SlideShare a Scribd company logo
BAB 2
RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI
Berikut adalah jadual gerak kerja sepanjang menjalani Latihan Industri di TNB
Distribution Sdn. Bhd, Kulim.
Bil Tarikh Lapor Kepada Bahagian Unit
1 20.01.2006
sehingga
31.01.2006
En. Anan a/l Eyam
(Penolong Pengurus
Perkhidmatan
Pengguna &
Pemasaran)
Jangka 1) Pemasang
Jangka Fasa.
Bil Tarikh Lapor Kepada Bahagian Unit
2 01.02.2006
sehingga
28.02.2006
En. Ahmad Nazri Bin
Haji Othman.
(Jurutera Perancang
Dan Pembinaan)
Perancang 1) Cadangan Daerah /
BKKM.
2) Aplikasi ADEPT.
3) Bahagian Lukisan /
Pelan.
3 01.03.2006
sehingga
30.04.2006
En. Ahmad Nazri Bin
Haji Othman.
(Jurutera Perancang
Dan Pembinaan)
Pembinaan 1) Pembinaan
Pencawang.
2) Penyambung Kabel
VT / VR.
3) Pembinaan Kabel.
4) Pembinaan Sesalur
Voltan Rendah.
5) Pembinaan Sesalur
Bekal.
6) Pembinaan Sesalur
Kaki Lima.
4 01.05.2006
sehingga
31.05.2006
Cik Rehka a/p
Perumaloo.
(Jurutera Kendalian
& Senggaraan).
Kendalian &
Senggaraan
1) Pusat Pengurusan
Bekalan.
2) Sesalur Voltan
Rendah.
3) Senggaraan
Pencawang.
4) Senggaraan Kabel /
VLF.
Semasa menjalani Latihan Industri ini bermula 09 Januari 2006 sehingga 31 Mei
2006, saya telah mempelajari banyak perkara.
Pada 09 Januari 2006 saya telah pergi untuk mendaftar diri di TNB Distribution
Sdn. Bhd, Kulim. Saya telah menyerahkan dokumen Sijil Ganti Rugi kepada pegawai
yang bertugas iaitu En. Abdul Manaf dan membuat pendaftaran kepada beliau selaku
pelatih Latihan Industri. (Sila rujuk Lampiran A). Kemudian saya dibawa berjumpa
dengan Pengurus Perkhidmatan Rangkaian.
Pada 09 Januari 2006 sehingga 31 Januari 2006 saya telah menjalani latihan
dibahagian Jangka. Banyak perkara yang dipelajari di bahagian ini. Bahagian ini
diuruskan oleh Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd, Kulim sendiri. Di
sini saya telah mempelajari cara-cara memasang, menanggalkan dan menguji jangka
satu fasa dan jangka tiga fasa.
Bahagian kedua Latihan Industri menumpukan kepada Bahagian Perancang. Di
sini segala perancangan dibuat dan dijalankan. Segala perancangan yang dibuat
mengambil kira faktor kegunaan untuk tempoh masa sepuluh tahun akan datang.
Bahagian ini memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan di bahagian
Perisian Sistem ADEPT. Lukisan Pelan dan Pelan Skematik serta lain-lain lagi.
Cadangan Daerah / BKKM adalah salah satu daripada latihan yang diberikan kepada
saya. Bahagian ini juga turut membuat anggaran kos projek yang dijalankan. DNMP /
Subtransmission 132 kV juga adalah sebahagian daripada latihan yang dijadualkan
kepada saya, saya ditempatkan dibahagian ini selama satu bulan iaitu dari 01 Februari
2006 sehingga 28 Februari 2006.
Bahagian ketiga ialah menumpukan kepada Bahagian Pembinaan. Di bahagian
ini saya ditempatkan selama dua bulan iaitu dari 01 Mac 2006 sehingga 30 April 2006.
Bahagian ini lebih menekankan kepada projek-projek baru. Bahagian ini dibahagikan
kepada enam bahagian. Bahagian yang pertama ialah Bahagian Pembinaan Pencawang.
Di sini saya mempelajari jenis-jenis pencawang elektrik yang ada di Malaysia.
Bahagian kedua ialah Bahagian Penyambungan dan Tamatan Kabel. Penyambungan
bermaksud kabel yang disambung di bawah tanah. Manakala tamatan pula
disebaliknya. Bahagian ketiga ialah Bahagian Pembinaan Kabel. Bahagian keempat
pula ialah Bahagian Pembinaan Sesalur Voltan Rendah. Bahagian kelima menumpukan
kepada Bahagian Pembinaan Sesalur Bekal. Yang dimaksudkan dengan sesalur bekal
ialah pemasangan servis baru kepada pengguna. Manakala bahagian terakhir ialah
Bahagian Pembinaan Sesalur Kaki Lima. Bahagian Pembinaan ini lebih menekankan
latihan berbentuk seliaan kepada saya selaku pelatih. Di bahagian ini juga saya kerap
kali melawat ke tapak projek untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang bagaimana
perlaksanaan projek ini dibuat dan dijalankan.
Bahagian terakhir saya menjalani latihan dibahagian Kendalian & Senggaraan
iaitu dari 01 Mei 2006 sehingga 31 Mei 2006. Bahagian ini mempunyai empat unit.
Unit-unit ini menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan kendalian dan senggaraan
elektrik sahaja. Unit pertama ialah Pasukan Pembaikan Kerosakan. Pasukan ini akan
menjadi orang pertama sampai ke lokasi gangguan bekalan elektrik. Pasukan ini akan
mengenal pasti kerosakan dan membaikpulih kerosakan. Unit kedua ialah Pasukan
Sesalur Voltan Rendah. Pasukan ini menjalankan kerja-kerja dibawah voltan 415 volt.
Pasukan ketiga ialah Pasukan Senggaraan Pencawang. Pasukan ini mempunyai tugas
untuk memastikan pencawang elektrik boleh berdaya harap. Pasukan terakhir dalam
Bahagian Kendalian Dan Senggaraan ialah Pasukan Senggaraan Kabel dan Ujian
Voltan Tinggi VLF. Pasukan ini akan mencari titik lemah kabel bawah tanah dan
mencari lokasi titik lemah tersebut. Alatan yang digunakan adalah canggih kerana titik
lemah pada kabel yang dicari tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

More Related Content

More from Zunnur Zamzam

Laporan pta last
Laporan pta lastLaporan pta last
Laporan pta last
Zunnur Zamzam
 
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdfBm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
Zunnur Zamzam
 
Nota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraanNota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraan
Zunnur Zamzam
 
As 1
As 1As 1
Penilaian servis acb
Penilaian servis acbPenilaian servis acb
Penilaian servis acb
Zunnur Zamzam
 
Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015
Zunnur Zamzam
 
Pemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasaPemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasa
Zunnur Zamzam
 
Slide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasiSlide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasiZunnur Zamzam
 
Slide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasiSlide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasiZunnur Zamzam
 
Slide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaranSlide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaranZunnur Zamzam
 
Slide4 rp pengenalan
Slide4 rp pengenalanSlide4 rp pengenalan
Slide4 rp pengenalanZunnur Zamzam
 

More from Zunnur Zamzam (16)

Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Laporan pta last
Laporan pta lastLaporan pta last
Laporan pta last
 
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdfBm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
 
Nota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraanNota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraan
 
R psafety
R psafetyR psafety
R psafety
 
As 1
As 1As 1
As 1
 
Penilaian servis acb
Penilaian servis acbPenilaian servis acb
Penilaian servis acb
 
Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015
 
Pemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasaPemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasa
 
Slide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasiSlide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasi
 
Slide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasiSlide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasi
 
Slide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaranSlide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaran
 
Slide4 rp pengenalan
Slide4 rp pengenalanSlide4 rp pengenalan
Slide4 rp pengenalan
 
