SlideShare a Scribd company logo
1 of 60
Download to read offline
ISI KANDUNGAN


       BIL                              PERKARA                  MUKASURAT
 1.0            PROFIL SEKOLAH
         1.1    Maklumat Am Sekolah                                  4
         1.2    Matlamat Sekolah                                     5
         1.3    Panorama Sekolah                                     6
 2.0            PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT
         2.1    Muqaddimah                                           7
         2.2    Sijil Penubuhan Syarikat                             8
         2.3    Profil Syarikat                                      9
         2.4    Maklumat Korporat                                   10
         2.5    Senarai Nama Pemegang Saham                         11
         2.6    Latar Belakang Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.           13
         2.7    Matlamat Syarikat                                   18
         2.8    Motto Dan Logo Syarikat                             19
         2.9    Carta Organisasi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd          21
         2.10   Aktiviti Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd                  23
 3.0            ULASAN PENGETUA                                     27
 4.0            ULASAN GURU PENGELOLA                               29
 5.0            LAPORAN PENGURUS BESAR
         5.1    Profil Pengurus Besar                               31
         5.2    Perutusan Pengurus Besar                            36
         5.3    Tugas dan Tanggungjawab                             38
         5.4    Penilaian Prestasi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd        39
         5.5    Laporan Keseluruhan Aktiviti Syarikat               41
         5.6    Rancangan Perniagaan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd      45
         5.7    Pelaksanaan Projek Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd        49
         5.8    Merangsang Idea Projek                              51
         5.9    Penilaian Projek                                    54
         5.10   Masalah dan Cara Mengatasi                          55
         5.11   Pengesahan                                          59
 6.0            LAPORAN PENGURUS PENTADBIRAN
         6.1    Profil Pengurus Pentadbiran                         61
         6.2    Tinta Pengurus Pentadbiran                          63
         6.3    Tugas Pengurus Pentadbiran                          66
         6.4    Penilaian Prestasi Syarikat                         67
         6.5    Laporan Pengurusan Syarikat                         69
BIL                               PERKARA           MUKASURAT
        6.6    Pengurusan Mesyuarat                          74
        6.7    Pengurusan Kerja Dan Pembahagian Tugas        86
        6.8    Pengurusan Pendapatan Gaji Ahli Syarikat      89
        6.9    Penghargaan                                   90
        6.10   Penutup                                       90
7.0            LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN
        7.1    Profil Pengurus Pengeluran                    92
        7.2    Semanis Bicara Pengurus Pengeluaran           96
        7.3    Tugas dan Tanggungjawab                       98
        7.4    Penilaian Prestasi Syarikat                   100
        7.5    Organisasi Jabatan Pengeluaran                101
        7.6    Perancangan dan Proses Pengeluaran            102
        7.7    Laporan Pengeluaran Syarikat                  106
        7.8    Kaedah Pengeluaran                            131
        7.9    Idea Perniagaan                               132
        7.10   Stok dan Inventori                            135
        7.11   Laporan Produk Kreatif                        137
        7.12   Laporan Perkhidmatan Terbaik                  144
        7.13   Pengesahan                                    150
8.0            LAPORAN PENGURUS PEMASARAN
        8.1    Profil Pengurus Pemasaran                     152
        8.2    Tinta Pengurus Pemasaran                      155
        8.3    Tugas dan Tanggungjawab                       156
        8.4    Penilaian Prestasi Syarikat                   157
        8.5    Prinsip dan Matlamat Pemasaran                159
        8.6    Tinjauan Pemasaran                            161
        8.7    Strategi Pemasaran                            163
        8.8    Pembahagian Strategi                          164
        8.9    Laporan Ringkas Aktiviti Pemasaran            176
        8.10   Faktor Mempengaruhi Pemasaran Produk          181
        8.11   Pengesahan                                    184
9.0            LAPORAN PENGURUS KEWANGAN
        9.1    Profil Pengurus Kewangan                      186
        9.2    Tinta Pengurus Kewangan                       189
        9.3    Tanggungjawab dan Tugas                       191

        9.4    Penilaian Prestasi Syarikat                   193
BIL                             PERKARA                            MUKASURAT
  9.5    Laporan Kewangan Syarikat                                    194
  9.6    Strategi Keuntungan                                          196
  9.7    Pencapaian Matlamat                                          197
  9.8    Pencapaian Pendapatan Syarikat Mengikut Projek Syarikat      198
  9.9    Aliran Tunai Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.                      208
  9.10   Penyata Pendapatan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.                209
  9.11   Kunci Kira-kira Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.                   210
  9.12   Modal Dan Pulangan Atas Modal                                211
  9.13   Notis Penutupan Akaun dan Bayaran Balik Saham                212
         Pengisytiharan Harga Saham
  9.15   Penutup                                                      216
1.0   PROFIL SEKOLAH




1.1   Maklumat Am Sekolah

      NAMA SEKOLAH          : Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah


      ALAMAT SEKOLAH        : Peti Surat 79, 34000, Taiping, Perak Darul Ridzuan


      NO. TELEFON           : 605-8083020
      NO. FAKSIMILI         : 605-8062576


      WEBSITE               : www.seratas.edu.my
1.2   Matlamat Sekolah

      VISI SEKOLAH:
      Menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Sebagai Pusat Kecemerlangan
      Pendidikan Berteraskan Pendidikan Bestari

      MISI SEKOLAH
      SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar :-

            Berkelayakan melanjutkan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi dalam
             Bidang Sains Dan Teknologi
            Mampu dan Mahir menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi
            Berakhlak Mulia serta Gagah Berani Berkempimpinan dan Patriotisme yang
             jitu

      FALSAFAH SEKOLAH
      Semua manusia boleh dididik.Bahawa manusia itu adalah makhluk yang paling
      sempurna dan mempunyai kemampuan untuk dijadikan bijak, gagah dan berakhlak
      mulia. Manusia yang bijak, gagah dan berakhlak mulia merupakan manusia yang
      amat berguna kepada agama, bangsa dan Negara.


      PIAGAM SEKOLAH
      Bahawasanya kami mendukung cita - cita untuk :
            Memberi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi
             kehendak semasa, masyarakat dan negara.
            Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai pusat kecemerlangan
             disertai kemudahan fizikal yang lengkap.
            Mempertingkat serta mempelbagaikan proses penitisan ilmu berlandaskan
             Falsafah Pendidikan Negara.
            Menjana pengurusan yang cekap, berkesan dan dinamik untuk menawarkan
             perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berdisiplin, produktif, inovatif dan
             kreatif.
            Mewujudkan masyarakat penyayang bertujuan memaksimumkan pencapaian
             keilmuan dan menghasilkan prestasi berkualiti.
1.3   Panorama Sekolah




      Pintu hadapan SM Sains Raja Tun Azlan Shah          Astaka Di Padang Utama SERATAS




                    Dewan Kuliah                   Tugu Peringatan Pemasyuran Nama SM Sains
                                                               Raja Tun Azlan Shah




                    Surau SERATAS                         Bangunan Sekitar SERATAS




            “Sekolah Raja Tun Azlan Shah”          Dewan Besar SM Sains Raja Tun Azlan Shah
2.0    PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT
2.1    Muqaddimah
                 Segala pujian bagi Allah S.W.T Yang Maha Kudhrat memberi keupayaan
                 kepada kami untuk bertungkus lumus menyiapkan Laporan Tahunan
                 Syarikat 2010. disiapkan dengan sempurnanya.
Dengan limpah rahmat-Nya kami diberi kesempatan menerajui dan membangunkan Syarikat
I‟ExCeL Sdn. Bhd.sepanjang 36 minggu syarikat kami beroperasi pada tahun 2010.
Sepanjang tempoh berkenaan kami berjaya mengendalikan syarikat usahawan muda
dengan menimba pengalaman dalam kursus dan seminar yang dianjurkan pihak sekolah
dan pihak sekretariat. Kami sentiasa diberi tunjuk ajar dan panduan bagi memantapkan
organisasi syarikat bermula dengan Kursus Ahli Lembaga Pengarah sehingga menyertai
Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan.
       Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan pengetua kerana sentiasa
menyokong aktiviti syarikat sepanjang penubuhannya. Segala projek yang dijalankan
sentiasa mendapat keizinan dan sokongan daripada pihak sekolah. Dengan sokongan
beliau syarikat kami dapat menjalankan operasi jualan selama 36 minggu operasi di Kiosk
yang berada di kawasan sekolah.
       Selain itu, tidak akan dilupakan, jasa guru pengelola dalam memberikan tunjuk ajar
serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah terutamanya dalam menguruskan syarikat.
Tanpa penekanan prinsip bekerja daripada guru pengelola, sudah pasti syarikat ini tidak
akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Beliau sentiasa berkata, dalam dunia perniagaan
usahawan harus meningati ungkapan “What you give, you get back” yang bermaksud,
produk yang dijual hendaklah berkualiti dan mampu menarik minat pelanggan. Sekiranya
produk berkualiti sudah semestinya pelanggan tertarik dan memilih syarikat ini sebagai
pilihan utama.
       Pelbagai kebaikan yang kami perolehi sepanjang tempoh penglibatan dalam
program ini. Ilmu keusahawan tidak dipelajari tanpa mengalami pengalaman mengendalikan
perniagaan. Bidang perniagaan memerlukan kemahiran dan pengetahuan ilmu perniagaan
yang spesifik serta perlu dipraktikkan untuk mengendalikan perniagaan.
       Setelah menempuh 36 minggu dan selesai menyediakan laporan, besarlah harapan
kami untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri yang akan dianjurkan
Pihak Sekreteriat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak sekaligus mencapai
matlamat syarikat menjadi Syarikat Terbaik Konvensyen Negeri Perak 2010.
2.2   Sijil Penubuhan Syarikat
2.3   Profil Syarikat
2.4     Maklumat Korporat

LEMBAGA PENGARAH                          JURUAUDIT

Danial Bin Tarmizi
                                          En. Md Radzi Bin Abdullah
Pengurus Besar

Muhamad Ashraf Bin Che Mansor             PENASIHAT
Pengurus Pentadbiran
                                          En. Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin
Nurul Huda Binti Hashim                   Guru Pengelola
Pengurus Pengeluaran
                                          AHLI SYARIKAT
Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali
Pengurus Pemasaran
                                          25 orang ahli

Ili Fatini Suriati Binti Jailani
Pengurus Kewangan                         NILAI SAHAM SEUNIT

Muhammad Naaim Bin Mohamad Rapi           RM 10.00
Pengurus Multimedia
                                          TARIKH PEMBUBARAN
PEJABAT UTAMA
                                          30 Oktober 2010
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Jalan Taman Tasik
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Tel    : +605-8083020
Faks : +605-8062576


TARIKH DAN TEMPAT DITUBUHKAN

4 Februari 2010, Malaysia


PENDAFTAR SYARIKAT

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
Wisma Wan Mohamad
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Peti Surat 217
30904 IPOH
Tel    : +605-5296615
Faks : +605-5296617
2.5     Senarai Nama Pemegang Saham

                                                      Nilai
  Bil   Nama Pemegang Saham
                                                     Saham
  1     DANIAL BIN TARMIZI                          RM 12.00
  2     MUHAMAD ASHRAF BIN CHE MANSOR               RM 12.00
  3     NURULHUDA BINTI HASHIM                      RM 12.00
  4     ILI FATINI SURIATI BINTI JAILANI            RM 12.00
  5     MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI              RM 12.00
  6     MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI            RM 10.00
  7     MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD              RM 10.00
  8     MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN       RM 10.00
  9     MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY         RM 10.00
  10    MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR   RM 10.00
  11    MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN      RM 10.00
  12    MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK                RM 10.00
  13    ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH                   RM 10.00
  14    NORADILA BINTI MOHD ALIAS                   RM 10.00
  15    NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN       RM 10.00
  16    INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL                 RM 10.00
  17    FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID       RM 10.00
  18    NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN               RM 10.00
  19    NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI              RM 10.00
  20    NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR             RM 10.00
  21    NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN              RM 10.00
  22    NORAIN BINTI ABD LATIF                      RM 10.00
  23    FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN                RM 10.00
  24    ROZETA BINTI ASBULAH                        RM 10.00
  25    WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK              RM 10.00
 JUMLAH MODAL BERBAYAR                              RM 260.00
CONTOH SIJIL SAHAM SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.




   Pemegang saham diberikan sijil saham sebagai bukti.
2.6       Latar Belakang I’ExCeL SDN BHD




                            AHLI LEMBAGA PENGARAH
                           SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.

          I’ExCeLSdn.Bhd. ditubuhkan pada 04 Februari 2010 secara rasminya dengan
modal berbayar bersama 25 orang ahli pemegang saham syarikat yang berdaftar sebanyak
RM 260.00. Syarikat berdaftar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan dikelolakan
oleh seorang guru pengelola iaitu Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin.
          Syarikat Sendirian Berhad ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan,
perkhidmatan dan penghasilan produk kreatif. Tempoh operasi syarikat selama 36 minggu
untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dan bergiat aktif dalam program anjuran Pihak
Sekretariat, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
          Antara Program Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang melibatkan Ahli Syarikat
ialah:-
           -    Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah, di Riverside Resort Kuala
                Kangsar.
-       Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat di Dewan Silvertage
             Galleria, Medan Gopeng.
     -       Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak kali ke-14, di Perak
             Techno Trade Centre, Ipoh.
     -       Kem Keusahawanan, Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor.
     -       Kursus Penyediaan Laporan dan Pembubaran Syarikat, Hill City Hotel, Ipoh


         Syarikat juga mendapat sokongan daripada penaung, Pengetua Cemerlang JUSA C
yang sentiasa memberi pandangan tentang projek dan aktiviti syarikat. Perkongsian
pendapat dan perbincangan dengan pihak pentadbiran membantu                pihak syarikat
melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan tersusun serta tidak bertindih dengan
program sekolah.
         Pada awal penubuhan syarikat, telah menetapkan pendapatan akhir tahun operasi
sebanyak RM 5,000.00. Berasaskan idea-idea perniagaan yang pelbagai dari ahli-ahli,
syarikat berjaya mencapai pencapaian terbesar dalam menghasilkan produk kreatif dan
menjalankan perkhidmatan terbaik.
         I’ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan produk
makanan yang banyak dari pelanggan yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibubapa. Kami
juga turut menyediakan perkhidmatan pembuatan T-shirt, jualan Hostel Open Day, malam
bakat, jualan makanan ringan dan sebagainya.
         Sepanjang tempoh beroperasi, I’ExCeL Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan
hampir semua aktiviti yang dirancang dan mengaut keuntungan yang LUAR BIASA
disamping dapat memberi pengalaman yang sebenar kepada ahlinya. Lima Ahli Lembaga
Pengarah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan KPI
yang telah ditetapkan oleh Guru Pengelola. Berikut adalah KPI yang ditetapkan oleh Guru
Pengelola.


         KPI 1: Pengurus Besar
         Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu
         Mengadakan minimum satu projek setiap bulan
         Memastikan jualan mencapai keuntungan 50% setiap bulan
         Mencipta Produk Kreatif
         Mengadakan Perkhimatan Yang Terbaik
         Membuat penilaian prestasi ahli syarikat
KPI 2: Pengurus Pentadbiran
       Melaksanakan mesyuarat bulanan
       Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat
       Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya
       Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%


       KPI 3: Pengurus Pengeluaran
       Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif
       Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf
       Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan
       Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik


       KPI 4: Pengurus Pemasaran
       Melaksanakan strategi pemasaran terbaik
       Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan
       Meningkatkan produktiviti syarikat


       KPI 5: Pengurus Kewangan
       Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5000.00
       Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum
       Nilai sesaham meningkat
       Adalah menjadi kewajiban kepada semua ahli lembaga pengarah untuk mencapai
KPI   masing-masing.    Di   samping    menjalankan     operasi    perniagaan,   menjalankan
perkhidmatan dan menghasil produk kreatif, syarikat juga memainkan peranan sebagai
organisasi yang mempunyai tanggungjawab sosial kemasyarakatan dengan menyumbang
kepada pihak sekolah untuk program-program kebajikan.




                          “INTERGRITI, INOVASI, IDEAL”
AHLI LEMBAGA PENGARAH




         Barisan Belakang Dari Kanan:
Muhammad Naa‟im, Muzakkir Ihsan, Danial, Muhd Ashraf
         Barisan Hadapan Dari Kanan:
           Nurulhuda, Ili Fatini Suriati
AHLI SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD.




                              Barisan belakang dari kanan:

Abdul Rahman, Muhammad Naa‟im, Farid Qaisem, Muhamad Naqib, Muhammad „Ammar
          Faidhi, Fatihah Syafiq, Muhamad Harith, Muhamad Khairan Syamil

                               Barisan tengah dari kanan:

Alyaa Nabilah, Noradila, Norzainin, Hidayatul Akma, Najwa Farhana, Intan Zurainie, Farhah
         Amaliya, Hidayatul Adha, Rozeta, Fatin Nurul Haziera, Wan Nur Aisyah

                              Barisan hadapan dari kanan :

Norain Abd Latif, Ili Fatini Suriati, Nurulhuda, En. Mohd Saharizal (Guru Pengelola), Danial,
                                  Muhd Ashraf, Muzakkir Ihsan
2.7   Matlamat Syarikat

      WAWASAN SYARIKAT
      Menjadi sebuah syarikat yang berintegriti dan mempunyai daya inovasi yang kreatif
      dan kritis dengan menyediakan perkhidmatan dan menghasilkan produk yang
      bernilai tinggi seterusnya membawa nama syarikat ke konvensyen negeri malah ke
      peringkat KEBANGSAAN.


      VISI SYARIKAT
      Menjadi Syarikat Program Usahawan Muda Terbaik di Malaysia


      MISI SYARIKAT
       Melahirkan bakal usahawan Malaysia yang berintegriti , berinovasi dan
          berdedikasi.
       Menyemai benih muhibbah dan menyuburkan nilai-nilai murni bagi menggapai
          kegemilangan syarikat.
       Membongkar dan mengasah bakat terpendam sebagai seorang ahli usahawan
          yang berjaya seterusnya menyerlahkan bakat tersebut bagi meningkatkan mutu
          kemajuan nusa dan bangsa.
       Melahirkan seorang usahawan yang mempunyai ciri-ciri estetika yang tinggi dan
          mampu untuk meningkatkan martabat bangsa, agama dan negara sehingga ke
          iris dunia.


      OBJEKTIF SYARIKAT
       Seorang insan yang cukup berintegriti dan berdedikasi dalam melaksanakan
          segala tugasan yang telah diberikan.
       Seorang insan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan menepati masa ketika
          melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
       Seorang         yang   berinovasi   dan   mampu   membuat   pembaharuan   dalam
          memajukan segala aktiviti syarikat.
       Memenuhi etika kerja yang unggul dan memuaskan hati setiap insan.
2.8    Motto dan Logo Syarikat


MOTTO SYARIKAT

                “INTEGRITI, INOVASI, IDEAL”
Pengertian Motto Syarikat
                            Sentiasa mempunyai sikap dan nilai positif untuk merangsang
INTEGRITI
                            aspirasi kejayaan. Nilai integrati usahawan yang diterapkan
                            ialah:-
                                Amanah, jujur, telus dan bertanggungjawab dengan
                                 peranan masing-masing.
                                Fokus kepada urusan syarikat sepenuhnya dan tidak
                                 terlalu sibuk dengan perkara yang tidak berhubung kait
                                 dengan urusan lain
                                Menjaga kualiti produk yang dijual untuk kepuasan
                                 pelanggan.

                            Membangunkan Program Inovasi dan Penyelidikan dalam
INOVASI
                            menghasilkan produk-produk syarikat. Syarikat menggalakkan
                            transformasi ke arah penghasilan produk kreatif yang
                            menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

                            Menjadikan syarikat sebagai pilihan utama semua dan produk
IDEAL
                            berjenama kegemaran semua pelanggan.


LOGO SYARIKAT
Dalam mempromosikan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., logo merupakan IKON penting bagi
memperkenalkan syarikat ini dalam dunia usahawanan. Ia juga menjadi salah satu elemen
penting bagi melambangkan identiti syarikat juga secara tidak langsung membantu dalam
memperkenalkan produk-produk syarikat kepada umum. Setiap warna dan bentuk
mempunyai maksud tersendiri yang menjadi asas dan polisi dalam operasi syarikat.
Pengertian Logo Syarikat

                            I’ExCeL
                            Dalam bahasa Melayu,perkataan ini merujuk
                            kepada ayat,‟Saya Cemerlang‟. Perkataan ini
                            diwujudkan    supaya     setiap  ahli   akan
                            melaksanakan tanggungjawab yang diberi
                            dengan lebih efisien serta sentiasa ingin
                            cemerlang dalam setiap langkah yang diambil.




                            LINGKARAN MERAH HITAM
                            Melambangkan ranjau hidup dalam mengapai
                            kejayaan perniagaan.




                            ORANG LIDI
                            Melambangkan sikap ceria dan peramah ahli
                            dalam melayan pelanggan yang pelbagai
                            kerenah. Formasinya berbentuk “I” membawa
                            maksud kepada motto syarikat iaitu: “integrity,
                            inovasi, ideal”




                            WARNA MERAH
                            Melambangkan keberanian dan komitmen
                            kesemua ahli    syarikat dalam mengatasi
                            cabaran yang menghalang kejayaan syarikat




                            WARNA HITAM
                            Melambangkan kebanggaan ahli syarikat kami
                            dalam menghasilkan produk dengan inovatif
                            dan lebih efisien demi kepentingan masyarakat.




                           WARNA PUTIH
                           Melambangkan kejujuran dan integriti ahli syarikat
                           dalam perniagaan.
2.9     Carta Organisasi

                CARTA ORGANISASI INDUK SYARIKAT I’ExCeL SDN. BDH




                                              PENAUNG
                                      Puan Rahimah Binti Mad Sura




      PENOLONG KANAN                     PENOLONG KANAN                        PENOLONG KANAN
         AKADEMIK                          KOKURIKULUM                         HAL EHWAL MURID
Pn. Hjh Noorhizan Bt Mohd Ariff      Tn. Hj. Mohd Sohor Bin Mohamad          Tn. Hj. Roslan Bin Mohamad




                                            PENYELARAS
                                        KELAB DAN PERSATUAN
                                         Tn. Hj. Hamidi Bin Mahmood




  SEKRETERIAT PUM PERAK
         Pn. Elida Bt Idris
        Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak




                                           GURU PENGELOLA
                                  Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin
CARTA ORGANISASI PENERAJU SYARIKAT I’ExCeL SDN.BHD.




                            PENGURUS BESAR
                              Danial Bin Tarmizi




 PENGURUS           PENGURUS                  PENGURUS                 PENGURUS
PENTADBIRAN       PENGELUARAN                 KEWANGAN                PEMASARAN
Muhd Ashraf Bin                            Ili Fatini Suriati Binti   Muzakkir Ihsan
                   Nurul Huda Binti
                                                    Jailani           Bin Yang Razali
 Che Mansor            Hashim




                         PENGURUS MULTIMEDIA
                    Muhammad Naa‟im Bin Muhamad Rapi




                             PEMEGANG SAHAM
                                 19 Orang
2.10   Aktiviti Syarikat

Secara umumnya disenaraikan semua aktiviti keusahawanan yangdijalankan oleh Syarikat
I‟ExCeL Sdn. Bhd..

Mesyuarat
       Mesyuarat Agong Tahunan(Penubuhan)
       Mesyuarat Pengurusan
       Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
       Mesyuarat Pemegang Saham
       Mesyuarat Pembubaran
Pembelian Aset dan Bahan Keperluan
       Pembelian Peralatan Memasak
Aktiviti Jualan
       Jualan Mingguan
       Jualan Hari Cuti Persekolahan/ Cuti Umum
       Jualan Hari Peristiwa (Projek)
       Jualan Tempahan Pelanggan
       Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun
Seminar, Kem dan Kursus
       Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
       Kursus Pembubaran Syarikat dan Pembentangan Laporan
       Kem Keusahawan
       Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
       Bengkel Cabaran Catur Bistari
Perkhidmatan
       I’ExCeL IQ Challenge
       I’ExCeL Sports
       I’ExCeL Acces
Penghasilan Produk Kreatif
       Green Plate Technology
Obligasi Kemasyarakatan
       Sumbangan kepada Panitia Pendidikan Islam (Surau)
       Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang
SEJARAH AKTIVITI SYARIKAT



    JANUARI

      13       Pengumuman pengambilan baru ahli Usahawan Muda sesi 2010
      15       Mewujudkan Kumpulan Perintis
      20       Pemilihan Ahli Usahawan Muda




    FEBRUARI


      4        Penubuhan Syarikat / Mesyuarat Agung Penubuhan
      10       Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
      18       Mesyuarat Pemegang Saham
      27       Jualan sempena Hari Sukan Sekolah (Projek 1)




           MAC

      3        Mesyuarat Pengurusan
      10       Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
      17       ’ExCeL IQ Challenge (Projek 2)
      20       Mesyuarat Pemegang Saham
      24       Hostel Open Day (Projek 3)


           APRIL


      3        Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
      5        Mesyuarat Pemegang Saham
      11-18    Jualan Piza dan Kek (Projek 4)
MEI

3          Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
8          I’ExCeL Excess (Projek 5)
15         Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam (Projek 6)
23         Jualan Piza dan Kek


     JUN


3          Mesyuarat Pengurusan
5          Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
14         Mesyuarat Pemegang Saham
20-27      Jualan Piza dan Kek




     JULAI

4          Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
14         Mesyuarat Pemegang Saham
17         I’ExCel Sports (Projek 7)
25         Jualan Piza dan Kek




     OGOS

4          Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
18         Mesyuarat Pemegang Saham
22-23      Jualan Piza dan Kek
SEPTEMBER

6       Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
13      Mesyuarat Pemegang Saham
19      Jualan Piza dan Kek
29      Ex Design (Projek 8)



 OKTOBER

19      Mesyuarat Pengurusan
23,24   Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun
30      Mesyuarat Pembubaran
3.0    ULASAN PENGETUA

                                           Puan Rahimah Binti Mohd Sura, PPT.,PJK.,
                                      Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja
                                                           Tun Azlan Shah (SERATAS)

                                            Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat
                                     Illahi kerana dengan limpah kurnia danRahmat-Nya,
                                     Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. di bawah naungan saya
                                     memberi peluang kepada saya untuk merakamkan
                                     sepatah dua kata dalam laporan tahunan syarikat ini.
                                            Terlebih dahulu ingin saya memuji Ahli
                                     Lembaga Pengarah dan rakan kongsi syarikat
                                     kerana telah berjaya menyiapkan laporan tahunan
                                     syarikat ini dengan sempurna. Tahniah juga saya
                                     ucapkan kepada guru pengelola kerana telah berjaya
                                     melaksanakan tugas walaupun terpaksa berkorban
                                     masa dan tenaga serta menyumbang idea dalam
                                     memurnikan laporan tahunan syarikat.Impian dan
azam serta kombinasi yang hebat dikalangan ahli syarikat disusuli dengan usaha yang gigih
memastikan laporan syarikat lengkap dan sempurna.
       Bidang keusahawanan bukan lagi karier sampingan dikalangan masyarakat
Malaysia, Malah perlu digalakkan bermula dari akar umbi lagi. Pelbagai kemajuan selaras
dengan pemodenan teknologi yang meningkatkan pesaingan dikalangan usahawan
mencipta produk kreatif    selaras dengan keperluan masyarakat. Usahawan yang
berwibawadan berdaya cipta diperlukan bagi generasi akan datang. Selaku pengetua
cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah merangkap penaung kepada
syarikat ini saya sentiasa memberi penumpuan dan sokongan keatas segala usaha
persediaan bagi merealisasikan impian setiap syarikat usahawan muda di bawah naungan
saya untuk mencipta nama sebagai usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
       Dalam usaha melahirkan usahawan yang kreatif saya menggalakkan ahli syarikat
menyelidik dan membangunkan program inovasi sains untuk mencipta produk yang boleh
menyelesaikan masalah masyarakat setempat sekaligus mengatasi masalah global.Selaras
dengan kehendak Perdana Menteri yang menggalakkan usahawan dalam bidang inovasi
dan rekacipta yang boleh menyumbang kepada peningkatan arus pembangunan ekonomi
negara.
Saya sentiasa membuat penilaian prestasi syarikat dari pelbagai aspek dari semasa
kesemasa. Pelbagai langkah serius juga diambil bagi memastikan setiap projek yang
dirancang berjalan dengan lancar serta ahli-ahli dapat menimba sebanyak mungkin
pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan .
       Kerjasama yang berterusan oleh semua ahli dalam setiap projek memberi semangat
dan membina keyakinan diri semua yang terlibat dan seterusnya membuahkan hasil
keuntungan berlipat ganda kepada syarikat ini. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
serta keupayaan ahli-ahli merebut peluang telah membolehkan syarikat menjalankan begitu
banyak aktiviti yang kesemuanya mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd.



YANG BENAR,




……………………………..
(RAHIMAH BINTI MOHD SURA)
Penaung Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd
Pengetua Cemerlang JUSA C
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
4.0   ULASAN GURU PENGELOLA

                                ENCIK MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN
                                                                  Guru Penasihat
                                      Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah




                           Salam usahawan,


                                Syabas diucapkan semua ahli Syarikat I‟ExCeL Sdn.
                           Bhd., kerana telah berusaha dengan gigih dan tekun
                               untuk menyempurnakan laporan tahunan syarikat
                                 tahun 2010.

                                        Sebagai guru pengelola Syarikat I‟ExCeL
                                 Sdn. Bhd., saya berasa amat berbangga dan
                                  gembira kerana pada tahun ini kesemua ahli
                                  syarikat ini berjaya melaksanakan tugas dan
                                   tanggungjawab     dengan    baik   dan   mencapai
                                     matlamat syarikat. KPI yang diminta telah pun
                                     tercapai malah melebihi prestasi syarikat yang
                                   sepatutnya tercapai.

                                       Tahniah     diucapkan   kepada   Danial   Bin
Tarmizi selaku Pengurus Besar yang menerajui tonggak Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.,
seterusnya menyiapkan laporan tahunan syarikat dengan lengkap dan terpeinci.
Kerjasama yang ditunjukkan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah memperlihatkan
semangat keusahawanan yang tinggi dan memperlihatkan kecekapan dan komited
100% tanggungjawab seiring dengan motto syarikat “integriti, inovasi, ideal” Semoga
tahun ini syarikat mencapai matlamat sepenuhnya.

Yang menjalankan tugas,




(MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN)
Guru Pengelola
Program Usahawan Muda
5.0    LAPORAN PENGURUS BESAR I’ExCeL SDN. BHD.
5.1    Profil Pengurus Besar
                                         ENCIK DANIAL BIN TARMIZI
                     Pengarah Urusan bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010


                              Encik Danial Bin Tarmizi, warganegara Malaysia, berumur
                           16 tahun, telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 4
                            Februari 2010 dan ialah Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn
                             Bhd bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010.
                            Pada masa ini beliau merupakan Pengurus Besar.


                                       Bidang Akademik
                                        Sebagai pelajar sekolah sains, beliau sentiasa
                                         mendapat     kedudukan     10      terbaik    dalam
                                          tingkatan.Malah, beliau telah berjaya mendapat
                                           keputusan 8A dalam Peperiksaan Menengah
                                             Rendah (PMR). Seterusnya, kecemerlangan
                                             beliau dalam subjek Biologi telah melayakkan
                                             diri beliau untuk mengikuti program Master
                                            Tissues    yang   dianjurkan    pihak     sekolah
                                            dengan kerjasama pihak Universiti Kuala
                                           Lumpur (UniKL) di Ipoh, Perak.




