Analisis Audiens

Pengucapan yang berkesan merupakan pengucapan yang boleh menarik minat audiens untuk
mendengar dan memberi tindak balas terhadap pengucap. Beberapa ciri-ciri dan sikap audiens
yang perlu diketahui oleh pengucap agar dapat mengendali pengucapan dengan berkesan.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengucap mengenai audiens ialah:-

   1) Tahap pengetahuan audiens.
           Secara keseluruhan, terdapat dua tahap pengetahuan audiens iaitu audiens
              yang berpengetahuan tinggi dan rendah.
           Bagi       audiens   yang   berpengetahuan   rendah,   pengucap   hanya    perlu
              menerangkan tajuk secara menyeluruh, manakala bagi audiens yang
              berpengetahuan tinggi, pengucap perlu menjelaskan tajuk secara terperinci.
   2) Sikap audiens terhadap subjek ucapan dan pengucap.
           Pengucap perlu memilih tajuk atau subjek pengucapan dengan betul mengikut
              kesesuaian tempat, situasi semasa, persekitaran dan audiens yang mendengar
              ucapan. Contohnya, menyampaikan ucapan sewaktu Pilihan Raya Kampus.
              Calon-calon yang bertanding hendaklah berucap mengenai diri mereka dan
              manifesto mereka bukan berucap mengenai politik luar misalnya mengkritik
              mana-mana parti politik yang sememangnya akan menimbulkan huru-hara.
           Pengucap perlu mempunyai keyakinan diri. Hal ini kerana audiens akan
              menilai perwatakan pengucap terlebih dahulu sebelum mendengar pengucap
              berucap. Pengucap juga perlu beramah mesra dengan audiens, melakukan
              komunikasi secara dua hala dengan audiens, menggunakan bahasa badan dan
              konteks mata terhadap audiens. Pengucap juga hendaklah menguasai topik
              yang akan dipersembahkan.
   3) Kenal pasti pekerjaan audiens.
           Pengucap tidak boleh menyampaikan ucapan tanpa mengetahui latar belakang
              pekerjaan pendengar. Mana mungkin petani akan mendengar ucapan tentang
              “Kesihatan”, sudah semestinya petani ingin mendengar tentang subsidi
              tanaman yang diterima dari kerajaan serta turun dan naikknya harga sawit dan
              getah.
           Bagi audiens yang bekerja di bahagian kerajaan pula, pengucap hendak
              berucap mengenai hal-hal semasa dan intelektual contohnya bajet belanjawan
              tahunan, kenaikan gaji, elaun perumahan dan sebagainya.
4) Anggarkan status ekonomi dan tahap pendidikan audiens
       Status ekonomi dan tahap pendidikan mempunyai kaitan yang rapat antara satu
          sama lain. Sebagai contoh, audiens yang mempunyai pendidikan yang
          sempurna sudah tentu mempunyai pekerjan yang baik dan seterusnya
          mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebaliknya audiens yang tidak sempurna
          tahap pendidikannya sudah tentu mempunyai taraf hidup yang rendah.
       Tidak logik sekiranya pengucap berucap menegenai jualan rumah banglo yang
          berharga RM250,000 kepada audiens yanbg berpendapatan rendah walhal
          audiens yang mendengar hanya menpunyai pendapatan sekitar RM2000 dalam
          sebulan. Manakala tidak rasional sekirannya pengucap berucap mengenai
          kereta-kereta yang kurang mewah seperti Perodua Kancil dan sebagainya
          terhadap golongan audiens yang berpendapatan tinggi sekitar RM15,000 dan
          keatas sebulan.
5) Mengetahui peringkat umur dan saiz audiens.
       Penting bagi pengucap untuk mengetahui peringkat umur audiens sebelum
          memilih topik ucapan. Contohnya kalangan remaja masa kini tidak sesuai
          diperdengarkan dengan topik-topik yang membosankan seperti politik,
          ceramah agama dan masalah sosial dalam kalangan remaja, walaupun
          sebenarnya topik-topik ini memberi manfaat yang baik terhadap remaja. Hal
          ini kerana remaja terlalu mudah terpengaruh dan susah untuk mengawal
          perasaan marah mereka.
       Bagi yang berumur, mereka lebih sesuai disediakan ucapan berunsur
          intelektual dan perlu mengulang setiap fakta secara terperinci agar maklumat
          yang ingin disampaikan oleh pengucap dapat diterima dengan mudah.
       Pengucap juga perlu teliti tentang saiz audiens. Saiz audiens bermaksud
          bilangan audiens yang hadir pada majlis tersebut. Sekiranya jumlah audiens
          ramai, pengucap hendaklah menyediakan alat bantu suara seperti alat pembesar
          suara, papan tulis dan yang berkaitan dengannya. Manakala sekiranya bilangan
          audiens sikit, pengucap tidak perlu menyediakan alat bantu suara.
6) Mengambil kira agama, bangsa dan ideologi.
       Setiap kali berucap, pengucap perlu menitikberatkan hal-hal yang berkaitan
          agama,bangsa dan ideologi agar tidak menyinggung perasaan para pendengar.
7) Mengambil kira jantina audiens.
        Pengucap tidak boleh menimbulkan isu sensitif dengan memberi contoh yang
          mempunyai kaitan dengan jantina samada lelaki atau perempuan.

Analisis audiens

  • 1.
    Analisis Audiens Pengucapan yangberkesan merupakan pengucapan yang boleh menarik minat audiens untuk mendengar dan memberi tindak balas terhadap pengucap. Beberapa ciri-ciri dan sikap audiens yang perlu diketahui oleh pengucap agar dapat mengendali pengucapan dengan berkesan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengucap mengenai audiens ialah:- 1) Tahap pengetahuan audiens.  Secara keseluruhan, terdapat dua tahap pengetahuan audiens iaitu audiens yang berpengetahuan tinggi dan rendah.  Bagi audiens yang berpengetahuan rendah, pengucap hanya perlu menerangkan tajuk secara menyeluruh, manakala bagi audiens yang berpengetahuan tinggi, pengucap perlu menjelaskan tajuk secara terperinci. 2) Sikap audiens terhadap subjek ucapan dan pengucap.  Pengucap perlu memilih tajuk atau subjek pengucapan dengan betul mengikut kesesuaian tempat, situasi semasa, persekitaran dan audiens yang mendengar ucapan. Contohnya, menyampaikan ucapan sewaktu Pilihan Raya Kampus. Calon-calon yang bertanding hendaklah berucap mengenai diri mereka dan manifesto mereka bukan berucap mengenai politik luar misalnya mengkritik mana-mana parti politik yang sememangnya akan menimbulkan huru-hara.  Pengucap perlu mempunyai keyakinan diri. Hal ini kerana audiens akan menilai perwatakan pengucap terlebih dahulu sebelum mendengar pengucap berucap. Pengucap juga perlu beramah mesra dengan audiens, melakukan komunikasi secara dua hala dengan audiens, menggunakan bahasa badan dan konteks mata terhadap audiens. Pengucap juga hendaklah menguasai topik yang akan dipersembahkan. 3) Kenal pasti pekerjaan audiens.  Pengucap tidak boleh menyampaikan ucapan tanpa mengetahui latar belakang pekerjaan pendengar. Mana mungkin petani akan mendengar ucapan tentang “Kesihatan”, sudah semestinya petani ingin mendengar tentang subsidi tanaman yang diterima dari kerajaan serta turun dan naikknya harga sawit dan getah.  Bagi audiens yang bekerja di bahagian kerajaan pula, pengucap hendak berucap mengenai hal-hal semasa dan intelektual contohnya bajet belanjawan tahunan, kenaikan gaji, elaun perumahan dan sebagainya.
  • 2.
    4) Anggarkan statusekonomi dan tahap pendidikan audiens  Status ekonomi dan tahap pendidikan mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Sebagai contoh, audiens yang mempunyai pendidikan yang sempurna sudah tentu mempunyai pekerjan yang baik dan seterusnya mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebaliknya audiens yang tidak sempurna tahap pendidikannya sudah tentu mempunyai taraf hidup yang rendah.  Tidak logik sekiranya pengucap berucap menegenai jualan rumah banglo yang berharga RM250,000 kepada audiens yanbg berpendapatan rendah walhal audiens yang mendengar hanya menpunyai pendapatan sekitar RM2000 dalam sebulan. Manakala tidak rasional sekirannya pengucap berucap mengenai kereta-kereta yang kurang mewah seperti Perodua Kancil dan sebagainya terhadap golongan audiens yang berpendapatan tinggi sekitar RM15,000 dan keatas sebulan. 5) Mengetahui peringkat umur dan saiz audiens.  Penting bagi pengucap untuk mengetahui peringkat umur audiens sebelum memilih topik ucapan. Contohnya kalangan remaja masa kini tidak sesuai diperdengarkan dengan topik-topik yang membosankan seperti politik, ceramah agama dan masalah sosial dalam kalangan remaja, walaupun sebenarnya topik-topik ini memberi manfaat yang baik terhadap remaja. Hal ini kerana remaja terlalu mudah terpengaruh dan susah untuk mengawal perasaan marah mereka.  Bagi yang berumur, mereka lebih sesuai disediakan ucapan berunsur intelektual dan perlu mengulang setiap fakta secara terperinci agar maklumat yang ingin disampaikan oleh pengucap dapat diterima dengan mudah.  Pengucap juga perlu teliti tentang saiz audiens. Saiz audiens bermaksud bilangan audiens yang hadir pada majlis tersebut. Sekiranya jumlah audiens ramai, pengucap hendaklah menyediakan alat bantu suara seperti alat pembesar suara, papan tulis dan yang berkaitan dengannya. Manakala sekiranya bilangan audiens sikit, pengucap tidak perlu menyediakan alat bantu suara. 6) Mengambil kira agama, bangsa dan ideologi.  Setiap kali berucap, pengucap perlu menitikberatkan hal-hal yang berkaitan agama,bangsa dan ideologi agar tidak menyinggung perasaan para pendengar.
  • 3.
    7) Mengambil kirajantina audiens.  Pengucap tidak boleh menimbulkan isu sensitif dengan memberi contoh yang mempunyai kaitan dengan jantina samada lelaki atau perempuan.