SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
ORIGAMI.
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun
kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula
semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D.
oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari
hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih
mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah
tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya
dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh
seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu
Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak
turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.
Origami dipercaya telah wujud sejak Zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum
sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) saat upacara penyembahan,
wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata,
orisui atau punorimono.Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau
diperbolehkan. Bentuk yang dikenal pada zaman Kamakura (1185-1333) adalah
noshi. Noshi adalah singkatan dari noshi-awabi, iaitu daging tiram nipis yang dijemur
dan dianggap sebagai hidangan istimewa orang-orang Jepun. Noshi dianggap sebagai
pembawa keberuntungan pada siapa saja yang menerimanya.Senjak Zaman
Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong kertas telah dihentikan.
Origami kemudian berkembang menjadi suatu cara memisahkan masyarakat golongan
kelas atas dan kelas bawah. Samurai mengikuti ajaran Ise sementara masyarakat biasa
mengikutajaranOgasawara.
Dalam perkembangannya origami telah menjadi begitu identik dengan budaya Jepun,
yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke masa. Origami terutama
berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi. Saat ini
origami telah menjadi sesuatu yang tidak terpisah dari budaya orang Jepun. Terutama
dalam dalam upacara adat keugamaan Shinto yang tetap dipertahankan.
Dalam tradisi shinto, kertas segi empat dipotong dan dilipat menjadi lambang
simbolik Dewata dan digantung di Kotai Jingu (Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai
sembahan. Pada upacara perkawinan Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan (o-
cho) dan rama rama betina (me-cho) menggunakan asas bom air “water bom”,
membalut botol sake (arak beras) sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan.
Selain itu Origami juga digunakan untuk upacara keagamaan yang lain. Pada
mulaannya Origami hanya diajarkan secara lisan. Panduan tertulis membuat origami
dikesan terdapat dalam buku Senbazuru Orikata (Bagaimana Melipat Seribu Burung
Jenjang/Orizuru) pada1797. Ketika itu origami masih dikenali sebagai orikata. Buku
ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang
berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO
yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya
sebagai Senbazuru Orikata.
Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat
lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 suatu
naskah tulisan lain berjudul Kayaragusa diterbitkan. Naskah ini berisi 2 bahagian
origami , iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakannya merupakan model origami
yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku “Sekejap mata
menghasilkan burung kertas” memperlihatkan bagaimana burung dihasilkan dari
kertas. Kemudian pada tahun 1845 kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepang
ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku itu berisi lebih kurang 150
contohorigami,termasukmodelkatak. Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu mulai
orang dengan Origami. Kata itu berasal dari bahasa Jepun oru (melipat) dan kami
(kertas). Kata origami kemudian mulai menggantikan istilah orikata, orisui ataupun
orimono. Pada zaman Showa (1926-1989) origami kurang diminati dan hanya noshi
yang masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu
kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram, atau
ikan.
Pada zaman Edo (1600-1868) produksi kertas yang berlimpah menjadikan kertas
mudah diperoleh. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada akhir zaman
Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung jenjang (Orizuru), katak, kapal dan
balon yang masih tetap dikenal hingga sekarang. Pada era Genroku (1688-1704),
corak kain origami burung jenjang (Orizuru), dan corak pelbagai bot menjadi popular
dan sering dibuat dalam corak kain Ukiyoe. Ini membuka ruang origami untuk
berkembang lebih luas pada masa sekarang. Pada zaman Meiji (1868-1912), origami
digunakan sebagai alat mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar. Itu semua
berkat pengaruh dari ahli pendidikan Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782-1852).
Beliau adalah seorang pendidik Jerman pada abad ke-19. Beliau menggunakan
origami tradisional Eropah untuk menghasilkan bentuk geometrik. Konsep ini
kemudian dipakai secara meluas di Taman Kanak-kanak di Jepun.
Origami Di barat
Pada tahun 1920 banyak buku-buku mengenai keajaiban kertas untuk dibuat menjadi
pelbagai perkara termasuk bentuk dilipat telah dikeluarkan. Ia termasuk Kertas Ajaib
(Paper Magic) oleh Will Blythe 1920 dan Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Harry
Houdini pada 1922. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti
“Beria dengan Melipat” oleh W.D.Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika
Syarikat pada 1928. Ia masih dicetak dengan tajuk “Mula Melipat Kertas”. Seorang
rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan
Kertas” di Landon pada 1937. Kedua buku ini menjadikan buku panduan asas origami
semenjak itu. Pada 1930 ramai ahli silap mula menonjolkan penggunaan wang kertas
untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain dalam pertunjukan mereka.
Origami Di Sepanyol dan Argentina
Dua orang Sepanyol yang diakui mengembangkan papiroflexia sebagai kebudayaan
Sepanyol adalah Miguel Unamuno (1864-1936) dan Ismael Adolfo Cerceda, yang
berasal daripada Buenos Aires, Argentina. Migue Unamano merupakan ahli falsafah
Sepanyol dan juga Rector Universiti Salamanca. Dia meninggal pada 31 December
1936 pada permulaan Peperangan Saudara Sepanyol. Beliau yang mempopularkan
asas burung dan pusingan sisi (sideways turn) dan telah menghasilkan satu penulisan
lucu pendek mengenai pajarita (burung kecil) pada 1902. Unamuno mempunyai ramai
peminat di Sepanyol dan Argentina.
Ismael Adolfo Cerceda pula merupakan pelontar pisau Argentina yang menggunakan
Origami untuk menenangkan fikiran. Kebolehannya menggalakkan pengasas
papiroflexia yang lain. Daripada kedua pengasas di atas, origami berkembang dalam
masyarakat barat secara perlahan-lahan terutamanya sebagai permainan kanak-kanak.
Selain itu, pada tahun 1700 origami digunakan secara meluas oleh ramai silap mata
sebagai salah satu aksi silapmata untuk menghasilkan burung daripada kertas
(Orizuru) ataupun kipas ajaib (kertas berlipat yang digunakan untuk membuat
pelbagai bentuk.)
Origami Moden
Origami moden yang memperkenalkan bentuk lipatan corak baru yang berlainan
dengan corak klasik mulai diperkenalkan oleh Akira Yoshizawa di Jepun apabila hasil
kerja beliau mengenai bentuk ramalan bintang diterbitkan dalam majalah “Asahi
Graf” untuk keluaran January 1952. Ini di ikuti dengan pameran hasil kerjanya di
Museum Stadtlich di Amsterdam pada November 1955. Beliaulah orang yang
mempopularkan bentuk-bentuk origami baru yang berlainan daripada bentuk origami
traditional. Dia turut memperkenalkan bentuk awal haiwan berkaki empat dengan
menggabungkan 2 keping kertas yang berlipat. Semenjak itu pelipat kertas yang lain
telah berjaya memajukan asas “Blintzed” untuk membolehkan lipatan haiwan berkaki
empat di buat daripada sekeping kertas tanpa dipotong.
Pameran Origaminya pada 1960an mempopularkan Origami di barat. Akira
Yoshizawa bersama Sam Randlett kemudiannya telah mengasaskan sistem garisan
dan anak panah yang digunakan sebagai arahan tentang cara melipat Origami yang
boleh difahami oleh semua orang tanpa mengira bahasa. Akira Yoshizawa telah
dianggap warisan hidup Jepun telahpun berusia 83 pada tahun 1999. Akira Yoshizawa
sendiri telah menghasilkan hampir 50,000 bentuk dan dia menekankan kepada
ketelitian dan ketepatan dalam bentuk untuk objek origami.
Pada masa sekarang terdapat ramai pakar origami di seluruh dunia yang menghasilkan
model yang mengkagumkan. Sekiranya dahulu, bentuk badan dan kaki hanya
dibayangkan, sekarang bentuk anatomi yang tepat telah berjaya dihasilkan. Cabaran
pada masa sekarang adalah untuk menghasilkan serangga dari spesies yang khusus
dan boleh dikenali dengan tepat. Selain daripada pencapaian teknikal, kesenian
origami juga berkembang pesat.
http://hafizmnordin.blogspot.com/2009/10/seni-arca.html
TOPENG.
Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan,
persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu
untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka,
walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan
kepala si pemakai.
Negara China yang mempunyai tamadun tertua di dunia, dikesan memulakan budaya
topeng yang tertua. Penggunaan topeng digunakan dalam opera China sejak 3000
tahun yang lalu. Pada mulanya, topeng yang dipakai dalam bentuk lukisan muka
untuk mengerunkan lawan dalam medan perang seperti yang dipakai oleh Maharaja
Lan Lin dari negeri Paichi. Kemudian, topeng telah digunakan di pentas-pentas untuk
melakonkan watak-watak terkenal dalam peperangan di seluruh Negara China. Dalam
teater China, topeng bukan sekadar untuk kecantikan muka, malah ia membawa
perwatakan serta symbol tertentu. Warna dikaitakan dengan watak tertentu
umpamanya merah menunjukkan kejujuran, putih kejahatan, pengarapan warna
merah,kuning dan hijau menunjukkan kegagahan. Negara Jepun juga tudak kurang
hebatnya dalam membudayakan topeng. Teater rakyat serta drama tradisional Jepun
seperti Noh, Bunraku dan Kabuki menggunakan topeng yang pelbagai saiz dan jenis.
Topeng ini diperbuat daripada kayu ringan dan kertas serta dihias dengan rambut
manusia untuk mengwujudkan satu persona mistik. Seni topeng dipakai untuk
memberi lambang serta identiti sesuatu masyarakat.
Topeng Bali yang terkenal dapat dilihat melalui ragam hiasnya yang unik. Misalnya
topeng yang dinaggap suci selalunya diukir dengan teliti dan halus. Pembuat topeng
terdiri daripada keluarga Brahim yang tinggi mertabanya. Mereka mewarisi kesenian
tersebut melalui keturunan mereka yang arif dalam pengukiran topeng Mereka harus
mengetahui adat serta ritual tertentu yang dipanggil ‘Dharmaning Sangging’ sebelum
boleh memulakan kerja membaut topeng tersebut. Topeng yang dianggap tinggi
mutunya adalah yang mempunyai gaya naturalistic serta berbentuk bundar. Setiap
topeng berkualiti mendapat sapuan gelatine berlapis-lapis sebelum dihiasi warna
putih, merah dan hijau.ia mempunyai bahagian mulut yang sederhana dengan bibir
yang agak tebal, gigi diukir atau dipadankan dengan gigi khinzir dan rambut yang
sebenar ataupun daripada bulu kuda. Terdapat juga kulit kambing digunakan bagi
menghiasi topeng tersebut. Kayu pulai ditanam khas digunakan untuk mengukir
patung tersebut. Kadang kala pokok yang ditanam telah dibentuk sedemikian rupa
secara semulajadi supaya sesuai dibuat topeng.
Pengaruh topeng seterusnya juga mempengaruhi pergerakan seni visual tempatan.
Pelukis generasi pertama dan muda tanah air seperti Abdul Latif Mohidin, Lee Kian
Seng, Awang Damit, Yusof Ghani, wong Cheong, Azizan Paiman dan Rosli Zakaria
tidak ketinggalan dipengaruhi unsur topeng dalam karya-karya mereka. Yusof Ghani,
seniman prolifik Malaysia mengambil ilham dari topeng pribumi Sabah dan Sarawak
bagi menghasilkan karya beliau “Siri Topeng”. Latif Mohidin pula tidak ketinggalan
menghasilkan karya “Siri Langkawi” yang dipadankan dari topeng tradisional.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Topeng
DIORAMA
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan
supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi..Objek yang hendak disusun boleh
digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti
kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,
benang dan bahan hiasan yang sesuai. Keseluruhan bahan ini mudah diperolehi
dipasaran dan bahan-bahan yang berada di persekitaran kita. Oleh yang demikian, kita
mudah untuk menghasilkan diorama.
MOBAIL
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas
siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak ,
berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika
bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi
untuk membolehkannya bebas bergerak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan mobail adalah seperti dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan
ringan yang sesuai digantung.
Pengarca seterusnya dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau
dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk
beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang
kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang
kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum
menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan
karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika
Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “Horizontal Spines ” Imej
http://www.e-dukasi.net/pengpop/pp_full.php?ppid=317&fname=/teknik.htm
i. Setiap folder yang disediakan hendaklah sertakan sekali skrip atau
langkah-langkah pengajaran yang boleh digunakan bagi bahan tersebut.
Origami.
Langkah-langkah pengajaran :
1 . Sediakan sekeping kertas segi empat tepat yang berukuran 4cm x 7 cm.
2. Lipat 2 kertas tadi secara melintang.
3. Buka kembali kertas tadi.
4. Lipat kertas tadi secara memanjang.
5. Buka lipatan dan lipat separuh kertas secara memanjang di kedua-dua
bahagian.
6. Lipat kembali secara melintang kembali.
7. Lipat kedua-dua hujung kertas membentuk segi tiga.
8. Buka kembali lipatan hujung segitiga tadi.
9. Kemudian tekan ke dalam seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. Buat
pada kedua-dua bucu.
10. Setelah dibentuk kertas akan jadi seperti berikut. Kemudian lipat bahagian
kecil pada kesemua sisi di atas dan di bawah kertas tersebut.
11. Kertas akan jadi bentuk berikut.
12. Buka bahagian atas dan membentuk kotak. Sisipkan bahagian bawah untuk
menjadi gelung. Maka jadilah origami berbentuk cincin.
Topeng
Langkah-langkah pengajaran membuat topeng.
1. Tiup belon dengan saiz yang sederhana. Sapukan air pada permukaan belon
tersebut.
2. Tampalkan carikan kertas surat khabar lama pada permukaan belon. Tampal
sebahagian atau separuh sahaja permukaan belon.Tampalan mesti menutupi
permukaan belon.
3. Langkah seterusnya, sapu gam pada kertas tisu dan tampal atau lekat diatas
permukaan kertas surat khabar yang menutupi permukaan belon. Ulang tampalan ini
sehingga agak tebal. Biarkan keriang.
4. Setelah kering, tanggalkan kertas yang ditampal dari permukaan belon. Kemudian
lakar bentuk mata, hidung dan mulut pada permukaan kertas tadi. Tebuk bahagian
yang dilakarkan.
5. Akhirnya, warnakan muka topeng dengan warna yang ceria.
ii. Masukkan juga satu elemen ‘wajib’ iaitu sembang-sembang yang membawa
maksud bentuk-bentuk perbualan yang boleh mencetuskan idea bernas atau kreatif
semasa proses membina bahan bersama murid bagi mengilham dan mencetuskan idea
kreativiti murid bagi melahirkan penduduk Malaysia yang punyai wawasan
Origami.
Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :
1. Membina origami seperti yang telah ditunjukkan kepada murid..
2. Menghayati kesenian yang terdapat pembuatan origami.
Bahan-bahan :
1. kertas fotocopy biasa
Langkah-langkah sembang-sembang..
1. Guru menunjukkan satu origami yang telah siap kepada murid sebagai langkah
set induksi. Guru bertanya kepada murid samaada pernah atau tidak melihat
objek yang ditunjukkan..
2. Melalui penayangan video, murid menghayati projek origami yang akan
dibuat. Murid bercerita tentang jenis hasilan yang ditonton. Mereka
menyatakan kecantikan bentuk tesebut.
3. Apakah bentuk origami yang telah terhasil. Jadi sebelum membentuk sesuatu
origami, murid perlu belajar jenis teknik lipatan dalam seni origami.
4. Setelah itu, murid perlu memikirkan tema untuk penghasilan origami.
Memberitahu murid bahawa tema origami selalunya berkaitan dengan alam
semula jadi seperti haiwan, benda maujud seperti cincin dan alam tumbuhan
seperti bunga.
5. Kini kita memilih tema alam benda iaitu cincin.Murid bercerita tentang cincin
seperti majlis pertunangan, emak mereka ada yang memakai cincin. Murid
juga diberikan lakaran mudah langkah-langkah melibat origami cincin.
6. Dengan bimbingan guru serta tayangan semua video membuat origami cincin,
murid meneruskan aktiviti melipat origami tersebut.
Topeng.
Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :
1. Memahami konsep topeng dalam penghasilan seni.
2. Menghayati kesenian dalam pembuatan topeng.
Bahan-bahan :
Kertas tisu, kertas tumbuk, gam, kertas poli alumanium, warna
Langkah-langkah sembang-sembang.
1. Guru masuk kelas dengan memakai topeng ketika masuk.
2. Murid mengecam jenis topeng yang dipakai ialah topeng ”power rengges”.
Cantik atau tidak topeng yang dipakai oleh cikgu. Orang tak kenal kita apabila
kita memakai topeng.
3. Guru menayangkan sedutan video cerita “mask man”. Hari ini cikgu akan
mengajar membuat topeng. Sebelum ini guru berharap murid biasa membeli
topeng. Tapi hari ini kita akan membuat topeng sendiri.
4. Selalunya topeng akan berbentuk muka samaada muka haiwan atau unsur
hidup yang bersesuaian. Tapi kali ini kita akan membina topeng berdasarkan
muka impian murid-murid. Guru bertanyakan apa asas yang ada pada muka
manusia. Murid menyatakan terdapat mata, hidung dan mulut.
5. Setelah dibuat kesemua asas yang dinyatakan, bagaimana cara kita hendak
mencantikkan topeng tersebut. Murid menyatakan mereka akan mewarnakan
pipi topeng dan meletakkan warna merah disekeliling bentuk mulut. Ini kata
mereka akan mencantikan topeng hasilan mereka.
6. Melalui tayangan vedio, cara dan langkah ditunjukan agar murid dapat
melihat cara membuat topeng. Projek membuat topeng bermula. Guru
memberikan bimbingan kepada murid.
Diorama.
Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :
1. Memahami konsep diorama dalam penghasilan seni.
2. Melahirkan kreativiti seni diorama berdasarkan imegenasi sendiri.
Langkah-langkah sembang-sembang.
1. Siapa yang berminat memelihara ikan di rumah. Murid menyatakan ada
memelihara ikan di rumah mereka.
2. Guru bertanyakan kepada murid dimana ikan dipelihara. Murid memberikan
respon dengan menyatakan ikan dipelihara di dalam akuarium.
3. Guru mencungkil pendapat murid tentang benda-benda yang terdapat dalam
akuarium. Murid bercerita terdapat air, batu, motor oksigen, rumput plastik,
ikan kecil seperti ikan emas, ikan kelisa, ikan guppy dan lain-lain.
4. Guru menunjukkan gambar sebuah akuarium melalui tayang LCD. Murid
memberikan respon tentang gambar yang dilihat. Mereka menyatakan apa
yang mereka lihat.
5. Kemudian guru menunjukkan sebuah model diorama sebuah akuarium yang
sudah siap. Murid memerhati dan bertanya soalan mengenai model yang
ditunjukkan.
6. Guru menyatakan tujuan murid membawa kotak, benang dan kertas keras.
Hari ini kita akan membuat sebuah diorama berkenaan sebuah akuarium
mudah. Projek dimulakan dengan bimbingan guru.

More Related Content

Viewers also liked

Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Latihan Penulisan Bahasa Melayu Tahun 3
Latihan Penulisan Bahasa Melayu  Tahun 3Latihan Penulisan Bahasa Melayu  Tahun 3
Latihan Penulisan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Tatabahasa tahun 6
Tatabahasa tahun 6Tatabahasa tahun 6
Tatabahasa tahun 6Nurul Adiani
 
Item penulisan UPSR
Item penulisan  UPSR Item penulisan  UPSR
Item penulisan UPSR PAKLONG CIKGU
 
Dokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaDokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaZu Ra
 
Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosionalWan Azmi
 
KOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIA
KOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIAKOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIA
KOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIAEman Syukur
 
Kertas kerja kemerdekaan
Kertas kerja kemerdekaanKertas kerja kemerdekaan
Kertas kerja kemerdekaanArash Asrab
 
Ujian penulisan bm th4
Ujian penulisan bm th4Ujian penulisan bm th4
Ujian penulisan bm th4PAKLONG CIKGU
 
Latihan B.Melayu Tahun3
Latihan B.Melayu Tahun3Latihan B.Melayu Tahun3
Latihan B.Melayu Tahun3PAKLONG CIKGU
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajianmilatusamsi
 
Matematik : Wang Tahun 3
Matematik :  Wang Tahun 3Matematik :  Wang Tahun 3
Matematik : Wang Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
muka jam - masa dan waktu tahun 3
muka jam - masa dan waktu tahun 3muka jam - masa dan waktu tahun 3
muka jam - masa dan waktu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3
Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3
Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3PAKLONG CIKGU
 

Viewers also liked (20)

Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
 
Perkembagan fizikal
Perkembagan fizikalPerkembagan fizikal
Perkembagan fizikal
 
Lembaran kerja KVKV
Lembaran kerja KVKVLembaran kerja KVKV
Lembaran kerja KVKV
 
Latihan Penulisan Bahasa Melayu Tahun 3
Latihan Penulisan Bahasa Melayu  Tahun 3Latihan Penulisan Bahasa Melayu  Tahun 3
Latihan Penulisan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Tatabahasa tahun 6
Tatabahasa tahun 6Tatabahasa tahun 6
Tatabahasa tahun 6
 
Item penulisan UPSR
Item penulisan  UPSR Item penulisan  UPSR
Item penulisan UPSR
 
Dokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerjaDokumen.tips kertas kerja
Dokumen.tips kertas kerja
 
Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosional
 
KOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIA
KOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIAKOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIA
KOHESI, KOHERENSI, DAN JENIS WACANA BAHASA INDONESIA
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
Kertas kerja kemerdekaan
Kertas kerja kemerdekaanKertas kerja kemerdekaan
Kertas kerja kemerdekaan
 
kad bacaan KVKV
kad bacaan KVKVkad bacaan KVKV
kad bacaan KVKV
 
Ujian penulisan bm th4
Ujian penulisan bm th4Ujian penulisan bm th4
Ujian penulisan bm th4
 
Latihan B.Melayu Tahun3
Latihan B.Melayu Tahun3Latihan B.Melayu Tahun3
Latihan B.Melayu Tahun3
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Kertas kerja program
Kertas kerja programKertas kerja program
Kertas kerja program
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
 
Matematik : Wang Tahun 3
Matematik :  Wang Tahun 3Matematik :  Wang Tahun 3
Matematik : Wang Tahun 3
 
muka jam - masa dan waktu tahun 3
muka jam - masa dan waktu tahun 3muka jam - masa dan waktu tahun 3
muka jam - masa dan waktu tahun 3
 
Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3
Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3
Mikropengajaran matematik pecahan tahun 3
 

Similar to TEATER TOPENG

Similar to TEATER TOPENG (11)

Jepang origami
Jepang origamiJepang origami
Jepang origami
 
Kebudayaan jepang
Kebudayaan jepangKebudayaan jepang
Kebudayaan jepang
 
Arca nota ting 5
Arca nota ting 5Arca nota ting 5
Arca nota ting 5
 
Budaya jepang
Budaya jepangBudaya jepang
Budaya jepang
 
Jepankk
JepankkJepankk
Jepankk
 
Jepankk
JepankkJepankk
Jepankk
 
Jepankk
JepankkJepankk
Jepankk
 
Kebudayaan Jepang
Kebudayaan JepangKebudayaan Jepang
Kebudayaan Jepang
 
Sejarah batik indonesia, baju batik solo
Sejarah batik indonesia, baju batik soloSejarah batik indonesia, baju batik solo
Sejarah batik indonesia, baju batik solo
 
Nota origami ppt
Nota origami pptNota origami ppt
Nota origami ppt
 
Sejarah cetakan
Sejarah cetakanSejarah cetakan
Sejarah cetakan
 

More from PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

More from PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 

TEATER TOPENG

  • 1. ORIGAMI. Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi. Origami dipercaya telah wujud sejak Zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) saat upacara penyembahan, wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata, orisui atau punorimono.Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau diperbolehkan. Bentuk yang dikenal pada zaman Kamakura (1185-1333) adalah noshi. Noshi adalah singkatan dari noshi-awabi, iaitu daging tiram nipis yang dijemur dan dianggap sebagai hidangan istimewa orang-orang Jepun. Noshi dianggap sebagai pembawa keberuntungan pada siapa saja yang menerimanya.Senjak Zaman Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong kertas telah dihentikan. Origami kemudian berkembang menjadi suatu cara memisahkan masyarakat golongan kelas atas dan kelas bawah. Samurai mengikuti ajaran Ise sementara masyarakat biasa mengikutajaranOgasawara. Dalam perkembangannya origami telah menjadi begitu identik dengan budaya Jepun, yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke masa. Origami terutama berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi. Saat ini origami telah menjadi sesuatu yang tidak terpisah dari budaya orang Jepun. Terutama
  • 2. dalam dalam upacara adat keugamaan Shinto yang tetap dipertahankan. Dalam tradisi shinto, kertas segi empat dipotong dan dilipat menjadi lambang simbolik Dewata dan digantung di Kotai Jingu (Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai sembahan. Pada upacara perkawinan Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan (o- cho) dan rama rama betina (me-cho) menggunakan asas bom air “water bom”, membalut botol sake (arak beras) sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan. Selain itu Origami juga digunakan untuk upacara keagamaan yang lain. Pada mulaannya Origami hanya diajarkan secara lisan. Panduan tertulis membuat origami dikesan terdapat dalam buku Senbazuru Orikata (Bagaimana Melipat Seribu Burung Jenjang/Orizuru) pada1797. Ketika itu origami masih dikenali sebagai orikata. Buku ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya sebagai Senbazuru Orikata. Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 suatu naskah tulisan lain berjudul Kayaragusa diterbitkan. Naskah ini berisi 2 bahagian origami , iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakannya merupakan model origami yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku “Sekejap mata menghasilkan burung kertas” memperlihatkan bagaimana burung dihasilkan dari kertas. Kemudian pada tahun 1845 kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepang ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku itu berisi lebih kurang 150 contohorigami,termasukmodelkatak. Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu mulai orang dengan Origami. Kata itu berasal dari bahasa Jepun oru (melipat) dan kami (kertas). Kata origami kemudian mulai menggantikan istilah orikata, orisui ataupun orimono. Pada zaman Showa (1926-1989) origami kurang diminati dan hanya noshi yang masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram, atau ikan. Pada zaman Edo (1600-1868) produksi kertas yang berlimpah menjadikan kertas mudah diperoleh. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada akhir zaman Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung jenjang (Orizuru), katak, kapal dan
  • 3. balon yang masih tetap dikenal hingga sekarang. Pada era Genroku (1688-1704), corak kain origami burung jenjang (Orizuru), dan corak pelbagai bot menjadi popular dan sering dibuat dalam corak kain Ukiyoe. Ini membuka ruang origami untuk berkembang lebih luas pada masa sekarang. Pada zaman Meiji (1868-1912), origami digunakan sebagai alat mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar. Itu semua berkat pengaruh dari ahli pendidikan Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782-1852). Beliau adalah seorang pendidik Jerman pada abad ke-19. Beliau menggunakan origami tradisional Eropah untuk menghasilkan bentuk geometrik. Konsep ini kemudian dipakai secara meluas di Taman Kanak-kanak di Jepun. Origami Di barat Pada tahun 1920 banyak buku-buku mengenai keajaiban kertas untuk dibuat menjadi pelbagai perkara termasuk bentuk dilipat telah dikeluarkan. Ia termasuk Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Will Blythe 1920 dan Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Harry Houdini pada 1922. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “Beria dengan Melipat” oleh W.D.Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada 1928. Ia masih dicetak dengan tajuk “Mula Melipat Kertas”. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di Landon pada 1937. Kedua buku ini menjadikan buku panduan asas origami semenjak itu. Pada 1930 ramai ahli silap mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain dalam pertunjukan mereka. Origami Di Sepanyol dan Argentina Dua orang Sepanyol yang diakui mengembangkan papiroflexia sebagai kebudayaan Sepanyol adalah Miguel Unamuno (1864-1936) dan Ismael Adolfo Cerceda, yang berasal daripada Buenos Aires, Argentina. Migue Unamano merupakan ahli falsafah Sepanyol dan juga Rector Universiti Salamanca. Dia meninggal pada 31 December 1936 pada permulaan Peperangan Saudara Sepanyol. Beliau yang mempopularkan asas burung dan pusingan sisi (sideways turn) dan telah menghasilkan satu penulisan lucu pendek mengenai pajarita (burung kecil) pada 1902. Unamuno mempunyai ramai peminat di Sepanyol dan Argentina. Ismael Adolfo Cerceda pula merupakan pelontar pisau Argentina yang menggunakan Origami untuk menenangkan fikiran. Kebolehannya menggalakkan pengasas
  • 4. papiroflexia yang lain. Daripada kedua pengasas di atas, origami berkembang dalam masyarakat barat secara perlahan-lahan terutamanya sebagai permainan kanak-kanak. Selain itu, pada tahun 1700 origami digunakan secara meluas oleh ramai silap mata sebagai salah satu aksi silapmata untuk menghasilkan burung daripada kertas (Orizuru) ataupun kipas ajaib (kertas berlipat yang digunakan untuk membuat pelbagai bentuk.) Origami Moden Origami moden yang memperkenalkan bentuk lipatan corak baru yang berlainan dengan corak klasik mulai diperkenalkan oleh Akira Yoshizawa di Jepun apabila hasil kerja beliau mengenai bentuk ramalan bintang diterbitkan dalam majalah “Asahi Graf” untuk keluaran January 1952. Ini di ikuti dengan pameran hasil kerjanya di Museum Stadtlich di Amsterdam pada November 1955. Beliaulah orang yang mempopularkan bentuk-bentuk origami baru yang berlainan daripada bentuk origami traditional. Dia turut memperkenalkan bentuk awal haiwan berkaki empat dengan menggabungkan 2 keping kertas yang berlipat. Semenjak itu pelipat kertas yang lain telah berjaya memajukan asas “Blintzed” untuk membolehkan lipatan haiwan berkaki empat di buat daripada sekeping kertas tanpa dipotong. Pameran Origaminya pada 1960an mempopularkan Origami di barat. Akira Yoshizawa bersama Sam Randlett kemudiannya telah mengasaskan sistem garisan dan anak panah yang digunakan sebagai arahan tentang cara melipat Origami yang boleh difahami oleh semua orang tanpa mengira bahasa. Akira Yoshizawa telah dianggap warisan hidup Jepun telahpun berusia 83 pada tahun 1999. Akira Yoshizawa sendiri telah menghasilkan hampir 50,000 bentuk dan dia menekankan kepada ketelitian dan ketepatan dalam bentuk untuk objek origami. Pada masa sekarang terdapat ramai pakar origami di seluruh dunia yang menghasilkan model yang mengkagumkan. Sekiranya dahulu, bentuk badan dan kaki hanya dibayangkan, sekarang bentuk anatomi yang tepat telah berjaya dihasilkan. Cabaran pada masa sekarang adalah untuk menghasilkan serangga dari spesies yang khusus dan boleh dikenali dengan tepat. Selain daripada pencapaian teknikal, kesenian origami juga berkembang pesat.
  • 5. http://hafizmnordin.blogspot.com/2009/10/seni-arca.html TOPENG. Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka, walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan kepala si pemakai. Negara China yang mempunyai tamadun tertua di dunia, dikesan memulakan budaya topeng yang tertua. Penggunaan topeng digunakan dalam opera China sejak 3000 tahun yang lalu. Pada mulanya, topeng yang dipakai dalam bentuk lukisan muka untuk mengerunkan lawan dalam medan perang seperti yang dipakai oleh Maharaja Lan Lin dari negeri Paichi. Kemudian, topeng telah digunakan di pentas-pentas untuk melakonkan watak-watak terkenal dalam peperangan di seluruh Negara China. Dalam teater China, topeng bukan sekadar untuk kecantikan muka, malah ia membawa perwatakan serta symbol tertentu. Warna dikaitakan dengan watak tertentu umpamanya merah menunjukkan kejujuran, putih kejahatan, pengarapan warna merah,kuning dan hijau menunjukkan kegagahan. Negara Jepun juga tudak kurang hebatnya dalam membudayakan topeng. Teater rakyat serta drama tradisional Jepun seperti Noh, Bunraku dan Kabuki menggunakan topeng yang pelbagai saiz dan jenis. Topeng ini diperbuat daripada kayu ringan dan kertas serta dihias dengan rambut manusia untuk mengwujudkan satu persona mistik. Seni topeng dipakai untuk memberi lambang serta identiti sesuatu masyarakat. Topeng Bali yang terkenal dapat dilihat melalui ragam hiasnya yang unik. Misalnya topeng yang dinaggap suci selalunya diukir dengan teliti dan halus. Pembuat topeng terdiri daripada keluarga Brahim yang tinggi mertabanya. Mereka mewarisi kesenian tersebut melalui keturunan mereka yang arif dalam pengukiran topeng Mereka harus mengetahui adat serta ritual tertentu yang dipanggil ‘Dharmaning Sangging’ sebelum boleh memulakan kerja membaut topeng tersebut. Topeng yang dianggap tinggi mutunya adalah yang mempunyai gaya naturalistic serta berbentuk bundar. Setiap topeng berkualiti mendapat sapuan gelatine berlapis-lapis sebelum dihiasi warna
  • 6. putih, merah dan hijau.ia mempunyai bahagian mulut yang sederhana dengan bibir yang agak tebal, gigi diukir atau dipadankan dengan gigi khinzir dan rambut yang sebenar ataupun daripada bulu kuda. Terdapat juga kulit kambing digunakan bagi menghiasi topeng tersebut. Kayu pulai ditanam khas digunakan untuk mengukir patung tersebut. Kadang kala pokok yang ditanam telah dibentuk sedemikian rupa secara semulajadi supaya sesuai dibuat topeng. Pengaruh topeng seterusnya juga mempengaruhi pergerakan seni visual tempatan. Pelukis generasi pertama dan muda tanah air seperti Abdul Latif Mohidin, Lee Kian Seng, Awang Damit, Yusof Ghani, wong Cheong, Azizan Paiman dan Rosli Zakaria tidak ketinggalan dipengaruhi unsur topeng dalam karya-karya mereka. Yusof Ghani, seniman prolifik Malaysia mengambil ilham dari topeng pribumi Sabah dan Sarawak bagi menghasilkan karya beliau “Siri Topeng”. Latif Mohidin pula tidak ketinggalan menghasilkan karya “Siri Langkawi” yang dipadankan dari topeng tradisional. http://ms.wikipedia.org/wiki/Topeng DIORAMA Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi..Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai. Keseluruhan bahan ini mudah diperolehi dipasaran dan bahan-bahan yang berada di persekitaran kita. Oleh yang demikian, kita mudah untuk menghasilkan diorama.
  • 7. MOBAIL Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan mobail adalah seperti dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung. Pengarca seterusnya dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “Horizontal Spines ” Imej http://www.e-dukasi.net/pengpop/pp_full.php?ppid=317&fname=/teknik.htm i. Setiap folder yang disediakan hendaklah sertakan sekali skrip atau langkah-langkah pengajaran yang boleh digunakan bagi bahan tersebut.
  • 8. Origami. Langkah-langkah pengajaran : 1 . Sediakan sekeping kertas segi empat tepat yang berukuran 4cm x 7 cm. 2. Lipat 2 kertas tadi secara melintang. 3. Buka kembali kertas tadi.
  • 9. 4. Lipat kertas tadi secara memanjang. 5. Buka lipatan dan lipat separuh kertas secara memanjang di kedua-dua bahagian. 6. Lipat kembali secara melintang kembali.
  • 10. 7. Lipat kedua-dua hujung kertas membentuk segi tiga. 8. Buka kembali lipatan hujung segitiga tadi.
  • 11. 9. Kemudian tekan ke dalam seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. Buat pada kedua-dua bucu. 10. Setelah dibentuk kertas akan jadi seperti berikut. Kemudian lipat bahagian kecil pada kesemua sisi di atas dan di bawah kertas tersebut.
  • 12. 11. Kertas akan jadi bentuk berikut. 12. Buka bahagian atas dan membentuk kotak. Sisipkan bahagian bawah untuk menjadi gelung. Maka jadilah origami berbentuk cincin.
  • 14. 1. Tiup belon dengan saiz yang sederhana. Sapukan air pada permukaan belon tersebut. 2. Tampalkan carikan kertas surat khabar lama pada permukaan belon. Tampal sebahagian atau separuh sahaja permukaan belon.Tampalan mesti menutupi permukaan belon.
  • 15. 3. Langkah seterusnya, sapu gam pada kertas tisu dan tampal atau lekat diatas permukaan kertas surat khabar yang menutupi permukaan belon. Ulang tampalan ini sehingga agak tebal. Biarkan keriang.
  • 16. 4. Setelah kering, tanggalkan kertas yang ditampal dari permukaan belon. Kemudian lakar bentuk mata, hidung dan mulut pada permukaan kertas tadi. Tebuk bahagian yang dilakarkan. 5. Akhirnya, warnakan muka topeng dengan warna yang ceria.
  • 17. ii. Masukkan juga satu elemen ‘wajib’ iaitu sembang-sembang yang membawa maksud bentuk-bentuk perbualan yang boleh mencetuskan idea bernas atau kreatif semasa proses membina bahan bersama murid bagi mengilham dan mencetuskan idea kreativiti murid bagi melahirkan penduduk Malaysia yang punyai wawasan Origami. Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat : 1. Membina origami seperti yang telah ditunjukkan kepada murid.. 2. Menghayati kesenian yang terdapat pembuatan origami. Bahan-bahan : 1. kertas fotocopy biasa Langkah-langkah sembang-sembang.. 1. Guru menunjukkan satu origami yang telah siap kepada murid sebagai langkah set induksi. Guru bertanya kepada murid samaada pernah atau tidak melihat objek yang ditunjukkan.. 2. Melalui penayangan video, murid menghayati projek origami yang akan dibuat. Murid bercerita tentang jenis hasilan yang ditonton. Mereka menyatakan kecantikan bentuk tesebut. 3. Apakah bentuk origami yang telah terhasil. Jadi sebelum membentuk sesuatu origami, murid perlu belajar jenis teknik lipatan dalam seni origami. 4. Setelah itu, murid perlu memikirkan tema untuk penghasilan origami. Memberitahu murid bahawa tema origami selalunya berkaitan dengan alam
  • 18. semula jadi seperti haiwan, benda maujud seperti cincin dan alam tumbuhan seperti bunga. 5. Kini kita memilih tema alam benda iaitu cincin.Murid bercerita tentang cincin seperti majlis pertunangan, emak mereka ada yang memakai cincin. Murid juga diberikan lakaran mudah langkah-langkah melibat origami cincin. 6. Dengan bimbingan guru serta tayangan semua video membuat origami cincin, murid meneruskan aktiviti melipat origami tersebut. Topeng. Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat : 1. Memahami konsep topeng dalam penghasilan seni. 2. Menghayati kesenian dalam pembuatan topeng. Bahan-bahan : Kertas tisu, kertas tumbuk, gam, kertas poli alumanium, warna Langkah-langkah sembang-sembang. 1. Guru masuk kelas dengan memakai topeng ketika masuk. 2. Murid mengecam jenis topeng yang dipakai ialah topeng ”power rengges”. Cantik atau tidak topeng yang dipakai oleh cikgu. Orang tak kenal kita apabila kita memakai topeng. 3. Guru menayangkan sedutan video cerita “mask man”. Hari ini cikgu akan mengajar membuat topeng. Sebelum ini guru berharap murid biasa membeli topeng. Tapi hari ini kita akan membuat topeng sendiri. 4. Selalunya topeng akan berbentuk muka samaada muka haiwan atau unsur hidup yang bersesuaian. Tapi kali ini kita akan membina topeng berdasarkan muka impian murid-murid. Guru bertanyakan apa asas yang ada pada muka manusia. Murid menyatakan terdapat mata, hidung dan mulut.
  • 19. 5. Setelah dibuat kesemua asas yang dinyatakan, bagaimana cara kita hendak mencantikkan topeng tersebut. Murid menyatakan mereka akan mewarnakan pipi topeng dan meletakkan warna merah disekeliling bentuk mulut. Ini kata mereka akan mencantikan topeng hasilan mereka. 6. Melalui tayangan vedio, cara dan langkah ditunjukan agar murid dapat melihat cara membuat topeng. Projek membuat topeng bermula. Guru memberikan bimbingan kepada murid. Diorama. Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat : 1. Memahami konsep diorama dalam penghasilan seni. 2. Melahirkan kreativiti seni diorama berdasarkan imegenasi sendiri. Langkah-langkah sembang-sembang. 1. Siapa yang berminat memelihara ikan di rumah. Murid menyatakan ada memelihara ikan di rumah mereka. 2. Guru bertanyakan kepada murid dimana ikan dipelihara. Murid memberikan respon dengan menyatakan ikan dipelihara di dalam akuarium. 3. Guru mencungkil pendapat murid tentang benda-benda yang terdapat dalam akuarium. Murid bercerita terdapat air, batu, motor oksigen, rumput plastik, ikan kecil seperti ikan emas, ikan kelisa, ikan guppy dan lain-lain. 4. Guru menunjukkan gambar sebuah akuarium melalui tayang LCD. Murid memberikan respon tentang gambar yang dilihat. Mereka menyatakan apa yang mereka lihat. 5. Kemudian guru menunjukkan sebuah model diorama sebuah akuarium yang sudah siap. Murid memerhati dan bertanya soalan mengenai model yang ditunjukkan.
  • 20. 6. Guru menyatakan tujuan murid membawa kotak, benang dan kertas keras. Hari ini kita akan membuat sebuah diorama berkenaan sebuah akuarium mudah. Projek dimulakan dengan bimbingan guru.