SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah MelayuAlif Akram
Nota mengenai perlembagan British ketika menjajah Tanah Melayu. Diterangkan juga mengenai :-
-Negeri-negeri Melayu Bersekutu
-Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
- Negeri Selat
SJHK 3013 Perlembagaan British di Tanah MelayuAlif Akram
Nota mengenai perlembagan British ketika menjajah Tanah Melayu. Diterangkan juga mengenai :-
-Negeri-negeri Melayu Bersekutu
-Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
- Negeri Selat
Kerajaan Malayan Union dibentuk oleh orang British bertujuan untuk menggabungkan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri tidak bersekutu di bawah satu pemerintahan. Malayan Union dikenali dengan Prinsip Jus Soli iaitu hak kerakyatan kepada semua orang.
Kerajaan Malayan Union dibentuk oleh orang British bertujuan untuk menggabungkan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri tidak bersekutu di bawah satu pemerintahan. Malayan Union dikenali dengan Prinsip Jus Soli iaitu hak kerakyatan kepada semua orang.
1. Pembentukan Malaysia
Penubuhan Malaysia berlaku selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pembentukan Parti
Perikatan oleh Tunku Abdul Rahman telah membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah
Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menghasilkan Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan seterusnya
memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963. Namun, bantahan Indonesia
dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia telah melambatkan peristiharannya hingga ke 16
September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah)
dan Sarawak. Persekutuan Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 melalui penyatuan
Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Pada awal penubuhan
Malaysia, banyak peristiwa berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh
Filipina terhadap Sabah. Pada tahun 1965, atas sebab-sebab tertentu Singapura berpisah dengan
Malaysia.
Sebab Pembentukan Malaysia
a. Keselamatan. Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian
bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo. Gagasan ini diharap membentuk kestabilan politik untuk
menentang ancaman komunis.
b. Mengimbangi penduduk. Penubuhan gagasan Malaysia dapat mengelak ketidakseimbangan kaum.
c. Kemajuan ekonomi bersama. Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan
menikmati kemajuan ekonomi bersama.
d. Mempercepat proses kemerdekaan. Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepat proses
kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak , Brunei dan Singapura.
Proses Pembentukan Malaysia
a. Bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) yang bertujuan
memberitahu orang ramai mengenai Malaysia, Mengumpulkan sambutan orang ramai terhadap
Malaysia dan menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
b. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mereka mengenai gagasan Malaysia.
c. Satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962,
yang mengandungi tujuh perkara.Kandungan Memorandum Kepada Suruhanjaya Cobbold:
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia
2. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
Agama Islam merupakan agama Ppersekutuan tetapi rakyat bebas beragama.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Tugas Suruhanjaya Cobbold (ditubuhkan pada Januari 1962)
Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
Membuat syor-syor perlembagaan
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi merangka Perlembagaan Malaysia
Menyediakan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah
Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.
Penentangan Terhadap Gagasan Malaysia
Berlaku dua penentangan, iaitu:
Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu. Akhirnya Filipina juga mengiktiraf
Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Indonesia, kemudiannya
bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau semula
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah
dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakuinya. Akhirnya perjanjian damai
ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di
Bangkok.