Bidang Kepimpinanan
Kebolehan beliau dikesan sejak Tingkatan Satu apabila dilantik sebagai Ketua Kelas pada
tahun 2007. Pada tahun berikutnya, beliau dilantik oleh pihak sekolah sebagai ahli Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP). Seterusnya, beliau menjadi bendahari Exco Sukan dan Riadah
bermula tahun 2009 dan terus menjadi Ketua Exco Sukan dan Riadah pada tahun 2010.
Disebabkan disiplin serta tatakerja yang ditunjukkan beliau, beliau terpilih untuk menjadi
calon Ketua Pelajar pada tahun yang sama. Oleh sebab keperluan beliau oleh para pelajar
yang menginginkan kepimpinan beliau dalam bidang lain, maka beliau menolak jawatan
tersebut. Oleh kerana pihak sekolah juga menuntut kepimpinan beliau, maka beliau telah
dilantik sebagai Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Asrama.
Sejak menjadi Ketua Asrama yang pertama,
 beliau telah menyerlahkan kehebatan beliau apabila
 dengan beraninya mengusulkan agar Hari Terbuka
 Asrama    yang     julung-julung   kalinya    diadakan    di
 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
 (SERATAS). Kemampuan beliau untuk mengatasi                      Gambar Pengurus Besar bersama kesemua
                                                                  pensyarah semasa Program Master Tissues
 kehebatan    asrama        perempuan    telah    menerima        yang dianjurkan pihak sekolah SERATAS
                                                                  dengan kerjasama pihak Universiti Kuala
 pelbagai pujian daripada guru-guru malah pengetua                Lumpur (UniKL) di Ipoh, Perak.

 sendiri.Oleh sebab itu, pihak sekolah bersepakat untuk
 mengadakan Hari Terbuka Asrama setiap bulan
 bermula pada bulan Februari.


                                              BIdang Kokurikulum
                                              Kecemerlangan beliau diteruskan dalam bidang
                                              kokurikulum. Penglibatannya secara aktif dalam
                                              bidang sukan seperti olahraga, bola keranjang, bola
                                              sepak, bola baling, ragbi dan badminton telah
                                              menaikkan     nama      sekolah.     Kejayaan       yang
                                              direkodkan oleh sekolah yang paling cemerlang
                                              ialah mencipta rekod Daerah Larut, Matang dan
                                              Selama (LMS) dalam sukan bola baling apabila
                                              kerjasama beliau dengan rakan yang lain telah
                                              mempertahankan rekod tanpa kalah sepanjang 3
                                              tahun dan dinobatkan sebagai juara sebanyak 3
                                              kali berturut-turut sejak tahun 2009.


                                              Bidang Kurikulum
Keratan akhbar    SINAR yang menyiarkan       Dalam Program Usahawan Muda pula, perlantikan
kejayaan pasukan bola baling SERATAS yang
                                              beliau sebagai Pengurus Besar telah menyaksikan
mempertahankan kejuaraan.
                                              pelbagai perubahan dilakukan beliau. Beliau cuba
melibatkan diri dengan lebih awal dalam Konvensyen Usahawan Muda 2010 di Persada
Johor, Johor Darul Takzim dengan menyertai Pertandingan Catur Bestari. Dengan menyertai
berapa pertandingan Catur Bestari di Restoren Kentucky Fried Chicken (KFC) berdekatan,
beliau serta tiga pengurus lain berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari di
Putrajaya International Convention Centre (PICC). Malahan, kumpulan beliau merupakan
kumpulan ke -7 terbaik kebangsaan.




   Wakil KFC Perak ke Pertandingan Catur Bistari   Wakil PKNP Perak Ke Konvensyen Usahawan
   Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di PICC.         Muda Di Persada Johor pada tahun 2010.
SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI




          Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
      Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat




                      Sijil Kepimpinan Sebagai Majlis Pelajar
Sijil Penyertaan Program Keusahawanan




Sijil Kokurikulum dan Pembangunan Inovasi
5.2     Perutusan Pengurus Besar




        Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian „alam. Selawat ke atas Junjungan Nabi
Muhammad (S.A.W). Doa dirafa‟kan kepada Amirul Mukminin yang menerajui kepimpinan
Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah (S.A.W) dan kesejahteraan ke atas semua
umat Islam seluruh dunia. Amin…


        Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat llahi kerana dengan rahmat dan
kurnia-Nya Laporan Tahunan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dapat dihasilkan bagi tahun 2010.
Penat lelah dan ketekunan kami selama seminggu, kami dapat siapkan laporan ini.
Berbekalkan semangat cintakan Program Usahawan Muda (P.U.M) dan niat untuk
meletakkan Program Usahawan Muda (P.U.M.) dalam kelompok berdaya saing, kami
gagahkan jua semangat ini walaupun rintangan peperiksaan bagi Ujian Satu terpaksa
dihadapi sejurus pembikinan laporan ini dibuat.


        Selaku Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, ingin saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
(PKNP), Pengetua Cemerlang Puan Rahimah Binti Mohd Sura, guru pengelola dan semua
ahli syarikat.


        I‟ExCeL ditubuhkan pada 04 Februari 2010, di Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah, Taiping, Perak. Syarikat I‟ExCeL dianggotai seramai 25 orang ahli dan
dibimbing oleh seorang guru. Lima orang ahli lembaga pengarah dipilih menerajui syarikat
selama 9 bulan dengan modal syarikat sebanyak RM 260.00 hasil daripada perkongsian 25
orang ahli. Berbekalkan asas pengetahuan usahawan yang kami perolehi daripadakursus
keusahawanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), kami
menjalankan perniagaan berbentukjualan, pembuatan produk dan perkhidmatan di sekolah.
Hasilnya amat lumayan dan kepercayaan kami bahawa keusahawanan kerjaya pilihan
terbukti benar selama ini.I‟ExCeL ditutup secara rasminya pada 30 Oktober 2010 dengan
keuntungan yang luar biasa iaitu melebihi RM 5000.00!


       Di ruangan ini juga, sekalung penghargaan kami ucapkan pada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan dan menggalakkan penyertaan kami di dalam P.U.M terutamanya
pihak PKNP, Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dan
Guru Pengelola P.U.M. Tanpa doa anda siapalah I‟ExCeL!


       Di sini juga saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program
Usahawan Muda (PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan
bumiputera yang cemerlang. Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada
syarikat ini, amat saya hargai.


       Akhir kata, di zaman pembangunan dan kecanggihan teknologi ini, PUM dapat
membentuk pelajar serta generasi yang berkeyakinan tinggi, gigih menghadapi cabaran.
Inilah satu faktor kejayaan pelajar yang cemerlang dan berwawasan.


Akhir bicara saya, KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ANDA!

Sekian, terima kasih.




(DANIAL BIN TARMIZI)
Pengurus Besar,
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
5.3   Tugas Dan Tanggungjawab

Seorang Pengurus Besar perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan
pengurusan syarikat berjalan dengan lancar. Pengurus Besar bertanggungjawab untuk:




        Merancang, mengatur kerja, memantau dan menilai keseluruhan aktiviti syarikat.
        Menyelia aktiviti-aktiviti keempat-empat pengurus yang lain iaitu Pengurus
        Pentadbiran, Pengurus Pemasaran, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus
        Kewangan.
        Menjadi penghubung antara syarikat dengan pihak-pihak lain termasuk pembekal
        dan pentadbiran sekolah.
        Memastikan pengurus-pengurus menyerahkan laporan prestasi pada setiap
        bulan dan menyerahkan laporan–laporan tertentu kepada guru penasihat apabila
        diminta pada bila-bila masa.
        Memastikan aktiviti-aktiviti syarikat selaras dengan garis panduan melaksanakan
        PUM.
        Memimpin dan mendorong ahli supaya sentiasa memberi sumbangan dari segi
        idea dan tenaga.
        Menyelaras proses pembubaran syarikat yang perlu dilasanakan dalam tempoh
        30 hari sebelum cadangan tarikh pembubaran syarikat.
        Menyediakan laporan prestasi (Laporan Tahunan) apabila tamat program
5.4      Penilaian Prestasi Syarikat


PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Sebagai seorang Pengurus Besar yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri, beliau
sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi
syarikat. Guru pengelola telah menetapkan Key Performance Index (KPI) kepada seorang
Pengurus Besar syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut
adalah KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola.


         Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu
         Mengadakan minimum satu projek setiap bulan
         Mencipta Produk Kreatif
         Menjalankan Perkhidmatan Terbaik
         Membuat penilaian prestasi ahli syarikat


KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)

Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan(Preserverance in the face of adversity)”,
beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Besar. Berikut
merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).


          MATLAMAT             KEPUTUSAN                             CATATAN
  Rancangan perniagaan                               Pelaksanaan rancangan perniagaan dalam
                                   Tercapai
           36 minggu                                     jangka pendek dan jangka panjang.
                                                      Sebanyak 8 projek besar dijalankan setiap
      Projek setiap bulan          Tercapai
                                                          bulan, tidak termasuk projek kecil.
   Mengeluarkan Produk                              Penghasilan pinggan mesra alam, “Green Plate
                                   Tercapai
             Kreatif                                                 Technology”
          Menjalankan                                    Pelaksanaan pelbagai perkhidmatan
                                   Tercapai
   Perkhidmatan Terbaik                               terutamanya perkhidmatan I‟ExCeL Sports.
      Membuat penilaian                                  Ahli syarikat sentiasa menjalankan
                                   Tercapai
      prestasi ahli syarikat                                tanggungjawab dengan baik.
PRESTASI PENTADBIRAN SYARIKAT DI BAWAH PENGURUS BESAR

       Sepanjang 9 bulan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.beroperasi di bawah pimpinan
Pengurus Besar, Danial Bin Tarmizi, tahap prestasi syarikat telah menunjukkan bahawa
dengan kepimpinan beliau sebagai ketua organisasi, syarikat telah berjaya mengharungi
cabaran serta halangan dalam dunia perniagaan dan menjadi sebuah syarikat Program
Usahawan Muda(PUM) yang cemerlang. Alhamdulillah, berkat usaha gigih beliau, hampir
kesemua projek rancangan syarikat berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang
menggalakkan.
       Syarikat telah menjalankan 8 buah projek merangkumi perkhidmatan, jualan dan
produk kreatif. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Pengurus Besar syarikat Syarikat
I‟ExCeL Sdn. Bhd, perkhidmatan I‟ExCeL Sports merupakan projek yang membawa nilai
keuntungan yang paling tinggi seterusnya menjadikan projek tersebut projek yang paling
berjaya antara kesemua projek syarikat yang lain. Manakala projek Ex Design pula
merupakan projek kedua yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pihak syarikat telah
mendapat tempahan daripada pelanggan untuk menghasilkan t-shirt rasmi untuk sebuah
kem yang akan dianjurkan. Tempahan t-shirt tersebut dalam kuantiti yang banyak telah
menguntungkan pihak syarikat.

       Manakala prestasi bagi projek-projek lain turut memuaskan kerana projek-projek
tersebut turut membawa keuntungan yang stabil kepada pihak syarikat.Beliau telah
bersungguh-sungguh untuk memastikan syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam
kategori syarikat yang maju dan berdaya saing.
5.5    Laporan Keseluruhan Aktiviti Syarikat


MESYUARAT
       Sepanjang beroperasi, syarikat telah mengadakan mesyuarat sebanyak 20 kali.
Daripada jumlah tersebut, 7 kali merupakan Mesyuarat Ahli Pemegang Saham yang
membincangkan prestasi dan arah tuju syarikat. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk
mendengar laporan daripada setiap pengurus dan mencari resolusi efektif bagi masalah-
masalah yang dihadapi syarikat di samping melahirkan cetusan idea yang kritis. ALP turut
mengadakan pertemuan dalam mesyuarat ALP yang telah diadakan sebanyak 8 kali bagi
membincangkan strategi perniagaan. Mesyuarat Pengurusan bersama guru pengelola
diadakan 3 kali. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan masalah syarikat bersama-
sama dengan guru pengelola dan meminta pandangan serta nasihat dari sudut yang
berbeza memandangkan guru pengelola mempunyai lebih banyak pengalaman. Tambahan
pula guru pengelola ialah orang yang lebih dewasa dan berfikiran lebih matang.
       Kedatangan ahli syarikat dalam mesyuarat adalah memuaskan memandangkan
Pengurus Besar mengeluarkan arahan supaya semua ahli syarikat wajib menghadiri
mesyuarat yang diadakan. Sesiapa yang didapati tidak hadir tanpa alasan yang munasabah
akan diberi notis amaran. Sekiranya ahli tetap tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat
sebanyak 3 kali, tindakan yang serius akan diambil oleh Pengurus Besar.
        Berikut merupakan ringkasan kekerapan mesyuarat yang telah diadakan sepanjang
syarikat beroperasi:


         Mesyuarat Agong Tahunan                                         1 kali
         Mesyuarat Ahli Pemegang Saham                                   7 kali
         Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah                                 8 kali
         Mesyuarat Pengurusan                                            3 kali
         Mesyuarat Pembubaran                                            1 kali
                                                  JUMLAH                  20 KALI
PEMBELIAN
       Pembelian pertama syarikat bagi memulakan perniagaan adalah pada 7 Februari
2010. Bagi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, pembelian secara borong dapat menjimatkan kos
pembelian di samping menikmati diskaun yang ditawarkan. Pembelian dalam kuantiti yang
sedikit pula akan mengakibatkan kos pembelian yang tinggi. Semua kegiatan pembelian ini
telah dicatatkan oleh Pengurus Kewangan syarikat di mana semua perbelanjaan dan
pembelian disimpan resitnya dan direkodkan sebagai rujukan pada masa hadapan.
JUALAN
       Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 07 Feb 2010.
Aktiviti jualan syarikat terbahagi kepada 7 iaitu:
              Jualan Ex Design
              Jualan sempena Hari Sukan Sekolah
              Jualan sempena Hostel Open Day
              Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam
              Jualan Piza dan Kek
              Jualan Hujung Minggu
              Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun
       Tumpuan utama syarikat adalah terhadap aktiviti Jualan Ex Design yang
memberikan nilai pulangan kedua tertinggi kepada syarikat. Kadar permintaan pelanggan
yang tinggi mendorong kami untuk terus menjalankan aktiviti jualan ini.


PERKHIDMATAN TERBAIK SYARIKAT
       Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhdmempunyai 3 jenis perkhidmatan yang telah dijalankan
sepanjang syarikat beroperasi iaitu:
             i.    Perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenges
            ii.    Perkhidmatan I`ExCeL Sports
            iii.   Perkhidmatan I`ExCeL Access
       Walau bagaimanapun, syarikat lebih mengutamakan perkhidmatanI`ExCeL Sports
kerana perkhidmatan ini memberi pulangan yang lumayan kepada syarikat.


SEMINAR DAN KURSUS
       Bagi meningkatkan lagi prestasi dan menambah ilmu pengetahuan tentang strategi
dan selok-belok perniagaan, ahli-ahli syarikat kami telah menyertai pelbagai seminar dan
kursus yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Sepanjang tahun
2010, Ahli Lembaga Pengarah telah menghadiri 3 kali seminar dan kursus.


PENGHASILAN PRODUK
       Jadual rutin harian di asrama yang padat menyukarkan kami untuk mengadakan
mesyuarat secara kerap. Oleh sebab itu, penjanaan idea tentang produk kreatif bukan
hanya terhad dalam mesyuarat tetapi setiap masa. Cetusan-cetusan idea boleh diusulkan
terus kepada Pengurus Besar dan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang seterusnya.
Malah, melalui ungkapan “Ideas for Leading Innovations” yang bermaksud       idea untuk
inovasi     terbaik   telah    mewujudkan    suatu
pemikiranahli syarikat di mana mereka mesti
memikirkan      sesuatu       untuk   disumbangkan
kepada syarikat bukan mengharapkan sesuatu
yang syarikat akan berikan. Disinilah tercetusnya
idea penghasilan Green Plate yang seterusnya
diuji dalam pertandingan rekacipta dan inovasi
sains.

                                                     Produk Kreatif Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd : Green
                                                                    Plate Technology
OBLIGASI KEMASYARAKATAN
          Obligasi masyarakat merupakan tanggungjawab syarikat terhadap barangan yang
dihasilkan.Kami mengambil langkah ini sebagai langkah untuk menunjukkan keprihatinan
syarikat kami terhadap masyarakat sekeliling disamping.menjaga nama baik syarikat kami
tanpa menjejaskan pretasi syarikat kami.
          Syarikat I`ExCeL telah membuat khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan
kepada Surau Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah iaitu dengan membiayai kos
menggantikan cermin yang telah pecah.Selain itu Syarikat `ExCeL memberi sumbangan
kepada pelajar-pelajar cemerlang daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.
          Apabila kita mengimbas semula kembali seantero produk syarikat, terbukti bahawa
ianya mempunyai kualiti yang amat tinggi. Tidak hairanlah jika perkara sedemikian dapat
dicapai. Ini kerana apabila sesuatu produk dihasilkan, bahagian Ahli Lembaga Pengarah
(kawalan keselamatan) akan menjalankan pantauan dari aspek kualiti dan komen daripada
pihak pentadbiran sekolah khususnya dan pandangan masyarakat amnya.
PERATUS PECAHAN AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT

         CARTA BAR : PECAHAN AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT I'ExCeL
                         SDN BHD TAHUN 2010




                  2%   4%

         13%

                                                       Mesyuarat
   4%
                                                 50%   Pembelian
                                                       Jualan

  7%                                                   Seminar dan Kursus
                                                       Perkhidmatan
                                                       Produk
                                                       Obligasi Kemasyarakatan
         20%
5.6    Rancangan Perniagaan Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd

       Sebagai sebuah syarikat korporat yang ingin terus berdaya saing dan sentiasa maju
ke hadapan,rancangan perniagaan perlu disediakan dengan cekap, teliti dan berfokus
dengan mengambil kira budaya sesebuah syarikat yang dikendalikan. Secara amnya,
rancangan perniagaan Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd terbahagi kepada dua iaitu :


       Rancangan perniagaan jangka pendek (bulanan)
       Rancangan perniagaan jangka panjang (tahunan)


       Rancangan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang ini amat penting untuk
diterapkan semasa menyediakan rancangan perniagaan bersama-sama Ahli Lembaga
Pengarah syarikat.
RANCANGAN PERNIAGAAN JANGKA PENDEK (BULANAN)
   Perkara                                                                       Pelaksanaan Dalam 36 Minggu
   /Aktiviti        1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36

 Hebahan PUM
Pemilihan Peserta
   Penerangan
 Kepada Peserta
  Pembentukan
     Syarikat/
   Pendaftaran
Menentukan Gaji
    dan Upah
     Idea dan
  Perancangan
   Penghasilan
   Produk PUM
  Perbincangan
  Perkhidmatan
   Rancangan
   Perniagaan
      Operasi
   Perniagaan
    Mesyuarat
 Bersama Guru
    Pengelola
    Mesyuarat
      Agong
   Kursus ALP
   Negeri 2010
    Menghadiri
   Konvensyen
   Negeri 2010
 Cabaran Catur
      Bestari
   Konvensyen
  Nasional 2010
Kem
 Keusahawanan
       Latihan
 Keusahawanan
    Jualan Hari
      Peristiwa
Jualan sempena
    Hari Sukan
     I’ExCeL IQ
      Challenge
Hostel Open Day
Jualan Piza dan
          Kek
 I’ExCeL Excess
Jualan sempena
Hari Kebudayaan
         Islam
  I’ExCel Sports
      Ex Design
   Penyelidikan
    Green Plate
    Technology
        Kursus
    Penyediaan
       Laporan
        Kursus
   Pembubaran
       Syarikat
    Penghasilan
laporan tahunan
       syarikat
       Latihan
   persembahan
    Konvesyen
        Negeri
RANCANGAN PERNIAGAAN JANGKA PANJANG (TAHUNAN)



  PELAKSANAAN          FEB   MAC    APR     MEI     JUN   JUL   OGO   SEP   OKT


Rancangan Perniagaan   

   Mesyuarat dan
   Pembentangan                                                     
      Laporan
 Penghasilan Produk
       Kreatif                                                

   Aktiviti Jualan                                              

    Pelaksanaan
                                                                     
    Perkhidmatan

Persiapan Konvesyen                                                       
5.7    Pelaksanaan Projek Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd
Senarai Projek-Projek Syarikat

       Kami bukan hanya meletakkan keuntungan sebagai prioriti yang paling utama tetapi
turut menitik beratkan aspek pengguna dan khidmat sosial. Keperluan dan kepuasan
pengguna merupakan perkara yang paling penting dalam setiap projek syarikat. Objektif
setiap projek kami adalah seperti berikut:


PROJEK 1:      Jualan Hari Sukan Sekolah

Objektif :
       Memperkenalkan syarikat baru dan kewujudannya kepada pelanggan serta peluang
       untuk menarik lebih ramai pelanggan.
       Melibatkan syarikat secara aktif dan dapat mengukuhkan kedudukan syarikat dalam
       kawasan sekolah.


PROJEK 2:      I’ExCeL IQ Challenge

Objektif :
       Memperlihatkan syarikat usahawan muda bukan sahaja mementingkan perniagaan
       malah pendidikan.
       Mengasah minda para pelajar SERATAS untuk berfikiran secara kritis.


PROJEK 3:      SERATAS Open Day

Objektif :
       Menyediakan juadah makanan dan minuman kepada para pelajar sambil menikmati
       pembaharuan dan kecantikan asrama oleh para pelajar sendiri.


PROJEK 4:      Jualan Delicious Piza Cake

Objektif :
       Menyediakan kepada pelanggan produk yang asli lagi berkualiti.
       Memudahkan pelanggan mendapat makanan sampingan.
PROJEK 5:     I’ExCeL Excess

Objektif :
       Menyediakan kemudahan internet kepada para pelajar.


PROJEK 6:     Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam

Objektif :
       Memenuhi permintaan pelanggan.
       Mengeratkan hubungan silaturrahim.


PROJEK 7:     I’ExCel Sports

Objektif :
       Mengisi masa lapang pelajar.
       Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda.


PROJEK 8:     I’ExCeLEx Design

Objektif :
        Memudahkan pelajar mendapat t-shirt untuk kenangan.
5.8    Merangsang Idea Projek

MENGADAKAN MESYUARAT AHLI SYARIKAT SECARA BERKALA
       Mesyuarat ini melibatkan semua ahli syarikat bagi membentangkan prestasi semasa
syarikat dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi di samping membincangkan
resolusi terbaik. Mesyuarat ini juga memberi ruang kepada ahli untuk memberi pendapat
dan komen tentang cara terbaik untuk menguruskan syarikat dan melicinkan perjalanan
operasi syarikat.


MENDAPATKAN MAKLUMBALAS PELANGGAN
       Kami sentiasa mengambil berat tentang maklumbalas pelanggan terhadap
perkhidmatan atau produk kami. Setiap maklumbalas adalah penting sebagai pemangkin
prestasi syarikat. Maklumbalas ini kami dapatkan semasa berkomunikasi dengan pelanggan
ketika proses berjual beli dan disimpan bagi rujukan masa hadapan. Kami tidak
mengedarkan borang maklumbalas untuk diisi para pelanggan kerana hal tersebut tidak
digemari sebahagian pelanggan kerana mengambil masa. Ia juga memerlukan pihak
syarikat mengeluarkan kos.


MERUJUK KEPADA GURU PENGELOLA DAN BEKAS ALP PUM
       Guru pengelola kami sangat sibuk jadi syarikat membuat keputusan untuk berdikari
dalam mencari idea dan menyelesaikan masalah. Kami hanya merujuk kepada cikgu apabila
situasi benar-benar memerlukan pandangan cikgu dan di luar kemampuan kami. Kami juga
merujuk kepada cikgu bagi memaklumkan mengenai situasi semasa projek dan syarikat.


MERUJUK SUMBER MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK
       Kami menjalankan penyelidikan dengan menggunakan sumber rujukan seperti buku,
majalah dan internet dan perpustakaan awam.


PEKA TERHADAP KEHENDAK PENGGUNA
       Ahli-ahli syarikat perlu peka terhadap perkembangan semasa. Setiap situasi yang
dapat memberi peluang perniagaan dieksploitasi sepenuhnya. Contohnya , pelajar puteri
memerlukan t-shirt labuh untuk kegunaan sukan dan harian, oleh yang demikian kami
mengambil langkah menjual t-shirt labuh bagi memenuhi kehendak pelanggan dan hasilnya
jualan kami mendapat sambutan.
PROSES PENCETUS IDEA NIAGA

                    Mengadakan Mesyuarat




Mencari sumber pencetus                       Membentang Idea
          idea



                          Sesi sumbang
                              saran




                           Menguji idea




                           Memilih Idea




                          Melaksanakan
                              Idea




                            Membuat
                            Penilaian
   Membuat
   Modifikasi


                           Meneruskan
                           Pelaksanaan
                               Idea
PENERANGAN CARTA ALIR PROSES MENCETUS IDEA PROJEK

Fasa 1:
Pengarah Pentadbiran akan mengumumkan tarikh mesyuarat. Ahli-ahli akan mengusulkan
cetusan idea di dalam mesyuarat.


Fasa 2:
a) Bahan-bahan cetusan idea dibentang dalam mesyuarat. Fasa ini dilakukan jika
kekurangan idea yang diusulkan ahli. Fasa ini juga memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli
tentang teknik-teknik mencetus idea dengan efektif.
b) Idea yang diusulkan akan dianalisis dan dikumpulkan
Sesi ”Brain Storming” yang menggunakan kaedah Edward De Bono digunakan dalam
menghasilkan idea daripada bahan-bahan pencetus idea. Lazimnya kaedah ini juga
digunakan jika tiada bahan-bahan pencetus idea dibawa ke dalam mesyuarat. Sesi ini
melibatkan semua ahli syarikat memerlukan masa bagi memastikan idea yang terhasil
kreatif dan inovatif di samping dapat memajukan syarikat.


Fasa 3:
Idea yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan kaedah yang dipanggil ”plus minus
and interesting”. Dengan kaedah ini, pihak syarikat dapat mengetahui kelebihan dan
kelemahan sesuatu projek yang akan dilaksanakan.


Fasa 4:
Idea yang dilaksanakan akan dinilai keberkesanannya. Jika mencapai matmalat seperti yang
dikehendaki, idea itu akan diteruskan untuk aktiviti yang seterusnya. Jika sebaliknya,
beberapa modifikasi akan dilakukan atau projek tersebut akan ditolak.
5.9    Penilaian Projek

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd telah membuat satu sesi penilaian ke atas semua projek yang
telah dijalankan. Sesi ini dijalankan oleh semua ALP bersama guru penasihat dan
pemegang saham setelah syarikat dibubarkan.

Objektif-objektif penilaian adalah seperti berikut:


               menilai prestasi projek yang dijalankan
               memperbaiki kelemahan supaya tidak berulang
               memperkukuh hubungan antara sesama ALP dan ahli-ahli

Antara perkara-perkara yang dinilai:


               kelancaran projek
               status projek
               pengurusan wang
               pengurusan stok
               keberkesanan pemasaran
               kerjasama ahli
               prestasi keseluruhan
5.10   Masalah Dan Cara Mengatasi
Sepanjang menjalankan aktiviti syarikat kami berhadapan dengan pelbagai masalah dan
cabaran yang perlu ditangani. Antaranya ialah:


KEKANGAN MASA

Sebagai seorang pelajar, kami terikat dengan program-program sekolah yang telah disusun
dan dirangka. Pada peringkat awal operasi kami kekurangan pengalaman dalam selok-belok
perniagaan. Syarikat hanya bergantung kepada lima pengurus sebagai pemimpin yang
mengarah dan menentukan hala tuju syarikat sebenar. Kelemahan ini dapat dilihat paling
ketara melalui pengurus kewangan yang menghadapi masalah dalam merekod kewangan
dan mengukur prestasi kewangan.


Cara Mengatasi:
Syarikat kami begitu beruntung kerana setiap pengurus syarikat dihantar olehpenasihat kami
pada setiap kursus ALP yang di anjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
.Di samping itu, Pengurus Besar mengambil inisiatif meminta bekas ahli lembaga pengarah
Syarikat Uno Sdn Bhd iaitu syarikat „senior‟ kami untuk mengadakan bengkel pengurusan
kewangan syarikat.


KEKURANGAN PENGALAMAN

Kebanyakan ahli syarikat kami tiada pengalaman dalam menguruskan perniagaan dan
pentadbiran aliran projek seperti proses penghantaran borang tempahan, borang pesanan
dan resit pembelian.


Cara Mengatasi:
Pengurus Besar yang juga merupakan ahli Kelab Koperasi Sekolah telah menggunakan
pengalamannya dalam menyertai koperasi untuk membantu ahli-ahli syarikat.
WAKTU TERHAD

Syarikat kami hanya diberi tempoh kira-kira 9 bulan untuk beroperasi, iaitu sehingga 31
Oktober 2010. Dalam tempoh yang singkat, selama hanya 36 minggu ini, operasi kami
tidaklah optimum memandangkan pada bulan Mei, Jun dan November adalah cuti sekolah.
Ini sedikit menghalang aktiviti perniagaan kami.


Cara Mengatasi:
Kami membahagikan ahli kepada 4 jabatan dan setiap jabatan diketuai oleh seorang
pengurus. Setiap tiga minggu pengurus akan menghantar laporan jabatan kepada Pengurus
Besar bagi memastikan kelancaran projek. Selain itu, projekbesar turut dijalankan di mana
semua ahli syarikat akan dibahagikan tugas masing-masing untuk melicinkan lagi aktiviti
syarikat.


PERSAINGAN

Antara pesaing bagi syarikat kami ialah koperasi sekolah, kedai buku, guru-guru dan pekerja
yang berniaga sampingan di sekolah dan Bandar Taiping itu sendiri.Guru-guru dan pekerja
pula mengambil peluang berniagabarangan yang diperlukan semasa musim perayaan dan
bulan puasa denganharga yang lebih murah seperti pakaian, kain ela, kurma dan biskut
raya.Walaubagaimanpun, itu tidak menghalang kami dari berusaha bersungguh-sungguh
untuk memajukan syarikat kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


Cara-cara Mengatasi:
Bagi mengatasi masalah persaingan dari guru-guru dan pekerja, kamitelah mencari pasaran
baru iaitu melantik ibu-ibu yang bekerja untukmemasarkan di pejabat-pejabat tempat
mereka bekerja. Mereka dengan relaberkhidmat secara sukarela. Kami juga memasarkan
barang-barang dan produk kami di kawasan sekitar tempat tinggal kami.Kami juga menjual
biskut yang berlainan daripada yang dijual oleh guru-gurudan pekerja dan menekankan
kepada pembungkusan dan gaya semasasupaya dapat menarik minat pelanggan.
BEBANAN TUGAS

Ahli-ahli juga mengalami masalah bebanan tugas disebabkan aktiviti syarikat yang bertindih
serata kerap dipilih sebagai jawatankuasa akitiviti dan program sekolah


Cara Mengatasi:
Untuk mengatasi masalah ini, kami telah menawarkan perkhidmatan perkongsian pintar
dengan panitia-panitia matapelajaran dalam mengadakan aktiviti lawatan. Kami telah
menyediakan     kertas   kerja    dan   memproses   permohonan     manakala     panitia   pula
bertanggungjawab mencari peserta dan mendokumentasikan mengikut format yang
dikehendaki oleh sekolah.


KEKURANGAN PEKERJA

Masalah ini timbul apabila kebanyakan ahli syarikat terpaksa menghadiri kelas „tuisyen‟
pada waktu yang berlainan manakala semasa kemuncak operasi ramai pekerja diperlukan
bagi melicinkan perniagaan.


Cara Mengatasi:
Kami menggalakkan ahli-ahli menukar jadual melaksanakan tugas mengikut kesesuaian
masa „tuisyen‟ mereka dan menggalakkan pekerja mengambil kerja lebih masa atau
mengambil pelajar lain sebagai pekerja sambilan sebagai pilihan terakhir.


AHLI KURANG DISIPLIN

Disiplin   dalam kalangan        Ahli dan Ahli Lembaga      Pengarah   kurang   memuaskan
memandangkan kami adalah rakan sekolah. Pelbagai kesalahan disiplin dilakukan
contohnya tidak hadir dalam mesyuarat dan melengahkan tugasan yang diberi. Hal ini
sedikit sebanyak menjejaskan prestasi syarikat.


Cara Mengatasi:
Masalah ketidakhadiran ahli dalam mesyuarat dikenalpasti antaranya disebabkan ahli
terlupa dan tidak tahu tarikh mesyuarat.Oleh itu kamimenggunakan sistem pengumuman
yang diulang-ulang dari masa ke semasa. Ahli Lembaga Pengarah yang melengahkan tugas
yang diamanahkan akan dikenakandenda sebanyak RM 1.00 melalui potongan gaji bagi
setiap kesalahan. Akhirnya, disiplin ahli bertambah baik.
CARTA BAR : PECAHAN MASALAH UTAMA
                      SYARIKAT I'ExCeL SDN BHD




                       10%
       7%


                                                  24%

 8%
                                                        Kekangan masa
                                                        Kekurangan pengalaman
                                                        Waktu terhad
                                                        Persaingan
                                                        Bebanan tugas
                                                        Kekurangan pekerja
                                                        Ahli kurang disiplin




 10%

                                                      27%


                 14%




Sumber                 :     Soal Selidik
Responden              :     Semua Ahli Pemegang Saham Syarikat
Bilangan Responden     :     25 orang
5.11       Pengesahan
           Syukur, Alhamdulillah kerana saya diberi peluang meneraju sebuah syarikat yang
berwawasan, aktif dan berdaya saing. Selain itu, saya juga dibantu rakan-rakan pengurus
yang mempunyai sifat motivasi, jati diri yang tinggi, mempunyai ciri kepimpinan yang
tersendiri serta sentiasa memberi komitmen yang mantap dalam tugas mereka. Tidak lupa
ahli-ahli syarikat yang banyak memberi kerjasama dan dorongan dalam menjayakan
syarikat. Selaut penghargaan buat guru pengelola kami, Encik Mohd Saharizal Bin Mohd
Baharuddin yang prihatin dan banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam pengurusan
syarikat.




Disediakan oleh,




......................................
(DANIAL BIN TARMIZI)
Pengurus Besar,
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd

More Related Content

What's hot

37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasiNu Rul
 
Surat iringan
Surat iringanSurat iringan
Surat iringancikguaton
 
Sijil ajk pibg 25
Sijil ajk  pibg 25Sijil ajk  pibg 25
Sijil ajk pibg 25naziza
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATRahsia Anggun
 
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Roshaniza Mohd Shariff Roshaniza
 
Panduan penyediaan fail meja
Panduan penyediaan fail mejaPanduan penyediaan fail meja
Panduan penyediaan fail mejaSipu Sport
 
Borang aku janji pdf
Borang aku janji pdfBorang aku janji pdf
Borang aku janji pdfcikanim
 
Carta Fail Guru Media
Carta Fail Guru MediaCarta Fail Guru Media
Carta Fail Guru MediaQaseh32
 
Kepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesanKepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesanLee Oi Wah
 
Teras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkmTeras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkmLee Oi Wah
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.jasmi jaafar
 
rancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RPrancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RPmkazree
 
Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvamiesaiful
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failWan Adriana
 
Borang penilaian prgm
Borang penilaian prgmBorang penilaian prgm
Borang penilaian prgmmariam buang
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 

What's hot (20)

37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
 
Surat iringan
Surat iringanSurat iringan
Surat iringan
 
Sijil ajk pibg 25
Sijil ajk  pibg 25Sijil ajk  pibg 25
Sijil ajk pibg 25
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT
 
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
Format laporan ringkas aktiviti dan program ppwk didik hibur 2917
 
Panduan penyediaan fail meja
Panduan penyediaan fail mejaPanduan penyediaan fail meja
Panduan penyediaan fail meja
 
Borang aku janji pdf
Borang aku janji pdfBorang aku janji pdf
Borang aku janji pdf
 
Carta Fail Guru Media
Carta Fail Guru MediaCarta Fail Guru Media
Carta Fail Guru Media
 
Kepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesanKepimpinan & penyeliaan berkesan
Kepimpinan & penyeliaan berkesan
 
Teras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkmTeras perkhidmatan pelanggan kkm
Teras perkhidmatan pelanggan kkm
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.
 
rancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RPrancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RP
 
Chenta bakery temu bual
Chenta bakery temu bualChenta bakery temu bual
Chenta bakery temu bual
 
Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpv
 
Perancangan Strategik
Perancangan StrategikPerancangan Strategik
Perancangan Strategik
 
Pengurusan stor
Pengurusan storPengurusan stor
Pengurusan stor
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
Borang penilaian prgm
Borang penilaian prgmBorang penilaian prgm
Borang penilaian prgm
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar to Laporan pengurus besar

946 sp pengajian perniagaan
946 sp pengajian perniagaan946 sp pengajian perniagaan
946 sp pengajian perniagaanSupersifu2012
 
946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan
946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan
946 Sukatan Pelajaran Pengajian PerniagaanRAMLAH BINTI A. RANI
 
Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08
Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08
Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08Jemindar Ab Kadir
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penKedai Kami
 
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)MeiTing Teng
 

Similar to Laporan pengurus besar (12)

Guru pengelola
Guru pengelola Guru pengelola
Guru pengelola
 
946 sp pengajian perniagaan
946 sp pengajian perniagaan946 sp pengajian perniagaan
946 sp pengajian perniagaan
 
946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan
946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan
946 Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan
 
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdfASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
 
Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08
Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08
Wus101 c ontoh-rancangan_perniagaa-feb_08
 
26843571 rancangan-perniagaan-edited1
26843571 rancangan-perniagaan-edited126843571 rancangan-perniagaan-edited1
26843571 rancangan-perniagaan-edited1
 
Sukatan 948 perakaunan
Sukatan 948 perakaunanSukatan 948 perakaunan
Sukatan 948 perakaunan
 
Keusahawanan 1
Keusahawanan 1Keusahawanan 1
Keusahawanan 1
 
Penghargaan backup
Penghargaan backupPenghargaan backup
Penghargaan backup
 
Mi ne 5
Mi ne 5Mi ne 5
Mi ne 5
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan pen
 
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting -  A164554)
Slide Latihan Industri Di Misyail Othman & Co ( Teng Mei Ting - A164554)
 

More from andromendas

Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranandromendas
 
SPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSSPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSandromendas
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reactionandromendas
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reactionandromendas
 
Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010andromendas
 
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeChemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeandromendas
 

More from andromendas (8)

Pre test2
Pre test2Pre test2
Pre test2
 
Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaran
 
SPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSSPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONS
 
Calculation
CalculationCalculation
Calculation
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reaction
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reaction
 
Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010
 
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeChemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
 

