 Mira telah menerima warkah daripada ibunya.
Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di
kampung bersama dengan datuk dan neneknya.
Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira
untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah
menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya
tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira
berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham
tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan
keluarganya telah bersiap untuk ke rumah
datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung
datuknya menjelang senja. Pada malam hari
mereka semua telah tidur berderetan di ruang
tamu walaupun neneknya telah menyiapkan bilik
untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak
sekali kerana kepenatan seharian dalam
perjalanan.
 Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya
berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula
dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya
kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah
dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-
adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai
untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-
rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di
kampung neneknya itu. Bermula dengan
perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula
mengenali kawan-kawan barunya yang lain.
Mira mula bersekolah dan mengulangkaji
pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang
syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-
menyahut, Mira membaca sekali lagi surat
yang dikirim oleh ibunya.
 Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira
dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah.
Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira
sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat
tersebut. Masalah sosial yang melanda
masyarakat kota begitu menghantui dan
menakutkan ibunya. Manakala corak
pergaulan dan persekitaran di kampung masih
yang terbaik kerana masih mengekalkan
amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat
berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak
yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah
kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil
ibu dan bapa Mira memanjakan dengan
kemewahan, namun tidak bererti ibu dan
ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan
tanggung jawab sebagai ibu bapa. Apa yang
ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur
dengan apa-apa yang Mira ada
 Pengorbanan seorang ibu untuk
memastikan kejayaan anak-anaknya
pada masa depan.
Persoalan masalah sosial di bandar.
Gejala-gejala sosial yang melanda
masyarakat bandar adalah berpunca
daripada pegangan agama, pengaruh
persekitaran dan pengaruh rakan
sebaya
Persoalan tentang masyarakat
kampung yang berpegang teguh
pada ajaran agama. Hal ini
dapat dilihat melalui peristiwa
Mira diminta oleh neneknya
memakai tudung kepala kerana
sebagai wanita Islam menutup
aurat adalah wajib dilakukan
Persoalan kesediaan anak untuk
melepaskan kemewahan yang
dikecapi. Hal ini dapat dilihat
melalui watak Mira yang selama
ini hidup mewah bersama dengan
ibu bapanya di bandar terpaksa
hidup di kampung bersama-sama
datuk dan neneknya yang serba
kekurangan di kampung.
Watak Utama
Amira :
 Anak sulung daripada tiga beradik.
 Kakak kepada Aidil dan Manja.
 Seorang anak yang patuh dan taat kepada
ibu dan ayahnya.
 Seorang yang tabah dalam menghadapi
kesukaran hidup.
 Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
Watak Sampingan
Ibu
 Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.
 Seorang yang lemah lembut.
 Setia kepada suami.
 Merupakan anak tunggal.
 Seorang ibu yang penyayang.
Ayah
 Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.
 Seorang yang memahami perasaan isteri.
 Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.
 Seorang bapa yang penyayang
Waktu malam
 Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam
di rumah datuk dan neneknya.
Waktu siang
 Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-
anaknya bersiap untuk pulang ke kampung.
Selain itu , semasa Mira dibawa oleh
neneknya ke kedai Pak Uda Usop.
Waktu senja
 Ketika Mira dan keluarganya sampai ke
kampung. Manakala datuk dan neneknya
sedang bersiap untuk ke masjid.
1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor
Bharu
Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang
ke kampung.
2.Di rumah datuk dan nenek Mira.
Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli
keluarga Mira telah tidur berderetan di
ruang tamu rumah datuk dan neneknya.
3.Di Kedai Pak Uda Usop.
Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya
dan dia melihat anak-anak gadis seusianya
yang sopan berpakaian.
Masyarakat bandar
Masyarakat yang sedar tentangkeruntuhan nilai
moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala
sosial yang berlakudalamkalangan masyarakat di
bandar.
Masyarakat kampung
Masyarakat yang masih kuat berpegang teguhdengan
prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke
Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya
dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju
kurung serta memakai tudung.
 Sinkope
Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek),
nak (hendak)
 Metafora
Contoh: Sembilu rindu (m/s64)
 Diksi
Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum,
Walaikummusalam (m.s 63)
 Peribahasa
Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan
angin (m.s :61)
BIL NILAI CONTOH
1 Nilai kasih sayang Ibu dan ayah Mira sangat sayang
akan anak-anaknya.
2 Nilai pengorbanan Setelah membaca warkah daripada
ibunya, Mira baru faham, betapa
besar pengorbanan dan harapan ibu
dan ayah terhadapnya.
3
Nilai kepatuhan
Dapat diperhatikan apabila nenek
Mira menyuruh Mira memakai
tudung apabila keluar daripada
rumah. Mira akur dengan arahan
neneknya walaupun sebelum ini
Mira tidak memakai tudung.
Kita hendaklah berkorban apa sahaja
demi orang yang disayangi
Kita hendaklah tabah dan redha
menghadapi dugaan
Kita hendaklah menghargai jasa dan
pengorbanan ibu bapa
Komsas~warkah daripada ibu

Komsas~warkah daripada ibu

  • 2.
     Mira telahmenerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.
  • 3.
     Keesokan harinya,apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik- adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan- rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut- menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.
  • 4.
     Dalam surattersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada
  • 5.
     Pengorbanan seorangibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan.
  • 6.
    Persoalan masalah sosialdi bandar. Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya
  • 7.
    Persoalan tentang masyarakat kampungyang berpegang teguh pada ajaran agama. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi. Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.
  • 9.
    Watak Utama Amira : Anak sulung daripada tiga beradik.  Kakak kepada Aidil dan Manja.  Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.  Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.  Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
  • 10.
    Watak Sampingan Ibu  Ibukepada Mira, Aidil dan Manja.  Seorang yang lemah lembut.  Setia kepada suami.  Merupakan anak tunggal.  Seorang ibu yang penyayang. Ayah  Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.  Seorang yang memahami perasaan isteri.  Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.  Seorang bapa yang penyayang
  • 11.
    Waktu malam  KetikaMira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya. Waktu siang  Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak- anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop. Waktu senja  Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.
  • 12.
    1. Di rumahibu dan bapa Mira di Johor Bharu Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung. 2.Di rumah datuk dan nenek Mira. Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya. 3.Di Kedai Pak Uda Usop. Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.
  • 13.
    Masyarakat bandar Masyarakat yangsedar tentangkeruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlakudalamkalangan masyarakat di bandar. Masyarakat kampung Masyarakat yang masih kuat berpegang teguhdengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.
  • 14.
     Sinkope Contoh: bu(ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)  Metafora Contoh: Sembilu rindu (m/s64)  Diksi Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)  Peribahasa Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan angin (m.s :61)
  • 15.
    BIL NILAI CONTOH 1Nilai kasih sayang Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya. 2 Nilai pengorbanan Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya. 3 Nilai kepatuhan Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.
  • 16.
    Kita hendaklah berkorbanapa sahaja demi orang yang disayangi Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa