1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa
ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5. Objektif Guru Penyayang;
5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
2
AKTIVITI
6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti
berikut;
6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3 Memberi penghargaan kepada murid
7. Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
3
LAMPIRAN A
PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG
Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
1. MENGALU-ALUKAN
KEHADIRAN MURID
a. Guru mengalu-alukan
murid di pintu pagar
sekolah
i. Semasa murid memulakan
sesi persekolahan baru
ii. Semasa murid datang ke
sekolah
iii. Semasa murid pulang dari
sekolah
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas
dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa
dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar
menyambut murid
ii. Membuat sapaan
a. Memberi salam dan menyambut
salam semasa datang sekolah
Contoh: “selamat pagi” “selamat
datang” “jemput masuk”
b. Lambaian pulang
Contoh: “selamat pulang” “jaga
diri baik-baik” “jumpa lagi”
c. Bertanya khabar
Contoh: “apa khabar hari ini?”
“dah makan ke belum?”
Barisan kepimpinan
sekolah dan
sekumpulan guru
yang diatur oleh pihak
pentadbir sekolah
4
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
iii. Memberi bimbingan dan
tunjuk ajar secara berhemah
Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll
iv. Membuat publisiti/promosi
mengalu-alukan kehadiran
murid ke sekolah dengan
menyediakan kain rentang
Contoh:
‘Kehadiran Anda Impian Kami’
b. Guru mengambil peduli
terhadap murid semasa di
sekolah
i. Semasa di bilik darjah
ii. Semasa di kantin/dewan
makan
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iv. Semasa perhimpunan
Interaksi Guru (rapport)
i. Penampilan guru kemas dan ceria
sepanjang masa
ii. Bersikap mesra dan menunjukkan
rasa hormat kepada murid
iii. Membuat sapaan
iv. Mengambil berat dan prihatin
terhadap murid
Semua guru
5
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
2. MENTOR MENTEE 1. Pelaksanaannya bertujuan
untuk;
i. Membangunkan sahsiah
diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Mentor sebagai orang yang
boleh membantu
menyelesaikan masalah
murid
2. Antara aktiviti yang
dicadangkan adalah
seperti berikut;
i. Sesi ramah mesra
ii. Sesi makan bersama
iii. Meraikan hari lahir
iv. Bimbingan hala tuju hidup
v. Lawatan/ziarah keluarga
vi. Sesi perkongsian masalah
1. Guru dengan penuh rasa
kekeluargaan melaksanakan
aktiviti mentor mentee.
2. Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang atau dua mentor bagi
setiap kelas mengikut
kesesuaian sekolah
ii. Perjumpaan diadakan
sekurang-kurangnya dua kali
sebulan dan diselaraskan
dalam jadual waktu harian.
3. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Membuat sapaan
ii. Menyemak dan prihatin latar
belakang mentee
iii.Membimbing mentee
mengatasi masalah
iv.Membimbing mentee membina
hala tuju dan kerjaya
v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri
MENTOR
Guru terpilih
MENTEE
Semua murid
6
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
4. Tugas guru yang dipilih sebagai
mentor hendaklah disenaraikan
sebagai salah satu tugasnya di
sekolah
5. Aktiviti didokumentasikan
6. Menyediakan profile setiap
mentee
7
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
3 PENGHARGAAN
MURID
Memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada murid
melalui;
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama
mengikut kaum seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas termasuk
perayaan utama di Sabah
dan Sarawak
i. Guru meraikan murid dalam
suasana gembira, rasa hormat,
rasa dihargai dengan penuh kasih
sayang
ii. Antara kaedah yang boleh
digunakan;
a. Mengumumkan ucapan
selamat melalui pembesar
suara sekolah
b. Menyanyikan lagu
bersesuaian dengan tema
sambutan
Contoh:
Lagu Hari Lahir
Lagu Perayaan Utama
c. Menghantar kad ucapan
Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari Perayaan
Semua guru
termasuk
pentadbir sekolah
8
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
iii. Aktiviti meraikan murid boleh
dilaksanakan semasa
perhimpunan atau di dalam
bilik darjah.

Guru penyayang

  • 1.
    1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAANGURU PENYAYANG TUJUAN 1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. KONSEP 2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. 4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. OBJEKTIF 5. Objektif Guru Penyayang; 5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
  • 2.
    2 AKTIVITI 6. Pelaksanaan GuruPenyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut; 6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid 6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee 6.3 Memberi penghargaan kepada murid 7. Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
  • 3.
    3 LAMPIRAN A PANDUAN AKTIVITIGURU PENYAYANG Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut; BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA 1. MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID a. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah i. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru ii. Semasa murid datang ke sekolah iii. Semasa murid pulang dari sekolah i. Menyambut kedatangan murid; a. Penampilan guru yang kemas dan ceria b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid ii. Membuat sapaan a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: “selamat pagi” “selamat datang” “jemput masuk” b. Lambaian pulang Contoh: “selamat pulang” “jaga diri baik-baik” “jumpa lagi” c. Bertanya khabar Contoh: “apa khabar hari ini?” “dah makan ke belum?” Barisan kepimpinan sekolah dan sekumpulan guru yang diatur oleh pihak pentadbir sekolah
  • 4.
    4 BIL PROGRAM AKTIVITIKAEDAH PERSONALIA iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah Contoh a. Membetulkan tali leher b. Mengenakan butang baju dll iv. Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang Contoh: ‘Kehadiran Anda Impian Kami’ b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah i. Semasa di bilik darjah ii. Semasa di kantin/dewan makan iii. Semasa aktiviti kokurikulum iv. Semasa perhimpunan Interaksi Guru (rapport) i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid iii. Membuat sapaan iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid Semua guru
  • 5.
    5 BIL PROGRAM AKTIVITIKAEDAH PERSONALIA 2. MENTOR MENTEE 1. Pelaksanaannya bertujuan untuk; i. Membangunkan sahsiah diri murid ii. Membina jati diri murid iii. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid 2. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut; i. Sesi ramah mesra ii. Sesi makan bersama iii. Meraikan hari lahir iv. Bimbingan hala tuju hidup v. Lawatan/ziarah keluarga vi. Sesi perkongsian masalah 1. Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee. 2. Strategi pelaksanaannya; i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah ii. Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual waktu harian. 3. Pengisian semasa perjumpaan; i. Membuat sapaan ii. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee iii.Membimbing mentee mengatasi masalah iv.Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya v. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri MENTOR Guru terpilih MENTEE Semua murid
  • 6.
    6 BIL PROGRAM AKTIVITIKAEDAH PERSONALIA 4. Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah 5. Aktiviti didokumentasikan 6. Menyediakan profile setiap mentee
  • 7.
    7 BIL PROGRAM AKTIVITIKAEDAH PERSONALIA 3 PENGHARGAAN MURID Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui; Aktiviti meraikan murid; i. Hari lahir murid ii. Sambutan hari kanak-kanak iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih sayang ii. Antara kaedah yang boleh digunakan; a. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan Contoh: Lagu Hari Lahir Lagu Perayaan Utama c. Menghantar kad ucapan Contoh: Kad Hari Lahir Kad Hari Perayaan Semua guru termasuk pentadbir sekolah
  • 8.
    8 BIL PROGRAM AKTIVITIKAEDAH PERSONALIA iii. Aktiviti meraikan murid boleh dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.