Ini merupakan tajuk perbincangan ahli kumpulan saya.Untuk sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam secara santai mengenai Imam Hanifah,bolehla jadikan ia sebagai maklumat tambahan..Semoga mendapat manfaat.
2. Latar belakang
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad
Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin
Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul
Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab
Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi
Muhammad saw.
3. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada
bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.
Imam Syafie dikenali sebagai “Syafie” semperna
nama moyangnya yang keempat iaitu Syaafi’ bin
As-Saa Ib.
Beliau meninggal dunia pada bulan Rejab tahun
204 Hijrah bersamaan 821 Masihi di Mesir ketika
berumur 54 tahun.
4. Sifat Peribadi
Fasih bercakap, suaranya menarik dan seorang
Qari yang mahsyur.
Berakhlak mulia, kuat ingatannya dan berhemah
tinggi.
Sentiasa memelihara adab dan disiplin.
5. Pendidikan
Berikut adalah latar pendidikan Imam syafie
sepanjang kehidupan beliau:
- Penguasaan Bahasa Arab dan Fiqh.
Beliau memilih suku Huzail kerana mereka terkenal dengan
kehalusan bahasa dan sasteranya yang tinggi. Imam asy-Syafi’i
gemar menggelarkan suku Huzail itu sebagai suku Arab yang
paling fasih.
6. - Guru-guru di Kota Mekah.
Ketika beliau berada di Kota Mekah, beliau selalu hadir di majlis
Sufyan bin Uyainah. Sufyan bin Uyainah merupakan seorang
tokoh besar ahli Hadis di Kota Mekah, sebesar Imam Malik di
Madinah.
- Menuntut ilmu di Kota Madinah.
Kota Madinah pada zaman Imam asy-Syafi’i merupakan sebuah
kota gedung ilmu yang cukup terkenal. Imam Malik bin Anas,
tokoh Ulama yang paling menguasai ilmu Hadis dan Fiqh telah
tinggal di kota tersebut.
7. - Berhijrah ke Yaman.
Setelah Imam Malik wafat, Imam asy-Syafi’i berhijrah pula ke
Yaman bagi mencari nafkah untuk keluarganya yang miskin.
Beliau bekerja sebagai salah seorang pembantu tugasan Gabenor
Yaman.
-