SlideShare a Scribd company logo
DINAMIKA ILMU SEBAGAI WARISAN INTELEKTUAL UMMAH:
PANDANGAN ALAM, BUDAYA, DAN KETAMADUNAN1
Mohammad Fazril Mohd Saleh2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Kiranya engkau berhajatkan mutiara,
maka akan padang pasir itu tinggalkanlah ia,
dan berlayarlah engkau di lautan samudera;
Dan kira-kira tiada kaujumpa,
barang mutiara yang engkau cita-cita,
paling tidak mencecah air telah kau berjaya.
Muqaddimah
Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling sempurna, yang diciptakan-Nya dengan
kurniaan-kurniaan istimewa yang membolehkan ia menentukan nasib hidupnya sendiri.
Keupayaan manusia membina peradaban sepanjang sejarahnya adalah suatu pencapaian yang
selayaknya. Walau bagaimanapun, nasib sejarah manusia ini tidak selamanya cemerlang.
Pasang surutnya tetap ada, dan itu juga fitrah ketamadunan yang sewajarnya diterima umat
manusia sebagai „ibrah dan pedoman bersama.
Justeru, dalam makalah yang sederhana ini, kami cuba mengungkap beberapa idea peradaban
khususnya yang terakam dalam sejarah peradaban umat Islam. Tanpa menafikan peranan dan
sumbangan tamadun lain, makalah ini memugar beberapa aspek ketamadunan Islam dengan
memfokus kepada ciri unggulnya: ilmu. Bertitik-tolak dari sini, pengembangan horizon
pemikiran manusia Muslim membentuk bangunan konsep yang terkembang secara gradual
seterusnya membina pandangan alam. Pandangan alam, sebagai suatu mental framework
membantu manusia mengkonsepsikan dirinya dalam interaksi dengan kewujudan yang
terdapat di sekitarnya. Dalam interaksi manusia sesama manusia dan juga interaksi manusia
dengan persekitarannya, suatu fenomena pengembangan sosial berlaku, dikenali sebagai
budaya. Budaya adalah suatu fenomena yang wujud dalam perkumpulan manusia atau
masyarakat. Perkembangan budaya akan mempengaruhi gaya hidup dan keadaan kehidupan
sesuatu masyarakat sehinggakan perkembangan budaya yang maju menandai kewujudan
sesuatu tamadun.
Oleh yang demikian, dalam kondisi semasa, sedar atau tidak kita juga sedang hidup dalam
suatu kendera tamadun yang tersendiri. Kami meyakini, bahawa tamadun bukan sekadar
1
Dibentangkan dalam Simposium Anak Muda 2014 anjuran Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang
diadakan pada 17hb Ogos 2014, bertempat di Rumah Pena, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.
2
Penulis merupakan Timbalan Presiden PKPIM sesi 2013/2014. Boleh dihubungi di fazrilsaleh@gmail.com.
suatu konsep akademik, tetapi juga hakikat dan realiti. Justeru, usaha kita dan masyarakat
hari ini adalah sewajarnya ditumpukan kepada aspek-aspek positif ketamadunan dan pola-
pola perkembangan peradaban yang boleh dipelajari daripada tamadun Islam. Malah menjadi
mesej utama dalam makalah ini bahawa aspek positif tamadun Islam itu adalah bertitik tolak
daripada kecenderungan terhadap ilmu serta sikap terhadapnya, dan kegiatan ilmiah yang
aktif, dinamik dan progresif.
“Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa
yang telah diusahakan oleh mereka...”
Surah al-Baqarah (2): 134
Islam dan Peradaban Manusia
The Arabs, a semibarbaric race in ancient times, entered into world history
after their conversion to Islam in the 7th
century A.D. Muhammad, the
Prophet of Allah, transformed the heathen Arabs into an Islamic nation.
Almost immediately after the prophet‟s death, the Islamized Arabs emerged
as a conquering nation which gradually overran the centres of ancient
civilizations such as Syria, Egypt, Iraq, Persia as well as Central Asia, Sind,
North Africa, and Spain within eight decades, and thus established one of the
greatest medieval empires. They also devised new social, economic, political
and legal institutions to implement the ideals of Islam. Soon after the first
century Hijrah, the Arabs began to translate (into Arabic) and master the
scientific and literary works of ancient civilized Greece, Persia and India. In
the process of these energetic and creative activities, the Arabs created a
new civilization.
M.A.J. Beg
Sebelum kemunculan tamadun Islam, telahpun wujud pelbagai tamadun dalam lintasan
sejarah peradaban manusia. Sejarah telah membuktikan wujudnya tamadun-tamadun besar
seperti Babylon, Assyria, Chaldea, Israel, Sumeria, Mesir Purba, Phoenicia, Carthage, Parsi,
Sasani, Achaemenia, Arya, Parthia, India, Yunani, Rom, Byzantin, Jepun, China dan lain-lain
lagi. Banyak tamadun yang hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Oleh sebab yang demikian,
sesetengh orang menganggap tamadun Islam juga merupakan salah satu peradaban tinggalan
sejarah. Mungkin kemusykilan ini wajar direnung semula. Perbezaan ketara antara tamadun
Islam dengan tamadun-tamadun lainnya ialah ia berorientasikan agama dan bersifat universal,
sedangkan tamadun lain bersifat regional dan berorientasikan perkauman atau kebangsaan.3
3
Untuk bacaan lanjut, rujuk M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia,
1980), hal. 18.
Malah, boleh dikatakan bahawa Islam adalah suatu civilizing force yang sanggup dan mampu
membangun peradaban di atas prinsip-prinsip ajarannya. Islam menggariskan tujuan
kewujudan sesebuah tamadun adalah untuk kepentingan manusia. Justeru, manusia menjadi
fokus utama dalam ketamadunan, bukannya material, kebendaan mahupun teknologi. Sesuatu
tamadun yang menitikberatkan pembangunan kebendaan sehingga melupakan pembangunan
spiritual dan moral manusia merupakan tamadun yang tidak memberi keuntungan kepada
manusia, sebaliknya mendatangkan derita dan tragedi.
Tamadun Islam Sebagai Karya Cipta Manusia Muslim
Islam adalah al-DÊn. Ini merupakan istilah yang digunakan oleh al-Qur‟an, yang tidak hanya
merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja, atau terbatas dalam aspek ritual
dan spiritual sahaja, ataupun melibatkan individu atau bersifat peribadi semata. Al-DÊn
mempunyai peranan dan pengaruh yang besar terhadap setiap aspek kehidupan manusia:
aspek spiritual, moral, ekonomi, sosial, politik, perundangan dan lain-lain.
Tamadun atau peradaban Islam ialah hasil karya cipta manusia Muslim yang komited kepada
agamanya. Oleh sebab adanya komitmen keagamaan itu, maka terbinanya tamadun Islam,
iaitu tamadun yang dibangunkan di atas landasan akidah, tumbuh berkembang dalam acuan
syariat dan terkawal dalam nilai-nilai akhlak Islamiah. Dalam erti kata lain, tamadun Islam
adalah “penjelmaan semangat ajaran Islam: pandangan sarwanya (worldview),
epistemologinya (falsafah ilmu) dan aksiologinya (sistem nilai).”4
Suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan: kemunculan Islam sebagai suatu kuasa
politik dan kekuatan spiritual adalah suatu peristiwa agung dalam sejarah dunia. Dalam
pengalaman sejarahnya yang panjang, Islam telah membentuk jati diri bangsa Arab, Parsi,
Barbar, Turki, Sudan, Swahili, Hausa, Bengoli, Sindhi, Melayu, dan banyak lagi kumpulan
etnik dan linguistik – memberikan mereka suatu kematangan spiritual dan kemantapan identiti
sosio-budaya.
Kemunculan Islam dan perkembangannya memberikan insentif kepada kaum Muslimin untuk
membina empayarnya yang tersendiri; membangunkan kerangka politiknya, dan
menghasilkan teori dan amalan perundangannya, dengan berbasiskan wahyu. Masyarakat
Muslim menghasilkan makalah-makalah saintifik dan wacana falsafah serta literatur-literatur
penting merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Mereka juga membina monumen
dan binaan ketamadunan yang hebat dan menjuarai kegemilangan kesenian halus tersendiri.
Al-Qur‟Én dan Pengaruh Ketamadunannya
Asas utama kepada tamadun Islam ialah sumber agungnya: Al-Qur‟Én. Tidak sekadar sebuah
kitab suci yang menggarispandukan aspek spiritual, ritual dan moral, al-Qur‟Én memberikan
4
Siddiq Fadzil, “Sains dan Teknologi: Isu Penislaman dan Pemeribumiannya” dalam Ahmad Mohamad Said et
al. (ed.), Dinamika Ilmu: Memugar Warisan Intelektual Ummah, (Kajang: Kolej Dar al-Hikmah, 2005), hal. 29.
satu suntikan motivasi ketamadunan kepada manusia. Banyak bangsa dunia yang menerima
Islam, dengan suluhan cahaya al-Qur‟an, ia membentuk keutuhan jati dirinya yang tersendiri,
seperti yang diungkapkan oleh Zeki Velidi Tongan: “The Qur‟Én had given to the Turks the
courage for mastering over the vast steppe and mountain regions of Asia, a unique thought
system and a unique literary language.”5
Al-Qur‟Én dan Al-Sunnah sebagai sumber waÍyu merupakan asas epistemologi yang
membawa kepada kejayaan pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam. Wahyu (al-
Qur‟Én dan Al-Sunnah) telah membentuk mental framework manusia Muslim, bersama-sama
pengalaman kehidupannya yang berteraskan prinsip ajaran Islam akhirnya menyempurnakan
binaan bangunan konsep dalam pemikiran manusia Muslim sehingga terbentuk suatu
weltanschauung (worldview) – pandangan alam yang lengkap, integral dan komprehensif.
Pandangan Alam: Mempersepsi Manusia dan Hakikat Dirinya
The marvellous effect produced by the Holy Qur‟Én on the
minds of those who first came into contact with it, the
unparallel revolution brought about in the world, the uplift of
not one but revolution brought about in the world, the uplift of
not one but many nations from the depth of degradation to the
height of civilization is,...
M. Ali
Pandangan alam (weltanschauung/ worldview) merupakan suatu bangunan konsep yang
terbentuk dalam pemikiran manusia, seterusnya membentuk suatu kerangka mental (mental
framework) yang membantu manusia memahami hakikat-hakikat yang wujud dalam alam ini.
Pandangan alam membolehkan seseorang menanggapi dan mempersepsikan segala sesuatu,
yang akhirnya akan membawa kepada natijah tindakan atau perbuatannya, yang berasaskan
tanggapan dan persepsinya terhadap sesuatu. Perbahasan mengenai pandangan alam terkait
dengan perbahasan falsafah tentang ontologi, epistemologi dan aksiologi.
Pandangan alam Islam seseorang manusia terbentuk secara gradual – melalui pembelajaran,
pengalaman dan interaksinya dengan persekitaran. Dalam Islam, pandangan alam seseorang
Muslim dibentuk oleh pengetahuannya tentang hakikat alam – tidak sekadar yang dilalui dan
dirasai berdasarkan interaksi dan pengalamannya semata-mata, tetapi juga melalui maklumat-
maklumat yang diperoleh daripada sumber wahyu.
Manusia, Kebebasan dan IkhtiyÉr
5
M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45.
Insan yang hidup berlandaskan agama yang benar adalah pengabdian diri yang sebenar-
benarnya. Ia satu bentuk kemuliaan yang tertinggi. Bersandarkan kepada ilmu yang hak,
insan berikhtiar memilih yang lebih baik dengan membuat pertimbangan yang adil
menggunakan akal yang sihat dalam menyerah dirinya secara sukarela dalam pengabdian
kepada Allah swt. Inilah erti kebebasan (freedom) yang sebenar yang terpancar daripada
pandangan alam Islam – ikhtiyÉr yang sebenar dalam memilih yang terlebih baik untuk
kesejahteraan diri – pertimbangan dan tinjauan akal yang mengarah diri kepada
mengamalkan perilaku terpuji dan menzahirkan akhlak mulia.6
Dalam mengukuhkan ide
kebebasan ini, S.M.N. al-Attas menegaskan:
“Freedom is to act as one‟s real and true nature demands and so
only the exercise of that which is of what is good can properly be
called „free-choice‟. A choice for the better is therefore an act of
freedom
 Whereas a choice for the worse is not a choice as it is
grounded in ignorance
 it is then also not an exercise in freedom
because freedom means precisely being free from domination by
the powers of the soul that incites to evil.”7
Bukanlah kebebasan sebenar jika diri dibiarkan liar tanpa pengawasan peraturan yang dapat
membendung segala naluri dan tabiat haiwaniyah dalam diri: “barangsiapa yang terjerumus
ke jurang kehinaan yang sedemikian maka ia bukanlah insan yang sebenar tetapi hanyalah
insan dalam rupa bentuk dan adalah terlebih rendah dari segala haiwan yang rendah.”8
Dalam erti kata lain, kebebasan itu bukan sebenarnya bebas, kerana diri yang liar itu
sebenarnya berada di bawah pengaruh dan bawaan hawa nafsu, dan keadaan diri yang seperti
itu sebenarnya meletakkan martabat insan itu pada kedudukan yang paling hina dan rendah9
walaupun asalnya manusia itu mulia dan berada pada darjat yang tinggi.
Tuntasnya, insan akan bebas dalam erti kata yang sebenar apabila berpegang pada simpulan
yang kukuh iaitu pandangan alam dan akidah yang benar bertunjangkan al-TawÍÊd:
“Bagaikan pohon yang tegap berdiri, segar, teguh, dan kukuh kerana akarnya mencengkam
bumi dengan cabang-cabangnya menjulang ke langit biru, begitulah cabang-cabang
kehidupan insan yang berpandukan akidah dan pandangan alam yang ÎaÍÊÍ.”
Dengan pandangan alam yang benar, manusia akan tetap teguh berbekalkan nilai-nilai wahyu
yang dipegangnya. Jelas, dalam tradisi Islam, tidak berlaku sebarang gejala negatif seperti
6
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, (Penang: USM, 2007),
hal. 66
7
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995),
hal. 33.
8
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam (Kuala Lumpur:
ISTAC, 2002), hal. 28
9
Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 5, “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-
rendahnya (neraka),” dan al-Furqan (25) ayat 44, “atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu
mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
jalannya (dari binatang ternak itu)”
keruntuhan akhlak, krisis identiti dan jurang antara generasi melainkan setelah insan
mengambil tindakan menjauhi realiti dan hakikat dirinya sendiri.
Jiwa Manusia Menurut Islam
Manusia dikurniai kebolehan untuk mencapai ilmu. Tempat letak ilmu dalam diri manusia
adalah unsur rohaniahnya yang disebut dalam al-Qur`an dalam pelbagai kalimah iaitu sebagai
„hati‟ (al-qalb) „jiwa/diri‟ (al-nafs), „roh‟ (al-rËÍ), dan „akal‟ (al-‘aql), tetapi kesemuanya itu
merujuk kepada hakikat yang sama iaitu unsur rohaniah manusia.10
Pada asalnya, manusia
mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawÍÊd) sebagaimana yang disebut
dalam al-QurÉn, surah al-A‘rÉf (7), ayat 172 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-
anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian
terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini
Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari
kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam)
adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”
Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithÉq/ al-„ahd) manusia dengan Tuhan semasa
di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu
mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan
Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-dÊn) yang
merupakan pengabdian sebenar (al-IslÉm). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk
mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya11
dan tugasnya adalah untuk taat (ÏÉ‘ah)
kepada Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya.12
Hakikat Jiwa Manusia
Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah „lupa‟ (nisyan). Menurut Abdullah
Ibn Abbas, merujuk kepada surah ÙÉhÉ (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah Kami
perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati
padanya kemahuan yang kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata
Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya).
Kelupaan merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan
manusia ke dalam kezaliman (Ðulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah
10
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur:
ISTAC, 1990), hal. 2
11
Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
12
Al-Quran al-Karim, Surah al-Rum (30) ayat 30, “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama
Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada
fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
melengkapkan manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan
yang benar. Untuk memilih kepada kebaikan (ikhtiyÉr), terserah kepada manusia itu sendiri.13
Hakikat diri manusia yang sebenar berasal dari alam tinggi (al-malakut) dan alam perintah
(al-amr). 14
Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia. Apabila
manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al-
sakÊnah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan
kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al-
mutma‟innah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia. Kadangkala, jiwa manusia
bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa
berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan
tersebut dan mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al-
lawwÉmah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap
dalam kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-sË`.
Unsur-unsur dalam Diri Manusia
Jiwa manusia juga mengandungi beberapa „keadaan upaya‟ (quwwah) yang termanifestasi
dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia. „Keadaan upaya‟ tersebut ialah jenis-
jenis jiwa iaitu (1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabÉtiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al-
hayawÉniyah), dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah).15
Tumbuh-tumbuhan mempunyai
kekuatan untuk membesar, kekuatan kesuburan dan produktif. Kekuatan-kekuatan ini juga
terdapat pada haiwan dan manusia. Boleh dikatakan, manusia mempunyai jiwa-jiwa yang
sama dengan haiwan, Cuma yang membezakannya adalah jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah)
yang hanya terdapat pada diri manusia, tidak haiwan mahupun tumbuhan. Keadaan inilah
yang menjadikan manusia itu sebagai „manusia‟ dan sekiranya manusia kehilangan keadaan
upaya ini, maka manusia tersebut tiada berbeza dengan haiwan.
Jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah) merupakan petanda ciri-ciri unggul bagi manusia. Kalimah
Natiq (al-nÉtiqah) bermakna daya akliyah yang merujuk kepada fakulti rasional manusia,
selari maksudnya dengan perkataan logos (Greek) dan ratio (Latin). NÉtiq merupakan fakulti
dalaman yang menanggap dan memahami realiti-realiti seterusnya memformulasi makna
berkaitan membuat keputusan, pengelasan dan penjelasan.16
Al-nafs al-nÉtiqah juga merujuk
kepada akal.
Namun, akal (al-„aql) dalam Islam bukan seperti yang difahami dalam kebudayaan Barat.
Dalam kebudayaan Barat, akal hanya merujuk kepada ratio yang merupakan alat untuk
memahami dan menguasai alam zahir (aspek saintifik) semata-mata. Ratio dipisahkan
daripada intellectus yang bermaksud fakulti untuk merenungi hakikat rohaniah. Akal dalam
13
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala
Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 6
14
Al-Quran al-Karim, Surah Ya Sin (36) ayat 83; surah al-Mukminun (23): 88
15
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur:
ISTAC, 1990), hal. 8
16
Ibid. hal. 39
Islam merangkumi sekaligus aspek ratio dan intellektus. Akal, menurut Islam, jika dijaga
dengan baik, akhirnya akan membawa implikasi akhlak yang penting.
Kelalaian Punca Keruntuhan Tamadun
Daripada perbincangan ini, dapatlah kita mengerti keadaan jiwa manusia yang sebenar
sebagaimana fitrah kejadian Tuhan. Kelupaan manusia dan keengkarannya untuk kembali ke
jalan kebenaran (al-inabah/ al-taubah) walapun dikurniakan Tuhan dengan keupayaan untuk
berbuat demikian, telah menenggelamkan manusia dalam lembah kehinaan yang meletakkan
martabatnya pada kedudukan yang rendah, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini juga
yang menjadi punca kepada keruntuhan sesebuah tamadun.
Jelasnya, daripada perbahasan tentang manusia, dan fitrah diri manusia, dapat dibuat suatu
kesimpulan awal bahawa tamadun bukanlah bersifat organik, tetapi ia adalah suatu yang
bersyarat. Tamadun akan bertumbuh, berkembang dan maju dengan syarat-syarat yang
sewajarnya dan secocoknya yang menjadi sebab kepada pertumbuhan, perkembangan dan
kemajuannya. Sebaliknya, tamadun akan menguncup, merosot dan mati sekiranya ia
memenuhi syarat penguncupan, kemerosotan dan kematiannya.
Legasi Ummah: Intelektualisme dan Budaya Ilmu
“Demikianlah hakikatnya, sejarah kegemilangan Islam
menjadi saksi bahawa ia bermula dengan revolusi keilmuan
yang tercetus dari ayat mukjizat Iqra’ bi ‘smi rabbika
‘lladhi khalaq..., transformasi kemanusiaan dan revolusi
kebudayaan yang merubah pengembala unta menjadi
ilmuwan cendekia, manusia badawi-jahili menjadi Muslim
haÌari-madani.”
Siddiq Fadzil
Budaya Sebagai Manifestasi Pandangan Alam
Budaya adalah suatu fenomena sosial yang wujud dalam perkumpulan manusia atau
masyarakat. Budaya terdiri daripada dua patah kata: budi dan daya. Perkataan „budi‟
menggambarkan suatu konsep yang abstrak tetapi memberi makna yang cukup besar dan kuat
untuk menjadi faktor pencetus kepada suatu aspek yang lebih konkrit. Budi bermaksud
pemikiran, kepercayaan, anutan, fahaman, kecerdikan, kecerdasan, dan keluhuran. Manakala,
perkataan „daya‟ pula merujuk kepada suatu aspek luaran yang bersifat konkrit – gerak,
perbuatan, manifestasi, tajalli, penampakan, aksi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, “budi”
adalah lambang aspek dalaman diri manusia yang merangkumi idealisme, intelektualisme dan
spiritualisme, manakala “daya” adalah manifestasi aspek dalaman tadi dalam perbuatan dan
kegiatan (aktivisme).Oleh yang demikian, budaya adalah suatu adunan dua unsur ini –
pemikiran atau worldview yang termanifestasi dalam perbuatan atau kegiatan tertentu.
Justeru, budaya sebagai penjelmaan nilai-nilai yang dipegang adalah sangat menentukan
tahap pencapaian sesuatu masyarakat. Budaya yang kami maksudkan di sini bukanlah seperti
yang difahami umum sebagai seni hiburan heboh-hebohan semata. Budaya yang
dimaksudkan adalah suatu fenomena sosial penjelmaan nilai-nilai yang tercerna dalam
pandangan alam sesuatu masyarakat yang membantu masyarakat tersebut menentukan corak
hidup dan kegiatannya. Budaya seperti inilah yang terkembang menjadi maju dan seterusnya
membina tamadun. Seperti yang diungkapkan oleh Malik Bennabi bahawa tiada perubahan
sosial (al-taghyÊr al-ijtimÉ‟Ê) akan berlaku tanpa berlakunya perubahan budaya (al-taghyÊr al-
thaqÉfÊ).
Kecenderungan, Sikap, Rutin dan Pembinaan Budaya
Kata kunci yang penting untuk difahami dalam membangun ketamadunan Islam ialah
budaya. Persoalannya, bolehkah budaya dibina? atau ia berlaku secara alami tanpa perlu
kepada sebarang perancangan? Bagi kami, budaya boleh direncana.
Budaya hanya akan terbina dalam komuniti. Ini kerana manusia merupakan makhluk sosial
yang saling memerlukan satu sama lain. Sejarah ketamadunan bangsa-bangsa besar dunia
membuktikan tamadun berkembang daripada budaya, dan budaya dibangunkan dalam
masyarakat. Pembinaan watak masyarakat yang berbudaya inilah yang akan membantu
menjayakan pembinaan budaya dan tamadun.
Bagaimana kita dapat membina budaya secara praktikal? Di sini terletaknya kepentingan
kesatuan pemikiran dan idealisme dalam masyarakat. Awal mulanya budaya akan mungkin
terbina dengan munculnya „kecenderungan‟ (tendency) dalam diri individu. Daripada
kecenderungan ini, maka „sikap‟ (attitude) mula dibina dalam diri individu tersebut. Sikap ini
akan membentuk „rutin‟ (routine) yang menjadi pengamalan harian oleh individu tersebut.
Justeru, apabila setiap individu mempunyai kecenderungan, sikap dan rutin yang sama, maka
budaya pun terbentuk. Dalam kata lain, budaya adalah manifestasi kesatuan pemikiran
individu-individu dalam sesuatu masyarakat yang menzahirkan pengamalan-pengamalan
tertentu dalam bentuk kegiatan dan perbuatan.
Intelektualisme dalam Tamadun Islam
Dalam memahami dinamika ilmu sebagai legasi keintelektualan ummah, S.M.N al-Attas
menegaskan:
“...rationality in Islam does not merely pertain to mind‟s systematic and
logical interpretation of the facts of experience or it‟s rendering
intelligible and manageable to reason the data of experience; or it‟s
abstraction of facts and data and their relationship; or the grasping of
nature by the mind, and the law-giving operation the mind renders
upon nature. Since reason is a protection of the intellect, which is the
spiritual organ of cognition known as heart (al-qalb). Hence the
understanding of spiritual realities is also within the province of reason
and is not necessaricly divorced from rational understanding of
them.”17
Sejarah menyaksikan bahawa intelektualisme dalam tamadun Islam merupakan suatu tradisi
pengkajian ilmiah yang luas, merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Penubuhan sebuah institut
dan kutub khanah untuk tujuan penterjemahan dan penyelidikan, Bayt al-×ikmah pada tahun
830 M oleh al-Ma’mËn misalnya menggambarkan kesungguhan mereka yang cukup luar
biasa.
Keluasan kajian intelektual para ilmuwan Islam dapat dilihat dari jumlah dan sifat karya-
karya yang dihasilkan oleh mereka. Sebagai contoh, al-Kindi dilaporkan menulis sejumlah
242 buah karya, Ibn Sina mengarang 220 buah karya, dan Zakaria al-Razi menulis sejumlah
236 buah tulisan. Tulisan dan karya-karya mereka yang ensiklopedik ini bukan hanya sekadar
dalam satu bidang, tetapi merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang ada pada zaman mereka.
Beberapa ciri penting intelektualisme Islam yang dinamik digariskan seperti berikut: 1)
pendekatan TawÍÊd; 2) waÍyu sebagai asas pengkajian ilmiah; dan 3) sikap hormat-kritis
terhadap ilmu asing.18
1) Pendekatan TawÍÊd
TawÍÊd merupakan konsep asas dalam akidah Islam yang telah memberi kesan kepada
kesemua aspek kehidupan seseorang Muslim termasuk kegiatan intelektualnya. Pendekatan
TawÍÊd ini menjadi asas kepada pengembangan disiplin ilmu dan melandasi perbahasan-
perbahasan dalam ilmu-ilmu seperti falsafah, sejarah, sains, perubatan, senibina dan lain-lain.
Kecenderungan ini tidak memisahkan antara aspek-aspek yang bersifat duniawi dengan
ukhrawi, malah secara sedar mengaitkan segala upaya dan usaha mereka sebagai suatu
bentuk ibadah dan ketaatan kepada Tuhan. Ini diperakui oleh al-Attas:
“The representative of Islamic thought – theologians, philosophers,
metaphysicians – have all and individually applied various methods in
their investigations without preponderating on any one particular
method. They combined in their investigations and at the same time
their persons, the empirical and their rational, the deductive and
inductive methods and affirmed no dichotomy between the subjective
17
Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur:
ISTAC, 1990), hal. 8.
18
Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 37.
and the objective, so that they all affected what I would call the tawhid
method of knowledge.”19
2) WaÍyu Sebagai Asas Pengkajian Ilmiah
Seperti yang telah disentuh sebelum ini, al-Qur‟Én menjadi asas kepada perkembangan
tamadun Islam. Apabila kita kaitkan asal mula tamadun Islam itu dengan dinamika ilmu dan
budaya intelektual, maka kita akan dapati, perkembangan intelektual Islam bermula dengan
al-Qur‟Én. Sebagai sumber rujukan utama, panduan, dan kitab suci, al-Qur‟Én menyuntik
motivasi dan keghairahan mencari dan menggali ilmu. Keyakinan seperti “al-Qur‟Én does not
provide a detailed science but the principles of all knowledge” merupakan suatu keyakinan
yang bermotivasi tinggi. Sheikh Ahmad Kiftaro menyatakan:
“Whosoever studies the chapter and the verses of the Qur‟Én will be
struck by the maner how the Qur‟Én combined religion and intellect
and how Muslim doctrines are compounded to motivate advancement
in civilization.”20
Intelektualisme sememangnya terkait dengan kegiatan akliyah, aktiviti pemikiran yang
berasaskan kepada keupayaan akal, walau bagaimanapun wibawa wahyu masih tetap kuat
dipertahankan. Malah, pengiktirafan wahyu terhadap keupayaan dan kemampuan akal
disahkan dalam karya-karya para ilmuwan Islam. Sebagai contoh, Ibn Rushd mengarang
sebuah karya yang menarik berjudul FaÎl al-maqÉl fÊ mÉ bayn al-×ikmah wa al-SyarÊ‘ah min
al-IttiÎÉl, yang mempertahankan keharmonian wahyu dengan akal, malah menjustifikasikan
akal sebagai salah satu jalan yang sahih untuk mencapai hakikat segala sesuatu.21
Malah, yang lebih penting dan utama, al-Qur‟Én memberikan panduan dan halatuju yang
memandu dinamika intelektualisme Islam. Melalui istilah-istilah penting – „ilm, ÊmÉn, adÉb,
Íikmah, ‘adl dan banyak lagi kata-kata kunci penting – membangun keutuhan pandangan
alam seorang ilmuwan Muslim dalam kegiatan ilmiahnya.
3) Sikap Hormat-Kritis Terhadap Ilmu Asing
Kebebasan akademik dan keterbukaan ilmiah adalah elemen penting dalam memastikan
dinamika ilmu terus berlangsung. Ilmuwan Islam mengambil langkah berani memperkaya
khazanah keilmuwan Islam dengan sumber-sumber luar atas keyakinan bahawa “hikmah
adalah barang yang hilang daripada orang beriman.” Sikap ini membawa kepada penekunan
terhadap karya-karya Yunani kuno, India, dan Parsi. Proses penterjemahan giat dijalankan.
19
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995),
hal. 3.
20
M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45.
21
Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 41.
Ini jelas ditunjukkan oleh para ilmuwan dalam tamadun Islam dan keterbukaan ini telah
memberi manfaat kepada tamadun manusia keseluruhannya. S.H. Nasr menyatakan:
“Altogether from the point of view of quality and quantity alike the
transmission of the learning of the ancient world to Muslims
through the medium of Arabic is one of the startling phenomena of
cultural history; for not only was it instrumental in bringing into
being Muslim sciences and philosophy but also it indirecty played a
vital role in the creation of medieval and renaissance science and
philosophy in the West and even influenced China and India.”
Khulasah
Tamadun merupakan buah hasil atau produk daripada pemikiran manusia. Semestinya
pemikiran manusia itu pelbagai dan nisbi (relative) sifatnya, walaupun begitu, dalam sejarah
peradaban manusia, terdapat masyarakat manusia yang disatukan oleh suatu bentuk
pandangan alam dan budaya yang unik dan tersendiri. Telahan kami, tamadun Islam telah
menampilkan pola dan trendnya yang tersendiri kerana dibentuk oleh pandangan alam dan
budaya yang berpaksi kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai asas yang dianut bersama dalam
masyarakatnya.
Tidak berniat untuk bernostalgia, kami paparkan objek perbahasan dalam makalah ini dengan
nada yang positif. Justeru, perbahasan tentang realiti dan cabaran ketamadunan semasa serta
prospek masa depan tamadun adalah suatu tuntutan mendesak. Makalah yang sederhana ini
sekadar melontarkan beberapa ide ketamadunan yang bersifat rencam dan umum. Tulisan ini
umpama sebuah compendium, tetapi perlu kepada penghuraian lanjut dan argumentasi yang
lebih kukuh. Banyak lagi yang perlu kami lakukan, bukan semata-mata melengkapkan
makalah ini, tetapi juga berusaha menyelesaikan semangat dan cita-citanya yang tersendiri.
Orang dagang mahu tundukkan dunia,
dengan kehendak dan kemahuan dhamirnya;
Apa yang kita tinggal kini,
hanya dunia khayalan dan mimpi-mimpi.
Wallahu a‟lam bi al-sowab
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
14 Ogos 2014, 06:30 petang
Sungai Ramal Dalam, Kajang.
013-2775313 / fazrilsaleh@gmail.com / fb: Peminggir Kota

More Related Content

What's hot

Materi training HMI
Materi training HMIMateri training HMI
Materi training HMI
rozak20
 
Titas
TitasTitas
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islamajaknordin
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
wanarizwan
 
Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)
Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)
Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)
kipanji
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
Politeknik
 
Kurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa KlasikKurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa KlasikAli Murfi
 
Islam dan akulturasi budaya lokal
Islam dan akulturasi budaya lokalIslam dan akulturasi budaya lokal
Islam dan akulturasi budaya lokalAliem Masykur
 
Contoh makalah agama tentang peradaban islam
Contoh makalah agama tentang peradaban islamContoh makalah agama tentang peradaban islam
Contoh makalah agama tentang peradaban islam
Dedot Helmet
 
5.1 Definisi Tamadun Islam
5.1 Definisi Tamadun Islam5.1 Definisi Tamadun Islam
5.1 Definisi Tamadun IslamWanBK Leo
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIATAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
amira nurfahmida
 
08(e) isi pelajaran interaksi 5
08(e) isi pelajaran  interaksi 508(e) isi pelajaran  interaksi 5
08(e) isi pelajaran interaksi 5Hendon Ramlan
 
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
 perkembangan ilmu semasa Tamadun islam perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
Jaidi Didiey
 
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin Amq
 
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamCTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
Muhd Iqball
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islam
ninawariz
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editSK Batu Sembilan
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHGuru Sejarah Pra U Kelantan
 

What's hot (19)

Materi training HMI
Materi training HMIMateri training HMI
Materi training HMI
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun IslamBab 1 Pengenalan Tamadun Islam
Bab 1 Pengenalan Tamadun Islam
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)
Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)
Buku Sejarah Peradaban dan Pemikiran Islam (Kumpulan Makalah Perkuliahan)
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
 
Kurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa KlasikKurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
Kurikulum Pendidikan Islam Masa Klasik
 
Islam dan akulturasi budaya lokal
Islam dan akulturasi budaya lokalIslam dan akulturasi budaya lokal
Islam dan akulturasi budaya lokal
 
Contoh makalah agama tentang peradaban islam
Contoh makalah agama tentang peradaban islamContoh makalah agama tentang peradaban islam
Contoh makalah agama tentang peradaban islam
 
5.1 Definisi Tamadun Islam
5.1 Definisi Tamadun Islam5.1 Definisi Tamadun Islam
5.1 Definisi Tamadun Islam
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIATAMADUN ISLAM  TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA
 
08(e) isi pelajaran interaksi 5
08(e) isi pelajaran  interaksi 508(e) isi pelajaran  interaksi 5
08(e) isi pelajaran interaksi 5
 
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
 perkembangan ilmu semasa Tamadun islam perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
 
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
 
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islamCTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
CTU 151 Bab 1 - matlamat tamadun islam
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islam
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
 

Similar to Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Haidar Bashofi
 
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Haidar Bashofi
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadun
ajiex96
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
UiTM Terengganu Kampus Rekreasi Bukit Besi
 
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN AmbonJurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN AmbonSyarifudin Amq
 
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
Hamid  Worldview Sebagai  Asas IslamisasiHamid  Worldview Sebagai  Asas Islamisasi
Hamid Worldview Sebagai Asas IslamisasiSuardi Al-Bukhari
 
Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS
Imperial University
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islam
muhfachrul3
 
KELOMPOK 10.pptx
KELOMPOK 10.pptxKELOMPOK 10.pptx
KELOMPOK 10.pptx
OktaVia80
 
Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam
LBB. Mr. Q
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
Abdul Hadi
 
Agama dan Kebudayaan
Agama dan KebudayaanAgama dan Kebudayaan
Agama dan Kebudayaan
Jafar Sodiq
 
Makalah kebudayaan dalam islam
Makalah kebudayaan dalam islamMakalah kebudayaan dalam islam
Makalah kebudayaan dalam islam
ahmddrmnsyh
 
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attasPemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
HENDRY SUTOYO
 
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Phujie FaHrani
 
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdfPENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf
IdrusLatif2
 
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptxPENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
IdrusLatif2
 

Similar to Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah (20)

Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
 
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadun
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
 
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN AmbonJurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
 
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
Hamid  Worldview Sebagai  Asas IslamisasiHamid  Worldview Sebagai  Asas Islamisasi
Hamid Worldview Sebagai Asas Islamisasi
 
Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS Ulang Kaji Ujian TITAS
Ulang Kaji Ujian TITAS
 
Presentasi agama islam..
Presentasi agama islam..Presentasi agama islam..
Presentasi agama islam..
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
KELOMPOK 10.pptx
KELOMPOK 10.pptxKELOMPOK 10.pptx
KELOMPOK 10.pptx
 
Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam Pendekatan Studi Islam
Pendekatan Studi Islam
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
Agama dan Kebudayaan
Agama dan KebudayaanAgama dan Kebudayaan
Agama dan Kebudayaan
 
Makalah kebudayaan dalam islam
Makalah kebudayaan dalam islamMakalah kebudayaan dalam islam
Makalah kebudayaan dalam islam
 
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attasPemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
Pemikiran filsuf syed muhammad naquib al attas
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
 
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdfPENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf
 
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptxPENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
PENGERTIAN & RUANG LINGKUP SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.pptx
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islam
 

Recently uploaded

Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 

Recently uploaded (20)

Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 

Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

  • 1. DINAMIKA ILMU SEBAGAI WARISAN INTELEKTUAL UMMAH: PANDANGAN ALAM, BUDAYA, DAN KETAMADUNAN1 Mohammad Fazril Mohd Saleh2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kiranya engkau berhajatkan mutiara, maka akan padang pasir itu tinggalkanlah ia, dan berlayarlah engkau di lautan samudera; Dan kira-kira tiada kaujumpa, barang mutiara yang engkau cita-cita, paling tidak mencecah air telah kau berjaya. Muqaddimah Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling sempurna, yang diciptakan-Nya dengan kurniaan-kurniaan istimewa yang membolehkan ia menentukan nasib hidupnya sendiri. Keupayaan manusia membina peradaban sepanjang sejarahnya adalah suatu pencapaian yang selayaknya. Walau bagaimanapun, nasib sejarah manusia ini tidak selamanya cemerlang. Pasang surutnya tetap ada, dan itu juga fitrah ketamadunan yang sewajarnya diterima umat manusia sebagai „ibrah dan pedoman bersama. Justeru, dalam makalah yang sederhana ini, kami cuba mengungkap beberapa idea peradaban khususnya yang terakam dalam sejarah peradaban umat Islam. Tanpa menafikan peranan dan sumbangan tamadun lain, makalah ini memugar beberapa aspek ketamadunan Islam dengan memfokus kepada ciri unggulnya: ilmu. Bertitik-tolak dari sini, pengembangan horizon pemikiran manusia Muslim membentuk bangunan konsep yang terkembang secara gradual seterusnya membina pandangan alam. Pandangan alam, sebagai suatu mental framework membantu manusia mengkonsepsikan dirinya dalam interaksi dengan kewujudan yang terdapat di sekitarnya. Dalam interaksi manusia sesama manusia dan juga interaksi manusia dengan persekitarannya, suatu fenomena pengembangan sosial berlaku, dikenali sebagai budaya. Budaya adalah suatu fenomena yang wujud dalam perkumpulan manusia atau masyarakat. Perkembangan budaya akan mempengaruhi gaya hidup dan keadaan kehidupan sesuatu masyarakat sehinggakan perkembangan budaya yang maju menandai kewujudan sesuatu tamadun. Oleh yang demikian, dalam kondisi semasa, sedar atau tidak kita juga sedang hidup dalam suatu kendera tamadun yang tersendiri. Kami meyakini, bahawa tamadun bukan sekadar 1 Dibentangkan dalam Simposium Anak Muda 2014 anjuran Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang diadakan pada 17hb Ogos 2014, bertempat di Rumah Pena, Bukit Petaling, Kuala Lumpur. 2 Penulis merupakan Timbalan Presiden PKPIM sesi 2013/2014. Boleh dihubungi di fazrilsaleh@gmail.com.
  • 2. suatu konsep akademik, tetapi juga hakikat dan realiti. Justeru, usaha kita dan masyarakat hari ini adalah sewajarnya ditumpukan kepada aspek-aspek positif ketamadunan dan pola- pola perkembangan peradaban yang boleh dipelajari daripada tamadun Islam. Malah menjadi mesej utama dalam makalah ini bahawa aspek positif tamadun Islam itu adalah bertitik tolak daripada kecenderungan terhadap ilmu serta sikap terhadapnya, dan kegiatan ilmiah yang aktif, dinamik dan progresif. “Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa yang telah diusahakan oleh mereka...” Surah al-Baqarah (2): 134 Islam dan Peradaban Manusia The Arabs, a semibarbaric race in ancient times, entered into world history after their conversion to Islam in the 7th century A.D. Muhammad, the Prophet of Allah, transformed the heathen Arabs into an Islamic nation. Almost immediately after the prophet‟s death, the Islamized Arabs emerged as a conquering nation which gradually overran the centres of ancient civilizations such as Syria, Egypt, Iraq, Persia as well as Central Asia, Sind, North Africa, and Spain within eight decades, and thus established one of the greatest medieval empires. They also devised new social, economic, political and legal institutions to implement the ideals of Islam. Soon after the first century Hijrah, the Arabs began to translate (into Arabic) and master the scientific and literary works of ancient civilized Greece, Persia and India. In the process of these energetic and creative activities, the Arabs created a new civilization. M.A.J. Beg Sebelum kemunculan tamadun Islam, telahpun wujud pelbagai tamadun dalam lintasan sejarah peradaban manusia. Sejarah telah membuktikan wujudnya tamadun-tamadun besar seperti Babylon, Assyria, Chaldea, Israel, Sumeria, Mesir Purba, Phoenicia, Carthage, Parsi, Sasani, Achaemenia, Arya, Parthia, India, Yunani, Rom, Byzantin, Jepun, China dan lain-lain lagi. Banyak tamadun yang hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Oleh sebab yang demikian, sesetengh orang menganggap tamadun Islam juga merupakan salah satu peradaban tinggalan sejarah. Mungkin kemusykilan ini wajar direnung semula. Perbezaan ketara antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lainnya ialah ia berorientasikan agama dan bersifat universal, sedangkan tamadun lain bersifat regional dan berorientasikan perkauman atau kebangsaan.3 3 Untuk bacaan lanjut, rujuk M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 18.
  • 3. Malah, boleh dikatakan bahawa Islam adalah suatu civilizing force yang sanggup dan mampu membangun peradaban di atas prinsip-prinsip ajarannya. Islam menggariskan tujuan kewujudan sesebuah tamadun adalah untuk kepentingan manusia. Justeru, manusia menjadi fokus utama dalam ketamadunan, bukannya material, kebendaan mahupun teknologi. Sesuatu tamadun yang menitikberatkan pembangunan kebendaan sehingga melupakan pembangunan spiritual dan moral manusia merupakan tamadun yang tidak memberi keuntungan kepada manusia, sebaliknya mendatangkan derita dan tragedi. Tamadun Islam Sebagai Karya Cipta Manusia Muslim Islam adalah al-DÊn. Ini merupakan istilah yang digunakan oleh al-Qur‟an, yang tidak hanya merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja, atau terbatas dalam aspek ritual dan spiritual sahaja, ataupun melibatkan individu atau bersifat peribadi semata. Al-DÊn mempunyai peranan dan pengaruh yang besar terhadap setiap aspek kehidupan manusia: aspek spiritual, moral, ekonomi, sosial, politik, perundangan dan lain-lain. Tamadun atau peradaban Islam ialah hasil karya cipta manusia Muslim yang komited kepada agamanya. Oleh sebab adanya komitmen keagamaan itu, maka terbinanya tamadun Islam, iaitu tamadun yang dibangunkan di atas landasan akidah, tumbuh berkembang dalam acuan syariat dan terkawal dalam nilai-nilai akhlak Islamiah. Dalam erti kata lain, tamadun Islam adalah “penjelmaan semangat ajaran Islam: pandangan sarwanya (worldview), epistemologinya (falsafah ilmu) dan aksiologinya (sistem nilai).”4 Suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan: kemunculan Islam sebagai suatu kuasa politik dan kekuatan spiritual adalah suatu peristiwa agung dalam sejarah dunia. Dalam pengalaman sejarahnya yang panjang, Islam telah membentuk jati diri bangsa Arab, Parsi, Barbar, Turki, Sudan, Swahili, Hausa, Bengoli, Sindhi, Melayu, dan banyak lagi kumpulan etnik dan linguistik – memberikan mereka suatu kematangan spiritual dan kemantapan identiti sosio-budaya. Kemunculan Islam dan perkembangannya memberikan insentif kepada kaum Muslimin untuk membina empayarnya yang tersendiri; membangunkan kerangka politiknya, dan menghasilkan teori dan amalan perundangannya, dengan berbasiskan wahyu. Masyarakat Muslim menghasilkan makalah-makalah saintifik dan wacana falsafah serta literatur-literatur penting merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Mereka juga membina monumen dan binaan ketamadunan yang hebat dan menjuarai kegemilangan kesenian halus tersendiri. Al-Qur‟Én dan Pengaruh Ketamadunannya Asas utama kepada tamadun Islam ialah sumber agungnya: Al-Qur‟Én. Tidak sekadar sebuah kitab suci yang menggarispandukan aspek spiritual, ritual dan moral, al-Qur‟Én memberikan 4 Siddiq Fadzil, “Sains dan Teknologi: Isu Penislaman dan Pemeribumiannya” dalam Ahmad Mohamad Said et al. (ed.), Dinamika Ilmu: Memugar Warisan Intelektual Ummah, (Kajang: Kolej Dar al-Hikmah, 2005), hal. 29.
  • 4. satu suntikan motivasi ketamadunan kepada manusia. Banyak bangsa dunia yang menerima Islam, dengan suluhan cahaya al-Qur‟an, ia membentuk keutuhan jati dirinya yang tersendiri, seperti yang diungkapkan oleh Zeki Velidi Tongan: “The Qur‟Én had given to the Turks the courage for mastering over the vast steppe and mountain regions of Asia, a unique thought system and a unique literary language.”5 Al-Qur‟Én dan Al-Sunnah sebagai sumber waÍyu merupakan asas epistemologi yang membawa kepada kejayaan pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam. Wahyu (al- Qur‟Én dan Al-Sunnah) telah membentuk mental framework manusia Muslim, bersama-sama pengalaman kehidupannya yang berteraskan prinsip ajaran Islam akhirnya menyempurnakan binaan bangunan konsep dalam pemikiran manusia Muslim sehingga terbentuk suatu weltanschauung (worldview) – pandangan alam yang lengkap, integral dan komprehensif. Pandangan Alam: Mempersepsi Manusia dan Hakikat Dirinya The marvellous effect produced by the Holy Qur‟Én on the minds of those who first came into contact with it, the unparallel revolution brought about in the world, the uplift of not one but revolution brought about in the world, the uplift of not one but many nations from the depth of degradation to the height of civilization is,... M. Ali Pandangan alam (weltanschauung/ worldview) merupakan suatu bangunan konsep yang terbentuk dalam pemikiran manusia, seterusnya membentuk suatu kerangka mental (mental framework) yang membantu manusia memahami hakikat-hakikat yang wujud dalam alam ini. Pandangan alam membolehkan seseorang menanggapi dan mempersepsikan segala sesuatu, yang akhirnya akan membawa kepada natijah tindakan atau perbuatannya, yang berasaskan tanggapan dan persepsinya terhadap sesuatu. Perbahasan mengenai pandangan alam terkait dengan perbahasan falsafah tentang ontologi, epistemologi dan aksiologi. Pandangan alam Islam seseorang manusia terbentuk secara gradual – melalui pembelajaran, pengalaman dan interaksinya dengan persekitaran. Dalam Islam, pandangan alam seseorang Muslim dibentuk oleh pengetahuannya tentang hakikat alam – tidak sekadar yang dilalui dan dirasai berdasarkan interaksi dan pengalamannya semata-mata, tetapi juga melalui maklumat- maklumat yang diperoleh daripada sumber wahyu. Manusia, Kebebasan dan IkhtiyÉr 5 M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45.
  • 5. Insan yang hidup berlandaskan agama yang benar adalah pengabdian diri yang sebenar- benarnya. Ia satu bentuk kemuliaan yang tertinggi. Bersandarkan kepada ilmu yang hak, insan berikhtiar memilih yang lebih baik dengan membuat pertimbangan yang adil menggunakan akal yang sihat dalam menyerah dirinya secara sukarela dalam pengabdian kepada Allah swt. Inilah erti kebebasan (freedom) yang sebenar yang terpancar daripada pandangan alam Islam – ikhtiyÉr yang sebenar dalam memilih yang terlebih baik untuk kesejahteraan diri – pertimbangan dan tinjauan akal yang mengarah diri kepada mengamalkan perilaku terpuji dan menzahirkan akhlak mulia.6 Dalam mengukuhkan ide kebebasan ini, S.M.N. al-Attas menegaskan: “Freedom is to act as one‟s real and true nature demands and so only the exercise of that which is of what is good can properly be called „free-choice‟. A choice for the better is therefore an act of freedom
 Whereas a choice for the worse is not a choice as it is grounded in ignorance
 it is then also not an exercise in freedom because freedom means precisely being free from domination by the powers of the soul that incites to evil.”7 Bukanlah kebebasan sebenar jika diri dibiarkan liar tanpa pengawasan peraturan yang dapat membendung segala naluri dan tabiat haiwaniyah dalam diri: “barangsiapa yang terjerumus ke jurang kehinaan yang sedemikian maka ia bukanlah insan yang sebenar tetapi hanyalah insan dalam rupa bentuk dan adalah terlebih rendah dari segala haiwan yang rendah.”8 Dalam erti kata lain, kebebasan itu bukan sebenarnya bebas, kerana diri yang liar itu sebenarnya berada di bawah pengaruh dan bawaan hawa nafsu, dan keadaan diri yang seperti itu sebenarnya meletakkan martabat insan itu pada kedudukan yang paling hina dan rendah9 walaupun asalnya manusia itu mulia dan berada pada darjat yang tinggi. Tuntasnya, insan akan bebas dalam erti kata yang sebenar apabila berpegang pada simpulan yang kukuh iaitu pandangan alam dan akidah yang benar bertunjangkan al-TawÍÊd: “Bagaikan pohon yang tegap berdiri, segar, teguh, dan kukuh kerana akarnya mencengkam bumi dengan cabang-cabangnya menjulang ke langit biru, begitulah cabang-cabang kehidupan insan yang berpandukan akidah dan pandangan alam yang ÎaÍÊÍ.” Dengan pandangan alam yang benar, manusia akan tetap teguh berbekalkan nilai-nilai wahyu yang dipegangnya. Jelas, dalam tradisi Islam, tidak berlaku sebarang gejala negatif seperti 6 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, (Penang: USM, 2007), hal. 66 7 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), hal. 33. 8 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 2002), hal. 28 9 Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 5, “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah- rendahnya (neraka),” dan al-Furqan (25) ayat 44, “atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)”
  • 6. keruntuhan akhlak, krisis identiti dan jurang antara generasi melainkan setelah insan mengambil tindakan menjauhi realiti dan hakikat dirinya sendiri. Jiwa Manusia Menurut Islam Manusia dikurniai kebolehan untuk mencapai ilmu. Tempat letak ilmu dalam diri manusia adalah unsur rohaniahnya yang disebut dalam al-Qur`an dalam pelbagai kalimah iaitu sebagai „hati‟ (al-qalb) „jiwa/diri‟ (al-nafs), „roh‟ (al-rËÍ), dan „akal‟ (al-‘aql), tetapi kesemuanya itu merujuk kepada hakikat yang sama iaitu unsur rohaniah manusia.10 Pada asalnya, manusia mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawÍÊd) sebagaimana yang disebut dalam al-QurÉn, surah al-A‘rÉf (7), ayat 172 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak- anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithÉq/ al-„ahd) manusia dengan Tuhan semasa di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-dÊn) yang merupakan pengabdian sebenar (al-IslÉm). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya11 dan tugasnya adalah untuk taat (ÏÉ‘ah) kepada Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya.12 Hakikat Jiwa Manusia Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah „lupa‟ (nisyan). Menurut Abdullah Ibn Abbas, merujuk kepada surah ÙÉhÉ (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya). Kelupaan merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan manusia ke dalam kezaliman (Ðulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah 10 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 2 11 Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” 12 Al-Quran al-Karim, Surah al-Rum (30) ayat 30, “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
  • 7. melengkapkan manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan yang benar. Untuk memilih kepada kebaikan (ikhtiyÉr), terserah kepada manusia itu sendiri.13 Hakikat diri manusia yang sebenar berasal dari alam tinggi (al-malakut) dan alam perintah (al-amr). 14 Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia. Apabila manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al- sakÊnah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al- mutma‟innah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia. Kadangkala, jiwa manusia bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan tersebut dan mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al- lawwÉmah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap dalam kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-sË`. Unsur-unsur dalam Diri Manusia Jiwa manusia juga mengandungi beberapa „keadaan upaya‟ (quwwah) yang termanifestasi dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia. „Keadaan upaya‟ tersebut ialah jenis- jenis jiwa iaitu (1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabÉtiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al- hayawÉniyah), dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah).15 Tumbuh-tumbuhan mempunyai kekuatan untuk membesar, kekuatan kesuburan dan produktif. Kekuatan-kekuatan ini juga terdapat pada haiwan dan manusia. Boleh dikatakan, manusia mempunyai jiwa-jiwa yang sama dengan haiwan, Cuma yang membezakannya adalah jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah) yang hanya terdapat pada diri manusia, tidak haiwan mahupun tumbuhan. Keadaan inilah yang menjadikan manusia itu sebagai „manusia‟ dan sekiranya manusia kehilangan keadaan upaya ini, maka manusia tersebut tiada berbeza dengan haiwan. Jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah) merupakan petanda ciri-ciri unggul bagi manusia. Kalimah Natiq (al-nÉtiqah) bermakna daya akliyah yang merujuk kepada fakulti rasional manusia, selari maksudnya dengan perkataan logos (Greek) dan ratio (Latin). NÉtiq merupakan fakulti dalaman yang menanggap dan memahami realiti-realiti seterusnya memformulasi makna berkaitan membuat keputusan, pengelasan dan penjelasan.16 Al-nafs al-nÉtiqah juga merujuk kepada akal. Namun, akal (al-„aql) dalam Islam bukan seperti yang difahami dalam kebudayaan Barat. Dalam kebudayaan Barat, akal hanya merujuk kepada ratio yang merupakan alat untuk memahami dan menguasai alam zahir (aspek saintifik) semata-mata. Ratio dipisahkan daripada intellectus yang bermaksud fakulti untuk merenungi hakikat rohaniah. Akal dalam 13 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 6 14 Al-Quran al-Karim, Surah Ya Sin (36) ayat 83; surah al-Mukminun (23): 88 15 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 8 16 Ibid. hal. 39
  • 8. Islam merangkumi sekaligus aspek ratio dan intellektus. Akal, menurut Islam, jika dijaga dengan baik, akhirnya akan membawa implikasi akhlak yang penting. Kelalaian Punca Keruntuhan Tamadun Daripada perbincangan ini, dapatlah kita mengerti keadaan jiwa manusia yang sebenar sebagaimana fitrah kejadian Tuhan. Kelupaan manusia dan keengkarannya untuk kembali ke jalan kebenaran (al-inabah/ al-taubah) walapun dikurniakan Tuhan dengan keupayaan untuk berbuat demikian, telah menenggelamkan manusia dalam lembah kehinaan yang meletakkan martabatnya pada kedudukan yang rendah, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini juga yang menjadi punca kepada keruntuhan sesebuah tamadun. Jelasnya, daripada perbahasan tentang manusia, dan fitrah diri manusia, dapat dibuat suatu kesimpulan awal bahawa tamadun bukanlah bersifat organik, tetapi ia adalah suatu yang bersyarat. Tamadun akan bertumbuh, berkembang dan maju dengan syarat-syarat yang sewajarnya dan secocoknya yang menjadi sebab kepada pertumbuhan, perkembangan dan kemajuannya. Sebaliknya, tamadun akan menguncup, merosot dan mati sekiranya ia memenuhi syarat penguncupan, kemerosotan dan kematiannya. Legasi Ummah: Intelektualisme dan Budaya Ilmu “Demikianlah hakikatnya, sejarah kegemilangan Islam menjadi saksi bahawa ia bermula dengan revolusi keilmuan yang tercetus dari ayat mukjizat Iqra’ bi ‘smi rabbika ‘lladhi khalaq..., transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan yang merubah pengembala unta menjadi ilmuwan cendekia, manusia badawi-jahili menjadi Muslim haÌari-madani.” Siddiq Fadzil Budaya Sebagai Manifestasi Pandangan Alam Budaya adalah suatu fenomena sosial yang wujud dalam perkumpulan manusia atau masyarakat. Budaya terdiri daripada dua patah kata: budi dan daya. Perkataan „budi‟ menggambarkan suatu konsep yang abstrak tetapi memberi makna yang cukup besar dan kuat untuk menjadi faktor pencetus kepada suatu aspek yang lebih konkrit. Budi bermaksud pemikiran, kepercayaan, anutan, fahaman, kecerdikan, kecerdasan, dan keluhuran. Manakala, perkataan „daya‟ pula merujuk kepada suatu aspek luaran yang bersifat konkrit – gerak, perbuatan, manifestasi, tajalli, penampakan, aksi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, “budi” adalah lambang aspek dalaman diri manusia yang merangkumi idealisme, intelektualisme dan spiritualisme, manakala “daya” adalah manifestasi aspek dalaman tadi dalam perbuatan dan
  • 9. kegiatan (aktivisme).Oleh yang demikian, budaya adalah suatu adunan dua unsur ini – pemikiran atau worldview yang termanifestasi dalam perbuatan atau kegiatan tertentu. Justeru, budaya sebagai penjelmaan nilai-nilai yang dipegang adalah sangat menentukan tahap pencapaian sesuatu masyarakat. Budaya yang kami maksudkan di sini bukanlah seperti yang difahami umum sebagai seni hiburan heboh-hebohan semata. Budaya yang dimaksudkan adalah suatu fenomena sosial penjelmaan nilai-nilai yang tercerna dalam pandangan alam sesuatu masyarakat yang membantu masyarakat tersebut menentukan corak hidup dan kegiatannya. Budaya seperti inilah yang terkembang menjadi maju dan seterusnya membina tamadun. Seperti yang diungkapkan oleh Malik Bennabi bahawa tiada perubahan sosial (al-taghyÊr al-ijtimÉ‟Ê) akan berlaku tanpa berlakunya perubahan budaya (al-taghyÊr al- thaqÉfÊ). Kecenderungan, Sikap, Rutin dan Pembinaan Budaya Kata kunci yang penting untuk difahami dalam membangun ketamadunan Islam ialah budaya. Persoalannya, bolehkah budaya dibina? atau ia berlaku secara alami tanpa perlu kepada sebarang perancangan? Bagi kami, budaya boleh direncana. Budaya hanya akan terbina dalam komuniti. Ini kerana manusia merupakan makhluk sosial yang saling memerlukan satu sama lain. Sejarah ketamadunan bangsa-bangsa besar dunia membuktikan tamadun berkembang daripada budaya, dan budaya dibangunkan dalam masyarakat. Pembinaan watak masyarakat yang berbudaya inilah yang akan membantu menjayakan pembinaan budaya dan tamadun. Bagaimana kita dapat membina budaya secara praktikal? Di sini terletaknya kepentingan kesatuan pemikiran dan idealisme dalam masyarakat. Awal mulanya budaya akan mungkin terbina dengan munculnya „kecenderungan‟ (tendency) dalam diri individu. Daripada kecenderungan ini, maka „sikap‟ (attitude) mula dibina dalam diri individu tersebut. Sikap ini akan membentuk „rutin‟ (routine) yang menjadi pengamalan harian oleh individu tersebut. Justeru, apabila setiap individu mempunyai kecenderungan, sikap dan rutin yang sama, maka budaya pun terbentuk. Dalam kata lain, budaya adalah manifestasi kesatuan pemikiran individu-individu dalam sesuatu masyarakat yang menzahirkan pengamalan-pengamalan tertentu dalam bentuk kegiatan dan perbuatan. Intelektualisme dalam Tamadun Islam Dalam memahami dinamika ilmu sebagai legasi keintelektualan ummah, S.M.N al-Attas menegaskan: “...rationality in Islam does not merely pertain to mind‟s systematic and logical interpretation of the facts of experience or it‟s rendering intelligible and manageable to reason the data of experience; or it‟s abstraction of facts and data and their relationship; or the grasping of
  • 10. nature by the mind, and the law-giving operation the mind renders upon nature. Since reason is a protection of the intellect, which is the spiritual organ of cognition known as heart (al-qalb). Hence the understanding of spiritual realities is also within the province of reason and is not necessaricly divorced from rational understanding of them.”17 Sejarah menyaksikan bahawa intelektualisme dalam tamadun Islam merupakan suatu tradisi pengkajian ilmiah yang luas, merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Penubuhan sebuah institut dan kutub khanah untuk tujuan penterjemahan dan penyelidikan, Bayt al-×ikmah pada tahun 830 M oleh al-Ma’mËn misalnya menggambarkan kesungguhan mereka yang cukup luar biasa. Keluasan kajian intelektual para ilmuwan Islam dapat dilihat dari jumlah dan sifat karya- karya yang dihasilkan oleh mereka. Sebagai contoh, al-Kindi dilaporkan menulis sejumlah 242 buah karya, Ibn Sina mengarang 220 buah karya, dan Zakaria al-Razi menulis sejumlah 236 buah tulisan. Tulisan dan karya-karya mereka yang ensiklopedik ini bukan hanya sekadar dalam satu bidang, tetapi merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang ada pada zaman mereka. Beberapa ciri penting intelektualisme Islam yang dinamik digariskan seperti berikut: 1) pendekatan TawÍÊd; 2) waÍyu sebagai asas pengkajian ilmiah; dan 3) sikap hormat-kritis terhadap ilmu asing.18 1) Pendekatan TawÍÊd TawÍÊd merupakan konsep asas dalam akidah Islam yang telah memberi kesan kepada kesemua aspek kehidupan seseorang Muslim termasuk kegiatan intelektualnya. Pendekatan TawÍÊd ini menjadi asas kepada pengembangan disiplin ilmu dan melandasi perbahasan- perbahasan dalam ilmu-ilmu seperti falsafah, sejarah, sains, perubatan, senibina dan lain-lain. Kecenderungan ini tidak memisahkan antara aspek-aspek yang bersifat duniawi dengan ukhrawi, malah secara sedar mengaitkan segala upaya dan usaha mereka sebagai suatu bentuk ibadah dan ketaatan kepada Tuhan. Ini diperakui oleh al-Attas: “The representative of Islamic thought – theologians, philosophers, metaphysicians – have all and individually applied various methods in their investigations without preponderating on any one particular method. They combined in their investigations and at the same time their persons, the empirical and their rational, the deductive and inductive methods and affirmed no dichotomy between the subjective 17 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 8. 18 Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 37.
  • 11. and the objective, so that they all affected what I would call the tawhid method of knowledge.”19 2) WaÍyu Sebagai Asas Pengkajian Ilmiah Seperti yang telah disentuh sebelum ini, al-Qur‟Én menjadi asas kepada perkembangan tamadun Islam. Apabila kita kaitkan asal mula tamadun Islam itu dengan dinamika ilmu dan budaya intelektual, maka kita akan dapati, perkembangan intelektual Islam bermula dengan al-Qur‟Én. Sebagai sumber rujukan utama, panduan, dan kitab suci, al-Qur‟Én menyuntik motivasi dan keghairahan mencari dan menggali ilmu. Keyakinan seperti “al-Qur‟Én does not provide a detailed science but the principles of all knowledge” merupakan suatu keyakinan yang bermotivasi tinggi. Sheikh Ahmad Kiftaro menyatakan: “Whosoever studies the chapter and the verses of the Qur‟Én will be struck by the maner how the Qur‟Én combined religion and intellect and how Muslim doctrines are compounded to motivate advancement in civilization.”20 Intelektualisme sememangnya terkait dengan kegiatan akliyah, aktiviti pemikiran yang berasaskan kepada keupayaan akal, walau bagaimanapun wibawa wahyu masih tetap kuat dipertahankan. Malah, pengiktirafan wahyu terhadap keupayaan dan kemampuan akal disahkan dalam karya-karya para ilmuwan Islam. Sebagai contoh, Ibn Rushd mengarang sebuah karya yang menarik berjudul FaÎl al-maqÉl fÊ mÉ bayn al-×ikmah wa al-SyarÊ‘ah min al-IttiÎÉl, yang mempertahankan keharmonian wahyu dengan akal, malah menjustifikasikan akal sebagai salah satu jalan yang sahih untuk mencapai hakikat segala sesuatu.21 Malah, yang lebih penting dan utama, al-Qur‟Én memberikan panduan dan halatuju yang memandu dinamika intelektualisme Islam. Melalui istilah-istilah penting – „ilm, ÊmÉn, adÉb, Íikmah, ‘adl dan banyak lagi kata-kata kunci penting – membangun keutuhan pandangan alam seorang ilmuwan Muslim dalam kegiatan ilmiahnya. 3) Sikap Hormat-Kritis Terhadap Ilmu Asing Kebebasan akademik dan keterbukaan ilmiah adalah elemen penting dalam memastikan dinamika ilmu terus berlangsung. Ilmuwan Islam mengambil langkah berani memperkaya khazanah keilmuwan Islam dengan sumber-sumber luar atas keyakinan bahawa “hikmah adalah barang yang hilang daripada orang beriman.” Sikap ini membawa kepada penekunan terhadap karya-karya Yunani kuno, India, dan Parsi. Proses penterjemahan giat dijalankan. 19 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), hal. 3. 20 M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45. 21 Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 41.
  • 12. Ini jelas ditunjukkan oleh para ilmuwan dalam tamadun Islam dan keterbukaan ini telah memberi manfaat kepada tamadun manusia keseluruhannya. S.H. Nasr menyatakan: “Altogether from the point of view of quality and quantity alike the transmission of the learning of the ancient world to Muslims through the medium of Arabic is one of the startling phenomena of cultural history; for not only was it instrumental in bringing into being Muslim sciences and philosophy but also it indirecty played a vital role in the creation of medieval and renaissance science and philosophy in the West and even influenced China and India.” Khulasah Tamadun merupakan buah hasil atau produk daripada pemikiran manusia. Semestinya pemikiran manusia itu pelbagai dan nisbi (relative) sifatnya, walaupun begitu, dalam sejarah peradaban manusia, terdapat masyarakat manusia yang disatukan oleh suatu bentuk pandangan alam dan budaya yang unik dan tersendiri. Telahan kami, tamadun Islam telah menampilkan pola dan trendnya yang tersendiri kerana dibentuk oleh pandangan alam dan budaya yang berpaksi kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai asas yang dianut bersama dalam masyarakatnya. Tidak berniat untuk bernostalgia, kami paparkan objek perbahasan dalam makalah ini dengan nada yang positif. Justeru, perbahasan tentang realiti dan cabaran ketamadunan semasa serta prospek masa depan tamadun adalah suatu tuntutan mendesak. Makalah yang sederhana ini sekadar melontarkan beberapa ide ketamadunan yang bersifat rencam dan umum. Tulisan ini umpama sebuah compendium, tetapi perlu kepada penghuraian lanjut dan argumentasi yang lebih kukuh. Banyak lagi yang perlu kami lakukan, bukan semata-mata melengkapkan makalah ini, tetapi juga berusaha menyelesaikan semangat dan cita-citanya yang tersendiri. Orang dagang mahu tundukkan dunia, dengan kehendak dan kemahuan dhamirnya; Apa yang kita tinggal kini, hanya dunia khayalan dan mimpi-mimpi. Wallahu a‟lam bi al-sowab Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh 14 Ogos 2014, 06:30 petang Sungai Ramal Dalam, Kajang. 013-2775313 / fazrilsaleh@gmail.com / fb: Peminggir Kota