Laporan pengurus besar

  • 1.
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURAT 1.0 PROFIL SEKOLAH 1.1 Maklumat Am Sekolah 4 1.2 Matlamat Sekolah 5 1.3 Panorama Sekolah 6 2.0 PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT 2.1 Muqaddimah 7 2.2 Sijil Penubuhan Syarikat 8 2.3 Profil Syarikat 9 2.4 Maklumat Korporat 10 2.5 Senarai Nama Pemegang Saham 11 2.6 Latar Belakang Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 13 2.7 Matlamat Syarikat 18 2.8 Motto Dan Logo Syarikat 19 2.9 Carta Organisasi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 21 2.10 Aktiviti Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 23 3.0 ULASAN PENGETUA 27 4.0 ULASAN GURU PENGELOLA 29 5.0 LAPORAN PENGURUS BESAR 5.1 Profil Pengurus Besar 31 5.2 Perutusan Pengurus Besar 36 5.3 Tugas dan Tanggungjawab 38 5.4 Penilaian Prestasi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 39 5.5 Laporan Keseluruhan Aktiviti Syarikat 41 5.6 Rancangan Perniagaan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 45 5.7 Pelaksanaan Projek Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd 49 5.8 Merangsang Idea Projek 51 5.9 Penilaian Projek 54 5.10 Masalah dan Cara Mengatasi 55 5.11 Pengesahan 59 6.0 LAPORAN PENGURUS PENTADBIRAN 6.1 Profil Pengurus Pentadbiran 61 6.2 Tinta Pengurus Pentadbiran 63 6.3 Tugas Pengurus Pentadbiran 66 6.4 Penilaian Prestasi Syarikat 67 6.5 Laporan Pengurusan Syarikat 69
  • 3. BIL PERKARA MUKASURAT 6.6 Pengurusan Mesyuarat 74 6.7 Pengurusan Kerja Dan Pembahagian Tugas 86 6.8 Pengurusan Pendapatan Gaji Ahli Syarikat 89 6.9 Penghargaan 90 6.10 Penutup 90 7.0 LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN 7.1 Profil Pengurus Pengeluran 92 7.2 Semanis Bicara Pengurus Pengeluaran 96 7.3 Tugas dan Tanggungjawab 98 7.4 Penilaian Prestasi Syarikat 100 7.5 Organisasi Jabatan Pengeluaran 101 7.6 Perancangan dan Proses Pengeluaran 102 7.7 Laporan Pengeluaran Syarikat 106 7.8 Kaedah Pengeluaran 131 7.9 Idea Perniagaan 132 7.10 Stok dan Inventori 135 7.11 Laporan Produk Kreatif 137 7.12 Laporan Perkhidmatan Terbaik 144 7.13 Pengesahan 150 8.0 LAPORAN PENGURUS PEMASARAN 8.1 Profil Pengurus Pemasaran 152 8.2 Tinta Pengurus Pemasaran 155 8.3 Tugas dan Tanggungjawab 156 8.4 Penilaian Prestasi Syarikat 157 8.5 Prinsip dan Matlamat Pemasaran 159 8.6 Tinjauan Pemasaran 161 8.7 Strategi Pemasaran 163 8.8 Pembahagian Strategi 164 8.9 Laporan Ringkas Aktiviti Pemasaran 176 8.10 Faktor Mempengaruhi Pemasaran Produk 181 8.11 Pengesahan 184 9.0 LAPORAN PENGURUS KEWANGAN 9.1 Profil Pengurus Kewangan 186 9.2 Tinta Pengurus Kewangan 189 9.3 Tanggungjawab dan Tugas 191 9.4 Penilaian Prestasi Syarikat 193
  • 4. BIL PERKARA MUKASURAT 9.5 Laporan Kewangan Syarikat 194 9.6 Strategi Keuntungan 196 9.7 Pencapaian Matlamat 197 9.8 Pencapaian Pendapatan Syarikat Mengikut Projek Syarikat 198 9.9 Aliran Tunai Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 208 9.10 Penyata Pendapatan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 209 9.11 Kunci Kira-kira Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. 210 9.12 Modal Dan Pulangan Atas Modal 211 9.13 Notis Penutupan Akaun dan Bayaran Balik Saham 212 Pengisytiharan Harga Saham 9.15 Penutup 216
  • 5. 1.0 PROFIL SEKOLAH 1.1 Maklumat Am Sekolah NAMA SEKOLAH : Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah ALAMAT SEKOLAH : Peti Surat 79, 34000, Taiping, Perak Darul Ridzuan NO. TELEFON : 605-8083020 NO. FAKSIMILI : 605-8062576 WEBSITE : www.seratas.edu.my
  • 6. 1.2 Matlamat Sekolah VISI SEKOLAH: Menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Berteraskan Pendidikan Bestari MISI SEKOLAH SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar :-  Berkelayakan melanjutkan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi dalam Bidang Sains Dan Teknologi  Mampu dan Mahir menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi  Berakhlak Mulia serta Gagah Berani Berkempimpinan dan Patriotisme yang jitu FALSAFAH SEKOLAH Semua manusia boleh dididik.Bahawa manusia itu adalah makhluk yang paling sempurna dan mempunyai kemampuan untuk dijadikan bijak, gagah dan berakhlak mulia. Manusia yang bijak, gagah dan berakhlak mulia merupakan manusia yang amat berguna kepada agama, bangsa dan Negara. PIAGAM SEKOLAH Bahawasanya kami mendukung cita - cita untuk :  Memberi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak semasa, masyarakat dan negara.  Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai pusat kecemerlangan disertai kemudahan fizikal yang lengkap.  Mempertingkat serta mempelbagaikan proses penitisan ilmu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.  Menjana pengurusan yang cekap, berkesan dan dinamik untuk menawarkan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, berdisiplin, produktif, inovatif dan kreatif.  Mewujudkan masyarakat penyayang bertujuan memaksimumkan pencapaian keilmuan dan menghasilkan prestasi berkualiti.
  • 7. 1.3 Panorama Sekolah Pintu hadapan SM Sains Raja Tun Azlan Shah Astaka Di Padang Utama SERATAS Dewan Kuliah Tugu Peringatan Pemasyuran Nama SM Sains Raja Tun Azlan Shah Surau SERATAS Bangunan Sekitar SERATAS “Sekolah Raja Tun Azlan Shah” Dewan Besar SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  • 8. 2.0 PENGENALAN DAN IMEJ SYARIKAT 2.1 Muqaddimah Segala pujian bagi Allah S.W.T Yang Maha Kudhrat memberi keupayaan kepada kami untuk bertungkus lumus menyiapkan Laporan Tahunan Syarikat 2010. disiapkan dengan sempurnanya. Dengan limpah rahmat-Nya kami diberi kesempatan menerajui dan membangunkan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.sepanjang 36 minggu syarikat kami beroperasi pada tahun 2010. Sepanjang tempoh berkenaan kami berjaya mengendalikan syarikat usahawan muda dengan menimba pengalaman dalam kursus dan seminar yang dianjurkan pihak sekolah dan pihak sekretariat. Kami sentiasa diberi tunjuk ajar dan panduan bagi memantapkan organisasi syarikat bermula dengan Kursus Ahli Lembaga Pengarah sehingga menyertai Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan pengetua kerana sentiasa menyokong aktiviti syarikat sepanjang penubuhannya. Segala projek yang dijalankan sentiasa mendapat keizinan dan sokongan daripada pihak sekolah. Dengan sokongan beliau syarikat kami dapat menjalankan operasi jualan selama 36 minggu operasi di Kiosk yang berada di kawasan sekolah. Selain itu, tidak akan dilupakan, jasa guru pengelola dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah terutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa penekanan prinsip bekerja daripada guru pengelola, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Beliau sentiasa berkata, dalam dunia perniagaan usahawan harus meningati ungkapan “What you give, you get back” yang bermaksud, produk yang dijual hendaklah berkualiti dan mampu menarik minat pelanggan. Sekiranya produk berkualiti sudah semestinya pelanggan tertarik dan memilih syarikat ini sebagai pilihan utama. Pelbagai kebaikan yang kami perolehi sepanjang tempoh penglibatan dalam program ini. Ilmu keusahawan tidak dipelajari tanpa mengalami pengalaman mengendalikan perniagaan. Bidang perniagaan memerlukan kemahiran dan pengetahuan ilmu perniagaan yang spesifik serta perlu dipraktikkan untuk mengendalikan perniagaan. Setelah menempuh 36 minggu dan selesai menyediakan laporan, besarlah harapan kami untuk menyertai Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri yang akan dianjurkan Pihak Sekreteriat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak sekaligus mencapai matlamat syarikat menjadi Syarikat Terbaik Konvensyen Negeri Perak 2010.
  • 9. 2.2 Sijil Penubuhan Syarikat
  • 10. 2.3 Profil Syarikat
  • 11. 2.4 Maklumat Korporat LEMBAGA PENGARAH JURUAUDIT Danial Bin Tarmizi En. Md Radzi Bin Abdullah Pengurus Besar Muhamad Ashraf Bin Che Mansor PENASIHAT Pengurus Pentadbiran En. Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin Nurul Huda Binti Hashim Guru Pengelola Pengurus Pengeluaran AHLI SYARIKAT Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali Pengurus Pemasaran 25 orang ahli Ili Fatini Suriati Binti Jailani Pengurus Kewangan NILAI SAHAM SEUNIT Muhammad Naaim Bin Mohamad Rapi RM 10.00 Pengurus Multimedia TARIKH PEMBUBARAN PEJABAT UTAMA 30 Oktober 2010 SM Sains Raja Tun Azlan Shah Jalan Taman Tasik 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan, Malaysia Tel : +605-8083020 Faks : +605-8062576 TARIKH DAN TEMPAT DITUBUHKAN 4 Februari 2010, Malaysia PENDAFTAR SYARIKAT Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Wisma Wan Mohamad Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Peti Surat 217 30904 IPOH Tel : +605-5296615 Faks : +605-5296617
  • 12. 2.5 Senarai Nama Pemegang Saham Nilai Bil Nama Pemegang Saham Saham 1 DANIAL BIN TARMIZI RM 12.00 2 MUHAMAD ASHRAF BIN CHE MANSOR RM 12.00 3 NURULHUDA BINTI HASHIM RM 12.00 4 ILI FATINI SURIATI BINTI JAILANI RM 12.00 5 MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI RM 12.00 6 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI RM 10.00 7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD RM 10.00 8 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN RM 10.00 9 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY RM 10.00 10 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR RM 10.00 11 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN RM 10.00 12 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK RM 10.00 13 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH RM 10.00 14 NORADILA BINTI MOHD ALIAS RM 10.00 15 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN RM 10.00 16 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL RM 10.00 17 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID RM 10.00 18 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN RM 10.00 19 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI RM 10.00 20 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR RM 10.00 21 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN RM 10.00 22 NORAIN BINTI ABD LATIF RM 10.00 23 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN RM 10.00 24 ROZETA BINTI ASBULAH RM 10.00 25 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK RM 10.00 JUMLAH MODAL BERBAYAR RM 260.00
  • 13. CONTOH SIJIL SAHAM SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD. Pemegang saham diberikan sijil saham sebagai bukti.
  • 14. 2.6 Latar Belakang I’ExCeL SDN BHD AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD. I’ExCeLSdn.Bhd. ditubuhkan pada 04 Februari 2010 secara rasminya dengan modal berbayar bersama 25 orang ahli pemegang saham syarikat yang berdaftar sebanyak RM 260.00. Syarikat berdaftar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan dikelolakan oleh seorang guru pengelola iaitu Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin. Syarikat Sendirian Berhad ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan, perkhidmatan dan penghasilan produk kreatif. Tempoh operasi syarikat selama 36 minggu untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dan bergiat aktif dalam program anjuran Pihak Sekretariat, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Antara Program Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang melibatkan Ahli Syarikat ialah:- - Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah, di Riverside Resort Kuala Kangsar.
  • 15. - Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Syarikat di Dewan Silvertage Galleria, Medan Gopeng. - Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak kali ke-14, di Perak Techno Trade Centre, Ipoh. - Kem Keusahawanan, Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor. - Kursus Penyediaan Laporan dan Pembubaran Syarikat, Hill City Hotel, Ipoh Syarikat juga mendapat sokongan daripada penaung, Pengetua Cemerlang JUSA C yang sentiasa memberi pandangan tentang projek dan aktiviti syarikat. Perkongsian pendapat dan perbincangan dengan pihak pentadbiran membantu pihak syarikat melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan tersusun serta tidak bertindih dengan program sekolah. Pada awal penubuhan syarikat, telah menetapkan pendapatan akhir tahun operasi sebanyak RM 5,000.00. Berasaskan idea-idea perniagaan yang pelbagai dari ahli-ahli, syarikat berjaya mencapai pencapaian terbesar dalam menghasilkan produk kreatif dan menjalankan perkhidmatan terbaik. I’ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan berdasarkan permintaan produk makanan yang banyak dari pelanggan yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibubapa. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan pembuatan T-shirt, jualan Hostel Open Day, malam bakat, jualan makanan ringan dan sebagainya. Sepanjang tempoh beroperasi, I’ExCeL Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan hampir semua aktiviti yang dirancang dan mengaut keuntungan yang LUAR BIASA disamping dapat memberi pengalaman yang sebenar kepada ahlinya. Lima Ahli Lembaga Pengarah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan KPI yang telah ditetapkan oleh Guru Pengelola. Berikut adalah KPI yang ditetapkan oleh Guru Pengelola. KPI 1: Pengurus Besar Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu Mengadakan minimum satu projek setiap bulan Memastikan jualan mencapai keuntungan 50% setiap bulan Mencipta Produk Kreatif Mengadakan Perkhimatan Yang Terbaik Membuat penilaian prestasi ahli syarikat
  • 16. KPI 2: Pengurus Pentadbiran Melaksanakan mesyuarat bulanan Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100% KPI 3: Pengurus Pengeluaran Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik KPI 4: Pengurus Pemasaran Melaksanakan strategi pemasaran terbaik Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan Meningkatkan produktiviti syarikat KPI 5: Pengurus Kewangan Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5000.00 Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum Nilai sesaham meningkat Adalah menjadi kewajiban kepada semua ahli lembaga pengarah untuk mencapai KPI masing-masing. Di samping menjalankan operasi perniagaan, menjalankan perkhidmatan dan menghasil produk kreatif, syarikat juga memainkan peranan sebagai organisasi yang mempunyai tanggungjawab sosial kemasyarakatan dengan menyumbang kepada pihak sekolah untuk program-program kebajikan. “INTERGRITI, INOVASI, IDEAL”
  • 17. AHLI LEMBAGA PENGARAH Barisan Belakang Dari Kanan: Muhammad Naa‟im, Muzakkir Ihsan, Danial, Muhd Ashraf Barisan Hadapan Dari Kanan: Nurulhuda, Ili Fatini Suriati
  • 18. AHLI SYARIKAT I’ExCeL SDN. BHD. Barisan belakang dari kanan: Abdul Rahman, Muhammad Naa‟im, Farid Qaisem, Muhamad Naqib, Muhammad „Ammar Faidhi, Fatihah Syafiq, Muhamad Harith, Muhamad Khairan Syamil Barisan tengah dari kanan: Alyaa Nabilah, Noradila, Norzainin, Hidayatul Akma, Najwa Farhana, Intan Zurainie, Farhah Amaliya, Hidayatul Adha, Rozeta, Fatin Nurul Haziera, Wan Nur Aisyah Barisan hadapan dari kanan : Norain Abd Latif, Ili Fatini Suriati, Nurulhuda, En. Mohd Saharizal (Guru Pengelola), Danial, Muhd Ashraf, Muzakkir Ihsan
  • 19. 2.7 Matlamat Syarikat WAWASAN SYARIKAT Menjadi sebuah syarikat yang berintegriti dan mempunyai daya inovasi yang kreatif dan kritis dengan menyediakan perkhidmatan dan menghasilkan produk yang bernilai tinggi seterusnya membawa nama syarikat ke konvensyen negeri malah ke peringkat KEBANGSAAN. VISI SYARIKAT Menjadi Syarikat Program Usahawan Muda Terbaik di Malaysia MISI SYARIKAT  Melahirkan bakal usahawan Malaysia yang berintegriti , berinovasi dan berdedikasi.  Menyemai benih muhibbah dan menyuburkan nilai-nilai murni bagi menggapai kegemilangan syarikat.  Membongkar dan mengasah bakat terpendam sebagai seorang ahli usahawan yang berjaya seterusnya menyerlahkan bakat tersebut bagi meningkatkan mutu kemajuan nusa dan bangsa.  Melahirkan seorang usahawan yang mempunyai ciri-ciri estetika yang tinggi dan mampu untuk meningkatkan martabat bangsa, agama dan negara sehingga ke iris dunia. OBJEKTIF SYARIKAT  Seorang insan yang cukup berintegriti dan berdedikasi dalam melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan.  Seorang insan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan menepati masa ketika melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.  Seorang yang berinovasi dan mampu membuat pembaharuan dalam memajukan segala aktiviti syarikat.  Memenuhi etika kerja yang unggul dan memuaskan hati setiap insan.
  • 20. 2.8 Motto dan Logo Syarikat MOTTO SYARIKAT “INTEGRITI, INOVASI, IDEAL” Pengertian Motto Syarikat Sentiasa mempunyai sikap dan nilai positif untuk merangsang INTEGRITI aspirasi kejayaan. Nilai integrati usahawan yang diterapkan ialah:-  Amanah, jujur, telus dan bertanggungjawab dengan peranan masing-masing.  Fokus kepada urusan syarikat sepenuhnya dan tidak terlalu sibuk dengan perkara yang tidak berhubung kait dengan urusan lain  Menjaga kualiti produk yang dijual untuk kepuasan pelanggan. Membangunkan Program Inovasi dan Penyelidikan dalam INOVASI menghasilkan produk-produk syarikat. Syarikat menggalakkan transformasi ke arah penghasilan produk kreatif yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Menjadikan syarikat sebagai pilihan utama semua dan produk IDEAL berjenama kegemaran semua pelanggan. LOGO SYARIKAT Dalam mempromosikan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., logo merupakan IKON penting bagi memperkenalkan syarikat ini dalam dunia usahawanan. Ia juga menjadi salah satu elemen penting bagi melambangkan identiti syarikat juga secara tidak langsung membantu dalam memperkenalkan produk-produk syarikat kepada umum. Setiap warna dan bentuk mempunyai maksud tersendiri yang menjadi asas dan polisi dalam operasi syarikat.
  • 21. Pengertian Logo Syarikat I’ExCeL Dalam bahasa Melayu,perkataan ini merujuk kepada ayat,‟Saya Cemerlang‟. Perkataan ini diwujudkan supaya setiap ahli akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan lebih efisien serta sentiasa ingin cemerlang dalam setiap langkah yang diambil. LINGKARAN MERAH HITAM Melambangkan ranjau hidup dalam mengapai kejayaan perniagaan. ORANG LIDI Melambangkan sikap ceria dan peramah ahli dalam melayan pelanggan yang pelbagai kerenah. Formasinya berbentuk “I” membawa maksud kepada motto syarikat iaitu: “integrity, inovasi, ideal” WARNA MERAH Melambangkan keberanian dan komitmen kesemua ahli syarikat dalam mengatasi cabaran yang menghalang kejayaan syarikat WARNA HITAM Melambangkan kebanggaan ahli syarikat kami dalam menghasilkan produk dengan inovatif dan lebih efisien demi kepentingan masyarakat. WARNA PUTIH Melambangkan kejujuran dan integriti ahli syarikat dalam perniagaan.
  • 22. 2.9 Carta Organisasi CARTA ORGANISASI INDUK SYARIKAT I’ExCeL SDN. BDH PENAUNG Puan Rahimah Binti Mad Sura PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN AKADEMIK KOKURIKULUM HAL EHWAL MURID Pn. Hjh Noorhizan Bt Mohd Ariff Tn. Hj. Mohd Sohor Bin Mohamad Tn. Hj. Roslan Bin Mohamad PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN Tn. Hj. Hamidi Bin Mahmood SEKRETERIAT PUM PERAK Pn. Elida Bt Idris Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak GURU PENGELOLA Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin
  • 23. CARTA ORGANISASI PENERAJU SYARIKAT I’ExCeL SDN.BHD. PENGURUS BESAR Danial Bin Tarmizi PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENTADBIRAN PENGELUARAN KEWANGAN PEMASARAN Muhd Ashraf Bin Ili Fatini Suriati Binti Muzakkir Ihsan Nurul Huda Binti Jailani Bin Yang Razali Che Mansor Hashim PENGURUS MULTIMEDIA Muhammad Naa‟im Bin Muhamad Rapi PEMEGANG SAHAM 19 Orang
  • 24. 2.10 Aktiviti Syarikat Secara umumnya disenaraikan semua aktiviti keusahawanan yangdijalankan oleh Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.. Mesyuarat Mesyuarat Agong Tahunan(Penubuhan) Mesyuarat Pengurusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Mesyuarat Pemegang Saham Mesyuarat Pembubaran Pembelian Aset dan Bahan Keperluan Pembelian Peralatan Memasak Aktiviti Jualan Jualan Mingguan Jualan Hari Cuti Persekolahan/ Cuti Umum Jualan Hari Peristiwa (Projek) Jualan Tempahan Pelanggan Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun Seminar, Kem dan Kursus Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Kursus Pembubaran Syarikat dan Pembentangan Laporan Kem Keusahawan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat Bengkel Cabaran Catur Bistari Perkhidmatan I’ExCeL IQ Challenge I’ExCeL Sports I’ExCeL Acces Penghasilan Produk Kreatif Green Plate Technology Obligasi Kemasyarakatan Sumbangan kepada Panitia Pendidikan Islam (Surau) Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang
  • 25. SEJARAH AKTIVITI SYARIKAT JANUARI 13 Pengumuman pengambilan baru ahli Usahawan Muda sesi 2010 15 Mewujudkan Kumpulan Perintis 20 Pemilihan Ahli Usahawan Muda FEBRUARI 4 Penubuhan Syarikat / Mesyuarat Agung Penubuhan 10 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 18 Mesyuarat Pemegang Saham 27 Jualan sempena Hari Sukan Sekolah (Projek 1) MAC 3 Mesyuarat Pengurusan 10 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 17 ’ExCeL IQ Challenge (Projek 2) 20 Mesyuarat Pemegang Saham 24 Hostel Open Day (Projek 3) APRIL 3 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 5 Mesyuarat Pemegang Saham 11-18 Jualan Piza dan Kek (Projek 4)
  • 26. MEI 3 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 8 I’ExCeL Excess (Projek 5) 15 Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam (Projek 6) 23 Jualan Piza dan Kek JUN 3 Mesyuarat Pengurusan 5 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 14 Mesyuarat Pemegang Saham 20-27 Jualan Piza dan Kek JULAI 4 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 14 Mesyuarat Pemegang Saham 17 I’ExCel Sports (Projek 7) 25 Jualan Piza dan Kek OGOS 4 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 18 Mesyuarat Pemegang Saham 22-23 Jualan Piza dan Kek
  • 27. SEPTEMBER 6 Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 13 Mesyuarat Pemegang Saham 19 Jualan Piza dan Kek 29 Ex Design (Projek 8) OKTOBER 19 Mesyuarat Pengurusan 23,24 Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun 30 Mesyuarat Pembubaran
  • 28. 3.0 ULASAN PENGETUA Puan Rahimah Binti Mohd Sura, PPT.,PJK., Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia danRahmat-Nya, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. di bawah naungan saya memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam laporan tahunan syarikat ini. Terlebih dahulu ingin saya memuji Ahli Lembaga Pengarah dan rakan kongsi syarikat kerana telah berjaya menyiapkan laporan tahunan syarikat ini dengan sempurna. Tahniah juga saya ucapkan kepada guru pengelola kerana telah berjaya melaksanakan tugas walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga serta menyumbang idea dalam memurnikan laporan tahunan syarikat.Impian dan azam serta kombinasi yang hebat dikalangan ahli syarikat disusuli dengan usaha yang gigih memastikan laporan syarikat lengkap dan sempurna. Bidang keusahawanan bukan lagi karier sampingan dikalangan masyarakat Malaysia, Malah perlu digalakkan bermula dari akar umbi lagi. Pelbagai kemajuan selaras dengan pemodenan teknologi yang meningkatkan pesaingan dikalangan usahawan mencipta produk kreatif selaras dengan keperluan masyarakat. Usahawan yang berwibawadan berdaya cipta diperlukan bagi generasi akan datang. Selaku pengetua cemerlang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah merangkap penaung kepada syarikat ini saya sentiasa memberi penumpuan dan sokongan keatas segala usaha persediaan bagi merealisasikan impian setiap syarikat usahawan muda di bawah naungan saya untuk mencipta nama sebagai usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam usaha melahirkan usahawan yang kreatif saya menggalakkan ahli syarikat menyelidik dan membangunkan program inovasi sains untuk mencipta produk yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat setempat sekaligus mengatasi masalah global.Selaras dengan kehendak Perdana Menteri yang menggalakkan usahawan dalam bidang inovasi dan rekacipta yang boleh menyumbang kepada peningkatan arus pembangunan ekonomi negara.
  • 29. Saya sentiasa membuat penilaian prestasi syarikat dari pelbagai aspek dari semasa kesemasa. Pelbagai langkah serius juga diambil bagi memastikan setiap projek yang dirancang berjalan dengan lancar serta ahli-ahli dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan . Kerjasama yang berterusan oleh semua ahli dalam setiap projek memberi semangat dan membina keyakinan diri semua yang terlibat dan seterusnya membuahkan hasil keuntungan berlipat ganda kepada syarikat ini. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta keupayaan ahli-ahli merebut peluang telah membolehkan syarikat menjalankan begitu banyak aktiviti yang kesemuanya mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd. YANG BENAR, …………………………….. (RAHIMAH BINTI MOHD SURA) Penaung Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd Pengetua Cemerlang JUSA C SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  • 30. 4.0 ULASAN GURU PENGELOLA ENCIK MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN Guru Penasihat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Salam usahawan, Syabas diucapkan semua ahli Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., kerana telah berusaha dengan gigih dan tekun untuk menyempurnakan laporan tahunan syarikat tahun 2010. Sebagai guru pengelola Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., saya berasa amat berbangga dan gembira kerana pada tahun ini kesemua ahli syarikat ini berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan mencapai matlamat syarikat. KPI yang diminta telah pun tercapai malah melebihi prestasi syarikat yang sepatutnya tercapai. Tahniah diucapkan kepada Danial Bin Tarmizi selaku Pengurus Besar yang menerajui tonggak Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd., seterusnya menyiapkan laporan tahunan syarikat dengan lengkap dan terpeinci. Kerjasama yang ditunjukkan dikalangan Ahli Lembaga Pengarah memperlihatkan semangat keusahawanan yang tinggi dan memperlihatkan kecekapan dan komited 100% tanggungjawab seiring dengan motto syarikat “integriti, inovasi, ideal” Semoga tahun ini syarikat mencapai matlamat sepenuhnya. Yang menjalankan tugas, (MOHD SAHARIZAL BIN MOHD BAHARUDDIN) Guru Pengelola Program Usahawan Muda
  • 31.
  • 32. 5.0 LAPORAN PENGURUS BESAR I’ExCeL SDN. BHD. 5.1 Profil Pengurus Besar ENCIK DANIAL BIN TARMIZI Pengarah Urusan bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010 Encik Danial Bin Tarmizi, warganegara Malaysia, berumur 16 tahun, telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 4 Februari 2010 dan ialah Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010. Pada masa ini beliau merupakan Pengurus Besar. Bidang Akademik Sebagai pelajar sekolah sains, beliau sentiasa mendapat kedudukan 10 terbaik dalam tingkatan.Malah, beliau telah berjaya mendapat keputusan 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Seterusnya, kecemerlangan beliau dalam subjek Biologi telah melayakkan diri beliau untuk mengikuti program Master Tissues yang dianjurkan pihak sekolah dengan kerjasama pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Ipoh, Perak. Bidang Kepimpinanan Kebolehan beliau dikesan sejak Tingkatan Satu apabila dilantik sebagai Ketua Kelas pada tahun 2007. Pada tahun berikutnya, beliau dilantik oleh pihak sekolah sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Seterusnya, beliau menjadi bendahari Exco Sukan dan Riadah bermula tahun 2009 dan terus menjadi Ketua Exco Sukan dan Riadah pada tahun 2010. Disebabkan disiplin serta tatakerja yang ditunjukkan beliau, beliau terpilih untuk menjadi calon Ketua Pelajar pada tahun yang sama. Oleh sebab keperluan beliau oleh para pelajar yang menginginkan kepimpinan beliau dalam bidang lain, maka beliau menolak jawatan tersebut. Oleh kerana pihak sekolah juga menuntut kepimpinan beliau, maka beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pelajar merangkap Ketua Asrama.
  • 33. Sejak menjadi Ketua Asrama yang pertama, beliau telah menyerlahkan kehebatan beliau apabila dengan beraninya mengusulkan agar Hari Terbuka Asrama yang julung-julung kalinya diadakan di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). Kemampuan beliau untuk mengatasi Gambar Pengurus Besar bersama kesemua pensyarah semasa Program Master Tissues kehebatan asrama perempuan telah menerima yang dianjurkan pihak sekolah SERATAS dengan kerjasama pihak Universiti Kuala pelbagai pujian daripada guru-guru malah pengetua Lumpur (UniKL) di Ipoh, Perak. sendiri.Oleh sebab itu, pihak sekolah bersepakat untuk mengadakan Hari Terbuka Asrama setiap bulan bermula pada bulan Februari. BIdang Kokurikulum Kecemerlangan beliau diteruskan dalam bidang kokurikulum. Penglibatannya secara aktif dalam bidang sukan seperti olahraga, bola keranjang, bola sepak, bola baling, ragbi dan badminton telah menaikkan nama sekolah. Kejayaan yang direkodkan oleh sekolah yang paling cemerlang ialah mencipta rekod Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) dalam sukan bola baling apabila kerjasama beliau dengan rakan yang lain telah mempertahankan rekod tanpa kalah sepanjang 3 tahun dan dinobatkan sebagai juara sebanyak 3 kali berturut-turut sejak tahun 2009. Bidang Kurikulum Keratan akhbar SINAR yang menyiarkan Dalam Program Usahawan Muda pula, perlantikan kejayaan pasukan bola baling SERATAS yang beliau sebagai Pengurus Besar telah menyaksikan mempertahankan kejuaraan. pelbagai perubahan dilakukan beliau. Beliau cuba melibatkan diri dengan lebih awal dalam Konvensyen Usahawan Muda 2010 di Persada Johor, Johor Darul Takzim dengan menyertai Pertandingan Catur Bestari. Dengan menyertai berapa pertandingan Catur Bestari di Restoren Kentucky Fried Chicken (KFC) berdekatan, beliau serta tiga pengurus lain berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari di
  • 34. Putrajaya International Convention Centre (PICC). Malahan, kumpulan beliau merupakan kumpulan ke -7 terbaik kebangsaan. Wakil KFC Perak ke Pertandingan Catur Bistari Wakil PKNP Perak Ke Konvensyen Usahawan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di PICC. Muda Di Persada Johor pada tahun 2010.
  • 35. SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat Sijil Kepimpinan Sebagai Majlis Pelajar
  • 36. Sijil Penyertaan Program Keusahawanan Sijil Kokurikulum dan Pembangunan Inovasi
  • 37. 5.2 Perutusan Pengurus Besar Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian „alam. Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad (S.A.W). Doa dirafa‟kan kepada Amirul Mukminin yang menerajui kepimpinan Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah (S.A.W) dan kesejahteraan ke atas semua umat Islam seluruh dunia. Amin… Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat llahi kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya Laporan Tahunan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dapat dihasilkan bagi tahun 2010. Penat lelah dan ketekunan kami selama seminggu, kami dapat siapkan laporan ini. Berbekalkan semangat cintakan Program Usahawan Muda (P.U.M) dan niat untuk meletakkan Program Usahawan Muda (P.U.M.) dalam kelompok berdaya saing, kami gagahkan jua semangat ini walaupun rintangan peperiksaan bagi Ujian Satu terpaksa dihadapi sejurus pembikinan laporan ini dibuat. Selaku Pengurus Besar Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, ingin saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Pengetua Cemerlang Puan Rahimah Binti Mohd Sura, guru pengelola dan semua ahli syarikat. I‟ExCeL ditubuhkan pada 04 Februari 2010, di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak. Syarikat I‟ExCeL dianggotai seramai 25 orang ahli dan dibimbing oleh seorang guru. Lima orang ahli lembaga pengarah dipilih menerajui syarikat selama 9 bulan dengan modal syarikat sebanyak RM 260.00 hasil daripada perkongsian 25 orang ahli. Berbekalkan asas pengetahuan usahawan yang kami perolehi daripadakursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), kami
  • 38. menjalankan perniagaan berbentukjualan, pembuatan produk dan perkhidmatan di sekolah. Hasilnya amat lumayan dan kepercayaan kami bahawa keusahawanan kerjaya pilihan terbukti benar selama ini.I‟ExCeL ditutup secara rasminya pada 30 Oktober 2010 dengan keuntungan yang luar biasa iaitu melebihi RM 5000.00! Di ruangan ini juga, sekalung penghargaan kami ucapkan pada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menggalakkan penyertaan kami di dalam P.U.M terutamanya pihak PKNP, Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dan Guru Pengelola P.U.M. Tanpa doa anda siapalah I‟ExCeL! Di sini juga saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program Usahawan Muda (PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan bumiputera yang cemerlang. Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada syarikat ini, amat saya hargai. Akhir kata, di zaman pembangunan dan kecanggihan teknologi ini, PUM dapat membentuk pelajar serta generasi yang berkeyakinan tinggi, gigih menghadapi cabaran. Inilah satu faktor kejayaan pelajar yang cemerlang dan berwawasan. Akhir bicara saya, KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ANDA! Sekian, terima kasih. (DANIAL BIN TARMIZI) Pengurus Besar, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
  • 39. 5.3 Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Pengurus Besar perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan pengurusan syarikat berjalan dengan lancar. Pengurus Besar bertanggungjawab untuk: Merancang, mengatur kerja, memantau dan menilai keseluruhan aktiviti syarikat. Menyelia aktiviti-aktiviti keempat-empat pengurus yang lain iaitu Pengurus Pentadbiran, Pengurus Pemasaran, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus Kewangan. Menjadi penghubung antara syarikat dengan pihak-pihak lain termasuk pembekal dan pentadbiran sekolah. Memastikan pengurus-pengurus menyerahkan laporan prestasi pada setiap bulan dan menyerahkan laporan–laporan tertentu kepada guru penasihat apabila diminta pada bila-bila masa. Memastikan aktiviti-aktiviti syarikat selaras dengan garis panduan melaksanakan PUM. Memimpin dan mendorong ahli supaya sentiasa memberi sumbangan dari segi idea dan tenaga. Menyelaras proses pembubaran syarikat yang perlu dilasanakan dalam tempoh 30 hari sebelum cadangan tarikh pembubaran syarikat. Menyediakan laporan prestasi (Laporan Tahunan) apabila tamat program
  • 40. 5.4 Penilaian Prestasi Syarikat PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Sebagai seorang Pengurus Besar yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi syarikat. Guru pengelola telah menetapkan Key Performance Index (KPI) kepada seorang Pengurus Besar syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola. Melaksanakan rancangan perniagaan sepanjang tempoh 36 minggu Mengadakan minimum satu projek setiap bulan Mencipta Produk Kreatif Menjalankan Perkhidmatan Terbaik Membuat penilaian prestasi ahli syarikat KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu “Cekal menghadapi masalah dan kesulitan(Preserverance in the face of adversity)”, beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Besar. Berikut merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN Rancangan perniagaan Pelaksanaan rancangan perniagaan dalam Tercapai 36 minggu jangka pendek dan jangka panjang. Sebanyak 8 projek besar dijalankan setiap Projek setiap bulan Tercapai bulan, tidak termasuk projek kecil. Mengeluarkan Produk Penghasilan pinggan mesra alam, “Green Plate Tercapai Kreatif Technology” Menjalankan Pelaksanaan pelbagai perkhidmatan Tercapai Perkhidmatan Terbaik terutamanya perkhidmatan I‟ExCeL Sports. Membuat penilaian Ahli syarikat sentiasa menjalankan Tercapai prestasi ahli syarikat tanggungjawab dengan baik.
  • 41. PRESTASI PENTADBIRAN SYARIKAT DI BAWAH PENGURUS BESAR Sepanjang 9 bulan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.beroperasi di bawah pimpinan Pengurus Besar, Danial Bin Tarmizi, tahap prestasi syarikat telah menunjukkan bahawa dengan kepimpinan beliau sebagai ketua organisasi, syarikat telah berjaya mengharungi cabaran serta halangan dalam dunia perniagaan dan menjadi sebuah syarikat Program Usahawan Muda(PUM) yang cemerlang. Alhamdulillah, berkat usaha gigih beliau, hampir kesemua projek rancangan syarikat berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Syarikat telah menjalankan 8 buah projek merangkumi perkhidmatan, jualan dan produk kreatif. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Pengurus Besar syarikat Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, perkhidmatan I‟ExCeL Sports merupakan projek yang membawa nilai keuntungan yang paling tinggi seterusnya menjadikan projek tersebut projek yang paling berjaya antara kesemua projek syarikat yang lain. Manakala projek Ex Design pula merupakan projek kedua yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pihak syarikat telah mendapat tempahan daripada pelanggan untuk menghasilkan t-shirt rasmi untuk sebuah kem yang akan dianjurkan. Tempahan t-shirt tersebut dalam kuantiti yang banyak telah menguntungkan pihak syarikat. Manakala prestasi bagi projek-projek lain turut memuaskan kerana projek-projek tersebut turut membawa keuntungan yang stabil kepada pihak syarikat.Beliau telah bersungguh-sungguh untuk memastikan syarikat sentiasa berada di barisan hadapan dalam kategori syarikat yang maju dan berdaya saing.
