1. POST MORTEM PROGRAM MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN 3
Tarikh: 17 Januari 2015
Tempat: Dewan KTAMS
Masa: 10.30pm-11.00pm
Ulasan EXCO:
Program: 1. Program berjalan dengan lancar.
2. Masalah komunikasi antara post program dan para fasilitator tentang
aktiviti semasa slot “ice-breaking”.
3. Slot ceramah berjalan dengan lancar namun slot bersama penceramah
bermula 20 minit lambat daripada waktu yang telah dirancang.
4. Terdapat masalah komunikasi semasa “Language Games”.
5. Slot bersama PU Rahmat Ikhsan berjalan dengan lancar dan amat
memberi kesan.
Protokol: 1. Semua tugasan berjalan dengan lancar termasuk sambutan untuk para
VIP.
Jamuan: 1. Tugasan berjalan dengan lancar kerana makanan sampai tepat pada
waktunya.
2. Sarapan pagi adalah sedikit masin.
Teknikal: 1. Tugasan berjalan dengan lancar berkaitan dengan slide.
2. Penghawa dingin tidak berfungsi selepas jam 6 petang.
Pemasaran: 1. Pihak pemasaran berterima kasih atas sumbangan wang daripada setiap
ahli jawatankuasa.
Media: 1. Tugasan berjalan lancar dan mendapat sponsor untuk bunting, banner dan
sebagainya.
Kebajikan: 1. Tugasan berjalan lancar.
Bendahari: 1. Mengingatkan para AJK untuk menuntut semula wang mereka.
Laporan disediakan oleh:
(ILYANA BINTI MOHD ROSMADI)
Timbalan Ketua Pengarah 2,
Program Menuju Puncak Kecemerlangan 2.