SlideShare a Scribd company logo
TEMA : BELAJAR MENGENANG JASA
Pada bulan ini, kita semua hendaklah menghargai jasa-jasa dan pengorbanan pemimpin, guru-
guru dan ibu bapa. Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mengenang dan menghargai segala jasa
serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan bergelar ibu bapa.
Fenomena menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa ini kian ketara pada masa kini, terutama sejak
akhir dekad 90-an lalu. Dari kaca mata Islam, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa tidaklah menjadi
kesalahan, malah selari dengan ajaran Islam sendiri yang begitu menekankan hubungan baik
antara anak dengan ibu bapanya. Bagaimanapun, soal sambutan ini perlulah dilihat dari skop
yang lebih luas dan bukan semata-mata dari perspektif sempit Barat.
Mengingati dan mengenang jasa ibu bapa tidak sepatutnya terhad dalam bulan atau hari-hari
tertentu sahaja seperti yang diamalkan oleh Barat. Sebaliknya Islam menganjurkan ibu bapa
dihargai sepanjang masa dan sepanjang hayat mereka. Firman Allah s.w.t.: Dan hendaklah
kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada kerabat. (An-Nisa: 36)
Siapa pun tidak boleh menafikan pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu bapa sepanjang
hayat mereka. Jasa ibu bapa tidak terhitung nilainya, malah tidak akan terbalas oleh kita. Jasa
dan pengorbanan mereka bermula sejak kita masih belum wujud di dunia ini lagi. Ini kerana,
hasil persenyawaan benih ibu dan bapa, maka kita wujud dan hidup dalam kandungan selama
sembilan bulan sepuluh hari.
Cukup masanya, ibu yang penuh tabah menanggung kita dalam rahimnya akan bersabung
nyawa pula untuk melahirkan kita. Dan tugas ibu ternyata masih belum berakhir selepas itu.
Ibu kemudiannya bertanggungjawab pula untuk menyusu, membelai, memberi kasih sayang
dan mendidik kita sehinggalah kita cukup dewasa untuk berdikari.
Pada masa yang sama, bapa pula berkewajipan memastikan kebajikan kita terjaga, makan
minum mencukupi, pakaian lengkap, tempat tinggal tersedia dan segala keperluan pendidikan
terjamin sempurna. Dengan kata lain, kejayaan yang kita kecapi hari ini banyak dibantu oleh
jasa dan pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka, siapalah kita.
Mengenang segala jasa dan tanggungjawab yang terpikul di bahu ibu bapa, benarlah kata-kata
seorang ulama: ``Kalaupun kita mendukung ibu atau bapa kita di Mekah selama sebulan untuk
menunaikan haji, tetap masih tidak terbalas setitik susu ibu yang kita minum dan setitik
keringat bapa yang membesarkan kita''. Landasan Islam.
Justeru bagaimanakah cara terbaik menurut landasan Islam untuk membalas kembali jasa-jasa
kedua-dua ibu bapa kita? Maksud ayat 23 dan 24, surah al-Isra' ini boleh dijadikan panduan:
Dan telah disuruh oleh Tuhan kamu bahawa jangan kamu sembah melainkan Dia. Dan
hendaklah kamu berbuat kebajikan kepada kedua-dua ibu bapa apabila sampai hari tua salah
seorang atau kedua-dua mereka. Maka jangan sekali-kali kamu berkata kepada mereka `Ah!'
dan jangan kamu merungus kepada kedua-duanya. Maka hendaklah kamu berkata kepada
mereka dengan perkataan yang mulia lagi lemah lembut dan hendaklah kamu merendahkan diri
kepada kedua-duanya tanda sangat sayang. Dan hendaklah kamu berdoa: Ya Tuhanku!
Kasihilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil.
Ayat ini menjelaskan bahawa penghormatan kepada ibu bapa bukan hanya dilakukan pada
masa-masa tertentu, melalui pemberian hadiah dan kad ucapan semata-mata tetapi lebih
daripada itu. Menghormati ibu bapa berdasarkan ayat tersebut, sebenarnya boleh disimpulkan
dalam tiga cara; secara lisan, melalui perbuatan dan dengan doa.
Sejak kecil kita telah diperingatkan supaya jangan sekali-kali meninggikan suara kepada orang
yang lebih tua, khususnya kepada ibu bapa. Kita dilatih agar bersopan santun dan lemah
lembut tutur kata tatkala berbicara dengan mereka. Melawan kata-kata mereka dengan nada
suara yang tinggi dianggap perbuatan kurang ajar.
Jika melontarkan kata-kata `Ah!' pun sudah dianggap menderhaka, inikan pula melemparkan
kata-kata kesat dan kasar kepada mereka. Pasti lebih besar dosanya.
Selain dengan tutur kata, tingkah laku juga harus dijaga dalam menghormati ibu bapa.
Sewajarnya kita mempamerkan peri pekerti beradab sopan semasa berhadapan dengan ibu
bapa. Pastikan tindak-tanduk kita tidak mengecilkan hati mereka lantaran orang tua, resminya
amat perasaan.
Sebagai seorang anak juga, kita berkewajipan menjaga dan memberikan perhatian terhadap
kebajikan ibu bapa yang sudah tua. Sentiasalah menjenguk dan bertanyakan khabar mereka,
memastikan makan pakainya terjaga, sakit pening segera diubati. Janganlah membiarkan ibu
bapa hidup sunyi di kampung tanpa sebarang perhatian. Apatah lagi mengambil keputusan
menghantar mereka ke rumah orang-orang tua lantaran masing-masing tidak mahu
bertanggungjawab menjaga mereka.
Pastinya kita tidak mahu pepatah `seorang ibu dan bapa mampu memelihara sepuluh orang
anak hingga dewasa tetapi sepuluh orang anak tidak mampu menjaga ibu bapa mereka yang
sudah tua' menjadi kenyataan. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa merupakan satu lagi
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seorang anak. Namun, hal ini sering diabaikan oleh
sebahagian besar daripada kita. Berapa kalikah dalam sehari kita meluangkan masa untuk
mendoakan kesejahteraan ibu bapa, sedangkan perkara tersebut seharusnya menjadi amalan
setiap kali selepas solat.
Mendoakan ibu bapa, tidak kira yang masih hidup atau telah meninggal dunia bukan sekadar
mengharapkan Allah s.w.t. mengurniakan kesejahteraan dan nikmat kepada mereka, malahan
rahmat-Nya akan turut tempias kepada kita, membuatkan hati kita menjadi suci dan bersih
serta menenangkan jiwa.
Tegasnya, ibu bapa merupakan insan-insan yang harus dipandang mulia dan tinggi
kedudukannya selepas baginda Rasulullah s.a.w. Tidak menghormati mereka bererti
menderhaka dan hukum bagi orang-orang yang menderhaka ialah berdosa besar dengan
natijahnya tidak dapat mencium bau syurga.
Akhir kalam, ingatlah pesanan ini, bagaimana kita melayan ibu bapa pada hari ini, begitulah
layanan yang bakal kita terima daripada anak-anak kita nanti. Justeru itu, hormatilah ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Mungkin lirik lagu Ayah dan Ibu dendangan
Allahyarham Sudirman ini boleh dijadikan renungan: Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat
melihat bulan dan matahari.

More Related Content

What's hot

Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ular
Ieqa Swetluv
 
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolahContoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah

khairma
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018

Teacher Nasrah
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg

rozitabtzain
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiSalahhuddin Salleh
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
JULIZABINTIALLIMoe
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session

Mokhzani Fadir
 
Aktiviti kelab boss
Aktiviti kelab bossAktiviti kelab boss
Aktiviti kelab bossPah Hanim
 
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPG
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPGTeks MC Malam Kebudayaan UB IPG
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPG
HarisAzmin
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakCheeyee Ho
 
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang

Suhaimi Said
 
Contoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan Strategi
Contoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan StrategiContoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan Strategi

mbkppdhl
 
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014nor6263
 
Teks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaTeks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaFatimah Jusoh
 
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaProgram lawatan ke pesta buku antarabangsa

izz_zafran
 
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)

jaidee abang
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
Iskandar9844
 
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Mohd Nizar Mohtar
 
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
Siti Mastura
 
What's hot (20)

Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ular
 
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolahContoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Aktiviti kelab boss
Aktiviti kelab bossAktiviti kelab boss
Aktiviti kelab boss
 
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPG
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPGTeks MC Malam Kebudayaan UB IPG
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPG
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkak
 
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
 
Contoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan Strategi
Contoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan StrategiContoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan Strategi
Contoh SWOT & Matriks TOWs – Membentuk Strategi dalam Pelan Strategi
 
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014
 
Teks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaTeks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetua
 
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsaProgram lawatan ke pesta buku antarabangsa
Program lawatan ke pesta buku antarabangsa
 
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
 
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
 
Similar to Kenang jasa

Bab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guru
Bab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guruBab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guru

Wied Jo
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9

sitisarahrahmania
 
Mentaati ibubapa satu kewajipan
Mentaati ibubapa satu kewajipanMentaati ibubapa satu kewajipan
Mentaati ibubapa satu kewajipan
sitimahanizam
 
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURUAKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURUMoh Holili
 
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuaTanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
pjj_kemenkes
 
Esaiment adab mei 2014
Esaiment adab mei 2014Esaiment adab mei 2014
Esaiment adab mei 2014
Mohd Rizal
 
Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...
Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...

SaiyidahMuflihah
 
Cara sederhana berbakti dan memuliakan orang tua
Cara sederhana berbakti dan memuliakan orang tuaCara sederhana berbakti dan memuliakan orang tua

DiniSN1
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IXModul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
ruangkuliahpai6f
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8
sitisarahrahmania
 
modul pemebelajaran PAI
modul pemebelajaran PAImodul pemebelajaran PAI
modul pemebelajaran PAI
suci wulandari
 
Buletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. V
Buletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. VBuletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. V

Pondok Pesantren Al-Khoirot
 
Berbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapaBerbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapafardzli71
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaadeltakirana
 
Kota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docx
Kota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docxKota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docx

Norton20
 
Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16
Express.com4
 
Similar to Kenang jasa (20)

Bab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guru
Bab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guruBab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guru
Bab 9 menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kepada orang tua dan guru
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 9
 
Berbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tuaBerbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tua
 
Berbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tuaBerbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tua
 
Mentaati ibubapa satu kewajipan
Mentaati ibubapa satu kewajipanMentaati ibubapa satu kewajipan
Mentaati ibubapa satu kewajipan
 
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURUAKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
 
Dhan
DhanDhan
Dhan
 
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tuaTanggungjawab anak terhadap orang tua
Tanggungjawab anak terhadap orang tua
 
Esaiment adab mei 2014
Esaiment adab mei 2014Esaiment adab mei 2014
Esaiment adab mei 2014
 
Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...
Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...
Kelas 9 bab 3 Menuai keberkahan dengan rasa hormat dan taat kpd orang tua dan...
 
Cara sederhana berbakti dan memuliakan orang tua
Cara sederhana berbakti dan memuliakan orang tuaCara sederhana berbakti dan memuliakan orang tua
Cara sederhana berbakti dan memuliakan orang tua
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IXModul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 8
 
modul pemebelajaran PAI
modul pemebelajaran PAImodul pemebelajaran PAI
modul pemebelajaran PAI
 
Buletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. V
Buletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. VBuletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. V
Buletin Santri Februari 2011 Edisi 33 Vol. V
 
Berbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapaBerbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapa
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Kota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docx
Kota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docxKota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docx
Kota Betel memiliki sejarah yang penting bagi Israel.docx
 
Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16Nikmatul khoeriyah-16
Nikmatul khoeriyah-16
 
Pidato perpisahan
Pidato perpisahanPidato perpisahan
Pidato perpisahan
 
Recently uploaded

Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka

Fathan Emran
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx

LucyKristinaS
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx

astridamalia20
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf

UmyHasna1
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung

Galang Adi Kuncoro
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx

lindaagina84
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen

AdrianAgoes9
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat

jodikurniawan341
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx

irawan1978
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf

setiatinambunan
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd

jaya35ml2
 
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdfEVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf

Rismawati408268
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan

DEVI390643
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx

Indah106914
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf

UditGheozi2
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx

SurosoSuroso19
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf

ppgpriyosetiawan43
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx

arianferdana
 
Recently uploaded (20)

Kenang jasa

  • 1. TEMA : BELAJAR MENGENANG JASA Pada bulan ini, kita semua hendaklah menghargai jasa-jasa dan pengorbanan pemimpin, guru- guru dan ibu bapa. Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mengenang dan menghargai segala jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan bergelar ibu bapa. Fenomena menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa ini kian ketara pada masa kini, terutama sejak akhir dekad 90-an lalu. Dari kaca mata Islam, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa tidaklah menjadi kesalahan, malah selari dengan ajaran Islam sendiri yang begitu menekankan hubungan baik antara anak dengan ibu bapanya. Bagaimanapun, soal sambutan ini perlulah dilihat dari skop yang lebih luas dan bukan semata-mata dari perspektif sempit Barat. Mengingati dan mengenang jasa ibu bapa tidak sepatutnya terhad dalam bulan atau hari-hari tertentu sahaja seperti yang diamalkan oleh Barat. Sebaliknya Islam menganjurkan ibu bapa dihargai sepanjang masa dan sepanjang hayat mereka. Firman Allah s.w.t.: Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada kerabat. (An-Nisa: 36) Siapa pun tidak boleh menafikan pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu bapa sepanjang hayat mereka. Jasa ibu bapa tidak terhitung nilainya, malah tidak akan terbalas oleh kita. Jasa dan pengorbanan mereka bermula sejak kita masih belum wujud di dunia ini lagi. Ini kerana, hasil persenyawaan benih ibu dan bapa, maka kita wujud dan hidup dalam kandungan selama sembilan bulan sepuluh hari. Cukup masanya, ibu yang penuh tabah menanggung kita dalam rahimnya akan bersabung nyawa pula untuk melahirkan kita. Dan tugas ibu ternyata masih belum berakhir selepas itu. Ibu kemudiannya bertanggungjawab pula untuk menyusu, membelai, memberi kasih sayang dan mendidik kita sehinggalah kita cukup dewasa untuk berdikari. Pada masa yang sama, bapa pula berkewajipan memastikan kebajikan kita terjaga, makan minum mencukupi, pakaian lengkap, tempat tinggal tersedia dan segala keperluan pendidikan terjamin sempurna. Dengan kata lain, kejayaan yang kita kecapi hari ini banyak dibantu oleh jasa dan pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka, siapalah kita. Mengenang segala jasa dan tanggungjawab yang terpikul di bahu ibu bapa, benarlah kata-kata seorang ulama: ``Kalaupun kita mendukung ibu atau bapa kita di Mekah selama sebulan untuk menunaikan haji, tetap masih tidak terbalas setitik susu ibu yang kita minum dan setitik keringat bapa yang membesarkan kita''. Landasan Islam.
  • 2. Justeru bagaimanakah cara terbaik menurut landasan Islam untuk membalas kembali jasa-jasa kedua-dua ibu bapa kita? Maksud ayat 23 dan 24, surah al-Isra' ini boleh dijadikan panduan: Dan telah disuruh oleh Tuhan kamu bahawa jangan kamu sembah melainkan Dia. Dan hendaklah kamu berbuat kebajikan kepada kedua-dua ibu bapa apabila sampai hari tua salah seorang atau kedua-dua mereka. Maka jangan sekali-kali kamu berkata kepada mereka `Ah!' dan jangan kamu merungus kepada kedua-duanya. Maka hendaklah kamu berkata kepada mereka dengan perkataan yang mulia lagi lemah lembut dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada kedua-duanya tanda sangat sayang. Dan hendaklah kamu berdoa: Ya Tuhanku! Kasihilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil. Ayat ini menjelaskan bahawa penghormatan kepada ibu bapa bukan hanya dilakukan pada masa-masa tertentu, melalui pemberian hadiah dan kad ucapan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Menghormati ibu bapa berdasarkan ayat tersebut, sebenarnya boleh disimpulkan dalam tiga cara; secara lisan, melalui perbuatan dan dengan doa. Sejak kecil kita telah diperingatkan supaya jangan sekali-kali meninggikan suara kepada orang yang lebih tua, khususnya kepada ibu bapa. Kita dilatih agar bersopan santun dan lemah lembut tutur kata tatkala berbicara dengan mereka. Melawan kata-kata mereka dengan nada suara yang tinggi dianggap perbuatan kurang ajar. Jika melontarkan kata-kata `Ah!' pun sudah dianggap menderhaka, inikan pula melemparkan kata-kata kesat dan kasar kepada mereka. Pasti lebih besar dosanya. Selain dengan tutur kata, tingkah laku juga harus dijaga dalam menghormati ibu bapa. Sewajarnya kita mempamerkan peri pekerti beradab sopan semasa berhadapan dengan ibu bapa. Pastikan tindak-tanduk kita tidak mengecilkan hati mereka lantaran orang tua, resminya amat perasaan. Sebagai seorang anak juga, kita berkewajipan menjaga dan memberikan perhatian terhadap kebajikan ibu bapa yang sudah tua. Sentiasalah menjenguk dan bertanyakan khabar mereka, memastikan makan pakainya terjaga, sakit pening segera diubati. Janganlah membiarkan ibu bapa hidup sunyi di kampung tanpa sebarang perhatian. Apatah lagi mengambil keputusan menghantar mereka ke rumah orang-orang tua lantaran masing-masing tidak mahu bertanggungjawab menjaga mereka. Pastinya kita tidak mahu pepatah `seorang ibu dan bapa mampu memelihara sepuluh orang anak hingga dewasa tetapi sepuluh orang anak tidak mampu menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua' menjadi kenyataan. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa merupakan satu lagi kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seorang anak. Namun, hal ini sering diabaikan oleh sebahagian besar daripada kita. Berapa kalikah dalam sehari kita meluangkan masa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa, sedangkan perkara tersebut seharusnya menjadi amalan setiap kali selepas solat.
  • 3. Mendoakan ibu bapa, tidak kira yang masih hidup atau telah meninggal dunia bukan sekadar mengharapkan Allah s.w.t. mengurniakan kesejahteraan dan nikmat kepada mereka, malahan rahmat-Nya akan turut tempias kepada kita, membuatkan hati kita menjadi suci dan bersih serta menenangkan jiwa. Tegasnya, ibu bapa merupakan insan-insan yang harus dipandang mulia dan tinggi kedudukannya selepas baginda Rasulullah s.a.w. Tidak menghormati mereka bererti menderhaka dan hukum bagi orang-orang yang menderhaka ialah berdosa besar dengan natijahnya tidak dapat mencium bau syurga. Akhir kalam, ingatlah pesanan ini, bagaimana kita melayan ibu bapa pada hari ini, begitulah layanan yang bakal kita terima daripada anak-anak kita nanti. Justeru itu, hormatilah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Mungkin lirik lagu Ayah dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman ini boleh dijadikan renungan: Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari.