SlideShare a Scribd company logo
1
SENARAI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0
penghargaan
2.0
pendahuluan
3.0 Objektif kajian
4.0
Kawasan kajian
5.0
Kaedah kajian
a)Kaedah kajian
b)Kaedah temubual
c)Kaedah rujukan
6.0
Dapatan kajian
7.0
Rumusan
8.0
Lampiran
9.0
Rujukan
2
1.0 PENGHARGAAN
• Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat
menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013
dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan kerja kursus ini akan
memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan
di masa hadapan.
•
• Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan
Pengetua iaitu Tuan Yakin bin Mahmud kerana
membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi
dengan jayanya.
•
• Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan
Wan Aima Afzan binti Ismail iaitu guru geografi kerana tidak
jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar
tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang
ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan
dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan
cemerlang.
•
• Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua-dua ibu bapa
• saya iaitu ayahanda Jusoh bin Salleh dan Rokiah binti Ismail
yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini.
Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja
untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,
usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
• Sekian, terima kasih.
3
2.0 PENDAHULUAN
• Saya Mohd Nur Izzhafiz bin Jusoh
pelajar Tingkatan 3 Tamayyuz telah
memilih tajuk ‘Pengangkutan
awam’. Saya menjalankan kajian ini
di Kuala Ibai,Kuala Terengganu.
Sebab-sebab saya memilih
kawasan ini kerana kerana
berdekatan dengan kawasan
tempat tinggal saya dan kerana
berdekatan dengan Bandar Kuala
Terengganu. Tempoh yang diberi
bagi menjalankan serta
menyiapkan kajian ini selama 3
bulan.
4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
• Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang
berikut:
• 1. Untuk mengenal pasti konsep dan jenis
sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala
Terengganu.
• 2. Untuk mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi perkembangan sistem
perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu.
• 3. Untuk menghuraikan kepentingan sistem
perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu.
• 4. Untuk menghuraikan kesan negatif
perkembangan sistem perhubungan di Kuala
Ibai,Kuala Terengganu.
• 5. Untuk mengenal pasti cadangan untuk
mengurangkan kesan perkembangan sistem
perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu.
• 6. Untuk menerapkan nilai atau unsur
patriotisme dalam dapatan kajian dan dalam
diri pelajar.
5
4.0 KAWASAN KAJIAN• Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama
negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan ”
Terangnya ganu “, ” Taring anu “, dan ” Terangan nu “. Kisah asal
nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu
( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu
sendiri. ” Terangnya ganu ” ini dikaitkan pula dengan peristiwa
beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil
Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun
menyatakan ” Terang sungguh ganu di sini “. Apabila pulang ke
Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh “terang
ganunya “.
• Sementara itu ” Taring anu ” dikatakan berasal daripada cerita yang
dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda
Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu,
satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu.
Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai
Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu
berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya,
taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – “Taring anu ”
kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak
lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat
memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka
berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa
itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di “Taring
anu “. Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan
ditanya tempatnya, mereka menyatakan di ” Taring anu”. Lama
kelamaan dikenali dengan Terengganu.
• Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan
penduduk tempatan. pertamanya kisah ” Taring anu ” yang berlaku
di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang ” Taring
anu ” berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah
dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung )
berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan
kepada raja ” taring anu tuanku “. Dengan itu kuala sungai itu
disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala
Sungai Terengganu.
• Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang
bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah
pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada
zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik
menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak
dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai
Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya
hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke ” Terangan
ni ” atau ” Terengan nu”. Dengan itu lama kelamaan muncullah
Terengganu.
6
5.0 KAEDAH KAJIAN
•
• Bagi menjalankan kajian ini, saya telah
melaksanakan dengan beberapa kaedah kajian:
• 1. Pemerhatian
• - Saya telah membuat pemerhatian di
kawasan kajian bagi mendapatkan maklumat
berkaitan dengan tajuk kajian iaitu sistem
perhubungan di Presint 9
• 2. Soal selidik
• - Saya telah membuat soal selidik di
kawasan kajian, Presint 9, Putrajaya dan telah
menyoal selidik 20 orang bagi mendapatkan
maklumat.
• 3. Internet
• - Saya melayari beberapa laman web bagi
mengumpul maklumat tentang sistem
perhubungan yang terdapat di Presint 9,
Putrajaya.
7
8
6.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pengangkutan Awam
•
Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya.
Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan
dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana
kepada pembangunan negara .
•
• Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam ? Berdasarkan Kamus Pelajar
Bahasa Melayu dan Wikipedia pengangkutan ialah merupakan satu perkhidmatan pengendalian
pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi
perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang
disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem
pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta .
Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan
dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak
swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana
kepada pembangunan negara.
•
• Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam
seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan
seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan
raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu
sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang
berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan
dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya
menjana pembangunan negara .
•
• Sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang
bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen .
Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengan
konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal
terbang yang canggih . Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia
menyediakan sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat
diperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntut
pelaburan yang amat tinggi dan turut membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akan
turut dilihat bertambah maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya
tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini .
•
• Bagi sistem pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di laut dan tidak
kurang pentinganya pengangkutan di sungai – sungai . Sistem pengangkutan air juga memerlukan
satu sistem yang sistematik maka ia turut menuntut penyediaan dermaga dan pelabuhan –
pelabuhan bertaraf dunia supaya boleh menampung keperluan penggunaan kapal – kapal
pengangkut yang besar untuk berlabuh dan menguruskan pemunggahan muatan yang banyak dan
berat dapat diurus dalam masa yang singkat dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat
penting bagi negara kerana ia menguruskan pengangkutan yang banyak dan barangan berat
melibatkan perjalanan yang jauh di merata dunia . Ini semua turut memerlukan pelaburan dan
perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak
swasta . Hal sedemikian turut membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara yang dapat
menjana pembangunan negara .
• Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang
bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan
terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian
pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut
dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang
sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem
pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata
berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok
pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi
sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara .
•
•
9
• Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan negara
. Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya
berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga
dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan
negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian
pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana
yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka
panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat
serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka
sekaligus membantu kepada pembangunan negara .
•
• Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi
sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan , Jambatan Pulau Pinang , Lebuh Raya
Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian
lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di
mana – mana , kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya
pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan
pembinaan aliran transit ringan seperti komuter , LRT , monorel turut banyak menyumbang kepada
pembangunan negara. Pembinaan – pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di
seluruh negara telah meneroka pembukaan tanah – tanah terbiar , tanah – tanah di pedalaman
sekaligus kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata
menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya pekan atau
perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus , dahulunya tiada
penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa
didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem
pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan
negara .
•
• Tidak dapat dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya
negara tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan
awam lama , pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik , pembinaannya asal buat
sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar , kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian
dan keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab itu ia
kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh . Ini
sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir
negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana
pembangunan negara . Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang
sistematik lagi efisen , secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih
teratur , berkembang dan berdaya maju . Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik
ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam
seperti bas, lori , kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri dan seumpamanya tetapi perlu
dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik - baru boleh dilihat
dapat menjana pembangunan negara .
•
• Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan
infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , setesen kereta
api , landasan kereta api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan
dermaganya : Semua ini memerlukan kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan –
kawasan baru diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke
penempatan baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat
menjana pembangunan negara secara besar – besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem
pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang
lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti
mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin ,
tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat
memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
•
•
10
• Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna ,
memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri – ciri perkhidmatan selamat , dapat
mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi
perkhidmatan sosial yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem
pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul
. Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan
negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat , sedikit sebanyak menjejaskan
kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk
membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan
awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri
tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada
kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam
negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara .
• Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara
dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik untuk
memberi keselesaan mereka ke tempat kerja . Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan
negara . Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti
mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka
bermakna keberhasilan negara turut merosot , maka pembangunan negara juga terjejas.
Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah
menjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem
pengangkutan awam , ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan . Berapa banyak prasarana
ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep , bercirikan moden , canggih ,
termaju dan bertaraf dunia . Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem
pengangkutan awam . Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang
sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak
membangun .
•
• Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan
pembangunan negara . Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba – lumba
menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem
pengangkutan awam yang lebih sistematik . Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan
awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat menjana pembangunan negara .
Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik .
Kita lihat di sesebuah negara yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut
serta tidak terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur
serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri .
•
• Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya
sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem pengangkutan
awamnya . Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara : Pertumbuhan ekonomi negara
tidak berkembang , kemajuan tidak dapat dicapai , tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan
untuk rakyat , rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa
untuk negara . Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan
berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain
tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan
negara .
•
Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana
pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem
pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam
sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip ,
bekalan elektrik , bekalan telekomunikasi , perumahan , ruang perniagaan , kawasan pentadbiran ,
kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan
kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan .
Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik , negara berupaya mengguna
jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga merupakan satu pembangunan
kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama
dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan .
•
•
11
• Di negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana
mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan
negara . Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah ,
kapal terbang supersonik dan berjentera jet , kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi
. Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem
pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran
dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus
berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem
pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara – negara pesaing mereka . Negara –
negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf
dunia , mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan
sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi
malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera .
•
• Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan
awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana
pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu
dan menyeluruh . Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan
dan tapak , arkiteknya , juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli koporat , para pemaju ,
usahawan – usahawan , tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sitematik ini .
•
• Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat
menjana pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya
negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik . Justeru itu
untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan
awam yang sistematik .
12
8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di
kawasan kajian
• Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya,
terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu
• 1) Bas Awam Sani Express atau sebagainya Perjalanan dari Kuala
Terenganu ke Bandar Marang lebih kurang 15 minit. Jalan-jalan utama
yang dilalui ialah kebiasaan dari Kuala Terengganu hingga ke
Dungun.Tambang perjalanan biasanya RM 1 ringgit setiap 15
Kilometer.
2) Bas/van sekolah yang berwarna kuning, mengangkut berapa orang
pelajar, kawasan mana ia menjalankan perkhidmatan, seorang orang
pemandu dan seorang pembantu memberikan perkhidmatan yang baik
terhadap para penumpang
• 3) Teksi biasanya dari Kala Terengganu ke Dungun dan akan berhenti
ke destinasi yang kita tuju. Tambang teksi biasanya mahal sedikit
daripada bas,kebiasannya lebih kurang RM 2 ringgit 5 kilometer
•
13
8.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di Kawasan
Kajian
• Hasil daripada temubual,pemerhatian dan soal
selidik.Saya telah mendapat maklumat tentang
pengangkutan.Antaranya ialah:
1) Mengangkut barangan: Lori, kapal di jeti dapat mengankut
barang dari suatu tempat ke tempat yang lain.Hal ini dapat
membantu para penduduk yang berpendapatan rendah untuk
menggunakan lori untuk menghantar sesuatu barang ke tempat
yang jauh.
2) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak
mempunyai kereta sendiri atau penduduk berpendapatan rendah
bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari
suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan
pelajar sekolah yang ibubapa mereka yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri untuk pergi ke sekolah dapat menggunakan
pengangkutan yang ada.
3) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam lebih murah
berbanding menaiki kereta sendiri.Kita tidak perlu bayar tempat
letak kereta menjimatkan perbelanjaan rumah.para penduduk
dengan kemudahan yang ada kerana dapat membantu mereka
yang berpendapatan rendah.
4) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu
teksi, pemandu bas, penjual tiket dapat membantu penduduk
yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pekerjaan yang
dapat membantu merka dan dapat meningkatan ekonomi
negara.
14
8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan
Awam di Kawasan Kajian
• 1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori
menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.Hal
ini membuatkan udara mudah tercemar seperti jerebu yang
boleh menyebabkan asma dan sebagainya yan boleh
manyebabkan kematian.
• 2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising daripada enjin
petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kapal terbang yang
melakukan latihan penerbangan ataupun yang mendarat , bot
penambang akan menjejaskan keselesaan penumpang atau
penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu. Bas atau van
sekolah atau awam lama mengeluarkan bunyi tidak
menyenangkan.
• 3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang menyebabkan
tumpahan minyak dan buangan sampah-sarap ke kawasan
perairan menyebabakan kehidupan akuatik terancam.Ini
menyebabkan negara kita tidak terkenal lagi dengan laut yang
bersih yang mempunyai banyak kehidupan air .
• 4) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati,
mengantuk semasa memandu dan memandu secara
merbahaya menyebabkan peningkatan purata kemalangan
dinegara kita.Para pemamdu haruslah berhati-hati ketika
memandu kerana boleh menybabkan peratusan kematian
akan meningkatan jika tidak dielakkan.
• 5) Penipuan: sikap pemandu teksi yang tidak bertanggung
jawabyang menggunakan meter perlu diambil tindakan
daripada pihak kerajaan kerana mengambil kesempatan untuk
mengambil lebih mahal tambang terutama pada pelancong
yang datang kenegara kita.
•
15
8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah
Perkembangan Pengangkutan di Kawasan
Kajian
1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil
terhadap pemilik bas sekolah, mendenda syarikat bas atau
teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda atau penjara
pemandu yang melakukan akan dikenakan mengikut Seksyen
42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu
secara melulu dan berbahaya hingga mengancam
keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum
penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau
kedua-duanya.
2) 4) Penggunaan petrol tanpa plumbum –kenderaan seperti
lori atau bas digalakkan menggantikan diesel dengan petrol
tanpa plumbum untuk mengurangkan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan ke udara dan dapat mengurangkan
pencemaran udara
3) Penapis asap /Catalytic converter- dapat mengurangkan
pengeluaran asap merbahaya kenderaan seperti bas atau lori
yang menggunakan minyak diesel.Pengguna yang
menggunakan kederaan sedemikian digalakkan
menggunakannya.
4) Penggunaan bahan api alternatif -mengguna bahan api
mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, atau
tenaga suria. Hal ini dapt mengurangkan pencemaran udara
akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor.
5) Kempen alam sekitar : mengadakan kempen kepada para
pemandu dan pelajar agar mereka sedar akan keselamatan
jalan raya.Pihak yang berkenaan perlulah menjalankan kempen
seperti kempen berbasikal,kempen kebersihan alam dan
sebagainya agar para pemandu dapat mengubahnya.
16
7.0 RUMUSAN
• Setelah selesai menyiapkan tugasan kajian yang
diberikan, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan.
Saya dapat mengenal pasti konsep dan jenis sistem
perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Saya juga
dapat megetahui tentang sistem perhubungan yang terdapat
di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Sebelum ini, saya hanya
mengetahui bahawa internet sahaja merupakan alat
perhubungan, setelah melakukan kajian ini, saya dapati
banyak sistem perhubungan yang digunakan seperti radio,
televisyen dan telefon bimbit. Saya juga dapat mengenal pasti
faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem
perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Salah satu
daripadanya ialah dasar kerajaan. Selain itu, saya juga dapat
menghuraikan kepentingan sistem perhubungan di Kuala
Ibai,Kuala Terengganu. Perkembangan sistem perhubungan
banyak memberi kepentingan kepada saya dan masyarakat.
Di samping itu, saya dapat menghuraikan kesan negatif
perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala
Terengganu. Seterusnya, saya juga dapat mengenal pasti
cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan
sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Dengan
adanya cadangan ini, kesan negatif perkembangan sistem
perhubungan dapat diawasi. Melalui kajian ini juga, saya dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam dapatan kajian yang telah
saya siapkan. Saya berterima kasih kepada pihak yang telah
menyediakan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala
Terengganu. Saya juga berbangga dengan sistem
perhubungan yang ada di Kuala Ibai,Kuala Terengganu.
•
17
8.0 LAMPIRAN
• 8.1 GAMBAR PENGANGKUTAN
18
8.1 SURAT KEBENARAN
MEMBUAT KAJIAN
19
8.2 BORANG SOAL
SELIDIK
20
9.0 RUJUKAN
• LAMAN WEB:
• -
http://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengang
awam-di.html
• -http://en.wikipedia.org/wiki/Saujana_Impian
• BUKU TEKS
• -Buku teks tingkatan 2:
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin
Choon dan Ratnam Karuppiah Servai,
2003, Buku
Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala
Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.
•
Buku teks tingkatan 3:
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan
Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi
Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysiakesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
Suci Larasati
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Ummu Umar
 
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaGeografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Jolynn Tee
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
Ramli Rem
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Asmawi Abdullah
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomiPengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Nabila Halim
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysia
juliana
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Mak Winson
 

What's hot (20)

Folio geografi tingkatan 2
Folio geografi tingkatan 2Folio geografi tingkatan 2
Folio geografi tingkatan 2
 
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysiakesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
kesan sistem jaringan pengangkutan terhadap Malaysia
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi UtamaGeografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
Geografi Tingkatan 3 Bab 11- Kegiatan Ekonomi Utama
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
 
Hujan asid
Hujan asid Hujan asid
Hujan asid
 
GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 6
GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 6 GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 6
GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 6
 
Kerja kursus geografi
Kerja kursus geografiKerja kursus geografi
Kerja kursus geografi
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomiPengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysia
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif -RBT T2
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIATABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
 

Similar to kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy

NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)
NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)
NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)
Nazatul Harris
 
Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................
czm1976
 
Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................
czm1976
 

Similar to kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy (20)

Task 4
Task 4Task 4
Task 4
 
NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)
NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)
NAZATUL KHAIRANI ASHIKIN BINTI HARRIS A157585 (AMALAN BAIK)
 
Sistem transportasi
Sistem transportasiSistem transportasi
Sistem transportasi
 
Transportasi Laut
Transportasi LautTransportasi Laut
Transportasi Laut
 
Perancangan bandar mapan( amalan baik)
Perancangan bandar mapan( amalan baik)Perancangan bandar mapan( amalan baik)
Perancangan bandar mapan( amalan baik)
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
3. Sistem Informasi Transportasi Pariwisata - Land Transportation
3. Sistem Informasi Transportasi Pariwisata - Land Transportation3. Sistem Informasi Transportasi Pariwisata - Land Transportation
3. Sistem Informasi Transportasi Pariwisata - Land Transportation
 
Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................
 
Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................
 
kerja kursus pam sem 2 2017
kerja kursus pam sem 2 2017kerja kursus pam sem 2 2017
kerja kursus pam sem 2 2017
 
Projek Akhir : Bangi-Kajang 30 Tahun akan Datang
Projek Akhir : Bangi-Kajang 30 Tahun akan DatangProjek Akhir : Bangi-Kajang 30 Tahun akan Datang
Projek Akhir : Bangi-Kajang 30 Tahun akan Datang
 
Bahagian 4 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Bandar Mapan
Bahagian 4   Amalan Terbaik dalam Pembangunan Bandar MapanBahagian 4   Amalan Terbaik dalam Pembangunan Bandar Mapan
Bahagian 4 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Bandar Mapan
 
Maisara binti Mohd Isham a155191
Maisara binti Mohd Isham a155191Maisara binti Mohd Isham a155191
Maisara binti Mohd Isham a155191
 
Langkah.pdf
Langkah.pdfLangkah.pdf
Langkah.pdf
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
 
PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
 
Amalan baik bandar Hong Kong & bandar Kuala Terengganu
Amalan baik bandar Hong Kong & bandar Kuala TerengganuAmalan baik bandar Hong Kong & bandar Kuala Terengganu
Amalan baik bandar Hong Kong & bandar Kuala Terengganu
 
KAJIAN KES TINGKATAN 3 2022.pptx
KAJIAN KES TINGKATAN 3 2022.pptxKAJIAN KES TINGKATAN 3 2022.pptx
KAJIAN KES TINGKATAN 3 2022.pptx
 
Projek Bandar Mapan
Projek Bandar MapanProjek Bandar Mapan
Projek Bandar Mapan
 

kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy

  • 1. 1 SENARAI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1.0 penghargaan 2.0 pendahuluan 3.0 Objektif kajian 4.0 Kawasan kajian 5.0 Kaedah kajian a)Kaedah kajian b)Kaedah temubual c)Kaedah rujukan 6.0 Dapatan kajian 7.0 Rumusan 8.0 Lampiran 9.0 Rujukan
  • 2. 2 1.0 PENGHARGAAN • Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. • • Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Tuan Yakin bin Mahmud kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya. • • Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Wan Aima Afzan binti Ismail iaitu guru geografi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. • • Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa • saya iaitu ayahanda Jusoh bin Salleh dan Rokiah binti Ismail yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. • Sekian, terima kasih.
  • 3. 3 2.0 PENDAHULUAN • Saya Mohd Nur Izzhafiz bin Jusoh pelajar Tingkatan 3 Tamayyuz telah memilih tajuk ‘Pengangkutan awam’. Saya menjalankan kajian ini di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Sebab-sebab saya memilih kawasan ini kerana kerana berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya dan kerana berdekatan dengan Bandar Kuala Terengganu. Tempoh yang diberi bagi menjalankan serta menyiapkan kajian ini selama 3 bulan.
  • 4. 4 3.0 OBJEKTIF KAJIAN • Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut: • 1. Untuk mengenal pasti konsep dan jenis sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. • 2. Untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. • 3. Untuk menghuraikan kepentingan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. • 4. Untuk menghuraikan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. • 5. Untuk mengenal pasti cadangan untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. • 6. Untuk menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian dan dalam diri pelajar.
  • 5. 5 4.0 KAWASAN KAJIAN• Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan ” Terangnya ganu “, ” Taring anu “, dan ” Terangan nu “. Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. ” Terangnya ganu ” ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan ” Terang sungguh ganu di sini “. Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh “terang ganunya “. • Sementara itu ” Taring anu ” dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – “Taring anu ” kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di “Taring anu “. Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di ” Taring anu”. Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu. • Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah ” Taring anu ” yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang ” Taring anu ” berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja ” taring anu tuanku “. Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu. • Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke ” Terangan ni ” atau ” Terengan nu”. Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.
  • 6. 6 5.0 KAEDAH KAJIAN • • Bagi menjalankan kajian ini, saya telah melaksanakan dengan beberapa kaedah kajian: • 1. Pemerhatian • - Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian iaitu sistem perhubungan di Presint 9 • 2. Soal selidik • - Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian, Presint 9, Putrajaya dan telah menyoal selidik 20 orang bagi mendapatkan maklumat. • 3. Internet • - Saya melayari beberapa laman web bagi mengumpul maklumat tentang sistem perhubungan yang terdapat di Presint 9, Putrajaya.
  • 7. 7
  • 8. 8 6.0 DAPATAN KAJIAN 8.1 Konsep Pengangkutan Awam • Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara . • • Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam ? Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu dan Wikipedia pengangkutan ialah merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara. • • Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara . • • Sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen . Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih . Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat diperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan turut membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akan turut dilihat bertambah maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini . • • Bagi sistem pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di laut dan tidak kurang pentinganya pengangkutan di sungai – sungai . Sistem pengangkutan air juga memerlukan satu sistem yang sistematik maka ia turut menuntut penyediaan dermaga dan pelabuhan – pelabuhan bertaraf dunia supaya boleh menampung keperluan penggunaan kapal – kapal pengangkut yang besar untuk berlabuh dan menguruskan pemunggahan muatan yang banyak dan berat dapat diurus dalam masa yang singkat dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat penting bagi negara kerana ia menguruskan pengangkutan yang banyak dan barangan berat melibatkan perjalanan yang jauh di merata dunia . Ini semua turut memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta . Hal sedemikian turut membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara yang dapat menjana pembangunan negara . • Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara . • •
  • 9. 9 • Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara . • • Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan , Jambatan Pulau Pinang , Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana – mana , kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter , LRT , monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan – pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka pembukaan tanah – tanah terbiar , tanah – tanah di pedalaman sekaligus kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya pekan atau perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus , dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara . • • Tidak dapat dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan awam lama , pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik , pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar , kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh . Ini sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan negara . Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen , secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih teratur , berkembang dan berdaya maju . Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori , kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri dan seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik - baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara . • • Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , setesen kereta api , landasan kereta api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan dermaganya : Semua ini memerlukan kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar – besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan . • •
  • 10. 10 • Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna , memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri – ciri perkhidmatan selamat , dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul . Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat , sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara . • Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja . Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot , maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam , ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan . Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep , bercirikan moden , canggih , termaju dan bertaraf dunia . Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam . Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak membangun . • • Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan negara . Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba – lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik . Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat menjana pembangunan negara . Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik . Kita lihat di sesebuah negara yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut serta tidak terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri . • • Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem pengangkutan awamnya . Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara : Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang , kemajuan tidak dapat dicapai , tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat , rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara . Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara . • Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip , bekalan elektrik , bekalan telekomunikasi , perumahan , ruang perniagaan , kawasan pentadbiran , kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan . Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik , negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan . • •
  • 11. 11 • Di negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara . Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah , kapal terbang supersonik dan berjentera jet , kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi . Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara – negara pesaing mereka . Negara – negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf dunia , mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera . • • Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh . Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak , arkiteknya , juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli koporat , para pemaju , usahawan – usahawan , tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini . • • Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik . Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik .
  • 12. 12 8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian • Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu • 1) Bas Awam Sani Express atau sebagainya Perjalanan dari Kuala Terenganu ke Bandar Marang lebih kurang 15 minit. Jalan-jalan utama yang dilalui ialah kebiasaan dari Kuala Terengganu hingga ke Dungun.Tambang perjalanan biasanya RM 1 ringgit setiap 15 Kilometer. 2) Bas/van sekolah yang berwarna kuning, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia menjalankan perkhidmatan, seorang orang pemandu dan seorang pembantu memberikan perkhidmatan yang baik terhadap para penumpang • 3) Teksi biasanya dari Kala Terengganu ke Dungun dan akan berhenti ke destinasi yang kita tuju. Tambang teksi biasanya mahal sedikit daripada bas,kebiasannya lebih kurang RM 2 ringgit 5 kilometer •
  • 13. 13 8.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian • Hasil daripada temubual,pemerhatian dan soal selidik.Saya telah mendapat maklumat tentang pengangkutan.Antaranya ialah: 1) Mengangkut barangan: Lori, kapal di jeti dapat mengankut barang dari suatu tempat ke tempat yang lain.Hal ini dapat membantu para penduduk yang berpendapatan rendah untuk menggunakan lori untuk menghantar sesuatu barang ke tempat yang jauh. 2) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri atau penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke sekolah dapat menggunakan pengangkutan yang ada. 3) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri.Kita tidak perlu bayar tempat letak kereta menjimatkan perbelanjaan rumah.para penduduk dengan kemudahan yang ada kerana dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah. 4) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dapat membantu penduduk yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pekerjaan yang dapat membantu merka dan dapat meningkatan ekonomi negara.
  • 14. 14 8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian • 1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.Hal ini membuatkan udara mudah tercemar seperti jerebu yang boleh menyebabkan asma dan sebagainya yan boleh manyebabkan kematian. • 2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kapal terbang yang melakukan latihan penerbangan ataupun yang mendarat , bot penambang akan menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu. Bas atau van sekolah atau awam lama mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan. • 3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang menyebabkan tumpahan minyak dan buangan sampah-sarap ke kawasan perairan menyebabakan kehidupan akuatik terancam.Ini menyebabkan negara kita tidak terkenal lagi dengan laut yang bersih yang mempunyai banyak kehidupan air . • 4) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu dan memandu secara merbahaya menyebabkan peningkatan purata kemalangan dinegara kita.Para pemamdu haruslah berhati-hati ketika memandu kerana boleh menybabkan peratusan kematian akan meningkatan jika tidak dielakkan. • 5) Penipuan: sikap pemandu teksi yang tidak bertanggung jawabyang menggunakan meter perlu diambil tindakan daripada pihak kerajaan kerana mengambil kesempatan untuk mengambil lebih mahal tambang terutama pada pelancong yang datang kenegara kita. •
  • 15. 15 8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian 1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah, mendenda syarikat bas atau teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda atau penjara pemandu yang melakukan akan dikenakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. 2) 4) Penggunaan petrol tanpa plumbum –kenderaan seperti lori atau bas digalakkan menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara dan dapat mengurangkan pencemaran udara 3) Penapis asap /Catalytic converter- dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya kenderaan seperti bas atau lori yang menggunakan minyak diesel.Pengguna yang menggunakan kederaan sedemikian digalakkan menggunakannya. 4) Penggunaan bahan api alternatif -mengguna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, atau tenaga suria. Hal ini dapt mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 5) Kempen alam sekitar : mengadakan kempen kepada para pemandu dan pelajar agar mereka sedar akan keselamatan jalan raya.Pihak yang berkenaan perlulah menjalankan kempen seperti kempen berbasikal,kempen kebersihan alam dan sebagainya agar para pemandu dapat mengubahnya.
  • 16. 16 7.0 RUMUSAN • Setelah selesai menyiapkan tugasan kajian yang diberikan, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan. Saya dapat mengenal pasti konsep dan jenis sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Saya juga dapat megetahui tentang sistem perhubungan yang terdapat di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa internet sahaja merupakan alat perhubungan, setelah melakukan kajian ini, saya dapati banyak sistem perhubungan yang digunakan seperti radio, televisyen dan telefon bimbit. Saya juga dapat mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Salah satu daripadanya ialah dasar kerajaan. Selain itu, saya juga dapat menghuraikan kepentingan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Perkembangan sistem perhubungan banyak memberi kepentingan kepada saya dan masyarakat. Di samping itu, saya dapat menghuraikan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Seterusnya, saya juga dapat mengenal pasti cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Dengan adanya cadangan ini, kesan negatif perkembangan sistem perhubungan dapat diawasi. Melalui kajian ini juga, saya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam dapatan kajian yang telah saya siapkan. Saya berterima kasih kepada pihak yang telah menyediakan sistem perhubungan di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. Saya juga berbangga dengan sistem perhubungan yang ada di Kuala Ibai,Kuala Terengganu. •
  • 17. 17 8.0 LAMPIRAN • 8.1 GAMBAR PENGANGKUTAN
  • 20. 20 9.0 RUJUKAN • LAMAN WEB: • - http://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengang awam-di.html • -http://en.wikipedia.org/wiki/Saujana_Impian • BUKU TEKS • -Buku teks tingkatan 2: Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd. • Buku teks tingkatan 3: Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.