SlideShare a Scribd company logo
MELAKA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
HUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA
Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit, India, dan
China .
Hubungan dengan Kerajaan Siam
Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera.
Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan tidak berdamai."
Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda
menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah:
"Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu
takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun
Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108)
Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur
Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala
seterunya."
Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit
untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya
lembing terpelanting ke tanah.
Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya
meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat
daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka
berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka
sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam
usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan
kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha
membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat diatasi.
Hubungan Melaka dengan Majapahit
Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah
menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit,
Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri
Majapahit itu.
Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.
Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain
itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali
tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka
ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun
Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara
yang bertujuan menghina Betara.
Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun
beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun
Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.
Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan
hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju
menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh
Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan
kepada hubungan kekeluargaan.
Hubungan Melaka dengan China
Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali
pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China
telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan
kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu
rendang.
Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel
sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih
memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan.
Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin
itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran
orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa
mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat
wajah Maharaja China dalam mongkor kaca.
Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja
Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim
surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka
berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan
diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas
sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan
kangkung.
Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah
kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana
Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei
bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat
yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja
Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China.
Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan.
Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja
China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan
ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu
diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu
berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.
Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi
kebesaran raja China.
Hubungan Melaka dengan Benua Keling
Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali
ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang
Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai.
Setiap helai mempunyai 40 perkara.
Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling.
Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian
pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim
menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap
akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu.
Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang
Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang
dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.
KEMEGAHAN DAN KEHEBATAN MELAKA
Dalam Sulalatus Sulalatus Salatin kebesaran raja yang memerintah digambarkan melalui perkaitan
keturunan raja dengan legenda Iskandar Zul-karnain. Unsur mitos juga dimasukkan bagi mengesahkan
dan mengukuhkan martabat raja-raja Malayu.
Pembukaan negeri Melaka turut dikaitkan dengan mitos dan peristiwa luar biasa. Umpamanya
kegagahan pelanduk yang menentang anjing perburuan. Kehebatan Melaka juga tergambar melalui
mitos kemasukan Islam.
Kehebatan Melaka juga digambarkan melalui adat-istiadat raja-raja Melaka serta langan-larangan
terhadap rakyat..
Turut digambarkan ialah keluasan empayar dan jajahan takluk yang luas meliputi Pahang, Terengganu,
Siak dan Inderagiri di Sumatera.
Melaka diceritakan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.Walau bagaimanapun
kehebatan Melaka sering ditonjolkan mengatasi negara-negara berkenaan dari pelbagai sudut. Sulalatus
Salatin memperkecilkan dan memandang rendah martabat raja negeri-negeri lain. Diceritakan kisah Raja
Pasai, Sultan Malikus-Salleh tertipu mengahwini anak gundik Raja Perlak aitu Puteri Ganggang. Raja
Pasai pernah ditangkap Awi Dicu dan dibawa ke Siam untuk dijadikan gembala ayam.
Ratu Majapahit pula disindir kerana tiada putera pewaris takhta. Diceritakan Puteri Majapahit iaitu Raden
Galoh Awi Kesuma berkahwin dengan anak angkat penyadap iaitu budak yang ditemui hanyut. Penyadap
dilantik pula sebagai Bentara Majapahit.
Tidak ketinggalan, raja China turut diperkecil-kecilkan kedudukannya. Sulalatus Salatin menunjukkan
kebijaksanaan utusan Melaka mengatasi pembesar-pembesar China, umpamanya Tun Perpatih Putih
berjaya melihat wajah Maharaja China melalui tipu muslihat. Beliau memberitahu makanan kegemaran
orang Melaka ialah sayur kangkung dimasak tanpa dipotong . Ketika waktu makan terpaksa mendongak
kepala untuk disuapkan ke mulut. Ketika mendongak, dapatlah melihat wajah raja China, sedangkan
rakyat China sendiri tidak pernah dapat melihat wajah raja mereka.
Sulalatus Salatin mencertitakan kisah raja China mendapat penyakit kedal kerana menerima kiriman
sembah daripada Sultan Melaka. Untuk mengubati penyakit kedal itu, raja China terpaksa minurn air
basuh kaki raja Melaka.
Kehebatan dan kebesaran Melaka turut digambarkan melalui kewibawaan pembesar-pembesar negeri
seperti Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Sulalatus Salatin menggambarkan tentang ketokohan
dan kebijaksanaan Bendahara Paduka RajaTun Perak dan Bendahara Seri Maharaja. Mereka memiliki
sifat kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Raja Melaka.
Tun Perak tidak pun menuntut bela ke atas Raja Muhammad Shah yang telah membunuh anaknya Tun
Besar kerana tidak mahu menderhaka. Tun Mutahir pula , kerana tidak mahu menderhaka, menerima
sahaja hukuman bunuh yang dikenakan kepadanya dan ahli keluarganya oleh Sultan mahmud Syah,
walaupun beliau tidak bersalah.
Pembesar Melaka digambarkan memiliki sifat keperwiraan dan semangat juang yang tinggi dalam
mempertahankan kedaulatan Melaka. Mereka juga memliki sifat pintar dan bijaksana
dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang tergambar pada utusan Melaka ke luar
negeri. Misalnya Menteri Jana Putera dan TunTelanai. Keagungan dan kebesaran Melaka ditegakkan
hasil sokongan padu serta kewibawaan para pembesar-pembesar.
Sulalatus Salatin tidak ketinggalan mengemukakan kisah keberanian panglima dan hulubalang Melaka
seperti Laksamana Hang Tuah, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Sura. Hulubalang Melaka begitu gagah
perkasa, berani dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka.
Tun Perak sendiri mengetuai angkatan perang angkatan Melaka menghadapi ancaman Siam. beliau
menggunakan kebijaksanaannya hingga berjaya mengusir angkatan Siam dengan menggunakan tipu
helah. Tun Perak turut mengetuai angkatan Melaka menyerang Pahang.
Tidak ketinggalan digambarkan juga kehebatan pahlawan-pahlawan lain seperti Seri Bija Pikrama, Tun
Bijaya Sura dan Seri Bija Diraja berjaya menakluki Pahang dan menangkap Maharaja Dewa Sura.
GAMBARAN MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAM
Melaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan Muhammad
Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan rakyat jelata.
Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan menerima Islam secara
langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi.
Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah berpandangan
dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat.
Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. -Rasulullah s.a.w
memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jeddah dan orang-
orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah menitahkan baginda menurut
kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan menurut segala kata-kata dan perintah
Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda terjaga dari mimpi.
Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam"
baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-henti.
Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat perlakuan
raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut "la ilaha i'l Allah,
Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73)
Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata
baginda adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang. Baginda juga
menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada waktu Asar nanti.
Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari Jeddah
berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun bersembahyang di
pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang bersembahyang, "Mengapa orang itu
tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73)
Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan rombongan
ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh Makhdum.
Pembesar Melaka
Bendahara
Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan.
Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara
Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.
Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara
Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.
Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai
pemimpin tentera dalam peperangan.
Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka
Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun
Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari
takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan
majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.
Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil
negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.
Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana,
misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-
iangit.
Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara
berusungan pada hari raya.
Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.
Temenggung
Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama
mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.
Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam
oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur
tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.
Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.
Syahbandar
Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di
Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar
menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai
daripada pedagang- pedagang.
Laksamana
Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri
daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari
Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan
bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan
membunuh Hang Jebat yang menderhaka.
Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah.
Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina
atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak
membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di
hadapan Bendahara Seri Maharaja.
Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.
ASPEK KETATANEGARAAN
Takrif ketatanegaraan
Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara."
(Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)
Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan
negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan
lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)
KONSEP RAJA
Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat,
mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf
dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)
Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.
Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat
terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar
Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.
Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja
Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu
dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.
Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah
Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja
Melaka.
Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka
kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.
Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan
Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat
tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contoh:
(i) Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja
Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh.
(ii) Bendahara Seri Maharaja tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah
walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.
Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-
larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.
KONSEP KERAJAAN
Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada;
"satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan
pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm.
95)
Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja
yang memerintah.
Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat
kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.
Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.
KONSEP NEGERI
Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan
takluknya." (Harun Daud. hlm 97)
Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang
dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.
Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri
biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah
negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa
"tuah" atau kelebihan yang tersendiri.
SISTEM PEMERINTAHAN
Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak.
Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah:
Raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi. Mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh
ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.
Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan
ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.
Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah,
