SlideShare a Scribd company logo
Pelajar Tingkatan 6:Antara Cabaran,Peluang dan Harapan
PENGENALAN
Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk
ke universiti atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam sememangnya realiti.
Selain itu, segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas
Tingkatan Enam hanya membuang masa dan berisiko. Justeru, secara langsung
menjadikan Tingkatan Enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk
pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar-pelajar terutamanya
pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan
universiti berbanding Tingkatan Enam. Selain itu kebanyakan pelajar cepat
“tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa
berbanding gelaran pelajar
Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat
ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan Enam merupakan salah satu
tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Kenyataan ini disokong
melalui pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menambah
tempat bagi lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi lepasan STPM
sesi akademik. Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum program
matrikulasi,justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah
STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan
yang berkualiti dari segi akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi
kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi
pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih
utama.
Secara keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu sehingga sekarang masih
relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan
peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara
ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang
terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke
Tingkatan Enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu
diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan
Enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti
dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah
ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
DEFINISI KONSEP
Secara khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti
STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan
untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah
sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk
menawarkan Tingkatan Enam. Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan
selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang
pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali
sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza
berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian
uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat
dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang
organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan .
Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah
maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti
Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan
Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga
2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris
sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti
Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan
masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata
pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan
STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata
pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti
tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan aliran
Sains atau Kemanusiaan.
Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam
Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti
yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English
Test (MUET). STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti
yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf
oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di
negara-negara Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang
menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
CABARAN
BUKU RUJUKAN
Para pelajar tingkatan enam memerlukan pelbagai sumber rujukan bagi mata
pelajaran tertentu. Skim pinjaman Buku Teks yang tidak ditawarkan kepada
pelajar Tingkatan Enam membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Hal
ini kerana kos bagi buku rujukan adalah tinggi. Selain itu faktor kekurangan
buku rujukan di pasaran turut merupakan cabaran besar kepada pelajar
tingkatan enam yang perlu kelengkapan bahan rujukan yang menyeluruh.
TERIKAT PADA PERATURAN SEKOLAH
Disebabkan taraf Pra-U untuk Tingkatan Enam belum direalisasikan secara
menyeluruh menyebabkan pelajar Tingkatan Enam masih ditempatkan di
sekolah. Sehubungan itu pelajar Tingkatan Enam masih terikat dengan setiap
peraturan yang ditetapkan sekolah seperti pemakaian baju seragam sekolah.
Pada masa yang sama hukuman dan tindakan disiplin tetap dikenakan bagi
pelajar Tingkatan Enam adalah setaraf dengan pelajar menengah bawahan,
dengan kata lain mereka turut terikat dengan peraturan sekolah seperti murid-
murid lain.
KURANG INFRASTRUKTUR
Hal ini dapat dilihat di setiap sesebuah institusi pendididkan yang jelas
menempatkan para Pelajar Tingkatan Enam di tempatkan di tempat yang kurang
selesa terutama bagi pelajar Tingkatan Enam Rendah. Di sini berlaku ketidak
seimbangan dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang lebih junior
berbanding senior. Mereka perlu diberi pelbagai infrasturuktur yang selesa dan
kondusif. Pelajar Tingkatan Enam yang lebih dikenali sebagai pelajar ’PRA-U’
iaitu mereka yang akan menjejaki IPTA perlu diberi kemudahan kelas,gelangang
permainan,studio,bilik mesyuarat bagi membezakan mereka dengan murid dari
tingkatan lain.
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
PELUANG
KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI
Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM tidak mempunyai
peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar daripada matrikulasi
yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang memberangsangkan. Hal ini
ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi
kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA. Hal ini adalah kerana
pelajar Tingkatan Enam mempunyai saingan yang sedikit kerana tidak semua
sekolah menawarkan Tingkatan Enam . Hanya segelintir sekolah sahaja ada
Tingkatan Enam ini. Bilangan pelajar Tingkatan Enam juga kecil kerana
kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka
di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan Tingkatan Enam
merupakan pilihan terakhir bagi mereka.
PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM
Pelajar lepasan SPM tidak yakin dengan pengajian di Tingkatan Enam dan berasa
khuatir jika sijil STPM tidak laku untuk digunakan. Sebenarnya kenyataan ini
adalah tidak bernas kerana STPM telah diiktiraf oleh IPTA tempatan. Realitinya
banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-
negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland menyamakan STPM
dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah mengetepikan prejudis terhadap
pengiktirafan sijil STPM dan tidak khuatir untuk melanjutkan pelajaran mereka di
Tingkatan Enam. Seharusnya pelajar belajar bersungguh-sungguh semasa di
Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan terbaik ke IPTA
PENJIMATAN KOS
Kini, ibu bapa lebih suka dan menggalakkan anak mereka ke program
matrikulasi, kolej atau mana-mana institusi pengajian berbanding ke Tingkatan
Enam selepas SPM, tanpa mereka sedari kos yang diperlukan adalah amat tinggi
berbanding ke Tingkatan Enam. Menyertai Tingkatan Enam adalah cara yang
paling bertepatan kerana tidak memerlukan kos yang banyak malahan mereka
boleh mengitar semula barangan semasa tingkatan 5. Berbanding apabila
memasuki institusi lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi
menampung kos keperluan kemasukan seperti baju,kasut bahan rujukan serta
kos penginapan.Selain itu, mereka terpaksa menyediakan keperluan telefon
bimbit malahan perlu menyediakan laptop sebagai satu kemudahan. Keadaan ini
jauh berbeza dengan pelajar Tingkatan Enam iaitu telefon bimbit dan laptop
bukanlah satu kemudahan yang perlu ada dan dibawa ke sekolah.
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
HARAPAN
STPM PATUT DIJADIKAN PASPORT UTAMA KE IPTA
Pelajar Tingkatan Enam berpendapat bahawa STPM amat sukar dan banyak yang
terpaksa dibaca menjadi suatu sindrom kepada mereka.Hal ini demikian kerana,
mereka terpaksa belajar dalam tempoh hanya satu tahun setengah iaitu
setengah tahun bagi Tingkatan Enam Rendah, dan setahun lagi bagi Tingkatan
Enam Atas. Mereka beranggapan bahawa kegagalan meraih keputusan
cemerlang pada peringkat STPM akan mengecewakan mereka jika hendak
melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam. Hanya calon yang
mencatat keputusan cemerlang dan gemilang sahaja akan ditawarkan tempat
disebabkan oleh kesempitan tempat di IPTA. Selain itu,majoriti IPTA sudah ada
menawarkan program matrikulasi dan diploma tersendiri untuk diserapkan ke
institusi mereka sekaligus mempersempitkan peluang calon yang kurang
cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka. Oleh itu,wajar dilaksanakan
dengan penuh komited ialah menjadikan STPM sebagai pasport utama secara
menyeluruh tidak terbatas kepada calon cemerlang dan gemilang sahaja.
MEMPERUNTUKKAN BIASISWA KHAS BAGI PELAJAR TINGKATAN ENAM
Peningkatan harga barang termasuk bahan rujukan telah menyusahkan para
pelajar ini.Bahan rujukan banyak digunakan sepanjang tempoh pengajian untuk
mendapat informasi bertepatan dengan format STPM. Oleh itu peruntukan
biasiswa melalui Kementerian Pelajaran dapat membuka peluang kepada pelajar
Tingkatan Enam untuk membeli buku rujukan serta bahan-bahan ilmiah
memandangkan selama ini mereka hanya bergantung kepada pendapatan
keluarga. Pemberian biasiswa ini amat bertepatan kerana secara tidak langsung
dapat membantu pelajar sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
keluarga pelajar yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah.
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
CADANGAN
MEWUJUDKAN KELENGKAPAN INFRASTRUKTUR KHUSUS UNTUK TINGKATAN
ENAM
Ketiadaan Infrastruktur khusus untuk pelajar Tingkatan Enam menyebabkan ia
dipandang ’enteng’ oleh sesetengah pihak. Mereka beranggapan bahawa
ketiadaan kemudahan ini akan menyebabkan proses pembelajaran tidak
berjalan dengan lancar. Spekulasi ini seterusnya menyebabkan Tingkatan Enam
tidak menjadi pilihan utama bagi lepasan SPM melanjutkan pelajaran.Oleh
itu,Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah mewujudkan infrastrktur khusus
seperti membina blok khas untuk pelajar Tingkatan Enam.Selain itu,kelas
mestilah berlainan dan mempunyai bilangan murid yang minima iaitu lebih
kurang 20 pelajar dalam satu-satu kelas bagi memastikan proses pembelajaran
berjalan lancar.Kemudahan dalam setiap kelas seperti komputer berserta
rangkaian internet harus diadakan bagi pelajar menyelesaikan tugasan serta
mencari informasi berkaitan dengan subjek secara mudah dan cepat.Bilik
mesyuarat khas untuk Tingkatan Enam adalah amat penting kerana akan
menjadi pusat perbincangan untuk setiap masalah yang dihadapi serta tempat
bagi mereka merangka projek.
PAKAIAN
Identiti yang hampir sama dengan pelajar lain memyebabkan pelajar Tingkatan
Enam ini tidak menonjol lebih-lebih lagi apabila mereka menyandang jawatan-
jawatan dalam kepimpinan yang memerlukan penyeragaman seperti pengawas
dan pengawas pusat sumber.Oleh itu,uniform khas diperlukan bagi menonjolkan
identiti mereka sebagai pelajar yang bakal ke universiti. Tidak keterlaluan jika
kami selaku pelajar Tingkatan Enam meminta agar pemakaian uniform ini
diselaraskan di semua sekolah agar mudah dikenali dan menjadi simbolik
kepada Tingkatan Enam.
MENGUBAH SISTEM PENILAIAN
Penilaian terhadap kecemerlangan pelajar STPM biasanya dinilai berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir mereka(STPM). Tetapi, perkara ini tidak relevan
kerana, apakah yang akan terjadi jika seorang pelajar yang selama ini konsisten
cemerlang tetapi pada tarikh peperiksaan dia ditimpa musibah sehingga
menyebabkan pelajar tidak dapat memberi tumpuan semasa menjawab soalan
peperiksaan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa penilaian kecemerlangan ini
seharusnya dinilai sepanjang tempoh pengajian dan bukannya hanya pada
peperiksaan STPM.Contohnya, penilaian kerja kursus ilmiah juga boleh dijadikan
kayu ukur kecemerlangan seseorang itu di samping ujian bertulis pada akhir
pengajian.
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
RUMUSAN
Tingkatan Enam merupakan salah satu daripada 2 sistem prauniversiti yang
utama untuk kemasukan ke Universiti Awam Malaysia walaupun terdapat
pelbagai permasalahan yang timbul tetapi jika difikir secara logik, kemasukan ke
Tingkatan Enam adalah yang terbaik kerana sijil STPM amat bernilai dan ini
terbukti kerana diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara
Pendidikan di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal
mahasiswa yang mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban
tugas di IPTA kelak. Masyarakat diminta mengubah tanggapan dan persepsi
terhadap Tingkatan Enam dan masyarakat juga diminta mengubah paradigma
yang selama ini menganggap bahawa hanya matrikulasi dan kolej sebagai hala
tuju anak-anak mereka selepas SPM, lalu mengetepikan keupayaan Tingkatan
Enam dalam memberi pendidikan lanjut selepas SPM sebagai medan hala tuju ke
IPTA.
Hakikatnya, walaupun wujud banyak kekurangan terutama dari segi
infrastruktur di Tingkatan Enam ia sepatutnya dijadikan pemangkin bagi
membakar semangat pelajar-pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran bagi mencapai kejayaan terutamanya bagi pelajar lepasan SPM
yang gagal meraih mana-mana tempat di matrikulasi atau kolej yang mana
akhirnya memilih untuk meneruskan pembelajaran di Tingkatan Enam.
Kini, kita harus berterima kasih kepada Kementerian Pelajaan Malaysia kerana
bersedia menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan perdana ke IPTA
dengan membuka luas kuota kemasukan bagi calon-calon lulusan STPM ke IPTA.
Selain itu,sebenarnya sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam
yang sedia ada mampu melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan
beberapa perubahan dari segi identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan
pada bahagian yang difikirkan perlu. Perkara yang terpenting di sebalik
perbincangan ini ialah masyarakat dan pelajar itu sendiri perlu mengubah
paradigma mereka dengan tegasan dan jati diri yang tinggi untuk mengharung
cabaran, rintangan dan pahit getir ke arah mempersiapkan diri sebagai bakal
mahasiswa yang cemerlang di IPTA
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23
•
•
•
•
•
•
•
回复: Kolokium tingkatan 6
由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am
RUJUKAN
1. Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia (Jun 2000)” Kualiti Pendidikan Jadi
Keutamaan Alaf Baru”. Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Guru Malaysia (Februari 2008)”Penjawatan Baru Tingkatan 6 Telah Melahirkan
Suasana Tidak Harmoni di Kalangan Guru di Sek
Giraffe
校长
帖子数: 542
1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 23

More Related Content

Similar to Kk & kolokium

Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
Li Fang Li
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
nurulliyana28
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
RubinaKhan69
 
HPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERHPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERhudanadia
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
jegamani
 
Dapatan kajian 2
Dapatan kajian 2Dapatan kajian 2
Dapatan kajian 2
Azizul84
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learningUmmu Zubair
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
Belong Ridhwan
 
Isu pppm
Isu pppmIsu pppm
Isu pppm
Pachai kannan
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
Ng lily
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
DANSONANAKKAWIN
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Zieya Ash
 

Similar to Kk & kolokium (15)

Rujukan selepas spm
Rujukan selepas spmRujukan selepas spm
Rujukan selepas spm
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
Implikasi pelaksanaan promosi terhadap pengambilan pelajar ke kolej komuniti ...
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
 
HPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENERHPGD3203 OPENER
HPGD3203 OPENER
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
Dapatan kajian 2
Dapatan kajian 2Dapatan kajian 2
Dapatan kajian 2
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learning
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Isu pppm
Isu pppmIsu pppm
Isu pppm
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 

Kk & kolokium

  • 1. Pelajar Tingkatan 6:Antara Cabaran,Peluang dan Harapan PENGENALAN Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam sememangnya realiti. Selain itu, segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas Tingkatan Enam hanya membuang masa dan berisiko. Justeru, secara langsung menjadikan Tingkatan Enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan universiti berbanding Tingkatan Enam. Selain itu kebanyakan pelajar cepat “tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran pelajar Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan Enam merupakan salah satu tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Kenyataan ini disokong melalui pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menambah tempat bagi lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi lepasan STPM sesi akademik. Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum program matrikulasi,justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama. Secara keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu sehingga sekarang masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke Tingkatan Enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan Enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 2. Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23 • • • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am DEFINISI KONSEP Secara khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam. Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat
  • 3. dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan . Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan aliran Sains atau Kemanusiaan. Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET). STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM sama dengan A-level. Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23
  • 4. • • • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am CABARAN BUKU RUJUKAN Para pelajar tingkatan enam memerlukan pelbagai sumber rujukan bagi mata pelajaran tertentu. Skim pinjaman Buku Teks yang tidak ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Enam membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana kos bagi buku rujukan adalah tinggi. Selain itu faktor kekurangan buku rujukan di pasaran turut merupakan cabaran besar kepada pelajar tingkatan enam yang perlu kelengkapan bahan rujukan yang menyeluruh. TERIKAT PADA PERATURAN SEKOLAH Disebabkan taraf Pra-U untuk Tingkatan Enam belum direalisasikan secara menyeluruh menyebabkan pelajar Tingkatan Enam masih ditempatkan di sekolah. Sehubungan itu pelajar Tingkatan Enam masih terikat dengan setiap peraturan yang ditetapkan sekolah seperti pemakaian baju seragam sekolah. Pada masa yang sama hukuman dan tindakan disiplin tetap dikenakan bagi pelajar Tingkatan Enam adalah setaraf dengan pelajar menengah bawahan, dengan kata lain mereka turut terikat dengan peraturan sekolah seperti murid- murid lain. KURANG INFRASTRUKTUR Hal ini dapat dilihat di setiap sesebuah institusi pendididkan yang jelas menempatkan para Pelajar Tingkatan Enam di tempatkan di tempat yang kurang selesa terutama bagi pelajar Tingkatan Enam Rendah. Di sini berlaku ketidak seimbangan dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang lebih junior berbanding senior. Mereka perlu diberi pelbagai infrasturuktur yang selesa dan kondusif. Pelajar Tingkatan Enam yang lebih dikenali sebagai pelajar ’PRA-U’ iaitu mereka yang akan menjejaki IPTA perlu diberi kemudahan kelas,gelangang
  • 5. permainan,studio,bilik mesyuarat bagi membezakan mereka dengan murid dari tingkatan lain. Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23 • • • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am PELUANG KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar daripada matrikulasi yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang memberangsangkan. Hal ini ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA. Hal ini adalah kerana pelajar Tingkatan Enam mempunyai saingan yang sedikit kerana tidak semua
  • 6. sekolah menawarkan Tingkatan Enam . Hanya segelintir sekolah sahaja ada Tingkatan Enam ini. Bilangan pelajar Tingkatan Enam juga kecil kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan Tingkatan Enam merupakan pilihan terakhir bagi mereka. PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM Pelajar lepasan SPM tidak yakin dengan pengajian di Tingkatan Enam dan berasa khuatir jika sijil STPM tidak laku untuk digunakan. Sebenarnya kenyataan ini adalah tidak bernas kerana STPM telah diiktiraf oleh IPTA tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara- negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland menyamakan STPM dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM dan tidak khuatir untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam. Seharusnya pelajar belajar bersungguh-sungguh semasa di Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan terbaik ke IPTA PENJIMATAN KOS Kini, ibu bapa lebih suka dan menggalakkan anak mereka ke program matrikulasi, kolej atau mana-mana institusi pengajian berbanding ke Tingkatan Enam selepas SPM, tanpa mereka sedari kos yang diperlukan adalah amat tinggi berbanding ke Tingkatan Enam. Menyertai Tingkatan Enam adalah cara yang paling bertepatan kerana tidak memerlukan kos yang banyak malahan mereka boleh mengitar semula barangan semasa tingkatan 5. Berbanding apabila memasuki institusi lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi menampung kos keperluan kemasukan seperti baju,kasut bahan rujukan serta kos penginapan.Selain itu, mereka terpaksa menyediakan keperluan telefon bimbit malahan perlu menyediakan laptop sebagai satu kemudahan. Keadaan ini jauh berbeza dengan pelajar Tingkatan Enam iaitu telefon bimbit dan laptop bukanlah satu kemudahan yang perlu ada dan dibawa ke sekolah. Giraffe 校长
  • 7. 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23 • • • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am HARAPAN STPM PATUT DIJADIKAN PASPORT UTAMA KE IPTA Pelajar Tingkatan Enam berpendapat bahawa STPM amat sukar dan banyak yang terpaksa dibaca menjadi suatu sindrom kepada mereka.Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa belajar dalam tempoh hanya satu tahun setengah iaitu setengah tahun bagi Tingkatan Enam Rendah, dan setahun lagi bagi Tingkatan Enam Atas. Mereka beranggapan bahawa kegagalan meraih keputusan cemerlang pada peringkat STPM akan mengecewakan mereka jika hendak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam. Hanya calon yang mencatat keputusan cemerlang dan gemilang sahaja akan ditawarkan tempat disebabkan oleh kesempitan tempat di IPTA. Selain itu,majoriti IPTA sudah ada menawarkan program matrikulasi dan diploma tersendiri untuk diserapkan ke institusi mereka sekaligus mempersempitkan peluang calon yang kurang cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka. Oleh itu,wajar dilaksanakan dengan penuh komited ialah menjadikan STPM sebagai pasport utama secara menyeluruh tidak terbatas kepada calon cemerlang dan gemilang sahaja. MEMPERUNTUKKAN BIASISWA KHAS BAGI PELAJAR TINGKATAN ENAM Peningkatan harga barang termasuk bahan rujukan telah menyusahkan para pelajar ini.Bahan rujukan banyak digunakan sepanjang tempoh pengajian untuk mendapat informasi bertepatan dengan format STPM. Oleh itu peruntukan
  • 8. biasiswa melalui Kementerian Pelajaran dapat membuka peluang kepada pelajar Tingkatan Enam untuk membeli buku rujukan serta bahan-bahan ilmiah memandangkan selama ini mereka hanya bergantung kepada pendapatan keluarga. Pemberian biasiswa ini amat bertepatan kerana secara tidak langsung dapat membantu pelajar sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga pelajar yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23 • • • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am CADANGAN MEWUJUDKAN KELENGKAPAN INFRASTRUKTUR KHUSUS UNTUK TINGKATAN ENAM Ketiadaan Infrastruktur khusus untuk pelajar Tingkatan Enam menyebabkan ia
  • 9. dipandang ’enteng’ oleh sesetengah pihak. Mereka beranggapan bahawa ketiadaan kemudahan ini akan menyebabkan proses pembelajaran tidak berjalan dengan lancar. Spekulasi ini seterusnya menyebabkan Tingkatan Enam tidak menjadi pilihan utama bagi lepasan SPM melanjutkan pelajaran.Oleh itu,Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah mewujudkan infrastrktur khusus seperti membina blok khas untuk pelajar Tingkatan Enam.Selain itu,kelas mestilah berlainan dan mempunyai bilangan murid yang minima iaitu lebih kurang 20 pelajar dalam satu-satu kelas bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.Kemudahan dalam setiap kelas seperti komputer berserta rangkaian internet harus diadakan bagi pelajar menyelesaikan tugasan serta mencari informasi berkaitan dengan subjek secara mudah dan cepat.Bilik mesyuarat khas untuk Tingkatan Enam adalah amat penting kerana akan menjadi pusat perbincangan untuk setiap masalah yang dihadapi serta tempat bagi mereka merangka projek. PAKAIAN Identiti yang hampir sama dengan pelajar lain memyebabkan pelajar Tingkatan Enam ini tidak menonjol lebih-lebih lagi apabila mereka menyandang jawatan- jawatan dalam kepimpinan yang memerlukan penyeragaman seperti pengawas dan pengawas pusat sumber.Oleh itu,uniform khas diperlukan bagi menonjolkan identiti mereka sebagai pelajar yang bakal ke universiti. Tidak keterlaluan jika kami selaku pelajar Tingkatan Enam meminta agar pemakaian uniform ini diselaraskan di semua sekolah agar mudah dikenali dan menjadi simbolik kepada Tingkatan Enam. MENGUBAH SISTEM PENILAIAN Penilaian terhadap kecemerlangan pelajar STPM biasanya dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan akhir mereka(STPM). Tetapi, perkara ini tidak relevan kerana, apakah yang akan terjadi jika seorang pelajar yang selama ini konsisten cemerlang tetapi pada tarikh peperiksaan dia ditimpa musibah sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat memberi tumpuan semasa menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa penilaian kecemerlangan ini seharusnya dinilai sepanjang tempoh pengajian dan bukannya hanya pada peperiksaan STPM.Contohnya, penilaian kerja kursus ilmiah juga boleh dijadikan kayu ukur kecemerlangan seseorang itu di samping ujian bertulis pada akhir pengajian.
  • 10. Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23 • • • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am RUMUSAN Tingkatan Enam merupakan salah satu daripada 2 sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Universiti Awam Malaysia walaupun terdapat pelbagai permasalahan yang timbul tetapi jika difikir secara logik, kemasukan ke Tingkatan Enam adalah yang terbaik kerana sijil STPM amat bernilai dan ini terbukti kerana diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara Pendidikan di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal mahasiswa yang mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban tugas di IPTA kelak. Masyarakat diminta mengubah tanggapan dan persepsi terhadap Tingkatan Enam dan masyarakat juga diminta mengubah paradigma yang selama ini menganggap bahawa hanya matrikulasi dan kolej sebagai hala
  • 11. tuju anak-anak mereka selepas SPM, lalu mengetepikan keupayaan Tingkatan Enam dalam memberi pendidikan lanjut selepas SPM sebagai medan hala tuju ke IPTA. Hakikatnya, walaupun wujud banyak kekurangan terutama dari segi infrastruktur di Tingkatan Enam ia sepatutnya dijadikan pemangkin bagi membakar semangat pelajar-pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam pembelajaran bagi mencapai kejayaan terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang gagal meraih mana-mana tempat di matrikulasi atau kolej yang mana akhirnya memilih untuk meneruskan pembelajaran di Tingkatan Enam. Kini, kita harus berterima kasih kepada Kementerian Pelajaan Malaysia kerana bersedia menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan perdana ke IPTA dengan membuka luas kuota kemasukan bagi calon-calon lulusan STPM ke IPTA. Selain itu,sebenarnya sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang sedia ada mampu melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan beberapa perubahan dari segi identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan pada bahagian yang difikirkan perlu. Perkara yang terpenting di sebalik perbincangan ini ialah masyarakat dan pelajar itu sendiri perlu mengubah paradigma mereka dengan tegasan dan jati diri yang tinggi untuk mengharung cabaran, rintangan dan pahit getir ke arah mempersiapkan diri sebagai bakal mahasiswa yang cemerlang di IPTA Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23 • •
  • 12. • • • • • 回复: Kolokium tingkatan 6 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 11:47 am RUJUKAN 1. Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia (Jun 2000)” Kualiti Pendidikan Jadi Keutamaan Alaf Baru”. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Guru Malaysia (Februari 2008)”Penjawatan Baru Tingkatan 6 Telah Melahirkan Suasana Tidak Harmoni di Kalangan Guru di Sek Giraffe 校长 帖子数: 542 1018 来自: johor 注册日期: 09-07-22 年龄: 23