SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
Download to read offline
i
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004
( SEKSYEN 29 SUBSEKSYEN 1)
(SEKSYEN 11(3)(b) (viii) (ix), 12 (2)(b) DAN SEKSYEN 15)
KAEDAH–KAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH (PEMBAHAGIAN,
PELANTIKAN WALI HARTA DAN
PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) 2007
______________________
SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH
______________________
BAHAGIAN I
PERMULAAN
KAEDAH
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
PROSIDING PERMOHONAN
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
3. Bentuk Permohonan
4. Pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon
5. Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya
6. Kehadiran Peguam Syarie
7. Kehadiran Responden dengan Afidavit
8. Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam
9. Cara memulakan prosiding permohonan
10.Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya
ii
BAHAGIAN III
PENYAMPAIAN
11.Alamat penyampaian
12.Penyampaian kepada Peguam Syarie
13.Proses penyampaian
14.Bentuk Afidavit Penyampaian dan bukti penyampaian
15.Penyampaian ganti bagi harta alih lebih RM5,000-00 dan harta tak alih
16.Bentuk Penyampaian Ganti secara iklan akhbar atau tampalan
17.Tempoh tampalan penyampaian ganti
18.Penyampaian kepada waris atau pihak bawah umur
19.Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan luar Malaysia
BAHAGIAN IV
JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT
HARTA BOLEH DIPOHON
20.Jenis-jenis harta boleh dipohon
21.Syarat-syarat harta boleh dipohon
22.Pengecualian jenis-jenis dan syarat-syarat harta
BAHAGIAN V
PELANTIKAN WALI HARTA
23.Bentuk permohonan
24.Syarat-syarat pelantikan dan Pemohon yang layak
25.Perbadanan Baitulmal bertindak sebagai Wali Harta
26.Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Wali Harta
27.Perluasan kuasa dengan kebenaran Mahkamah
28.Tempoh sah kuatkuasa pelantikan
29.Syarat-syarat tambahan
30.Cara memulakan prosiding permohonan
iii
BAHAGIAN VI
PERMOHONAN PERAKUAN PERWARISAN
31.Bentuk Permohonan
32.Cara memulakan prosiding permohonan
33.Bentuk Perakuan Perwarisan
BAHAGIAN VII
AFIDAVIT-AFIDAVIT
34.Peruntukkan mengenai afidavit
35.Bentuk-bentuk Afidavit
36.Afidavit dikemukakan oleh pihak-pihak relavan
37.Pemfailan dokumen secara Afidavit Tambahan
BAHAGIAN VIII
PENDENGARAN
38.Notis tarikh pendengaran
39.Prosiding pendengaran dalam Enakmen Tatacara Mal
40.Mahkamah terbuka
41.Kehadiran pihak-pihak
42.Prosiding jika ada bantahan
43.Penarikan balik oleh Pemohon atau Responden
44.Jika gagal hadir semasa prosiding
45.Pendengaran boleh di hadapan Pendaftar
46.Pendengaran di hadapan Hakim
47.Cara permulaan prosiding dan tatacara pendengaran
48.Kuasa Mahkamah memanggil mana-mana pihak dan memeriksa
49.Penangguhan dan pemindahan prosiding
iv
BAHAGIAN IX
PELUPUSAN DAN PEWAKILAN
50.Pelupusan dan tempoh kuatkuasa Pelupusan
51.Pewakilan dan tempoh kuatkuasa Pewakilan
BAHAGIAN X
PENGHAKIMAN DAN PERINTAH
52.Penghakiman secara bertulis dibaca dalam Mahkamah terbuka
53.Arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah
54.Kertas Penyata Faraid boleh diberi bersama Perintah
55.Penghakiman persetujuan
56.Tarikh kuatkuasa Penghakiman dan Perintah
57.Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan
58.Tempoh pengeluaran Perintah
59.Bentuk-bentuk Perintah
BAHAGIAN XI
SEMAKAN DAN RAYUAN
60.Notis Semakan atau Rayuan
61.Tatacara Rayuan
62.Bidang kuasa Semakan
63.Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah muktamad
BAHAGIAN XII
PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PENGHAKIMAN
DAN PENGHINAAN MAHKAMAH
64.Peruntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal
65.Kuasa budibicara Mahkamah
66.Penghinaan Mahkamah
v
BAHAGIAN XIII
PERMOHONAN PERINTAH-PERINTAH LAIN
67.Bentuk permohonan
68.Rujukan Enakmen Tatacara Mala
69.Bentuk Perintah
BAHAGIAN XIV
AM
70. Bidang kuasa Mahkamah mengikut nilai harta
71.Borang-borang
72.Ketidakpatuhan
73.Kes-kes khas
74.Kos, Elaun dan Fi
75.Kuasa asal Mahkamah
76.Rujukan Enakmen Tatacara Mal Syariah jika tidak diperuntukkan
77.Hukum Syarak
78.Peralihan
JADUAL-JADUAL
A Senarai Semak Permohonan Pembahagian Harta Pusaka
B Senarai Semak Permohonan Wali Harta
C Senarai Semak Permohonan Perakuan Perwarisan
D Borang-Borang :
1. Notis Permohonan, Kaedah 3, 23, 67(2)
2. Notis Bantahan, Kaedah 42(2)
3. Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka, Kaedah 3, 36(1)(a)
4. Afidavit Tambahan/Pindaan, Kaedah 28, 36(1)(c)(d), 37
5. Afidavit Bantahan, Kaedah 7(2), 36(1)(b), 42(2)
6. Afidavit sebagai salah satu pihak, Kaedah 7(2), 36(1)(e)
7. Afidavit Pelantikan Wali Harta, Kaedah 23, 36(1)(f)
8. Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan, Kaedah 31, 36(1)(g)
9. Afidavit Permohonan Perintah-Perintah, Kaedah 36(1)(h), 67(2)
10. Afidavit Penyampaian, Kaedah 14, 36(1)(i)
11. Penyampaian Ganti, Kaedah 16
12. Akuan Pelupusan, Kaedah 50(2)
13. Akuan Pewakilan, Kaedah 51(2)
vi
14. Akuan Penarikan balik Pelupusan, Kaedah 50(3)
15. Akuan Penarikan balik Pewakilan, Kaedah 51(3)
16. Akuan Persetujuan Pembahagian, Kaedah 55(2)
17. Perintah Pembahagian Harta Pusaka, Kaedah 59(a)
18. Perintah Pelantikan Wali Harta, Kaedah 25(2), 59(b)
19. Perakuan Perwarisan, Kaedah 33, 59(c)
20. Perintah Kes Khas Kaedah 73(3)
(Pembahagian dan Pelantikan Wali Harta Pusaka).
21. Laporan Transaksi oleh Wali Harta, Kaedah 26(b)
22. Sapina memanggil saksi dan memeriksa, Kaedah 8(3), 48(2)
23. Notis Semakan/Rayuan, Kaedah 60(2)
E Surat iringan Pemohon
1
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004
KAEDAH–KAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH
(PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN
HARTA PUSAKA) 2007
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 29 Subseksyen (1)
Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004, Jawatankuasa Kaedah Mahkamah
Syariah membuat kaedah-kaedah berikut :-
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa
1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah
Negeri Sabah (Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta
Pusaka) 2007.
(2) Kaedah ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam semua prosiding
mengenai Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka
yang dimulakan di Mahkamah kecuali sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah.
(3) Kaedah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. (1) Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain -
2
“Benefisiari” ertinya orang atau kumpulan orang atau pihak-pihak sama ada
diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu
wasiat, hibbah, wakaf, harta pusaka dan berkaitan dengan hasil daripada sesuatu
harta berkenaan termasuklah untuk tujuan agama atau kebajikan yang tidak
bertentangan dengan Hukum Syarak;
“Borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual D kepada Kaedah ini;
“Enakmen Mahkamah” ertinya Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004;
“Enakmen Tatacara Mal” ertinya Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Negeri Sabah 2004;
“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang
berkenaan yang dilantik di bawah seksyen 5(1), seksyen 7(1) dan seksyen 9(1)
Enakmen Mahkamah;
“hak a’in” ertinya hak-hak yang berkaitan dengan ‘ain harta-harta simati yang
diiktiraf oleh Hukum Syarak;
“Harta” ertinya ialah harta alih atau tak alih, apa-apa manfaat dalam apa-apa
harta alih atau tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam
tindakan sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau selainnya
yang mempunyai nilai atau manfaat di sisi Hukum Syarak;
“Harta Pusaka” ertinya semua jenis hak termasuk harta peninggalan yang dimiliki
secara sah oleh simati di sisi Hukum Syarak;
3
“Hibah” ertinya alang atau pemberian sesuatu dari seseorang semasa masih
hidup;
“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau salah satu
daripada Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;
“Kaedah ini” ertinya Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah
(Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka)
2007.
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah atau Mahkamah
Rendah Syariah, mengikut mana-mana berkenaan yang dibentuk di bawah seksyen
4(1) dan (2) Enakmen Mahkamah;
“Mahkamah Rayuan” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sabah yang
ditubuhkan di bawah seksyen 4(3) Enakmen Mahkamah;
“Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana mahkamah yang dibentuk di bawah Perkara
121 Perlembagaan Malaysia;
“Notis” ertinya mana-mana notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal
diperintahkan selainnya oleh Mahkamah;
“Orang-orang berkepentingan” atau “Orang-orang atau pihak berkepentingan”
ertinya termasuk mana-mana individu, organisasi, institusi, syarikat atau
pertubuhan yang dimaksudkan dalam Kaedah 4 subkaedah (1) Kaedah ini.
4
“Orang-orang berkepentingan bukan Islam” ertinya termasuk mana-mana individu
atau pihak berbentuk organisasi, institusi, syarikat atau pertubuhan yang terdiri
daripada orang-orang bukan Islam yang mempercayai ada kepentingan terhadap
harta atau hak ‘ain harta simati.
“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di
bawah seksyen 32 Enakmen Mahkamah;
“Pejabat Pendaftar” ertinya pejabat mana-mana Mahkamah yang menjalankan
bidang kuasa di bawah Enakmen Mahkamah;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang
dilantik di bawah seksyen 10 Enakmen Mahkamah;
“Pendengaran” ertinya prosiding termasuk siasatan dan perbicaraan sesuatu
permohonan dalam Kaedah ini;
“Penghakiman” ertinya keputusan termasuk perintah Mahkamah;
“Perbadanan Baitulmal” ertinya Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang
ditubuhkan di bawah seksyen 3 Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998;
“Pelupusan” ertinya memberi atau melupuskan bahagian harta oleh seseorang
atau pihak berkepentingan dari harta yang ia berhak menerimanya untuk diberi
tanpa paksaan kepada seseorang yang dinyatakan dalam Borang Pelupusan;
“Perwakilan” ertinya memberi wakil kuasa oleh seseorang waris atau pihak
berkepentingan kepada seseorang atau pihak-pihak tertentu untuk menjadi wakil
5
bagi dirinya melaksanakan sesuatu transaksi atau tindakan seperti dinyatakan
dalam Borang Perwakilan;
“Wali Harta” ertinya termasuk Pentadbir Harta atau Pelantikan Wasi di bawah
seksyen 11 subseksyen (3)(b)(viii) Enakmen Mahkamah iaitu seseorang atau pihak
yang diberi kuasa untuk melaksanakan sesuatu amanah atau kuasa-kuasa yang
diberi secara bertulis;
“Waris” ertinya seseorang atau pihak-pihak yang ditentukan oleh Hukum Syarak
berhak menerima bahagian dari peninggalan harta simati.
(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Kaedah ini dan tidak
ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1967 (dan 1948)/ Enakmen
Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963) hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya
masing-masing setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
6
BAHAGIAN II
PROSIDING PERMOHONAN
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Bentuk permohonan
3. Permohonan untuk mendapatkan Perintah Pembahagian Harta Pusaka, hendaklah
dibuat melalui notis dan Afidavit Pembahagian Harta Pusaka menggunakan Borang 1 dan
Borang 3.
Pihak yang boleh bertindak sebagai pemohon
4. (1) Pihak-pihak berikut boleh bertindak sebagai pemohon –
(a) Waris simati;
(b) Benefisiari, pihak-pihak atau orang-orang Islam yang bukan waris simati
tetapi mempercayai ada kepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta
simati seperti pemberi hutang, penyewa, pembeli atau pihak-pihak yang
menerima faedah dari hibbah atau wasiat simati;
(c) Perbadanan Baitulmal;
(d) Agensi-agensi kerajaan yang relevan;
(e) Institusi kewangan, insuran, pertubuhan kebajikan atau agensi-agensi
seumpamanya.
(2) Pihak dalam subkaedah (1) (c), (d) dan (e) hendaklah diwakili oleh Peguam
Syarie.
Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya
5. (1) Kecuali dalam subkaedah (2), percantuman pihak-pihak sebagai Pemohon
bersama tidak dibenarkan jika tajuk permohonan perkara simati lebih dari seorang dalam
satu-satu prosiding.
7
(2) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai
pemohon atau responden dengan syarat –
(a) Tajuk permohonan perkara simati adalah orang yang sama dalam satu
prosiding; atau
(b) Simati adalah orang berlainan tetapi menjadi waris bertingkat dalam satu
prosiding.
Kehadiran Peguam Syarie
6. Tertakluk Bahagian V, Enakmen Tatacara Mal, seseorang Peguam Syarie yang
dilantik oleh pihak-pihak dalam prosiding permohonan, boleh hadir mewakili pihak-pihak
dalam prosiding itu tetapi tidak boleh disifatkan sebagai Pemohon atau Responden.
Kehadiran responden dengan afidavit
7. (1) Mana-mana pihak yang disenaraikan dalam Kaedah 4 boleh juga bertindak atau
dijadikan sebagai responden dalam mana-mana prosiding, tertakluk kebenaran
Mahkamah jika melibatkan pihak-pihak dalam Kaedah 4, subkaedah (1) (e).
(2) Kehadiran pihak-pihak yang dimaksudkan dalam subkaedah (1) hanya
dibenarkan oleh Mahkamah setelah memfailkan afidavit sama ada Afidavit Bantahan
apabila bertindak sebagai responden atau Afidavit sebagai satu pihak jika tidak berkaitan
dengan pihak responden yang sedia ada.
Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam
8. (1) Kehadiran mana-mana orang berkepentingan bukan Islam terhadap harta
simati adalah dibenarkan jika dia mempercayai bahawa ada hak terhadap harta atau hak
‘ain harta simati atau ada sebab-sebab lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(2) Orang-orang dalam subkaedah (1) tidak perlu memfailkan afidavit tetapi
hendaklah memberi maklum kepada pejabat Pendaftar melalui satu surat rasmi yang
8
mengandungi nama dan alamatnya yang lengkap, butir-butir permohonan atau sebab-
sebab permohonan sebagai orang berkepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta
simati.
(3) Orang-orang dalam subkaedah (1) hanya dibenarkan hadir dalam prosiding
setelah mendapat kebenaran Mahkamah iaitu melalui satu notis atau sapina memanggil
saksi menggunakan Borang 22 dan Mahkamah boleh memberi perhatian terhadap
Bahagian XIV, Bab 2, seksyen 100 sehingga seksyen 111, Enakmen Tatacara Mal setakat
mana peruntukkan-peruntukkan berkaitan. Kehadiran orang-orang dalam subkaedah (1)
tidak disifatkan oleh Mahkamah sebagai pihak-pihak dalam mana-mana prosiding.
Cara memulakan prosiding permohonan
9. (1) Tiap-tiap permohonan Pembahagian Harta Pusaka hendaklah dimulakan
dengan memfailkan notis, afidavit dan dokumen-dokumen dalam Senarai Semak dalam
Jadual A kepada pejabat Pendaftar.
(2) Tiap-tiap notis dan afidavit terhadap seseorang waris atau pihak responden jika
ada, hendaklah dikemukakan untuk difailkan oleh pemohon dalam salinan yang
mencukupi dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap responden
tambahan.
Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya
10. (1) Wali Harta hendaklah dilantik sebelum memulakan prosiding permohonan
Pembahagian Harta Pusaka simati dalam keadaan-keadaan –
a) simati mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan terlebih dahulu;
b) simati ada membuat wasiat, hibbah, wakaf atau nazar;
c) hak ‘ain harta simati perlu terdahulu dikenalpasti atau diselesaikan;
d) yang memerlukan tindakan Wali Harta untuk apa-apa urusan atau transaksi
yang perlu bagi menjaga kepentingan waris atau pihak-pihak lain yang ada
kepentingan.
9
(2) Prosiding yang memerlukan pelantikan Wali Harta dalam subkaedah (1) boleh
dikecualikan dengan syarat -
a) persetujuan awal semua waris atau orang-orang atau pihak-pihak
berkepentingan diperolehi secara bertulis termasuk persetujuan
mengambil alih apa-apa tanggungan simati; dan atau
b) setelah dirujuk, Mahkamah berpendapat tidak wujud keperluan melantik
Wali Harta dan Mahkamah hendaklah merekodkan alasan-alasan memberi
pengecualian sedemikian.
BAHAGIAN III
PENYAMPAIAN
Alamat penyampaian
11. Tertakluk kepada Kaedah 12, setiap Pemohon dalam mana-mana prosiding
hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian di dalam Negeri Sabah.
Penyampaian kepada Peguam Syarie
12. Jika mana-mana Pemohon atau pihak lain yang menjadi salah satu pihak dalam
mana-mana prosiding diwakili oleh seseorang Peguam Syarie, alamat penyampaian
Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian kecuali jika pelepasan
atau penukaran telah dibuat terhadap Peguam Syarie berkenaan.
Proses penyampaian
13. (1) Setelah permohonan didaftarkan, sesuatu notis dan afidavit yang difailkan oleh
pemohon, hendaklah dikembalikan dan disampaikan oleh Pegawai Mahkamah kediri
Pemohon. Akuan penerimaan dokumen oleh pemohon adalah menjadi bukti
penyampaian.
(2) Tertakluk Kaedah 12, penyampaian notis dan afidavit atau dokumen lain
kepada waris atau orang yang berkepentingan selain dari pemohon, hendaklah
disampaikan kediri orang itu sendiri oleh Pegawai Mahkamah atau orang lain dengan
10
kebenaran bertulis dari Mahkamah. Jika perlu, Mahkamah boleh mengarahkan
penyampaian dibuat melalui mana-mana guaman Peguam Syarie dan kos hendaklah
ditanggung oleh pemohon kecuali diperintahkan sebaliknya. Penyampaian kepada orang-
orang berkepentingan bukan Islam hendaklah tertakluk Kaedah 8.
(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi,
notis dan afidavit atau dokumen-dokumen lain tidak dapat disampaikan secara biasa,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan secara penyampaian ganti sama
ada secara tampalan atau iklan dalam akhbar mengikut Kaedah 16.
Bentuk afidavit penyampaian dan bukti penyampaian
14. Sama ada penyampaian yang dikehendaki oleh subkaedah 13(2) dapat
dilaksanakan atau sebaliknya, bukti penyampaian oleh Pegawai Mahkamah atau orang
lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Mahkamah, hendaklah dibuat melalui Afidavit
Penyampaian dalam Borang 10.
Penyampaian ganti bagi harta alih lebih RM5,000 dan harta tak alih
15. Selain proses penyampaian kediri sama ada dapat dilaksanakan atau sebaliknya,
penyampaian ganti melalui akhbar dan secara tampalan di tempat-tempat awam yang
sesuai hendaklah dilaksanakan bagi permohonan harta alih melebihi nilai RM Lima ribu
(RM5,000.00) atau melibatkan harta tak alih.
Bentuk penyampaian ganti dan tempat-tempat tampalan
16. (1) Bentuk Penyampaian Ganti secara iklan akhbar atau tampalan seperti dalam
Jadual Borang 11.
(2) Mahkamah mempunyai budibicara menetapkan penyampaian ganti secara
iklan dilaksanakan dalam mana-mana akhbar.
11
(3) Penyampaian ganti secara tampalan dalam subkaedah (1) hendaklah
dilaksanakan di tempat-tempat berikut –
(a) Mahkamah yang mendengar permohonan; dan /atau
(b) Mahkamah di mana waris lain atau lokasi harta berada;
dan mana-mana berkenaan, sama ada di
(i) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah; atau
(ii) mana-mana pejabat atau tempat awam yang difikirkan sesuai.
Tempoh tampalan penyampaian ganti
17. Tempoh tampalan bagi penyampaian ganti secara tampalan di papan kenyataan
ialah mulai dari tarikh iklan akhbar atau notis dikeluarkan sehingga sehari selepas tarikh
prosiding yang dinyatakan dalam penyampaian ganti itu.
Penyampaian kepada waris atau pihak bawah umur
18. Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan atau berumur
kurang dari lapan belas (18) tahun adalah dianggap telah disempurnakan dengan
menyerahkan dokumen itu kepada penjaganya yang sah atau kepada orang dewasa yang
tinggal atau di bawah jagaannya.
Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan luar Malaysia
19. Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan di luar Malaysia bagi dokumen-
dokumen dalam prosiding Kaedah ini hendaklah mengikut peruntukan seksyen 52
sehingga seksyen 55 Enakmen Tatacara Mal.
12
BAHAGIAN IV
JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT
HARTA BOLEH DIPOHON
Jenis-jenis harta boleh dipohon
20. Jenis-jenis harta yang boleh dipohon dalam Kaedah ini ialah -
a) tanah yang mempunyai geran;
b) rumah yang didirikan atas tapak bergeran;
c) harta-harta tak alih berbentuk perniagaan seperti kebun atau seumpamanya;
d) harta-harta alih termasuk wang, saham, syer dan lain-lain seumpamanya;
e) mana-mana harta atau hak ‘ain harta yang menjadi hak terhadap simati atau
milik simati yang diputuskan oleh Mahkamah sebagai termasuk dalam tafsiran
Harta Pusaka dalam Kaedah 2, subkaedah (1) termasuk harta sepencarian,
harta perkongsian dan seumpamanya.
Syarat-syarat harta boleh dipohon
21. Syarat-syarat bagi harta dalam Kaedah 20 yang boleh dipohon ialah -
a) harta atas nama simati; atau
b) harta atas nama orang lain tetapi mempunyai hak ‘ain harta; atau
c) harta atas nama bersama orang atau pihak lain; dan
d) harta adalah termasuk dalam tafsiran ‘Harta Pusaka’ dalam Kaedah 2(1)
Pengecualian jenis-jenis dan syarat-syarat harta
22. Mahkamah mempunyai kuasa budibicara mengecualikan jenis-jenis harta yang
boleh dipohon di bawah Kaedah 20 dan syarat-syarat harta di bawah Kaedah 21 bagi
harta-harta yang tersenarai sebagai Kes-Kes Khas dalam Kaedah 73.
13
BAHAGIAN V
PELANTIKAN WALI HARTA
Bentuk permohonan
23. Permohonan Pelantikan Wali Harta hendaklah dipohon oleh seseorang atau mana-
mana pihak dengan cara memfailkan notis dan afidavit seperti dalam Borang 1 dan 7,
termasuk dokumen-dokumen lain dalam Senarai Semak Jadual B.
Syarat-syarat pelantikan dan Pemohon yang layak
24. (1) Pertimbangan Mahkamah untuk Pelantikan Wali Harta dibuat setelah
memenuhi syarat-syarat berikut –
(a) telah mencapai umur 18 tahun;
(b) beraqal;
(c) tidak terhalang dari mengurus harta dari segi Hukum Syarak;
(d) tidak terhalang dari memiliki harta dari segi Hukum Syarak;
(e) dapat menyediakan jaminan atau/dan cagaran bernilai tidak kurang dari
separuh nilai pasaran harta simati atau membuat akujanji menanggung
risiko kewangan akibat kecuaian atau penyalahgunaan oleh Wali Harta
(2) Pihak-pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon dalam Kaedah 4, adalah
juga layak sebagai Pemohon dalam Pelantikan Wali harta.
Perbadanan Baitulmal bertindak sebagai Wali Harta
25. (1) Tertakluk subkaedah (3), Mahkamah mempunyai kuasa budibicara melantik
Perbadanan Baitulmal untuk bertindak sebagai Wali Warta terhadap mana-mana harta
sama ada pelantikan itu dipohon oleh Perbadanan Baitulmal atau oleh mana-mana pihak
atau atas kehendak Mahkamah sendiri.
14
(2) Pelantikan oleh Mahkamah dalam subkaedah 1 dibuat melalui satu perintah
seperti dalam Borang 18.
(3) Perbadanan Baitulmal boleh dilantik sedemikian dalam keadaan-keadaan
berikut –
(a) mahkamah memutuskan Perbadanan Baitulmal mendapat bahagian faraid;
(b) wujud hak ‘ain harta simati melibatkan kepentingan pihak-pihak lain; atau
(c) waris simati ghaib, sukar dihubungi dengan cara yang munasabah atau
waris masih janin; atau
(d) wujud keperluan untuk menyelaraskan dan memudahkan pengagihan
bahagian faraid terhadap waris atau pihak berkepentingan lain.
Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Wali Harta
Wali Harta bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas –
(a) semua perkara yang diperintahkan dalam perintah Pelantikan Wali Harta;
(b) setiap dua (2) bulan dari tarikh perintah dikeluarkan, menyediakan Laporan
Transaksi bertulis seperti dalam Borang 21 mengenai perkembangan atau
status bagi setiap transaksi atau tindakan yang telah dan/atau akan
dilaksanakan sehingga transaksi selesai;
(c) menyerahkan setiap laporan itu dalam tempoh tidak kurang tujuh (7) hari
berkerja kepada Mahkamah dan salinan-salinan kepada setiap waris atau
pihak yang berkepentingan;
(d) mengenalpasti kewujudan dan status harta-harta simati; harta-harta yang
bersangkutan dengan hutang, zakat, wasiat, cagaran atau gadaian, jual beli,
wakaf dan/atau nazar, hibah, harta sepencarian dll;
(e) mengenalpasti ahli-ahli waris simati atau pihak yang berkepentingan
dengan harta atau ‘ain harta simati; dan
(f) menyediakan penyata transaksi kewangan bagi setiap harta-harta simati.
15
Perluasan kuasa dengan kebenaran
26. Walau apapun peruntukan di bawah Kaedah 26, Mahkamah boleh dari masa ke
semasa atas permohonan pemohon melalui satu afidavit tambahan dalam Borang 4,
meluaskan kuasa-kuasa itu tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Tempoh sah kuatkuasa pelantikan
27. Mahkamah hendaklah menetapkan tempoh sah kuatkuasa pelantikan Wali Harta
dalam perintah yang dikeluarkan dan boleh dilanjutkan oleh Mahkamah atas permohonan
pemohon melalui satu afidavit pindaan dalam Borang 4. Jika Mahkamah tidak
menetapkan sedemikian, tempoh sah kuatkuasa hendaklah dikira dari tarikh perintah
dikeluarkan sehingga transaksi atau tindakan telah disempurnakan bagi harta yang
dinyatakan dalam perintah itu.
Syarat-syarat tambahan
28. Mahkamah boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan terhadap pelantikan Wali
Harta dan memasukkan syarat-syarat tambahan itu sebagai sebahagian daripada
perintah.
Cara memulakan prosiding
29. (1) Kecuali pelantikan dibuat atas kehendak Mahkamah dalam suatu prosiding
Pembahagian Harta Pusaka atau Perakuan Perwarisan, tiap-tiap permohonan pelantikan
Wali Harta hendaklah dimulakan dengan memfailkan notis, afidavit dan dokumen-
dokumen dalam Senarai Semak dalam Jadual B.
(2) Jika perlu kepada prosiding pendengaran, Mahkamah hendaklah memberi
perhatian Bahagian VIII dalam Kaedah ini.
16
BAHAGIAN VI
PERMOHONAN PERAKUAN PERWARISAN
Bentuk permohonan
30. Setiap permohonan bagi mendapatkan Perakuan Perwarisan di bawah seksyen 15,
Enakmen Mahkamah hendaklah dibuat dalam bentuk Afidavit Permohonan Perakuan
Perwarisan seperti dalam Borang 8.
Cara memulakan prosiding permohonan
31. (1) Cara permulaan prosiding ialah pemohon memfailkan Borang Permohonan
Perakuan Perwarisan dan menyertakan dokumen-dokumen seperti dalam Senarai Semak
Jadual C ke pejabat Pendaftar.
(2) Selain boleh memberi perhatian terhadap peruntukan mengenai prosiding
pendengaran dalam Bahagian VIII Kaedah ini, Mahkamah mempunyai budibicara untuk
menjalankan acara atau bentuk penyiasatannya sendiri bagi mengesahkan kesahihan
maklumat dalam Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan dan dokumen-dokumen yang
difailkan.
Bentuk Perakuan Perwarisan
32. Setelah berpuas hati dengan maklumat dan dokumen-dokumen, Mahkamah
hendaklah membuat keputusan secara bertulis dan membuat perakuan terhadap
permohonan itu dalam bentuk Perakuan Perwarisan seperti Borang 19.
BAHAGIAN VII
AFIDAVIT-AFIDAVIT
17
Peruntukkan mengenai afidavit
33. Kecuali seksyen 113, afidavit-afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana
prosiding dalam Kaedah ini hendaklah tertakluk dengan semua peruntukkan mengenai
afidavit dalam Bahagian XIV, Bab 3, Enakmen Tatacara Mal.
Bentuk-bentuk afidavit
34. (1) Bentuk afidavit sama ada Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka,
Afidavit-Afidavit Tambahan, Afidavit-Afidavit Pindaan, Afidavit Bantahan, Afidavit sebagai
satu pihak, Afidavit Pelantikan Wali Harta, Afidavit Permohonan Perakuan Pewarisan,
Afidavit Permohonan Perintah-Perintah dan Afidavit Penyampaian hendaklah dalam
bentuk seperti Borang 3 hingga 10.
(2) Walau apapun subkaedah (1), Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya
menerima sesuatu afidavit walaupun apa-apa ketakteraturan dalam bentuknya.
Afidavit dikemukakan oleh pihak-pihak relevan
35. (1) Afidavit-afidavit dalam Kaedah 35 hendaklah dikemukakan oleh pihak-pihak
relevan seperti berikut -
(a) Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka oleh Pemohon;
(b) Afidavit Bantahan oleh Responden;
(c) Afidavit Tambahan atau Pindaan terhadap Afidavit Sokongan oleh Pemohon;
(d) Afidavit Tambahan atau Pindaan terhadap Afidavit Bantahan oleh Responden;
(e) Afidavit Sebagai Satu Pihak oleh pihak ketiga yang berkepentingan selain
Pemohon atau Responden;
(f) Afidavit Pelantikan Wali Harta oleh Pemohon;
18
(g) Afidavit Permohonan Perakuan Pewarisan oleh Pemohon;
(h) Afidavit Permohonan Perintah-Perintah oleh mana-mana pihak;
(i) Afidavit Penyampaian oleh orang yang menyampaikan sesuatu dokumen
Mahkamah.
(2) Selain afidavit-afidavit dalam subkaedah (1), Mahkamah mempunyai budibicara
menetapkan bentuk dan tajuk yang sesuai bagi afidavit-afidavit yang dikemukakan ke
Mahkamah.
Pemfailan dokumen secara afidavit tambahan
36. Tiap-tiap pemfailan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak-pihak
kepada pejabat Pendaftar atau Mahkamah hendaklah dibuat secara Afidavit Tambahan
seperti dalam Borang 4.
BAHAGIAN VIII
PENDENGARAN
Notis tarikh pendengaran
37. Kecuali bagi permohonan Perakuan Perwarisan di bawah seksyen 15 Enakmen
Mahkamah, tarikh dan masa untuk prosiding pendengaran termasuk siasatan pertama
terhadap permohonan Pembahagian Harta Pusaka dan permohonan Wali Harta
hendaklah ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan itu didaftarkan,
tertakluk pemfailan dokumen yang sempurna dan teratur.
19
Prosiding pendengaran dalam Enakmen Tatacara Mal
38. Mahkamah boleh memberi perhatian terhadap mana-mana peruntukan relevan
dalam Bahagian XV, Enakmen Tatacara Mal dalam menentukan prosiding pendengaran.
Mahkamah terbuka
39. Kecuali diperintahkan oleh Mahkamah atas kepentingan awam atau sebab-sebab
lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah, prosiding pendengaran dalam Kaedah ini
hendaklah dalam Mahkamah terbuka.
Kehadiran pihak-pihak
40. Pemohon boleh hadir sendirian atau hadir bersama Peguam Syarie adalah
tertakluk Kaedah 4 dan 6. Kehadiran responden adalah tertakluk Kaedah 7 dan kehadiran
orang atau pihak berkepentingan bukan Islam adalah tertakluk Kaedah 8.
Prosiding jika ada bantahan
41. (1) Jika ada bantahan dari mana-mana pihak yang disifatkan sebagai responden,
Mahkamah boleh menetapkan bentuk prosiding pendengaran bantahan itu dan boleh
memberi perhatian terhadap mana-mana peruntukan yang sesuai di bawah seksyen 126
(3) sehingga subseksyen (8), Enakmen Tatacara Mal.
(2) Notis bantahan dan Afidavit Bantahan seperti Borang 2 dan 5 hendaklah
difailkan tiga (3) hari sebelum tarikh prosiding pendengaran dan hendaklah disampaikan
satu salinan kepada pemohon, tetapi Mahkamah boleh menggunakan budibicara sama
ada menerima atau mengenepikan bantahan yang difailkan kurang dari tempoh tersebut.
(3) Jika ada bantahan dari mana-mana orang atau pihak berkepentingan yang
bukan Islam, Mahkamah juga mempunyai kuasa budibicara menetapkan perjalanan
prosiding pendengaran dan boleh memberi peluang kepada pemohon dan responden
untuk membuat apa-apa soalan yang berkaitan terhadap orang atau pihak itu.
20
Penarikan balik oleh pemohon atau responden
42. (1) Pemohon boleh dengan kebenaran mahkamah, pada bila-bila masa sebelum
penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya
dengan memberikan notis penarikan kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan
notis itu kepada responden.
(2) Jika pemohon menarik balik mana-mana prosiding di bawah subkaedah (1),
responden boleh mendapat kos prosiding itu.
(3) Responden juga boleh pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada
Mahkamah dan salinan kepada pemohon untuk menarik balik bantahannya atau
sebahagian daripada bantahannya dan hendaklah dalam keadaan itu dihalang daripada
membuat bantahan pada mana-mana peringkat prosiding.
Jika gagal hadir semasa prosiding
43. (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran: –
(a) tiada satu pihak pun hadir , Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
(b) responden tidak hadir, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar,
Mahkamah boleh mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa
kehadirannya; atau
(c) pemohon tidak hadir tanpa alasan munasabah, Mahkamah boleh terus
mendengar keterangan responden jika ada.
(2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman,
mengarahkan pemohon atau responden, mengikut mana-mana yang berkenaan,
mengangkat sumpah istizhar.
21
(3) Jika terdapat lebih daripada seorang pemohon atau responden dan hanya
seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu
terhadap pihak yang hadir dan memutuskan tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak
hadir.
(4) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya dalam mana-mana hal yang
dinyatakan dalam subkaedah (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.
Pendengaran boleh di hadapan pendaftar
45. Prosiding pendengaran pertama boleh dijalankan di hadapan Pendaftar bagi
menentukan kepatuhan terhadap prosiding, dokumen-dokumen dan bagi menentukan
isu-isu utama jika ada bantahan dari mana-mana pihak. Pada mana-mana peringkat
prosiding Pendaftar juga boleh mendengar prosiding pendengaran seterusnya jika
mendapat arahan dari Hakim.
Pendengaran di hadapan Hakim
46. Semua prosiding pendengaran hendaklah dijalankan di hadapan Hakim dan Hakim
mempunyai kuasa melaksanakan semua prosiding yang dijalankan oleh Pendaftar di
bawah Kaedah 45, termasuk boleh membuat apa-apa arahan tambahan atau
pengubahsuaian arahan terhadap perkara-perkara yang diputuskan oleh Pendaftar.
Cara permulaan prosiding dan tatacara pendengaran
47. (1) Hakim boleh memberi arahan tentang cara permulaan prosiding pendengaran
atau bentuk perjalanan prosiding pendengaran dan boleh memberi arahan tentang
susunan ucapan terhadap keterangan-keterangan pemohon dan responden.
(2) Tatacara prosiding siasatan adalah seperti berikut –
22
(a) Pemohon hendaklah memulakan dengan membuka kesnya;dan
(b) Jika pemohon tidak diwakili oleh Peguam Syarie, Mahkamah boleh
mengemukakan soalan-soalan sebagai prosiding pendengaran terhadap
pemohon mengenai beberapa maklumat atau fakta dengan memberi
perhatian terhadap kandungan afidavit dan dokumen-dokumen yang
difailkan oleh pemohon;
(c) Selepas soalan itu, pemohon boleh mengemukakan saksi atau apa-apa
dokumen berkaitan bagi menyokong keterangannya dan Mahkamah boleh
mengemukakan apa-apa soalan terhadap saksi atau dokumen itu;
(d) Respondenan berhak memberi keterangan bantahan, mengemukakan
saksi-saksi atau dokumen-dokumen sebagai menyokong bantahannya
Sebelum penggulungan hujah oleh pemohon dan responden;
(e) Tertakluk kehadiran responden jika ada, pihak yang bertindak sebagai
pemohon hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya,
kemudian giliran responden;
(f) Penggulungan hujah boleh dibuat secara bertulis atau lisan, dan jika secara
lisan tertakluk kebenaran Mahkamah untuk pemfailan hujah bertulis
difailkan selepas itu dalam tempoh yang ditetapkan.
Kuasa Mahkamah memanggil mana-mana pihak dan memeriksa
48. (1) Demi kepentingan keadilan, Mahkamah mempunyai kuasa budibicara pada
mana-mana peringkat prosiding melalui satu notis atau sapina memanggil mana-mana
pihak untuk mengemukakan keterangan dan boleh memeriksa mana-mana tempat dan
barang yang difikirkan patut untuk disiasat.
(2) Notis atau sapina dalam subkaedah (1) hendaklah menggunakan Borang 22.
(3) Mahkamah mempunyai kuasa budibicara menetapkan bagaimana bentuk
prosiding pendengaran dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keterangan dan bukti-
bukti yang diserahkan.
23
Penangguhan dan pemindahan prosiding
49. Mahkamah boleh dari masa ke semasa menangguhkan atau memindahkan mana-
mana pendengaran dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan boleh mengenakan
apa-apa syarat apabila berbuat demikian.
BAHAGIAN IX
PELUPUSAN DAN PEWAKILAN KUASA
Pelupusan dan tempoh kuatkuasa pelupusan
50. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding, pelupusan boleh dibuat oleh waris atau
pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam.
(2) Pelupusan sedemikian hendaklah dalam Borang Akuan Pelupusan
menggunakan Borang 12 dan berkuat kuasa pada tarikh Akuan Pelupusan ditandatangani.
(3) Sesuatu pelupusan tidak boleh dibatalkan kecuali dengan perintah Mahkamah.
Penarikan balik keseluruhan atau sebahagian pelupusan, hendaklah dibuat dalam Borang
14 dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar untuk mendapat arahan selanjutnya dari
Hakim bicara.
(4) Mahkamah boleh merekodkan pelupusan awal yang dibuat oleh mana-mana
waris atau pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam yang dibuat
dalam Mahkamah tertakluk pemfailan Borang Akuan Pelupusan diserah kepada pejabat
