1. BANTUAN PENGAJIAN IPT (Bantuan IPT) YAYASAN
PENDIDIKAN
DALAM DAN LUAR NEGARA
Objektif
MAIDAM
a) Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman
atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
b) Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat
yang lebih tinggi.
c) Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan
menimba ilmu pengetahuan.
Asnaf
Miskin dan Fisabilillah
Syarat-Syarat Umum Dermasiswa Dan Bantuan Am Pelajaran
a) Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah:
i. Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1)
tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau;
ii. Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut
sebelum melanjutkan pelajaran.
b) Beragama Islam, baligh dan berakal.
c) Pelajar adalah seorang yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau
swasta dalam dan luar negara yang layak diberi bantuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu (MAIDAM) dan dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran
dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan.
5
2. d) Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
e) Pemohon layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian
tersebut pada kali pertama sahaja.
f) Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang
bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
g) Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon melakukan
perbuatan salah laku dalam apa jua cara pun ketika dalam tempoh pengajian yang
diperakui oleh pihak berwajib.
h) Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengajian
dalam dan luar negara.
Syarat Khusus Dermasiswa (Luar Negara)
a) Bantuan Dermasiswa disalurkan khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber
pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak
mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa atau seumpamanya dari
mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti
pengajian secara sepenuh masa.
b) Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon yang melanjutkan pengajian di
institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia/pihak berkuasa
Malaysia.
6
3. Syarat Khusus Bantuan Am Pelajaran (Dalam Negara)
7
BIL TAHAP PENGAJIAN SINF MISKIN SINF FISABILILLAH
1 Sijil
Diberikan kepada pelajar yang
tiada pembiayaan sama ada
elaun, pinjaman, tajaan/
biasiswa
-
2 Diploma
Diberikan kepada pelajar
persendirian atau mendapat
pinjaman PTPTN dan lain-lain
agensi pemberi pinjaman
pengajian/ penaja pengajian
tanpa mengambil kira Purata
Nilai Gred (PNG) atau Gred
Point Average (GPA)
Diberikan kepada pelajar persendirian
atau mendapat pinjaman PTPTN dan
lain-lain agensi pemberi pinjaman
pengajian/ penaja pengajian dengan
mengambil kira Purata Nilai Gred
(PNG) atau Gred Point Average (GPA)
3.0 ke atas dalam semester pertama
tahun semasa pengajian
3 Ijazah Sarjana Muda
4 Ijazah Sarjana (Master)
Diberikan kepada pelajar yang
tiada pembiayaan sama ada
elaun, pinjaman, tajaan/
biasiswa dan yang tiada
sumber pendapatan
-
5 PhD
Diberikan kepada pelajar yang
tiada pembiayaan sama ada
elaun, pinjaman, tajaan/
biasiswa dan yang tiada
sumber pendapatan
-
4. Kaedah Permohonan/ Pelaksanaan
a) Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa
ke semasa.
b) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Yayasan
Pendidikan MAIDAM (https://yp.maidam.gov.my/iptonline).
c) Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen
berikut:
i. Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu / Jabatan Penuntut Malaysia/
Kedutaan Besar Malaysia/ mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tentang status terkini pelajar untuk luar
negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang
mengandungi maklumat berikut:
Bidang pengajian
Tahun pengajian
Pinjaman/ pembiayaan semasa
Keputusan peperiksaan
Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar/ penangguhan semester.
ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga dan adik beradik dalam
tanggungan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja/ tambahan tanggungan)
8
5. maklumat lanjut
Sila imbas untuk
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii. i
x.
Salinan slip gaji ibu dan bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang
bekerja sendiri/ pesara swasta/ penyata pencen/ kad pesara (bagi pesara kerajaan)
yang terkini.
Keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian untuk pelajar
dalam dan luar negara.
Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat
negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari
tiga (3) tahun berturut-turut.
Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti
di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ Ketua
Kampung/ Penghulu.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Berhenti Sekolah/Sijil-sijil berkaitan. (Untuk
permohonan kali pertama sahaja)
Salinan sijil kematian/penceraian ibu bapa. (Jika berkenaan)
Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Kaedah Bayaran
a) EFT/ Cara lain yang bersesuaian.
9