BMS 3022
KARYA AGUNG MELAYU
NOVEL JUARA
KUMPULAN 5
NAMA NO.MATRIK
Ubaidah binti Harun D20121057967
Nur Atikah binti Zakaria D20121058030
Nur Syarmimie binti Ahmad D20121058034
Mira Adilla binti Sabri D20121058036
Nur Azni binti Razlan D20121058038
Pengenalan
Dihasilkan oleh S.Othman
Kelantan.
Terdiri daripada 160 halaman.
Pernah diadaptasi kepada
filem arahan U-Wei haji Shaari
yang bertajuk Jogho
Novel ini diterbitkan pada
tahun 1976. filemnya muncul
pada tahun 1997.
Merupakan sasterawan negara
yang kesembilan
Sinopsis ringkas
Novel Juara mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terkenal
dengan kehandalannya melaga lembu. Dalam pada itu, lelaki ini,
iaitu Mamat merupakan seorang ahli politik namun dia telah gagal
dalam pilihan raya di sebuah daerah di Kelantan. Selepas
kekalahannya, dia telah membina kehidupan baru bersama-sama
dengan keluarganya di Selatan Thailand. Setelah berpindah ke
Selatan Thailand, dia telah melibatkan diri dalam dunia laga
lembu bersama seorang sahabatnya, Abang Lazim. Tanpa diduga,
sahabatnya telah ditembak oleh Pak Isa setelah pulang dari
menyertai pertandingan laga lembu. Mamat telah bertekad bahawa
dia akan menuntut bela atas kematian Abang Lazim itu.
Pemikiran
(Isi dan Mesej)
• Menurut S. Othman Kelantan (1997) mendefinisikan
pemikiran sebagai idea yang wujud daripada golongan
intelektual yang menggunakan fakulti kritikal dalam
mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam
masyarakatnya. Pemikiran itu disebarkan di dalam
lingkungan masyarakatnya atau keluar daripada
masyarakatnya.
• Menurut Seri Lanang Jaya et. al (2016), pemikiran bermula
dengan idea yang kemudiannya dimatangkan pengarang
menjadi subjek, akhirnya ia menjadi buah-buah fikiran yang
bernas dan signifikan.
PEMIKIRAN
PEMIKIRAN
Sistem
politik
dalam laga
lembu
Perjuangan
dalam politik
demi
kemerdekaan
Budaya
berlaga lembu
Kasih sayang
terhadap
keluarga
• Tindakan Mamat yang mula berlaga lembu untuk kembali
menjadi juara itu barangkali suatu manifestasi protesnya
terhadap nostalgia politiknya di tanah tumpah darahnya.
• Kedua-duanya mencari ketenangan, kepuasan sementara
yang palsu, yang sering diatasi oleh serakahnya nafsu.
• Kalah menang, tawa sendu dalam “mencari diri” di
gelanggang laga lembu juga tidak banyak berbeza dengan
kalah menang dan tawa sendu mereka yang berjuang di
atas platform politik moden dengan lesen demokrasi.
SISTEM POLITIK DALAM LAGA
LEMBU
“gelanggang politik dengan gelanggang lembu itu tidak jauh
bezanya dengan praktik. Lembu itu pun sama dengan politik.
Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu itu kalah, orangnya pun
kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu
lembu. Dan lembu itu politik”
(Juara halaman 101)
• Elemen ini menyebabkan juara seolah-olah mempunyai
dua plot yang selari iaitu kisah Mamat seorang pejuang
politik yang tewas dan kisah laga lembu yang menjadi
budaya masa lapang masyarakat selatan Siam.
• Pengarang menyiratkan makna pemikiran yang
mendalam tentang hakikat politik Melayu yang hodoh di
sebalik metafora laga lembu.
• Pemikiran utama novel ini adalah untuk
mengupas politik Melayu yang mengejar
kemerdekaan.
• Sebagai pemimpin Parti Persatuan Melayu yang
sederhana dalam segala tindak tanduknya,
Mamat amat tegas dalam mencapai matlamatnya.
• Dia pernah memimpin perarakan untuk menuntut
pilihan raya daripada pemerintah Inggeris. Bagi
Mamat, ‘harga manusia ialah kemerdekaan’ serta
‘bangsa Melayu sendiri memerintah negeri’.
PERJUANGAN DALAM POLITIK
DEMI KEMERDEKAAN
“Waktu pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Melaka,
negeri Hang Tuah dan Hang Jebat itu, dia berada di
barisan paling hadapan. Dia dan Abdul Kudus mewakili
Kelantan secara rasmi. Juga ikut bersama Mahmud Larin
dan Yahya Hasan.”
(Juara halaman 78)
“Harga manusia ialah kemerdekaan,” katanya dengan
bersemangat. Tangannya menunjal-nunjal langit.
“Kemerdekaan itu bererti kita sendiri memerintah negeri
kita. Dan apabila kita sendiri yang menentukan haluan,
maka kita berhak berbuat apa saja. Mengapa kita
membiarkan diri kita dijajah dan dihisap orang lain?”
(Juara halaman 74)
• Novel Juara membawa pembaca untuk menyelusuri
kehidupan masyarakat di Bangnara, Thailand.
• Di sini budaya melaga lembu masih diamalkan bahkan
tiada undang-undang yang menegah perbuatan
tersebut.
• Malahan, aktiviti melaga lembu ini boleh mendatangkan
pendapatan yang lumayan kepada pemilik lembu laga
yang menang.
• Contohnya watak Abang Lazim dan Mamat merupakan
orang yang handal dalam soal laga lembu.
BUDAYA LAGA LEMBU
• Ketika Calet iaitu lembu kepada Abang Lazim dilagakan
dengan lembu Pak Isa, Mamat telah menjadi juara.
• Dalam pertandingan ini, Mamat telah menggunakan tipu
helah bagi memenangkan Calet. Akhirnya dengan wang
pertaruhan sebanyak 200 ribu bath, Langsat telah berjaya
dikalahkan.
