Di dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq digunakan bagi merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan melalui talak. Pada sudut istilah faraq yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud pemisahan atau pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya
Di dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq digunakan bagi merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan melalui talak. Pada sudut istilah faraq yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud pemisahan atau pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya
1. PERUBAHAN JENIS-JENIS IDDAH MENURUT
PANDANGAN ULAMA
Perkahwinan merupakan suatu ikatan suci antara lelaki dan perempuan melalui
aqad yang mengharuskan pasangan tersebut melakukan persetubuhan menurut
syari’at. Namun, apabila terjadinya penceraian, maka ikatan perkahwinan ini akan
terlerai dan pihak perempuan perlu menjalani iddah. Iddah adalah merujuk kepada
bilangan iaitu bilangan suci daripada haid dan juga bilangan bulan. Dari sudut istilah
pula, iddah ialah nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang perempuan
menunggunya semata-mata mematuhi perintah Allah atau sebagai tanda kesedihan
terhadap pemergian suami atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan.
Justeru, iddah merupakan suatu tempoh yang perlu dijalani oleh perempuan yang
bercerai dan tempoh iddah ini bergantung kepada situasi ketika bercerai sama ada
talaq raj’i mahupun talaq ba’in serta keadaan perempuan tersebut sama ada hamil
atau sebaliknya.
Selanjutnya, hukum iddah pada syarak adalah wajib ke atas perempuan yang
bercerai dan orang lelaki tidak dikenakan sebarang iddah serta tiada halangan syar’i
bagi lelaki tersebut berkahwin terus dengan perempuan lain. Pensyariatan iddah ke
atas permpuan yang bercerai ini telah disebutkan dalam beberapa ayat al-Qur’an
seperti yang dinyatakan pada ayat 228, ayat 234 dalam surah al-Baqarah, ayat 4
dalam surah at-Talaq dan pada ayat 49 dalam surah al-Ahzab. Manakala,
pensyariatan iddah juga disebutkan dalam beberapa hadith Rasulullah SAW
sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam-imam terkenal seperti riwayat Bukhari,
Muslim, an-Nasa’i, Ahmad dan Daraqutni. Sementara itu, pensyariatan iddah telah
disabitkan dengan ijma’ ulama dari kalangan fuqaha’ beserrta dalil-dalil yang
digunapakai dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka.
Selain iddah ini disyariatkan dalam hukum penceraian, tuntutan iddah ini turut
mempunyai hikmahnya tersendiri. Tempoh iddah ini bertujuan untuk mengetahui
kebersihan rahim daripada mani suami, atau sebagai pengabdian kepada Allah, atau
kerana menandakan kedukaan ke atas suami, atau dapat memberi peluang kepada
suami untuk merujuk kembali isterinya yang diceraikan. Oleh itu, iddah merupakan
suatu tuntutan yang perlu dijalani oleh perempuan yang bercerai dan tempohnya
adalah bergantung kepada keadaannya semasa diceraikan oleh suaminya.
Jenis-Jenis Iddah
Secara umumnya, iddah dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu iddah quru’, iddah
kiraan bulan dan iddah bagi wanita yang hamil. Semasa seseorang wanita itu taat
menjalani iddah talak raj’i, maka dia berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat
kediaman serta segala perbelanjaan daripada bekas suaminya. Sekiranya dia
seorang yang derhaka, maka dia tidak berhak mendapat nafkah tersebut[1]. Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
.
Maksudnya : “Bagi perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya hanyalah nafkah
dan tempat kediaman”[2].
Manakala seseorang wanita yang hamil dalam iddah ba’in, maka dia berhak
mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman sehingga melahirkan anaknya[3].
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada
mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”[4].
2. Namun begitu, perempuan yang tidah hamil yang dalam iddah talak ba’in, sama ada
dengan talak tebus atau talak tiga tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan
tempat kediaman. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
.
Maksudnya : “Tiada baginya tempat kediaman dan tiada pula nafkah”[5].
Iddah Quru’
Perkataan quru’ adalah jamak kepada perkataan qur’ yang bermaksud haid atau
suci[6]. Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan maksud perkataan quru’
tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam al-Qur’an iaitu :
Maksudnya : “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan
menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali quru‟ ”[7].
Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, perkataan quru’ dalam ayat di atas merujuk
kepada haid. Ini bermakna, iddah quru’ menurut mazhab mereka adalah dengan
didatangi tiga kali haid, bukan tiga kali suci. Manakala perkataan quru’ menurut
mazhab Syafi’e dan Maliki pula ialah suci daripada haid. Hal ini bermakna, di sisi
mazhab mereka, iddah wanita yang biasa didatangi haid ialah tiga kali suci daripada
haid[8].
Menurut mazhab Syafi’e, tempoh minima iddah bagi wanita yang biasa didatangi
haid ialah tiga puluh dua hari. Ini kerana tempoh haid yang minima ialah 24 jam iaitu
sehari semalam. Manakala tempoh minima suci daripada haid pula ialah selama 15
hari. Contoh kiraan iddah haid bagi mazhab Syafi’e ialah isteri diceraikan dalam
masa suci yang belum dicampuri oleh suami. Walaupun masa suci itu ialah satu jam,
ia sudah dikira sebagai satu kali suci. Kemudian, isteri tersebut didatangi haid satu
hari (masa haid yang paling singkat) dan suci lima belas hari (suci haid kedua).
Selepas itu, isteri tersebut berhaid satu hari lagi dan suci lima belas hari (suci yang
ketiga). Kemudian, apabila isteri tersebut berhaid untuk kali ketiga, maka selesailah
iddahnya[9].
Menurut Imam Abu Hanifah pula, tempoh minima iddah haid bagi isteri yang
diceraikan ialah selama 60 hari[10]. Kiraan iddah menurut Imam Abu Hanifah ialah
isteri diceraikan dalam masa suci yang belum disetubuhi oleh suami, kemudian
berhaid (haid pertama) selama sepuluh hari (masa haid yang paling lama) dan suci
lima belas hari. Kemudian isteri tersebut berhaid (haid yang kedua) selama sepuluh
hari dan suci lima belas hari. Selepas itu, isteri tersebut berhaid (yang ketiga)
selama sepuluh hari dan suci. Apabila habis masa haid yang ketiga, maka selesailah
iddah itu[11].
Iddah dengan Kiraan Bulan
Dua jenis golongan yang beriddah dengan iddah kiraan bulan ialah pertama, wanita
yang belum didatangi haid seperti kanak-kanak yang belum baligh ataupun yang
telah mencapai umur 15 tahun, tetapi masih belum didatangi haid atau wanita yang
sudah putus haid serta tidak hamil. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang putus haid di antara isteri-isteri
kamu jika kamu ragu-ragu, maka iddah mereka ialah tiga bulan, begitu juga isteri-
isteri yang belum pernah datang haid”[12].
Kebiasaannya, umur bagi wanita yang putus haid ialah antara 50 hingga 60
tahun[13].
Kedua, wanita-wanita yang kematian suami dari perkahwinan mereka yang sah.
Sekiranya mereka tidak hamil, maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari, walaupun masih
belum didatangi haid. Kiraan iddah ini bermula dari tarikh berlakunya kematian
tersebut sama ada telah disetubuhi ataupun belum disetubuhi lagi atau isteri itu
masih kecil ataupun sudah dewasa[14]. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :
3. Maksudnya : “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang
mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka
(beriddah) selama empat bulan sepuluh hari”[15].
Iddah Hamil
Iddah bagi wanita yang bercerai dengan suaminya sama ada disebabkan talak,
fasakh atau kematian suaminya dan dalam keadaan hamil ialah sehingga dia
melahirkan anak yang dikandungnya[16]. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala :
Maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya
ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”[17].
Bilangan iddah ini tetap sama walaupun kelahiran tersebut berlaku selepas sahaja
kematian itu berlaku. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW daripada Ummu
Salamah :
أن س ب ي عت األ س لم يت و ف سج ب عد وف اة زوجها ب ل يال ف جاءث إل ى ال ى بي ف ا س خأذو خه ان ح ى كح
. ف أذن ل ها ف ى كحج
Maksudnya :
“Sabi‟ah telah kematian suaminya sedangkan ketika itu beliau sedang mengandung.
Selepas sepuluh hari kematian suaminya, beliau telah melahirkan kandungannya.
Kemudian beliau mendatangi Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW pun bersabda :
kamu boleh berkahwin. Di dalam satu riwayat lain, Rasulullah SAW telah memberi
fatwa kepadaku bahawa aku telah pun menjadi halal ketika aku melahirkan anakku
dan Baginda menyuruhku berkahwin sekiranya ada pinangan”[18].
Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab, katanya :
ق لج ي ا ر سىل اهلل وأوالث األح مال أج لهه أن ي ض عه حم لهه ل لمط ل قت ث الث ا ول لم خىف ى ع ىها ؟ ف قال
ل قت ث الث ا ول لم خىف ى ع ىهاهي ل لمط
Maksudnya :
“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, „ya Rasulullah, apakah ayat “dan wanita-
wanita yang mengandung iddah mereka ialah sampai mereka bersalin” itu untuk
wanita yang ditalak tiga dan untuk wanita yang kematian suaminya? Baginda
bersabda : ia adalah untuk wanita yang ditalak tiga dan juga untuk wanita yang
kematian suami”[19].
Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan ulama.
Namun telah diriwayatkan daripada Ali bin Abu Thalib, Ibnu Abbas, asy-Syu’bi, al-
Qasimiah, al-Muayyidu Billah dan an-Nashir bahawa mereka berpendapat bahawa
wanita hamil yang kematian suami, jika ia bersalin sebelum habis tempoh empat
bulan sepuluh hari, hendaklah ia beriddah dengan dua iddah iaitu hendaklah ia
menunggu sehingga habis empat bulan sepuluh hari. Tetapi jika empat bulan
sepuluh hari itu telah habis sebelum ia bersalin, maka hendaklah ia menunggu
sehingga ia bersalin[20].
