Teks ini membahas tentang perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan membandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dan maritim. Kerajaan-kerajaan awal seperti Funan dan Srivijaya tumbuh berkat lokasi strategis, kemahiran pertanian dan perdagangan laut, serta hubungan dengan India dan China. Kerajaan agraria dan maritim sama-sama bergantung pada lokasi, tetapi kerajaan agraria lebih
Teks ini membahas tentang perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan membandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dan maritim. Kerajaan-kerajaan awal seperti Funan dan Srivijaya tumbuh berkat lokasi strategis, kemahiran pertanian dan perdagangan laut, serta hubungan dengan India dan China. Kerajaan agraria dan maritim sama-sama bergantung pada lokasi, tetapi kerajaan agraria lebih
The document consists of a single URL - http://myhemsmti.blogspot.com - repeated over 100 times without any other text. It does not contain any other substantive information that could be summarized.
SMK Taman Indah memberikan ringkasan singkat tentang berbagai program dan kegiatan sekolah seperti pertandingan, sambutan hari raya, lawatan belajar, dan program kerohanian yang diselenggarakan sepanjang tahun 2012 dan 2013.
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapaisharsmiaa
Tamadun Hwang Ho bermula sebagai petempatan di kawasan subur Sungai Hwang Ho dan berkembang menjadi tamadun dengan ciri-ciri seperti pemerintahan beraja, sistem penulisan, kepercayaan animisme dan politeisme, serta sumbangan seperti konsep mandat syurga dan sistem pengairan. Pengaruh agama Hindu dan Buddha dari India berkembang di kawasan Asia Tenggara melalui pedagang, tentera dan pendeta, dibuktikan dengan pening
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) merupakan dokumen rujukan baru yang menggantikan SKPM-Sekolah untuk menilai kualiti pendidikan di Malaysia dengan lebih komprehensif dan objektif. SKPM 2010 menekankan proses dan impak pendidikan terhadap pencapaian pelajar.
What is GST and when is it effective in Malaysia?
A multi-stage tax collected at all stages of production.
A tax ultimately borne by the consumer.
Overcomes cascading along the supply chain.
A tax that creates churn, because of its multi-staged nature.
Malaysia's new 6 per cent GST commences from Wednesday 1 April 2015, replacing the current sales and services taxes (SST). Registrations are due by Wednesday 31 December 2014.
So register your BUSINESS with the Malaysia Customs by 30 December 2014
This document discusses the challenges and impact of implementing the Goods and Services Tax (GST) in Malaysia. It provides background on GST, including what it is, its classification of items as standard-rated, zero-rated, or exempt. It also discusses Malaysia's GST supplies model and provides examples. The document reviews the history of GST/VAT in other countries like France, Germany, Singapore, and Australia. It concludes with recommendations for Malaysia around GST implementation.
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraanisharsmiaa
Rangkaian dokumen menjelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pendidikan di Malaysia sejak merdeka. Rancangan Pembangunan Lima Tahun membantu meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kemiskinan, manakala Dasar Ekonomi Baru bertujuan meningkatkan kekayaan bumiputera. Dasar Pendidikan Kebangsaan pula menyatukan rakyat melalui satu sistem pendidikan berteraskan bahasa Melayu.
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdekaisharsmiaa
Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli dan Pakatan Murni dalam menyatukan negara dan bangsa. Menghuraikan ciri PTM 1957 serta peranan tokoh2 kemerdekaan.
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negaraisharsmiaa
Zaman penjajahan membawa pembangunan tetapi masyarakat tempatan tidak berdaya saing dengan pengusaha Barat. Dasar British memberi keutamaan kepada kepentingan penjajah dalam ekonomi. Zaman merdeka memerlukan usaha bersama kerajaan dan rakyat untuk memperbaiki ekonomi yang tidak seimbang.
Islam diperkenalkan ke Asia Tenggara melalui pedagang dari Semenanjung Tanah Arab, China, dan India. Pengislaman raja-raja dan golongan bangsawan memudahkan penyebaran agama Islam di kalangan rakyat. Islam mempengaruhi sistem pemerintahan, pendidikan, budaya, ekonomi, dan cara hidup masyarakat Asia Tenggara.
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1) Dokumen tersebut menyenaraikan Rukun Negara Malaysia yang menekankan perpaduan, demokrasi, keadilan sosial, kepelbagaian budaya, dan kemajuan sains.
2) Rakyat Malaysia berikrar untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan
Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya pendidikan bagi anak-anak untuk membangun masa depan yang lebih baik. Pendidikan dapat memberdayakan anak-anak dengan pengetahuan dan keterampilan agar mampu bersaing di era global saat ini.
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016isharsmiaa
Dasar luar Malaysia sejak tahun 1957 hingga 2003 mengalami tiga tahap perkembangan utama. Pada tahap pertama di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, dasar luar bersifat pro-Barat dan antikomunis dengan menjalin hubungan erat dengan negara-negara Komanwel. Pada tahap kedua di bawah Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, dasar berkecuali dan mengekalkan hubungan baik dengan negara jiran dilaksan
2. Group 123SejSPM
2
Senarai kandungan
Bil kandungan M/surat
1 Maksud / definisi Dasar Luar Negara ?
6
2
Tujuan / Matlamat dasar luar Malaysia 7
Latar Belakang Dasar Luar Malaysia
8
Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia
8
3
Terangkan faktor / sebab penggubalan dasar luar Malaysia 9 – 10
4 Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira
perubahan kepimpinan negara.
Atau
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira
perubahan kepimpinan negara.
i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)
ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)
iii. Tahap Ketiga (1981-2003)
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga
tahun 2003
i. Dasar Pro-Barat
ii. Dasar Berkecuali
iii. Dasar kepentingan Ekonomi
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan
i. Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
ii. Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
iii. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
11-14
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan
Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.
Atau
Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan
kecemerlangan Negara
Atau
Bagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan
ekonomi Malaysia
14-16
3. Group 123SejSPM
3
Bil kandungan M/surat
5 Dasar Luar Malaysia Sentiasa Berubah Dan Tidak Statik
a) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
Atau
b) Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar luar.
Jelaskan. Atau
c) Sebab dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa.
Atau
d) Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.
Atau
e) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik
dan ekonomi global ?
Atau
f) Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah
mengikut perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?
17-18
Kepentingan dasar luar Malaysia
a) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin
kestabilan dan kemakmuran negara.
Atau
b) Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan
bangsa dan negara.
Atau
c) Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
18-19
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali
dengan semua negara?
20
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ? 21
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat
antarabangsa
21-22
6
Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan
hubungan dengan negara luar pada era globalisasi hari ini
Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan
antarahangsa serta langkah mengatasinya.
Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan
daripada masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan
tersebut?
23-25
7 Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar 25-26
4. Group 123SejSPM
4
Nilai Kejayaan / Kejayaan / Keberkesanan dasar luar Malaysia 26
Ramalkan / Andaikan Hala Tuju dasar luar negara pada masa hadapan
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere globalisasi
Atau
Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi
27-29
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar
29
Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau 29-30
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan. 30-31
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan
negara ?
31-32
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar
8 CATATAN : PILIH SALAH SATU
CONTOH IKTIBAR 1
32
CONTOH IKTIBAR 2 33
CONTOH IKTIBAR 3 33-34
CONTOH IKTIBAR 4 34-35
9
Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
a) Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b) Nilai murni
c) unsur patriotisme yang dapat dihayati
d) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan
gemilang
35-37
5. Group 123SejSPM
5
SPM SEJARAH KERTAS 3 1249/3 (2016)
TEMA UMUM : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK / KONSTRUK
Format Aspek/Konstruk Markah Masa
1. Pengenalan 1. Memahami 5 Markah 10 minit
2. ISI dan
HURAIAN
2. Memahami 15 Markah 20 minit
3. Menganalisis 20 Markah 35 minit
4. Mengaplikasi 20 Markah 35 minit
5. Menilai 10 Markah 15 minit
6. Mencipta 10 Markah 15 minit
7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit
8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 5 Markah 10 minit
3. Kesimpulan 9. Merumus 5 Markah 10 minit
Jumlah Keseluruhan 100 Markah 2 jam 45 minit
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 3
1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk.
2. Pastikan anda menulis nombor soalan.
3. Isi jawapan calon mestilah bersesuaian dengan peruntukan markah.
4. Jawapan perlu ditulis dalam bentukesei / karangan dengan ayat yang lengkap.
5. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
6. Anda tidak digalakkan membatalkan jawapan yang telah ditulis.
CATATAN :
1. Soalan 1 hingga 3 atau nombor 4 adalah merujuk kepada buku teks sebagai
sumber jawapan yang utama
2. Modul ini sebagai bahan rujukan utama selain buku teks
3. Pastikan ANDA DISIPLIN DENGAN MASA
4. Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua
soalan. Gunakan 15 minit lagi untuk menyemak jawapan anda
6. Group 123SejSPM
6
SOALAN 1
Apakah Maksud / Definisi Dasar Luar Negara ?
(Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)
Dasar luar negara merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara lain. Dasar luar dapat
didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara
dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad,
dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi
mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya.
Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia
antaranya menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan
mengekalkan kedaulatan negara , menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta
mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain menjadi warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara
yang lain. Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah,
ekonomi , politik, geografi dan demografi
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai hubungan antarabangsa dan hubungan
serantau. Dalam menjalinkan hubungan luar, Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk
globalisasi, kemunculan revolusi teknologi maklumat yang membawa perubahan yang besar dalam
hubungan luar. Bagi mengatasi cabaran tersebut, Malaysia membuat perancangan awal agar dapat
bersama-sama bersaing dengan negara-negara di dunia.
7. Group 123SejSPM
7
SOALAN 2
Tujuan / Matlamat dasar luar Malaysia.
( Sumber :Buku teks m/s 236 & 237 & sumber lain )
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara
Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk menjamin keselamatan rakyat
dan negara dan mengekalkan kedaulatan negara
Dasar luar Malaysia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dengan
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Di samping itu juga, dasar ini dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk
mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab
dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk kesejahteraan dunia.
Selain itu, matlamat dasar luar negara ialah menjaga kedaulatan negara.. Bersama-sama
negara ASEAN, Malaysia mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) bagi menghalang penglibatan kuasa luar yang boleh menjejaskan kedaulatan
negara.
Malaysia menjalinkan hubungan luar kerana hendak menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi negara. Malaysia juga menjalankan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan
Jepun dan Korea sebagai model pembangunan ekonomi Negara.
Selain itu, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk memupuk kesejahteraan dunia..
Malaysia juga menghormati prinsip hak asasi manusia. Malaysia memutuskan hubungan dengan negara
Afrika Selatan selagi negara tersebut terus mengamalkan dasar apartheid.
Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua
negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia.
Antaranya untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara.Selain itu,Untuk memelihara kepentingan
nasional dan menggekalkan kedaulatan negara.Dasar luar juga penting untuk menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi.Selain itu, dapat mengekalkan keamanan sejagat melalui
kerjasama antarabangsa dan menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap
usaha memupuk kesejahteraan dunia
8. Group 123SejSPM
8
Latar Belakang Dasar Luar Malaysia (Sumber : Buku teks ms 236-237 & Sumber lain)
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara
Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain.
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, ekonomi ,
politik, geografi dan demografi
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap
pertama dibawah Tunku Abdul Rahman ( 1957- 1970), Tahap Kedua dibawah Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn ( 1972-1981) dan Tahap ketiga di bawah Tun Dr. Mahathir ( 1981-2003).
. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan
kedaulatan negara. Selain itu, dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi. Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dal am
usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa. Secara langsung dapat menjadikan
negara kita sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk
memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan
bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara
tertentu, Contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu,
hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta
negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan
dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN),
Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
Jelaskan bentuk dasar Luar Malaysia ( Buku teks m/s 237 )
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaituhubungan
bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran
seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga dijalinkan dengan
negara Asia yang lain iaitu Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.
Hubungan multi lateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya.
9. Group 123SejSPM
9
SOALAN 3
Terangkan faktor / sebab penggubalan dasar luar Malaysia.
( Buku teks m/s 237-239 )
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah
dasar luar negara Faktor – faktor itu ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. Antara
faktornya ialah
FAKTOR SEJARAH
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk
hubungan perdagangan.
Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti
hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia
menyertai Pertubuhan Komanwel.
Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang
lain seperti Australia dan New Zealand.
Pada masa itu, Malaysia diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM) yang menggugat keselamatan Malaysia. Ancaman komunis ini menggugat
keselamatan negata Malysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-
Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana
Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.
FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin
hubngan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama
bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari
negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah
ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari
negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea.
Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang
membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di
samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
10. Group 123SejSPM
10
FAKTOR POLITIK
Sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan
sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan
negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau Asia Barat.
Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya
menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan
dunia.
FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Brunei.
Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,
keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia.
FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas
peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan
sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep
perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras
dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Malaysia juga tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan
sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu,
faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
11. Group 123SejSPM
11
SOALAN 4
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan
kepimpinan negara. . ( Buku teks m/s 239-242 )
Atau
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dengan mengambil kira perubahan
kepimpinan negara.
i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957-1970)
ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972-1981)
iii. Tahap Ketiga (1981-2003) ( Buku teks m/s 239-242 )
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
iv. Dasar Pro-Barat
v. Dasar Berkecuali
vi. Dasar kepentingan Ekonomi ( Buku teks m/s 239-242 )
Atau
Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan
iv. Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
v. Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
vi. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) ( Buku teks m/s 239-242 )
i. Dasar Luar Tahap Pertama (1957 – 1970) - ( Dasar pro Barat)
Dasar laur Malaysia pada Tahap Pertama memperlihatkan Dasar Pro-Barat yang Anti-
Komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan
dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.
Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga
di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan
daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini, pihak British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan
timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti
konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 – 1965) dan
keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan
negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.
Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina. Menubuhkan MAPHILINDO
12. Group 123SejSPM
12
pada tahun 1962 bersama Filipina dan Indonesia serta menubuhkan ASEAN pada tahun 1967 bersama
Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga
kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini adalah disebabkan Malaysia merupakan anggota
blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang pound sterling. Kedua,
Malaysia juga masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah dengan
mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga pelabur Britain
masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian .
Bagi mengurangkan kebergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina
rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan
Jerman Barat bagi megurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru
ii. Dasar Luar Tahap Kedua (1972 – 1981) - ( Dasar Berkecuali)
Menjelang tahun 1970-an semasa Tunku Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn
(1976 – 1981) dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara. Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Perubahan dasar ini juga disebabkan pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan
dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysiat, beberapa usaha telah dilakukan seperti
mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota
negara ASEAN.
Malaysia juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis
seperti China, Jerman Timur , Korea Utara, Vietnam Utara, Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara
jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun
1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
iii. Tahap Ketiga (1981 – 2003) - ( Dasar Kepentingan ekonomi)
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua tetapi
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Dasar luar tersebut dilaksanakan oleh Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003). Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.
Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan lebih
erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea
( Kemboja).
Disamping itu, Kerajaan Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur 1982 dengan
menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.
Melalui dasar itu, kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang
baik seperti mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
13. Group 123SejSPM
13
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ke negara Afrika, Amerika
Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Dalam setiap siri lawatannya misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan Malaysia
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak.
Kerajaan Malaysia menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan Dunia Ket iga.
Kerajaan memperluaskan kerjasama ekonomi melalui EAEC dan ASEAN+3. Beliau percaya Malaysia
bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan
negara Dunia Ketiga juga.
Berdasarkan tiga tahap berkenaan didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro
Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara serta memberikan penekanan
kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara
CATATAN : SEKIRANYA PERLU BOLEH MASUKKAN TAHAP SETERUSNYA
IV. Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya .Malaysia
menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM) . Beliau juga menjadikan Malaysia
sebagai negara Islam contoh yang bertoleransi dan progresif melalui konsep Islam Hadhari .
Penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun untuk mengikuti pembelajaran pelbagai bidang . Kerjasama
dengan Jepun dalam bidang teknikal. Beliau membentuk “task force” dalam membantu usaha
mewujudkan keamanan di Selatan Thailand
Dasar Luar Malaysia semasa pemerintahan Dato’
Seri NajibAbdul Razak (2009- kini)
Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan
dinamik. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau dan antarabangsa terutamanya dengan
ASEAN, OIC, NAM.
Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan hubungan dua hala dengan negara- negara
yang berdagang dengan Malaysia (trading partner).Contohnya seperti negara China, Jepun, Singapura,
Amerika Syarikat. Dato’ Seri Najib meneruskan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran.
Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaika n masalah tuntuta n bertindih, penetapa n
sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua
hala dengan negara jiran tidak terjejas.
Masalah berkaitan tuntutan wilayah bertindih dirujuk kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ). Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara telah meningkat kepada 105 buah
negara hari ini berbanding 21 buah pada tahun 1966.
Hubungan dua hala Malaysia-China semakin kukuh sejak 42 tahun yang lalu Dato’ Seri Najib
telah meneruskan kesinambungan usaha Tun Abdul Razak ke peringkat yang lebih tinggi daripada
14. Group 123SejSPM
14
sebelumnya terutamanya dalam aspek perdagangan China merupakan ‘trading partner’ yang penting
dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Hubungan dengan Singapura juga dipertingkatkan
yang merupakan pelabur utama di Iskandar Malaysia Malaysia juga meneruskan hubungan yang kukuh
dengan negara Jepun.
Kesannya hubungan perdagangan Malaysia Jepun terus meningkat dan berjaya menambah
pendapatan negara Di samping itu, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuhkan.
Kedua-dua buah negara telah bersepakat untuk saling bekerjasama dalam bidang-bidang yang memberi
manfaat dan kepentingan bersama. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan Malaysia
terbesar.Malaysia pula merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat.
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan
Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbangan Dasar Luar Malaysia.
Atau
Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
Atau
Bagaimanakah dasar luar Malaysia menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia
(CATATAN : PILIH ASPEK EKONOMISAHAJA)
CATATAN : Faedah / Kebaikan / Manfaat / Sumbang ( Sila tukar ikut kesesuaian soalan )
ASPEK POLITIK
Dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara kerana Anglo–Malaysian Defence
Treaty (AMDA) kurang berperanan. Malaysia juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang
dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia kerana Britain telah mengurangkan
pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara yang
mengamalkan ideologi komunis, seperti China. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak telah ke
Beijing bagi mengadakan hubungan diplomatik.
Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau melalui ASEAN bagi mengekalkan
kestabilan politik seperti mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Perairan Asia
Tenggara bebas daripada ancaman nuklear. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara-negara Islam
dengan menyertai Pertubuhan OIC.
Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB)
dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan kepada
rakyat contohnya, bantuan Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA). Hal ini dapat meningkatkan pendapatan dan jurang antara
pendudukan bandar dan luar Bandar
Seterusnya hubungan dasar luar dapat meningkatkan hubungan persahabatan
dan persaudaraan dengan rakyat negara luar menerusi bidang kebudayaan dan sosial seperti
15. Group 123SejSPM
15
penyertaan dalam festival kebudayaan dan kesenian serta sukan SEA. Hal ini dapat
meningkatkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan rakyat negara lain
Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara. Dasar berbaik-
baik dengan semua negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran.
Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah
antarabangsa, contohnya isu Pulau Batu Putih.
Manfaat yang Malaysia peroleh hasil dasar luar yang mantap antaranya ialah dapat menjamin
keselamatan rakyat dan negara serta berupaya mengekalkan kestabilan politik dalam
negara.Sebagai contoh, tragedi di Lahad Datu yang telah dicetuskan oleh kumpulan yang mendakwa
keluarga diraja Sulu telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Filipina.
Selain itu, Malaysia juga dapat memelihara kepentingan nasional dan kemerdekaan yang
diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara kita tidak akan campur tangan dalam
urusan politik negara luar .Ini terbukti , Malaysia hanya memerhati kekerapan pertukaran pemerintahan
dari parti yang berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati kedaulatan negara
tersebut.Sehubungan dengan itu, persahabatan antara Malaysia dengan negara luar terus kekal
terjalin walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang memerintah.
Malaysia juga telah dapat mewujudkan keamanan sejagat dengan cara mengukuhkan
pertahanan antara negara melalui kerjasama antarabangsa di kawasan perairan ataupun sempadan
sempadan Malaysia-Thai.Sebagai contoh, masalah penyeludupan manusia dan dadah di kawasan
sempadan telah berjaya dibendung .
ASPEK EKONOMI
Melalui dasar luar, Malaysia berjaya memajukan ekonomi negara. Hal ini disebabkan
kemasukan pelabur-pelabur asing telah memajukan bidang perindustrian, cari gali minyak dan
pertanian negara. Seterusnya Malaysia mendapat bantuan kepakaran dan teknologi daripada negara
maju bagi mempertingkatkan sektor pembuatan dan pembinaan seperti Menara Berkembar Petronas.
Dengan berbaik-baik dengan semua negara Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan
sempurna. Barangan komoditi dapat dipasarkan ke negara Asia Barat. Hubungan yang erat
menyebabkan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong. Pengaliranwang asing ke dalam negara
dapat menjana ekonomi. Di samping itu, peluang pekerjaan dalam semua sektor semakin meningkat.
Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN.
Dasar luar ini juga dapat meningkatkan pelaburan dan perdagangan melalui Kawasan
Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang menggalakkkan kerjasama ekonomi dan mewujudkan jmlah
pasaran yang luas dalam kalangan negara-negara anggota. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara
Hubungan baik dengan negara luar turut meluaskan pasaran untuk barangan keluaran
negara sama ada barangan pertanian atau perindustrian. Eksport negara akan bertambah dan
aliran mata wang asing ke negara kita akan meningkat. Keadaan ini turut menyumbang kepada
kemajuan ekonomi negara.
Manfaat seterusnya ialah Malaysia berjaya menggalakkan pelaburan asing bagi peningkatan
ekonomi negara yang cemerlang. Ia terbukti dengan kewujudan syarikat berteknologi tinggi dan
syarikat multinasional seperti kilang pemasangan Honda dan Kia di negara kita.
16. Group 123SejSPM
16
Selain itu, pasaran produk tempatan juga dapat menembusi pasaran antarabangsa dan
berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan berlandaskan pengetahuan
(knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar luar yang baik dengan negara
luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina ketamadunan Malaysia mampu dibanggakan.
ASPEK SOSIAL
Dasar luar Malaysia ialah dapat mewujudkan ketenteraman dan keharmonian dalam kalangan
rakyat melalui perjanjian persahabatan dengan negara-negara jiran. Selainitu, dapat mengetengahkan
budaya rakyat Malaysia melalui pertukaran kebudayaan.
Seterusnya, dasar luar dapat meningkatkan kualiti pendidikan melalui Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) dengan negara anggota ASEAN.
Seterusnya kerjasama dalam bidang perubatan dengan negara India dan Ireland dapat
melahirkan tenaga pakar dalam bidang perubatan dan meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Malaysia
dapat melahirkan angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dengan
menggunakan kepakaran dari negara Russia.
Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang
Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam kehidupan.
Malaysia telah berjaya menganjurkan sukan Komanwel dan Sukan SEA. Penganjuran sukan
terbabit dapat mengeratkan hubungan antara negara serta mempromosikan negara Malaysia di peringkat
global.
Selain itu hubungan luar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
rakyat dalampelbagai bidang seperti sains, matematik dan ICT contohnya pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang dapat meningkatkan kemajuan
teknologi dan inovasi yang dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan bidang sains dan
matematik di negara ini.
Faedah yang diperoleh Malaysia dalam hubungan dasar luar ialah dapat menerapkan
nilai-nilai baik dalam diri rakyat contohnya melalui Dasar Pandang ke Timur rakyat akan
mencontohi budaya bekerja masyarakat negara Jepun dan Korea Selatan yang mempunyai
kesungguhandalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Hal ini dapat
meningkatkan prestasi kerja.
Selain itu, negara kita juga dapat berkongsi kepakaran dengan negara lain terutamanya
negara-negara maju seperti Jepun contohnya dalam bidang pembuatan kereta nasional Proton
dan pembinaan infrastuktur negara terutamanya dalam bidang pembinaan LRT / MRT,
jambatan, keretapi laju dan sebagainya
17. Group 123SejSPM
17
SOALAN 5
a. Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
Atau
b. Perubahan pucuk pimpinan negara membawa kepada perubahan dasar luar. Jelaskan.
Atau
c. Sebab dasar luar perlu berubahdari semasa ke semasa.
Atau
d. Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepadakepimpinan negara.
Atau
e. Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut perubahan politik dan ekonomi
global ?
Atau
f. Apakah rasionalnya Malaysia mengamalkan dasar luar yang sentiasa berubah mengikut
perubahan kepimpinan serta perubahan politik dan ekonomi global ?
Cadangan Jawapan
Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi
kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn. Hal ini kerana , Tunku Abdul Rahman berkiblatkan pemikiran Barat dan banyak
menghabiskan masa belajar di Britain.Pendirian Tunku kepada Barat dapa dilihat berlakunya konfrontasi
Malaysia-Indonesia, Barat banyak memberikan bantuan kepada Tanah Melayu dalam menjamin
keselamatan di rantau ini.
Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat ancaman
komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh
itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan bantuanpertahanan daripada Negara-
negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan
semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua
kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Malaysia bergantung kepada British bagi men dapatkan
bantuan pertahanan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara
Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.Sehubungan itu
beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani krisis dengan negarajiran. Contohnya konfrontasi
dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia.
Kesannya ASA, MAPHILINDO dan ASEAN ditubuhkan.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan hubungan
baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)telah diisytiharkan
bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur.
Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia
DASAR LUAR MALAYSIA SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK STATIK
18. Group 123SejSPM
18
telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN seperti Singapura dan
Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita. Hal ini kerana,Malaysia
mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain
seperti Amarika Syarikat,Jepun dan Singapura bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan
mencari pasaran baru.
Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada
tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia.
Perubahan ini menarik para pelabur dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan
ekonomi Malaysia. Kesannya telah membawa kepada budaya kerja yang beretika dan efisien
Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi
perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan
kedua-dua belah pihak dan dapat menjalinkan perdagangan dengan negara maju serta negara dunia
ketiga.
Kesimpulannya Perubahan ini dapat memantapkan ekonomi negara Malaysia.
****************************************************************************************************************
Kepentingan dasar luar Malaysia
a) Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin
kestabilan dan kemakmuran negara.
Atau
b) Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa
dan negara.
Atau
c) Kepentingan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
Jawapan:
Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat
dikekalkan dimana hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan . Secara tidak
langsung persefahaman dapat dipupuk.Contohnya hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia
dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan
hubungan baik antara kedua-dua buah negara tersebut. Tegasnya, dasar luar negara mampu
memantapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara lain.
Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita dan dapat
menjamin keselamatan perairan negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan
rakyat dan negara. Selain itu, dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan
berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Keadaan ini juga turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk
mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas.
Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga,
seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam.
19. Group 123SejSPM
19
Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan
yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara.
Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT/MRT, empangan hidro elektrik dan
sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan
Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.
Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara dengan cara berbaik-
baik dengan semua negara . Hal ini dapat mengelakkan pertelingkahan yang berlaku dengan negara-
negara jiran. Segala konflik dengan negara jiran dapat diselesaikan melalui rundingan atau melalui
Mahkamah Antarabangsa contoh isu Pulau Batu Putih (konflik antara Malaysia dan Singapura)
Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya. Antaranya ialah
Malaysia dapat mengekalkan perpaduan kaum sama ada di peringkat serantau mahupun dunia.
Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat
berbilang kaum dapat menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Bharu Cina, Hari Natal dan Hari
Raya Aidil Fitri dalam suasana yang harmoni. Oleh itu, perpaduan kaum dapat menjamin kehidupan
yang sejahtera.
Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan. Contohnya
melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman Perindustrian Qinzhou China. Malah
syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di negara China dan negara-negara dunia ketiga,
seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia di Vietnam.
Manfaat dalam bidang pendidikan pula, negara kita dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang
pendidikan seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri -menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan Malaysia - China melalui penubuhan
cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah negara kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam
bidang kebudayaan dan keseniaan.
Melalui dasar luar negara juga, negara kita dapat menerima kerjasama dalam bentuk latihan
dan penyelidikan
20. Group 123SejSPM
20
Dasar berbaik-baik / Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia
Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik / dasar berkecuali dengan semua negara?
Cadangan Jawapan
Antara sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara adalah untuk
mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan
rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan
persefahaman dengan negara luar.
Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau untuk mengekalkan hubungan baik
dengan negara serantau. Dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan
kestabilan politiknya. Contohnya melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOFPAN). Aktiviti
perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-
baik dengan negara lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota
ASEAN.
Keadaan yang aman juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita.
Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang pesat dan
seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini turut merangsang
kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega
seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik
dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Dalam bidang sosial pula, dasar berbaik-baik dengan semua negara ini dapat membantu
mengekalkan keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah
bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kuContohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti
PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah
mengekalkan keamanan sejagat.
Dasar berbaik-baik dengan semua negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi
moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam pembinaan
empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan
teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.
Selain itu juga, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi, menghargai
antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua negara.
Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa
seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata
mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.
21. Group 123SejSPM
21
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ?
Jika dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita. Misalnya,
eksport negara akan berkurangan. Ini adalah kerana secara hubungan dengan negara lain akan
terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini menyebabkan pendapatan negara merosot.
Kita juga akan menghadapi masalah kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan
pelabur luar yang terhad akan menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup
rakyat merosot. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi pembangunan
negara Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata dunia..
Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak
mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain. Imej negara juga
akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti
yang kita amalkan sekarang.
Dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua
aspek terutamanya keselamatan. Usaha menangani keganasan global seperti ancaman Daesh dan IS
akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama antara negara.
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat antarabangsa
Dasar-dasar luar Malaysia telah dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Perkara ini
berlaku kerana masyarakat Negara kita amat kukuh mengamalkan semangat tolong menolong dengan
negara luar tanpa mengira sempadan kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Perpaduan ini jelas terbukti ketika bencana alam yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi
di Jepun. Negara kita telah menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan menyelamat
serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Dasar luar Malaysia juga mengutamakan perpaduan, Ini dibuktikan Malaysia pernah menjadi perantaraan
menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Disamping itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan
yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka
daripada Israel mengikut lunas- lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(PBB) sehingga hari ini.
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan
dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan
22. Group 123SejSPM
22
Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah
mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah
panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera
kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara lain.
Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,menghargai antara satu sama
dan seterusnya menolak prasangka buruk dikalangan semua negara.
Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar
Malaysia wajar menjalin hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan kestabilan politik
negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya,
Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik
dengan semua negara akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan
negara luar.
Malaysia juga perlu mengadakan hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan
hubungan baik dengan semua negara. Contohnya, dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia
dapat mengekalkan kestabilan politiknya melalui konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
yang diperkenalkan. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota
ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara hubungan baik antara
Malaysia dengan negara anggota ASEAN.
Dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar Malaysia dapat membangunkan
ekonominya dengan sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara
Asia dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton Saga keluaran Malaysia dapat dipasarkan ke
negara Republik China. Dengan ini, pendapatan Negara akan meningkat.
Hubungan yang baik dengan Negara luar juga menjadikan Malaysia mudah dikunjungi ramai
pelancong. Hal ini mendorong pertukaran mata wang asing semakin meningkat, Seterusnya dapat
menjana ekonomi Negara. Misalnya melalui keanggotaan Malaysia dalam ASEAN, Malaysia telah
memperkenalkan tahun melawat Malaysia kepada seluruh negara di Asia Tenggara. Peluang pekerjaan
dalam industri pelancongan juga turut meningkat dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Melalui hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat menarik pelabur-pelabur asing
datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan
berkembang pesat. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan
untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua
Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai
destinasi utama pelabur asing.
23. Group 123SejSPM
23
Selain itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan dalam
bidang sosial negara seperti pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia dalam Pertubuhan
Negara Islam (OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk
memberi peluang kepada semua pelajar Islam di dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu, pelajar di negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria
dapat meneruskan pengajian mereka untuk menuntut imu.
Menjalinkan hubungan yang baik dengan Negara luar juga penting untuk kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan
teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam
pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang
sains dan teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.
Hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat membantu mengekalkan keamanan dunia.
Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan
masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna
kulit. Contohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu,
Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.
Disamping itu juga, hubungan yang baik dengan Negara luar telah berjaya mengukuhkan
perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,
menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam kalangan semua
negara. Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf
antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara
lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.
SOALAN 6
Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan
negara luar pada era globalisasi hari ini
Atau
Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam hubungan serantau dan antarahangsa serta
langkah mengatasinya.
Atau
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sering menghadapi pelbagai tekanan daripada
masyarakat antarabangsa. Bagaimanakah Malaysia menangani tekanan tersebut?
CABARAN DAN LANGKAH 1
Cabaran pertama adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan Thailand
sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap mereka yang
ditangkap dan pelupusan kapal secara “bakar” sering menimbulkan kemelut antara kedua-dua negara.
Masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari Indonesia dan kes
24. Group 123SejSPM
24
penganiayaan pembantu rumah warga Indonesia oleh majikan Malaysia hampir-hampir
memusnahkan hubungan baik yang telah lama terjalin .Cabaran menangani masalan kebergantungan
kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dari Indonesia dan
Bangladesh.Kesannya peluang untuk rakyat tempatan terhad.
Langkah pertama ialah dengan kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan
bersama antara pasukan maritim Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran
pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas
Sulu di Lahad Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua
negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara negara melalui rundingan telah dapat
mengekalkan keamanan global tanpa perselisihan faham semua negara
CABARAN DAN LANGKAH 2
Cabaran kedua ialah jenayah merentasi sempadan.Contohnya penyalahgunaan
dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat
Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Langkah kedua ialah kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara
serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia juga mengukuhkan
kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan
hubungan dua hala tersebut.
CABARAN DAN LANGKAH 3
Cabaran ketiga , Isu perebutan wilayah yang masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu
Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam kepada hubungan
baik antara kedua-dua negara. cabaran untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan yang
menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.
Langkah ketiga ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang
yang ditetapkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) .Ini menyebabkan keamanan berjaya
diwujudkan
CABARAN DAN LANGKAH 4
Cabaran keempat Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan ekonomi
kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di
pasaran antarabangsa.
Langkah keempat adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial
dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan China yang tidak terhenti telah
mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut
sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan
dunia kerana ideologi komunisnya. Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam
hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara.
25. Group 123SejSPM
25
Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut
mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan Malaysia dengan semua negara.
CABARAN DAN LANGKAH 5
Cabaran kelima Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan
kepada pekerja asing.Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk
rakyat tempat terhad.
Langkah kelima ialah Penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa
supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan
majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
CABARAN DAN LANGKAH 6
Cabaran keenam untuk mengekalkan hubungan dengan serantau seperti Indonesia, Filipina,
Thailand seperti isu pemerdagangan manusia, pencerobohan di Lahad Datu dan pelarian Rohingya
Langkah keenam ialah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang
baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik.Prinsip rundingan dan dasar keterbukaan yang diamalkan bermula
pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta
kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga ke mahkamah
antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan.
Malaysia tetap mengutamakan semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara
sahabat misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh.
Kesimpulannya, setiap cabaran dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan
semaksimum mungkin dan menyuarakan pelbagai cadangan-cadangan yang membina sehingga
mampu melahirkan sebuah Negara Malaysia yang disegani diperingkat global
SOALAN 7
Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar?
Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar
ialah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua
negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan
LRT / MRT, empangan hidro elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat
multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara
Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA
Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.
Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.Contohnya pada
tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong
(Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.
26. Group 123SejSPM
26
Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan
persefahaman antara Negara. Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim
Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine -Malaysia (PHIMAL)
yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di
persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .
Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat
suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta hubungan degan
pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah
menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di
negara yang dilanda peperangan seperti Syria.
Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam
mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi
Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan
permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala
Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar
.Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dan lain-lain.Usaha lain dalam mengekalkan
hubungan baik dengan negara luar ialah dengan menganjurkan persidangan / sukan bertaraf
antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan
persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita manyanjungi dan
menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak melanggar dan mencerobohi sempadan negara
lain. Malahan Malaysia amat mementingkan hak asasi manusia.
Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya
Malaysia telah menganjurkan Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya
diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di
Malaysia.
NILAI KEJAYAAN / KEJAYAAN / KEBERKESANAN DASAR LUAR MALAYSIA
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
yang berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Sistem ini mementingkan hubungan baik
antara negara-negara luar di mana ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah
negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu
bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun. Pembentukan dasar luar negara
secaradinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,politik dan
sosial.
Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengannegara –
negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 –1965 selepas
27. Group 123SejSPM
27
pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melaluiperjanjian menubuhkan
pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yangmelibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia.
Seterusnya, melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukanpendamai di
bawah panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal inimembuktikan kejayaan
negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat mengharumkan nama baik
mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti hubungan diplomatik dengan Vietnam pada
tahun 1976. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia
bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-
Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Selain itu, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat membangunkan
ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing denganmenjadi ahli Bank Dunia iaitu
bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun1945. Malaysia telah menggunakan bantuan
daripada Bank Dunia untuk menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan
penyelidikan. Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu Pusat
Serantau Sains dan Matematik.
Ramalkan/ Andaikan halatuju dasar luar negara pada masa hadapan
Atau
Halatuju dasar luar negara dalam ere globalisasi
Atau
Beri cadangan halatuju dasar luar negara dalam era globalisasi
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi tujuannya untuk mengekalkan keselamatan , keamanan
dan kedaulatan negara.Malaysia perlu terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya .
Hal ini kerana , dapat menjamin kedaulatan dan kestabilan negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan
ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini
bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada
masyarakat di negara kita. Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan
Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited
menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya
saing di peringkat global.
Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti
Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga
Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan Negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat
serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
28. Group 123SejSPM
28
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,PBB, NAM,
demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan
pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan
misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang
bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam memastikan keamanan dan
kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,
Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan
pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin
yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan bag
Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan
komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita
sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-
Menteri Luar setiap negara.
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur. Malaysiajuga akan terus mengekalkan
dasar berkecuali dalam hubungan luarnya untuk menjaminkedaulatan negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan
ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini
bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membukapeluang pekerjaan kepada masyarakat
di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepundan Korea
Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan
hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di
peringkat global.
Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti
Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga
Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat
serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM,
demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukanmelalui misi lawatan
pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.
Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar
deligasiperdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA)
yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misinegara maju menjelang
tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia terus
komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikanpertikaian secara rundingan
dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasibrakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel.
Malaysia akan terus berperanan dan bersuarauntuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.
29. Group 123SejSPM
29
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan
komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita
sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidanganKetua -Ketua Kerajaan atau Menteri-
Menteri Luar setiap negara
Dasar luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia
sebagai sebuah Negara dihormati.
Atau
Dasar luar yang diamalkan sejak dulu hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang dihormati di negara luar
Dasar Luar Negara telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dihormati
apabila kerajaan menghantar bantuan kemanusiaan kenegara miskin/bencana seperti Semangat
kesukarelawan yang tinggi.
Selain itu tindakan kerajaan Malaysia menghantaran pasukan pendamai ke negara yang
berperang di bawah panji-panji PBB ke Namibia telah menyebabkan Negara Malaysia dipandang tinggi
oleh negara-negara luar yang lain.
Tindakan kerajaan Malaysia menentang Dasar Aparteid yang mengamalkan diskriminasi
kaum di Afrika Selatan secara tidak langsung telah membuka mata Negara besar yang lain akan
kemampuan Malaysia dalam mencegah keganasan sesama Negara.
Malaysia juga dihormati kerana menentang keganasan Israel di Palestin melalui pertubuhan
OIC dan PBBdisamping Menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perjuangan bangsa Moro
untuk mendapat kuasa autonomi
Memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperanganNegara Islam yang
sederhana serta menjadi contoh dalam hab halalMempunyai 116 pejabat kedutaan di luar negara yang
membuktikan Malaysia disenangi semua Negara Diiktiraf dan dilantik sebagai pengerusi pertubuhan
antarabangsa seperti NAM.
Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau
Hubungan erat dengan banyak negara menjadikan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong,
Apabila hubungan baik sentiasa terjalin antara negara ini secara tidak langsungmenjadikan pertukaran
wang asing semakin meningkat, dengan ini ekonomi negara sentiasa berkembang subur. Peluang
pekerjaan dalam industri pelancongan semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara
serantau, denganmenubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan kestabilan
politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan contohnya antara negara-negara
30. Group 123SejSPM
30
anggota ASEAN
Hubungan baik menjadikan Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing
masuk ke Malaysia . Perkembangan ini membantu mengstabilkan ekomomi negara. Dengan cara ini juga
Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam negara. Kemasukan pelabur
asing akan meningkatkan ekonomi negara juga rakan serantau.Contohnya ekonomi Malaysia dan
Thailand subur berkembang.
Dalam bidang sosial pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran siaran
televisyen dengan negara ASEAN.Hubungan baik ini menjadikan pertukaran budaya berlaku dengan
baik. Pertukaran budaya ini juga akan memperkayakan lagi kesenian dan megeratkan lagi hubungan
baik antara semua. ASEAN semakin berkembang dari segi kebudayaan dan berlaku pertukaran yang
melibat seni. Anugerah dan festival sentiasa dianjurkan antara negara anggota.
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia.
Dasar luar Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia. Buktikan.
Dasar luar Malaysia meyumbang kepada Keselamatan dan keamanan dunia dimana
Pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) agar dapat
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.. Melalui pengisytiharan ini
Malaysia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana blok Barat. Usaha ini bertujuan mengelakkan
campur tangan kuasa-kuasa besar dan larangan kuasa besar mengangkut bahan atau senjata nuklear
melalui konsep SEANWFZ.
Malaysia menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara
Negara turut mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai
kemerdekaan.
Malaysia menjadi perantara pihak bertelagah melalui penghantaran pasukan pemerhati ke
sempadan Iran –Iraq.. Malaysia juga pernah menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea dan
pasukan pengaman ke Bosnia.. Malaysia juga cuba mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke
atas Kampuchea dan Malaysia turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea.
Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah
antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih. Malaysia mengusahakan perjanjian damai antara Kerajaan
Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro( MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi bangsa Moro
di selatan Filipina.Malaysia menyokong perjuangan penubuhan negara berdaulat Palestin di PBB.
Malaysia menjadi mediator / orang tengah / perantara yang berjaya menyelesaikan konflik di sesebuah
31. Group 123SejSPM
31
negara contohnya Selatan Thailand dan Selatan Filipina.Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan
Pergerakan Kesederhanaan Global yang berperanan sebagai perantara.
Penubuhan ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah juga membuktikan
kesungguhan Malaysia untuk menguatkan kawalan keselamatan mritim di bahagian Timur Sabah susulan
krisis pencerobohan Lahad Datu.
Selain itu, Malaysia membela dan menyokong hak asasi manusia. Malaysia lantang bersuara
di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.. Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika
menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara.. Malaysia mewujudkan
cawangan Al-Quds Foundation Malaysia iaitu sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin. UNICEF
berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program keganasan dan penyeludupan serta pendidikan
mengenai konvensyen kanak-kanak. NGO Malaysia terlibat menyokong usaha dengan menubuhkan
Pusat Jana Jaya (IMPOWER ) dan mendapat sokongan UNICEF bagi mengukuhkan sokongan
psikososial yang berasaskan komuniti kepada kanak-kanak dan keluarga. UNICEF bekerjasama dengan
Pertubuhan kanak-kanak Malaysia (MAPC) bagi mengukuhkan persekitaran yang terjamin
keselamtannya. Kolej Universiti HELP yang ditubuhkan di Malaysia telah bekerjasama dengan UNICEF
untuk membanteras gejala buli di sekolah.
Malaysia bersama-sama membenteras jenayah antarabangsa . Malaysia lantang
memerangi gejala penyalahgunaan dadah dalam satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna
(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.
Malaysia turut prihatin dengan isu pemerdaganganmanusia . Hal ini dapat dibuktikan apabila negara
kita telah mewujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) bagi
memastikan hak asasi mangsa pemerdagangan dijamin dan melalui proses pemulihan sehingga
mereka diintergrasikan semula ke dalam masyarakat. Bagi menyokong usaha memerangi keganasan,
Malaysia juga telah mewujudkan Akta Pencegahan Keganasan (SOSMA) dan Rang Undang-undang
Majlis Keselamatan Negara. Hal iini, membolehkan kerajaan dapat mengawal dan mengurus ancaman
serta bertindak awal mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara. Sebagai contoh isu
ISIS dan keganasan Daesh.
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara ?
Malaysia memelihara hubungan diplomatik dengan negara-negara dunia.Malaysia sering
mengadakan lawatan rasmi ke negara lain. Contohnya lawatan kerja Perdana Menteri Dato’Seri Najib
Tun Razak ke Turki, Arab Saudi ,Jepun,Singapura bagi mengeratkan hubungan antara dua negara.
Malaysia mengekalkan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua
negara. Contohnya, projek usaha sama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun
dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motor Malaysia.
Mengadakan mesyuarat / perbincangan dalam mengadapi konflik.Bertukar-tukar pendapat dan
pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Contohnya Mesyuarat Khas Menteri-
32. Group 123SejSPM
32
Menteri ASEAN mengenai isu keganasan serantau seperti menangani masalah militan DAESH/ISIS
Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara serantau,Contohnya Penguatkuasaan
Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia
(PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di
persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.
Menghormati kedaulatan negara lain dan hak asasi manusia, Malaysia tidak mencampuri
hal ehwal dalaman negara lain.Contoh tidak mencampuri isu perbalahan mazhabdi Syria dan
pembersihan etnik Rohingya diMyanmar.
Kedaulatan negara diperkukuhkan melalui pertukaran program media massa, pendidikan
dan sains dan teknologi.Contoh rancangan televisyen Radio Televisyen Malaysia(RTM), Rancangan
Televisyen Brunei(RTB), Rancangan Televisyen Indonesia(RTI) dan Media Corp Singapura. Pusat
Penyelidikan Sains dan Matematik Asia Tenggara (RECSAM) di Pulau Pinang.
SOALAN 8
CATATAN : Pilih salah satu SAHAJA daripada EMPAT CONTOH IKTIBAR yang diberi
CONTOH IKTIBAR 1 (PILIH SALAH SATU )
Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji.
Iktibar yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin perlu bijak
merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan
negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan persefahaman dalam
hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara. Contohnya dalam menangani isu
pendatang tanpa Izin (PATI) yang memasuki sempadan negara dibincnagkan secara rundingan dengan
negara terbabit.
Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat
melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa .Kita hari ini
telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan
semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara
lain.
Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara
berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu dijadikan iktibar dengan mengukuhkan
perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan mempunyai politik yang
stabil.Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju.
33. Group 123SejSPM
33
CONTOH IKTIBAR 2 (PILIH SALAH SATU )
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai beberapa pertubuhan
antarabangsa dan memainkan peranan secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di
peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi
sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi
sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di
negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi
dan politik negara.
CONTOH IKTIBAR 3 (PILIH SALAH SATU )
Nyatakan iktibar yang diperoleh daripada tugasan yang anda lakukan.
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita boleh mengambil iktibar bahawa penggubalan
dasar luar negara perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan sosial . Sebagai
contohnya, kita telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),
Komanwel, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar
mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
Kita harus menjalin hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Sebagai
contohnya, kita menjalin hubungan dengan negara blok kapitalis dan komunis. Hal ini bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Dengan itu, masyarakat dunia dapat hidup dengan
sejahtera.
Kita hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh
menceroboh dan mencampuri urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara Palestin
adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu diselesaikan agar kestabilan
politik dunia terpelihara.
34. Group 123SejSPM
34
Kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan
besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia
akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di
negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi
dan politik negara
CONTOH IKTIBAR 4 (PILIH SALAH SATU )
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji
Iktibar/pengajaran yang diperoleh dari tajuk yang dikaji ialah perpaduan dalam kalangan
negara anggota wajar diamalkan. Malaysia perlu menghormati kedaulatan negara lain serta
mengekalkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang. Pemimpin pula perlu mengamalkan
pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah .
Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran sistematik .Malaysia
juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang baik dengan semua negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat antarabangsa.
Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar
dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia perlu diteruskan oleh kerajaan bagi
merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di
negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan
politik negara.
Semua pihak harus bertanggungjawab menjalankan tugas demi kemakmuran negara. Hal ini
kerana melalui dasar luar, negara kita dapat menjalinkan hubungan serantau dengan baik.
Setiap negara hendaklah menggelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara lain
agar dasar-dasar yang digubal dapat dilaksanakan tanpa halangan.
Kita perlulah berfikiran terbuka dan sedia menerima perubahan yang membawa kepada
kebaikan kepada negara agar dapat mengambil manfaat daripada hubungan diplomatik antara negara.
Semua negara di dunia hendaklah menyokong usaha untuk memelihara keamanan sejagat
dan menentang keganasan global.
35. Group 123SejSPM
35
Selain itu, semua negara hendaklah menyelesaikan pertikaian secara diplomasi,
menggunakan sikap tolenrasi dan meningkatkan kemajuan negara
SOALAN 9
Buat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan dari sudut berikut :
a) Pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan yang dilaksanakan
b) Nilai murni dan unsur patriotisme yang dapat dihayati
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
CATATAN : PILIH MANA-MANA SATU JARI CONTOH JAWAPAN
Jawapan 1
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia
dalam mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara
kita dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Selain itu, kita juga dapat mengetahui sebab yang
mendorong Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
Kita hendaklah sentiasa menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan
dunia. Kesejahteraan dunia dapat menjamin kedaulatan negara kita. Seterusnya, kita perlu memupuk
perpaduan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia
dapat hidup dengan sejahtera.
Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, bangsa
Malaysia dapat menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Hal ini akan menjadikan negara kita
dihormati di mata dunia. Selain itu, melalui hubungan luar yang berasaskan kepentingan ekonomi kita
berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dalam bidang ekonomi. Hal ini
menyebabkan negara kita akan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
36. Group 123SejSPM
36
Jawapan 2
a) Pengetahuan yang diperolehi
Pengetahuan yang diperoleh ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Pengetahuan yang diperoleh ialah selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah
menyertai beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa serta memainkan peranan secara aktif
dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut
prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pengetahuan yang diperoleh ialah penyertaan tentera Malaysia dibawah panji-panji PBB
dengan menghantar tentera pengaman ke Bosnia dan juga Lubnan.
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia pernah menjadi perantara menyelesaika
Krisis perang Iran-Iraq dan krisis di selatan Filipina
b) Jelaskan nilai-nilai murni yang bolehditeladani daripada kepimpinan negara dalam
menghadapi cabaran dunia
Nilai murni yang boleh diteladani ialah kerjasama dalam menghadapi jenayah
antarabangsa seperti menangani isu pengganas ISIS / DAESH
Nilai bertoleransi dalam menghadapi sebarang masalah.Contohnya isu tuntutan
bertindih terhadap PulauBatu Putih dengan membawanya ke peringkat ICJ.
Nilai murni yang seterusnya ialah bijak menangani masalah.Contohnya menjadi orang
tengah dalam menyelesaikan isu di Selatan Filipina
Semangat setia kawan juga merupakan nilai murni yang boleh diteladani.Contohnya
menghormati pengisytiharan ZOPFAN oleh anggota ASEAN.
Nilai seterusnya ialah sanggup berkongsi ilmu / teknologi / kepakaran. Contohnya
menghantar pekerja/pelajar Malaysia ke Jepun, Korea, China.
Nilai berwawasan seperti kerjasama dalam bidang aero angkasa dengan negara Rusia
dan Amerika Syarikat.Bukti penglibatan ialah pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Mejar
Dr.Faiz Khalid dalam program tersebut.
Nilai berilmu pengetahuan Seperti tindakan bijak Tunku Abdul Rahman dalam
menangani masalah komunis dengan menubuhkan ASA
Nilai bermoral / beretika seperti menyokong usaha-usaha menentang kezaliman
37. Group 123SejSPM
37
Contohnya Isu Palestin
Nilai bertanggungjawab Seperti bersama-sama dengan negara lain menangani
kehilangan pesawat MH370/MH17
Nilai wasatiyah iaitu penyelesaian masalah secara diplomasi dan perbincangan
seperti isu Jerebu / alam sekitar
c) Jelaskan nilai patriotisme yang boleh diamalkan oleh generasi muda dalam menghadapi
cabaran dunia hari ini
Nilai patriotik yang boleh diamalkan ialah semangat cinta kepada negara.Seperti Sheikh Muzaffar
diiktiraf sebagai angkasawan pertama negara.
Semangat juang untuk menaikkan nama negara di mata dunia.Seperti kemenangan atlet
paralimpik di Sukan Paralimpik di Rio de Jenerio, Brazil 2016.
Semangat jati diri. Seperti Jimmy Choo pereka kasut antarabangsa bangga menjadi rakyat
Malaysia.
Mengekalkan nilai tradisi walaupun menerima pelbagai kemasukan budaya asing.
Seperti Shila Amzah yang popular di China/ Yuna yang berada di Amerika.
Sanggup berkorban untuk negara Seperti Dr.Fauziah Zaytouna Olivia yang di tawan
tentera Israel ketika membawa misi keamanan ke Gaza (Women Boat To Gaza)
d) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih maju.
Saya berharap agar rakyat Malaysia mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi.
Contohnya Mohamad Nasarudin Mohd Yusof memenangi hadiah Nobel Kemananan daripada
Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di Hague, Belanda dalam
kemajuan budaya dan saintifik
Saya berharap generasi muda dapat mencontohi ketokohan para pemimpin negara
yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Contohnya Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Saya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kekacauan dan etidakharmonian
di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan
ekonomi dan politik negara. Contohnya mengambil iktibar daripada peristiwa
cubaan rampasan kuasa tentera di Turki gagal kerana rakyat bersatu hati
menyokongkepimpinan Perdana Menteri Erdogan.
Saya berharap rakyat Malaysia menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama
dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.Contohnya bantuan makanan dan perubatan
ke Filipina dan Acheh.