Pendaftar sebelum perintah dikeluarkan.
24
(5) Tertakluk kepada budibicara mahkamah pelupusan hendaklah difailkan dalam
tempoh tiga puluh hari selepas keputusan dibuat dan kegagalan sedemikian, perintah
pembahagian secara faraid boleh dikeluarkan bagi bahagian yang tidak dilupuskan.
Pewakilan dan tempoh kuatkuasa pewakilan
51. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding sebelum perintah dikeluarkan,
Mahkamah boleh membenarkan mana-mana waris atau pihak berkepentingan atau orang
berkepentingan bukan Islam mewakilkan kepada mana-mana orang untuk menerima
bahagian harta simati atau hak ‘ain harta simati yang ia berhak, dan pewakilan sedemikian
hendaklah bertindak sebagaimana diperintahkan.
(2) Pewakilan sedemikian hendaklah dibuat dalam Borang Akuan Pewakilan
menggunakan Borang 13 dan berkuat kuasa pada tarikh borang itu ditandatangani oleh
pemberi wakil sehingga tindakan atau urusan yang dinyatakan dalam borang itu selesai
dilaksanakan.
(3) Sesuatu perwakilan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum
pelaksanaan tindakan atau urusan yang dinyatakan dalam Borang Pewakilan itu.
Penarikan balik pewakilan hendaklah dibuat melalui Borang 15 dan diserahkan kepada
pejabat Pendaftar untuk mendapat arahan selanjutnya dari Hakim bicara.
BAHAGIAN X
PENGHAKIMAN DAN PERINTAH
Penghakiman secara bertulis dibaca dalam Mahkamah terbuka
52. (1) Penghakiman hendaklah mengandungi perintah yang sesuai dan dibuat secara
bertulis.
25
(2) Apabila seseorang Hakim yang telah membicarakan mana-mana prosiding tidak
dapat mengumumkan penghakimannya kerana sesuatu sebab, penghakiman yang ditulis
olehnya bolehlah dibaca di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim atau Pendaftar.
Arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah
53. Setiap arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah dan tidak mempunyai
kesan undang-undang kecuali dibuat sedemikian.
Kertas penyata faraid boleh diberi bersama perintah
54. Mahkamah boleh memberikan salinan-salinan kertas penyata faraid bersama
perintah untuk makluman waris-waris simati mengenai bahagian-bahagian yang patut
mereka perolehi jika perkiraan dibuat secara faraid dan penyata sedemikian tidak boleh
digunakan bagi apa-apa tujuan yang bertentangan dengan kehendak perintah.
Penghakiman persetujuan
55. (1) Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak termasuk sulh,
boleh direkodkan oleh Mahkamah pada mana-mana peringkat prosiding dan Mahkamah
hendaklah merekodkan secara bertulis semua persetujuan-persetujuan dan terma-terma
jika pihak-pihak membuat persetujuan itu secara lisan dalam Mahkamah.
(2) Persetujuan bertulis oleh waris yang tidak hadir semasa prosiding
pendengaran hendaklah dibuat dalam Borang Persetujuan Pembahagian menggunakan
Borang 16.
Tarikh kuatkuasa penghakiman dan perintah
26
56. Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah mengandungi tarikh bila ianya
dibuat dan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan atau berkuatkuasa serta
merta jika tarikh kuat kuasa tidak ditetapkan.
Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan
57. Mahkamah boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan yang
difikirkan perlu dan wajar oleh Mahkamah sebelum mengeluarkan sesuatu perintah demi
keadilan pihak-pihak.
Tempoh pengeluaran perintah
58. Perintah hanya boleh dikeluarkan selepas tamat tempoh 14 hari dari tarikh
penghakiman diberi kecuali atas alasan-alasan mendesak yang dibuktikan dan diluluskan
oleh Hakim berkenaan, sesuatu perintah boleh dikeluarkan dengan segera.
Bentuk-bentuk perintah
59. Perintah hendaklah dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar dan bentuk-bentuk
perintah adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut –
(a) Perintah Pembahagian Harta Pusaka menggunakan Borang 17;
(b) Perintah Pelantikan Wali Harta, menggunakan Borang 18; dan
(c) Perakuan Perwarisan, menggunakan Borang 19.
BAHAGIAN XI
SEMAKAN DAN RAYUAN
27
Notis semakan atau rayuan
60. (1) Pihak yang terkilan atau tidak berpuashati dengan suatu penghakiman adalah
berhak merayu keputusan Mahkamah dengan memfailkan notis semakan atau notis
rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman itu diberikan.
(2) Notis semakan atau rayuan sedemikian hendaklah menggunakan Borang 23.
(3) Jika tempoh hak semakan atau rayuan telah tamat, pihak yang terkilan atau
tidak berpuashati dengan sesuatu penghakiman itu boleh memohon tempoh rayuan
dilanjutkan.
(4) Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan mana-mana prosiding atau
arahan Mahkamah sebelum penghakiman diberi, permohonan sama ada semakan atau
rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi jika mahkamah mula bicara di Mahkamah
Rendah, atau ke Mahkamah Rayuan jika mahkamah mula bicara di Mahkamah Tinggi.
(5) Pengeluaran perintah yang diluluskan di Mahkamah mula bicara hendaklah
digantung serta merta oleh Hakim berkenaan pada tarikh semakan atau rayuan difailkan.
Tatacara rayuan
61. Tatacara rayuan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah tertakluk
di bawah seksyen 138 sehingga seksyen 146, Enakmen Tatacara Mal, seksyen 14 dan
seksyen 17 Enakmen Mahkamah.
Bidang kuasa semakan
62. Dalam perkara-perkara berkaitan dalam Kaedah ini, Mahkamah Rayuan Syariah
dan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengikut peruntukan mengenai bidang kuasa
28
pengawasan dan penyemakan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 16 dan
seksyen 17, Enakmen Mahkamah.
Keputusan Mahkamah Rayuan muktamad
63. Dalam perkara-perkara rayuan dan semakan yang dirujuk ke Mahkamah Rayuan
Syariah, keputusan Mahkamah Rayuan Syariah adalah muktamad.
BAHAGIAN XII
PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PENGHAKIMAN
DAN PENGHINAAN MAHKAMAH
Peruntukan dalam Enakmen Tatacara Mal
64. Penguatkuasaan, Pelaksanaan Penghakiman dalam Bahagian XVIII, Enakmen
Tatacara Mal, hendaklah terpakai setakat mana peruntukkan-peruntakkannya sesuai
digunakan dalam Kaedah ini.
Kuasa budibicara Mahkamah
65. Selain memberi perhatian terhadap peruntukkan-peruntukkan dalam Bahagian
XVIII Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah mempunyai kuasa budibicara menetapkan
prosiding dan mengeluarkan apa-apa perintah untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan
penghakiman terhadap mana-mana permohonan dalam Kaedah ini.
Penghinaan Mahkamah
66. (1) Prosiding dan perkara-perkara berkaitan dengan penghinaan Mahkamah dalam
Kaedah ini, hendaklah mengikut peruntukkan seksyen 229-231, Enakmen Tatacara Mal.
Penghinaan
Mahkamah
29
(2) Keengganan atau kegagalan mematuhi mana-mana perintah Mahkamah atau
arahan Hakim secara bertulis dalam Kaedah ini, adalah dianggap sebagai penghinaan
Mahkamah.
BAHAGIAN XIII
PERMOHONAN PERINTAH-PERINTAH LAIN
Bentuk permohonan
67. (1) Kecuali diperintahkan sebaliknya, tiap-tiap permohonan untuk perintah-
perintah berikut, hendaklah didaftarkan ke pejabat Pendaftar di mana perintah-perintah
itu dikeluarkan, iaitu permohonan –
(a) Perintah mengenepikan permohonan-permohonan;
(b) Perintah membatalkan pelantikan Wali Harta/Wasi;
(c) Perintah injunksi;
(d) Perintah pindaan;
(e) Perintah penggantungan; dan lain-lain perintah yang berkaitan dengan
mana-mana permohonan dalam kaedah ini.
(2) Permohonan dalam subkaedah (1) hendaklah dibuat melalui notis dan afidavit
Permohonan Perintah dalam Jadual D, Borang 1 dan 9.
Rujukan Enakmen Tatacara Mal
68. Prosiding bagi mendengar dan memutuskan permohonan-permohonan dalam
Kaedah 67 adalah mengikut tatacara permohonan dalam Enakmen Tatacara Mal.
Bentuk perintah
30
69. Bentuk perintah yang dikeluarkan dalam Bahagian ini adalah seperti yang lazim
dikeluarkan oleh Mahkamah bagi kes-kes mal di bawah peruntukkan Enakmen Tatacara
Mal dan Mahkamah boleh menentukan atau mengubah bentuk-bentuk perintah
berkenaan yang sesuai.
BAHAGIAN XIV
AM
Bidang kuasa Mahkamah mengikut nilai harta
70. Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa masing-masing mendengar
semua prosiding permohonan dalam Kaedah ini tertakluk kepada bidang kuasa yang
diperuntukkan dalam seksyen 11(3)(b)(viii), (ix), seksyen 12 (2)(b) dan seksyen 15,
Enakmen Mahkamah.
Borang-borang
71. Borang-borang yang diperuntukkan dalam Jadual D hendaklah dipakai di mana
berkenaan dan dengan pengubahsuaian tertentu jika hal keadaan menghendaki, tetapi
borang itu tidak boleh diubah sedemikian semata-mata untuk mengenakan ke atas
seseorang itu apa-apa tanggungan atau melucutkan daripadanya apa-apa hak atau
maklumat kecuali jikalau pengubahsuaian itu dibenarkan oleh undang-undang.
Ketidakpatuhan
72. (1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan dalam Kaedah ini adalah
dianggap sebagai luar aturan tetapi tidak boleh membatalkan prosiding itu, kecuali
Mahkamah memerintahkan sedemikian tetapi Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau
atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan prosiding sepenuhnya atau
sebahagiannya sebagai tak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya atas
syarat-syarat yang difikirkan patut.
31
(2) Permohonan di bawah subkaedah (1) boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam
tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam
prosiding dengan mengetahui akan ketidakpatuhan itu.
Kes-Kes Khas
73. (1) Senarai permohonan kes-kes berikut adalah disifatkan sebagai kes-kes khas
yang boleh dikecualikan dari mematuhi beberapa peruntukan dalam Kaedah ini dengan
syarat tidak menyebabkan ketidakadilan iaitu permohonan –
a) pencen;
b) lesen atau senjata api;
c) permit kenderaan;
d) wang atau saham di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
e) pampasan insuran atau khairat kematian atau seumpamanya;
f) atau syarikat bukan persendirian;
g) tanah-tanah berbentuk skim pekebun kecil;
h) harta-harta lain yang dilindungi oleh undang-undang melalui penamaan;
i) harta-harta simati yang menurut pandangan Mahkamah simati mempunyai
hak atau ‘ain harta dan kepentingan tetapi tidak boleh dibahagi atau
diputuskan secara pembahagian Harta Pusaka.
(2) Bentuk permohonan dan prosiding Kes-Kes Khas dalam Kaedah 73 subkaedah
(1) (a) sehingga (i) hendaklah dilaksanakan seperti seolah-olah membuat
permohonan Pelantikan Wali Harta dalam Bahagian V.
(3) Bentuk atau kandungan perintah bagi Kes-Kes Khas boleh diputuskan oleh
Mahkamah sama ada seperti perintah Pembahagian Harta Pusaka dalam
Borang 17 atau Pelantikan Wali Harta dalam Borang 18 atau gabungan kedua-
duanya seperti Borang 20.
Kos, elaun dan fi
74. Semua perkara mengenai kos, elaun dan fi Mahkamah dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya adalah sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen 221 sehingga
228, Enakmen Tatacara Mal dan tertakluk dengan mana-mana kaedah yang berkuatkuasa
mengenainya.
32
Kuasa asal Mahkamah
75. Tiada apa-apa jua dalam Kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau
menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang
perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses
Mahkamah.
Rujukan Enakmen Tatacara Mal jika tidak diperuntukkan
76. Dalam apa-apa perkara yang tidak ada atau tidak diperuntukkan dengan nyata di
dalam Kaedah ini tetapi diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah
hendaklah merujuk dan mengikut peruntukan itu.
Hukum Syarak
77. (1) Apa-apa peruntukan atau tafsiran peruntukan di dalam kaedah-kaedah ini yang
berlawanan atau tidak konsisten dengan kehendak-kehendak Hukum Syarak adalah
terbatal setakat mana ianya berlawanan atau tidak konsisten itu.
(2) Dalam perkara mengenai amalan, tatacara atau apa-apa perkara yang tidak ada
atau tidak diperuntukkan dengan nyata di dalam Kaedah ini atau di bawah Enakmen
Tatacara Mal, Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syarak.
Peralihan
78. Jika mana-mana prosiding atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana
Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Kaedah ini, peruntukan Kaedah ini hendaklah
terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak
menyebabkan ketidakadilan.

More Related Content

What's hot

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAFUNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAFsurrenderyourthrone
 
Undue influence assignment
Undue influence assignmentUndue influence assignment
Undue influence assignmentSnj SNj
 
Islamic legal maxims and their applications to Islamic banking and finance
Islamic legal maxims and their applications to Islamic banking and financeIslamic legal maxims and their applications to Islamic banking and finance
Islamic legal maxims and their applications to Islamic banking and financeMohamed Ibrahim
 
Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Tinta Pena
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariahFadzli Ismail
 
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysiaIslamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysiaan nur
 
Bab 7 konflik fatwa di malaysia
Bab 7 konflik fatwa di malaysiaBab 7 konflik fatwa di malaysia
Bab 7 konflik fatwa di malaysiawmkfirdaus
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)wmkfirdaus
 
Islamic Banking and Takaful in Malaysia
Islamic Banking and Takaful in MalaysiaIslamic Banking and Takaful in Malaysia
Islamic Banking and Takaful in Malaysiasurrenderyourthrone
 
ILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).ppt
ILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).pptILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).ppt
ILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).pptssuserb0d1522
 

What's hot (20)

Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAFUNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
 
PS201-Chapter five
PS201-Chapter fivePS201-Chapter five
PS201-Chapter five
 
Hibah
HibahHibah
Hibah
 
MURABAHAH
MURABAHAHMURABAHAH
MURABAHAH
 
Maslahah mursalah
Maslahah mursalahMaslahah mursalah
Maslahah mursalah
 
Sadd al dhara'i'
Sadd al dhara'i'Sadd al dhara'i'
Sadd al dhara'i'
 
Undue influence assignment
Undue influence assignmentUndue influence assignment
Undue influence assignment
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Muqasah
MuqasahMuqasah
Muqasah
 
Chapter seven
Chapter sevenChapter seven
Chapter seven
 
Islamic legal maxims and their applications to Islamic banking and finance
Islamic legal maxims and their applications to Islamic banking and financeIslamic legal maxims and their applications to Islamic banking and finance
Islamic legal maxims and their applications to Islamic banking and finance
 
Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
 
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysiaIslamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysia
 
Bab 7 konflik fatwa di malaysia
Bab 7 konflik fatwa di malaysiaBab 7 konflik fatwa di malaysia
Bab 7 konflik fatwa di malaysia
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
 
Islamic Banking and Takaful in Malaysia
Islamic Banking and Takaful in MalaysiaIslamic Banking and Takaful in Malaysia
Islamic Banking and Takaful in Malaysia
 
Principle of Dharar
Principle of DhararPrinciple of Dharar
Principle of Dharar
 
ILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).ppt
ILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).pptILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).ppt
ILMU ALQADHI, QIYAFAH & QUR'AH (2).ppt
 

Similar to GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

Akta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActAkta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActFAROUQ
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSShafizuddinhussin
 
Peranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam SyariePeranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam Syariemusa_awang
 

Similar to GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007 (7)

Akta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActAkta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence Act
 
Akta sprm 2009
Akta sprm 2009Akta sprm 2009
Akta sprm 2009
 
Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
Peranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam SyariePeranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam Syarie
 
22.pusaka
22.pusaka22.pusaka
22.pusaka
 

GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) SABAH, 2007

  • 1. i ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004 ( SEKSYEN 29 SUBSEKSYEN 1) (SEKSYEN 11(3)(b) (viii) (ix), 12 (2)(b) DAN SEKSYEN 15) KAEDAH–KAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) 2007 ______________________ SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH ______________________ BAHAGIAN I PERMULAAN KAEDAH 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PROSIDING PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA 3. Bentuk Permohonan 4. Pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon 5. Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya 6. Kehadiran Peguam Syarie 7. Kehadiran Responden dengan Afidavit 8. Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam 9. Cara memulakan prosiding permohonan 10.Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya
  • 2. ii BAHAGIAN III PENYAMPAIAN 11.Alamat penyampaian 12.Penyampaian kepada Peguam Syarie 13.Proses penyampaian 14.Bentuk Afidavit Penyampaian dan bukti penyampaian 15.Penyampaian ganti bagi harta alih lebih RM5,000-00 dan harta tak alih 16.Bentuk Penyampaian Ganti secara iklan akhbar atau tampalan 17.Tempoh tampalan penyampaian ganti 18.Penyampaian kepada waris atau pihak bawah umur 19.Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan luar Malaysia BAHAGIAN IV JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT HARTA BOLEH DIPOHON 20.Jenis-jenis harta boleh dipohon 21.Syarat-syarat harta boleh dipohon 22.Pengecualian jenis-jenis dan syarat-syarat harta BAHAGIAN V PELANTIKAN WALI HARTA 23.Bentuk permohonan 24.Syarat-syarat pelantikan dan Pemohon yang layak 25.Perbadanan Baitulmal bertindak sebagai Wali Harta 26.Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Wali Harta 27.Perluasan kuasa dengan kebenaran Mahkamah 28.Tempoh sah kuatkuasa pelantikan 29.Syarat-syarat tambahan 30.Cara memulakan prosiding permohonan
  • 3. iii BAHAGIAN VI PERMOHONAN PERAKUAN PERWARISAN 31.Bentuk Permohonan 32.Cara memulakan prosiding permohonan 33.Bentuk Perakuan Perwarisan BAHAGIAN VII AFIDAVIT-AFIDAVIT 34.Peruntukkan mengenai afidavit 35.Bentuk-bentuk Afidavit 36.Afidavit dikemukakan oleh pihak-pihak relavan 37.Pemfailan dokumen secara Afidavit Tambahan BAHAGIAN VIII PENDENGARAN 38.Notis tarikh pendengaran 39.Prosiding pendengaran dalam Enakmen Tatacara Mal 40.Mahkamah terbuka 41.Kehadiran pihak-pihak 42.Prosiding jika ada bantahan 43.Penarikan balik oleh Pemohon atau Responden 44.Jika gagal hadir semasa prosiding 45.Pendengaran boleh di hadapan Pendaftar 46.Pendengaran di hadapan Hakim 47.Cara permulaan prosiding dan tatacara pendengaran 48.Kuasa Mahkamah memanggil mana-mana pihak dan memeriksa 49.Penangguhan dan pemindahan prosiding
  • 4. iv BAHAGIAN IX PELUPUSAN DAN PEWAKILAN 50.Pelupusan dan tempoh kuatkuasa Pelupusan 51.Pewakilan dan tempoh kuatkuasa Pewakilan BAHAGIAN X PENGHAKIMAN DAN PERINTAH 52.Penghakiman secara bertulis dibaca dalam Mahkamah terbuka 53.Arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah 54.Kertas Penyata Faraid boleh diberi bersama Perintah 55.Penghakiman persetujuan 56.Tarikh kuatkuasa Penghakiman dan Perintah 57.Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan 58.Tempoh pengeluaran Perintah 59.Bentuk-bentuk Perintah BAHAGIAN XI SEMAKAN DAN RAYUAN 60.Notis Semakan atau Rayuan 61.Tatacara Rayuan 62.Bidang kuasa Semakan 63.Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah muktamad BAHAGIAN XII PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PENGHAKIMAN DAN PENGHINAAN MAHKAMAH 64.Peruntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal 65.Kuasa budibicara Mahkamah 66.Penghinaan Mahkamah
  • 5. v BAHAGIAN XIII PERMOHONAN PERINTAH-PERINTAH LAIN 67.Bentuk permohonan 68.Rujukan Enakmen Tatacara Mala 69.Bentuk Perintah BAHAGIAN XIV AM 70. Bidang kuasa Mahkamah mengikut nilai harta 71.Borang-borang 72.Ketidakpatuhan 73.Kes-kes khas 74.Kos, Elaun dan Fi 75.Kuasa asal Mahkamah 76.Rujukan Enakmen Tatacara Mal Syariah jika tidak diperuntukkan 77.Hukum Syarak 78.Peralihan JADUAL-JADUAL A Senarai Semak Permohonan Pembahagian Harta Pusaka B Senarai Semak Permohonan Wali Harta C Senarai Semak Permohonan Perakuan Perwarisan D Borang-Borang : 1. Notis Permohonan, Kaedah 3, 23, 67(2) 2. Notis Bantahan, Kaedah 42(2) 3. Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka, Kaedah 3, 36(1)(a) 4. Afidavit Tambahan/Pindaan, Kaedah 28, 36(1)(c)(d), 37 5. Afidavit Bantahan, Kaedah 7(2), 36(1)(b), 42(2) 6. Afidavit sebagai salah satu pihak, Kaedah 7(2), 36(1)(e) 7. Afidavit Pelantikan Wali Harta, Kaedah 23, 36(1)(f) 8. Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan, Kaedah 31, 36(1)(g) 9. Afidavit Permohonan Perintah-Perintah, Kaedah 36(1)(h), 67(2) 10. Afidavit Penyampaian, Kaedah 14, 36(1)(i) 11. Penyampaian Ganti, Kaedah 16 12. Akuan Pelupusan, Kaedah 50(2) 13. Akuan Pewakilan, Kaedah 51(2)
  • 6. vi 14. Akuan Penarikan balik Pelupusan, Kaedah 50(3) 15. Akuan Penarikan balik Pewakilan, Kaedah 51(3) 16. Akuan Persetujuan Pembahagian, Kaedah 55(2) 17. Perintah Pembahagian Harta Pusaka, Kaedah 59(a) 18. Perintah Pelantikan Wali Harta, Kaedah 25(2), 59(b) 19. Perakuan Perwarisan, Kaedah 33, 59(c) 20. Perintah Kes Khas Kaedah 73(3) (Pembahagian dan Pelantikan Wali Harta Pusaka). 21. Laporan Transaksi oleh Wali Harta, Kaedah 26(b) 22. Sapina memanggil saksi dan memeriksa, Kaedah 8(3), 48(2) 23. Notis Semakan/Rayuan, Kaedah 60(2) E Surat iringan Pemohon
  • 7. 1 ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2004 KAEDAH–KAEDAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HARTA PUSAKA) 2007 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 29 Subseksyen (1) Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004, Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah membuat kaedah-kaedah berikut :- BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa 1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka) 2007. (2) Kaedah ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam semua prosiding mengenai Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka yang dimulakan di Mahkamah kecuali sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah. (3) Kaedah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. (1) Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -
  • 8. 2 “Benefisiari” ertinya orang atau kumpulan orang atau pihak-pihak sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu wasiat, hibbah, wakaf, harta pusaka dan berkaitan dengan hasil daripada sesuatu harta berkenaan termasuklah untuk tujuan agama atau kebajikan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak; “Borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual D kepada Kaedah ini; “Enakmen Mahkamah” ertinya Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004; “Enakmen Tatacara Mal” ertinya Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004; “Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan yang dilantik di bawah seksyen 5(1), seksyen 7(1) dan seksyen 9(1) Enakmen Mahkamah; “hak a’in” ertinya hak-hak yang berkaitan dengan ‘ain harta-harta simati yang diiktiraf oleh Hukum Syarak; “Harta” ertinya ialah harta alih atau tak alih, apa-apa manfaat dalam apa-apa harta alih atau tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau selainnya yang mempunyai nilai atau manfaat di sisi Hukum Syarak; “Harta Pusaka” ertinya semua jenis hak termasuk harta peninggalan yang dimiliki secara sah oleh simati di sisi Hukum Syarak;
  • 9. 3 “Hibah” ertinya alang atau pemberian sesuatu dari seseorang semasa masih hidup; “Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau salah satu daripada Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali; “Kaedah ini” ertinya Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (Pembahagian, Pelantikan Wali Harta dan Perakuan Perwarisan Harta Pusaka) 2007. “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana berkenaan yang dibentuk di bawah seksyen 4(1) dan (2) Enakmen Mahkamah; “Mahkamah Rayuan” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(3) Enakmen Mahkamah; “Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana mahkamah yang dibentuk di bawah Perkara 121 Perlembagaan Malaysia; “Notis” ertinya mana-mana notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal diperintahkan selainnya oleh Mahkamah; “Orang-orang berkepentingan” atau “Orang-orang atau pihak berkepentingan” ertinya termasuk mana-mana individu, organisasi, institusi, syarikat atau pertubuhan yang dimaksudkan dalam Kaedah 4 subkaedah (1) Kaedah ini.
  • 10. 4 “Orang-orang berkepentingan bukan Islam” ertinya termasuk mana-mana individu atau pihak berbentuk organisasi, institusi, syarikat atau pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam yang mempercayai ada kepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta simati. “Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 32 Enakmen Mahkamah; “Pejabat Pendaftar” ertinya pejabat mana-mana Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa di bawah Enakmen Mahkamah; “Pendaftar” ertinya Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 10 Enakmen Mahkamah; “Pendengaran” ertinya prosiding termasuk siasatan dan perbicaraan sesuatu permohonan dalam Kaedah ini; “Penghakiman” ertinya keputusan termasuk perintah Mahkamah; “Perbadanan Baitulmal” ertinya Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998; “Pelupusan” ertinya memberi atau melupuskan bahagian harta oleh seseorang atau pihak berkepentingan dari harta yang ia berhak menerimanya untuk diberi tanpa paksaan kepada seseorang yang dinyatakan dalam Borang Pelupusan; “Perwakilan” ertinya memberi wakil kuasa oleh seseorang waris atau pihak berkepentingan kepada seseorang atau pihak-pihak tertentu untuk menjadi wakil
  • 11. 5 bagi dirinya melaksanakan sesuatu transaksi atau tindakan seperti dinyatakan dalam Borang Perwakilan; “Wali Harta” ertinya termasuk Pentadbir Harta atau Pelantikan Wasi di bawah seksyen 11 subseksyen (3)(b)(viii) Enakmen Mahkamah iaitu seseorang atau pihak yang diberi kuasa untuk melaksanakan sesuatu amanah atau kuasa-kuasa yang diberi secara bertulis; “Waris” ertinya seseorang atau pihak-pihak yang ditentukan oleh Hukum Syarak berhak menerima bahagian dari peninggalan harta simati. (2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Kaedah ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1967 (dan 1948)/ Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963) hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
  • 12. 6 BAHAGIAN II PROSIDING PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA Bentuk permohonan 3. Permohonan untuk mendapatkan Perintah Pembahagian Harta Pusaka, hendaklah dibuat melalui notis dan Afidavit Pembahagian Harta Pusaka menggunakan Borang 1 dan Borang 3. Pihak yang boleh bertindak sebagai pemohon 4. (1) Pihak-pihak berikut boleh bertindak sebagai pemohon – (a) Waris simati; (b) Benefisiari, pihak-pihak atau orang-orang Islam yang bukan waris simati tetapi mempercayai ada kepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta simati seperti pemberi hutang, penyewa, pembeli atau pihak-pihak yang menerima faedah dari hibbah atau wasiat simati; (c) Perbadanan Baitulmal; (d) Agensi-agensi kerajaan yang relevan; (e) Institusi kewangan, insuran, pertubuhan kebajikan atau agensi-agensi seumpamanya. (2) Pihak dalam subkaedah (1) (c), (d) dan (e) hendaklah diwakili oleh Peguam Syarie. Percantuman pihak-pihak dan syarat-syaratnya 5. (1) Kecuali dalam subkaedah (2), percantuman pihak-pihak sebagai Pemohon bersama tidak dibenarkan jika tajuk permohonan perkara simati lebih dari seorang dalam satu-satu prosiding.
  • 13. 7 (2) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai pemohon atau responden dengan syarat – (a) Tajuk permohonan perkara simati adalah orang yang sama dalam satu prosiding; atau (b) Simati adalah orang berlainan tetapi menjadi waris bertingkat dalam satu prosiding. Kehadiran Peguam Syarie 6. Tertakluk Bahagian V, Enakmen Tatacara Mal, seseorang Peguam Syarie yang dilantik oleh pihak-pihak dalam prosiding permohonan, boleh hadir mewakili pihak-pihak dalam prosiding itu tetapi tidak boleh disifatkan sebagai Pemohon atau Responden. Kehadiran responden dengan afidavit 7. (1) Mana-mana pihak yang disenaraikan dalam Kaedah 4 boleh juga bertindak atau dijadikan sebagai responden dalam mana-mana prosiding, tertakluk kebenaran Mahkamah jika melibatkan pihak-pihak dalam Kaedah 4, subkaedah (1) (e). (2) Kehadiran pihak-pihak yang dimaksudkan dalam subkaedah (1) hanya dibenarkan oleh Mahkamah setelah memfailkan afidavit sama ada Afidavit Bantahan apabila bertindak sebagai responden atau Afidavit sebagai satu pihak jika tidak berkaitan dengan pihak responden yang sedia ada. Kehadiran orang berkepentingan bukan Islam 8. (1) Kehadiran mana-mana orang berkepentingan bukan Islam terhadap harta simati adalah dibenarkan jika dia mempercayai bahawa ada hak terhadap harta atau hak ‘ain harta simati atau ada sebab-sebab lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah. (2) Orang-orang dalam subkaedah (1) tidak perlu memfailkan afidavit tetapi hendaklah memberi maklum kepada pejabat Pendaftar melalui satu surat rasmi yang
  • 14. 8 mengandungi nama dan alamatnya yang lengkap, butir-butir permohonan atau sebab- sebab permohonan sebagai orang berkepentingan terhadap harta atau hak ‘ain harta simati. (3) Orang-orang dalam subkaedah (1) hanya dibenarkan hadir dalam prosiding setelah mendapat kebenaran Mahkamah iaitu melalui satu notis atau sapina memanggil saksi menggunakan Borang 22 dan Mahkamah boleh memberi perhatian terhadap Bahagian XIV, Bab 2, seksyen 100 sehingga seksyen 111, Enakmen Tatacara Mal setakat mana peruntukkan-peruntukkan berkaitan. Kehadiran orang-orang dalam subkaedah (1) tidak disifatkan oleh Mahkamah sebagai pihak-pihak dalam mana-mana prosiding. Cara memulakan prosiding permohonan 9. (1) Tiap-tiap permohonan Pembahagian Harta Pusaka hendaklah dimulakan dengan memfailkan notis, afidavit dan dokumen-dokumen dalam Senarai Semak dalam Jadual A kepada pejabat Pendaftar. (2) Tiap-tiap notis dan afidavit terhadap seseorang waris atau pihak responden jika ada, hendaklah dikemukakan untuk difailkan oleh pemohon dalam salinan yang mencukupi dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap responden tambahan. Wali Harta dilantik sebelum prosiding dan pengecualiannya 10. (1) Wali Harta hendaklah dilantik sebelum memulakan prosiding permohonan Pembahagian Harta Pusaka simati dalam keadaan-keadaan – a) simati mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan terlebih dahulu; b) simati ada membuat wasiat, hibbah, wakaf atau nazar; c) hak ‘ain harta simati perlu terdahulu dikenalpasti atau diselesaikan; d) yang memerlukan tindakan Wali Harta untuk apa-apa urusan atau transaksi yang perlu bagi menjaga kepentingan waris atau pihak-pihak lain yang ada kepentingan.
  • 15. 9 (2) Prosiding yang memerlukan pelantikan Wali Harta dalam subkaedah (1) boleh dikecualikan dengan syarat - a) persetujuan awal semua waris atau orang-orang atau pihak-pihak berkepentingan diperolehi secara bertulis termasuk persetujuan mengambil alih apa-apa tanggungan simati; dan atau b) setelah dirujuk, Mahkamah berpendapat tidak wujud keperluan melantik Wali Harta dan Mahkamah hendaklah merekodkan alasan-alasan memberi pengecualian sedemikian. BAHAGIAN III PENYAMPAIAN Alamat penyampaian 11. Tertakluk kepada Kaedah 12, setiap Pemohon dalam mana-mana prosiding hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian di dalam Negeri Sabah. Penyampaian kepada Peguam Syarie 12. Jika mana-mana Pemohon atau pihak lain yang menjadi salah satu pihak dalam mana-mana prosiding diwakili oleh seseorang Peguam Syarie, alamat penyampaian Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian kecuali jika pelepasan atau penukaran telah dibuat terhadap Peguam Syarie berkenaan. Proses penyampaian 13. (1) Setelah permohonan didaftarkan, sesuatu notis dan afidavit yang difailkan oleh pemohon, hendaklah dikembalikan dan disampaikan oleh Pegawai Mahkamah kediri Pemohon. Akuan penerimaan dokumen oleh pemohon adalah menjadi bukti penyampaian. (2) Tertakluk Kaedah 12, penyampaian notis dan afidavit atau dokumen lain kepada waris atau orang yang berkepentingan selain dari pemohon, hendaklah disampaikan kediri orang itu sendiri oleh Pegawai Mahkamah atau orang lain dengan
  • 16. 10 kebenaran bertulis dari Mahkamah. Jika perlu, Mahkamah boleh mengarahkan penyampaian dibuat melalui mana-mana guaman Peguam Syarie dan kos hendaklah ditanggung oleh pemohon kecuali diperintahkan sebaliknya. Penyampaian kepada orang- orang berkepentingan bukan Islam hendaklah tertakluk Kaedah 8. (3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi, notis dan afidavit atau dokumen-dokumen lain tidak dapat disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan secara penyampaian ganti sama ada secara tampalan atau iklan dalam akhbar mengikut Kaedah 16. Bentuk afidavit penyampaian dan bukti penyampaian 14. Sama ada penyampaian yang dikehendaki oleh subkaedah 13(2) dapat dilaksanakan atau sebaliknya, bukti penyampaian oleh Pegawai Mahkamah atau orang lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Mahkamah, hendaklah dibuat melalui Afidavit Penyampaian dalam Borang 10. Penyampaian ganti bagi harta alih lebih RM5,000 dan harta tak alih 15. Selain proses penyampaian kediri sama ada dapat dilaksanakan atau sebaliknya, penyampaian ganti melalui akhbar dan secara tampalan di tempat-tempat awam yang sesuai hendaklah dilaksanakan bagi permohonan harta alih melebihi nilai RM Lima ribu (RM5,000.00) atau melibatkan harta tak alih. Bentuk penyampaian ganti dan tempat-tempat tampalan 16. (1) Bentuk Penyampaian Ganti secara iklan akhbar atau tampalan seperti dalam Jadual Borang 11. (2) Mahkamah mempunyai budibicara menetapkan penyampaian ganti secara iklan dilaksanakan dalam mana-mana akhbar.
  • 17. 11 (3) Penyampaian ganti secara tampalan dalam subkaedah (1) hendaklah dilaksanakan di tempat-tempat berikut – (a) Mahkamah yang mendengar permohonan; dan /atau (b) Mahkamah di mana waris lain atau lokasi harta berada; dan mana-mana berkenaan, sama ada di (i) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah; atau (ii) mana-mana pejabat atau tempat awam yang difikirkan sesuai. Tempoh tampalan penyampaian ganti 17. Tempoh tampalan bagi penyampaian ganti secara tampalan di papan kenyataan ialah mulai dari tarikh iklan akhbar atau notis dikeluarkan sehingga sehari selepas tarikh prosiding yang dinyatakan dalam penyampaian ganti itu. Penyampaian kepada waris atau pihak bawah umur 18. Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan atau berumur kurang dari lapan belas (18) tahun adalah dianggap telah disempurnakan dengan menyerahkan dokumen itu kepada penjaganya yang sah atau kepada orang dewasa yang tinggal atau di bawah jagaannya. Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan luar Malaysia 19. Penyampaian luar bidang kuasa di dalam dan di luar Malaysia bagi dokumen- dokumen dalam prosiding Kaedah ini hendaklah mengikut peruntukan seksyen 52 sehingga seksyen 55 Enakmen Tatacara Mal.
  • 18. 12 BAHAGIAN IV JENIS-JENIS DAN SYARAT-SYARAT HARTA BOLEH DIPOHON Jenis-jenis harta boleh dipohon 20. Jenis-jenis harta yang boleh dipohon dalam Kaedah ini ialah - a) tanah yang mempunyai geran; b) rumah yang didirikan atas tapak bergeran; c) harta-harta tak alih berbentuk perniagaan seperti kebun atau seumpamanya; d) harta-harta alih termasuk wang, saham, syer dan lain-lain seumpamanya; e) mana-mana harta atau hak ‘ain harta yang menjadi hak terhadap simati atau milik simati yang diputuskan oleh Mahkamah sebagai termasuk dalam tafsiran Harta Pusaka dalam Kaedah 2, subkaedah (1) termasuk harta sepencarian, harta perkongsian dan seumpamanya. Syarat-syarat harta boleh dipohon 21. Syarat-syarat bagi harta dalam Kaedah 20 yang boleh dipohon ialah - a) harta atas nama simati; atau b) harta atas nama orang lain tetapi mempunyai hak ‘ain harta; atau c) harta atas nama bersama orang atau pihak lain; dan d) harta adalah termasuk dalam tafsiran ‘Harta Pusaka’ dalam Kaedah 2(1) Pengecualian jenis-jenis dan syarat-syarat harta 22. Mahkamah mempunyai kuasa budibicara mengecualikan jenis-jenis harta yang boleh dipohon di bawah Kaedah 20 dan syarat-syarat harta di bawah Kaedah 21 bagi harta-harta yang tersenarai sebagai Kes-Kes Khas dalam Kaedah 73.
  • 19. 13 BAHAGIAN V PELANTIKAN WALI HARTA Bentuk permohonan 23. Permohonan Pelantikan Wali Harta hendaklah dipohon oleh seseorang atau mana- mana pihak dengan cara memfailkan notis dan afidavit seperti dalam Borang 1 dan 7, termasuk dokumen-dokumen lain dalam Senarai Semak Jadual B. Syarat-syarat pelantikan dan Pemohon yang layak 24. (1) Pertimbangan Mahkamah untuk Pelantikan Wali Harta dibuat setelah memenuhi syarat-syarat berikut – (a) telah mencapai umur 18 tahun; (b) beraqal; (c) tidak terhalang dari mengurus harta dari segi Hukum Syarak; (d) tidak terhalang dari memiliki harta dari segi Hukum Syarak; (e) dapat menyediakan jaminan atau/dan cagaran bernilai tidak kurang dari separuh nilai pasaran harta simati atau membuat akujanji menanggung risiko kewangan akibat kecuaian atau penyalahgunaan oleh Wali Harta (2) Pihak-pihak yang boleh bertindak sebagai Pemohon dalam Kaedah 4, adalah juga layak sebagai Pemohon dalam Pelantikan Wali harta. Perbadanan Baitulmal bertindak sebagai Wali Harta 25. (1) Tertakluk subkaedah (3), Mahkamah mempunyai kuasa budibicara melantik Perbadanan Baitulmal untuk bertindak sebagai Wali Warta terhadap mana-mana harta sama ada pelantikan itu dipohon oleh Perbadanan Baitulmal atau oleh mana-mana pihak atau atas kehendak Mahkamah sendiri.
  • 20. 14 (2) Pelantikan oleh Mahkamah dalam subkaedah 1 dibuat melalui satu perintah seperti dalam Borang 18. (3) Perbadanan Baitulmal boleh dilantik sedemikian dalam keadaan-keadaan berikut – (a) mahkamah memutuskan Perbadanan Baitulmal mendapat bahagian faraid; (b) wujud hak ‘ain harta simati melibatkan kepentingan pihak-pihak lain; atau (c) waris simati ghaib, sukar dihubungi dengan cara yang munasabah atau waris masih janin; atau (d) wujud keperluan untuk menyelaraskan dan memudahkan pengagihan bahagian faraid terhadap waris atau pihak berkepentingan lain. Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Wali Harta Wali Harta bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas – (a) semua perkara yang diperintahkan dalam perintah Pelantikan Wali Harta; (b) setiap dua (2) bulan dari tarikh perintah dikeluarkan, menyediakan Laporan Transaksi bertulis seperti dalam Borang 21 mengenai perkembangan atau status bagi setiap transaksi atau tindakan yang telah dan/atau akan dilaksanakan sehingga transaksi selesai; (c) menyerahkan setiap laporan itu dalam tempoh tidak kurang tujuh (7) hari berkerja kepada Mahkamah dan salinan-salinan kepada setiap waris atau pihak yang berkepentingan; (d) mengenalpasti kewujudan dan status harta-harta simati; harta-harta yang bersangkutan dengan hutang, zakat, wasiat, cagaran atau gadaian, jual beli, wakaf dan/atau nazar, hibah, harta sepencarian dll; (e) mengenalpasti ahli-ahli waris simati atau pihak yang berkepentingan dengan harta atau ‘ain harta simati; dan (f) menyediakan penyata transaksi kewangan bagi setiap harta-harta simati.
  • 21. 15 Perluasan kuasa dengan kebenaran 26. Walau apapun peruntukan di bawah Kaedah 26, Mahkamah boleh dari masa ke semasa atas permohonan pemohon melalui satu afidavit tambahan dalam Borang 4, meluaskan kuasa-kuasa itu tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah. Tempoh sah kuatkuasa pelantikan 27. Mahkamah hendaklah menetapkan tempoh sah kuatkuasa pelantikan Wali Harta dalam perintah yang dikeluarkan dan boleh dilanjutkan oleh Mahkamah atas permohonan pemohon melalui satu afidavit pindaan dalam Borang 4. Jika Mahkamah tidak menetapkan sedemikian, tempoh sah kuatkuasa hendaklah dikira dari tarikh perintah dikeluarkan sehingga transaksi atau tindakan telah disempurnakan bagi harta yang dinyatakan dalam perintah itu. Syarat-syarat tambahan 28. Mahkamah boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan terhadap pelantikan Wali Harta dan memasukkan syarat-syarat tambahan itu sebagai sebahagian daripada perintah. Cara memulakan prosiding 29. (1) Kecuali pelantikan dibuat atas kehendak Mahkamah dalam suatu prosiding Pembahagian Harta Pusaka atau Perakuan Perwarisan, tiap-tiap permohonan pelantikan Wali Harta hendaklah dimulakan dengan memfailkan notis, afidavit dan dokumen- dokumen dalam Senarai Semak dalam Jadual B. (2) Jika perlu kepada prosiding pendengaran, Mahkamah hendaklah memberi perhatian Bahagian VIII dalam Kaedah ini.
  • 22. 16 BAHAGIAN VI PERMOHONAN PERAKUAN PERWARISAN Bentuk permohonan 30. Setiap permohonan bagi mendapatkan Perakuan Perwarisan di bawah seksyen 15, Enakmen Mahkamah hendaklah dibuat dalam bentuk Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan seperti dalam Borang 8. Cara memulakan prosiding permohonan 31. (1) Cara permulaan prosiding ialah pemohon memfailkan Borang Permohonan Perakuan Perwarisan dan menyertakan dokumen-dokumen seperti dalam Senarai Semak Jadual C ke pejabat Pendaftar. (2) Selain boleh memberi perhatian terhadap peruntukan mengenai prosiding pendengaran dalam Bahagian VIII Kaedah ini, Mahkamah mempunyai budibicara untuk menjalankan acara atau bentuk penyiasatannya sendiri bagi mengesahkan kesahihan maklumat dalam Afidavit Permohonan Perakuan Perwarisan dan dokumen-dokumen yang difailkan. Bentuk Perakuan Perwarisan 32. Setelah berpuas hati dengan maklumat dan dokumen-dokumen, Mahkamah hendaklah membuat keputusan secara bertulis dan membuat perakuan terhadap permohonan itu dalam bentuk Perakuan Perwarisan seperti Borang 19. BAHAGIAN VII AFIDAVIT-AFIDAVIT
  • 23. 17 Peruntukkan mengenai afidavit 33. Kecuali seksyen 113, afidavit-afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding dalam Kaedah ini hendaklah tertakluk dengan semua peruntukkan mengenai afidavit dalam Bahagian XIV, Bab 3, Enakmen Tatacara Mal. Bentuk-bentuk afidavit 34. (1) Bentuk afidavit sama ada Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka, Afidavit-Afidavit Tambahan, Afidavit-Afidavit Pindaan, Afidavit Bantahan, Afidavit sebagai satu pihak, Afidavit Pelantikan Wali Harta, Afidavit Permohonan Perakuan Pewarisan, Afidavit Permohonan Perintah-Perintah dan Afidavit Penyampaian hendaklah dalam bentuk seperti Borang 3 hingga 10. (2) Walau apapun subkaedah (1), Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya menerima sesuatu afidavit walaupun apa-apa ketakteraturan dalam bentuknya. Afidavit dikemukakan oleh pihak-pihak relevan 35. (1) Afidavit-afidavit dalam Kaedah 35 hendaklah dikemukakan oleh pihak-pihak relevan seperti berikut - (a) Afidavit Sokongan Pembahagian Harta Pusaka oleh Pemohon; (b) Afidavit Bantahan oleh Responden; (c) Afidavit Tambahan atau Pindaan terhadap Afidavit Sokongan oleh Pemohon; (d) Afidavit Tambahan atau Pindaan terhadap Afidavit Bantahan oleh Responden; (e) Afidavit Sebagai Satu Pihak oleh pihak ketiga yang berkepentingan selain Pemohon atau Responden; (f) Afidavit Pelantikan Wali Harta oleh Pemohon;
  • 24. 18 (g) Afidavit Permohonan Perakuan Pewarisan oleh Pemohon; (h) Afidavit Permohonan Perintah-Perintah oleh mana-mana pihak; (i) Afidavit Penyampaian oleh orang yang menyampaikan sesuatu dokumen Mahkamah. (2) Selain afidavit-afidavit dalam subkaedah (1), Mahkamah mempunyai budibicara menetapkan bentuk dan tajuk yang sesuai bagi afidavit-afidavit yang dikemukakan ke Mahkamah. Pemfailan dokumen secara afidavit tambahan 36. Tiap-tiap pemfailan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak-pihak kepada pejabat Pendaftar atau Mahkamah hendaklah dibuat secara Afidavit Tambahan seperti dalam Borang 4. BAHAGIAN VIII PENDENGARAN Notis tarikh pendengaran 37. Kecuali bagi permohonan Perakuan Perwarisan di bawah seksyen 15 Enakmen Mahkamah, tarikh dan masa untuk prosiding pendengaran termasuk siasatan pertama terhadap permohonan Pembahagian Harta Pusaka dan permohonan Wali Harta hendaklah ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan itu didaftarkan, tertakluk pemfailan dokumen yang sempurna dan teratur.
  • 25. 19 Prosiding pendengaran dalam Enakmen Tatacara Mal 38. Mahkamah boleh memberi perhatian terhadap mana-mana peruntukan relevan dalam Bahagian XV, Enakmen Tatacara Mal dalam menentukan prosiding pendengaran. Mahkamah terbuka 39. Kecuali diperintahkan oleh Mahkamah atas kepentingan awam atau sebab-sebab lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah, prosiding pendengaran dalam Kaedah ini hendaklah dalam Mahkamah terbuka. Kehadiran pihak-pihak 40. Pemohon boleh hadir sendirian atau hadir bersama Peguam Syarie adalah tertakluk Kaedah 4 dan 6. Kehadiran responden adalah tertakluk Kaedah 7 dan kehadiran orang atau pihak berkepentingan bukan Islam adalah tertakluk Kaedah 8. Prosiding jika ada bantahan 41. (1) Jika ada bantahan dari mana-mana pihak yang disifatkan sebagai responden, Mahkamah boleh menetapkan bentuk prosiding pendengaran bantahan itu dan boleh memberi perhatian terhadap mana-mana peruntukan yang sesuai di bawah seksyen 126 (3) sehingga subseksyen (8), Enakmen Tatacara Mal. (2) Notis bantahan dan Afidavit Bantahan seperti Borang 2 dan 5 hendaklah difailkan tiga (3) hari sebelum tarikh prosiding pendengaran dan hendaklah disampaikan satu salinan kepada pemohon, tetapi Mahkamah boleh menggunakan budibicara sama ada menerima atau mengenepikan bantahan yang difailkan kurang dari tempoh tersebut. (3) Jika ada bantahan dari mana-mana orang atau pihak berkepentingan yang bukan Islam, Mahkamah juga mempunyai kuasa budibicara menetapkan perjalanan prosiding pendengaran dan boleh memberi peluang kepada pemohon dan responden untuk membuat apa-apa soalan yang berkaitan terhadap orang atau pihak itu.
  • 26. 20 Penarikan balik oleh pemohon atau responden 42. (1) Pemohon boleh dengan kebenaran mahkamah, pada bila-bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis penarikan kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada responden. (2) Jika pemohon menarik balik mana-mana prosiding di bawah subkaedah (1), responden boleh mendapat kos prosiding itu. (3) Responden juga boleh pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada Mahkamah dan salinan kepada pemohon untuk menarik balik bantahannya atau sebahagian daripada bantahannya dan hendaklah dalam keadaan itu dihalang daripada membuat bantahan pada mana-mana peringkat prosiding. Jika gagal hadir semasa prosiding 43. (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran: – (a) tiada satu pihak pun hadir , Mahkamah boleh membuang tindakan itu; (b) responden tidak hadir, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, Mahkamah boleh mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau (c) pemohon tidak hadir tanpa alasan munasabah, Mahkamah boleh terus mendengar keterangan responden jika ada. (2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman, mengarahkan pemohon atau responden, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
