1. SEKOLAH KEBANGSAAN ARA PANJANG
33800 MANONG,PERAK
KERTAS KERJA PROGRAM
KEM BESTARI SOLAT
(SIRI 2)
DISEDIAKAN OLEH:
NURFATIN AFZA BT ABU BAKAR
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK ARA PANJANG
33800 MANONG,PERAK.
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2. 1.0 TAJUK KERTAS KERJA
PROGRAM KEM BESTARI SOLAT (SIRI 2)
TARIKH : 13 Disember 2023 (Rabu)
MASA : 7.45 am – 12.00 pm
TEMPAT : Makmal Komputer Sk Ara Panjang
2.0 PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid
Islam. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di kalangan pelajar.
Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan
al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan ke arah memantapkan
lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.
3.0 RASIONAL
Kem Bestari Solat merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid
yang tidak tahu cara untuk solat. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan
teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai cara dan bacaan solat dengan
baik.
4.0 MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid Islam mendapat
pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan
sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
5.0 OBJEKTIF
i. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan
rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
ii. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan
betul dan lancar.
iii. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah
iv. Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul.
v. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat
yang wajib dalam kehidupan harian.
3. vi. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama
ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah.
6.0 SASARAN
Semua murid Sk Ara Panjang yang beragama Islam.
7.0
KPI (Indikator Output dan Outcome)
OUTPUT
Penglibatan 100% orang murid dalam aktiviti yang
dirancang.
Memberi pengalaman kepada murid dalam aktiviti yang
dirancang.
OUTCOME Peningkatan minat murid dalam ibadah solat.
Peningkatan dalam bacaan dan amali solat.
8.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Kem Bestari Solat : RM66.00 ( siri kedua )
8.1 Perbelanjaan
BIL PERKARA KOS
1
MAKANAN
( Roti & air kotak)
(RM 3.14 X 21 orang pelajar)
RM 66.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 66.00
BIL NAMA KELAS JUMLAH MURID
1 Tahun 1 Intelek 5
2 Tahun 2 Dinamik 9
3 Tahun 3 Pintar 7
JUMLAH 21
4. 9.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En Ahmad Sarji bin Abdullah
Guru Besar Sk Ara Panjang
Pengerusi : Pn. Nafisah binti Ismail
Guru Ko Kurikulum Sk Ara Panjang
Naib Pengerusi 1 : Pn. Nor Suhaini binti Abdul Wahab
Guru Kanan Pentadbiran Sk Ara Panjang
Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Erna binti Mohd Rizwan
Guru Kanan Hal Ehwal Murid Sk Ara Panjang
Penyelaras : Pn. Nurfatin Afza binti Abu Bakar
Ketua Panitia Pendidikan Islam
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Penyelaras : Pn Nurfatin Afza binti Abu Bakar
Taklimat program : En Tajulurus bin Ahmad Khariry
Modul/ Bahan : Pn Nurfatin Afza binti Abu Bakar
Jurugambar : Cik Nur Zulaihah binti Abdul Rahim
Siaraya : En Mohd Khafiz bin Abdul Rahman
Jamuan Murid : Pn Norsurini binti Zulkafli
Keselamatan/Disiplin : Pn Nor Fadzilah binti Ishak
Persiapan tempat : Cik Ainol Umirah binti Ahmad Saniza
Pelaporan/Dokumentasi : Pn Nurfatin Afza binti Abu Bakar
5. 11.0 STRATEGI PELAKSANAAN
TENTATIF PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SK ARA PANJANG
MASA AKTIVITI CATATAN
7.45 pagi Taklimat dan pembahagian
kumpulan oleh:
Pn Nurfatin Afza binti Abu
Bakar
Semua murid
8.00 pagi Tayangan video dan
penerangan
(Wudhuk ,dan azan)
Disampaikan oleh :
Ustaz Tajulurus bin Ahmad
Khariry
Semua murid dan fasilitator
9.00pagi LDK 1
Penerangan tentang Solat
Ustazah Nafisah binti Ismail
Kelas
9.30 pagi Rehat dan makan Kantin
Semua murid dan fasilitator
10.00 pagi LDK 2
(Bacaan dalam solat)
Semua fasilitator
Kelas
11.30 pagi Amali wudhuk dan solat
Imam solat :
Ust Tajulurus bin Ahmad
Khariry
Bilik wudhuk
Surau
12.00 tengah hari Bersurai
6. 12.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang
telah ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa warga pendidik
yang terlibat.
Disediakan oleh,
...........................................
(NURFATIN AFZA BT ABU BAKAR)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Ara Panjang
33800 Manong,
Perak.
Disemak oleh,
................................................
(PN NAFISAH BINTI ISMAIL)
Guru Kanan Ko-Kurikulum,
Sk Ara Panjang
33800 Manong,
Perak.
.