misalnya menjatuhkan hukuman mati.
Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja
ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti
memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.
Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri
Bendahara dikahwini oleh sultan.
Pembesar-pembesar Negeri
Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung,
Penghulu Bendahari dan Syahbandar.
Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-
masing;
KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK
Kuasa Politik Melaka melalui empat tahap perkembangan iaitu
Tahap1 :
Meliputi tahap pembukaan Melaka meliputi masa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda
dan Raja Tengah .
Tahap 2 :
Zaman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Syah dan Sultan Abu Syahid.
Tahap 3 :
Zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Tahap 4 :
Zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Pembukaan Melaka
Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura.
Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor
pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah
menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka.
Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka
mengatasi ancaman daripada Siam.
Tahap Kegemilangan
Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil
kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.
Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya
mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan.
Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang.
Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad.
Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas,
Kelantan dan Terengganu.
Tahap Kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud
Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.
Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan
Mahmud Syah dianggap gila perempuan.
Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa.
Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh
Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri.
Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai.
Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu.
Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana
meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.
Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan penaklukan oleh Portugis.
SS: CIRI-CIRI SEBAGAI SEBUAH KARYA SASTERA-SEJARAH
1. Tujuan Penulisan:
a. Kegunaan istana – raja dan bangsawan
b. Merakamkan:
i. kebesaran negara kota Melaka
ii. ketinggian martabat kerajaan Melaka
iii. kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka
2. Corak Penceritaan:
a Mengandungi dua corak peristiwa iaitu:-
(i) peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan
(ii) peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.
b. Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.
3. Kisah Negara-Kota - Melaka
Menitikberatkan peristiwa-peristiwa:
a. Mengagungkan keturunan raja -> melalui unsur ajaib.
Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat -> iaitu keturunan Iskandar
Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan.
b. Gambaran pemerintahan penuh kebaikan-> adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat.
Contoh 1 : Kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur
Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.
Contoh 2 : Kait dengan hubungan Melaka -China.
Contoh 3 : Kait raja mulia dan berdaulat peluk Islam.
c. Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui;
(i) gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan. Contoh —> mementingkan protokol dan adat-istiadat
seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.
Contoh -> larangan memakai kain berwarna kuning.
-> larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya.
-> larangan bertujuan mengekalkan statusquo.
-> kehebatan dan keistimewaan raja.
(ii) Melalui kejayaan Melaka mengatasi negara lain.
(a) Hubungan Melaka dengan China.
(b) Hubungan Melaka -> Pasai dan Iain-Iain .
4. Dari Segi Pertarikhan
a. Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa
sejarah sebenar.
b. Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh.
c. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.
d. Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.
5. Pengisahan Berpusat kepada satu keturunan
a. Tumpuan kepada keturunan raja pemerintahan Melaka.
b. Keturunan raja Melaka bermula dengan Sultan Muhammad Syah -> diwariskan kepada keturunannya
dari sebelah 'ayah'.
c. Pemerintahan-pemerintahan Melaka seterusnya - Sultan Muzaffar Syah -> Sultan Mansur Syah, Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah -> Sultan Mahmud Syah.
6. Gaya Penceritaan
a. Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.
b. Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota. Caranya melalui;
(i) cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.
(ii) keagungan negara-kota/pemerintahan.
(iii) ketokohan dan kehebatan raja dan pembesar negeri.
c. Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang;
(i) kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya.
(ii) hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai.
(iii) hubungan Melaka di peringkat antarabangsa.
d. Unsur sejarah adalah bersifat 'pseudosejarah' - sejarah yang dilihat dari perspektif masyarakat dan
zaman yang menghasilkannya.
7. Dari Segi Watak
a.Terdiri dari watak-watak dari kalangan:-
(i) Manusia
-> golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri/bangsawan, rakyat jelata/hamba,
golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.
(ii) Watak bukan manusia.
-> binatang-binatang seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang-
gelang.
-> orang-orang halus seperti hantu, Puteri Gunung Ledang.
8. Dari Segi Struktur Isi Cerita
Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera
sejarah iaitu terbahagi kepada 3 bahagian:-
(i) Bahagian awal
(ii) Bahagian kegemilangan
(iii) Bahagian kemerosotan
(i) Bahagian Awal: Kisah awal sesebuah kerajaan/negara kota meliputi kisah;
a. asal-usul keturunan raja- raja
b. kisah pembukaan negara kota
c. kemasukan Islam
Peristiwa dikaitkan dengan cerita mitos, legenda, dongeng dan fantasi.
Contoh dalam teks Sulalatus Salatin;
- Asal usul raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain
- Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh -> anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih
yang berani dan kemudian ghaib.
- Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.
(ii) Bahagian Kegemilangan: meliputi kisah mengenai;
a. Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.
b. Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.
c. Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain.
Contoh Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka misalnya:
• Sultan Muzaffar Syah
• Sultan Mansur Syah
• Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
d. Kegemilangan Melaka sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang
dan Terengganu.
e. Peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini.
f. Peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam.
g. Peranan Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.
(iii) Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah:
a. Kemerosotan sesebuah kerajaan dan negara kota dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman raja
memerintah.
b. Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.
c. Berleluasa fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya.
d. Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.
Contoh dari teks Sulalatus Salatin;
(i) Menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah -> guna kuasa untuk kepentingan diri,
kepuasan seks.
(ii) Sultan Mahmud Syah abaikan rakyat, berlaku ketidakadilan, berleluasa amalan rasuah dan pilih kasih.
(iii) Kepentingan raja dan pembesar diutamakan.
(iv) Pentadbiran lemah dan kucar-kacir, pertahanan lemah.
(iv) Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin

More Related Content

What's hot

Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
JANGAN TINGGAL DAKU
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Teh Boon Siang
 
Melaka sebagai pusat perdagangan
Melaka sebagai pusat perdaganganMelaka sebagai pusat perdagangan
Melaka sebagai pusat perdaganganrohalan
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
Santa Barbara
 
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptCerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
MrAnonymous72
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah DiaKesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
qashah09
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
zaidatol zulkiflly
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
QHAIRUL AZIEZIE
 
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPMSalehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
alifah808
 
Kepimpinan sultan alauddin riayat shah
Kepimpinan sultan alauddin riayat shahKepimpinan sultan alauddin riayat shah
Kepimpinan sultan alauddin riayat shah
Haslisa Hariono
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
STPMVi
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
EdreygonAlexander
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.manjaiqbal257
 
Pertahanan
PertahananPertahanan
Pertahanan
Leong Shean Loong
 

What's hot (20)

Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Melaka sebagai pusat perdagangan
Melaka sebagai pusat perdaganganMelaka sebagai pusat perdagangan
Melaka sebagai pusat perdagangan
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.pptCerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
Cerita 1 Hang Tuah Bab VII.ppt
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah DiaKesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
 
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPMSalehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
Salehuddin Al-Ayyubi Sejarah Islam Penggal 2 STPM
 
Kepimpinan sultan alauddin riayat shah
Kepimpinan sultan alauddin riayat shahKepimpinan sultan alauddin riayat shah
Kepimpinan sultan alauddin riayat shah
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
 
Pertahanan
PertahananPertahanan
Pertahanan
 

Viewers also liked

Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
hamdan che hassan
 
Manual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatif
Manual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatifManual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatif
Manual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatif
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
parydave
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungfiro HAR
 
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011impianhati
 
Campur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayuCampur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayuWooden Tiger
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Khairul Anwar
 

Viewers also liked (8)

Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
Manual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatif
Manual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatifManual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatif
Manual kerja kursus 2016 kesusasteraan melayu komunikatif
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
 
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
 
Campur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayuCampur tangan inggeris di tanah melayu
Campur tangan inggeris di tanah melayu
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 

Similar to Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin

Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
Masniza Mustafa
 
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuahBakri Taba
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
Dixon Ong
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
abidin1961
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptx
Raihan745396
 
burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada
sitinoranisah1
 
Kerajaan Kalingga atau Holing
Kerajaan Kalingga atau HolingKerajaan Kalingga atau Holing
Kerajaan Kalingga atau Holing
Mohamad Nur Faizi
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoTugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
MyOs Supardi
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
mira dyla
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakan
zumaliah
 
Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah
muhammad
 
Kerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/HolingKerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/Holing
tafffana
 
Sejarah kerajaan majapahit
Sejarah kerajaan majapahitSejarah kerajaan majapahit
Sejarah kerajaan majapahit
Dheanira Ramadhani
 
Mataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kuno
Mataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kunoMataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kuno
Mataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kuno
Mcinvie
 
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungfiro HAR
 

Similar to Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin (20)

Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptx
 
burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada
 
Kerajaan Kalingga atau Holing
Kerajaan Kalingga atau HolingKerajaan Kalingga atau Holing
Kerajaan Kalingga atau Holing
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Hikayat raja
Hikayat rajaHikayat raja
Hikayat raja
 
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kunoTugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
Tugas makalah kerajaan kalingga dan mataram kuno
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakan
 
Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah
 
Kerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/HolingKerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/Holing
 
Sejarah kerajaan majapahit
Sejarah kerajaan majapahitSejarah kerajaan majapahit
Sejarah kerajaan majapahit
 
Mataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kuno
Mataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kunoMataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kuno
Mataram kuno: Keadaan ekonomi, politik, sosial-budaya mataram kuno
 
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agung
 

More from lauchen32

Teknik menjawab-bm-1-spm
Teknik menjawab-bm-1-spmTeknik menjawab-bm-1-spm
Teknik menjawab-bm-1-spm
lauchen32
 
Kesalahan dalam karangan
Kesalahan dalam karanganKesalahan dalam karangan
Kesalahan dalam karangan
lauchen32
 
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
lauchen32
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
lauchen32
 
Perancangan strategik-bm
Perancangan strategik-bmPerancangan strategik-bm
Perancangan strategik-bm
lauchen32
 
Ppa rs life presentation (c) oct 2013
Ppa rs life presentation (c) oct 2013Ppa rs life presentation (c) oct 2013
Ppa rs life presentation (c) oct 2013lauchen32
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panjilauchen32
 
Epik melayu islam
Epik melayu islamEpik melayu islam
Epik melayu islamlauchen32
 

More from lauchen32 (8)

Teknik menjawab-bm-1-spm
Teknik menjawab-bm-1-spmTeknik menjawab-bm-1-spm
Teknik menjawab-bm-1-spm
 
Kesalahan dalam karangan
Kesalahan dalam karanganKesalahan dalam karangan
Kesalahan dalam karangan
 
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
 
Perancangan strategik-bm
Perancangan strategik-bmPerancangan strategik-bm
Perancangan strategik-bm
 
Ppa rs life presentation (c) oct 2013
Ppa rs life presentation (c) oct 2013Ppa rs life presentation (c) oct 2013
Ppa rs life presentation (c) oct 2013
 
Sastera panji
Sastera panjiSastera panji
Sastera panji
 
Epik melayu islam
Epik melayu islamEpik melayu islam
Epik melayu islam
 

Recently uploaded

PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 

Recently uploaded (20)

PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 

Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin

  • 1. MELAKA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK HUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit, India, dan China . Hubungan dengan Kerajaan Siam Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan tidak berdamai." Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah: "Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108) Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala seterunya." Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya lembing terpelanting ke tanah. Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat diatasi. Hubungan Melaka dengan Majapahit Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu. Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura. Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain
  • 2. itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara. Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan. Hubungan Melaka dengan China Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu rendang. Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan. Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam mongkor kaca. Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan kangkung. Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China.
  • 3. Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka. Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China. Hubungan Melaka dengan Benua Keling Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai 40 perkara. Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.
  • 4. KEMEGAHAN DAN KEHEBATAN MELAKA Dalam Sulalatus Sulalatus Salatin kebesaran raja yang memerintah digambarkan melalui perkaitan keturunan raja dengan legenda Iskandar Zul-karnain. Unsur mitos juga dimasukkan bagi mengesahkan dan mengukuhkan martabat raja-raja Malayu. Pembukaan negeri Melaka turut dikaitkan dengan mitos dan peristiwa luar biasa. Umpamanya kegagahan pelanduk yang menentang anjing perburuan. Kehebatan Melaka juga tergambar melalui mitos kemasukan Islam. Kehebatan Melaka juga digambarkan melalui adat-istiadat raja-raja Melaka serta langan-larangan terhadap rakyat.. Turut digambarkan ialah keluasan empayar dan jajahan takluk yang luas meliputi Pahang, Terengganu, Siak dan Inderagiri di Sumatera. Melaka diceritakan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.Walau bagaimanapun kehebatan Melaka sering ditonjolkan mengatasi negara-negara berkenaan dari pelbagai sudut. Sulalatus Salatin memperkecilkan dan memandang rendah martabat raja negeri-negeri lain. Diceritakan kisah Raja Pasai, Sultan Malikus-Salleh tertipu mengahwini anak gundik Raja Perlak aitu Puteri Ganggang. Raja Pasai pernah ditangkap Awi Dicu dan dibawa ke Siam untuk dijadikan gembala ayam. Ratu Majapahit pula disindir kerana tiada putera pewaris takhta. Diceritakan Puteri Majapahit iaitu Raden Galoh Awi Kesuma berkahwin dengan anak angkat penyadap iaitu budak yang ditemui hanyut. Penyadap dilantik pula sebagai Bentara Majapahit. Tidak ketinggalan, raja China turut diperkecil-kecilkan kedudukannya. Sulalatus Salatin menunjukkan kebijaksanaan utusan Melaka mengatasi pembesar-pembesar China, umpamanya Tun Perpatih Putih berjaya melihat wajah Maharaja China melalui tipu muslihat. Beliau memberitahu makanan kegemaran orang Melaka ialah sayur kangkung dimasak tanpa dipotong . Ketika waktu makan terpaksa mendongak kepala untuk disuapkan ke mulut. Ketika mendongak, dapatlah melihat wajah raja China, sedangkan rakyat China sendiri tidak pernah dapat melihat wajah raja mereka. Sulalatus Salatin mencertitakan kisah raja China mendapat penyakit kedal kerana menerima kiriman sembah daripada Sultan Melaka. Untuk mengubati penyakit kedal itu, raja China terpaksa minurn air basuh kaki raja Melaka. Kehebatan dan kebesaran Melaka turut digambarkan melalui kewibawaan pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Sulalatus Salatin menggambarkan tentang ketokohan dan kebijaksanaan Bendahara Paduka RajaTun Perak dan Bendahara Seri Maharaja. Mereka memiliki sifat kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Raja Melaka. Tun Perak tidak pun menuntut bela ke atas Raja Muhammad Shah yang telah membunuh anaknya Tun Besar kerana tidak mahu menderhaka. Tun Mutahir pula , kerana tidak mahu menderhaka, menerima sahaja hukuman bunuh yang dikenakan kepadanya dan ahli keluarganya oleh Sultan mahmud Syah, walaupun beliau tidak bersalah. Pembesar Melaka digambarkan memiliki sifat keperwiraan dan semangat juang yang tinggi dalam
  • 5. mempertahankan kedaulatan Melaka. Mereka juga memliki sifat pintar dan bijaksana dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang tergambar pada utusan Melaka ke luar negeri. Misalnya Menteri Jana Putera dan TunTelanai. Keagungan dan kebesaran Melaka ditegakkan hasil sokongan padu serta kewibawaan para pembesar-pembesar. Sulalatus Salatin tidak ketinggalan mengemukakan kisah keberanian panglima dan hulubalang Melaka seperti Laksamana Hang Tuah, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Sura. Hulubalang Melaka begitu gagah perkasa, berani dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Tun Perak sendiri mengetuai angkatan perang angkatan Melaka menghadapi ancaman Siam. beliau menggunakan kebijaksanaannya hingga berjaya mengusir angkatan Siam dengan menggunakan tipu helah. Tun Perak turut mengetuai angkatan Melaka menyerang Pahang. Tidak ketinggalan digambarkan juga kehebatan pahlawan-pahlawan lain seperti Seri Bija Pikrama, Tun Bijaya Sura dan Seri Bija Diraja berjaya menakluki Pahang dan menangkap Maharaja Dewa Sura. GAMBARAN MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAM Melaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan Muhammad Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan rakyat jelata. Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan menerima Islam secara langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi. Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah berpandangan dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat. Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. -Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jeddah dan orang- orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah menitahkan baginda menurut kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan menurut segala kata-kata dan perintah Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda terjaga dari mimpi. Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam" baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-henti. Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat perlakuan raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut "la ilaha i'l Allah, Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73) Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata baginda adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang. Baginda juga menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada waktu Asar nanti. Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari Jeddah berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun bersembahyang di pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang bersembahyang, "Mengapa orang itu
  • 6. tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73) Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan rombongan ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh Makhdum. Pembesar Melaka Bendahara Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil. Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana. Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan. Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang. Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja. Penghulu Bendahari Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar. Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit- iangit. Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya. Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja. Temenggung Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama
  • 7. mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman. Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing. Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah. Syahbandar Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang. Laksamana Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka. Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka. Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah. Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang. Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana. ASPEK KETATANEGARAAN Takrif ketatanegaraan Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara." (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)
  • 8. Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383) KONSEP RAJA Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak) Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang. Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia. Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang. Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin. Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja Melaka. Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu. KONSEP DAULAT DAN DERHAKA Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat. Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contoh: (i) Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh. (ii) Bendahara Seri Maharaja tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya. Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan- larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat. KONSEP KERAJAAN
  • 9. Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada; "satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95) Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah. Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa. Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri. KONSEP NEGERI Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97) Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah. Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri. SISTEM PEMERINTAHAN Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah: Raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi. Mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan. Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya menjatuhkan hukuman mati. Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
  • 10. Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja. Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara dikahwini oleh sultan. Pembesar-pembesar Negeri Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing- masing; KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK Kuasa Politik Melaka melalui empat tahap perkembangan iaitu Tahap1 : Meliputi tahap pembukaan Melaka meliputi masa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah . Tahap 2 : Zaman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid. Tahap 3 : Zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Tahap 4 : Zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Pembukaan Melaka Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka. Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.
  • 11. Tahap Kegemilangan Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu. Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan. Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad. Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu. Tahap Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah. Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan. Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri. Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai. Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu. Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri. Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan penaklukan oleh Portugis. SS: CIRI-CIRI SEBAGAI SEBUAH KARYA SASTERA-SEJARAH 1. Tujuan Penulisan: a. Kegunaan istana – raja dan bangsawan
  • 12. b. Merakamkan: i. kebesaran negara kota Melaka ii. ketinggian martabat kerajaan Melaka iii. kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka 2. Corak Penceritaan: a Mengandungi dua corak peristiwa iaitu:- (i) peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan (ii) peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah. b. Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah. 3. Kisah Negara-Kota - Melaka Menitikberatkan peristiwa-peristiwa: a. Mengagungkan keturunan raja -> melalui unsur ajaib. Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat -> iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan. b. Gambaran pemerintahan penuh kebaikan-> adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat. Contoh 1 : Kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah. Contoh 2 : Kait dengan hubungan Melaka -China. Contoh 3 : Kait raja mulia dan berdaulat peluk Islam. c. Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui; (i) gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan. Contoh —> mementingkan protokol dan adat-istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya. Contoh -> larangan memakai kain berwarna kuning. -> larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya. -> larangan bertujuan mengekalkan statusquo. -> kehebatan dan keistimewaan raja.
  • 13. (ii) Melalui kejayaan Melaka mengatasi negara lain. (a) Hubungan Melaka dengan China. (b) Hubungan Melaka -> Pasai dan Iain-Iain . 4. Dari Segi Pertarikhan a. Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa sejarah sebenar. b. Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh. c. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar. d. Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan. 5. Pengisahan Berpusat kepada satu keturunan a. Tumpuan kepada keturunan raja pemerintahan Melaka. b. Keturunan raja Melaka bermula dengan Sultan Muhammad Syah -> diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah'. c. Pemerintahan-pemerintahan Melaka seterusnya - Sultan Muzaffar Syah -> Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah -> Sultan Mahmud Syah. 6. Gaya Penceritaan a. Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah. b. Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota. Caranya melalui; (i) cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi. (ii) keagungan negara-kota/pemerintahan. (iii) ketokohan dan kehebatan raja dan pembesar negeri. c. Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang; (i) kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya. (ii) hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai. (iii) hubungan Melaka di peringkat antarabangsa. d. Unsur sejarah adalah bersifat 'pseudosejarah' - sejarah yang dilihat dari perspektif masyarakat dan
  • 14. zaman yang menghasilkannya. 7. Dari Segi Watak a.Terdiri dari watak-watak dari kalangan:- (i) Manusia -> golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri/bangsawan, rakyat jelata/hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain. (ii) Watak bukan manusia. -> binatang-binatang seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang- gelang. -> orang-orang halus seperti hantu, Puteri Gunung Ledang. 8. Dari Segi Struktur Isi Cerita Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera sejarah iaitu terbahagi kepada 3 bahagian:- (i) Bahagian awal (ii) Bahagian kegemilangan (iii) Bahagian kemerosotan (i) Bahagian Awal: Kisah awal sesebuah kerajaan/negara kota meliputi kisah; a. asal-usul keturunan raja- raja b. kisah pembukaan negara kota c. kemasukan Islam Peristiwa dikaitkan dengan cerita mitos, legenda, dongeng dan fantasi. Contoh dalam teks Sulalatus Salatin; - Asal usul raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain - Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh -> anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan kemudian ghaib. - Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah. (ii) Bahagian Kegemilangan: meliputi kisah mengenai;
  • 15. a. Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota. b. Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan. c. Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain. Contoh Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka misalnya: • Sultan Muzaffar Syah • Sultan Mansur Syah • Sultan Alau'd-Din Riayat Syah d. Kegemilangan Melaka sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu. e. Peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini. f. Peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam. g. Peranan Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting. (iii) Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah: a. Kemerosotan sesebuah kerajaan dan negara kota dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman raja memerintah. b. Berlaku perpecahan di kalangan pembesar. c. Berleluasa fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya. d. Kerajaan lemah senang ditakluki musuh. Contoh dari teks Sulalatus Salatin; (i) Menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah -> guna kuasa untuk kepentingan diri, kepuasan seks. (ii) Sultan Mahmud Syah abaikan rakyat, berlaku ketidakadilan, berleluasa amalan rasuah dan pilih kasih. (iii) Kepentingan raja dan pembesar diutamakan. (iv) Pentadbiran lemah dan kucar-kacir, pertahanan lemah. (iv) Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.