Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru bernama Pn. Barbara yang prihatin terhadap muridnya, Teri Leigh yang mengalami gangguan seksual dan mempunyai masalah emosi serta tingkah laku. Pn. Barbara berusaha membantu Teri dengan berbincang, memberi nasihat dan mencari penyelesaian terbaik untuk masalahnya.
3. Cerita bermula dengan Pn. Barbara Thompson yang pulang ke rumah bersama anak – anaknya Shawn dan Keshia. Walaupun Pn. Barbara berada di rumah dan menyiapkan makan malam, ingatannya masih masih mengelilingi anak muridnya Teri Leigh. Dia risau akan anak muridnya itu. Tumpuannya hanya berfokus kepada Kurikulum Kehidupan Keluarga yang baru diamalkan di sekolah.
4. Pn. Barbara kenal akan Teri Leigh sejak awal persekolahan lagi. Fail peribadi Teri dan guru pendidikan khas Teri telah memberikan gambaran yang jelas tentang Teri dan latar belakangnya kepada Pn. Barbara.
5. Beberapa tahun dahulu, Teri mengalami gangguan seksual oleh teman lelaki ibunya. Teman lelaki ibunya telah dihantar ke penjara. Selepas dia keluar dari penjara , ibunya telah mengahwini lelaki itu. Teri dan dua orang adik lelakinya telah dihantar ke rumah kanak – kanak yang berlainan.
6. Adik – adiknya telah dijadikan anak angkat. Teri berasa sangat sedih kerana dia tahu bahawa keluarganya tidak boleh bersatu semula. Teri sentiasa menangis di dalam kelas mengenangkan nasibnya.
7. Rekod Teri menunjukkan bahawa dia mengalami masalah pembelajaran dan juga masalah tingkah laku ( dunia khayalan). Pn. Barbara juga pernah sedar bahawa Teri berada dalam dunia khayalannya. Kadang – kala Pn. Barbara juga tidak pasti sama ada Teri bercakap kenyataan ataupun imaginasi dia semata – mata.
8. Walau apapun terjadi, Teri tetap dengan pendiriannya bahawa dia mengandung. Pn. Barbara berasa sangat sedih kerana Teri masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia tidak mengandung.
9. Pn. Barbara berjumpa dengan pengetua sekolah dan dia diberikan beberapa gambar Teri. Pn. Barbara seterusnya berjumpa dengan Teri dan mendengar penjelasan daripadanya. Dia juga menjelaskan kepada Teri kesan mengandung pada usia semuda ini.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17. Pn. Barbara mengawasi tingkah laku Teri dengan tegas supaya dapat mengawal masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Pada mulanya, beliau memerhati tingkah laku Teri yang kurang baik. Contohnya, beliau mendapat tahu bahawa Teri membawa pakaian bayi ke bilik darjah.
18. Pn. Barbara menjelaskan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik darjah. Perkara ini akan mengelakkan Teri berkelakuan seperti bercanggah dengan peraturan.
19. Pn. Barbara mewujudkan hubungan yang rapat dengan Teri. Sebab itu, beliau dapat sentiasa mengawasi pergerakan Teri dan dapat mengelakkannya daripada mengambil tindakan yang salah untuk mengandung. Beliau juga dapat berbincang dengan Teri untuk mengetahui masalahnya dan berusaha untuk menyelesaikannya.
20. Pn.Barbara membantu Teri untuk memahami keburukan daripada tingkah laku yang tidak diingini. Beliau menjelaskan akibat daripada mengandung pada usia muda ini.
21. Pn. Barbara menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Teri. Beliau juga memerhati tingkah laku Teri dengan menggunakan rekodnya yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah pembelajaran dan gangguan emosi. Pn. Barbara membawa Teri untuk lawatan sambil belajar dan memberi kaunseling untuk memastikan dia tidak melakukan perkara yang kurang baik.
34. 2. Memberi nasihat dengan kasih sayang Teri tinggal berasingan daripada keluarganya dan dia juga amat sedih kerana adik-adiknya telah diabil sebagai anak angkat. Sebab itu, dia menginginkan kasih sayang. Guru boleh memberikan kasih sayang yang secukupnya sebab guru merupakan orang yang kedua yang meluangkan lebih masa bersama murid- murid.
35. 3. Memberitahu akibat mengandung Guru harus memberitahu murid itu tentang akibat mengandung pada usia muda. Mengandung bawah umur akan membawa kesan buruk kepada bayi dan juga ibunya sendiri.
36. 4. Memberi motivasi Guru harus mengawasi pergerakan Teri dan dapatkan idea untuk memotivasikannya secara berkesan melalui pelaksanaan beberapa aktiviti. Guru perlu bijak mengetahui cara untuk mengalihkan fikiran buruk daripada minda murid.
37. 5. Gunakan nada yang tegas Guru boleh gunakan nada yang tegas apabila murid tidak menumpukan perhatian semasa memberi arahan. Ketegasan yang ditunjukkan oleh guru akan membawa kesan yang positif seperti murid berkelakuan baik, dengar arahan guru dan sebagainya.
38. 6. Memberi didikan agama dan moral Guru boleh menekankan aspek yang terdapat dalam Pendidikan Moral semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Nilai – nilai yang terdapat agama juga perlu diajar kepada murid-murid supaya dapat membentuk insan yang berakhlak mulia. Ia juga akan membantu murid untuk berfikir secara positif dan bijak mengambil keputusan.
39. 7. Mendapatkan nasihat daripada kaunselor dan doktor psikatrik Teri harus dihantar kepada kaunselor atau pakar psikatrik untuk mendapatkan nasihat yang secukupnya untuk mengelakkan fikiran negatif Teri. Mereka juga harus mencadangkan beberapa langkah kepada Teri untuk mengetahui cara hidup yang teratur.
40. 8. Guru perlu prihatin terhadap pembelajaran pelajar Rekod Teri menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah pembelajaran. Guru harus menggalakkan rasa keinginan dalam diri Teri untuk belajar. Kalau dia menumpukan segala perhatian dalam pembelajaran, dia tetap akan lupa pada perkara yang tidak penting. Dia juga tidak akan ingat untuk berkhayal. Perkara ini akan membantu dia untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kehidupan pada masa depan.