SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 PENGENALAN
Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau
menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan
tenaga elektrik.
Rintangan diukur dalam unit Ohm ()
Simbol bagi rintangan ialah R
Terdapat 2 jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras.
Rajah 1.1 Perintang
Rajah 1.2 Perintang Tetap
BAB 1
PERINTANG
2
Rajah 1.3 Perintang Boleh Ubah
Jadual 1.1 Nombor piawai bagi unit
Nilai perintang didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang. Rajah di bawah
menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan perintang mempunyai empat jalur
seperti Rajah1.5 dibawah.Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai nama perintang,
manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima. Nilai bagi jalur warna tersebut
ditunjukkan seperti di jadual 1.3
Rajah 1.5 Jalur Warna Perintang
UNIT SIMBOL UNIT NOMBOR PIAWAI
Giga G 1x 109
Mega M 1x 106
Kilo K 1x103
mili M 1x10-3
Mikro µ 1x10-6
Nano N 1x10-9
piko p 1x10-12
Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3
pendara
b
Jalur 4
3
Jadual 1.3 Nilai bagi jalur warna perintang
Warna Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3
Pendarab
Jalur 4
Had Terima
Hitam 0 0 1 -
Coklat 1 1 10 -
Merah 2 2 100 -
Jingga 3 3 1000 -
Kuning 4 4 10000 -
Hijau 5 5 100000 -
Biru 6 6 1000000 -
Ungu 7 7 10000000 -
Kelabu 8 8 100000000 -
Putih 9 9 1000000000 -
Emas 0.1  5%
Perak 0.01  10%
Tiada  20%
4
1.1 PENGIRAAN NILAI PERINTANG MENGGUNAKAN KOD WARNA
CONTOH
Kirakan nilai perintang dibawah.
Langkah penyelesaian
Langkah 1:
Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4
Coklat Hitam Oren Emas
1 0 1000=103
5%
Maka nilai perintang ialah:
= 10 000Ω  5% @ 10KΩ  5%
Langkah 2 : Had terima = 10 000Ω x 5% = 500Ω
Langkah 3: Had bawah= 10000Ω -500Ω = 9500Ω
Langkah 4: Had atas= 10000Ω + 500Ω=10500Ω
Langkah 5: Nilai perintang= 9500Ω hingga 10500Ω @9.5KΩ hingga 10.5KΩ
Coklat Hitam Oren Emas
5
1.2 PENGIRAAN RINTANGAN MENGGUNAKAN MULTIMETER
Meter pelbagai merupakan meter yang boleh digunakan untuk mengukur rintangan.
Meter pelbagai terdiri daripada meter pelbagai analog dan meter pelbagai digital
Rajah 1.6 Meter pelbagai analog
Bacaan skala
Penunjuk nilai
rintangan dan
voltan
Prob terminal
positif(hitam) dan
terminal
negatif(merah)
Jarum penunjuk
Penunjuk bacaan
pada skala
Pelaras jarum
Melaraskan
jarum kepada
bacaan sifar
Julat
Pemilihan
voltan,arus dan
rintangan
6
Langkah-langkah penggunaan meter pelbagai analog
1. Pilih julat yang sesuai
2. Pintaskan prob
3. Laraskan meter pelbagai sehingga jarum menunjukkan ke sifar(0)
7
4. Mula menyukat perintang
1.3 PENGIRAAN NILAI PERINTANG DALAM LITAR SIRI
• Jumlah rintangan adalah hasil tambah bagi semua perintang yang terdapat di
dalam litar tersebut
• Formula
Rajah 1.7 Sambungan litar siri
Untuk mendapat jumlah keseluruhan nilai perintang dalam litar siri di atas kita boleh
menggunakan formula yang diberi iaitu:-
Jumlah rintangan,RJ = R1+R2+R3
10Ω+10Ω+10Ω= 30Ω
RJ
= R1
+ R2
+ R3
+ .....
8
Menggunakan multimeter :
• Setkan julat pada nilai Ohm
• Sentuhkan prob multimeter pada setiap kaki perintang
• Baca nilai yang dipaparkan pada bacaan skala
Rajah 1.8 Mengukur jumlah rintangan litar siri
Baca nilai yang
dipaparkan
pada
multimeter
Sentuhkan
prob seperti
dibawah
A
B
9
1.4 PENGIRAAN NILAI PERINTANG DALAM LITAR SELARI
Rajah 1.9 Sambungan litar selari
• jumlah rintangan boleh diselesaikan menggunakan formula berikut :
Diberi ;R1 = 10 , R2=10 
1/RJ
= 1/R1
+ 1/R2
= 1/5k + 1/10k
= 3/10 k
RJ
= 10 k/3
= 3.333 k
1/RJ
= 1/R1
+ 1/R2
+ 1/R3
.......
10
Diberi ;R1 = 5K , R2=10K  , R3=15K
1/RJ
= 1/R1
+ 1/R2
+ 1/R3
= 1/5k + 1/10k + 1/15k
= 11/30k
RJ
= 30k/11
= 2.727 k
Menggunakan multimeter :
• Setkan julat pada nilai Ohm
• Sentuhkan prob multimeter pada setiap kaki perintang
• Baca nilai yang dipaparkan pada bacaan skala
11
Rajah 1.10 Mengukur jumlah rintangan litar selari
Baca nilai
yang
dipaparkan
pada
multimeter
Sentuhkan
prob seperti
dibawah
B
A
12
1.5 PENGIRAAN NILAI PERINTANG DALAM LITAR SIRI SELARI
Rajah 1.11 Sambungan litar siri selari
Kirakan nilai rintangan bagi litar siri selari berikut:-
Diberi R1=10Ω, R2=15Ω dan R3=10Ω
Langkah 1: Kirakan R1 dan R2 dengan menggunakan formula sesiri namakan sebagai RA
Langkah 2: tambahkan R1+R2
Langkah 3: Selesaikan RJ1 dan R3 dengan menggunakan formula selari untuk mendapatkan
RJ
1/RJ = 1/RJ1+1/R3
= 1/25+1/10
= 7/50
= 50/7
RJ = 7.143Ω
RJ1= R1+R2
=10Ω+15Ω
=25Ω
13
Menggunakan multimeter :
• Setkan julat pada nilai Ohm
• Sentuhkan prob multimeter pada setiap kaki perintang
• Baca nilai yang dipaparkan pada bacaan skala
Rajah 1.12 Mengukur jumlah rintangan litar siri selari
Baca nilai
yang
dipaparkan
pada
multimeter
Sentuhkan
prob seperti
dibawah
A B
14
Jawab semua soalan yang diberi
1. Nyatakan maksud perintang?
2. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rintangan.
3. Namakan unit bagi perintang.
4. Tukarkan nilai perintang yang diberi kepada Ohm(Ω)
a. 6.8 Mega Ohm
b. 6.8 Kilo Ohm
c. 6.8 Giga Ohm
5. Berapakah nilai perintang yang mempunyai kod warna Merah,Merah,Merah Emas
LATIHAN
15
2.0 PENGENALAN
Pemuat ialah suatu alat penyimpanan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas.
Seperti perintang,pemuat juga salah satu daripada komponen elektronik penting yang terdiri
daripada dua pengalir yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan dielektrik. Rajah
2.1 menunjukkan kedudukan kaki positif dan negatif pada pemuat.
Rajah 2.1 Pemuat
Kemuatan ialah sifat menentang sebarang perubahan bezaupaya (voltan) dalam
litar.Kekuatan penentangan terhadap perubahan bezaupaya tersebut dapat menentukan
kemampuan komponen pemuat menyimpan cas dan tenaga elektrik.
Unit yang biasa digunakan ialah mikrofarad (µF) , Unit bagi kemuatan ialah Farad (F)
Kemuatan 1 Farad bermakna suatu pemuat boleh menyimpan 1 Coulomb cas elektrik
apabila pemuat itu dibekalkan voltan 1 volt.
BAB 2
PEMUAT
Kaki -ve
Kaki +ve
16
C=Q/V
dimana C= Kemuatan (Farad,F)
Q= Cas elektrik (Coulomb,C)
V=Voltan (Volt,V)
Simbol bagi pemuat ialah:
Rajah 2.2 Pemuat tetap Rajah 2.3 Pemuat boleh laras
Persamaan unit kemuatan.
1 F = 1 000 00 atau 1 x 106
µF.
1 F = 1 000 000 000 000 atau 1 x 1012
pF.
1 µF = 0.000 001 atau 1 x 10-6
F.
1 µF = 1 000 000 atau 1 x 10 6
pF.
1 pF = 0.000 000 000 001 atau 1 x 10 -12
F.
1 pF = 0.000 001 atau 1 x 10 -6
µF.
1 nF = 0.000 000 001 atau 1 x 10 -9
F
Menukar unit kemuatan
Contoh 1
MikroFarad kepada pikoFarad
2uF= 2000000 pF (ubah titik perpuluhan 6 tempat ke kanan)
Contoh 2
pikoFarad kepada mikroFarad
250pF= 0.00025uF (ubah titik perpuluhan 6 tempat ke kiri)
17
Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap. Pemuat tetap
terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan tidak berkutub.
Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus. Kekutuban pemuat perlu disambung
dengan betul bagi mengelakkan pemuat daripada rosak atau meletup.
Jenis-jenis bagi pemuat tetap ialah pemuat kertas, pemuat mika, pemuat seramik dan pemuat
elektrolitik.
Pemuat boleh ubah ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah
mengikut keperluan litar. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah boleh diubah sama
ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.
Contoh pemuat boleh ubah ialah jenis dwigang dan jenis perapi atau praset
2.1 PENGIRAAN NILAI PEMUAT MENGGUNAKAN KOD BERCETAK
i.
Nilai pemuat = 100 00 µF
Voltan kerja maksimum = 16 v
Suhu maksimum = + 85° C
Nilai Kemuatan ialah 100 00 µF 16V
18
ii.
iii.
iv.
Nilai pemuat = 0.22 pf
Had terima J= 5%
Voltan kerja = 400 V
Nilai Kemuatan ialah 0.22 pF ±5%
400V
Nombor pertama =1
Nombor kedua = 0
Pendarab = x 104
= 10000
Had terima K = ±10%
Voltan kerja maksimum = 150 V
Nilai kemuatan ialah 100 000 pF ±10%
150 V
Nombor pertama = 1
Nombor kedua = 0
Pendarab =x 101
Nilai pemuat ialah 100 pF
Nilai kemuatan ialah 100 000 pF ±10%
150 V
19
2.2 PENGIRAAN NILAI PEMUAT MENGGUNAKAN KOD WARNA
KOD
WARNA
JALUR
A
NILAI
JALUR
B
NILAI
JALUR C
PENDARABAN
JALUR D
TOLERAN
HAD
TERIMA
JALUR
E
KADAR
VOLTAN
Hitam 0 0 1pF 20% -
Coklat 1 1 10pF 1% -
Merah 2 2 100pF 2% 250
Oren/Jingga 3 3 1000pF - -
Kuning 4 4 10000pF - 400
Hijau 5 5 - 5% -
Biru 6 6 - - 630
Unggu 7 7 - - -
Kelabu 8 8 0.01pF - -
Putih 9 9 0.1pF 10% -
• Dalam sistem kod warna, terdapat 5 jalur atau titik yang menunjukkan angka
pertama, angka kedua, pendarab ( sentiasa dalam unit pF), tolarensi dan kadar
voltan.
• Jika terdapat jalur atau titik yang ke 6, ia menunjukkan ciri-ciri suhu.
20
CONTOH 1
Kirakan nilai kemuatan berikut berdasarkan kod warna yang diberi.
• Nilai kemuatan ialah:
Warna pertama ,merah = 2
Warna kedua , Oren = 3
Warna ketiga, Kuning = x 10
4
Warna keempat, Kelabu = ± 8%
Warna kelima, Hijau = + 600V
Oleh itu nilai kemuatan ialah 23 x 10
4
pF ± 8% +600V
CONTOH 2
Kirakan nilai kemuatan berikut berdasarkan kod warna yang diberi.
21
Nilai kemuatan ialah:
Warna pertama ,hijau = 5
Warna kedua , ungu = 7
Warna ketiga, Coklat = x 10
1
Warna keempat, Putih = -
Warna kelima, Oren = +400V
Oleh itu nilai kemuatan ialah 57 x 10
1
pF +400V
2.3 PENGIRAAN NILAI PEMUAT DALAM LITAR SIRI
Rajah 2.4 Litar siri
Rumus bagi litar siri ialah:-
1/CT=1/C1+1/C2+1/C3+…..
CONTOH
22
Beberapa komponen pemuat disambungkan seperti dalam rajah 4.4.1a berikut, kirakan
jumlah kemuatan litar tersebut:-
1/CT=1/C1+1/C2+1/C3
=1/5µF+1/6µF+1/7µF
=0.509 µF
CT =1/0.509µF
=1.963µF
2.4 PENGIRAAN NILAI PEMUAT DALAM LITAR SELARI
Rajah 2.5 Litar selari
Formula litar selari ialah:-
CT=C1+C2+C3
CONTOH
Beberapa komponen pemuat disambungkan seperti dalam rajah 4.4.2a berikut, kirakan
jumlah kemuatan litar tersebut.
CT = C1+C2+C3
= 5µF+6µF+7µF
= 18µF
23
Jawab semua soalan yang diberi
1. Nyatakan maksud pemuat?
2. Lukiskan simbol pemuat tetap dan pemuat boleh laras
3. Nyatakan 5 jenis bagi pemuat tetap.
4. Nyatakan 2 jenis pemuat boleh laras.
5. Kirakan nilai kemuatan bagi warna berikut
i. Biru,Biru, Merah, Coklat, Unggu
ii. Oren,Oren,Merah,Kuning,Hijau
LATIHAN
24
3.0 PENGENALAN
Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran
arus. Pearuh menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu
pengalir, satu medan magnet kecil terbina mengelilingi pengalir itu. Sekiranya pengalir ini
berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain, menjadikannya lebih kuat.
Untuk menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah. Prinsip gegelung
pengalir dikenali sebagai kearuhan. Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu
bahan teras seperti udara, besi dan bahan ferit. Setiap bahan tersebut mempunyai ciri-ciri
tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan. Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh
diwakili oleh L.
Rajah 3.1 Peraruh
Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H).
Peraruh diwakili oleh L.
Pearuh yang mempunyai nilai kearuhan 1 Henry (H) bermaksud pearuh tersebut
mempunyai perubahan arus sebanyak 1 Ampere(A) dalam masa 1 saat dan menjanakan dge
sebanyak 1 volt (V).
BAB 3
PERARUH
25
Simbol peraruh adalah seperti berikut
Rajah 3.2 Peraruh tetap Rajah 3.3 Peraruh boleh laras
Pearuh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pearuh tetap dan pearuh bolehubah.
i. Pearuh Tetap
Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak
berubah. Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi
serbuk dan teras ferit.
ii. Pearuh Bolehubah
Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke
dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan. Teras
yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat
beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh yang
menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu
sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah
berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah
perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan
yang dihasilkan oleh pearuh.
26
3.1 PENGIRAAN NILAI KEARUHAN DALAM LITAR SIRI
Rajah 3.4 Litar siri
Formula litar siri ialah:-
LT= L1+L2+L3+………
CONTOH
Kirakan jumlah kearuahan berdasarkah rajah 4.3.1a
Diberi L1=
2H , L2
=4H
LT
= L1
+ L2
LT
= 2H + 4H
= 6H
27
3.2 PENGIRAAN NILAI KEARUHAN DALAM LITAR SELARI
Rajah 3.5 Litar selari
Formula litar selari ialah:-
1/LT= 1/L1+1/L2+………
CONTOH
Kirakan jumlah kearuhan berdasarkah rajah
1/LT =1/L1+1/L2
=1/2+1/4
LT = 0.75
28
Jawab semua soalan yang diberi
1. Berikan takrif bagi pearuh.
2. Lukiskan simbol pearuh tetap dan pearuh boleh ubah.
3. Berikan 3 jenis pearuh tetap dan jelaskan kegunaannya.
LATIHAN
29
RUJUKAN
1. Mohd Isa Idris, Sabariah Haji Bohanudin, Norjah Janudin, Norani Hamzah & Salwani
Mohd Daud. (2011).
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Edisi Kedua). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Paynter R.T. (2008). Electronics Technology Fundamentals (2nd Edition). New Jersey :
Prentice Hall.

