1. ISU-ISU SOSIAL MASA KINI
(ABA4063)
PEMBUANGAN BAYI
GROUP: TAD2
LECTURER: DR. OTHMAN BIN ABDUL RAHMAN
NAME MATRIC NO.
AHMAD AKHMAL B. ZAZALI 1091558
MUSTHAFA
MOHD SUKHAIREY BIN ISMAIL 1091550
SITI AISHAH BINTI ABDUL AZIZ 1091135
NAJWA FARHANA BINTI MOHD ZAIN 1091138
2. Tajuk: pembuangan bayi
Kes pembuangan bayi diibaratkan sebagai penyakit sosial yang akan membelenggu
negara kita daripada menjadi masyarakat yang bersifat penyayang, yang merupakan salah satu
daripada cabaran dalam mencapai wawasan 2020. Pembangunan dari segi kerohanian pasti
terbantut disebabkan nilai kemanusiaan diketepikan. Hampir setiap hari kita mendengar kes
pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini
menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh
di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara membangun.
Faktor/punca
Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Antara sebab
yang paling utama adalah kurangnya didikan agama, rapuhnya pegangan agama dan
ketandusan nilai-nilai kemanusiaan segelintir anggota masyarakat sehingga melahirkan
beberapa lagi faktor lain seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kesalahan
dalam memilih rakan-rakan.
Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi, media cetak dan elektronik
pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah
kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan
gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak
ke lembah maksiat yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya
program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.
Kesan/akibat
Perlu disedari bahawa setiap masalah sosial yang berlaku dalam suatu organisasi
mencerminkan kelemahan sistem pentadbiran sama ada negara atau agama, dan akan
menyebabkan berlakunya pandangan dan perspektif negatif daripada negara dan agama lain.
Malaysia berdiri sebagai sebuah negara membangun sedangkan anggota masyarakatnya itu
sendiri sarat dengan keruntuhan akhlak dan kemunduran dalam memupuk kasih sayang
sesama manusia.
Jika dilihat dari sudut yang lebih sensitif, isu pembuangan bayi juga boleh
menyebabkan kekurangan populasi dan produktiviti manusia, dimana ianya adalah sangat
penting dalam membentuk generasi masa hadapan yang lebih cemerlang dan berwawasan.
3. Waris, dan nasab keturunan dalam satu institusi kekeluargaan hanya akan berterusan
dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga samada ianya terjadi melalui perkahwinan dan
melalui hasil perkahwinan, namun jika isu ini terus berterusan tanpa henti tidak hairan jika
berlaku putusnya nasab keturunan tanpa ada tambahan walaupun tidak berlaku kematian.
Cadangan penyelesaian
Sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujung sekiranya tiada kesedaran
di kalangan masyarakat dan individu tertentu untuk mengubah sikap mereka. Bersembunyi
disebalik kemuliaan agama dan kemegahan negara serta keunikan bangsa tidak menghalalkan
satu individu melakukan suatu yang sememangnya haram dan tidak berperikemanusiaan.
Peranan keluarga juga adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran yang sihat
dalam membentuk nilai-nilai murni dikalangan ahli keluarga itu sendiri. Tanggungjawab ibu-
bapa dalam mengisi kekosongan hati dan akal anak-anak dengan perkara-perkara yang positif
dan fakta serta meluangkan masa yang secukupnya bagi memastikan anak-anak mereka tidak
kebuluran dalam mendapat dan merasai kasih sayang.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa,
kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ini supaya isu
pembuangan bayi ini tidak dianggap sebagai satu budaya biasa dalam negara. Menghadkan
penyiaran program-program samada berbentuk elektronik ataupun cetak, serta melebihkan
pembelajaran dari segi agama dan moral.
Kesimpulannya, negara kita yang sedang membangun pasti tidak dapat mencapai
pembangunan yang sebenar jika gejala sosial tersebut terus berlaku. Pembangunan fizikal
haruslah diseimbangkan dengan pembangunan nilai kemanusiaan sebagai tunjangnya demi
membawa kesejahteraan dan keharmonian yang sebenar kepada masyarakat sejagat.