1. Anjakan Pendidikan
gelombang pertama: pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah
peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di
peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah.
gelombang kedua: mulai tahun 2016 hingga 2020 akan menyaksikan kesemua
410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru.
bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum
sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan
sosial dan ekonomi dunia.
gelombang ketiga : mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau
guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
*Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu sistem pendidikan
negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.
*pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi utama
iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil
daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya.
*Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah:
1. Memartabatkan profesion perguruan;
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
3. Meningkatkan kualiti sekolah;
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai
rakan kongsi dalam pendidikan;
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi
dan pasaran kerja;
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.