  • 27. 21 (3) Jika terdapat lebih daripada seorang pemohon atau responden dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir dan memutuskan tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak hadir. (4) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subkaedah (1) atau (3) memerintahkan penangguhan. Pendengaran boleh di hadapan pendaftar 45. Prosiding pendengaran pertama boleh dijalankan di hadapan Pendaftar bagi menentukan kepatuhan terhadap prosiding, dokumen-dokumen dan bagi menentukan isu-isu utama jika ada bantahan dari mana-mana pihak. Pada mana-mana peringkat prosiding Pendaftar juga boleh mendengar prosiding pendengaran seterusnya jika mendapat arahan dari Hakim. Pendengaran di hadapan Hakim 46. Semua prosiding pendengaran hendaklah dijalankan di hadapan Hakim dan Hakim mempunyai kuasa melaksanakan semua prosiding yang dijalankan oleh Pendaftar di bawah Kaedah 45, termasuk boleh membuat apa-apa arahan tambahan atau pengubahsuaian arahan terhadap perkara-perkara yang diputuskan oleh Pendaftar. Cara permulaan prosiding dan tatacara pendengaran 47. (1) Hakim boleh memberi arahan tentang cara permulaan prosiding pendengaran atau bentuk perjalanan prosiding pendengaran dan boleh memberi arahan tentang susunan ucapan terhadap keterangan-keterangan pemohon dan responden. (2) Tatacara prosiding siasatan adalah seperti berikut –
  • 28. 22 (a) Pemohon hendaklah memulakan dengan membuka kesnya;dan (b) Jika pemohon tidak diwakili oleh Peguam Syarie, Mahkamah boleh mengemukakan soalan-soalan sebagai prosiding pendengaran terhadap pemohon mengenai beberapa maklumat atau fakta dengan memberi perhatian terhadap kandungan afidavit dan dokumen-dokumen yang difailkan oleh pemohon; (c) Selepas soalan itu, pemohon boleh mengemukakan saksi atau apa-apa dokumen berkaitan bagi menyokong keterangannya dan Mahkamah boleh mengemukakan apa-apa soalan terhadap saksi atau dokumen itu; (d) Respondenan berhak memberi keterangan bantahan, mengemukakan saksi-saksi atau dokumen-dokumen sebagai menyokong bantahannya Sebelum penggulungan hujah oleh pemohon dan responden; (e) Tertakluk kehadiran responden jika ada, pihak yang bertindak sebagai pemohon hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya, kemudian giliran responden; (f) Penggulungan hujah boleh dibuat secara bertulis atau lisan, dan jika secara lisan tertakluk kebenaran Mahkamah untuk pemfailan hujah bertulis difailkan selepas itu dalam tempoh yang ditetapkan. Kuasa Mahkamah memanggil mana-mana pihak dan memeriksa 48. (1) Demi kepentingan keadilan, Mahkamah mempunyai kuasa budibicara pada mana-mana peringkat prosiding melalui satu notis atau sapina memanggil mana-mana pihak untuk mengemukakan keterangan dan boleh memeriksa mana-mana tempat dan barang yang difikirkan patut untuk disiasat. (2) Notis atau sapina dalam subkaedah (1) hendaklah menggunakan Borang 22. (3) Mahkamah mempunyai kuasa budibicara menetapkan bagaimana bentuk prosiding pendengaran dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keterangan dan bukti- bukti yang diserahkan.
  • 29. 23 Penangguhan dan pemindahan prosiding 49. Mahkamah boleh dari masa ke semasa menangguhkan atau memindahkan mana- mana pendengaran dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan boleh mengenakan apa-apa syarat apabila berbuat demikian. BAHAGIAN IX PELUPUSAN DAN PEWAKILAN KUASA Pelupusan dan tempoh kuatkuasa pelupusan 50. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding, pelupusan boleh dibuat oleh waris atau pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam. (2) Pelupusan sedemikian hendaklah dalam Borang Akuan Pelupusan menggunakan Borang 12 dan berkuat kuasa pada tarikh Akuan Pelupusan ditandatangani. (3) Sesuatu pelupusan tidak boleh dibatalkan kecuali dengan perintah Mahkamah. Penarikan balik keseluruhan atau sebahagian pelupusan, hendaklah dibuat dalam Borang 14 dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar untuk mendapat arahan selanjutnya dari Hakim bicara. (4) Mahkamah boleh merekodkan pelupusan awal yang dibuat oleh mana-mana waris atau pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam yang dibuat dalam Mahkamah tertakluk pemfailan Borang Akuan Pelupusan diserah kepada pejabat Pendaftar sebelum perintah dikeluarkan.
  • 30. 24 (5) Tertakluk kepada budibicara mahkamah pelupusan hendaklah difailkan dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan dibuat dan kegagalan sedemikian, perintah pembahagian secara faraid boleh dikeluarkan bagi bahagian yang tidak dilupuskan. Pewakilan dan tempoh kuatkuasa pewakilan 51. (1) Pada mana-mana peringkat prosiding sebelum perintah dikeluarkan, Mahkamah boleh membenarkan mana-mana waris atau pihak berkepentingan atau orang berkepentingan bukan Islam mewakilkan kepada mana-mana orang untuk menerima bahagian harta simati atau hak ‘ain harta simati yang ia berhak, dan pewakilan sedemikian hendaklah bertindak sebagaimana diperintahkan. (2) Pewakilan sedemikian hendaklah dibuat dalam Borang Akuan Pewakilan menggunakan Borang 13 dan berkuat kuasa pada tarikh borang itu ditandatangani oleh pemberi wakil sehingga tindakan atau urusan yang dinyatakan dalam borang itu selesai dilaksanakan. (3) Sesuatu perwakilan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum pelaksanaan tindakan atau urusan yang dinyatakan dalam Borang Pewakilan itu. Penarikan balik pewakilan hendaklah dibuat melalui Borang 15 dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar untuk mendapat arahan selanjutnya dari Hakim bicara. BAHAGIAN X PENGHAKIMAN DAN PERINTAH Penghakiman secara bertulis dibaca dalam Mahkamah terbuka 52. (1) Penghakiman hendaklah mengandungi perintah yang sesuai dan dibuat secara bertulis.
  • 31. 25 (2) Apabila seseorang Hakim yang telah membicarakan mana-mana prosiding tidak dapat mengumumkan penghakimannya kerana sesuatu sebab, penghakiman yang ditulis olehnya bolehlah dibaca di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim atau Pendaftar. Arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah 53. Setiap arahan Mahkamah hendaklah dalam bentuk perintah dan tidak mempunyai kesan undang-undang kecuali dibuat sedemikian. Kertas penyata faraid boleh diberi bersama perintah 54. Mahkamah boleh memberikan salinan-salinan kertas penyata faraid bersama perintah untuk makluman waris-waris simati mengenai bahagian-bahagian yang patut mereka perolehi jika perkiraan dibuat secara faraid dan penyata sedemikian tidak boleh digunakan bagi apa-apa tujuan yang bertentangan dengan kehendak perintah. Penghakiman persetujuan 55. (1) Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak termasuk sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada mana-mana peringkat prosiding dan Mahkamah hendaklah merekodkan secara bertulis semua persetujuan-persetujuan dan terma-terma jika pihak-pihak membuat persetujuan itu secara lisan dalam Mahkamah. (2) Persetujuan bertulis oleh waris yang tidak hadir semasa prosiding pendengaran hendaklah dibuat dalam Borang Persetujuan Pembahagian menggunakan Borang 16. Tarikh kuatkuasa penghakiman dan perintah
  • 32. 26 56. Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah mengandungi tarikh bila ianya dibuat dan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan atau berkuatkuasa serta merta jika tarikh kuat kuasa tidak ditetapkan. Mahkamah boleh mengenakan syarat tambahan 57. Mahkamah boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan yang difikirkan perlu dan wajar oleh Mahkamah sebelum mengeluarkan sesuatu perintah demi keadilan pihak-pihak. Tempoh pengeluaran perintah 58. Perintah hanya boleh dikeluarkan selepas tamat tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman diberi kecuali atas alasan-alasan mendesak yang dibuktikan dan diluluskan oleh Hakim berkenaan, sesuatu perintah boleh dikeluarkan dengan segera. Bentuk-bentuk perintah 59. Perintah hendaklah dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar dan bentuk-bentuk perintah adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut – (a) Perintah Pembahagian Harta Pusaka menggunakan Borang 17; (b) Perintah Pelantikan Wali Harta, menggunakan Borang 18; dan (c) Perakuan Perwarisan, menggunakan Borang 19. BAHAGIAN XI SEMAKAN DAN RAYUAN
  • 33. 27 Notis semakan atau rayuan 60. (1) Pihak yang terkilan atau tidak berpuashati dengan suatu penghakiman adalah berhak merayu keputusan Mahkamah dengan memfailkan notis semakan atau notis rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman itu diberikan. (2) Notis semakan atau rayuan sedemikian hendaklah menggunakan Borang 23. (3) Jika tempoh hak semakan atau rayuan telah tamat, pihak yang terkilan atau tidak berpuashati dengan sesuatu penghakiman itu boleh memohon tempoh rayuan dilanjutkan. (4) Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan mana-mana prosiding atau arahan Mahkamah sebelum penghakiman diberi, permohonan sama ada semakan atau rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Tinggi jika mahkamah mula bicara di Mahkamah Rendah, atau ke Mahkamah Rayuan jika mahkamah mula bicara di Mahkamah Tinggi. (5) Pengeluaran perintah yang diluluskan di Mahkamah mula bicara hendaklah digantung serta merta oleh Hakim berkenaan pada tarikh semakan atau rayuan difailkan. Tatacara rayuan 61. Tatacara rayuan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah tertakluk di bawah seksyen 138 sehingga seksyen 146, Enakmen Tatacara Mal, seksyen 14 dan seksyen 17 Enakmen Mahkamah. Bidang kuasa semakan 62. Dalam perkara-perkara berkaitan dalam Kaedah ini, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengikut peruntukan mengenai bidang kuasa
  • 34. 28 pengawasan dan penyemakan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 16 dan seksyen 17, Enakmen Mahkamah. Keputusan Mahkamah Rayuan muktamad 63. Dalam perkara-perkara rayuan dan semakan yang dirujuk ke Mahkamah Rayuan Syariah, keputusan Mahkamah Rayuan Syariah adalah muktamad. BAHAGIAN XII PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PENGHAKIMAN DAN PENGHINAAN MAHKAMAH Peruntukan dalam Enakmen Tatacara Mal 64. Penguatkuasaan, Pelaksanaan Penghakiman dalam Bahagian XVIII, Enakmen Tatacara Mal, hendaklah terpakai setakat mana peruntukkan-peruntakkannya sesuai digunakan dalam Kaedah ini. Kuasa budibicara Mahkamah 65. Selain memberi perhatian terhadap peruntukkan-peruntukkan dalam Bahagian XVIII Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah mempunyai kuasa budibicara menetapkan prosiding dan mengeluarkan apa-apa perintah untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman terhadap mana-mana permohonan dalam Kaedah ini. Penghinaan Mahkamah 66. (1) Prosiding dan perkara-perkara berkaitan dengan penghinaan Mahkamah dalam Kaedah ini, hendaklah mengikut peruntukkan seksyen 229-231, Enakmen Tatacara Mal. Penghinaan Mahkamah
  • 35. 29 (2) Keengganan atau kegagalan mematuhi mana-mana perintah Mahkamah atau arahan Hakim secara bertulis dalam Kaedah ini, adalah dianggap sebagai penghinaan Mahkamah. BAHAGIAN XIII PERMOHONAN PERINTAH-PERINTAH LAIN Bentuk permohonan 67. (1) Kecuali diperintahkan sebaliknya, tiap-tiap permohonan untuk perintah- perintah berikut, hendaklah didaftarkan ke pejabat Pendaftar di mana perintah-perintah itu dikeluarkan, iaitu permohonan – (a) Perintah mengenepikan permohonan-permohonan; (b) Perintah membatalkan pelantikan Wali Harta/Wasi; (c) Perintah injunksi; (d) Perintah pindaan; (e) Perintah penggantungan; dan lain-lain perintah yang berkaitan dengan mana-mana permohonan dalam kaedah ini. (2) Permohonan dalam subkaedah (1) hendaklah dibuat melalui notis dan afidavit Permohonan Perintah dalam Jadual D, Borang 1 dan 9. Rujukan Enakmen Tatacara Mal 68. Prosiding bagi mendengar dan memutuskan permohonan-permohonan dalam Kaedah 67 adalah mengikut tatacara permohonan dalam Enakmen Tatacara Mal. Bentuk perintah
  • 36. 30 69. Bentuk perintah yang dikeluarkan dalam Bahagian ini adalah seperti yang lazim dikeluarkan oleh Mahkamah bagi kes-kes mal di bawah peruntukkan Enakmen Tatacara Mal dan Mahkamah boleh menentukan atau mengubah bentuk-bentuk perintah berkenaan yang sesuai. BAHAGIAN XIV AM Bidang kuasa Mahkamah mengikut nilai harta 70. Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa masing-masing mendengar semua prosiding permohonan dalam Kaedah ini tertakluk kepada bidang kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen 11(3)(b)(viii), (ix), seksyen 12 (2)(b) dan seksyen 15, Enakmen Mahkamah. Borang-borang 71. Borang-borang yang diperuntukkan dalam Jadual D hendaklah dipakai di mana berkenaan dan dengan pengubahsuaian tertentu jika hal keadaan menghendaki, tetapi borang itu tidak boleh diubah sedemikian semata-mata untuk mengenakan ke atas seseorang itu apa-apa tanggungan atau melucutkan daripadanya apa-apa hak atau maklumat kecuali jikalau pengubahsuaian itu dibenarkan oleh undang-undang. Ketidakpatuhan 72. (1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan dalam Kaedah ini adalah dianggap sebagai luar aturan tetapi tidak boleh membatalkan prosiding itu, kecuali Mahkamah memerintahkan sedemikian tetapi Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan prosiding sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai tak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya atas syarat-syarat yang difikirkan patut.
  • 37. 31 (2) Permohonan di bawah subkaedah (1) boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam prosiding dengan mengetahui akan ketidakpatuhan itu. Kes-Kes Khas 73. (1) Senarai permohonan kes-kes berikut adalah disifatkan sebagai kes-kes khas yang boleh dikecualikan dari mematuhi beberapa peruntukan dalam Kaedah ini dengan syarat tidak menyebabkan ketidakadilan iaitu permohonan – a) pencen; b) lesen atau senjata api; c) permit kenderaan; d) wang atau saham di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) e) pampasan insuran atau khairat kematian atau seumpamanya; f) atau syarikat bukan persendirian; g) tanah-tanah berbentuk skim pekebun kecil; h) harta-harta lain yang dilindungi oleh undang-undang melalui penamaan; i) harta-harta simati yang menurut pandangan Mahkamah simati mempunyai hak atau ‘ain harta dan kepentingan tetapi tidak boleh dibahagi atau diputuskan secara pembahagian Harta Pusaka. (2) Bentuk permohonan dan prosiding Kes-Kes Khas dalam Kaedah 73 subkaedah (1) (a) sehingga (i) hendaklah dilaksanakan seperti seolah-olah membuat permohonan Pelantikan Wali Harta dalam Bahagian V. (3) Bentuk atau kandungan perintah bagi Kes-Kes Khas boleh diputuskan oleh Mahkamah sama ada seperti perintah Pembahagian Harta Pusaka dalam Borang 17 atau Pelantikan Wali Harta dalam Borang 18 atau gabungan kedua- duanya seperti Borang 20. Kos, elaun dan fi 74. Semua perkara mengenai kos, elaun dan fi Mahkamah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen 221 sehingga 228, Enakmen Tatacara Mal dan tertakluk dengan mana-mana kaedah yang berkuatkuasa mengenainya.
  • 38. 32 Kuasa asal Mahkamah 75. Tiada apa-apa jua dalam Kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah. Rujukan Enakmen Tatacara Mal jika tidak diperuntukkan 76. Dalam apa-apa perkara yang tidak ada atau tidak diperuntukkan dengan nyata di dalam Kaedah ini tetapi diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah hendaklah merujuk dan mengikut peruntukan itu. Hukum Syarak 77. (1) Apa-apa peruntukan atau tafsiran peruntukan di dalam kaedah-kaedah ini yang berlawanan atau tidak konsisten dengan kehendak-kehendak Hukum Syarak adalah terbatal setakat mana ianya berlawanan atau tidak konsisten itu. (2) Dalam perkara mengenai amalan, tatacara atau apa-apa perkara yang tidak ada atau tidak diperuntukkan dengan nyata di dalam Kaedah ini atau di bawah Enakmen Tatacara Mal, Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syarak. Peralihan 78. Jika mana-mana prosiding atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Kaedah ini, peruntukan Kaedah ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketidakadilan.