Teknologi nuklear memainkan peranan penting dalam pembangunan negara melalui sumbangannya dalam bidang pertanian, perindustrian, pendidikan, perubatan, dan penjanaan tenaga. Teknologi nuklear membantu meningkatkan hasil pertanian dan kualiti produk perindustrian, serta merupakan asas utama kepada penyelidikan dalam bidang sains. Ia juga digunakan untuk rawatan penyakit seperti kanser dan sterilisasi peralatan