Cbran dialog

7,192 views

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,192
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
209
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Cbran dialog

  1. 1. MASA DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN:DIALOG TAMADUN DAN ISU-ISU SEMASA PENGENALAN Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun- temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik danpenuh perasaan muhibbah. Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun-tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidakbermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara- perkara yang boleh disepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.Perkara- perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha- usaha dialog antara tamadun.Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang.Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita
  2. 2. pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri. Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya.  Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamaduntamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari. DUNIA BERBILANG TAMADUN: CABARAN GLOBALISASI 1) Dampak Budaya Kebendaan Barat Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidakakan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik-baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini
  3. 3. kelihatan seolah-olah „sebuah dunia Barat yang besar‟ yang bersifat hegemonik, yangtidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat. Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripadasejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluasdan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi,institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuatdominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalamiperasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa merekasendiri.Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaianketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untukmenilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Baratdalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hariini. Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapaikemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentukdominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau.Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiridalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidupseseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan.Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalammenentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong olehpelbagai bentuk dominasi yang baru. 2) Dominasi Politik Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yangbesar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengankebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa,masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politikantarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar(super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
  4. 4. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas PerangDunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancisyang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. NegaraAmerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan MajlisKeselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonyabersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China. Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik duniayang terpenting.Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadarmengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yangmempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan kepentingannya, AmerikaSyarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektifobjektiftertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akanbertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalampersitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untukmemusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagiapabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada2003. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsasama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan dirimereka sebagai „polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasidunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalahdisebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dinginberakhir dengan robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Unionpada 1991, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besardunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan satu dunia unipolar, tanpaimbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dansenjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai olehsebuah Negara yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-bangsa manusia yang lain. Pada masa yang sama ia melarang dengan keras, usahaKorea Utara dan Iran, untuk mempunyai program nuklear mereka sendiri
  5. 5. 3) Dominasi Ekonomi Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Baratmendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari inikeadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat sepertiAmerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk jugaJepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikatberkenaantelah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasilperindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidakcukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecilsyarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wangdan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yangsecara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsamanusia yang lain. Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta WorldTrade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupasehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utaramendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin dihemisfera selatan. Masyarakat manusia di negaranegara membangun dan mundurtidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapaikepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi dinegara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti inimerupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasanperdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic globalisation. 4) Dominasi Media Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi danmaklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengandominasi dalam bidang politik dan ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikatmahu turut mendominasi media massa. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini,
  6. 6. media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulansyarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsaterutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumattentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepadamasyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar duniaBarat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannyaoleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan merekasendiri sendiri menurut kaca mata Barat. 5) Dominasi Budaya Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekadkebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri duniadengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang palingberkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem,muzik, nyanyian, kartun dankomik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh duniasehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan-rancangantelevisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negaralain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-citaremaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati danmenjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas namaketerbukaan di dalam memberi pandangan. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janamaseperti Coca-cola, McDonalds, Levi‟s dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripadabudaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut danmengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlahyang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahajaAmerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikatdari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan AmerikaSyarikat.Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-