Slide3 pemasaran
Slide3 pemasaranSlide3 pemasaran
Slide3 pemasaran
 
Slide2 milikan
Slide2 milikanSlide2 milikan
Slide2 milikan
 
Slide1 pengenalan
Slide1 pengenalanSlide1 pengenalan
Slide1 pengenalan
 

Recently uploaded

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

Bab 2

  • 1. BAB 2 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI Berikut adalah jadual gerak kerja sepanjang menjalani Latihan Industri di TNB Distribution Sdn. Bhd, Kulim. Bil Tarikh Lapor Kepada Bahagian Unit 1 20.01.2006 sehingga 31.01.2006 En. Anan a/l Eyam (Penolong Pengurus Perkhidmatan Pengguna & Pemasaran) Jangka 1) Pemasang Jangka Fasa.
  • 2. Bil Tarikh Lapor Kepada Bahagian Unit 2 01.02.2006 sehingga 28.02.2006 En. Ahmad Nazri Bin Haji Othman. (Jurutera Perancang Dan Pembinaan) Perancang 1) Cadangan Daerah / BKKM. 2) Aplikasi ADEPT. 3) Bahagian Lukisan / Pelan. 3 01.03.2006 sehingga 30.04.2006 En. Ahmad Nazri Bin Haji Othman. (Jurutera Perancang Dan Pembinaan) Pembinaan 1) Pembinaan Pencawang. 2) Penyambung Kabel VT / VR. 3) Pembinaan Kabel. 4) Pembinaan Sesalur Voltan Rendah. 5) Pembinaan Sesalur Bekal. 6) Pembinaan Sesalur Kaki Lima. 4 01.05.2006 sehingga 31.05.2006 Cik Rehka a/p Perumaloo. (Jurutera Kendalian & Senggaraan). Kendalian & Senggaraan 1) Pusat Pengurusan Bekalan. 2) Sesalur Voltan Rendah. 3) Senggaraan Pencawang. 4) Senggaraan Kabel / VLF.
  • 3. Semasa menjalani Latihan Industri ini bermula 09 Januari 2006 sehingga 31 Mei 2006, saya telah mempelajari banyak perkara. Pada 09 Januari 2006 saya telah pergi untuk mendaftar diri di TNB Distribution Sdn. Bhd, Kulim. Saya telah menyerahkan dokumen Sijil Ganti Rugi kepada pegawai yang bertugas iaitu En. Abdul Manaf dan membuat pendaftaran kepada beliau selaku pelatih Latihan Industri. (Sila rujuk Lampiran A). Kemudian saya dibawa berjumpa dengan Pengurus Perkhidmatan Rangkaian. Pada 09 Januari 2006 sehingga 31 Januari 2006 saya telah menjalani latihan dibahagian Jangka. Banyak perkara yang dipelajari di bahagian ini. Bahagian ini diuruskan oleh Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd, Kulim sendiri. Di sini saya telah mempelajari cara-cara memasang, menanggalkan dan menguji jangka satu fasa dan jangka tiga fasa. Bahagian kedua Latihan Industri menumpukan kepada Bahagian Perancang. Di sini segala perancangan dibuat dan dijalankan. Segala perancangan yang dibuat mengambil kira faktor kegunaan untuk tempoh masa sepuluh tahun akan datang. Bahagian ini memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan di bahagian Perisian Sistem ADEPT. Lukisan Pelan dan Pelan Skematik serta lain-lain lagi. Cadangan Daerah / BKKM adalah salah satu daripada latihan yang diberikan kepada saya. Bahagian ini juga turut membuat anggaran kos projek yang dijalankan. DNMP / Subtransmission 132 kV juga adalah sebahagian daripada latihan yang dijadualkan kepada saya, saya ditempatkan dibahagian ini selama satu bulan iaitu dari 01 Februari 2006 sehingga 28 Februari 2006.
  • 4. Bahagian ketiga ialah menumpukan kepada Bahagian Pembinaan. Di bahagian ini saya ditempatkan selama dua bulan iaitu dari 01 Mac 2006 sehingga 30 April 2006. Bahagian ini lebih menekankan kepada projek-projek baru. Bahagian ini dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian yang pertama ialah Bahagian Pembinaan Pencawang. Di sini saya mempelajari jenis-jenis pencawang elektrik yang ada di Malaysia. Bahagian kedua ialah Bahagian Penyambungan dan Tamatan Kabel. Penyambungan bermaksud kabel yang disambung di bawah tanah. Manakala tamatan pula disebaliknya. Bahagian ketiga ialah Bahagian Pembinaan Kabel. Bahagian keempat pula ialah Bahagian Pembinaan Sesalur Voltan Rendah. Bahagian kelima menumpukan kepada Bahagian Pembinaan Sesalur Bekal. Yang dimaksudkan dengan sesalur bekal ialah pemasangan servis baru kepada pengguna. Manakala bahagian terakhir ialah Bahagian Pembinaan Sesalur Kaki Lima. Bahagian Pembinaan ini lebih menekankan latihan berbentuk seliaan kepada saya selaku pelatih. Di bahagian ini juga saya kerap kali melawat ke tapak projek untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang bagaimana perlaksanaan projek ini dibuat dan dijalankan. Bahagian terakhir saya menjalani latihan dibahagian Kendalian & Senggaraan iaitu dari 01 Mei 2006 sehingga 31 Mei 2006. Bahagian ini mempunyai empat unit. Unit-unit ini menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan kendalian dan senggaraan elektrik sahaja. Unit pertama ialah Pasukan Pembaikan Kerosakan. Pasukan ini akan menjadi orang pertama sampai ke lokasi gangguan bekalan elektrik. Pasukan ini akan mengenal pasti kerosakan dan membaikpulih kerosakan. Unit kedua ialah Pasukan Sesalur Voltan Rendah. Pasukan ini menjalankan kerja-kerja dibawah voltan 415 volt. Pasukan ketiga ialah Pasukan Senggaraan Pencawang. Pasukan ini mempunyai tugas untuk memastikan pencawang elektrik boleh berdaya harap. Pasukan terakhir dalam Bahagian Kendalian Dan Senggaraan ialah Pasukan Senggaraan Kabel dan Ujian Voltan Tinggi VLF. Pasukan ini akan mencari titik lemah kabel bawah tanah dan mencari lokasi titik lemah tersebut. Alatan yang digunakan adalah canggih kerana titik lemah pada kabel yang dicari tidak dapat dilihat dengan mata kasar.