SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
K UALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER: Pakatan
Rakyat menganggap tiada tindakan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin
terhadap enam isu membuktikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tidak
akan dilaksanakan dengan betul dan cekap.
Pasukan Tugas Khas Pendidikan PR (PR Education Taskforce) berkata, pengabaian
kepada enam isu itu juga menimbulkan keraguan bahawa PPPM bukannya platform
yang menyeluruh.
“Kelemahan pertama ialah kementerian enggan mendedahkan skim markah untuk lulus
mata pelajaran matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, dan Bahasa Inggeris
dalam SPM kononnya dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi.
“Ini melanggar anjakan 11 pelan muktamad iaitu ‘meningkatkan ketelusan untuk
akauntabiliti awam’. Jika markah kelulusan ini dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi,
mungkinkah markah lulus SPM bagi Bahasa Inggeris akan diturunkan tanpa
pengetahuan umum apabila mata pelajaran itu wajib lulus peperiksaan pada 2016?,”
katanya dalam kenyataan.
Kelemahan kedua adalah kementerian gagal bertindak terhadap insiden yang berlaku di
SK Seri Pristina dengan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bukan saja
menganggap peristiwa itu sebagai masalah kecil malah polis menyoal siasat murid
tanpa keizinan penjaga.
Katanya, tindakan sebegini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem
sekolah kebangsaan dan akan menyebabkan lebih ramai ibu bapa menukar anak
mereka ke sekolah lain.
“Kelemahan ketiga adalah kementerian gagal menjawab pendedahan bahawa Diploma
Pendidikan Jasmani dianugerahkan kepada guru oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat
(USSA) mengikut program Kementerian Pendidikan yang bukan sahaja terlalu mahal
dengan kos RM27,000 seorang untuk program selama enam bulan malah hanya
program tahap sijil dan bukan diploma.
“Jika kursus ‘diploma’ yang gagal memenuhi tahap piawaian Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) untuk kursus diploma yang sebenar dapat juga ditawarkan kepada pendidik di
Malaysia, kami merasakan program latihan dan latihan semula mengikut PPPM ini akan
turut dianugerahkan dengan selamba sahaja dan gagal mencapai objektif yang
dikehendaki,” katanya.
PR turut melihat kelemahan keempat PPPM ialah kementerian gagal bertindak terhadap
beberapa guru besar yang didapati menjual ‘pil ajaib’ Dimensi 108 yang mendapat
sokongan Majlis Guru Besar Daerah Mersing dan Kota Tinggi.
Menurutnya, skandal ini mencerminkan kelemahan kementerian untuk melaksanakan
Anjakan Enam iaitu mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan sekolah agar menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
Kelemahan kelima ialah kementerian gagal memberi penjelasan mengapa syarikat YTL
yang tiada pengalaman dalam penghasilan perisian pendidikan atau pembuatan
perkakasan komputer diberi kontrak tinggi untuk memasang platform pembelajaran
maya (VLE) bagi kegunaan murid, guru dan ibu bapa serta membekalkan setiap murid
dengan Chromebook mengikut dasar 1 Murid 1 Komputer.
Mereka juga turut mengecam Chromebook dibekalkan kepada Kementerian dengan
harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran serta penganugerahan kontrak itu
mempersoalkan Anjakan 10 iaitu ‘memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit’.
“Kelemahan keenam kami dapati ialah kementerian gagal memberi tempat kepada 460
graduan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) di sekolah jenis kebangsaan yang
masih kekurangan guru.
“Graduan itu bertugas sebagai guru sementara sebelum didaftar dalam kursus DPLI
pada Disember 2011. Mereka juga menikmati elaun RM1,300 sebulan semasa kursus.
“Namun tiga bulan selepas kursus diploma tamat pada 23 Mei lalu, kementerian masih
gagal memberi tempat kepada graduan. Ini mencerminkan kelemahan kementerian
membuat perancangan teliti dan pembaziran wang serta tenaga yang jauh
menyimpang daripada komitmen untuk memaksimumkan kecekapan,” tegasnya. -
Roketkini.com

More Related Content

Similar to Isu pppm

Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikanmat Kelate
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Surat makluman emel 1 bestarinet
Surat makluman emel 1 bestarinetSurat makluman emel 1 bestarinet
Surat makluman emel 1 bestarinetKan Tsai Tan
 

Similar to Isu pppm (8)

Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikan
 
Kk & kolokium
Kk & kolokiumKk & kolokium
Kk & kolokium
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Surat makluman emel 1 bestarinet
Surat makluman emel 1 bestarinetSurat makluman emel 1 bestarinet
Surat makluman emel 1 bestarinet
 

More from Pachai kannan

Falsafah pendidikan awal kanak
Falsafah pendidikan awal kanakFalsafah pendidikan awal kanak
Falsafah pendidikan awal kanakPachai kannan
 
Kehadiran mes pan pjk,ps,mz
Kehadiran mes pan pjk,ps,mzKehadiran mes pan pjk,ps,mz
Kehadiran mes pan pjk,ps,mzPachai kannan
 
அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்
அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்
அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்Pachai kannan
 

More from Pachai kannan (6)

Falsafah pendidikan awal kanak
Falsafah pendidikan awal kanakFalsafah pendidikan awal kanak
Falsafah pendidikan awal kanak
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Tmk thn 5
Tmk thn 5Tmk thn 5
Tmk thn 5
 
Kehadiran mes pan pjk,ps,mz
Kehadiran mes pan pjk,ps,mzKehadiran mes pan pjk,ps,mz
Kehadiran mes pan pjk,ps,mz
 
அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்
அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்
அறிவியல் வார போட்டி கேள்விகள்
 
Amali 1 moon morphs
Amali 1 moon morphsAmali 1 moon morphs
Amali 1 moon morphs
 

Isu pppm

  • 1. K UALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER: Pakatan Rakyat menganggap tiada tindakan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap enam isu membuktikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tidak akan dilaksanakan dengan betul dan cekap. Pasukan Tugas Khas Pendidikan PR (PR Education Taskforce) berkata, pengabaian kepada enam isu itu juga menimbulkan keraguan bahawa PPPM bukannya platform yang menyeluruh. “Kelemahan pertama ialah kementerian enggan mendedahkan skim markah untuk lulus mata pelajaran matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, dan Bahasa Inggeris dalam SPM kononnya dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi. “Ini melanggar anjakan 11 pelan muktamad iaitu ‘meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam’. Jika markah kelulusan ini dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi, mungkinkah markah lulus SPM bagi Bahasa Inggeris akan diturunkan tanpa pengetahuan umum apabila mata pelajaran itu wajib lulus peperiksaan pada 2016?,” katanya dalam kenyataan. Kelemahan kedua adalah kementerian gagal bertindak terhadap insiden yang berlaku di SK Seri Pristina dengan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bukan saja menganggap peristiwa itu sebagai masalah kecil malah polis menyoal siasat murid tanpa keizinan penjaga. Katanya, tindakan sebegini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem sekolah kebangsaan dan akan menyebabkan lebih ramai ibu bapa menukar anak mereka ke sekolah lain. “Kelemahan ketiga adalah kementerian gagal menjawab pendedahan bahawa Diploma Pendidikan Jasmani dianugerahkan kepada guru oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA) mengikut program Kementerian Pendidikan yang bukan sahaja terlalu mahal dengan kos RM27,000 seorang untuk program selama enam bulan malah hanya program tahap sijil dan bukan diploma. “Jika kursus ‘diploma’ yang gagal memenuhi tahap piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk kursus diploma yang sebenar dapat juga ditawarkan kepada pendidik di
  • 2. Malaysia, kami merasakan program latihan dan latihan semula mengikut PPPM ini akan turut dianugerahkan dengan selamba sahaja dan gagal mencapai objektif yang dikehendaki,” katanya. PR turut melihat kelemahan keempat PPPM ialah kementerian gagal bertindak terhadap beberapa guru besar yang didapati menjual ‘pil ajaib’ Dimensi 108 yang mendapat sokongan Majlis Guru Besar Daerah Mersing dan Kota Tinggi. Menurutnya, skandal ini mencerminkan kelemahan kementerian untuk melaksanakan Anjakan Enam iaitu mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah agar menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kelemahan kelima ialah kementerian gagal memberi penjelasan mengapa syarikat YTL yang tiada pengalaman dalam penghasilan perisian pendidikan atau pembuatan perkakasan komputer diberi kontrak tinggi untuk memasang platform pembelajaran maya (VLE) bagi kegunaan murid, guru dan ibu bapa serta membekalkan setiap murid dengan Chromebook mengikut dasar 1 Murid 1 Komputer. Mereka juga turut mengecam Chromebook dibekalkan kepada Kementerian dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran serta penganugerahan kontrak itu mempersoalkan Anjakan 10 iaitu ‘memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit’. “Kelemahan keenam kami dapati ialah kementerian gagal memberi tempat kepada 460 graduan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) di sekolah jenis kebangsaan yang masih kekurangan guru. “Graduan itu bertugas sebagai guru sementara sebelum didaftar dalam kursus DPLI pada Disember 2011. Mereka juga menikmati elaun RM1,300 sebulan semasa kursus. “Namun tiga bulan selepas kursus diploma tamat pada 23 Mei lalu, kementerian masih gagal memberi tempat kepada graduan. Ini mencerminkan kelemahan kementerian membuat perancangan teliti dan pembaziran wang serta tenaga yang jauh menyimpang daripada komitmen untuk memaksimumkan kecekapan,” tegasnya. - Roketkini.com