  7. 7. bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkamke atas bangsa-bangsa manusia yang laintermasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari AmerikaSyarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalammasyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasionalyang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dari segipengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yangterdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatanpada mana-mana negara.Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barattelah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidaklagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu. Dominasi Baratdaripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana. Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan-keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yangbesar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka telah m emakaikan kaca mata merekakepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka.Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka sebagainorma dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut,penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asiabukanlah mudah. Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yangdikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telahmembantu mengurangkan kemiskinan,meningkatkan taraf hidup dan membawakeselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia. Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkankemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehinggakepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea daninstitusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan individu, hakmenyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyatdan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. DuniaBarat juga bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambahberhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadun Islam dan Asia. Barat juga
  8. 8. kadangkala menggunakan nilai politik sebagai senjata di dalam persainganperdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi alaBarat, atau mempunyai rekod hak asasi manusia yang ‟buruk‟, akan dikenakan sekatanekonomi. Namun sifat hipokrit ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenaikekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq, dan di Teluk Guantanamao.Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif. Kemunculan system ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannyabertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentumanusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakinmelebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratasdan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78. Bukan sekadar permasalahankemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan kuasa di Baratterutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yangmenjadikan perdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripadaperdagangan komoditi dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia.Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global hari ini, spekulasi mata wang dankewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepatdinamakan sebagai „kapitalisme kasino‟. Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalamkonteks ekonomi di dunia hari ini. Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk danditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosokdunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemaranpersekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitudidesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial danpsikologi turut bertambahtambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusikekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang sepertiini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempattempattertentu.Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan danpolitik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan
  9. 9. oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik denganmembelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan padalima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikatboleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity).Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusiatiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri. Dari satu sudutbudaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnyatidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lainsememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimilikioleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untukmenjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakansatu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asiayang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam danAsia dalam abad ke-21 akan datang. Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Baratbukanlah sinonim dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanyatentangan daripada Jerman dan Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika danBritain. Namun demikian Jerman dan Perancis dan juga Rusia juga akhirnya akurkepada kehendak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan program nuklear Iranpada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana jugadunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapatjurang di antaradunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya danketamadunan. 6) Teori Pertembungan Tamadun HuntingtonPada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika,Francis Fukiyama telah mengemukakan teori „The End of History‟ yang menyatakanbahawa dunia akan menjadi homogeny dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dandemokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukiyama ini hampir menjadikenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima
  10. 10. pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomidan politik masing-masing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blokTimur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebihkebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik. Bagaimanapun telahan inikelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti Harvard, Samuel P.Huntington mengemukakan teori „The Clash of Civilizations‟ (PertembunganTamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993bertajuk “The Clash of Civilizations?”, Huntington telah menjangkakan akan berlakupertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akanmencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya memperkembangkan makalah iniuntuk dijadikan sebuah buku dengan judul “The Clash of Civilizations and the Remakingof World Order” yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikandengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuanmenjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya.Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundangpelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakatBarat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tigaandaian utama: Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations),ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengantamadun-tamadun lain terutama tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antarapetanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun1990.Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberiperhatian oleh semua pihak,di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik
  11. 11. pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripadapersoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yangdibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Huntington inisangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sainspolitik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadunsehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iranketika itu, iaitu Mohammad Khatami.Meskipun pelbagai kritikan akademik telahdikemukakan untuk menyanggah teori pertembungantamadun sehingga pernah disebutbahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telahmemperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yangberlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungantamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengandunia Islam dengan pelancaran „Perang Terhadap Keganasan‟oleh Amerika Syarikatdan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, duniaBarat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya. 7) Dampak Peristiwa 11 SeptemberPeristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dandunia Barat.Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke ataskepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, WorldTrade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorangfundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikattelah terbunuhdan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi.Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobitelah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11September, pada Oktober tahun 2000,Kapal USS Cole telah diserang di Yemenmenyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.Kesemua peristiwa di atasdikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yangmendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine
  12. 12. yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaianpengganas. Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnyaturut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagaifundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yangagak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru doronganke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan duniaBarat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001.Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan,Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas duniamereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telahdikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sainsdan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutuppeluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negaraseperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negarayang sebelumnya dilihattiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasarluar mereka berkaitan dengan dunia Islam. Pada umumnya, peristiwa September 11telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dandunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara AmerikaSyarikat dan dunia Islam menjadi semakin keruh dan tidak menentu. Banyak pihak didunia Islammenaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantauAsia Barat. Perubahan besar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaranAmerika Syarikat akan pastinya merubah peta politik dan agama negara itu dan jiran-jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk daripada pencerobohanAmerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakinmeruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi.Bagaimana pun, sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islamminoriti dan golongan bukan Islam majority semakin meningkat. Menerusi dialog-dialogini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama
  13. 13. Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebihmemahami tentang ajaranIslam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang kearah mewujudkankesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan dunia Islam di masa depan.DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENYAHUT CABARAN Tamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahanyang timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagaikepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun didunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham,jurang komunikasi dan prejudis didalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam hubungan antaradunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalamnegeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun sepertitamadun Melayu,Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasacuriga di kalangan setengah pihak berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka.Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum di kalanganrakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan danmesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalangan rakyatMalaysia akan terus terjalin. Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubunganantara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi,tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalamhubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini.Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadundunia. Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yanglebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi,kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yangbakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi inidan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar
  14. 14. kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkanhakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksamenekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tanganminoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata.Ketidakadilan seperti inimerupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatutamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasikumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga keperingkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulanelit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumberkekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakanuntuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikanmasyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku samaada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akanmerosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negaramembangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation)budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancisyang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yangmenjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesandominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruhmasyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membinakesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintirmanusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialahmelalui sesi-sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mestisedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilaidan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruahdan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitubertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di
  15. 15. mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membinasatu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusiaterutama kuasa Barat dan bonekanya. Sesi dialog antara manusia dalam pelbagaibudaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Hari ini seluruhmanusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alamsekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalammasyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah,penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut inimemerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telahmelanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islamdan Asia. Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kinimerupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitarsemula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar.Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dansentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahananhubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telahmelahirkan „kapitalisme kasino‟ yang merebak secara global. Bila persoalan memberiperkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatanberkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dankepentingan diri. Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalamkehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadisemakin dominan dalam masyarakat.Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasamenekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistemfalsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasadiutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidangdalam masyarakat menurut pendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agamayang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalammasyarakat kita yang berbilang agama,etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesidialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat
  16. 16. membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang merekakongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber,keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatandan perasaan saling hormatmenghormati,mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yangpelbagai etnik, budaya dan agama.PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersamadalam tamadun Islam dan tamadun Asia, maka hendaklah diadakan sesi dialog dalamsemua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islamdan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi.Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agendautama dalam kegiatankegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utamadalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mestimemperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program diradio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkanlagi usaha ini. Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistempendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar.Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mestidigalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dankedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasiseperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialogseumpama ini, usaha dialog tamadun pada tahap akal dan minda sahaja, tidakmembawa sebarang kesan bermakna. Seharusnya diakui dialog tamadun pada tahapmana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakattentunya terdapat elemen yang menganggap dialog tamadun sebagai ancamanterhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yangberpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama
  17. 17. lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golonganseperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog tamadun. Terdapatjuga golongan yang melihat dialog tamadun sebagai kegiatan terawang (esoterik)semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk diberikeutamaan. Biar apapun bangkangan terhadap dialog tamadun, haruslah disedari bahawatidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkandialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di duniaIslam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitangerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama,upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakinditerima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya.Kebangkitan agama memberi peluang kepada kita untuk memulakan danmengembangkan dialog tamadun. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarahtamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkaitrapat dengan agama masing-masing. Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidakmesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telahberupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satukeadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia padapenghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitumasyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding denganmasyarakat manusia sebelum ini. Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama laindalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubahkepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepadaketegangan dan konflik yang besar. Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas,kita mesti membuat pendirian untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yangdiberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidupbersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untukselamalamanya.
  18. 18. ISU-ISU YANG PERLU DITANGANI DALAM DIALOG TAMADUN Dialog tamadun boleh memainkan peranan yang penting di dalam hubungandomestik dan antarabangsa pada masakini. Ini adalah kerana sebahagian daripermasalahan yang wujud pada hari ini, yang telah menimbulkan keganasan danketidakadilan, adalah berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibatuntuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan yang berasaskandialog, termasuk dialog tamadun. Dailog tamadun mampu mengurangkan keteganganyang wujud di dalam hubungan manusia, melalui kesefahaman yang dipupuk mengenaipemikiran dan cara kehidupan masing-masing. Memang diakui bahawa bukan semuamasalah berpunca daripada kejahilan tentang tamadun, justeru penyelesaiannya tidakmungkin tercapai melalui dialog tamadun. Ada masalah yang berpunca daripadaperebutan kuasa politik atau ekonomi mithalnya. Malahan konflik antara dunia Islamdan Barat, lebih tepat dilihat sebagai konflik di antara Amerika dan sekutunya Britain,dengan golongan Islam radikal, yang juga melibatkan kepentingan ekonomi sepertipenguasaan telaga minyak di Teluk Parsi. Namun demikian tidak dapat dinafikan juga bahawa unsur-unsur kejahilantamadun wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus seringdilihat sebagai permusuhan tamadun. Misalnya layanan buruk terhadap orang-orangIslam yang bermastautin di negara-negara Barat di satu pihak, dan pengeboman hoteldan tempat pelancongan yang dikunjungi oleh orang Barat, di pihak yang lain. Untukmewujudkan kesefahaman mengenai pelbagai tamadun yang boleh membawa kepadakeamanan yang berkekalan, maka mestilah wujud kesediaan di kalangan pihak-pihakyang terlibat, untukcuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.Usaha-usaha sedemikian boleh dilakukan di peringkat Kebangsaan dan jugaAntarabangsa, melalui pendidikan, majlis forum, program pertukaran dan lain-lain. Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra-civilisational, perlulah diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu,Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaumdi negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut.Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaumtersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut,
  19. 19. tanpa menimbulkan konflik. Di samping itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsibersama oleh agamaagama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalamkepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Mithalnya sifatkesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati sesama manusia,adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yangmenanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini. Sekiranya terdapat perbezaanpada zahirnya, sama ada dari segi kepercayaan atau pun amalan, makaini juga perlu dijelaskan supaya pihak lain dapat melihat kerasionalan di sebalikperbezaan tersebut. Dengan secara demikian, maka prasangka dan fikiran negatifmengenai kepercayaan dan amalan golongan lain, dapat dikurangkan. Satu contohyang baik ialah Hari Perayaan setiap kaum di negara ini, seperti HariRaya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, di mana kepercayaan dan amalan masing-masing perlulah dijelaskan supaya konsep dan amalan rumah terbuka akan menjadilebih bermakna lagi.DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN a) Dialog Dalaman: Dialog Antara Tamadun di Malaysia• Persefahaman kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dan tamadun sepunya• Peranan Rukunegara sebagai asas pembagunan tamadun baru Malaysia• Islam Hadhari dan Penjelasannya kepada orang Islam dan Bukan Islam• Menjelaskan kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteksmasyarakat majmuk di Malaysia b) Dialog Luaran: Dialog Antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam dan Asia• Isu nilai-nilai sepunya• Dunia Barat perlu mengiktiraf dan menghormati konsep dunia berbilang tamadun• Isu saling kebergantungan dalam pembangunan ketamadunan• Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat dan tamadun Islam• Memahami isu keganasan dan terrorisme bukan sahaja dari perspektif Barat tetapijuga dari perspektif masyarakat Islam dan masyarakat Asia
  20. 20. 6.7 KESIMPULANZaman yang kita diami pada hari ini adalah merupakan satu zaman yang cukupmencabar dan salah satusebab terpenting ialah cabaran yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun yangdibawa oleh prosesglobalisasi. Cabaran ini tidak boleh dihadapi dengan berdiam diri atau berpeluk tubuh,kerana itu akanmemburukkan keadaan serta membawa kerugian kepada mereka yang kecil, lemahdan mudah tertindas.Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu proaktif di dalam mengenengahkan wacanakita sendirimengenai dialog tamadun dengan harapan akan wujud titik pertemuan di antarapelbagai pihak dantamadun, yang berbeza dan justeru berpotensi bertelagah. Bagi masyarakat Malaysia,cabaran dialogtamadun harus dihadapi di dua peringkat; iaitu dalaman dan luaran. Dialog dalamanharus menumpukanperhatian kepada hubungan antara kaum yang didasari oleh tamadun, agama danbudaya yang berlainan didalam negara-bangsa yang satu, iaitu Malaysia. Di peringkat luaran pula, kita harusberdepan dengan139hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam, yang kadangkala tegang. Menanganiisu-isu yang berkaitandengan dialog tamadun bukan satu perkara yang mudah kerana ia melibatkan asaskehidupan dan
  21. 21. pandangan alam yang berlainan. Namun kita tidak harus membiarkan perbezaan dankepelbagaian menjadifaktor bagi pertelingkahan dan peperangan. Kita perlu menghadapi situasi sedemikiandengan penuhhikmah dan dialog tamadun adalah satu cara yang berhikmah untuk menghadapicabaran tersebut.RUJUKANBakar, Osman. 1997. Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly UniversalCivilization.Kuala Lumpur: University of Malaya Press.Bakar, Osman. „The impact of the American war on terror on Malaysian Islam.‟ Journalof Islam andChristian-Muslim Relations, vol. 16, no. 2 (April 2005), pp. 107-128Brecher, Jeremy, et. al. (eds.). 1993. Global Visions. Boston: South End Press.Camilleri Joseph A. dan Chandra Muzaffar, (eds.). 1998 Globalisation: ThePerspectives and Experiencesof the Religious Tradition of Asia Pasific. Petaling Jaya: JUSTChandra Muzaffar, 1993. Human Right and the New World Order. Pulau Pinang

×