“Mamat kembali ke dalam dirinya. Bergerak dalam ingatannya.
Sebentar tadi, dia bersama-sama puaknya. Paling tidak pun dua
puluh orang. Dua puluh ini orang dalam. Kemudian, mereka
masuk bong lembu. Dialah yang jadi hero. Dialah pahlawan
lembu yang terbilang di dalam bong itu. Caletnya menang. Yang
kurang difikirkannya, dia terburu-buru pulang tanpa menanti
kawan-kawannya. Dia sedang memikirkan Minah. Memikirkan
Melah. Memikirkan Selamah. Memikirkan Faisah. Paling akhir
Jusuh. Dia meninggalkan bong dengan tergesa-gesa setelah
mencekak wang hampir sepuluh ribu bath.”
(Juara halaman 3)
Falsafah dalam novel Juara
• Istilah falsafah ialah gabungan perkataan Philo
dan Sophia yang membentuk philosophia yang
digunakan oleh Phythagoras buat pertama kalinya
yang membawa maksud cinta akan kebijaksanaan.
• Falsafah dapat disimpulkan sebagai suatu
pemikiran atau pendangan hidup yang boleh
menarik minat pembaca yang terkandung di
dalam sesuatu karya.
Politik dan kekuasaan
• Plot penceritaannya banyak mengetengahkan isu politik.
• Mamat merupakan watak utama dalam novel ini.
• Mamat sebagai orang politik yang meletak jawatan dan
melarikan diri setelah dua kali gagal dalam pilihan raya
walaupun beliau merupakan antara orang kuat dalam usaha
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
• Perjuangan jaga lembu Mamat dapat
disinonimkan dengan perjuangan politiknya.
• Novel ini menyentuh mengenai konflik
pertentangan antara manusia yang inginkan
kekuasaan dalam dunia politik dan dikiaskan
dalam permainan laga lembu.
Sosial dan masyarakat
Juara mengisahkan mengenai masyarakat
Melayu yang tinggal di Bangnara, Siam yang
bersempadan dengan Kelantan
masyarakat di kampung ini juga
terbiasa dengan perbuatan yang
mengatasi undang-undang
sehingga menyebabkan kejadian
pembunuhan bermaharajalela di
Selatan Thai
Contoh dalam novel ini dapat dilihat melalui
peristiwa pembunuhan Abang Lazim, Pak Isa,
dan Dolah Munduk. Membalas dendam seakan-
akan merupakan perkara biasa dalam
masyarakat tersebut
Dua orang lelaki anak Abang Lazim
membasahi mayat ayahnya dengan
air mata. Kemudian, tegak seperti
seekor tedung. Mencapai ladingnya.
Mencapai kelewang, pistolnya.
Akan tetapi kedua-dua beradik itu
disabarkan juga.( Juara, 2005 :6)
Ekonomi
• Penulis menggambarkan watau utama iaitu Mamat yang
menyara kehidupannya dengan mendapatkan wang
kemenangan hasil daripada judi laga lembu.
• Mamat tidak sepatutnya mencari rezeki dengan sumber yang
haram iaitu melalui perjudian. Malah, dia juga yang bertindak
sebagai ketua keluarga sepatutnya menunjukkan teladan yang
baik terhadap anak-anaknya serta menyediakan nafkah yang
halal buat mereka.
• Contoh yang dapat dilihat di dalam petikan ialah:
“Dia (Mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai
pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa
hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan
dia mendapat wang dari mana sahaja. Bila-bila!”
(Juara, 2005 :30-31)
• Walaupun novel Juara membawa nilai-nilai yang lebih
bersifat agresif, pengarang tetap memasukkan nilai kasih
sayang dalam novelnya.
• Kasih sayang terhadap keluarga iaitu keluarga Mamat
digambarkan sebagai watak-watak yang cukup penyayang.
Kehidupan keluarga ini aman damai. Buktinya mereka
masih setia walaupun Mamat telah kalah dalam pilihan raya
dan ikut bersama-sama melarikan diri ke Siam.
“Anak-anaknya yang kahwin dengan orang-orang politik juga
seorang demi seorang berpisah dengan suami-suaminya.
Kemudian berjujuk-jujuk mengikutnya hidup di selatan Siam.
(Juara halaman 16)
KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
• Kasih sayang mereka juga dipamerkan ketika Mamat
menghadapi musibah. Contohnya, Mamat telah cedera
parah setelah ditanduk oleh Aral. Namun mereka tetap
setia merawat Mamat. Contoh petikan yang dapat dilihat
kasih sayang isterinya ialah:
“Demo dah makan ubat”?suara Minah separuh
berbisik ke telinganya. Dia menggeleng sedikit.
Minah mengambil ubat butir di dalam bekas
nescafe. Mencurahkannya dalam tapak tangan.
Membawanya ke mulut Mamat.
(Juara halaman 111 )
NILAI BUDAYA DALAM
NOVEL JUARA
NILAI BUDAYA
 Budaya bermaksud keseluruhan pengertian, nilai,
norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan
inteletual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah
masyarakat.
 Nilai budaya ini akan membincangkan perkara
berkaitan dengan budi dan akal manusia.
BUDAYA SEMANGAT SETIA KAWAN
Dia tidak mengalihkan sedikit pun matanya. Dia berdiri dengan penuh
harapan di sisi mayat Abang Lazim. Dia memutuskan dalam hatinya. Dia
bersaksikan kapan-kapan yang sedang menyumbati telinga, lubang hidung
dan dua lubang yang menembusi kepala dan perut Abang Lazin. Dia akan
berbuat apa sahaja. Apa sahaja sampai dia mengikuti jejak Abang Lazim!
(Juara, 2005 : 2)
 Semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh Mamat kepada sahabatnya,
Abang Lazim yang telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Pak Isa
atas punca rasa tidak puas hati.
BUDAYA KEBERANIAN
Malam semalam keputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan ini paling
besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa telah menetapkan dua
ratus ribu baht. Abang Lazim menyanggupinya. Ada dua puluh orang
yang menjadi orang dalam. Mereka akan menanggung segala kerugian
kalau Calet kalah.
(Juara, 2005 : 93)
 Keberanian yang ditunjukkan oleh Abang Lazim untuk menyertai
pertarungan lembu yang melibatkan sejumlah wang pertaruhan yang
besar.
BUDAYA KASIH SAYANG
“Jangan banyak bergerak. Luka banyak. Tapi semuanya sudah
diubatkan,” kata Minah dengan tenang. Menyeka keringat yang muka
berbaris di muka Mamat.
(Juara, 2005 : 66)
 Minah menjaga suaminya, Mamat yang sedang sakit akibat serangan
lembu yang dipeliharanya.
BUDAYA KESETIAAN
Minah lebih suka mendengar daripada berkata-kata. Inilah kelebihan
Minah, fikirnya. Minah tidak banyak bercakap. Minah cepat bertindak
dan setia dalam hidup. Minah sebenarnya perempuan sejati.
Kesetiaannya kepada suami dan anak-anak tidak terhingga. Kalau dia
menangis, tangisannya kerana anak-anaknya juga. Seratus persen Minah
dilahirkan untuk suami dan anak-anaknya.
(Juara, 2005 : 79)
 Kesetiaan seorang isteri terhadap suami dan anak-anaknya.
BUDAYA TOLONG-MENOLONG
Jali hanya menjaga keluarga Mamat selama Mamat kepergian ke
Kelantan. Jali benar-benar mengharapkan keluarga itu selamat. Manalah
tahu kalau-kalau Selamah dan Milah dilarikan orang? Faisah? Tidak.
Faisah bersama-sama bapaknya.
(Juara, 2005 : 36)
 Keprihatinan yang ditonjolkan oleh Jali terhadap keluarga Mamat
semasa Mamat pergi ke Kelantan.
PANDANGAN HIDUP
DALAM NOVEL JUARA
PANDANGAN HIDUP
 Pandangan hidup adalah suatu pendapat
atau pertimbangan yang dijadikan
sebagai pegangan, pedoman, arahan,
petunjuk dalam kehidupan.
KEAGAMAAN
 Keagamaan dalam novel Juara dapat kita lhat melalui watak Mamat,
Lebai Syukur, Jali, Mat San, Semail dan Setapa yang membacakan
zikir untuk arwah Abang Lazim.
“Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir
dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen
untuk arwah Abang Lazim.”
(Juara, 2005 : 18)
 Mamat juga digambarkan seorang yang warak kerana dia selalu
mengimamkan solat jemaah di rumahnya.
HUBUNGAN SILATURAHIM
 Mamat yang begitu menyayangi sahabatnya, Abang Lazim. Hal ini
dapat dibuktikan melalui peristiwa kematian Abang Lazim. Kematian
sahabat Mamat, Abang Lazim merupakan suatu tamparan yang hebat
kepada diri Mamat. Mamat hampir mengamuk dan mengajak orang
ramai untuk pergi membalas dendam atas kematian Abang Lazim
yang mati akibat dibunuh oleh Pak Isa.
“Pak Isa ya?” soalnya kepada diri sendiri, dengan ucapan kasar. “Tidak ada orang
yang kebal di dalam daerah ini!” dia bersungut sendirian. “Marilah bersamaku, kita
selesaikan segera hutang piutang!”.
(Juara, 2005 : 5)
 Mamat sanggup melakukkan apa-apa sahaja demi menuntut bela atas
kematian sahabatnya, Abang Lazim.
ESTETIKA DAN
KEPENGARANGAN
ESTETIKA
Dikaitkan dengan pemakaian bahasa atau gaya
bahasa.
penggunaan dan pemilihan kata-kata yang
puitis yang digunakan oleh seseorang
pengarang dalam menghasilkan sesebuah
karya
1. Metafora
• Sejenis gaya bahasa perbandingan yang paling
ringkas, padat dan teratur.
• Mengandungi satu kata konkrit dan satu kata
abstrak iaitu perbandingan tidak terus.
Contohnya:
• Dia berjalan pulang dengan pantas. Gunung
kebanggaan yang terpacak kemas dalam
dadanya akan diruntukan di hadapan Minah
yang rusuh berhari-hari.
• Juara halaman 107
2. Personifikasi
• Personifikasi ialah sejenis gaya bahasa
perbandingan, iaitu penginsanan atau
pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-
sifat yang dimiliki oleh manusia kepada
sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan,
keadaan, peristiwa, barang yang tidak
bernyawa atau idea yang abstrak.
Contohnya:
• Kelewangnya dibaringkan di atas meja
Juara halaman 21
• Sebaris asap tipis menari-nari di atas
mulutnya.
Juara halaman 41
3. Hiperbola
• Suatu cara yang melebih-lebihkan semata-
mata untuk mencapai kesan tertentu iaitu
suatu gaya bahasa yang mengandungi
kebenaran yang diperbesar-besarkan.
• Contohnya:
• Dia melihat Abang Lazim dibanjiri darah. Tubuh
Abang Lazim diselimuti seluruhnya dengan darah
yang sudah mulai pekat. Dia tidak berseru lagi.
Juara halaman 5
• Dia merenung gelap malam dalam detakan kecil
hujan gerimis yang masih turun. Dia seolah-olah
berada dalam satu gua masalah yang sangat
hebat. Sangat dasyat. Sangat serabut dan tidak
menemui punca.
Juara halaman 54
4. Dialek
• merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam
sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa
standard.
• Antara contoh yang terdapat dalam novel tersebut
ialah:
• “Biar ambo balik,” kata Mat San
Juara halaman 117
• “Aku tak lih kata gitu,” jawab Mamat dengan perlahan.
“Biarlah ambo balik tengok.
Juara halaman 117
KEPENGARANGAN
• Aspek mekanisme dan kaedah pengarang
berkarya sehingga membentuk kekuatan dan
jati diri seseorang pengarang itu.
• Merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan
kearifan seseorang pengarang dalam
menghasilkan sesebuah karya
1. Monolog dalaman
• Percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon sahaja
dalam sesuatu drama filem (Kamus Dewan Edisi Keempat)
• Contoh:
• Pasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus
berjalan dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalah
harus membunuh orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata
Mamat dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak kalah.
Abang Lazim juga begitu. Dia tidak pernah membunuh.
Abang Lazim juga tidak pernah membunuh. Segarang-
garang Jali dia tidak pernah membunuh. Mengapa Pak Isa
membunuh. Mengapa ?
2. Imbas kembali
• Mengingati kembali peristiwa yang telah atau menceritakan
semula keadaan atau situasi yang berlaku dalam kehidupan
seseorang.
• Contohnya:
• Dia teringat kepada Mat San. Walaupun umurnya lebih tua
daripada Jali, otaknya lebih lembap. Mat San meninggalkan
kampung Gunung Timur hampir bersamaan dengan
perpindahnnya ke Bangnara walaupun terkemudian sedikit.
Mulanya Mat San hanya berulang-alik sahaja. Kerjanya
hanya menorah getah juga. Kemudian Mat San menetap di
sini setelah mendapat surat dapur. Kemudian kahwin lagi
dengan seorang anak perempuan jiran.
Juara halaman 50
3. Pemerian
• Bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama ada
peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut.
• Contohnya;
• Jali, Sani dan Salim ikut turun. Dengan senapang laras
duanya, Mamat turun ikut dapur. Mereka berjalan cepat-
cepat. Jarak antara rumah Mamat dengan rumah Sani
hanya satu bukit yang lebih baik disebutkan busut besar
sahaja. Jali mencekak kelewangnya. Sani mencekak hulu
kapak binjai manisnya. Salim mencekak tongkat enam
sembilannya. Di dalam baju dalam Salim terselit browning.
Juara halaman 43
4. Dialog
• Merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita iaitu dua
watak watak atau lebih akan berbalas kata.
• Contohnya:
• “Bagaimana Aral?” tiba-tiba Mamat mengalihkan percakapan
mereka. Mamat teringat akan Aral, anak lembu muda yang tegak
batang tengkuknya itu.
“Ambo kurung di belakang”, jawab Sani. Tangannya dengan cepat
menjangkau seketul ubi rebus. Mengoyaknya. Memerluskan ke
dalam mulutnya. Sebaris asap tipis menari-nari di atas bibirnya.
Separuhnya masuk ke dalam lubang hidungnya.
“ Aral tu boleh ganti Calet,” kata Mamat.
Juara halaman 41
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan
taraf.
• Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan,
kepandaian atau kajian tentang sesuatu
perkara.
• Pengarang menyelitkan nilai ilmu yang
berkaitan dengan jalan cerita novel tersebut.
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), politik
merupakan ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan,
iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar-dasar pemerintahan,
ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya.
• Dalam novel Juara, ilmu politik dapat dilihat melalui watak
Mamat. Mamat terlibat secara langsung dengan perjuangan
kemerdekaan tanah air.
• Apabila kemerdekaan negara tercapai, Mamat telah
mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya
untuk terus kekal menjadi tokoh politik yang
memperjuangkan nasib rakyat
Malangnya, Mamat gagal dalam pilihanraya
tersebut dan kerana itu dia dan keluarganya
berpindah ke Selatan Siam dan bersumpah
untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan
politik.
Mamat ,meneruskan kehidupannya sebagai
pelaga lembu.
• Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan
politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga
dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan
berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara,
setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. Saya
sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah.
Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat
telah menolak saya. (Juara : 17)
• Dalam pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri,
setahun sebelum pilihan raya kedua selepas merdeka, dia
tidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan tetapi,
namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalam
pemilihan calon sekali lagi. Dalam satu pertemuan parti
untuk menyelaraskan kerja-kerja kempen, dia dengan
tegas mengatakan :… .
(Juara : 82)
Dalam novel ini, pengarang banyak
memperihalkan ilmu berkaitan lembu.
masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa
tersebut sangat pandai atau mempunyai ilmu
mengenai haiwan lembu.
Contohnya, Mamat sangat pandai dalam ilmu
berkaitan lembu.
Mamat dapat mengetahui sama ada lembunya
boleh dibawa bertanding atau tidak dan adakah
lembu itu kuat atau tidak.
“kalaupun Aral ini nak kalah, dia boleh
menipu dengan berpusing dua kali.
Lawannya akan keliru. Dia boleh menikam
maut,” Mamat berkata sambil menggosok-
gosok di bawah pusat lembu muda yang
sasa itu.”
(Juara, 2005 :44)
• Ilmu laga lembu melibatkan perlawanan antara lembu
dengan lembu dimana lembu tersebut dianggap mewakili
pelaga lembu.
• Ilmu laga lembu mempunyai perkaitan dengan politik kerana
melibatkan perlawanan antara dua pihak.
• Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan
perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan
perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan
pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang
akhirnya kemenangan akan tercapai kepada mereka yang
kuat.
Ilmu ini mempunyai unsur negatif kerana ilmu ini
melibatkan unsur wang dan perjudian. Hal ini
dapat dilihat pada teks berikut.
Jali diam. Mamat diam. Masing-masing
dapat mengagak betapa kecewanya
seseorang yang kalah dalam perjudian
lembu begitu.
(Juara : 37)
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan
mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-
lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
• Mamat membuat ramalan mengenai lembu
mudanya Aral.
• Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari
lembunya yang dulu iaitu Calit.
• “Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul.”
Mamat menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam
kepalanya segera menangkap rupa anak lembu itu.
Badannya yang agak panjang. Kukunya
membelok ke dalam. Alamat tegak tempat
berdiri dan sukar ditolak oleh lawan. Engguhnya
besar dan tinggi. Alamat kuat batang lehernya.
Lehernya besar. Di atas belakangnya jalur racik
yang halus. Jalur racik ini jarang ada pada lembu-
lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari.
Bengkeng dan payah mengenal gembala kalau
marah.
(Juara, 2005 :42-43)
KESIMPULAN
 Kesimpulannya, novel Juara memperlihatkan
kepengarangan S.Othman Kelantan yang mampu
mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan malahan
menceritakan kehidupan manusia yang berada di
Selatan Thailand dan sering berjudi laga lembu untuk
mencari wang yang banyak dengan cara yang mudah.

Pembentangan Novel Juara

  • 1.
    BMS 3022 KARYA AGUNGMELAYU NOVEL JUARA KUMPULAN 5 NAMA NO.MATRIK Ubaidah binti Harun D20121057967 Nur Atikah binti Zakaria D20121058030 Nur Syarmimie binti Ahmad D20121058034 Mira Adilla binti Sabri D20121058036 Nur Azni binti Razlan D20121058038
  • 2.
    Pengenalan Dihasilkan oleh S.Othman Kelantan. Terdiridaripada 160 halaman. Pernah diadaptasi kepada filem arahan U-Wei haji Shaari yang bertajuk Jogho Novel ini diterbitkan pada tahun 1976. filemnya muncul pada tahun 1997. Merupakan sasterawan negara yang kesembilan
  • 3.
    Sinopsis ringkas Novel Juaramengisahkan mengenai seorang lelaki yang terkenal dengan kehandalannya melaga lembu. Dalam pada itu, lelaki ini, iaitu Mamat merupakan seorang ahli politik namun dia telah gagal dalam pilihan raya di sebuah daerah di Kelantan. Selepas kekalahannya, dia telah membina kehidupan baru bersama-sama dengan keluarganya di Selatan Thailand. Setelah berpindah ke Selatan Thailand, dia telah melibatkan diri dalam dunia laga lembu bersama seorang sahabatnya, Abang Lazim. Tanpa diduga, sahabatnya telah ditembak oleh Pak Isa setelah pulang dari menyertai pertandingan laga lembu. Mamat telah bertekad bahawa dia akan menuntut bela atas kematian Abang Lazim itu.
  • 4.
  • 5.
    • Menurut S.Othman Kelantan (1997) mendefinisikan pemikiran sebagai idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikal dalam mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikiran itu disebarkan di dalam lingkungan masyarakatnya atau keluar daripada masyarakatnya. • Menurut Seri Lanang Jaya et. al (2016), pemikiran bermula dengan idea yang kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya ia menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan. PEMIKIRAN
  • 6.
  • 7.
    • Tindakan Mamatyang mula berlaga lembu untuk kembali menjadi juara itu barangkali suatu manifestasi protesnya terhadap nostalgia politiknya di tanah tumpah darahnya. • Kedua-duanya mencari ketenangan, kepuasan sementara yang palsu, yang sering diatasi oleh serakahnya nafsu. • Kalah menang, tawa sendu dalam “mencari diri” di gelanggang laga lembu juga tidak banyak berbeza dengan kalah menang dan tawa sendu mereka yang berjuang di atas platform politik moden dengan lesen demokrasi. SISTEM POLITIK DALAM LAGA LEMBU
  • 8.
    “gelanggang politik dengangelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dengan praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu itu kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu politik” (Juara halaman 101) • Elemen ini menyebabkan juara seolah-olah mempunyai dua plot yang selari iaitu kisah Mamat seorang pejuang politik yang tewas dan kisah laga lembu yang menjadi budaya masa lapang masyarakat selatan Siam. • Pengarang menyiratkan makna pemikiran yang mendalam tentang hakikat politik Melayu yang hodoh di sebalik metafora laga lembu.
  • 9.
    • Pemikiran utamanovel ini adalah untuk mengupas politik Melayu yang mengejar kemerdekaan. • Sebagai pemimpin Parti Persatuan Melayu yang sederhana dalam segala tindak tanduknya, Mamat amat tegas dalam mencapai matlamatnya. • Dia pernah memimpin perarakan untuk menuntut pilihan raya daripada pemerintah Inggeris. Bagi Mamat, ‘harga manusia ialah kemerdekaan’ serta ‘bangsa Melayu sendiri memerintah negeri’. PERJUANGAN DALAM POLITIK DEMI KEMERDEKAAN
  • 10.
    “Waktu pengisytiharan tarikhkemerdekaan di Melaka, negeri Hang Tuah dan Hang Jebat itu, dia berada di barisan paling hadapan. Dia dan Abdul Kudus mewakili Kelantan secara rasmi. Juga ikut bersama Mahmud Larin dan Yahya Hasan.” (Juara halaman 78) “Harga manusia ialah kemerdekaan,” katanya dengan bersemangat. Tangannya menunjal-nunjal langit. “Kemerdekaan itu bererti kita sendiri memerintah negeri kita. Dan apabila kita sendiri yang menentukan haluan, maka kita berhak berbuat apa saja. Mengapa kita membiarkan diri kita dijajah dan dihisap orang lain?” (Juara halaman 74)
  • 11.
    • Novel Juaramembawa pembaca untuk menyelusuri kehidupan masyarakat di Bangnara, Thailand. • Di sini budaya melaga lembu masih diamalkan bahkan tiada undang-undang yang menegah perbuatan tersebut. • Malahan, aktiviti melaga lembu ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada pemilik lembu laga yang menang. • Contohnya watak Abang Lazim dan Mamat merupakan orang yang handal dalam soal laga lembu. BUDAYA LAGA LEMBU
  • 12.
    • Ketika Caletiaitu lembu kepada Abang Lazim dilagakan dengan lembu Pak Isa, Mamat telah menjadi juara. • Dalam pertandingan ini, Mamat telah menggunakan tipu helah bagi memenangkan Calet. Akhirnya dengan wang pertaruhan sebanyak 200 ribu bath, Langsat telah berjaya dikalahkan.
  • 13.
    “Mamat kembali kedalam dirinya. Bergerak dalam ingatannya. Sebentar tadi, dia bersama-sama puaknya. Paling tidak pun dua puluh orang. Dua puluh ini orang dalam. Kemudian, mereka masuk bong lembu. Dialah yang jadi hero. Dialah pahlawan lembu yang terbilang di dalam bong itu. Caletnya menang. Yang kurang difikirkannya, dia terburu-buru pulang tanpa menanti kawan-kawannya. Dia sedang memikirkan Minah. Memikirkan Melah. Memikirkan Selamah. Memikirkan Faisah. Paling akhir Jusuh. Dia meninggalkan bong dengan tergesa-gesa setelah mencekak wang hampir sepuluh ribu bath.” (Juara halaman 3)
  • 14.
    Falsafah dalam novelJuara • Istilah falsafah ialah gabungan perkataan Philo dan Sophia yang membentuk philosophia yang digunakan oleh Phythagoras buat pertama kalinya yang membawa maksud cinta akan kebijaksanaan. • Falsafah dapat disimpulkan sebagai suatu pemikiran atau pendangan hidup yang boleh menarik minat pembaca yang terkandung di dalam sesuatu karya.
  • 15.
    Politik dan kekuasaan •Plot penceritaannya banyak mengetengahkan isu politik. • Mamat merupakan watak utama dalam novel ini. • Mamat sebagai orang politik yang meletak jawatan dan melarikan diri setelah dua kali gagal dalam pilihan raya walaupun beliau merupakan antara orang kuat dalam usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
  • 16.
    • Perjuangan jagalembu Mamat dapat disinonimkan dengan perjuangan politiknya. • Novel ini menyentuh mengenai konflik pertentangan antara manusia yang inginkan kekuasaan dalam dunia politik dan dikiaskan dalam permainan laga lembu.
  • 17.
    Sosial dan masyarakat Juaramengisahkan mengenai masyarakat Melayu yang tinggal di Bangnara, Siam yang bersempadan dengan Kelantan masyarakat di kampung ini juga terbiasa dengan perbuatan yang mengatasi undang-undang sehingga menyebabkan kejadian pembunuhan bermaharajalela di Selatan Thai Contoh dalam novel ini dapat dilihat melalui peristiwa pembunuhan Abang Lazim, Pak Isa, dan Dolah Munduk. Membalas dendam seakan- akan merupakan perkara biasa dalam masyarakat tersebut Dua orang lelaki anak Abang Lazim membasahi mayat ayahnya dengan air mata. Kemudian, tegak seperti seekor tedung. Mencapai ladingnya. Mencapai kelewang, pistolnya. Akan tetapi kedua-dua beradik itu disabarkan juga.( Juara, 2005 :6)
  • 18.
    Ekonomi • Penulis menggambarkanwatau utama iaitu Mamat yang menyara kehidupannya dengan mendapatkan wang kemenangan hasil daripada judi laga lembu. • Mamat tidak sepatutnya mencari rezeki dengan sumber yang haram iaitu melalui perjudian. Malah, dia juga yang bertindak sebagai ketua keluarga sepatutnya menunjukkan teladan yang baik terhadap anak-anaknya serta menyediakan nafkah yang halal buat mereka.
  • 19.
    • Contoh yangdapat dilihat di dalam petikan ialah: “Dia (Mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan dia mendapat wang dari mana sahaja. Bila-bila!” (Juara, 2005 :30-31)
  • 20.
    • Walaupun novelJuara membawa nilai-nilai yang lebih bersifat agresif, pengarang tetap memasukkan nilai kasih sayang dalam novelnya. • Kasih sayang terhadap keluarga iaitu keluarga Mamat digambarkan sebagai watak-watak yang cukup penyayang. Kehidupan keluarga ini aman damai. Buktinya mereka masih setia walaupun Mamat telah kalah dalam pilihan raya dan ikut bersama-sama melarikan diri ke Siam. “Anak-anaknya yang kahwin dengan orang-orang politik juga seorang demi seorang berpisah dengan suami-suaminya. Kemudian berjujuk-jujuk mengikutnya hidup di selatan Siam. (Juara halaman 16) KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
  • 21.
    • Kasih sayangmereka juga dipamerkan ketika Mamat menghadapi musibah. Contohnya, Mamat telah cedera parah setelah ditanduk oleh Aral. Namun mereka tetap setia merawat Mamat. Contoh petikan yang dapat dilihat kasih sayang isterinya ialah: “Demo dah makan ubat”?suara Minah separuh berbisik ke telinganya. Dia menggeleng sedikit. Minah mengambil ubat butir di dalam bekas nescafe. Mencurahkannya dalam tapak tangan. Membawanya ke mulut Mamat. (Juara halaman 111 )
  • 22.
  • 23.
    NILAI BUDAYA  Budayabermaksud keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan inteletual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.  Nilai budaya ini akan membincangkan perkara berkaitan dengan budi dan akal manusia.
  • 24.
    BUDAYA SEMANGAT SETIAKAWAN Dia tidak mengalihkan sedikit pun matanya. Dia berdiri dengan penuh harapan di sisi mayat Abang Lazim. Dia memutuskan dalam hatinya. Dia bersaksikan kapan-kapan yang sedang menyumbati telinga, lubang hidung dan dua lubang yang menembusi kepala dan perut Abang Lazin. Dia akan berbuat apa sahaja. Apa sahaja sampai dia mengikuti jejak Abang Lazim! (Juara, 2005 : 2)  Semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh Mamat kepada sahabatnya, Abang Lazim yang telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Pak Isa atas punca rasa tidak puas hati.
  • 25.
    BUDAYA KEBERANIAN Malam semalamkeputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan ini paling besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa telah menetapkan dua ratus ribu baht. Abang Lazim menyanggupinya. Ada dua puluh orang yang menjadi orang dalam. Mereka akan menanggung segala kerugian kalau Calet kalah. (Juara, 2005 : 93)  Keberanian yang ditunjukkan oleh Abang Lazim untuk menyertai pertarungan lembu yang melibatkan sejumlah wang pertaruhan yang besar.
  • 26.
    BUDAYA KASIH SAYANG “Janganbanyak bergerak. Luka banyak. Tapi semuanya sudah diubatkan,” kata Minah dengan tenang. Menyeka keringat yang muka berbaris di muka Mamat. (Juara, 2005 : 66)  Minah menjaga suaminya, Mamat yang sedang sakit akibat serangan lembu yang dipeliharanya.
  • 27.
    BUDAYA KESETIAAN Minah lebihsuka mendengar daripada berkata-kata. Inilah kelebihan Minah, fikirnya. Minah tidak banyak bercakap. Minah cepat bertindak dan setia dalam hidup. Minah sebenarnya perempuan sejati. Kesetiaannya kepada suami dan anak-anak tidak terhingga. Kalau dia menangis, tangisannya kerana anak-anaknya juga. Seratus persen Minah dilahirkan untuk suami dan anak-anaknya. (Juara, 2005 : 79)  Kesetiaan seorang isteri terhadap suami dan anak-anaknya.
  • 28.
    BUDAYA TOLONG-MENOLONG Jali hanyamenjaga keluarga Mamat selama Mamat kepergian ke Kelantan. Jali benar-benar mengharapkan keluarga itu selamat. Manalah tahu kalau-kalau Selamah dan Milah dilarikan orang? Faisah? Tidak. Faisah bersama-sama bapaknya. (Juara, 2005 : 36)  Keprihatinan yang ditonjolkan oleh Jali terhadap keluarga Mamat semasa Mamat pergi ke Kelantan.
  • 29.
  • 30.
    PANDANGAN HIDUP  Pandanganhidup adalah suatu pendapat atau pertimbangan yang dijadikan sebagai pegangan, pedoman, arahan, petunjuk dalam kehidupan.
  • 31.
    KEAGAMAAN  Keagamaan dalamnovel Juara dapat kita lhat melalui watak Mamat, Lebai Syukur, Jali, Mat San, Semail dan Setapa yang membacakan zikir untuk arwah Abang Lazim. “Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim.” (Juara, 2005 : 18)  Mamat juga digambarkan seorang yang warak kerana dia selalu mengimamkan solat jemaah di rumahnya.
  • 32.
    HUBUNGAN SILATURAHIM  Mamatyang begitu menyayangi sahabatnya, Abang Lazim. Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa kematian Abang Lazim. Kematian sahabat Mamat, Abang Lazim merupakan suatu tamparan yang hebat kepada diri Mamat. Mamat hampir mengamuk dan mengajak orang ramai untuk pergi membalas dendam atas kematian Abang Lazim yang mati akibat dibunuh oleh Pak Isa. “Pak Isa ya?” soalnya kepada diri sendiri, dengan ucapan kasar. “Tidak ada orang yang kebal di dalam daerah ini!” dia bersungut sendirian. “Marilah bersamaku, kita selesaikan segera hutang piutang!”. (Juara, 2005 : 5)  Mamat sanggup melakukkan apa-apa sahaja demi menuntut bela atas kematian sahabatnya, Abang Lazim.
  • 33.
  • 34.
    ESTETIKA Dikaitkan dengan pemakaianbahasa atau gaya bahasa. penggunaan dan pemilihan kata-kata yang puitis yang digunakan oleh seseorang pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya
  • 35.
    1. Metafora • Sejenisgaya bahasa perbandingan yang paling ringkas, padat dan teratur. • Mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak iaitu perbandingan tidak terus.
  • 36.
    Contohnya: • Dia berjalanpulang dengan pantas. Gunung kebanggaan yang terpacak kemas dalam dadanya akan diruntukan di hadapan Minah yang rusuh berhari-hari. • Juara halaman 107
  • 37.
    2. Personifikasi • Personifikasiialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat- sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak.
  • 38.
    Contohnya: • Kelewangnya dibaringkandi atas meja Juara halaman 21 • Sebaris asap tipis menari-nari di atas mulutnya. Juara halaman 41
  • 39.
    3. Hiperbola • Suatucara yang melebih-lebihkan semata- mata untuk mencapai kesan tertentu iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesar-besarkan. • Contohnya:
  • 40.
    • Dia melihatAbang Lazim dibanjiri darah. Tubuh Abang Lazim diselimuti seluruhnya dengan darah yang sudah mulai pekat. Dia tidak berseru lagi. Juara halaman 5 • Dia merenung gelap malam dalam detakan kecil hujan gerimis yang masih turun. Dia seolah-olah berada dalam satu gua masalah yang sangat hebat. Sangat dasyat. Sangat serabut dan tidak menemui punca. Juara halaman 54
  • 41.
    4. Dialek • merupakanvariasi bahasa yang digunakan dalam sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. • Antara contoh yang terdapat dalam novel tersebut ialah: • “Biar ambo balik,” kata Mat San Juara halaman 117 • “Aku tak lih kata gitu,” jawab Mamat dengan perlahan. “Biarlah ambo balik tengok. Juara halaman 117
  • 42.
    KEPENGARANGAN • Aspek mekanismedan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu. • Merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya
  • 43.
    1. Monolog dalaman •Percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dalam sesuatu drama filem (Kamus Dewan Edisi Keempat) • Contoh: • Pasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus berjalan dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalah harus membunuh orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata Mamat dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak kalah. Abang Lazim juga begitu. Dia tidak pernah membunuh. Abang Lazim juga tidak pernah membunuh. Segarang- garang Jali dia tidak pernah membunuh. Mengapa Pak Isa membunuh. Mengapa ?
  • 44.
    2. Imbas kembali •Mengingati kembali peristiwa yang telah atau menceritakan semula keadaan atau situasi yang berlaku dalam kehidupan seseorang. • Contohnya: • Dia teringat kepada Mat San. Walaupun umurnya lebih tua daripada Jali, otaknya lebih lembap. Mat San meninggalkan kampung Gunung Timur hampir bersamaan dengan perpindahnnya ke Bangnara walaupun terkemudian sedikit. Mulanya Mat San hanya berulang-alik sahaja. Kerjanya hanya menorah getah juga. Kemudian Mat San menetap di sini setelah mendapat surat dapur. Kemudian kahwin lagi dengan seorang anak perempuan jiran. Juara halaman 50
  • 45.
    3. Pemerian • Berceritasecara langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut. • Contohnya; • Jali, Sani dan Salim ikut turun. Dengan senapang laras duanya, Mamat turun ikut dapur. Mereka berjalan cepat- cepat. Jarak antara rumah Mamat dengan rumah Sani hanya satu bukit yang lebih baik disebutkan busut besar sahaja. Jali mencekak kelewangnya. Sani mencekak hulu kapak binjai manisnya. Salim mencekak tongkat enam sembilannya. Di dalam baju dalam Salim terselit browning. Juara halaman 43
  • 46.
    4. Dialog • Merupakanpercakapan watak dengan watak dalam cerita iaitu dua watak watak atau lebih akan berbalas kata. • Contohnya: • “Bagaimana Aral?” tiba-tiba Mamat mengalihkan percakapan mereka. Mamat teringat akan Aral, anak lembu muda yang tegak batang tengkuknya itu. “Ambo kurung di belakang”, jawab Sani. Tangannya dengan cepat menjangkau seketul ubi rebus. Mengoyaknya. Memerluskan ke dalam mulutnya. Sebaris asap tipis menari-nari di atas bibirnya. Separuhnya masuk ke dalam lubang hidungnya. “ Aral tu boleh ganti Calet,” kata Mamat. Juara halaman 41
  • 48.
    • Menurut KamusDewan Edisi Keempat (2010), nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. • Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara. • Pengarang menyelitkan nilai ilmu yang berkaitan dengan jalan cerita novel tersebut.
  • 49.
    • Menurut KamusDewan Edisi Keempat (2010), politik merupakan ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan, iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar-dasar pemerintahan, ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya. • Dalam novel Juara, ilmu politik dapat dilihat melalui watak Mamat. Mamat terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air. • Apabila kemerdekaan negara tercapai, Mamat telah mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya untuk terus kekal menjadi tokoh politik yang memperjuangkan nasib rakyat
  • 50.
    Malangnya, Mamat gagaldalam pilihanraya tersebut dan kerana itu dia dan keluarganya berpindah ke Selatan Siam dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan politik. Mamat ,meneruskan kehidupannya sebagai pelaga lembu.
  • 51.
    • Mamat masihingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. (Juara : 17) • Dalam pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri, setahun sebelum pilihan raya kedua selepas merdeka, dia tidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan tetapi, namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalam pemilihan calon sekali lagi. Dalam satu pertemuan parti untuk menyelaraskan kerja-kerja kempen, dia dengan tegas mengatakan :… . (Juara : 82)
  • 52.
    Dalam novel ini,pengarang banyak memperihalkan ilmu berkaitan lembu. masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa tersebut sangat pandai atau mempunyai ilmu mengenai haiwan lembu. Contohnya, Mamat sangat pandai dalam ilmu berkaitan lembu.
  • 53.
    Mamat dapat mengetahuisama ada lembunya boleh dibawa bertanding atau tidak dan adakah lembu itu kuat atau tidak. “kalaupun Aral ini nak kalah, dia boleh menipu dengan berpusing dua kali. Lawannya akan keliru. Dia boleh menikam maut,” Mamat berkata sambil menggosok- gosok di bawah pusat lembu muda yang sasa itu.” (Juara, 2005 :44)
  • 54.
    • Ilmu lagalembu melibatkan perlawanan antara lembu dengan lembu dimana lembu tersebut dianggap mewakili pelaga lembu. • Ilmu laga lembu mempunyai perkaitan dengan politik kerana melibatkan perlawanan antara dua pihak. • Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya kemenangan akan tercapai kepada mereka yang kuat.
  • 55.
    Ilmu ini mempunyaiunsur negatif kerana ilmu ini melibatkan unsur wang dan perjudian. Hal ini dapat dilihat pada teks berikut. Jali diam. Mamat diam. Masing-masing dapat mengagak betapa kecewanya seseorang yang kalah dalam perjudian lembu begitu. (Juara : 37)
  • 56.
    • Menurut KamusDewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain- lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. • Mamat membuat ramalan mengenai lembu mudanya Aral. • Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari lembunya yang dulu iaitu Calit.
  • 57.
    • “Aral lebihsasa dari Calet kalau diasuh betul.” Mamat menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam kepalanya segera menangkap rupa anak lembu itu. Badannya yang agak panjang. Kukunya membelok ke dalam. Alamat tegak tempat berdiri dan sukar ditolak oleh lawan. Engguhnya besar dan tinggi. Alamat kuat batang lehernya. Lehernya besar. Di atas belakangnya jalur racik yang halus. Jalur racik ini jarang ada pada lembu- lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari. Bengkeng dan payah mengenal gembala kalau marah. (Juara, 2005 :42-43)
  • 58.
    KESIMPULAN  Kesimpulannya, novelJuara memperlihatkan kepengarangan S.Othman Kelantan yang mampu mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan malahan menceritakan kehidupan manusia yang berada di Selatan Thailand dan sering berjudi laga lembu untuk mencari wang yang banyak dengan cara yang mudah.