SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1. Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan
keberkatan dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran
3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar
lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan
4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga
sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan
akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.
5. Nyanyian Lagu Motivasi
Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagimemastikan pelajar sentiasa bersemangat dan
bermotivasi.
ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa
hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.
6. Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama
jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awalaktiviti.
7. Senyum
Aktiviti :
i. Sebut perkataan “tempey”.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awalaktiviti.
8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)
Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh!hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri
9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar
10. Tepuk energy
Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan sepertibiasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.
11. Gosok Tangan
Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah
12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)
13. Pegang Dagu
Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat
14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator
contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.
15. Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra,dan peka dengan arahan.
16. Pengelompokan mengikut kriteria
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti:
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.
17. Group in…
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang
telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam
kumpulan.
18. Kerusi Panas
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang
sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka
pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.
19. Bunyi paling menarik
Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan
menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
20. Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori sepertilagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan
pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara.
21. Uji Bakat
Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap,
melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walkdan sebagainya dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin
dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.
22. Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking
tape’.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (berimasa
yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka
contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang
ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri,
maka semua kita layak untuk memimpin.
23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara
bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air
mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santaidengan menyatakan idea-idea
mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea
masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui
perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.
24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)
Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan
kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan
guru penyelaras)
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal
dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.
25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark
Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan
nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli
kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

More Related Content

What's hot

Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-muridKertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-muridaridhwan
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaZara Echa
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014NORAINI1010
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalLina Abu Bakar
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docNorhasnizaAbdulHamid
 
Majlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWASMajlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWASIrmadila Ismail
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapNorliza Bakri
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Kertas kerja bola jaring latest
Kertas kerja bola jaring latestKertas kerja bola jaring latest
Kertas kerja bola jaring latestNor Muhaizah
 
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docxUCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docxNAZIHAN NAZIR
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligamuhammad
 

What's hot (20)

Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-muridKertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
Kertas kerja-kem-pemantapan-sahsiah-murid
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak raga
 
Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014Minit mesyuarat agung pi 2014
Minit mesyuarat agung pi 2014
 
Modul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwahModul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwah
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisional
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
 
Softball
Softball Softball
Softball
 
sepak takraw
sepak  takrawsepak  takraw
sepak takraw
 
Bola keranjang
Bola keranjangBola keranjang
Bola keranjang
 
Majlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWASMajlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWAS
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1
 
Kertas kerja bola jaring latest
Kertas kerja bola jaring latestKertas kerja bola jaring latest
Kertas kerja bola jaring latest
 
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docxUCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
 
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doculasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Trek olahraga 200meter skbl2
Trek olahraga 200meter skbl2Trek olahraga 200meter skbl2
Trek olahraga 200meter skbl2
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 

Similar to Ice breaking

Bina insan guru ppg
Bina insan guru ppgBina insan guru ppg
Bina insan guru ppgAhmad Lili
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKSanta Barbara
 
2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-think2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-thinktuminah baharom
 
2 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp022 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp02Wandi Husein
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahDennis Ha
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniAmanda Cheah
 
2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i think2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i thinkHazlee Gapal
 
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdfshafiq601306
 
Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1Siti Rasidah
 
Bbm kfikir
Bbm kfikirBbm kfikir
Bbm kfikirbetiaing
 
Program guru penyayang.
Program  guru penyayang.Program  guru penyayang.
Program guru penyayang.Hairudin Isa
 
KEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJARKEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJARJue Leo
 

Similar to Ice breaking (20)

Bina insan guru ppg
Bina insan guru ppgBina insan guru ppg
Bina insan guru ppg
 
Tentatif
TentatifTentatif
Tentatif
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-think2. pengenalan program_i-think
2. pengenalan program_i-think
 
2 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp022 131211041230-phpapp02
2 131211041230-phpapp02
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
 
2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i think2. pengenalan program i think
2. pengenalan program i think
 
Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
7.CONTOH RPH KOKO OLAHRAGA.pdf
 
Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1Cth rph kssm ting 1
Cth rph kssm ting 1
 
Bbm kfikir
Bbm kfikirBbm kfikir
Bbm kfikir
 
Program guru penyayang.
Program  guru penyayang.Program  guru penyayang.
Program guru penyayang.
 
Kajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzikKajian tindakan p.muzik
Kajian tindakan p.muzik
 
KEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJARKEPELBAGAIAN PELAJAR
KEPELBAGAIAN PELAJAR
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
 

Recently uploaded

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxFauziEding2
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaankalpanz
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docxSuriaHussin2
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 

Recently uploaded (7)

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 

Ice breaking

  • 1. 1. Mukaddimah Aktiviti : i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program. 2. Wisel Aktiviti : i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar. ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan. iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan. Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran 3. Ucapan Tahniah Aktiviti : 1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah 2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini. Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan 4. Barang Amanah Aktiviti : i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program. ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai). Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi. 5. Nyanyian Lagu Motivasi Aktiviti : i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagimemastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi. ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan. Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu. 6. Salam Semut Aktiviti : i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati). ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina). iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awalaktiviti. 7. Senyum Aktiviti : i. Sebut perkataan “tempey”.
  • 2. ii. Latihan senyum : Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas Nombor 3 : Senyum yang ikhlas Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awalaktiviti. 8. Kungfu Wacha (1,2,3,4) Aktiviti : Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!) Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!) Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh!hah!) Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!) Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri 9. Kelopak Jantung Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. 2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak” 3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung” 4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang. Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar 10. Tepuk energy Aktiviti : Tepuk 1 : Tepuk tangan sepertibiasa Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo” Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar. 11. Gosok Tangan Aktiviti : 1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas. 2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah) Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah 12. Fokus Aktiviti : 1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju 2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi. 3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor) 13. Pegang Dagu Aktiviti : 1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
  • 3. 2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat 14. Urutan Aktiviti : 1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina 2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll. Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar. 15. Sentuhan Kasih Aktiviti : 1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat) 2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain. 3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra,dan peka dengan arahan. 16. Pengelompokan mengikut kriteria Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti: a. Sama jantina b. Sama tahun lahir c. Sama bulan kelahiran d. Sama saiz kasut e. Sama warna baju / seluar dll. ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan. 17. Group in… Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator. ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..” iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan. iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan. 18. Kerusi Panas Aktiviti : i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar. ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain. iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
  • 4. iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah. Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak. 19. Bunyi paling menarik Aktiviti : i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik. ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik. iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan. 20. Pergerakan paling menarik Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar. iii. Pemilihan lagu mengikut kategori sepertilagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya. iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara. 21. Uji Bakat Aktiviti : i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing. ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi a. Ketua b. Penolong c. Setiausaha. iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walkdan sebagainya dengan diiringi muzik. iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari : a. Peserta yang paling comel b. Peserta yang paling bijak berbicara c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin. 22. Aktiviti Keretapi Aktiviti : i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’. ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (berimasa yang singkat untuk pelajar bergerak). iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
  • 5. iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit). v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi. vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi. Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin. 23. Brainstorming Aktiviti : i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar. ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll. iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir. iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat. v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll. vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santaidengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll. vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan. viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas. 24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness) Aktiviti : i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras) iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan. Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan. 25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark Aktiviti : i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan. ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.