1. ATTENTION
• Strategi untuk
memberangsang dan
mengekalkan rasa ingin
tahu dan minat.
2. • Perangsangan Persepsi:
menyediakan novelti, kehairanan, (incongruity) atau
ketidakpastian. Contoh: Guru menunjukkan gambar yang
tidak lengkap atau kotak yang tertutup dan dihiaskan
dengan tanda soal kepada murid-murid.
• Perangsangan Inkuiri:
menstimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan
soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contoh: Guru
menyampaikan satu senario tentang sesuatu masalah dan
mengarahkan murid melakukan percambahan idea
(brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan
apa yang telah dipelajari dalam kelas.
3. • Kepelbagaian:
memasukkan beraneka jenis kaedah dan media
untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajar
yang berbeza-beza. Contoh: Selepas
menyampai dan meneliti isi pelajaran, murid-murid
menjalankan perbincangan dan latihan
dalam kumpulan koperatif.