More Related Content

What's hot

08 ujian ujian keterusan
08 ujian ujian keterusan08 ujian ujian keterusan
08 ujian ujian keterusanMd Emran Saidi
 
Lab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseLab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseAzmeer Reemza
 
Angkup vernier
Angkup vernierAngkup vernier
Angkup vernierAida Nur
 
G hukum-ohm
G hukum-ohmG hukum-ohm
G hukum-ohm
Azmeer Reemza
 
Bab 2 metodologi kajian yus
Bab 2 metodologi kajian  yusBab 2 metodologi kajian  yus
Bab 2 metodologi kajian yus
muhammad hizami
 
Alat pengukuran
Alat pengukuranAlat pengukuran
Alat pengukuranAlia Syara
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MUQRI MUQRI
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
saifuladlihjyusoff
 
Laporan Pendawaian
Laporan PendawaianLaporan Pendawaian
Laporan Pendawaian
Sherly Jewinly
 
Pengalir Dan Kabel
Pengalir Dan KabelPengalir Dan Kabel
Pengalir Dan Kabel
Md Emran Saidi
 
Jenis wayar dan kerja pendawaian
Jenis wayar dan kerja pendawaianJenis wayar dan kerja pendawaian
Jenis wayar dan kerja pendawaian
Renyold Jisli
 
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTORKOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
MAZLINI MASTURA YUSOF
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
Peterus Balan
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2Ziana J
 
Soldering presentation
Soldering presentationSoldering presentation
Soldering presentationEncik Mirul
 
PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...
PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...
PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...
HarisalBinAnto
 

What's hot (20)

arus terus dan ulang alik
arus terus dan ulang alikarus terus dan ulang alik
arus terus dan ulang alik
 
08 ujian ujian keterusan
08 ujian ujian keterusan08 ujian ujian keterusan
08 ujian ujian keterusan
 
Transformer
TransformerTransformer
Transformer
 
Lab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseLab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverse
 
Angkup vernier
Angkup vernierAngkup vernier
Angkup vernier
 
G hukum-ohm
G hukum-ohmG hukum-ohm
G hukum-ohm
 
Bab 2 metodologi kajian yus
Bab 2 metodologi kajian  yusBab 2 metodologi kajian  yus
Bab 2 metodologi kajian yus
 
Alat pengukuran
Alat pengukuranAlat pengukuran
Alat pengukuran
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
 
Laporan Pendawaian
Laporan PendawaianLaporan Pendawaian
Laporan Pendawaian
 
Pengalir Dan Kabel
Pengalir Dan KabelPengalir Dan Kabel
Pengalir Dan Kabel
 
Jenis wayar dan kerja pendawaian
Jenis wayar dan kerja pendawaianJenis wayar dan kerja pendawaian
Jenis wayar dan kerja pendawaian
 
elektronik
elektronikelektronik
elektronik
 
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTORKOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 
Soldering presentation
Soldering presentationSoldering presentation
Soldering presentation
 
PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...
PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...
PRINSIP TEKNOLOGI ELEKTRIK_GROUP 4: KOMPONEN ASAS DALAM LITAR ELEKTRIK(PERINT...
 

Similar to KOMPONEN PASIF DAN PENGIRAAN

Modul elektrik elektif t1
Modul elektrik elektif t1Modul elektrik elektif t1
Modul elektrik elektif t1Dunkin' Donuts
 
ALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.ppt
ALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.pptALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.ppt
ALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.ppt
OmiKong1
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
Herney Aqilah Kay
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
Ts Norazah Abdullah
 
Pengenalan Komponen Elektrik
Pengenalan Komponen ElektrikPengenalan Komponen Elektrik
Pengenalan Komponen ElektrikJuradi Durjari
 
Pengenalan komponen-elektrik
Pengenalan komponen-elektrikPengenalan komponen-elektrik
Pengenalan komponen-elektrikshare with me
 
Ebook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhani
Ebook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhaniEbook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhani
Ebook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhani
Rinanda S
 
85134426 praktikal-5
85134426 praktikal-585134426 praktikal-5
85134426 praktikal-5hanafi5527
 
Elektronik form2
Elektronik form2Elektronik form2
Elektronik form2Niosk Najib
 
ELEKTRONIK INDUSTRI
ELEKTRONIK INDUSTRIELEKTRONIK INDUSTRI
ELEKTRONIK INDUSTRI
fiqaika
 
Elektronik t2&t3
Elektronik t2&t3Elektronik t2&t3
Elektronik t2&t3
assha86
 
Robot maju mundur dengan relay
Robot maju mundur dengan relayRobot maju mundur dengan relay
Robot maju mundur dengan relay
Pikapuakawai Pikapuakawai
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
Ct Hajar
 
Elektrik.docx
Elektrik.docxElektrik.docx
Elektrik.docx
noorasmarajjumat
 
C01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdf
C01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdfC01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdf
C01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdf
Angelina323934
 
diod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssm
diod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssmdiod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssm
diod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssm
ZAIHASRABINTIAHMADKP
 
Litar elektrik
Litar elektrikLitar elektrik
Litar elektrik
Mat Epull
 

Similar to KOMPONEN PASIF DAN PENGIRAAN (20)

Modul elektrik elektif t1
Modul elektrik elektif t1Modul elektrik elektif t1
Modul elektrik elektif t1
 
ALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.ppt
ALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.pptALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.ppt
ALAT – ALAT PENGUKUR ELEKTRIK.ppt
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
 
Pengenalan Komponen Elektrik
Pengenalan Komponen ElektrikPengenalan Komponen Elektrik
Pengenalan Komponen Elektrik
 
Pengenalan komponen-elektrik
Pengenalan komponen-elektrikPengenalan komponen-elektrik
Pengenalan komponen-elektrik
 
Ebook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhani
Ebook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhaniEbook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhani
Ebook RANGKAIAN LISTRIK -- mohamad ramdhani
 
Unit5 (1)
Unit5 (1)Unit5 (1)
Unit5 (1)
 
85134426 praktikal-5
85134426 praktikal-585134426 praktikal-5
85134426 praktikal-5
 
Elektronik form2
Elektronik form2Elektronik form2
Elektronik form2
 
ELEKTRONIK INDUSTRI
ELEKTRONIK INDUSTRIELEKTRONIK INDUSTRI
ELEKTRONIK INDUSTRI
 
Elektronik t2&t3
Elektronik t2&t3Elektronik t2&t3
Elektronik t2&t3
 
Robot maju mundur dengan relay
Robot maju mundur dengan relayRobot maju mundur dengan relay
Robot maju mundur dengan relay
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Elektrik.docx
Elektrik.docxElektrik.docx
Elektrik.docx
 
C01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdf
C01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdfC01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdf
C01 VOLTAGE MEASUREMENT TECHNIQUE.pdf
 
Slide show
Slide showSlide show
Slide show
 
diod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssm
diod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssmdiod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssm
diod semikonduktor in chapter 5 form 5 kssm
 
