Nota Sejarah PDRM
• Nota ini digunakan sebagai rujukan kelas Undang-
Undang SUKSIS UIAM Skuad 1/2013 di bawah
kendalian Sarjan Nazri
SEJARAH POLIS
• Zaman Tradisional Melayu
• Sistem polis boleh dilihat pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini,
peranan, tugas dan tanggungjawab polis
digabungkan dengan tugas-tugas
ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa
yang mengawal sistem ini, mempunyai
kuasa mutlak. Baginda juga menjadi
Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa
mengubal undang-undang. Undang-
undang terpenting pada zaman itu ialah
Hukum Kanun Melaka. Bendahara ialah
orang kedua tertinggi selepas baginda
Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat
Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh
bertindak sebagai Panglima Perang. Tun
Perak, yang bergelar Bendahara Paduka
Raja pernah memimpin angkatan tentera
Melaka untuk berperang.
• Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman
142-143:
• Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar
dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang
besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara,
hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka
titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia
Temenggung, "Adakah kawal semalam?"
• Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka
titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh
orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang,
dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang
itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka
sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku."
Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga
orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar
pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan
pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun
datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan
Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah
pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap
dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal
ehwal semalam, semua dikatakannya.......
• "Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika
bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada
ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja
berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka
diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang
bertupai, putus di bahunya......."
SEJARAH POLIS
• Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan
ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan
istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah,
membina penjara dan melaksanakan hukuman-
hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan
Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang.
Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga
pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar,
jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung
juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki
mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil,
mencari pengikut-pengikut yang amanah dan
berunding dengan rakan-rakan sejawat.
• Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga
mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas
utama pasukan ini adalah memungut cukai,
menguatkuasakan undang-undang dan menjaga
keselamatan kampung jagaannya. Sistem kepolisan
tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk
Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh
Alfonso de Albuquerque.
• Zaman Portugis dan Belanda
• Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh
askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511,
Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan.
Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan
menggunakan sistem "Kapitan". Pada 14 Januari
1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan
penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan
askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang
dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka
dengan menggunakan sistem ketenteraan di
samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang
diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis
yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan
apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya
menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard
adalah badan yang baru dan para pegawainya
terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di
Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah
orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah
Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di
kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu
meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman
Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah
pemerintahan Belanda. Sistem ini seterusnya
melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu,
yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.
SEJARAH POLIS
• Zaman Moden
• Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun
1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor
Tentera pada masa itu membenarkan Majlis
Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai
majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas
kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk
pada zaman itu. Organisasi Polis Moden di
Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil
termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of
Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang.
Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan
teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert
Peel pada tahun 1829. Jawatan baru yang
diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff
yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan
dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-
penduduk tempatan diambil dan berkhidmat
sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang-
orang barat yang bertugas sebagai High
Constables dikira sebagai khidmat masyarakat
dan tidak diberi gaji.
• James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang
pertama, manakala timbalannya ialah Andrew
Bone. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah
berbangsa British. Selepas itu organisasi ini
berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan
negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu,
organisasi polis adalah terhad kepada negeri
masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu
organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat
yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali
sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi
ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi
menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai
H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa
memantapkan organisasi polis selepas negara
melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun.
Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah
pemberontakan pihak komunis. Konsep "Bersedia
Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis
Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15
Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan
Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation
Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis
terhadap orang ramai serta mewujudkan
persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau
juga berharap dengan konsep "Bersedia
Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat
dikikis dan sebaliknya dihormati.
SEJARAH POLIS
• Hampir setahun selepas Hari
Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai
1958, DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, Almarhum
Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum
Tuanku Mohamad telah berkenan
mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada
Pasukan Polis Persekutuan Tanah
Melayu. Upacara ini dijalankan di
Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan
Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai
dari saat itu pasukan polis dikenali
dengan nama "Polis Diraja
Persekutuan" atau "The Royal
Federation of Malayan Police" dan
pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja
Malaysia.
• Bendera dan insignia dalam Polis Diraja
Malaysia ini berlatarbelakangkan warna
biru yang melambangkan rakyat jelata di
negara Malaysia. Lambang ini yang
seringkali dipasang pada bendera, panji-
panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian
tengah bendera terdapat lambang PDRM
yang berwarna perak atau putih. Lambang
polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan
sebilah Parang Ilang/Kelewang yang
bersilang. Di atas silangan itu terdapat
pula kepala Harimau yang timbul dilingkari
oleh Kalungan Bunga Padi dan di
bawahnya ialah skrol dengan perkataan
Polis Diraja Malaysia. Di bahagian
kemuncak rangkaian bunga padi terdapat
sebuah Mahkota yang mengandungi
perkataan Allah di sebelah kanan dan
Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan
jawi).
SEJARAH POLIS
• Bulan dan bintang
• Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai
agama rasmi negara ini.
• Mahkota
• Mahkota melambangkan yang pasukan Polis
Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi
kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta
merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong diatas
pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan.
Perkataan Allah dan Muhammad
melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan
Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga
melambangkan Islam sebagai agama rasmi
negara dan keimanan dalam pasukan PDRM
yang sanggup berjuang demi menegakkan
maruah negara, bangsa dan agama Islam serta
sanggup berkorban diri.
• Keris dan parang
• Keris melambangkan Semenanjung Malaysia.
Keris merupakan senjata yang digunakan oleh
pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar
Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta
selepas bermulanya zaman logam dan asalnya
direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke
seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada
kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand,
Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut
digunakan pahlawan dari empayar Hindu
Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu
agama Islam belum tersebar luas ke seluruh
tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam.
Parang Tradisional atau Kelewang
melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan
ia melambang semangat kepahlawanan kedua-
dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak,
Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.
SEJARAH POLIS
• Kepala harimau
• Kepala Harimau melambangkan
kegagahan, keberanian dan semangat
juang pasukan PDRM dalam menghadapi
segala ancaman musuh. Sebelum ini,
PDRM menggunakan kepala Singa sebagai
lambang keberanian pada 16 September
1963 iaitu gelaran baru yang diberi
selepas pembentukan Malaysia selepas
kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei
1994, ia digantikan dengan kepala
harimau sebagai lambang rasmi kerajaan
Malaysia.
• Bunga padi
• Bunga padi melambangkan makanan asasi
rakyat Malaysia serta kemakmuran
negara.
• Moto
• Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan
ketinggian semangat serta keazaman
anggota pasukan.
• Sang Saka Biru
• Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA
BIRU), setiap warna atau warna membawa
makna dan erti tersendiri, menjadi
kemegahan anggota Polis.
SEJARAH POLIS
• Organisasi PDRM
• Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran
iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik,
PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam
pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan
Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas
dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-
Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah
yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga
Bintang)
• Jabatan Pengurusan
• Secara amnya, Jabatan Pengurusan
bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan
dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam
menggerakkan sistem pengurusan yang mantap
sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.
• Fungsi Jabatan Pengurusan
• Perkhidmatan/Perjawatan
– Merangkumi pengambilan, rekod
perkhidmatan, pengesahan,kenaikan
pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan
persaraan
• Pentadbiran Am dan Dasar
– Merangkumi Pentadbiran Am,
Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal
Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
• Latihan
– Merangkumi pengendalian-pengandalian
Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus
Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan
Kursus Pemulihan
• Tatatertib
– Merangkumi bidang tugas
pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan
tindakan/kaunseling.
SEJARAH POLIS
• Jabatan Siasatan Jenayah
• Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan,
penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-
jenayah yang keganasan terhadap manusia
(seperti pembunuhan, samun dengan senjata
api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta
benda (seperti kecurian dan pecah rumah).
Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-
Undang berhubung perjudian, maksiat dan
kongsi gelap di Malaysia.
• Fungsi
• Mengendali penyiasatan dan pengesanan
jenayah
• Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
• Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung
perjudian, maksiat dan kongsi gelap
• Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
• Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai
musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-
undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan
bekalan dadah berbahaya.
• Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya
mengesan dadah.
• Fungsi
• Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan
pengedaran dadah
• Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat
berkaitan dadah
• Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket
pengedaran dadah
• Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia
yang digunakan untuk memproses dadah
• Melaksanakan program pencegahan berkaitan
penyalahgunaan dadah
• Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar
dan dalam negeri
• Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran
dan perkara yang berkaitan dengan dadah
• Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana
terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran
dadah
• Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan
Narkotik samada di dalam dan luar negeri
• Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah
samada di dalam dan di luar negeri
SEJARAH POLIS
• Jabatan Keselamatan Dalam Negeri &
Ketenteraman Awam
• Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan
untuk memastikan keselamatan dan
ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan
ini merangkumi sebahagain besar dari operasi
PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari
dan menyelamat.
• Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai
agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera
Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam
rondaan maritim bersama untuk mencegah
jenyah lanun dan pencerobohan sempadan
negara. Selain itu, mereka juga membantu
Kementerian Pengangkutan dan Kementerian
Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta
Lalulintas.
• Antara cawangan-cawangan utama di bawah
jabatan ini ialah;
• Pasukan Anti-Pengganas
• Ketika ancaman keganasan global semakin
meningkat bermula dengan insiden 11
September tahun 2000 di Amerika Syarikat
diikuti dengan beberapa siri pengeboman di
Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia
sendiri turut merasai bahang keganasan
global ini, Polis Diraja Malaysia turut
mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas
yang berperanan besar bukan sahaja
membanteras keganasan bersama-sama
dengan pasukan elit tentera malahan turut
menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan
elit yang diperkatakan tersebut dikenali
sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit
Gempur Marin.
SEJARAH POLIS
• Pasukan Gerakan Khas
(PGK)
• Pasukan Gerakan Khas adalah
sebuah skuad elit anti-
pengganas dibawah
tanggungjawab KDN/KA yang
berperanan besar memerangi
keganasan dan jenayah
berbahaya di Malaysia. Unit ini
dibentuk hasil gabungan
batalion Komando 69 dan Unit
Tindakan Khas dan juga
berperanan membantu
Cawangan Khas.
• Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama
pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang
terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit
Tindakan Khas yang menjadi jentera utama
pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan
disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997.
Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini
dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi
tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak
bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua-
duanya dipisahkan semula dan menjadi dua
detasmen setelah mendapati adanya
ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret
perang pasir dipakai semula oleh Komando 69,
beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang
Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British
(SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret
merun mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua
detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk
dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin
oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan
Commissioner II.
SEJARAH POLIS
• Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam
beberapa siri operasi menangani keganasan di
dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi
ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup
Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan
organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru
terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu,
pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM
dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor
Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700
pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis
Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap
semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada
akhir tahun 2005 yang lalu. Pasukan ini turut
bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah
membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi
terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan
kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri
daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina
termasuk ketua kumpulannya yang merupakan
bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua
kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta
beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi
Komando 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA,
manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS
GANAS.
• Unit Gempur Marin (UST)
• Unit Gempur Marin yang menjadi anti-pengganas
maritim turut diletakkan
• dibawah Jabatan KDN/KA.
• Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit
anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada
tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir
tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada
Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya
sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan
negara daripada sebarang insiden yang boleh
meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan
negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi
Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di
Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan,
Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar
dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan,
penculikan dan rampasan kapal serta serangan
pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya
berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih
SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta
dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock
19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan
dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan
taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang
diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan
Marin Amerika Syarikat.
SEJARAH POLIS
• Pasukan Simpanan Persekutuan
(PSP/FRU)
• Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa
Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih
dikenali dengan singkatan FRU merupakan
sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan
sebarang rusuhan atau perhimpunan haram
yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5
Disember, 1955 3 trup di awal
penubuhannya. FRU turut terlibat dalam
beberapa siri operasi menangai rusuhan
berprofil tinggi, termasuk operasi menangani
rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta
terlibat dalam operasi bersepadu menangkap
Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di
Baling, Kedah yang berakhir dengan 16
kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang
pegawai polis.
1. PENDAHULUAN
• Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau
Federal Reserve Units
• ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM
dari pelbagai pangkat,
• merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman
Awam Ketua Polis
• Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh
bergerak pantas dan
• dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan
kejutan”. Ianya dilatih dan
• dilengkapi untuk menumpas rusuhan,
menyuraikan perhimpunan
• haram, mengawal orang ramai, membantu
tugas menyelamat semasa
• bencana, dan penugasan khusus membantu
operasi khas kepolisan.
SEJARAH POLIS
• 2. FUNGSI
• Sebagai sebuah pasukan simpanan
ketenteraman awam PDRM, PSP direka,
dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-
tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan
dan perhimpunan haram. Disamping itu,
dengan keupayaan dan latihan yang
dilengkapkan kepadanya; PSP boleh
dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-
•
2.1. Kawalan Orang Ramai – semasa
perhimpunan awam besar-besaran, seperti
lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat
umum dan perarakan; dimana ada
kemungkinan tercetus keadaan
ketenteraman awam,
• 2.2. Pasukan Bertindak untuk menangani dan
menghadapi ancaman dan cabaran situasi
“Chemical, Biological, Radiological dan
Nuclear”,
• 2.3. Bantuan semasa bencana, seperti banjir,
kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah
runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk
menyelamat nyawa, mencegah kecurian,
pengusian dan kepungan kawasan terlibat,
• 2.4. Operasi Cegah Jenayah untuk membantu
Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan
tertentu yang mengalami kenaikan
mendadak kadar jenayah atau kawasan yang
kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa
yang tertentu,
• 2.5. Operasi besar-besaran, seperti kepung
dan mencari, saringan dan tangkapan
terhadap kumpulan pelampau atau anasir
kongsi gelap, rondaan intensif dan
penguatkuasaan Perintah Berkurung.
SEJARAH POLIS
• Cawangan Khas
• Jabatan ini adalah sayap perisikan yang
bertanggungjawab untuk mengumpul risikan
bagi keselamatan negara. Antara lain
peranannya ialah mengumpul risikan
keselamatan berkaitan dengan ancaman dari
dalam dan luar negara, sebarang aktiviti
subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau
atau individu yang boleh mengancam kestabilan
negara. Seterusnya dengan memperolehi,
mengolah, menilai dan mengedar maklumat
serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan
di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-
pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini
terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:-
Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen
Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan
Inteligen Keselamatan.
• Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis
(CP).
• Tanda Pangkat PDRM
• Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat
pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan
Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat
Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan
Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
• Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi
kepada 2 kelompok di mana pegawai
berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas
diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis
Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat
Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali
sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.
• Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh
dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu
Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan
diwartakan (INSP – SUPT)
SEJARAH POLIS
• Peringkat Pegawai Rendah Polis dan
Konstabel pula bermula dari pangkat
Konstabel sehinggalah ke pangkat
Sub-Inspektor. Pangkat Koperal
sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor
juga dikenali sebagai Pegawai
Subordinat atau Anggota Pangkat
Rendah ( APR )
• Pangkat setiap anggota polis
umumnya dapat dikenali melalui
nombor pengenalan polis. Pemegang
pangkat IGP sehingga INSP
menggunakan 'G' sebagai pangkal
nombor dan kumpulan rank and file
menggunakan 'RF'.
• Berikut adalah senarai istilah
pangkat-pangkat yang terdapat
dalam PDRM :-
• Senarai Ketua Polis Negara :
• TAN SRI SIR CLAUDE FENNER
• TUN MOHAMED SALLEH ISMAEL
• TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM
• TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR
• TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD.
NOOR
• TAN SRI NORIAN MAI
• TAN SRI MOHD. BAKRI HJ. OMAR
• TAN SRI MUSA BIN TAN SRI HJ.
HASSAN
• TAN SRI DATO’ SRI ISMAIL BIN OMAR
• TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU
BAKAR

Nota Sejarah Polis Malaysia

  • 1.
    Nota Sejarah PDRM •Nota ini digunakan sebagai rujukan kelas Undang- Undang SUKSIS UIAM Skuad 1/2013 di bawah kendalian Sarjan Nazri
  • 2.
    SEJARAH POLIS • ZamanTradisional Melayu • Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang- undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka. Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang. • Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143: • Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?" • Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya....... • "Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."
  • 3.
    SEJARAH POLIS • Darigambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman- hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat. • Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya. Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. • Zaman Portugis dan Belanda • Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda. Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.
  • 4.
    SEJARAH POLIS • ZamanModen • Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu. Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829. Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk- penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang- orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji. • James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis. Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.
  • 5.
    SEJARAH POLIS • Hampirsetahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia. • Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji- panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).
  • 6.
    SEJARAH POLIS • Bulandan bintang • Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini. • Mahkota • Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri. • Keris dan parang • Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua- dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.
  • 7.
    SEJARAH POLIS • Kepalaharimau • Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia. • Bunga padi • Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara. • Moto • Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan. • Sang Saka Biru • Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.
  • 8.
    SEJARAH POLIS • OrganisasiPDRM • Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan- Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang) • Jabatan Pengurusan • Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM. • Fungsi Jabatan Pengurusan • Perkhidmatan/Perjawatan – Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan • Pentadbiran Am dan Dasar – Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP • Latihan – Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan • Tatatertib – Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
  • 9.
    SEJARAH POLIS • JabatanSiasatan Jenayah • Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah- jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang- Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia. • Fungsi • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik • Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang- undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya. • Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah. • Fungsi • Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah • Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah • Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah • Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah • Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah • Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri • Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah • Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah • Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri • Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri
  • 10.
    SEJARAH POLIS • JabatanKeselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam • Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat. • Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas. • Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah; • Pasukan Anti-Pengganas • Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.
  • 11.
    SEJARAH POLIS • PasukanGerakan Khas (PGK) • Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti- pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas. • Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua- duanya dipisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret perang pasir dipakai semula oleh Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.
  • 12.
    SEJARAH POLIS • PasukanGerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2005 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi Komando 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS. • Unit Gempur Marin (UST) • Unit Gempur Marin yang menjadi anti-pengganas maritim turut diletakkan • dibawah Jabatan KDN/KA. • Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan Marin Amerika Syarikat.
  • 13.
    SEJARAH POLIS • PasukanSimpanan Persekutuan (PSP/FRU) • Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis. 1. PENDAHULUAN • Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units • ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, • merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis • Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan • dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dan • dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan • haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa • bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.
  • 14.
    SEJARAH POLIS • 2.FUNGSI • Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas- tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :- • 2.1. Kawalan Orang Ramai – semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam, • 2.2. Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”, • 2.3. Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat, • 2.4. Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu, • 2.5. Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.
  • 15.
    SEJARAH POLIS • CawanganKhas • Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan- pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan. • Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP). • Tanda Pangkat PDRM • Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. • Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. • Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan diwartakan (INSP – SUPT)
  • 16.
    SEJARAH POLIS • PeringkatPegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Koperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat atau Anggota Pangkat Rendah ( APR ) • Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat IGP sehingga INSP menggunakan 'G' sebagai pangkal nombor dan kumpulan rank and file menggunakan 'RF'. • Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :- • Senarai Ketua Polis Negara : • TAN SRI SIR CLAUDE FENNER • TUN MOHAMED SALLEH ISMAEL • TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM • TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR • TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR • TAN SRI NORIAN MAI • TAN SRI MOHD. BAKRI HJ. OMAR • TAN SRI MUSA BIN TAN SRI HJ. HASSAN • TAN SRI DATO’ SRI ISMAIL BIN OMAR • TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR