SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1.0   PENGENALAN
Pengukuran dari aspek komposisi lemak badan merupakan suatu proses penilaian. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data.
Kajian saintifik mengenai komposisi lemak badan merupakan salah satu cabang ilmu yang dipanggil “biometrik”. Kajian yang diasaskan oleh Sir Francis Galton dan Kar Pearson yang kemudiannya dimajukan pula oleh Fisher dari England ini merangkumi pengukuran antropometri somatotaip dan pengiraan peratusan lemak badan.
Penyelidik-penyelidik biometrik menggunakan pelbagai kaedah khasnya dalam bidang statistik, nisbah, peratusan, purata, kekerapan dan korelasi dalam menerangkan secara kuantitatif mengenai perbezaan organisma hasil dari faktor persekitaran dan baka. Kajian ini membawa kepada pengetahuan yang mendalam tentang variasi pertumbuhan manusia.
Satu lagi istilah berkaitan tubuh badan manusia disebut “antropometri” yang bermaksud pengukuran (metri) dan manusia (antro) di dalam bahasa Yunani. Menurut Barrow & McGee, (1989), antropometri merupakan satu kaedah pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri.
Menurut Clarke (1976), pola bentuk badan adalah signifikan kepada pemahaman individu secara fizikal, mental dan emosi. Di dalam bidang sukan, komposisi badan ataupun struktur tubuh badan merupakan satu aspek yang penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat membantu di dalam mengenal pasti jenis – jenis latihan, norma – norma ujian dan prestasi seseorang.
2.0   SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Suatu bentuk pengukuran bahagian badan manusia yang tertua yang juga dikenali sebagai “antropometri” dipercayai telah dimulakan di Mesir (Egypt) dan Greece (Johnson & Nelson 1986). Orang – orang Mesir pada ketika itu dikatakan menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan satu bahagian atau komponen badan yang secara umumnya boleh digunakan untuk mengukur seluruh anggota badan. Mereka menggunakan jari hantu sebagai alat pengukur umum. Contohnya, jarak diantara permukaan lantai ke lutut ialah 5 jari hantu dan satu jangkauan lengan panjangnya 8 jari hantu. Orang – orang Greek mempraktikkan antropometri dalam kajian mereka tentang perkadaran atau nisbah tubuh badan sementra golongan senilukis menggunakan kaedah ini untuk mengkaji kecantikan dan estitika tubuh badan.
Dalam tahun 1861, Edward Hitchcock, (dikenali sebagai Bapa Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani) yang bertugas di Amherst mengambil inisiatif untuk membuat pengukuran terhadap semua pelajar. Matlamat pengukurannya adalah untuk mendapatkan data yang boleh digunakan untuk mendifinisikan perkadaran fizikal yang ideal untuk manusia. Pengukurannya meliputi ketinggian, berat, umur, jangkauan, lilitan, kapasiti vital dan ukuran kekuatan terpilih.
Pada tahun 1878, Dudley Allen Sargent telah ditugaskan untuk meneliti dan mengawasi kesihatan pelajar di Universiti Havard. Semasa berkhidmat di sini, beliau telah menghasilkan lebih 40 jenis pengukuran antropometri yang berlainan yang digunakan untuk menyediakan program senaman untuk setiap pelajar. Sistem beliau ini telah diadaptasi dan digunakan di sekolah- sekolah, kolej – kolej serta YMCA di seluruh Amerika Syrikat.
Manakala Jackson dan Pollock yang menjalankan kajian pada tahun 1977 hingga 1980 pula telah menghasilkan nomogram. Kaedah ini melibatkan pengukuran dan pengiraan dari aspek umur, nilai dan jumlah tiga lipatan kulit lelaki dan wanita. Penggunaan kaedah ini dikatakan lebih mudah kerana tidak melibatkan pengiraan yang rumit.
3.0   PERKAITAN KOMPOSISI LEMAK BADAN DENGAN KESIHATAN
Komposisi lemak di dalam tubuh badan manusia merujuk kepada lemak, tisu lemak ataupun tisu adipoa yang terletak di bawah kulit hasil daripada aktiviti metabolisme sel di dalam sistem tubuh badan manusia. Komposisi lemak badan yang berlebihan telah diakui melalui kajian, boleh menyebabkan penyakit berkaitan arteri karonari, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, peningkatan risiko kanser, osteoarthritis, masalah sendi,  profil lipid darah yang abnormal dan masalah haid (National Institute of Health, 1995).
Apabila tubuh badan manusia bertambah dari segi komposisi lemak, tisu adiposa akan berkumpul pada sesetengah kawasan. Para penyelidik banyak melakukan kajian bagaimana serakan lemak badan (body fat distribution) ataupun paten lemak (fat pattering) dan kaitannya dengan kecergasan fizikal manusia. Walaupun kajian mengenai komposisi lemak yang berlebihan seringkali dikaitkan dengan masalah kesihtan dan kecergasan, komposisi lemak yang terlalu kurang juga menyebabkan masalah yang sama.
Kehadiran lemak di dalam sel yang dikenali sebagai fospolipid (phospholipid) adalah penting bagi pergerakan sel manakala triglycerid yang terdapat pada tisu adiposa menyediakan tenaga, membantu dari segi regulasi haba dan menyimpan bahan metobolik (asid lemak). Lipid juga terlibat di dalam pengangkutan serta penyimpanan lelemak hancur vitamin A, D, E dan K (fat soluble vitamins). Ketidaksuburan, tekanan, regulasi haba yang tidak seimbang dan kematian adalah berkaitan kekurangan dan kehilangan lemak di dalam badan (Sizer & Whitney, 1994) dalam Health Fitness Instructor”s Handbook.
4.0   KAJIAN – KAJIAN LAMPAU
Piscopo ( 1962 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson And Nelson ( 1992 ) telah membentuk satu norma untuk komposisi lemak badan dan membanding ukuran lipatan kulit dengan jenis pengukuran yang lain ke atas 647 orang remaja lelaki yang berbangsa Itali, Yahudi dan Negro. Antara hasil – hasil kajiannya ialah :-
Didapati bahawa kumpulan Yahudi mempunyai ukuran yang tertinggi bagi jenis pengukuran lipatan kulit dan pengukuran girth di bahagian lengan tangan, paha dan garis pusat bi-illiac, kemudian diikuti oleh kumpulan Itali dan Negro.
Ukuran girth pada paha didapati lebih kurang gandaan kepada ukuran girth pada lengan tangan bagi ketiga –tiga kumpulan.
Korelasi adalah tinggi diantara lokasi – lokasi lipatan kulit dalam ketiga – ketiga kumpulan.
Korelasi yang tinggi juga didapati di antara ukuran lipatan kulit dengan ketinggian badan.
Wilmore dan Behnke ( 1969 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) telah menghasilkan beberapa equations untuk menganggar tisu badan tanpa lemak  dan kepadatan badan yang menggunakan pengukuran antropometrik seperti ketinggian, keberatan, ukuran garis pusat dan ukuran lilitan pada bahagian tubuh yang tertentu serta pengukuran lipatan kulit.
Krzywici (1974) dan rakan – rakan dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh  Johnson and Nelson  ( 1992 ) telah membanding tiga teknik yang digunakan untuk menganggarkan lemak badan dan air telah dianggar melalui teknik pindahan air, anggaran potasium dan teknik deuterim dan teknik deuterium oxide ingestion. Anggaran yang dibuat melalui ketiga – tiga teknik itu untuk menunjukkan perbezaan yang ketara.
Welman dan Latch ( 1975 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah mengemukakan justifikasi teori bagi penggunaan ukuran lilitan badan untuk menganggar jumlah isipadu badan dan kepadatan badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa jumlah isipadu badan dapat menunjukkan anggaran yang tepat dengan jenis ukuran lilitan yang sesuai. Selain itu, equation yang digunakan itu tidak menonjolkan populasi spesifik apabila digunakan untuk mengira peratusan lemak badan.
Namun Pullock ( 1977 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah dapat mengesan kesilapan dalam anggaran sistematik apabila equation bagi kepadatan badan, tisu badan tanpa lemak, dan jumlah tisu badan diguna ke atas sample yang berbeza. Mereka membuat kesimpulan bahawa semua equation itu termasuklah jumlah isipadu badan adalah saintifik kepada populasi yang diukur. Mereka juga berpendapat apabila equation bagi kepadatan badan, tisu badan tanpa lemak dan jumlah isipadu badan dipindah alih kepada peratusan lemak badan, semua equation tersebut adalah agak tepat.
Montoye ( 1978 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) menyatakan bahawa pengukuran lipatan kulit pada beberapa lokasi badan adalah tinggi korelasinya    ( 74 hingga 93 ). Selain itu, jumlah bagi empat lokasi lipatan kulit ( seperti triceps, subscapula, abdominal dan crest of iliac ) mempunyai kolerasi 0.90 dengan jumlah dua lokasi lipatan kulit ( seperti triceps dan subscapula ). Oleh yang demikian, tiada maklumat tambahan dapat diperolehi jika membuat pengukuran lipatan kulit yang melebihi tiga lokasi.
Kajian yang dilakukan oleh Lohman dan Pollack ( 1981 ) dalam Measurement by the Physical Educator oleh Miller ( 1998 ) mendapati bahawa kaliper yang kurang mahal mungkin adalah sesuai untuk mass testing setting sekiranya juru pengukur adalah terlatih. Perbezaan skor antara penguji yang berpengalaman dan kurang berpengalaman kurang berlaku apabila kaliper besi yang mahal digunakan. Namun mereka juga mendapati bahawa apabila penguji yang kurang berpengalaman itu dilatih, skor yang sama diperolehi walaupun menggunakan kaliper plastik yang mempunyai spring dan kaliper yang mempunyai tension yang selaras tanpa dipengaruhi oleh ketebalan lipatan kulit.
Wilmore ( 1983 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johson ( 1987 ) berpendapat bahawa untuk populasi yang berada pada umur 8 hingga 12 tahun dan golongan senior, penggunaan equation secara anggaran berkecenderungan menghasilkan anggaran komposisi lemak yang terlampau apabila menggunakan teknik densiometrik. Kecenderungan ini berlaku kerana kandungan mineral dalam tulang adalah kurang padat bagi golongan muda disebabkan belum mencapai pertumbuhan yang sempurna. Manakala bagi golongan yang lebih senior kandungan mineral berkurangan disebabkan oleh perubahan hormonal yang berlaku pada usia yang semakin tinggi. Oleh itu berat badan mereka dalam air adalah lebih ringan tetapi bukan disebabkan penambahan lemak badan.
Satu kajian dengan menggunakan teknik bioelectrical impedance (BIA) telah dilakukan oleh Lukaski, Johnson, Bolonchuk dan Lykken ( 1985 ) ke atas 37 orang lelaki dalam lingkungan umur 28.8 ± 7.1 yr untuk menganggar komposisi badan mereka. Koefisyen korelasi bagi uji ulang uji adalah 0.99 bagi pengukuran R (resistive impedance) yang tunggal dan koefisyen kebolehpercayaan bagi pengukuran R yang tunggal selepas 5 hari adalah 0.99. Perhubungan linear didapati di antara nilai R dan tisu badan tanpa lemak ( FFM ) ( r = -0.86 ) dan jumlah potasium badan ( TBK ) ( r = 0.79 ). Apabila predictor  Ht² / R  bersusut mengatasi FFM ( r = 0.95 ) jumlah air badan ( r= 0.95 ) dan TBK     ( r = 0.96 ), nilai koefisyen kolerasi telah menunjukkan penambahan yang sinifikan (p < 0.01). Data ini telah menunjukkan bahawa teknik bioeletrical impedance mempunyai ciri – ciri kesahan dan kebolehpercayaan dalam anggaran komposisi badan manusia. Pendekatan ini adalah selamat dan cepat serta tidak memerlukan kemahiran teknik yang tinggi dan tambahan lagi ia adalah mudah alih.
Pengukuran komposisi badan dengan menggunakan pendekatan BIA juga telah dibukti oleh Kushner, Kunigk, Alspaugh, Andronis, Leitch dan Schoeller       ( 1990 ) sebagai satu pendekatan klinikal yang tepat untuk mengukur perubahan komposisi badan seseorang individu. Mereka membuat perbandingan antara pendekatan deuterium oxide dilution ( D20 ), Bia dan skin fold anthropomerty      ( SFA ) dan di dapati korelasi yang tinggi diperoleh antara D20 dan BIA ( r = 0.971). Pada keseluruhan, BIA dapat menganggar perubahan tisu badan tanpa lemak lebih tepat daripada pendekatan anthropometry.
Di utara Glasgow, Lean, Han dan Morrison (1995) mendapati bahawa skor yang diperoleh melalui pengukuran lilitan bahagian pinggang seseorang individu boleh digunakan untuk menentukan sama ada individu itu memerlukan pengurusan berat badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa individu yang memperolehi skor lilitan pinggang >/ = 94 cm bagi kaum lelaki dan >/ = 80 cm bagi kaum wanita, berat badan mereka seharusnya tidak ditambah lagi. Manakala individu yang memperolehi skor >/ = 102 cm bagi kaum lelaki dan >/ = 88 cm bagi kaum wanita harus mengurangkan berat badan mereka.
Selain itu, satu kajian lagi dijalankan oleh Han, Leer, Seideu, dan Lean     ( 1995 ) untuk mengenalpasti kekerapan mengalami penyakit kardiovaskular di kalangan individu yang digolongkan sebagai “action levels” dalam pengukuran lilitan pinggang. Daripada hasil kajian, mereka membuat kesimpulan bahawa skor lilitan pinggang yang besar mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap penyakit kardiovaskular.
5.0   KAJIAN – KAJIAN TERKINI
Sekumpulan ahli pakar daripada Departmens of Exercise Science and Foods and Nutrition, University of Geogia, Athens ( 1997 ) telah melakukan satu kajian ke atas 172 lelaki dan perempuan muda. Kajian itu bertujuan untuk menguji kesahan pendekatan dual energy x – ray absorptiometry ( DXA ) yang digunakan untuk mengukur komposisi badan. Pendekatan DXA dibandingkan dengan kaedah pengukuran 4 komponen badan untuk melihat sama ada skor akan dipengaruhi oleh gender, bangsa, status athlit atau perkembangan musculoskeletal bagi orang muda. Mereka mendapati bahawa pendekatan DXA adalah lebih tepat daripada kaedah pengukuran 4 komponen badan dan ia tidak dipengaruhi oleh faktor  bangsa, status atlit atau perkembangan musculoskeletal.
Selain daripada kajian itu, Kohrt ( 1997 ) daripada Washington, University School of Medicine juga memperolehi bukti bahawa DXA dapat mengukur komposisi badan dengan tepat. Beliau telah menguji 10 subjek dengan pendekatan DXA dalam keadaan yang terkawal dengan meletakkan bungkusan lemak babi di atas paha atau bahagian truncal dan di dapati DXA dapat mengukur dengan tepat tanpa mengira faktor  posisi.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Clasey, Kanaley, Wideman, Heymsfield, Teates, Gutgesell, Thorner, Hartman dan Weltman ( 1999 ), mereka menguji kesahan pengukuran lemak badan melalui two – compartment hydrostatic weighing (siri 2 – comp), 3- comp dual – energy x-ray absorptiometry (DEXA 3- comp), 3- comp hydrostatic weighing (siri 3-comp) dan kaedah anthropometric bagi individu dalam lingkungan tua dan muda. Model 4- comp dijadikan sebagai batu ukuran ( criterion ) kepada pengukuran peratusan lemak. Daripada kajian itu mereka membuat kesimpulan bahawa model Siri 3-comp memberi data komposisi badan yang sah dan tepat apabila dibandingkan dengan model 4-comp.
Fields dan Goran ( 2000 ) daripada Univesity of Alabama di Birmimgham menjalankan kajian ke atas 25 orang kanak – kanak ( 11.4 ± 1.4 yr ). Tujuan kajian mereka adalah untuk membanding ketepatan, ketelitian dan bias of tisu lemak ( FM ) yang diukur dengan teknik DEXA, hydrostatic weighing ( HW ), air-displacement plethysmography ( PM ) yang menggunakan sistem komposisi badan BOD-POD, dan jumlah air badan ( TBW ). Kesimpulan daripada dapatan mereka ialah DEXA, HW dan TBW menunjukkan bias dalam anggaran FM, akan tetapi tiada bias berlaku dalam teknik PM. Oleh itu mereka mengesahkan bahawa PM adalah teknik yang dapat menganggar FM bagi kanak – kanak dalam lingkungan umur 9 hingga 14 secara tepat dan teliti serta tanpa bias.
Taylor, Jones, Williams, and Goulding ( 2000 ) daripada University of Otago, Dunedin, New Zealand melakukan kajian untuk menguji kesahan pengukuran lilitan pinggang, waist – to –hip ratio ( WHR ) dan conicity index sebagai indikator kepada lemak badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja. Subjek mereka terdiri daripada 278 perempuan dan 302 lelaki yang berumur antara 3 – 9 tahun. Komposisi lemak badan mereka diukur dengan kaedah dual-energy x – ray absorptiometry. Daripada kajian itu mereka mendapati bahawa percentile bagi lilitan pinggang dapat mengenalpasti individu yang mempunyai lemak badan yang tinggi.Oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa ukuran lilitan pinggang adalah cara yang berkesan dan mudah untuk mengukur lemak badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja.

Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1
Antropometri1

More Related Content

Viewers also liked

Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanAziyan Bakar

Sains sukan tahap i 2011
Sains sukan tahap i 2011Sains sukan tahap i 2011
Sains sukan tahap i 2011irdinasyitah

Sains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusiaSains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusiazealot90

Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sheeyrha

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar

Viewers also liked (8)

Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatan

Sains sukan tahap i 2011
Sains sukan tahap i 2011Sains sukan tahap i 2011
Sains sukan tahap i 2011

kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal

Sains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusiaSains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusia
Sains tingkatan 3 sains bab 1 pengangkutan oksigen dalam badan manusia

Komposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badanKomposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badan

Sistem respirasi
Sistem respirasiSistem respirasi
Sistem respirasi

Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum

Antropometri1

• 1. 1.0 PENGENALAN