Litar elektrik
Litar elektrikLitar elektrik
Litar elektrik
 

Recently uploaded

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

KOMPONEN PASIF DAN PENGIRAAN

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik. Rintangan diukur dalam unit Ohm () Simbol bagi rintangan ialah R Terdapat 2 jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras. Rajah 1.1 Perintang Rajah 1.2 Perintang Tetap BAB 1 PERINTANG
  • 2. 2 Rajah 1.3 Perintang Boleh Ubah Jadual 1.1 Nombor piawai bagi unit Nilai perintang didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang. Rajah di bawah menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan perintang mempunyai empat jalur seperti Rajah1.5 dibawah.Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai nama perintang, manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima. Nilai bagi jalur warna tersebut ditunjukkan seperti di jadual 1.3 Rajah 1.5 Jalur Warna Perintang UNIT SIMBOL UNIT NOMBOR PIAWAI Giga G 1x 109 Mega M 1x 106 Kilo K 1x103 mili M 1x10-3 Mikro µ 1x10-6 Nano N 1x10-9 piko p 1x10-12 Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 pendara b Jalur 4
  • 3. 3 Jadual 1.3 Nilai bagi jalur warna perintang Warna Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Pendarab Jalur 4 Had Terima Hitam 0 0 1 - Coklat 1 1 10 - Merah 2 2 100 - Jingga 3 3 1000 - Kuning 4 4 10000 - Hijau 5 5 100000 - Biru 6 6 1000000 - Ungu 7 7 10000000 - Kelabu 8 8 100000000 - Putih 9 9 1000000000 - Emas 0.1  5% Perak 0.01  10% Tiada  20%
  • 4. 4 1.1 PENGIRAAN NILAI PERINTANG MENGGUNAKAN KOD WARNA CONTOH Kirakan nilai perintang dibawah. Langkah penyelesaian Langkah 1: Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4 Coklat Hitam Oren Emas 1 0 1000=103 5% Maka nilai perintang ialah: = 10 000Ω  5% @ 10KΩ  5% Langkah 2 : Had terima = 10 000Ω x 5% = 500Ω Langkah 3: Had bawah= 10000Ω -500Ω = 9500Ω Langkah 4: Had atas= 10000Ω + 500Ω=10500Ω Langkah 5: Nilai perintang= 9500Ω hingga 10500Ω @9.5KΩ hingga 10.5KΩ Coklat Hitam Oren Emas
  • 5. 5 1.2 PENGIRAAN RINTANGAN MENGGUNAKAN MULTIMETER Meter pelbagai merupakan meter yang boleh digunakan untuk mengukur rintangan. Meter pelbagai terdiri daripada meter pelbagai analog dan meter pelbagai digital Rajah 1.6 Meter pelbagai analog Bacaan skala Penunjuk nilai rintangan dan voltan Prob terminal positif(hitam) dan terminal negatif(merah) Jarum penunjuk Penunjuk bacaan pada skala Pelaras jarum Melaraskan jarum kepada bacaan sifar Julat Pemilihan voltan,arus dan rintangan
  • 6. 6 Langkah-langkah penggunaan meter pelbagai analog 1. Pilih julat yang sesuai 2. Pintaskan prob 3. Laraskan meter pelbagai sehingga jarum menunjukkan ke sifar(0)
  • 7. 7 4. Mula menyukat perintang 1.3 PENGIRAAN NILAI PERINTANG DALAM LITAR SIRI • Jumlah rintangan adalah hasil tambah bagi semua perintang yang terdapat di dalam litar tersebut • Formula Rajah 1.7 Sambungan litar siri Untuk mendapat jumlah keseluruhan nilai perintang dalam litar siri di atas kita boleh menggunakan formula yang diberi iaitu:- Jumlah rintangan,RJ = R1+R2+R3 10Ω+10Ω+10Ω= 30Ω RJ = R1 + R2 + R3 + .....
  • 8. 8 Menggunakan multimeter : • Setkan julat pada nilai Ohm • Sentuhkan prob multimeter pada setiap kaki perintang • Baca nilai yang dipaparkan pada bacaan skala Rajah 1.8 Mengukur jumlah rintangan litar siri Baca nilai yang dipaparkan pada multimeter Sentuhkan prob seperti dibawah A B
  • 9. 9 1.4 PENGIRAAN NILAI PERINTANG DALAM LITAR SELARI Rajah 1.9 Sambungan litar selari • jumlah rintangan boleh diselesaikan menggunakan formula berikut : Diberi ;R1 = 10 , R2=10  1/RJ = 1/R1 + 1/R2 = 1/5k + 1/10k = 3/10 k RJ = 10 k/3 = 3.333 k 1/RJ = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 .......
  • 10. 10 Diberi ;R1 = 5K , R2=10K  , R3=15K 1/RJ = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 = 1/5k + 1/10k + 1/15k = 11/30k RJ = 30k/11 = 2.727 k Menggunakan multimeter : • Setkan julat pada nilai Ohm • Sentuhkan prob multimeter pada setiap kaki perintang • Baca nilai yang dipaparkan pada bacaan skala
  • 11. 11 Rajah 1.10 Mengukur jumlah rintangan litar selari Baca nilai yang dipaparkan pada multimeter Sentuhkan prob seperti dibawah B A
  • 12. 12 1.5 PENGIRAAN NILAI PERINTANG DALAM LITAR SIRI SELARI Rajah 1.11 Sambungan litar siri selari Kirakan nilai rintangan bagi litar siri selari berikut:- Diberi R1=10Ω, R2=15Ω dan R3=10Ω Langkah 1: Kirakan R1 dan R2 dengan menggunakan formula sesiri namakan sebagai RA Langkah 2: tambahkan R1+R2 Langkah 3: Selesaikan RJ1 dan R3 dengan menggunakan formula selari untuk mendapatkan RJ 1/RJ = 1/RJ1+1/R3 = 1/25+1/10 = 7/50 = 50/7 RJ = 7.143Ω RJ1= R1+R2 =10Ω+15Ω =25Ω
  • 13. 13 Menggunakan multimeter : • Setkan julat pada nilai Ohm • Sentuhkan prob multimeter pada setiap kaki perintang • Baca nilai yang dipaparkan pada bacaan skala Rajah 1.12 Mengukur jumlah rintangan litar siri selari Baca nilai yang dipaparkan pada multimeter Sentuhkan prob seperti dibawah A B
  • 14. 14 Jawab semua soalan yang diberi 1. Nyatakan maksud perintang? 2. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rintangan. 3. Namakan unit bagi perintang. 4. Tukarkan nilai perintang yang diberi kepada Ohm(Ω) a. 6.8 Mega Ohm b. 6.8 Kilo Ohm c. 6.8 Giga Ohm 5. Berapakah nilai perintang yang mempunyai kod warna Merah,Merah,Merah Emas LATIHAN
  • 15. 15 2.0 PENGENALAN Pemuat ialah suatu alat penyimpanan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas. Seperti perintang,pemuat juga salah satu daripada komponen elektronik penting yang terdiri daripada dua pengalir yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan dielektrik. Rajah 2.1 menunjukkan kedudukan kaki positif dan negatif pada pemuat. Rajah 2.1 Pemuat Kemuatan ialah sifat menentang sebarang perubahan bezaupaya (voltan) dalam litar.Kekuatan penentangan terhadap perubahan bezaupaya tersebut dapat menentukan kemampuan komponen pemuat menyimpan cas dan tenaga elektrik. Unit yang biasa digunakan ialah mikrofarad (µF) , Unit bagi kemuatan ialah Farad (F) Kemuatan 1 Farad bermakna suatu pemuat boleh menyimpan 1 Coulomb cas elektrik apabila pemuat itu dibekalkan voltan 1 volt. BAB 2 PEMUAT Kaki -ve Kaki +ve
  • 16. 16 C=Q/V dimana C= Kemuatan (Farad,F) Q= Cas elektrik (Coulomb,C) V=Voltan (Volt,V) Simbol bagi pemuat ialah: Rajah 2.2 Pemuat tetap Rajah 2.3 Pemuat boleh laras Persamaan unit kemuatan. 1 F = 1 000 00 atau 1 x 106 µF. 1 F = 1 000 000 000 000 atau 1 x 1012 pF. 1 µF = 0.000 001 atau 1 x 10-6 F. 1 µF = 1 000 000 atau 1 x 10 6 pF. 1 pF = 0.000 000 000 001 atau 1 x 10 -12 F. 1 pF = 0.000 001 atau 1 x 10 -6 µF. 1 nF = 0.000 000 001 atau 1 x 10 -9 F Menukar unit kemuatan Contoh 1 MikroFarad kepada pikoFarad 2uF= 2000000 pF (ubah titik perpuluhan 6 tempat ke kanan) Contoh 2 pikoFarad kepada mikroFarad 250pF= 0.00025uF (ubah titik perpuluhan 6 tempat ke kiri)
  • 17. 17 Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap. Pemuat tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan tidak berkutub. Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus. Kekutuban pemuat perlu disambung dengan betul bagi mengelakkan pemuat daripada rosak atau meletup. Jenis-jenis bagi pemuat tetap ialah pemuat kertas, pemuat mika, pemuat seramik dan pemuat elektrolitik. Pemuat boleh ubah ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah mengikut keperluan litar. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah boleh diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat. Contoh pemuat boleh ubah ialah jenis dwigang dan jenis perapi atau praset 2.1 PENGIRAAN NILAI PEMUAT MENGGUNAKAN KOD BERCETAK i. Nilai pemuat = 100 00 µF Voltan kerja maksimum = 16 v Suhu maksimum = + 85° C Nilai Kemuatan ialah 100 00 µF 16V
  • 18. 18 ii. iii. iv. Nilai pemuat = 0.22 pf Had terima J= 5% Voltan kerja = 400 V Nilai Kemuatan ialah 0.22 pF ±5% 400V Nombor pertama =1 Nombor kedua = 0 Pendarab = x 104 = 10000 Had terima K = ±10% Voltan kerja maksimum = 150 V Nilai kemuatan ialah 100 000 pF ±10% 150 V Nombor pertama = 1 Nombor kedua = 0 Pendarab =x 101 Nilai pemuat ialah 100 pF Nilai kemuatan ialah 100 000 pF ±10% 150 V
  • 19. 19 2.2 PENGIRAAN NILAI PEMUAT MENGGUNAKAN KOD WARNA KOD WARNA JALUR A NILAI JALUR B NILAI JALUR C PENDARABAN JALUR D TOLERAN HAD TERIMA JALUR E KADAR VOLTAN Hitam 0 0 1pF 20% - Coklat 1 1 10pF 1% - Merah 2 2 100pF 2% 250 Oren/Jingga 3 3 1000pF - - Kuning 4 4 10000pF - 400 Hijau 5 5 - 5% - Biru 6 6 - - 630 Unggu 7 7 - - - Kelabu 8 8 0.01pF - - Putih 9 9 0.1pF 10% - • Dalam sistem kod warna, terdapat 5 jalur atau titik yang menunjukkan angka pertama, angka kedua, pendarab ( sentiasa dalam unit pF), tolarensi dan kadar voltan. • Jika terdapat jalur atau titik yang ke 6, ia menunjukkan ciri-ciri suhu.
  • 20. 20 CONTOH 1 Kirakan nilai kemuatan berikut berdasarkan kod warna yang diberi. • Nilai kemuatan ialah: Warna pertama ,merah = 2 Warna kedua , Oren = 3 Warna ketiga, Kuning = x 10 4 Warna keempat, Kelabu = ± 8% Warna kelima, Hijau = + 600V Oleh itu nilai kemuatan ialah 23 x 10 4 pF ± 8% +600V CONTOH 2 Kirakan nilai kemuatan berikut berdasarkan kod warna yang diberi.
  • 21. 21 Nilai kemuatan ialah: Warna pertama ,hijau = 5 Warna kedua , ungu = 7 Warna ketiga, Coklat = x 10 1 Warna keempat, Putih = - Warna kelima, Oren = +400V Oleh itu nilai kemuatan ialah 57 x 10 1 pF +400V 2.3 PENGIRAAN NILAI PEMUAT DALAM LITAR SIRI Rajah 2.4 Litar siri Rumus bagi litar siri ialah:- 1/CT=1/C1+1/C2+1/C3+….. CONTOH
  • 22. 22 Beberapa komponen pemuat disambungkan seperti dalam rajah 4.4.1a berikut, kirakan jumlah kemuatan litar tersebut:- 1/CT=1/C1+1/C2+1/C3 =1/5µF+1/6µF+1/7µF =0.509 µF CT =1/0.509µF =1.963µF 2.4 PENGIRAAN NILAI PEMUAT DALAM LITAR SELARI Rajah 2.5 Litar selari Formula litar selari ialah:- CT=C1+C2+C3 CONTOH Beberapa komponen pemuat disambungkan seperti dalam rajah 4.4.2a berikut, kirakan jumlah kemuatan litar tersebut. CT = C1+C2+C3 = 5µF+6µF+7µF = 18µF
  • 23. 23 Jawab semua soalan yang diberi 1. Nyatakan maksud pemuat? 2. Lukiskan simbol pemuat tetap dan pemuat boleh laras 3. Nyatakan 5 jenis bagi pemuat tetap. 4. Nyatakan 2 jenis pemuat boleh laras. 5. Kirakan nilai kemuatan bagi warna berikut i. Biru,Biru, Merah, Coklat, Unggu ii. Oren,Oren,Merah,Kuning,Hijau LATIHAN
  • 24. 24 3.0 PENGENALAN Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus. Pearuh menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil terbina mengelilingi pengalir itu. Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain, menjadikannya lebih kuat. Untuk menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah. Prinsip gegelung pengalir dikenali sebagai kearuhan. Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti udara, besi dan bahan ferit. Setiap bahan tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan. Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L. Rajah 3.1 Peraruh Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L. Pearuh yang mempunyai nilai kearuhan 1 Henry (H) bermaksud pearuh tersebut mempunyai perubahan arus sebanyak 1 Ampere(A) dalam masa 1 saat dan menjanakan dge sebanyak 1 volt (V). BAB 3 PERARUH
  • 25. 25 Simbol peraruh adalah seperti berikut Rajah 3.2 Peraruh tetap Rajah 3.3 Peraruh boleh laras Pearuh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pearuh tetap dan pearuh bolehubah. i. Pearuh Tetap Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak berubah. Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk dan teras ferit. ii. Pearuh Bolehubah Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh yang menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.
  • 26. 26 3.1 PENGIRAAN NILAI KEARUHAN DALAM LITAR SIRI Rajah 3.4 Litar siri Formula litar siri ialah:- LT= L1+L2+L3+……… CONTOH Kirakan jumlah kearuahan berdasarkah rajah 4.3.1a Diberi L1= 2H , L2 =4H LT = L1 + L2 LT = 2H + 4H = 6H
  • 27. 27 3.2 PENGIRAAN NILAI KEARUHAN DALAM LITAR SELARI Rajah 3.5 Litar selari Formula litar selari ialah:- 1/LT= 1/L1+1/L2+……… CONTOH Kirakan jumlah kearuhan berdasarkah rajah 1/LT =1/L1+1/L2 =1/2+1/4 LT = 0.75
  • 28. 28 Jawab semua soalan yang diberi 1. Berikan takrif bagi pearuh. 2. Lukiskan simbol pearuh tetap dan pearuh boleh ubah. 3. Berikan 3 jenis pearuh tetap dan jelaskan kegunaannya. LATIHAN
  • 29. 29 RUJUKAN 1. Mohd Isa Idris, Sabariah Haji Bohanudin, Norjah Janudin, Norani Hamzah & Salwani Mohd Daud. (2011). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Edisi Kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Paynter R.T. (2008). Electronics Technology Fundamentals (2nd Edition). New Jersey : Prentice Hall.