
   3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di
      tengah atau di hujung kalimah.
   4. Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya
      Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah
      Nuh: 1
   5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga
      sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin)
      dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah.
   6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
   7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
   8. Ra' yang diimalahkan.




Reff: http://qump.bluehyppo.com/tafsir/tajwid.htm


                                                                  17
-akramstyle-




   18

More Related Content

What's hot

Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatAzizan Jae
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahHafiz Zakaria
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinN2S2KJDream
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 
Daftar ejaan jawi
Daftar ejaan jawiDaftar ejaan jawi
Daftar ejaan jawidaud5530
 
Fi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarFi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarHafiz Zakaria
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahakhmal ali
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMFIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMHafiz Zakaria
 
Seni Khat
Seni KhatSeni Khat
Seni KhatDQue QQ
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allahwk_aiman
 

What's hot (20)

Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Sistem jinayah
Sistem jinayahSistem jinayah
Sistem jinayah
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & Nakirah
 
Tajwid hukum mad
Tajwid hukum madTajwid hukum mad
Tajwid hukum mad
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Daftar ejaan jawi
Daftar ejaan jawiDaftar ejaan jawi
Daftar ejaan jawi
 
Fi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarFi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori Amar
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMFIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
 
Seni Khat
Seni KhatSeni Khat
Seni Khat
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
 

Viewers also liked

Viewers also liked (11)

Pendidikan Islam: Hukum Tajwid
Pendidikan Islam: Hukum TajwidPendidikan Islam: Hukum Tajwid
Pendidikan Islam: Hukum Tajwid
 
Pengenalan Ilmu Tajwid
Pengenalan Ilmu Tajwid Pengenalan Ilmu Tajwid
Pengenalan Ilmu Tajwid
 
Belajar tahsin
Belajar tahsinBelajar tahsin
Belajar tahsin
 
Hukum tajwid
Hukum tajwidHukum tajwid
Hukum tajwid
 
materi tahsin
materi tahsinmateri tahsin
materi tahsin
 
Hukum Ilmu Tajwid
Hukum Ilmu TajwidHukum Ilmu Tajwid
Hukum Ilmu Tajwid
 
Ilmu Tajwid
Ilmu TajwidIlmu Tajwid
Ilmu Tajwid
 
Makhorijul Huruf dan Sifatul Huruf
Makhorijul Huruf dan Sifatul HurufMakhorijul Huruf dan Sifatul Huruf
Makhorijul Huruf dan Sifatul Huruf
 
belajar hukum nun sukun (tajwid)
belajar hukum nun sukun (tajwid)belajar hukum nun sukun (tajwid)
belajar hukum nun sukun (tajwid)
 
Tajwid
TajwidTajwid
Tajwid
 
Materi power point belajar tajwid
Materi power point belajar tajwidMateri power point belajar tajwid
Materi power point belajar tajwid
 

Similar to Hukum tajwid

Belajar ilmu tajwid
Belajar ilmu tajwidBelajar ilmu tajwid
Belajar ilmu tajwidSHaukir R
 
Tajwid nun mati
Tajwid nun matiTajwid nun mati
Tajwid nun matiMasthura
 
PPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'I
PPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'IPPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'I
PPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'Iaralailiyah
 
Agama islam bab 11 bacaan mad dan waqaf
Agama islam bab 11 bacaan mad dan waqafAgama islam bab 11 bacaan mad dan waqaf
Agama islam bab 11 bacaan mad dan waqafmayavivianti
 
Hukum Tajwid
Hukum TajwidHukum Tajwid
Hukum Tajwidaminfke
 
Hukum tajwid tanda baca
Hukum tajwid tanda bacaHukum tajwid tanda baca
Hukum tajwid tanda bacaninaaziz81
 
Materi Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptx
Materi Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptxMateri Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptx
Materi Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptxryanavino
 
Hukum bacaan qalqalah, lam dan ra
Hukum bacaan qalqalah, lam dan raHukum bacaan qalqalah, lam dan ra
Hukum bacaan qalqalah, lam dan raelis samsiah
 

Similar to Hukum tajwid (20)

Ringkasan ilmu tajwid
Ringkasan ilmu tajwidRingkasan ilmu tajwid
Ringkasan ilmu tajwid
 
Belajar ilmu tajwid
Belajar ilmu tajwidBelajar ilmu tajwid
Belajar ilmu tajwid
 
Jadi
JadiJadi
Jadi
 
Tajwid nun mati
Tajwid nun matiTajwid nun mati
Tajwid nun mati
 
Hukum tajwid
Hukum tajwidHukum tajwid
Hukum tajwid
 
Hukum_Bacaan_Mad.pptx
Hukum_Bacaan_Mad.pptxHukum_Bacaan_Mad.pptx
Hukum_Bacaan_Mad.pptx
 
PPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'I
PPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'IPPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'I
PPT - MAD THABI'I DAN MAD FAR'I
 
Pelajaran 1
Pelajaran 1Pelajaran 1
Pelajaran 1
 
14 MACAM MAD.pdf
14 MACAM MAD.pdf14 MACAM MAD.pdf
14 MACAM MAD.pdf
 
Agama islam bab 11 bacaan mad dan waqaf
Agama islam bab 11 bacaan mad dan waqafAgama islam bab 11 bacaan mad dan waqaf
Agama islam bab 11 bacaan mad dan waqaf
 
Hukum tajwid
Hukum tajwidHukum tajwid
Hukum tajwid
 
Hukum Tajwid
Hukum TajwidHukum Tajwid
Hukum Tajwid
 
Hukum tajwid
Hukum tajwidHukum tajwid
Hukum tajwid
 
Hukum tajwid tanda baca
Hukum tajwid tanda bacaHukum tajwid tanda baca
Hukum tajwid tanda baca
 
Materi Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptx
Materi Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptxMateri Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptx
Materi Dasar Lanjutan Minggu (hukum panjang pendek) ke-5.pptx
 
Hukum bacaan qalqalah, lam dan ra
Hukum bacaan qalqalah, lam dan raHukum bacaan qalqalah, lam dan ra
Hukum bacaan qalqalah, lam dan ra
 
Hukum tajwid
Hukum tajwidHukum tajwid
Hukum tajwid
 
TAJWID.ppt
TAJWID.pptTAJWID.ppt
TAJWID.ppt
 
Tekpend
TekpendTekpend
Tekpend
 
Tajwid 3
Tajwid 3Tajwid 3
Tajwid 3
 

Hukum tajwid

  • 1. -akramstyle- HUKUM TAJWID QALQALAH QALQALAH SUGHRA Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah. QALQALAH KUBRA Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu. 1
  • 2. -akramstyle- QALQALAH AKBAR Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid. 2
  • 3. -akramstyle- NUN SAKINAH DAN TANWIN IQLAB Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya. Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir. Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah 3
  • 4. -akramstyle- IDGHAM IDGHAM terbahagi kepada 2. IDGHAM BILA GHUNNAH Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung). IDGHAM MA'AL GHUNNAH Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf- huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat. 4
  • 5. -akramstyle- IKHFA' HAQIQI Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat): 1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah. 2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun Sakinah. 3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah. Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini: o Surah Maryam: 1 o Surah al-Syura: 2 o Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2). Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada dua keadaan: o Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf). o Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di atas). 5
  • 6. -akramstyle- MIM NUN BERSABDU MIM BERSABDU Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat. NUN BERSABDU Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris 6
  • 7. -akramstyle- HUKUM MAD MAD FAR'IE Mad Far'ie terbahagi kepada 8. Mad 'Aridh Lil Sukun Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim. Mad Badal Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: a. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. b. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. c. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. d. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida'). 7
  • 8. -akramstyle- Kadar bacaannya adalah 2 harakat. Mad 'Iwad Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf. Mad Jaiz Munfashil Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam- imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 8
  • 9. -akramstyle- 1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi: a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara. Mad Liin Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun 9
  • 10. -akramstyle- Mad Silah Qasirah Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie. Mad Silah Towilah Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie 10
  • 11. -akramstyle- Mad Tamkin Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun. Mad Asli Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie. Mad Asli terjadi apabila: a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah. Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah- kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad. 11
  • 12. -akramstyle- HUKUM HAMZAH PECAHAN HUKUM HAMZAH Hamzah Qat'ie Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga- tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu: 1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan. 2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati). 3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati). Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan: 1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44. 2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al- Baqarah: 283 Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie. 1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan. 2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:  Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.  Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya. 12
  • 13. -akramstyle-  Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.  Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.  Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah.  Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.  Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah. 3. Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu: Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah. Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau. 2. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah. Hamzah Wasal Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah. Tanda: 13
  • 14. -akramstyle- Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja LAM TA'ARIF PECAHAN LAM TA'ARIF Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi) Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun. Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian: 1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun. 2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf- huruf Syamsiah selain Nun. Sebab-sebab Idgham: 1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat. 14
  • 15. -akramstyle- 2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban. Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari) Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan. MIM SAKINAH IKHFA' SYAFAWI 15
  • 16. -akramstyle- Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib dibaca dengan Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'. IZHAR SYAFAWI Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah selain dari huruf Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah Izhar. Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung). Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara dua bibir. TAFKHIM DAN TARQIQ LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ 16
  • 17. -akramstyle- Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului dengan huruf yang berbaris bawah PECAHAN HUKUM RA' Ra' Tarqiq Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu: 1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah. 2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh: Surah Ibrahim: 44 3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di hujung kalimah. 4. Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1 5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah. 6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad. 7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin. 8. Ra' yang diimalahkan. Reff: http://qump.bluehyppo.com/tafsir/tajwid.htm 17