Perubahan-Perubahan Jenis Iddah
Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah boleh berubah daripada satu jenis
iddah kepada iddah yang lain. Contohnya daripada iddah haid kepada iddah kiraan
bulan, daripada iddah kiraan bulan kepada iddah haid, daripada iddah kiraan bulan
atau haid kepada iddah hamil atau daripada iddah raj’i kepada iddah kematian
suami[21].
Iddah Quru’ kepada Iddah Kiraan Bulan’
Menurut mazhab Syafi’e, apabila seseorang wanita yang pernah mengalami haid
dan bercerai, maka dia mesti beriddah dengan iddah quru’ iaitu tiga kali suci.
Namun, iddah quru’ ini akan berubah kepada iddah bulan dalam sesuatu keadaan.
Hal ini berlaku sekiranya kedatangan haid selepas kali pertama itu terhenti dan
tempoh iddahnya akan berterusan sehingga sampai ke peringkat umur putus haid
4. (monopous). [22] Menurut ulama’ Hanafi, wanita tersebut tidak beriddah dengan
kiraan bulan melainkan setelah sampai umur putus haid iaitu 55 tahun. Penentuan
umur putus haid ini ialah umur bagi perempuan yang telah baligh tetapi tidak datang
haid. Dalam hal ini, para fuqaha’ tidak bersependapat dalam menentukan kadar
umur perempuan yang putus haid. Bagi ulama’ Hanbali, umur putus haid ialah 50
tahun manakala ulama’ Syafi’e berpendapat bahawa maksimum putus haid ialah 60
tahun. Ulama’ Maliki pula berpendapat bahawa kadar umur perempuan yang putus
haid ialah 70 tahun, maka darah yang didapati ada pada perempuan selepas itu
tidak dikira darah haid. Setelah itu, apabila sampai umur putus haid, wanita tersebut
perlu memulakan iddah barunya sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas wanita-
wanita yang putus haid dengan iddah kiraan bulan selama tiga bulan.[23]
Bagi mazhab Maliki dan Hanbali pula, iddah wanita tersebut adalah selama satu
tahun bermula tarikh penceraiannya. Hal ini disebabkan tempoh ini adalah
kebiasaan tempoh mengandung dan beriddah pula selepas itu dengan iddah bagi
wanita yang putus haid iaitu tiga bulan bersesuaian dengan pendapat Saidina Umar
r.a. Namun, bagi mazhab Syafi’e dalam qaul jadid adalah bersependapat dengan
mazhab Hanafi iaitu beriddah selama-lamanya sehingga wanita tersebut didatangi
haid atau sampai umur putus haid. Oleh itu, wanita yang mengalami keadaan ini
tidak diharuskan ke atasnya beriddah dengan kiraan bulan kerana masih
mengharapkan kedatangan semula haidnya atau jika wanita tersebut tidak didatangi
haid oleh sesuatu sebab yang terjadi. [24]
Selain itu, jika haid wanita itu terhenti disebabkan menyusu atau sakit maka wanita
yang bercerai itu perlu menunggu sehingga selesai tempoh menyusu atau sembuh
dari penyakitnya. Wanita yang mengalami keadaan ini juga perlu berusaha
mengubati gangguan yang menyekat perjalanan pusingan haid tersebut. Demikian
itu, hukum iddahnya di sisi mazhab Syafi’e dan Hanafi adalah tetap dengan
iddahnya yang asal sehingga wanita tersebut benar-benar pasti tentang keadaan
rahimnya. Jika keadaan yang demikian itu berterusan, wanita tersebut juga
hendaklah menunggu sehingga sampai ke peringkat umur putus haid kemudian
barulah beriddah selama tiga bulan. Hal ini amat bersesuaian dengan firman Allah
SWT :
Maksudnya :“Dan perempuan-perempuan yang putus asa dari haid di antara isteri-
isteri kamu, jika kamu ragu-ragu tentang „iddahnya, maka „iddah mereka adalah tiga
bulan, dan begitu juga wanita-wanita yang tidak ada haid.”[25]
Perkara ini disebabkan oleh seseorang wanita yang pernah mengalami haid dikira
sebagai wanita mempunyai haid. Menurut pandangan mazhab Maliki dan Hanbali
pula, wanita tersebut juga hendaklah menjalani iddah selama tempoh setahun
bermula dari tarikh terhenti haid tersebut, iaitu sembilan bulan bagi memastikan
sama ada hamil atau tidak, dan tiga bulan lagi itu adalah iddahnya dengan kiraan
bulan. Iddah wanita tersebut dianggap selesai setelah menjalani iddah selama
setahun. Akan tetapi, jika haidnya terputus kerana menyusukan anak maka
iddahnya bermula selepas selesai tempoh menyusukan selepas dua tahun.
Dalam tempoh haid itu terhenti, suami wajib menanggung nafkah dan tempat tinggal
isteri tersebut sepanjang iddahnya sekalipun ia membebankannya. Oleh kerana
keadaan ini boleh mendatangkan kesusahan ke atas bekas suami dan membuka
peluang kepada kaum wanita melakukan penipuan ke atas bekas suaminya agar
berterusan memperolehi nafkah, maka pihak berkuasa di negeri Mesir telah
membuat ketetapan sebagaimana terdapat dalam Undang-Undang Bilangan 25,
tahun 1929 iaitu,[26]
“Tidak diterima dakwaan tuntutan nafkah iddah yang sudah berlalu lebih dari
5. setahun dari tarikh mula berlaku penceraian”
Tempoh setahun yang dimaksudkan dalam peruntukan undang-undang tersebut
ialah setahun Masihi iaitu genap 365 hari. Hal ini bermakna jika haid wanita terhenti
disebabkan penyusuan atau sakit, maka wanita tersebut boleh menuntut nafkah dan
tempat tinggal selama setahun dari tarikh penceraian itu berlaku.
Iddah Kiraan Bulan kepada Iddah Quru’
Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya sedangkan dia masih belum
mengalami haid disebabkan masih kecil atau telah mencapai umur putus haid, maka
dia perlu beriddah selama tiga bulan bermula dari tarikh penceraian.[27]
Sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya :
“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan
haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah
tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid”[28]
Pada asalnya, iddah quru’ merupakan iddah asal sekiranya berlaku talaq iaitu talaq
raj’i. Namun, bagi wanita belum mengalami haid atau telah mencapai umur putus
haid ini, dia yang perlu beriddah dengan iddah quru’ akan digantikan sebagai iddah
dengan bulan sama seperti orang yang boleh mengambil wudhuk tetapi
menggantikan dengan bertayammum apabila mencukupi syarat-syarat sah
tayammum. [29]
Perubahan iddah berlaku dari iddah kiraan bulan kepada iddah quru’ sekiranya
wanita tersebut didatangi haid sebelum iddahnya selesai, maka iddah yang telah
dijalaninya terbatal dan wajib memulakan iddah yang baru. [30] Tempoh iddah
barunya dikira tamat dengan tiga kali haid menurut pandangan mazhab Hanafi dan
Hanbali dan dengan tiga kali suci menurut pandangan mazhab Syafi’e dan Maliki.
Oleh hal demikian, apabila wanita yang telah putus haid mendapati ada darah
haidnya ternyata sangkaannya adalah salah dan perlu beriddah dengan iddah quru’.
[31]
Hal ini sama juga bagi seseorang wanita yang telah baligh tetapi dia tidak pernah
mengalami kedatangan haid dan kedudukannya sama dengan wanita yang telah
putus haid. Sekiranya dia bercerai, iddahnya dengan kiraan bulan namun bertukar
kepada iddah quru’ apabila dia didatangi haid dalam tempoh iddah tiga kali suci
mengikut mazhab Syafi’e dan Maliki. Firman Allah SWT,
Maksudnya :
“Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)”[32]
Tetapi, apabila seseorang wanita itu bercerai sama ada masih kecil atau telah baligh
tetapi masih belum kedatangan haid dan telah selesai menjalani iddahnya iaitu iddah
dengan kiraan bulan, maka wanita tersebut tidak lagi diwajibkan memulakan iddah
baru iaitu iddah quru’ sama ada haid mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali atau thur
(suci) mengikut mazhab Syafi’e dan Maliki.[33] Hal ini adalah sama seperti orang
yang menunaikan solat dengan menggunakan tayammum dan selepas itu
mendapati ada air setelah tamatnya waktu solat, maka tidak diwajibkan ke atasnya
berwudhuk dan mengulangi solat.[34]
Iddah Kiraan Bulan atau Iddah Quru’ kepada Iddah Hamil
Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah dengan kiraan bulan atau iddah
quru’ tiba-tiba telah nyata wanita tersebut hamil, maka iddahnya bertukar pula
kepada iddah hamil.[35] Tempoh iddah hamil ini akan tamat selepas melahirkan
anak yang dikandungnya.[36] Firman Allah SWT :
6. Maksudnya :
“dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka
melahirkan anak Yang dikandungnya.”[37]
Iddah bagi wanita hamil juga tetap dikira selesai dengan melahirkan kandungannya,
walaupun wanita tersebut bersalin selepas suaminya baru sahaja meninggal dunia
ataupun mengambil masa yang lama.[38]
Tempoh iddah kiraan bulan atau iddah quru’ yang telah dijalaninya juga dikira batal
mengikut mazhab Maliki dan Syafi’e beberapa kerana pada zahirnya beberapa quru’
adalah dalil bersihnya rahim isteri. Sementara itu, hamil pula merupakan bukti
bahawa rahim berfungsi memproses janin secara yakin di samping kelahiran bayi
merupakan bukti yang nyata ke atas keadaan rahim yang sebenar. Mengikut hukum
fiqh, dalil yang zahir akan gugur dengan wujudnya dalil yang yakin di mana iddah
kiraan bulan atau iddah quru’ akan terbatal dengan wujudnya iddah hamil.[39]
Iddah Raj’i kepada Iddah Mati
Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah raj’i, tetapi suaminya meninggal
dunia ketika tempoh iddah tersebut, maka iddah raj’i yang dijalaninya akan bertukar
kepada iddah kematian suami. Ini bermakna, baki iddah raj’i yang masih tinggal dan
hak mendapat nafkah semasa iddah raj’i akan gugur dengan sendirinya. Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
.
Maksudnya :
“Isteri yang hamil yang kematian suaminya, tidak berhak mendapat nafkah”[40].
Namun begitu, wanita tersebut masih berhak mendapat pusaka dari harta
peninggalan suaminya itu[41]. Iddah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari akan
bermula dari tarikh kematian suaminya itu. Kiraan bulan yang dimaksudkan ialah
dengan kiraan bulan Islam (Hilaliyah) bukan bulan Masihi. Sekiranya wanita itu
diceraikan dengan talak ba’in, maka iddahnya kekal seperti asalnya tanpa
perubahan[42].
Beberapa Isu dalam Iddah
Terdapat beberapa isu berkaitan perubahan jenis iddah yang boleh mengubah
tempoh iddah yang dijalani oleh perempuan yang bercerai hidup atau mati.
Antaranya ialah kes percampuran iddah, perempuan yang diragui hamil, perempuan
yang putus haid disebabkan penyakit yang tidak diketahui, perempuan yang terputus
haid dengan sebab penyakit yang diketahui, perempuan mustahadah, perempuan
yang diceraikan sebelum dukhul (melakukan persetubuhan), dan iddah bagi
perempuan yang kehilangan suami.
Isu Pertama : Kes Percampuran Iddah
Percampuran dua iddah boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya ialah
wanita yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak raj’i dan semasa dalam
iddah, wanita tersebut telah disetubuhi oleh suaminya sebelum berlaku rujuk ke
atasnya. Setelah selesai melakukan persetubuhan, wanita tersebut hendaklah
menjalani iddah yang baru. Iaitu mengikut keadaannya sama ada sebanyak tiga kali
suci atau dengan menunggu tempoh selama tiga bulan. Manakala tempoh iddah
yang telah selesai dijalaninya itu dikira telah gugur. Baki iddah raj’i yang masih
belum ditunaikannya itu termasuk dalam iddahnya yang baru.
Di samping itu, apabila seseorang isteri yang diceraikan dalam keadaan tidak hamil
dan telah selesai menjalani tempoh sekali suci dalam iddahnya, tiba-tiba dia telah
disetubuhi oleh suaminya sebelum dilakukan rujuk ke atasnya, lalu wanita tersebut
hamil disebabkan persetubuhan tersebut, maka iddah wanita tersebut akan tamat
selepas dia melahirkan anaknya. Manakala baki iddah yang terdahulu iaitu selama
7. dua kali suci dari haid itu tidak lagi dituntut untuk ditunaikan selepas dia bersalin.[43]
4.2 Isu Kedua : Perempuan yang Diragui Hamil
Menurut Wahbah al-Zuhaili bahawa, apabila orang yang beriddah disebabkan talaq
atau kematian suami, maka boleh dilihat tanda-tanda kehamilan daripada
pergerakan dalam perut dan sebagainya. Kemudian jika perempuan tersebut mulai
syak setelah selesai iddah quru’ atau iddah bulan, maka perempuan tersebut
hendaklah menunggu sehingga habis tempoh hamil menurut ulama’ Maliki. Oleh
sebab itu, berdasarkan mazhab Syafi’i dan Hanbali menjelaskan bahawa tidak
dihalalkan baginya untuk berkahwin sebelum habis tempoh hamil dan wajib bersabar
daripada berkahwin sehingga hilang syak sebagai langkah ihtiyat dengan
berdasarkan hadith :
ما ي ري بك إل ى ما ال ي ري بكدع
Maksudnya :
“Tinggalkan perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu.”
Maka menurut ulama’ Maliki bahawa tidak halal bagi suami menyetubuhi isteri
sehingga berlalu tempoh maksima mengandung dan jika isterinya berkahwin dengan
suami lain setelah tamat iddahnya sebelum hilang syak, maka menurut ulama’
mazhab Syafi’e bahawa tidak terbatal perkahwinan kerana telah menghukumkan
bahawa isteri tersebut pada zahirnya telah tamat iddahnya. Oleh itu, perkahwinan
tidak boleh dibatalkan dengan syak. Jika diketahui perkara yang membawa batal
perkahwinan adalah dengan perempuan yang melahirkan anak kurang dari waktu
perkahwinan yang kedua, maka dapat dihukumkan bahawa perkahwinan itu terbatal
kerana ternyata kefasidannya.[44]
Batalnya perkahwinan ini menurut pendapat ulama Hanbali ada dua aspek. Salah
satunya adalah sama seperti pendapat ulama’ Syafi’e dan yang kedua adalah
dihalalkan baginya untuk berkahwin dan sah perkahwinan kerana menghukumkan
telah habis iddahnya, dihalalkan berkahwin serta gugur nafkah dan tempat tinggal.
Oleh sebab itu, tidak harus untuk menghilangkan atau membatalkan hukum ini
dengan sebab rasa syak yang timbul. Maka, hakim tidak boleh membatalkan
sesuatu hukum yang telah diputuskannya kerana berlaku perubahan dari segi ijtihad
dan dengan sebab saksi rujuk.
Isu Ketiga : Perempuan yang Putus Haid disebabkan Penyakit yang Tidak
diketahui
Menurut pendapat qaul Jadid bagi al-Imam al-Syafi’e dan Hanafiah bahawa
perempuan-perempuan yang terputus haid dengan sebab penyakit yang tidak
diketahui sama ada terputus itu sebelum talak atau selepas talak. Perempuan
tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah datang haid atau putus asa (putus haid).
Sekiranya perempuan tersebut didatangi haid selepas itu, maka iddahnya dikira
sebagai iddah quru’ dan jika perempuan tersebut putus asa (putus haid), maka
iddahnya mengikut kiraan bulan.
Manakala menurut qaul qadim bagi al-Imam al-Syafi’e, Hanbali dan juga al-Malikiyah
bahawa perempuan tersebut hendaklah menunggu selama sembilan bulan
kemudian ditambah pula dengan tiga bulan sebagai iddah kiraan bulan apabila
didapati bahawa perempuan tersebut tidak mengetahui waktu terputus haidnya atau
pun disebabkan kesakitan yang dihidapi.
Isu Keempat : Perempuan yang Terputus Haid dengan Sebab Penyakit yang
diketahui
Al-Imam al-Syafi’e berpendapat bahawa perempuan-perempuan yang terputus
haidnya disebabkan penyakit yang memang diketahuinya, maka perempuan
tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah dia didatangi haid ataupun putus asa
8. (putus haid) sekali pun mengambil masa yang lama. Di samping itu, al-Malikiah pula
berpendapat bahawa sekiranya perempuan itu putus haid dengan sebab
menyusukan anak, maka iddah bagi perempuan tersebut adalah selepas selesainya
setahun dan dilanjutkan pula selama dua tahun menyusu. Maka, jumlah iddah bagi
perempuan tersebut adalah selama tiga tahun berturut-turut.
Isu Kelima : Perempuan Mustahadah
Perempuan yang didatangi haid dapat diklasifikasikan kepada tiga keadaan yang
berbeza iaitu mu’tadah, martabah, dan mustahadah. Perempuan yang mu’tadah
ialah perempuan yang tidak berubah masa haidnya. Maka dikenakan iddah bagi
perempuan tersebut sebanyak tiga kali quru’.
Perempuan yang martabah pula ialah perempuan yang tidak mengalami haid yang
tidak diketahui sebabnya (sama ada dengan sebab mengandung, menyusu, ataupun
sakit). Maka Hanafiah dan Syafi’iyyah menghukumkan bahawa kekal selama-
lamanya sehingga datang haid atau putus asa (putus haid) kemudian dikenakan
iddah dengan tiga bulan.
Manakala menurut pendapat al-Malikiah dan al-Hanbalah pula, perempuan tersebut
harus menunggu selama tempoh sembilan bulan iaitu waktu adat (kebiasaan) yang
dialami oleh perempuan yang hamil. Kemudian, dikenakan pula iddah tiga bulan.
Selepas mencukupi tempoh setahun iddah, Maka dihalalkan bagi perempuan
tersebut untuk berkahwin. Jika terhenti (terputus) haid yang disebabkan oleh
penyusuan maka, iddahnya adalah dengan berlalunya masa setahun dan tempoh
menyusu selama dua tahun iaitu genap tiga tahun. Jika perempuan tersebut
didatangi haid pada hari yang terakhir dari tahun itu, maka hendaklah perempuan
tersebut menunggu sehingga didatangi tiga kali haid.
Perempuan mustahadah bermaksud perempuan yang sentiasa keluar darah.
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa iddah bagi perempuan tersebut ialah sembilan
bulan. Manakala menurut pendapat mazhab Hanbali dan al-Syafi’e pula bahawa
iddah bagi perempuan yang mustahadah ialah sama seperti perempuan yang putus
haidnya iaitu selama tiga bulan. Sementara, al-Malikiah pula berpendapat bahawa
iddah bagi perempuan yang mustahadah ialah sama dengan perempuan martabah
iaitu menunggu sehingga genap tempoh masa setahun.
Sebaliknya, dalam situasi yang lain pula dapat dilihat apabila seseorang wanita yang
berterusan keluar darah serta tidak dapat diketahui waktu kebiasaan bagi pusingan
haidnya. Maka, mengikut pandangan mazhab Hanafi bahawa iddah bagi wanita
tersebut adalah selama tujuh bulan. Dua bulan untuk kiraan suci dari haid. Tiga
pusingan haid memakan masa selama enam bulan. Kemudian dilebihkan sebulan
selepasnya sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya
telah diketahui waktu kebiasaannya bagi haid wanita tersebut, maka iddahnya
adalah berdasarkan waktu kebiasaannya dan wanita tersebut hendaklah menjalani
iddah selama tiga kali suci mengikut pusingan haid tersebut.
Selain mazhab Hanafi, mazhab Syafi’e dan Hanbali pula berpendapat bahawa iddah
bagi wanita yang mustahadah iaitu berdarah penyakit yang keluar darahnya tanpa
henti dan lupa tarikh pusingan haidnya, maka dikira iddah bagi wanita tersebut
sebagaimana wanita-wanita yang telah putus haid iaitu selama tiga bulan. Manakala,
mazhab Maliki berpendapat bahawa jika terdapat wanita yang tidak dapat
membezakan antara darah haid dengan darah istihadhah, wanita tersebut
hendaklah menjalani iddahnya selama setahun. Sekiranya darah tersebut dapat
dibezakan antara haid dan juga istihadah, dan haidnya lewat kerana menyusu, maka
hendaklah wanita tersebut ber’iddah selama tiga kali suci.[45]
9. Isu Keenam : Perempuan yang diceraikan sebelum Dukhul (Melakukan
Persetubuhan)
Tidak dikenakan iddah bagi perempuan yang diceraikan oleh suaminya sebelum
berlaku persetubuhan. Maka bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam kitab
suci Al-Qur’an yang menyebut bahawa :
Maksudnya,
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengahwini perempuan-
perempuan yang mukmin, kemudian kamu menceraikan mereka sebelum kamu
menyetubuhinya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah bagi kamu yang
kamu minta menyempurnakan, maka berilah mereka mut‟ah dan laksanakanlah
mereka itu dengan cara yang sebaiknya.”[46]
Terdapat khilaf ulama sekiranya suami itu berkhulwah dengan isterinya, kemudian
menceraikannya. Al-Malikiyyah dan qaul jadid bagi mazhab al-Syafi’iyyah
berpendapat bahawa berkhulwah sahaja tanpa jima’ serta melabuhkan tirai, tidak
diwajibkan sepenuhnya mahar bagi isterinya bahkan diwajibkan sebahagian mahar
yang disebut semasa aqad atau mut’ah jika tidak disebutkan mahar semasa aqad.
Sementara itu, mazhab Hanafi dan Hanbali pula berpendapat bahawa ber khulwah
itu hukumnya sama seperti wati (persetubuhan) pada beberapa perkara yang
berikut: Pertama, hendaklah disempurnakan maharnya. Kedua, sabit nasab
sekiranya dia melahirkan anak selepas enam bulan dari tempoh ber khulwah.
Ketiga, wajib beriddah. Keempat, suami diwajibkan memberikan nafkah iddah iaitu
membiayai makanan, pakaian dan juga tempat tinggal. Kelima, haram bagi suami
yang menceraikan isteri yang telah ber khulwah dengannya itu berkahwin dengan
saudaranya, atau berkahwin isteri keempat selain dirinya selama iddahnya masih
ada. Keenam, diharuskan bagi suami untuk menceraikan isterinya semasa dalam
keadaan suci.
Pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali dikuatkan pula dengan dalil daripada Al-
Qur’an dan juga hadith Rasulullah S.A.W. sebagaimana berikut Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Dan jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain, sedangkan
kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil daripadanya barang sedikit pun, apakah kamu
akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan
(menanggung) dosa yang nyata. Dan bagaimana kamu akan akan mengambilnya
kembali , padahal sebahagian kamu telah bergaul (melakukan persetubuhan)
dengan yang lain sebagai suami isteri, dan mereka (isteri-isteri kamu) telah
mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.”[47]
Isu Ketujuh : Iddah bagi Perempuan yang Kehilangan Suami
Orang yang hilang menurut Wahbah al-Zuhaili ialah orang yang ghaib (tidak hadir),
yang tidak diketahui sama ada ia masih hidup atau sudah mati. Contohnya, orang
yang hilang daripada keluarganya pada waktu siang ataupun malam, atau dia keluar
sembahyang kemudian ia tidak pulang ke rumah, atau hilang dalam satu
kemalangan atau hilang dengan sebab berlaku peperangan dan sebagainya. Maka
dikenakan hukum iddah bagi isterinya adalah mengikut hukum keadaan dirinya.
Ulama’ Hanafi berpendapat bahawa orang yang hilang itu tetap dikira masih hidup
dan masih berhak ke atas dirinya. Oleh sebab itu, harta orang tersebut tidak boleh
dipusakai dan isterinya masih kekal sebagai isteri jika isteri tersebut tidak berada
dalam keadaan ba’in. Maka, isteri tersebut tidak dikenakan iddah sehingga benar-
benar yakin tentang status kematian suaminya. Hal ini menggunakan kaedah
istishab kerana suaminya masih hidup pada masa yang lepas.
10. Di samping itu, berdasarkan pendapat ulama’ Hanafi terhadap situasi bahawa jika
isteri tersebut mengetahui status kematian suaminya atau dimaklumkan oleh orang-
orang yang dipercayai bahawa suaminya telah mati atau telah menceraikan isteri
tersebut dengan talaq tiga, atau dibawa kepadanya surat talaq daripada suami
melalui orang yang dipercayai, maka perempuan tersebut dikenakan iddah dan
berkahwin dengan lelaki lain selepas habis tempoh iddahnya.
Pendapat ulama’ Hanafi ini adalah bersamaan dengan pendapat qaul jadid iaitu
ulama’ Syafi’e yang sahih. Maka, dihukumkan bahawa isteri tersebut terfasakh
daripada ikatan perkahwinan kerana tidak harus dihukumkan suami mati dalam kes
pembahagian hartanya. Begitu juga tidak diharuskan untuk dihukumkan suami mati
dalam kes perkahwinan isteri tersebut. Oleh sebab itu, isteri tersebut dikehendaki
untuk menjalani iddah dan tidak boleh bagi lelaki lain untuk mengahwininya
sehingga yakin tentang kematian suami atau diceraikan oleh suaminya mengikut
kaedah istishab. Ali r.a pula berpendapat bahawa :
“Hendaklah dia (isteri tersebut) sabar sehingga diketahui tentang kematian
suaminya.”
Sehubungan dengan itu, ulama’ Maliki dan Hanbali bersepakat bahawa isteri yang
kehilangan suami dikehendaki menunggu selama tempoh empat tahun, kemudian
dia dikenakan iddah kematian iaitu selama empat bulan sepuluh hari.
Pendapat ini dikuatkan lagi dengan riwayat daripada Umar al-Khattab bahawa
seorang isteri yang kehilangan suaminya telah datang kepada Umar dengan
menceritakan keadaan dirinya. Lalu Umar berkata, “Kamu tunggu empat tahun.”
Perempuan tersebut mematuhi arahan Umar. Kemudian perempuan tersebut datang
lagi kepada Umar, maka Umar berkata, “tangguhlah selama empat bulan. sepuluh
hari.” Maka perempuan tersebut melakukan sebagaimana arahan Umar. Kemudian
perempuan tersebut datang lagi kepada Umar buat kali yang ketiga, lalu Umar
mengajukan soalan kepada perempuan itu, “di manakah wali bagi suami kamu itu?”
Maka beberapa orang terus membawakan wali yang dimaksudkan kepada Umar lalu
Umar berkata kepada wali tersebut, “ceraikan perempuan ini.” Maka wali tersebut
melakukan sebagaimana arahan Umar kepadanya dan Umar berkata kepada
perempuan itu, “berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka.”[48]
Persoalan tuntutan wajib iddah ke atas wanita yang bercerai perlu diketahui oleh
setiap wanita Islam kerana pensyariatannya telah dinyatakan secara terang dalam
ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan juga melalui ijma’ para ulama’ dalam bidang fiqh
perkahwinan. Dalam hal ini, bukan sahaja wanita yang biasa didatangi haid perlu
beriddah bahkan wanita yang telah putus haid, wanita yang hamil dan juga
perempuan yang masih kecil lagi perlu menjalani iddah.
Dalam pembahagiaan tiga jenis iddah ini pula iaitu iddah quru’, iddah dengan kiraan
bulan dan iddah hamil, setiap wanita khususnya yang bercerai sama ada bercerai
hidup atau mati mestilah mengetahui tempoh iddah yang perlu mereka
menunggunya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Di samping itu,
wanita tersebut juga perlu mengetahui setiap perubahan iddah yang terjadi sama
ada perubahan iddah quru’ kepada iddah kiraan bulan, iddah kiraan bulan kepada
iddah dan lain-lain bentuk perubahan sekaligus merubah hukum iddah ke atasn
mereka agar hak mereka akan terpelihara.
Dalam pada itu, sekiranya berlaku penceraian dengan talaq raj’i, maka suami perlu
merujuk terlebih dahulu isteri sebelum melakukan persetubuhan bersama isteri agar
tidak terjadinya gangguan pada tempoh iddah yang sedang dijalani oleh isterinya.
Dengan kata lainnya, seorang perempuan yang bercerai perlu mengetahui tempoh
iddah yang ditentukan ke atas dirinya sekiranya berlaku sebarang gangguan dalam
11. tempoh perjalanan iddah tersebut. Hal ini berpandukan ijma’ para ulama’ khususnya
para fuqaha sekiranya tidak dinyatakan secara jelas dalam dalil-dalil al-Qur’an
mahupun dalil-dalil hadith. Kesimpulannya, pensyariatan iddah perlu dipatuhi oleh
seseorang perempuan yang telah bercerai agar hikmah pensyariatannya dapat
dicapai.