Program 'Menuju Puncak Kecemerlangan' bertemakan 'Bicara Siswa, Wadah Kejayaan' diadakan pada 17 Januari 2015 oleh Pusat Citra UKM melibatkan 123 pelajar dari empat sekolah sekitar Bangi untuk membantu mereka dalam pembentukan sahsiah diri dan memberi motivasi selepas SPM. Program ini juga bertujuan melatih mahasiswa dalam kemahiran insaniah dan memperkukuh hubungan antara mahasiswa dan masyarakat. Selain aspek akademik, program ini mengutamakan perkembangan kerohanian dan keperibadian untuk membentuk pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek.