SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
JPA(BGE)223/5/4-3 (63)                                                 Siri No.




                          KERAJAAN MALAYSIA



     PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010



                   KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
                 PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM



TUJUAN


1.    Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah
pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan
Awam Persekutuan.




LATAR BELAKANG


2.    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa
kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah
selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling


                                       1
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh
Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada
Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin.


3.       Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara
yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of
service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat
Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai
Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service).


4.       Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi
kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana
diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar
kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan.
Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan
Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.




PELAKSANAAN


Tafsiran


5.       Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain-


     ‘Cuti Bersalin’ adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia
           dan pulih daripada bersalin;


     ‘Cuti Bersalin Bergaji Penuh’ adalah cuti bersalin yang dibayar emolumen penuh
           mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan;




                                          2
‘Cuti Bersalin Separuh Gaji’ adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen
           dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah;


     ‘Cuti Bersalin Tanpa Gaji’ adalah cuti bersalin yang tidak dibayar sebarang
           emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin
           Bergaji Penuh dan Cuti Bersalin Separuh Gaji;


     ‘Guru’ adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan
           Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma wanita lantikan tetap
           yang menjalankan tugas perguruan tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan
           Pendidikan yang bertugas di pejabat dan menjalankan tugas-tugas
           pentadbiran; dan


     ‘pegawai’ adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan
           yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service).


Kelayakan


6.       Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan
pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:


         6.1    seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji
                Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;


         6.2    pegawai    diberi    fleksibiliti    untuk      menentukan      sendiri   tempoh
                Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran;
                dan

         6.3    Cuti   Bersalin     bermula    pada        tarikh   pegawai   bersalin.   Walau
                bagaimanapun,       pegawai        boleh     memilih    untuk      menggunakan
                Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa
                dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.




                                               3
7.     Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang
 daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin
 di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti
 berikut:


       7.1   Bagi pegawai kecuali guru:


             a.     menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang
                    dilayaki; dan


             b.     mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan


             c.     mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan
                    kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau


             d.     menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas
                    tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang
                    dijelaskan      di   dalam     Pekeliling   Perkhidmatan    Bilangan
                    15 Tahun 2007.


       7.2   Bagi guru:


             a.     Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:


                    i)     menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh
                           yang dilayaki;


                    ii)    mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;
                           dan


                    iii)   mengambil        Cuti     Bersalin    Tanpa   Gaji    setelah
                           menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii)
                           di atas; atau



                                           4
iv)    menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat
                           tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang
                           dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
                           15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.


             b.     Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:


                    i)     menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh
                           yang dilayaki; dan


                    ii)    bagi      tempoh    yang   selebihnya   dianggap   dalam
                           Cuti Bergaji Penuh.


8.     Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari
kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin
di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti
berikut:


       8.1   Bagi pegawai kecuali guru:


             a.     mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari
                    tarikh bersalin; dan


             b.     mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan
                    kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau


             c.     menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh
                    bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling
                    Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh
                    Cuti Bersalin.




                                           5
8.2    Bagi guru:


              a.      Semasa penggal sekolah, guru boleh:


                      i)     mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;
                             dan


                      ii)    mengambil     Cuti      Bersalin   Tanpa   Gaji   setelah
                             menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas;
                             atau


                      iii)   menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh
                             bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling
                             Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi
                             tempoh Cuti Bersalin.


              b.      Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap
                      dalam Cuti Bergaji Penuh.


9.     Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh
pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk
menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan
Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.


10.    Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah
sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun,
mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan
Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan
kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa.
Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang
berkuat kuasa terputus.




                                          6
11.    Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh
Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad
hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.


12.    Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung,
sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi
Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal
yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.


13.    Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi
pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah
diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.


14.    Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau
pelantikan secara kontrak hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan
di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.


15.    Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:


       15.1    pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada
               hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka
               bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan
               Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A
               Pekeliling Perkhidmatan ini;


       15.2    Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda
               tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;


       15.3    Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh
               Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan
               pegawai;




                                            7
15.4   bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin
              di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan
              kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah
              ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini
              seperti contoh di Lampiran B; dan


       15.5   Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah
              masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan
              pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
              2 Tahun 1998.




PEMBATALAN


16.    Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
5 Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 adalah
dibatalkan.




TARIKH KUAT KUASA


17.    Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.




                                         8
PEMAKAIAN

18.   Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada
semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.




“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”




( DATO’ SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA

02 DISEMBER 2010



Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan




                                        9
Lampiran A




                         BORANG PERMOHONAN CUTI BERSALIN
                       (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010)


 …………………………………
 …………………………………
 …………………………………
 (Ketua Jabatan)

 1.       Saya memohon menggunakan kemudahan Cuti Bersalin selama …………….. hari mulai
          dari tarikh dijangka bersalin (EDD)*/ lebih awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu mulai
          ………………………………. hingga …………………………. Tarikh dijangka bersalin
          saya ialah pada …………………………………….

 2.       Jumlah Cuti Bersalin yang telah diambil sebelum                                             ini       adalah     sebanyak
          ………………………. daripada jumlah maksimum 300 hari.

 3.       Bersama-sama ini disertakan dokumen sokongan daripada klinik/ hospital Kerajaan atau
          swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.

 4.       Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar.



 Tandatangan pegawai : ………………………………………………………………………….

 Nama pegawai           : ………………………………………………………………………….

 Tarikh                 : ………………………………………………………………………….

KEGUNAAN PEJABAT
                                                                LULUS/ TIDAK LULUS

Catatan                        :      ................................................................................
Tandatangan Ketua Jabatan      :      …………………………………………………....
Nama                           :      …………………………………………………....
Jawatan                        :      ……………………………………………………
Tarikh                         :      ……………………………………………………

 *EDD – expected delivery date
Lampiran B



Pengiraan Kelayakan Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Yang Telah Menggunakan
  Kemudahan Cuti Bersalin Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998

Pegawai telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin sebanyak 3 kali dengan setiap kali
sebanyak 60 hari sehingga 31 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, kelayakan kemudahan
Cuti Bersalin bagi pegawai dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
14 Tahun 2010 adalah seperti berikut:


Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010                         300 hari


(tolak)       Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan
              sehingga 31 Ogos 2010
              60 hari x 3 kali                                         (180 hari)


              Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang pegawai masih
              berkelayakan                                             120 hari

More Related Content

What's hot

PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanNorain Binti Jaafar
 
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)fazrul
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaNorain Binti Jaafar
 
Perintah am bab c cuti (2)
Perintah am bab c cuti (2)Perintah am bab c cuti (2)
Perintah am bab c cuti (2)Yuanhun Soo
 
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cutijkngalapayu
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)fazrul
 
Cuti penjawat awam
Cuti penjawat awamCuti penjawat awam
Cuti penjawat awamnatasha2281
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 
Surat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolahSurat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolahAsma Shahrin
 
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdfCuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdfeidh83
 
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm PrkhdmatanPerintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatanguestb997e4
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]fazrul
 
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)sofatimah
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)mazlanmn
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMChon Seong Hoo
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatansuhail muhammad
 

What's hot (20)

Bab c cuti
Bab c   cutiBab c   cuti
Bab c cuti
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
 
P.A Bab G
P.A Bab GP.A Bab G
P.A Bab G
 
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
Bab C (cuti) 12/01/2015 (Taklimat)
 
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
 
Perintah am bab c cuti (2)
Perintah am bab c cuti (2)Perintah am bab c cuti (2)
Perintah am bab c cuti (2)
 
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
13.4.2015 taklimat pengurusan cuti
 
PERINTAH AM BAB F : Perubatan
PERINTAH AM BAB F : PerubatanPERINTAH AM BAB F : Perubatan
PERINTAH AM BAB F : Perubatan
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
 
Cuti penjawat awam
Cuti penjawat awamCuti penjawat awam
Cuti penjawat awam
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
Surat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolahSurat tidak hadir sekolah
Surat tidak hadir sekolah
 
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdfCuti_Sebab_Perubatan.pdf
Cuti_Sebab_Perubatan.pdf
 
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm PrkhdmatanPerintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
Perintah Am Bab B Elaun Dlm Prkhdmatan
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
 
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
Peraturan Pegawai Awam Kelakuan & Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)
 
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAMPEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
PEKELILING ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM
 
Cuti ahsan
Cuti   ahsanCuti   ahsan
Cuti ahsan
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatan
 

Similar to Pekeliling cuti bersalin

seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......ssuser6e4cbb
 
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdfTAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdfFaiZal653636
 
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptxCopy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptxMOHDZAIDIBINHAMIDMoe
 
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibKes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibElyna Wong
 
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009PKG Benut
 
Pekeliling ppm
Pekeliling ppmPekeliling ppm
Pekeliling ppmAnum Aksan
 
Cuti Kuarantin faq_se04032022.pdf
Cuti Kuarantin faq_se04032022.pdfCuti Kuarantin faq_se04032022.pdf
Cuti Kuarantin faq_se04032022.pdfAlexanderAzhar
 
(28)panduan am guru
(28)panduan am guru(28)panduan am guru
(28)panduan am guructhawa1965
 

Similar to Pekeliling cuti bersalin (12)

Pp9802
Pp9802Pp9802
Pp9802
 
Perintah am bab_c
Perintah am bab_cPerintah am bab_c
Perintah am bab_c
 
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
seminar pendidikan NUTP jom sebarkan......
 
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdfTAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pdf
 
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptxCopy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
Copy of TAKLIMAT PERKHIDMATAN - PPD PEKAN 27.6.2023.pptx
 
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibKes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
 
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
Pekeliling cuti bil 2 tahun 2009
 
Pekeliling ppm
Pekeliling ppmPekeliling ppm
Pekeliling ppm
 
Cuti Kuarantin faq_se04032022.pdf
Cuti Kuarantin faq_se04032022.pdfCuti Kuarantin faq_se04032022.pdf
Cuti Kuarantin faq_se04032022.pdf
 
Kemudahan Cuti.pdf
Kemudahan Cuti.pdfKemudahan Cuti.pdf
Kemudahan Cuti.pdf
 
(28)panduan am guru
(28)panduan am guru(28)panduan am guru
(28)panduan am guru
 
Borang cuti bersalin
Borang cuti bersalinBorang cuti bersalin
Borang cuti bersalin
 

Pekeliling cuti bersalin

  • 1. JPA(BGE)223/5/4-3 (63) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010 KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling 1
  • 2. Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin. 3. Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service). 4. Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan. Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. PELAKSANAAN Tafsiran 5. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- ‘Cuti Bersalin’ adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin; ‘Cuti Bersalin Bergaji Penuh’ adalah cuti bersalin yang dibayar emolumen penuh mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan; 2
  • 3. ‘Cuti Bersalin Separuh Gaji’ adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah; ‘Cuti Bersalin Tanpa Gaji’ adalah cuti bersalin yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan Cuti Bersalin Separuh Gaji; ‘Guru’ adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma wanita lantikan tetap yang menjalankan tugas perguruan tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di pejabat dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran; dan ‘pegawai’ adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service). Kelayakan 6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya; 6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan 6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. 3
  • 4. 7. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut: 7.1 Bagi pegawai kecuali guru: a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. 7.2 Bagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah: i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii) di atas; atau 4
  • 5. iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah: i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh. 8. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut: 8.1 Bagi pegawai kecuali guru: a. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan b. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau c. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. 5
  • 6. 8.2 Bagi guru: a. Semasa penggal sekolah, guru boleh: i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas; atau iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh. 9. Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974. 10. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus. 6
  • 7. 11. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin. 12. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 13. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. 14. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini. 15. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut: 15.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan ini; 15.2 Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan; 15.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai; 7
  • 8. 15.4 bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini seperti contoh di Lampiran B; dan 15.5 Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998. PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 adalah dibatalkan. TARIKH KUAT KUASA 17. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010. 8
  • 9. PEMAKAIAN 18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ( DATO’ SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 02 DISEMBER 2010 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 9
  • 10. Lampiran A BORANG PERMOHONAN CUTI BERSALIN (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010) ………………………………… ………………………………… ………………………………… (Ketua Jabatan) 1. Saya memohon menggunakan kemudahan Cuti Bersalin selama …………….. hari mulai dari tarikh dijangka bersalin (EDD)*/ lebih awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu mulai ………………………………. hingga …………………………. Tarikh dijangka bersalin saya ialah pada ……………………………………. 2. Jumlah Cuti Bersalin yang telah diambil sebelum ini adalah sebanyak ………………………. daripada jumlah maksimum 300 hari. 3. Bersama-sama ini disertakan dokumen sokongan daripada klinik/ hospital Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. 4. Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Tandatangan pegawai : …………………………………………………………………………. Nama pegawai : …………………………………………………………………………. Tarikh : …………………………………………………………………………. KEGUNAAN PEJABAT LULUS/ TIDAK LULUS Catatan : ................................................................................ Tandatangan Ketua Jabatan : ………………………………………………….... Nama : ………………………………………………….... Jawatan : …………………………………………………… Tarikh : …………………………………………………… *EDD – expected delivery date
  • 11. Lampiran B Pengiraan Kelayakan Kemudahan Cuti Bersalin Bagi Pegawai Yang Telah Menggunakan Kemudahan Cuti Bersalin Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 Pegawai telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin sebanyak 3 kali dengan setiap kali sebanyak 60 hari sehingga 31 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 adalah seperti berikut: Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 300 hari (tolak) Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sehingga 31 Ogos 2010 60 hari x 3 kali (180 hari) Kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang pegawai masih berkelayakan 120 hari