Program Studi MIBM Vokasi UB, Jalan Veteran No. 12 & 16 Malang, 0341 - 553448, Universitas Brawijaya, Vokasi Universitas Brawijaya, MIBM Vokasi Universitas Brawijaya, Universitas Brawijaya Malang, Vokasi UB, MIBM Vokasi UB, UB Malang
Program Studi MIBM Vokasi UB, Jalan Veteran No. 12 & 16 Malang, 0341 - 553448, Universitas Brawijaya, Vokasi Universitas Brawijaya, MIBM Vokasi Universitas Brawijaya, Universitas Brawijaya Malang, Vokasi UB, MIBM Vokasi UB, UB Malang
Perangkat mata pelajaran dan program Pendidikan yang diberikan oleh suatu Lembaga penyelenggara Pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta pelajaran dalam satu periode jenjang Pendidikan.
Perangkat mata pelajaran dan program Pendidikan yang diberikan oleh suatu Lembaga penyelenggara Pendidikan yang berisi rancangan pelajaran yang akan diberikan kepada peserta pelajaran dalam satu periode jenjang Pendidikan.
1. KERTAS KERJA
CERAMAH PENDIDIKAN TINGGI DAN KERJAYA
1.0 Pengenalan
Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi semakin terbuka untuk
para pelajar. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagai cendawan tumbuh. Ianya
bertujuan untuk memenuhi permintaan di pasaran pendidikan tinggi bagi menampung
keperluan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
mereka. Namun demikian, para pelajar sendiri tidak tahu apakah bidang-bidang yang
mereka minati. Justeru itu, pelajar-pelajar ini perlu didedahkan dengan pelbagai kursus
yang ditawarkan oleh pihak IPTS supaya para pelajar ini dapat pendedahan mengenai
kepelbagaian kursus yang mungkin di luar pengetahuan mereka yang terdapat di kolej-
kolej swasta seperti bidang teknologi maklumat dan bidang reka bentuk grafik
berkomputer.
2.0 Rasional
2.1 Murid perlu mendapat pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di
IPT untuk membuka minda mereka memilih bidang kursus yang bersesuaian.
2.2 Pendedahan mengenai IPTS dan kerjaya yang berkaitan dengan kursus yang
ditawarkan dapat meningkatkan minat pelajar untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM.
2.3 Pendedahan mengenai pelbagai kursus ini boleh memberikan peluang kepada
pelajar untuk merancang masa depan mereka dengan lebih teratur.
3.0 Objektif
Adalah diharapkan pada akhir program ini pelajar akan dapat :
3.1 Pendedahan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di IPTS
3.2 Mengetahui kerjaya-kerjaya yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.
3.3 Meningkatkan motivasi untuk melanjutkan pelajaran ke IPT.
3.4 Merancang kerjaya dengan lebih mudah dan sistematik.
4.0 Pengendalian Kursus
Pengendalian ceramah ini dijalankan oleh beberapa kolej swasta yang terlibat seperti
kolej NIIT, Sedaya Kolej, Young Pro, dan Abacus.
2. 5.0 Kumpulan sasaran
Semua pelajar tingkatan 5
6.0 Tarikh dan Tempat Ceramah
Tarikh :
Tempat :
7.0 Penutup
Diharapkan para pelajar ini akan mendapat manfaat daripada ceramah ini untuk kepentingan
diri dan masa depan mereka khasnya dalam bidang akademik. Dalam masa yang sama dapat
membantu pihak
sekolah untuk meningkatkan pembentukan budaya sekolah ke arah yang akademik dan
sahsiah yang lebih bermakna.