  • 42. 5.5 Laporan Keseluruhan Aktiviti Syarikat MESYUARAT Sepanjang beroperasi, syarikat telah mengadakan mesyuarat sebanyak 20 kali. Daripada jumlah tersebut, 7 kali merupakan Mesyuarat Ahli Pemegang Saham yang membincangkan prestasi dan arah tuju syarikat. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mendengar laporan daripada setiap pengurus dan mencari resolusi efektif bagi masalah- masalah yang dihadapi syarikat di samping melahirkan cetusan idea yang kritis. ALP turut mengadakan pertemuan dalam mesyuarat ALP yang telah diadakan sebanyak 8 kali bagi membincangkan strategi perniagaan. Mesyuarat Pengurusan bersama guru pengelola diadakan 3 kali. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan masalah syarikat bersama- sama dengan guru pengelola dan meminta pandangan serta nasihat dari sudut yang berbeza memandangkan guru pengelola mempunyai lebih banyak pengalaman. Tambahan pula guru pengelola ialah orang yang lebih dewasa dan berfikiran lebih matang. Kedatangan ahli syarikat dalam mesyuarat adalah memuaskan memandangkan Pengurus Besar mengeluarkan arahan supaya semua ahli syarikat wajib menghadiri mesyuarat yang diadakan. Sesiapa yang didapati tidak hadir tanpa alasan yang munasabah akan diberi notis amaran. Sekiranya ahli tetap tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat sebanyak 3 kali, tindakan yang serius akan diambil oleh Pengurus Besar. Berikut merupakan ringkasan kekerapan mesyuarat yang telah diadakan sepanjang syarikat beroperasi:  Mesyuarat Agong Tahunan 1 kali  Mesyuarat Ahli Pemegang Saham 7 kali  Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 8 kali  Mesyuarat Pengurusan 3 kali  Mesyuarat Pembubaran 1 kali JUMLAH 20 KALI PEMBELIAN Pembelian pertama syarikat bagi memulakan perniagaan adalah pada 7 Februari 2010. Bagi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd, pembelian secara borong dapat menjimatkan kos pembelian di samping menikmati diskaun yang ditawarkan. Pembelian dalam kuantiti yang sedikit pula akan mengakibatkan kos pembelian yang tinggi. Semua kegiatan pembelian ini telah dicatatkan oleh Pengurus Kewangan syarikat di mana semua perbelanjaan dan pembelian disimpan resitnya dan direkodkan sebagai rujukan pada masa hadapan.
  • 43. JUALAN Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 07 Feb 2010. Aktiviti jualan syarikat terbahagi kepada 7 iaitu: Jualan Ex Design Jualan sempena Hari Sukan Sekolah Jualan sempena Hostel Open Day Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam Jualan Piza dan Kek Jualan Hujung Minggu Jualan Penghabisan Stok/ Akhir Tahun Tumpuan utama syarikat adalah terhadap aktiviti Jualan Ex Design yang memberikan nilai pulangan kedua tertinggi kepada syarikat. Kadar permintaan pelanggan yang tinggi mendorong kami untuk terus menjalankan aktiviti jualan ini. PERKHIDMATAN TERBAIK SYARIKAT Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhdmempunyai 3 jenis perkhidmatan yang telah dijalankan sepanjang syarikat beroperasi iaitu: i. Perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenges ii. Perkhidmatan I`ExCeL Sports iii. Perkhidmatan I`ExCeL Access Walau bagaimanapun, syarikat lebih mengutamakan perkhidmatanI`ExCeL Sports kerana perkhidmatan ini memberi pulangan yang lumayan kepada syarikat. SEMINAR DAN KURSUS Bagi meningkatkan lagi prestasi dan menambah ilmu pengetahuan tentang strategi dan selok-belok perniagaan, ahli-ahli syarikat kami telah menyertai pelbagai seminar dan kursus yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Sepanjang tahun 2010, Ahli Lembaga Pengarah telah menghadiri 3 kali seminar dan kursus. PENGHASILAN PRODUK Jadual rutin harian di asrama yang padat menyukarkan kami untuk mengadakan mesyuarat secara kerap. Oleh sebab itu, penjanaan idea tentang produk kreatif bukan hanya terhad dalam mesyuarat tetapi setiap masa. Cetusan-cetusan idea boleh diusulkan terus kepada Pengurus Besar dan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang seterusnya. Malah, melalui ungkapan “Ideas for Leading Innovations” yang bermaksud idea untuk
  • 44. inovasi terbaik telah mewujudkan suatu pemikiranahli syarikat di mana mereka mesti memikirkan sesuatu untuk disumbangkan kepada syarikat bukan mengharapkan sesuatu yang syarikat akan berikan. Disinilah tercetusnya idea penghasilan Green Plate yang seterusnya diuji dalam pertandingan rekacipta dan inovasi sains. Produk Kreatif Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd : Green Plate Technology OBLIGASI KEMASYARAKATAN Obligasi masyarakat merupakan tanggungjawab syarikat terhadap barangan yang dihasilkan.Kami mengambil langkah ini sebagai langkah untuk menunjukkan keprihatinan syarikat kami terhadap masyarakat sekeliling disamping.menjaga nama baik syarikat kami tanpa menjejaskan pretasi syarikat kami. Syarikat I`ExCeL telah membuat khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan kepada Surau Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah iaitu dengan membiayai kos menggantikan cermin yang telah pecah.Selain itu Syarikat `ExCeL memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Apabila kita mengimbas semula kembali seantero produk syarikat, terbukti bahawa ianya mempunyai kualiti yang amat tinggi. Tidak hairanlah jika perkara sedemikian dapat dicapai. Ini kerana apabila sesuatu produk dihasilkan, bahagian Ahli Lembaga Pengarah (kawalan keselamatan) akan menjalankan pantauan dari aspek kualiti dan komen daripada pihak pentadbiran sekolah khususnya dan pandangan masyarakat amnya.
  • 45. PERATUS PECAHAN AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT CARTA BAR : PECAHAN AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT I'ExCeL SDN BHD TAHUN 2010 2% 4% 13% Mesyuarat 4% 50% Pembelian Jualan 7% Seminar dan Kursus Perkhidmatan Produk Obligasi Kemasyarakatan 20%
  • 46. 5.6 Rancangan Perniagaan Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd Sebagai sebuah syarikat korporat yang ingin terus berdaya saing dan sentiasa maju ke hadapan,rancangan perniagaan perlu disediakan dengan cekap, teliti dan berfokus dengan mengambil kira budaya sesebuah syarikat yang dikendalikan. Secara amnya, rancangan perniagaan Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd terbahagi kepada dua iaitu : Rancangan perniagaan jangka pendek (bulanan) Rancangan perniagaan jangka panjang (tahunan) Rancangan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang ini amat penting untuk diterapkan semasa menyediakan rancangan perniagaan bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah syarikat.
  • 47. RANCANGAN PERNIAGAAN JANGKA PENDEK (BULANAN) Perkara Pelaksanaan Dalam 36 Minggu /Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 Hebahan PUM Pemilihan Peserta Penerangan Kepada Peserta Pembentukan Syarikat/ Pendaftaran Menentukan Gaji dan Upah Idea dan Perancangan Penghasilan Produk PUM Perbincangan Perkhidmatan Rancangan Perniagaan Operasi Perniagaan Mesyuarat Bersama Guru Pengelola Mesyuarat Agong Kursus ALP Negeri 2010 Menghadiri Konvensyen Negeri 2010 Cabaran Catur Bestari Konvensyen Nasional 2010
  • 48. Kem Keusahawanan Latihan Keusahawanan Jualan Hari Peristiwa Jualan sempena Hari Sukan I’ExCeL IQ Challenge Hostel Open Day Jualan Piza dan Kek I’ExCeL Excess Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam I’ExCel Sports Ex Design Penyelidikan Green Plate Technology Kursus Penyediaan Laporan Kursus Pembubaran Syarikat Penghasilan laporan tahunan syarikat Latihan persembahan Konvesyen Negeri
  • 49. RANCANGAN PERNIAGAAN JANGKA PANJANG (TAHUNAN) PELAKSANAAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT Rancangan Perniagaan  Mesyuarat dan Pembentangan          Laporan Penghasilan Produk Kreatif     Aktiviti Jualan        Pelaksanaan         Perkhidmatan Persiapan Konvesyen   
  • 50. 5.7 Pelaksanaan Projek Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd Senarai Projek-Projek Syarikat Kami bukan hanya meletakkan keuntungan sebagai prioriti yang paling utama tetapi turut menitik beratkan aspek pengguna dan khidmat sosial. Keperluan dan kepuasan pengguna merupakan perkara yang paling penting dalam setiap projek syarikat. Objektif setiap projek kami adalah seperti berikut: PROJEK 1: Jualan Hari Sukan Sekolah Objektif : Memperkenalkan syarikat baru dan kewujudannya kepada pelanggan serta peluang untuk menarik lebih ramai pelanggan. Melibatkan syarikat secara aktif dan dapat mengukuhkan kedudukan syarikat dalam kawasan sekolah. PROJEK 2: I’ExCeL IQ Challenge Objektif : Memperlihatkan syarikat usahawan muda bukan sahaja mementingkan perniagaan malah pendidikan. Mengasah minda para pelajar SERATAS untuk berfikiran secara kritis. PROJEK 3: SERATAS Open Day Objektif : Menyediakan juadah makanan dan minuman kepada para pelajar sambil menikmati pembaharuan dan kecantikan asrama oleh para pelajar sendiri. PROJEK 4: Jualan Delicious Piza Cake Objektif : Menyediakan kepada pelanggan produk yang asli lagi berkualiti. Memudahkan pelanggan mendapat makanan sampingan.
  • 51. PROJEK 5: I’ExCeL Excess Objektif : Menyediakan kemudahan internet kepada para pelajar. PROJEK 6: Jualan sempena Hari Kebudayaan Islam Objektif : Memenuhi permintaan pelanggan. Mengeratkan hubungan silaturrahim. PROJEK 7: I’ExCel Sports Objektif : Mengisi masa lapang pelajar. Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda. PROJEK 8: I’ExCeLEx Design Objektif : Memudahkan pelajar mendapat t-shirt untuk kenangan.
  • 52. 5.8 Merangsang Idea Projek MENGADAKAN MESYUARAT AHLI SYARIKAT SECARA BERKALA Mesyuarat ini melibatkan semua ahli syarikat bagi membentangkan prestasi semasa syarikat dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi di samping membincangkan resolusi terbaik. Mesyuarat ini juga memberi ruang kepada ahli untuk memberi pendapat dan komen tentang cara terbaik untuk menguruskan syarikat dan melicinkan perjalanan operasi syarikat. MENDAPATKAN MAKLUMBALAS PELANGGAN Kami sentiasa mengambil berat tentang maklumbalas pelanggan terhadap perkhidmatan atau produk kami. Setiap maklumbalas adalah penting sebagai pemangkin prestasi syarikat. Maklumbalas ini kami dapatkan semasa berkomunikasi dengan pelanggan ketika proses berjual beli dan disimpan bagi rujukan masa hadapan. Kami tidak mengedarkan borang maklumbalas untuk diisi para pelanggan kerana hal tersebut tidak digemari sebahagian pelanggan kerana mengambil masa. Ia juga memerlukan pihak syarikat mengeluarkan kos. MERUJUK KEPADA GURU PENGELOLA DAN BEKAS ALP PUM Guru pengelola kami sangat sibuk jadi syarikat membuat keputusan untuk berdikari dalam mencari idea dan menyelesaikan masalah. Kami hanya merujuk kepada cikgu apabila situasi benar-benar memerlukan pandangan cikgu dan di luar kemampuan kami. Kami juga merujuk kepada cikgu bagi memaklumkan mengenai situasi semasa projek dan syarikat. MERUJUK SUMBER MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK Kami menjalankan penyelidikan dengan menggunakan sumber rujukan seperti buku, majalah dan internet dan perpustakaan awam. PEKA TERHADAP KEHENDAK PENGGUNA Ahli-ahli syarikat perlu peka terhadap perkembangan semasa. Setiap situasi yang dapat memberi peluang perniagaan dieksploitasi sepenuhnya. Contohnya , pelajar puteri memerlukan t-shirt labuh untuk kegunaan sukan dan harian, oleh yang demikian kami mengambil langkah menjual t-shirt labuh bagi memenuhi kehendak pelanggan dan hasilnya jualan kami mendapat sambutan.
  • 53. PROSES PENCETUS IDEA NIAGA Mengadakan Mesyuarat Mencari sumber pencetus Membentang Idea idea Sesi sumbang saran Menguji idea Memilih Idea Melaksanakan Idea Membuat Penilaian Membuat Modifikasi Meneruskan Pelaksanaan Idea
  • 54. PENERANGAN CARTA ALIR PROSES MENCETUS IDEA PROJEK Fasa 1: Pengarah Pentadbiran akan mengumumkan tarikh mesyuarat. Ahli-ahli akan mengusulkan cetusan idea di dalam mesyuarat. Fasa 2: a) Bahan-bahan cetusan idea dibentang dalam mesyuarat. Fasa ini dilakukan jika kekurangan idea yang diusulkan ahli. Fasa ini juga memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli tentang teknik-teknik mencetus idea dengan efektif. b) Idea yang diusulkan akan dianalisis dan dikumpulkan Sesi ”Brain Storming” yang menggunakan kaedah Edward De Bono digunakan dalam menghasilkan idea daripada bahan-bahan pencetus idea. Lazimnya kaedah ini juga digunakan jika tiada bahan-bahan pencetus idea dibawa ke dalam mesyuarat. Sesi ini melibatkan semua ahli syarikat memerlukan masa bagi memastikan idea yang terhasil kreatif dan inovatif di samping dapat memajukan syarikat. Fasa 3: Idea yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan kaedah yang dipanggil ”plus minus and interesting”. Dengan kaedah ini, pihak syarikat dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan sesuatu projek yang akan dilaksanakan. Fasa 4: Idea yang dilaksanakan akan dinilai keberkesanannya. Jika mencapai matmalat seperti yang dikehendaki, idea itu akan diteruskan untuk aktiviti yang seterusnya. Jika sebaliknya, beberapa modifikasi akan dilakukan atau projek tersebut akan ditolak.
  • 55. 5.9 Penilaian Projek Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd telah membuat satu sesi penilaian ke atas semua projek yang telah dijalankan. Sesi ini dijalankan oleh semua ALP bersama guru penasihat dan pemegang saham setelah syarikat dibubarkan. Objektif-objektif penilaian adalah seperti berikut: menilai prestasi projek yang dijalankan memperbaiki kelemahan supaya tidak berulang memperkukuh hubungan antara sesama ALP dan ahli-ahli Antara perkara-perkara yang dinilai: kelancaran projek status projek pengurusan wang pengurusan stok keberkesanan pemasaran kerjasama ahli prestasi keseluruhan
  • 56. 5.10 Masalah Dan Cara Mengatasi Sepanjang menjalankan aktiviti syarikat kami berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran yang perlu ditangani. Antaranya ialah: KEKANGAN MASA Sebagai seorang pelajar, kami terikat dengan program-program sekolah yang telah disusun dan dirangka. Pada peringkat awal operasi kami kekurangan pengalaman dalam selok-belok perniagaan. Syarikat hanya bergantung kepada lima pengurus sebagai pemimpin yang mengarah dan menentukan hala tuju syarikat sebenar. Kelemahan ini dapat dilihat paling ketara melalui pengurus kewangan yang menghadapi masalah dalam merekod kewangan dan mengukur prestasi kewangan. Cara Mengatasi: Syarikat kami begitu beruntung kerana setiap pengurus syarikat dihantar olehpenasihat kami pada setiap kursus ALP yang di anjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) .Di samping itu, Pengurus Besar mengambil inisiatif meminta bekas ahli lembaga pengarah Syarikat Uno Sdn Bhd iaitu syarikat „senior‟ kami untuk mengadakan bengkel pengurusan kewangan syarikat. KEKURANGAN PENGALAMAN Kebanyakan ahli syarikat kami tiada pengalaman dalam menguruskan perniagaan dan pentadbiran aliran projek seperti proses penghantaran borang tempahan, borang pesanan dan resit pembelian. Cara Mengatasi: Pengurus Besar yang juga merupakan ahli Kelab Koperasi Sekolah telah menggunakan pengalamannya dalam menyertai koperasi untuk membantu ahli-ahli syarikat.
  • 57. WAKTU TERHAD Syarikat kami hanya diberi tempoh kira-kira 9 bulan untuk beroperasi, iaitu sehingga 31 Oktober 2010. Dalam tempoh yang singkat, selama hanya 36 minggu ini, operasi kami tidaklah optimum memandangkan pada bulan Mei, Jun dan November adalah cuti sekolah. Ini sedikit menghalang aktiviti perniagaan kami. Cara Mengatasi: Kami membahagikan ahli kepada 4 jabatan dan setiap jabatan diketuai oleh seorang pengurus. Setiap tiga minggu pengurus akan menghantar laporan jabatan kepada Pengurus Besar bagi memastikan kelancaran projek. Selain itu, projekbesar turut dijalankan di mana semua ahli syarikat akan dibahagikan tugas masing-masing untuk melicinkan lagi aktiviti syarikat. PERSAINGAN Antara pesaing bagi syarikat kami ialah koperasi sekolah, kedai buku, guru-guru dan pekerja yang berniaga sampingan di sekolah dan Bandar Taiping itu sendiri.Guru-guru dan pekerja pula mengambil peluang berniagabarangan yang diperlukan semasa musim perayaan dan bulan puasa denganharga yang lebih murah seperti pakaian, kain ela, kurma dan biskut raya.Walaubagaimanpun, itu tidak menghalang kami dari berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikat kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Cara-cara Mengatasi: Bagi mengatasi masalah persaingan dari guru-guru dan pekerja, kamitelah mencari pasaran baru iaitu melantik ibu-ibu yang bekerja untukmemasarkan di pejabat-pejabat tempat mereka bekerja. Mereka dengan relaberkhidmat secara sukarela. Kami juga memasarkan barang-barang dan produk kami di kawasan sekitar tempat tinggal kami.Kami juga menjual biskut yang berlainan daripada yang dijual oleh guru-gurudan pekerja dan menekankan kepada pembungkusan dan gaya semasasupaya dapat menarik minat pelanggan.
  • 58. BEBANAN TUGAS Ahli-ahli juga mengalami masalah bebanan tugas disebabkan aktiviti syarikat yang bertindih serata kerap dipilih sebagai jawatankuasa akitiviti dan program sekolah Cara Mengatasi: Untuk mengatasi masalah ini, kami telah menawarkan perkhidmatan perkongsian pintar dengan panitia-panitia matapelajaran dalam mengadakan aktiviti lawatan. Kami telah menyediakan kertas kerja dan memproses permohonan manakala panitia pula bertanggungjawab mencari peserta dan mendokumentasikan mengikut format yang dikehendaki oleh sekolah. KEKURANGAN PEKERJA Masalah ini timbul apabila kebanyakan ahli syarikat terpaksa menghadiri kelas „tuisyen‟ pada waktu yang berlainan manakala semasa kemuncak operasi ramai pekerja diperlukan bagi melicinkan perniagaan. Cara Mengatasi: Kami menggalakkan ahli-ahli menukar jadual melaksanakan tugas mengikut kesesuaian masa „tuisyen‟ mereka dan menggalakkan pekerja mengambil kerja lebih masa atau mengambil pelajar lain sebagai pekerja sambilan sebagai pilihan terakhir. AHLI KURANG DISIPLIN Disiplin dalam kalangan Ahli dan Ahli Lembaga Pengarah kurang memuaskan memandangkan kami adalah rakan sekolah. Pelbagai kesalahan disiplin dilakukan contohnya tidak hadir dalam mesyuarat dan melengahkan tugasan yang diberi. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan prestasi syarikat. Cara Mengatasi: Masalah ketidakhadiran ahli dalam mesyuarat dikenalpasti antaranya disebabkan ahli terlupa dan tidak tahu tarikh mesyuarat.Oleh itu kamimenggunakan sistem pengumuman yang diulang-ulang dari masa ke semasa. Ahli Lembaga Pengarah yang melengahkan tugas yang diamanahkan akan dikenakandenda sebanyak RM 1.00 melalui potongan gaji bagi setiap kesalahan. Akhirnya, disiplin ahli bertambah baik.
  • 59. CARTA BAR : PECAHAN MASALAH UTAMA SYARIKAT I'ExCeL SDN BHD 10% 7% 24% 8% Kekangan masa Kekurangan pengalaman Waktu terhad Persaingan Bebanan tugas Kekurangan pekerja Ahli kurang disiplin 10% 27% 14% Sumber : Soal Selidik Responden : Semua Ahli Pemegang Saham Syarikat Bilangan Responden : 25 orang
  • 60. 5.11 Pengesahan Syukur, Alhamdulillah kerana saya diberi peluang meneraju sebuah syarikat yang berwawasan, aktif dan berdaya saing. Selain itu, saya juga dibantu rakan-rakan pengurus yang mempunyai sifat motivasi, jati diri yang tinggi, mempunyai ciri kepimpinan yang tersendiri serta sentiasa memberi komitmen yang mantap dalam tugas mereka. Tidak lupa ahli-ahli syarikat yang banyak memberi kerjasama dan dorongan dalam menjayakan syarikat. Selaut penghargaan buat guru pengelola kami, Encik Mohd Saharizal Bin Mohd Baharuddin yang prihatin dan banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam pengurusan syarikat. Disediakan oleh, ...................................... (DANIAL BIN TARMIZI) Pengurus Besar, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd