SlideShare a Scribd company logo
133Surah Yasin dan Amalan Pilihan133 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
PANDUAN MENGERJAKAN
UMRAH
Disusun oleh : Ust Jamaluddin bin Hashim
Pensyarah Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam,
( )
134Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
PENGERTIAN UMRAH
Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk
mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN UMRAH
Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada
dalil-dalil berikut :
1- Firman Allah swt:
˶
Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.
2- Hadith Aisyah r.a :
Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:
“Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji
dan umrah”.
0HQXUXW 0D]KDE 6D¿H NHZDMLSDQ PHQJHUMDNDQ XPUDK LQL EROHK GLODNXNDQ ELODELOD PDVD GDODP NHKLGXSDQ VHRUDQJ
muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat
kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal
menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.
KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH
Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadith-
hadith berikut :
Maksudnya : Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya
135Surah Yasin dan Amalan Pilihan135 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
˱
Maksudnya : (Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji
WAKTU MELAKUKAN UMRAH
Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia
selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut
RUKUN-RUKUN UMRAH1
:
1. Berniat ihram 2. Tawaf 3. Saie 4. Bergunting atau bercukur 5. Tertib
WAJIB-WAJIB UMRAH2
:
1. Berniat ihram di miqat3
2. Meninggalkan pantang-larang ihram.
PERSIAPAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH
1. Jemaah umrah dari Malaysia masuk ke Tanah Haram Mekah melalui dua jalan :
i. Malaysia ke Madinah ke Mekah ii. Malaysia ke Mekah
1
Dalam Bab Haji dan Umrah istilah rukun bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah menjadi tidak sah.
2
Dalam Bab Haji dan Umrah istilah wajib bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah tetap sah, akan tetapi
wajib ke atas orang yang meninggalkan perkara-perkara tersebut menyempurnakan dam.
3
Miqat bermaksud ketentuan tempat (miqat makani) atau masa (miqat zamani) untuk berniat ihram umrah. Miqat zamani umrah iaitu masa
untuk melakukan umrah telah dijelaskan di bawah tajuk : “Waktu Melakukan Umrah”, manakala tentang miqat makani umrah, akan dijelaskan
selepas ini.
136Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
2. Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat4
berikut :
i. Memotong kuku; ii. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari.
iii. Mengandam misai,
janggut dan rambut.
iv. Mandi sunat ihram. lafaz niat:
Maksudnya : Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala
v. Memakai minyak rambut vi. Memakai bau-bauan di tubuh sahaja tidak pada pakaian ihram.
Bagi wanita guna bauan yang kurang kuat baunya atau sekurang-
kurangnya memakai penghilang bau ketiak.
PERHATIAN :
i. Perkara-perkara ini juga sunat dilakukan oleh wanita yang berada dalam keadaan haid.
ii. Perkara-perkara ini sunat dilakukan di miqat5
. Bagi jemaah umrah yang masuk ke Mekah melalui Madinah,
sunat melakukan perkara-perkara ini di Miqat Bir Ali6
. Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia,
perkara-perkara sunat ini dilakukan di mana-mana tempat sebelum menaiki pesawat.
3. Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram
sunat berwarna putih.
i. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas : sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan
sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
ii. Bagi wanita ialah pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. pastikan
jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu
4
Istilah sunat bermaksud adab-adab yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi melengkapi kerja-kerja umrah.
5
Maksud miqat di sini ialah tempat yang telah ditentukan syarak untuk berniat ihram. Miqat-miqat tersebut ialah seperti
berikut:
1. Zul Hulayfah / Bir Ali (450KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Madinah.
2. Juhfah (187KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Mesir, Maghribi dan Syam.
3. Yalamlam (89KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Yaman.
4. Qarn Manazil (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Najd seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain.
5. Zat Irq (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Iraq, Iran dan lain-lain.
6
Jarak antara Kota Suci Madinah dan Bir Ali adalah lebih kurang sepuluh (10) km.
137Surah Yasin dan Amalan Pilihan137 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
PERHATIAN :Bagi jemaah lelaki, sepatu yang dibenarkan semasa dalam ihram ialah yang menampakkan tumit dan
hujung jari-jari kaki.
iii. Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, jemaah disunatkan melakukan solat sunat
ihram. Lafaz niatnya:
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala

 3DGD UDNDDW SHUWDPD VHOHSDV DO)DWLKDK EDFD VXUDK DO.D¿UXQ
* Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas
PERHATIAN :
i. Solat sunat ihram ini tidak boleh dilakukan pada lima (5) waktu tahrim.7
ii. Wanita dalam haid tidak boleh menunaikan solat sunat ihram ini.
4. Setelah selesai melakukan solat sunat ihram, jemaah menaiki kenderaan dalam keadaan sudah lengkap
memakai pakaian ihram dan sunat dalam keadaan berwuduk.
RUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT
5. Apabila bas mahu mula bergerak daripada Bir Ali, maka jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam
keadaan mengadap kiblat jika keadaan mengizinkan. Lafaz niat umrah :
Maksudnya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya8
kerana Allah Taala”
7
Waktu tahrim tersebut adalah seperti berikut :
1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.
3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).
4. Selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari.
5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.
8
Maksud «berihram dengannya» ialah mengharamkan dirinya melakukan pantang larang semasa dalam ihram.
138Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat melepasi
miqat Qarn Manazil9
.
PERHATIAN :
i. Wanita dalam keadaan haid tidak dihalang daripada berniat umrah.
ii. Bagi wanita yang sedang suci dan menjangkakan haidnya akan tiba selepas berniat ihram digalakkan berniat
secara bersyarat untuk mengelakkan timbulnya masalah terutamanya jika tidak dapat menyempurnakan kerja-
kerja umrah sedangkan waktu untuk pulang ke tanah air sudah hampir dan haidnya masih belum kering. Lafaz
niat umrah secara bersyarat seperti berikut:
“Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya aku didatangi haid maka
aku menjadi halal”.
Apabila datangnya haid, maka ia secara automatik terlepaslah dirinya daripada pantang-larang ihram dan dia
juga tidak terikat dengan kerja-kerja umrah lagi.
iii. Wanita yang sedang suci dan khuatir kedatangan haid yang akan menyebabkan berlaku gangguan dalam
perjalanan kerja-kerja umrahnya, dibolehkan memakan pil penahan haid, tetapi setelah mendapat nasihat
daripada doktor wanita yang dipercayai.
6. Selepas berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah. Lafaz talbiyyah adalah seperti berikut :
Maksudnya : “HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, HambaMu datang menyahut
panggilanMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu, HambaMu datang
menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tidak ada sekutu bagiMu.”
Perhatian : Talbiyyah bagi umrah sunat dilafazkan bermula selepas berniat dan tamat apabila jemaah mahu mula
melakukan tawaf.
7. Para jemaah juga diwajibkan tidak melakukan pantang larang berikut bermula daripada berniat sehinggalah
dia selesai melakukan kerja-kerja umrah ini.
9
Berniat di miqat adalah paling afdal. Namun, jemaah diharuskan berniat sebelum melepasi miqat.
139Surah Yasin dan Amalan Pilihan139 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
MENINGGALKAN PANTANG LARANG UMRAH (WAJIB UMRAH)
Secara umumnya pantang-larang dalam ihram umrah10
boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori:
1. larangan yang dikhususkan bagi lelaki sahaja;
2. larangan yang dikhususkan bagi wanita sahaja;
3. larangan umum (lelaki dan wanita).
LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI LELAKI SAHAJA
1. Memakai pakaian bersarung / berjahit / bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang
menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
i. Seorang lelaki semasa dalam ihram haji atau umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut
tanpa wajib menyempurnakan dam:
a. memakai kain pelikat dengan cara tidak disarungkan walaupun kain pelikat tersebut bercantum
antara dua penjurunya;
b. memakai kain tuala;
c. memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya walaupun ada corak,
berwarna-warni dan berbunga-bunga;
d. memakai tali pinggang, cincin dan kaca mata;
e. memakai sepatu yang menampakkan jari-jari kaki dan mempunyai tali pengikat di atas tulang
keting yang menampakkan tumit;
f. menutup kaki dengan kain ihram;
g. menyemat pin antara dua hujung penjuru kain ihram sebelah bawah, tetapi tidak dibenarkan bagi
kain ihram di sebelah atas;
h. bercawat dengan kain ihram yang tidak bersambung dan berjahit;
i. memakai lampin pakai buang bagi yang berpenyakit kencing tidak lawas;
10
Pantang larang dalam ihram umrah adalah sama dengan pantang larang dalam ihram haji.
140Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
ii. Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah memakai pakaian yang dilarang dalam
kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan
segera apabila dia ingat atau diberi ingat.
*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir)11
.
iii. Seorang lelaki yang berada dalam ihram haji atau umrah boleh memakai pakaian yang dilarang
dalam kategori ini jika ada keperluan. dia tidak berdosa akan tetapi diwajibkan ke atasnya membayar
dam (takhyir dan taqdir). Contohnya :
a. Memakai sarung lutut (kneeguard) yang dipakai secara bersarung untuk melegakan sakit lutut.
Jika dipakai “bandage” secara dililit, kemudiannya disemat dgn pin atau di “zap on” , tidak
mengapa dan tidak dikenakan dam.
b. Memakai kasut pada kaki yang sihat untuk mengimbangi kasut yang dipakai pada kaki palsu.
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan
sebagainya
i. Seorang lelaki semasa dalam ihram haji atau umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut
tanpa wajib menyempurnakan dam:
a. Menggunakan payung b. Berteduh di bawah pokok c. Berteduh di bawah khemah
ii. Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah, memakai pakaian yang dilarang dalam
kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan
segera apabila dia ingat atau diberi ingat.
*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir  taqdir).
11
Dam takhyir dan taqdir boleh dipilih antara 3 perkara berikut :
1. menyembelih seekor kambing di Tanah Haram Mekah yang sah dibuat korban, atau
2. bersedekah kepada enam (6) orang fakir miskin di Tanah Haram Mekah. Setiap seorang dua (2) cupak makanan asasi Mekah, atau
3. berpuasa tiga (3) hari.
141Surah Yasin dan Amalan Pilihan141 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI WANITA SAHAJA
1. Menutup muka
i. Jika sekiranya seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah menutup mukanya dengan
kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada
mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat.
*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir  taqdir).
ii. Seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah dibenarkan memakai penutup hidung dan
mulut (mask) kerana sesuatu keperluan.
*Akan tetapi dia diwajibkan menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir) dan dia tidak berdosa.
iii. Seorang wanita yang berada dalam ihram umrah boleh menutup muka dan hidungnya dengan
tangan untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulutnya itu tanpa wajib
menyempurnakan dam.
iv. Orang lelaki dibolehkan menutup mukanya semasa dalam ihram umrah kerana larangan ini hanya
dikhususkan bagi wanita sahaja.
LARANGAN UMUM (LELAKI  WANITA)
1. Memakai sarung tangan
Boleh melindungi tangan di sebalik kain tudung atau kain ihram.
2. Memakai bau-bauan sama ada di badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung
i. Seseorang yang berada dalam ihram umrah boleh mengunakan:
a. Ubat gigi, sabun mandi, shampoo
b. Minyak angin
*Walaupun bahan-bahan ini berbau wangi. Ini kerana penggunaannya adalah atas niat kebersihan
bukannya untuk berwangi-wangian.
142Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
ii. Begitu juga dia boleh makan kek yang berperisa vanilla dan minum air kotak teh wangi kerana bahan
pewangi yang digunakan itu adalah untuk menyedapkan makanan atau minuman tersebut sahaja
bukannya untuk berwangi-wangian.
iii. Jika sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai atau menghidu bau-bauan wangi
secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan bau-bauan tersebut dengan
segera apabila dia ingat atau diberi ingat.
*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir  taqdir).
iv. Jika seseorang yang sedang berada dalam ihram haji atau umrah dicalit atau disembur dengan minyak
wangi pada badan atau pakaiannya tanpa kerelaanya, hendaklah dia menghilangkan kesan bau-bauan
tersebut dengan segera.
*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir  taqdir).
v. Seseorang yang berada dalam ihram umrah hendaklah berhati-hati ketika mahu mengucup Hajarul
Aswad.
*InikeranaditakutiHajarulAswaddilumurdenganminyakwangi. Jikadiketahuiianyadilumurdengan
minyak wangi, haram ke atasnya mengucup Hajarul Aswad itu. Jika dia mengucup Hajarul Aswad
dalam keadaan tidak mengetahui ia dilumur dengan minyak wangi, hendaklah dia menghilangkan
kesan bau wangi tersebut dengan segera. Dia tidak berdosa dan tidak wajib menyempurnakan dam.
*Jika dia tidak menghilangkan kesan bau wangi tersebut dengan segera, dia dikira berdosa dan
dikenakan dam (takhyir dan taqdir).
vi. Memakai semula kain ihram yang disapu dengan minyak wangi setelah ia ditanggalkan daripada
badan adalah haram dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir).
*Jika minyak wangi yang dilumur pada badan berpindah kepada kain ihram melalui peluh, tidak
mengapa ia ditanggalkan dan dipakai semula tanpa dikenakan dam
vii. Kelambu Kaabah juga dilumur dengan minyak wangi.
143Surah Yasin dan Amalan Pilihan143 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
*Jemaah yang berada dalam ihram haji atau umrah hendaklah berhati-hati ketika merapatkan tubuh
ke dinding Kaabah supaya tidak terlibat menikmati bau wangi tersebut.
*Dia hendaklah bersegera menjauhkan diri jika menghidu bau wangi. Dia tidak berdosa dan tidak
dikenakan dam. Jika dia tidak bersegera menjauhkan dirinya daripada kelambu Kaabah yang
wangi itu dengan segera, dia dikira berdosa dan wajib menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir).
viii. Wanita yang memakai tuala wangian (herba sahaja) adalah tidak berdosa dan tidak dikenakan dam
kerana tujuan pemakaiannya adalah untuk kesihatan bukannya untuk berwangi-wangi.
3. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi
dan dahi
i. Jika sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai minyak pada bahagian tubuh
yang tidak dibenarkan secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan minyak
tersebut dengan segera apabila dia ingat atau sedar atau diberi ingat.
*Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia
mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir).
ii. Memakai losyen pelindung sinaran atau sinaran ultra ungu dibolehkan dengan syarat losyen tersebut
tiada wangian.
*Walaupun begitu, jemaah dinasihatkan berhati-hati supaya tidak menggunakan losyen tersebut untuk
kecantikan. Niatkan untuk kesihatan.
4. Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan
i. Jika sekiranya seorang yang berada dalam ihram umrah menanggalkan rambut atau bulu secara
sengaja, tidak sengaja atau terlupa, dia tetap dikenakan dam (takyir dan taqdir).
*Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dengan
sengaja.
144Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
ii. Jika seseorang yang berada dalam ihram umrah mengugurkan rambutnya dengan cara mengosok-
gosokkan rambutnya ketika mandi atau mengambil air wuduk (walaupun rambutnya jenis mudah
gugur), dia tetap wajib menyempurnakan dam tetapi tidak berdosa.
*Jika rambut tersebut gugur dengan sendiri, maka tidak dikenakan dam.
iii. Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram umrah yang mendapati rambut atau
bulu yang gugur atas tilam atau bantal ketika bangun daripada tidur.
*Begitu juga keadaannya bagi wanita yang yang mendapati rambut-rambut yang tertinggal dalam
serkup tudung kepalanya ketika dia menanggalkan serkup kepala tersebut.
5. Mengerat atau memotong kuku
i. Jika sekiranya seorang yang berada dalam ihram umrah mengerat atau memotong kuku secara sengaja,
tidak sengaja atau terlupa dia tetap dikenakan dam (takyir dan taqdir).
*Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa. Tetapi berdosa jika dengan
sengaja.
ii. Jika kuku tertanggal sendiri, maka tidak dikenakan dam.
*Boleh mencabut kuku yang mengganggu keadaan jika sekiranya ia tidak dicabut tanpa dikenakan
dam. Contohnya, kuku yang pecah akibat jari terkepit dengan sesuatu.
iii. Harus mencabut kulit bibir, kaki dan tangan yang mengelupas tanpa dikenakan dam.
6. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah
*Pengharaman memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram adalah
berkait dengan pantang-larang yang tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram itu sendiri bukannya
berkait dengan keadaan seseorang itu berada dalam ihram haji atau umrah.
7. Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau
Haram
i. Menangkap ikan yang hidup sama ada dalam kolam, sungai atau laut tidak termasuk dalam larangan
ini.
145Surah Yasin dan Amalan Pilihan145 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
ii. Jika seseorang memijak seekor belalang hingga mati walaupun secara tidak sengaja, dia tetap wajib
menyempurnakan dam menurut nilai belalang tersebut.
iii. Seseorang itu diharuskan membunuh nyamuk, lalat dan labah-labah jika serangga-serangga tersebut
menganggunya tanpa dikenakan dam.
iv. Binatang buruan yang dimiliki di Tanah Halal seperti burung terkukur, burung merpati, kijang, rusa,
DUQDE GDQ VHEDJDLQD ZDMLE GLOHSDVNDQ VHEHOXP EHUQLDW LKUDP PHQJLNXW PD]KDE 6D¿H
*Tetapi pendapat kebanyakan ahli feqah, tidak wajib dilepaskan sekiranya binatang-binatang itu tidak
ada bersamanya sewaktu berihram.
8. Melakukan pendahuluan persetubuhan
i. Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram haji atau umrah yang keluar air maninya
akibat melihat wanita atau menyentuhnya atau dilamun khayal.
ii. Suami isteri yang berada dalam ihram haji atau umrah boleh berpimpinan tangan ketika melintas jalan.
iii.Tidak salah seorang suami atau isteri memeluk pasangannya yang sakit jika pelukan itu adalah pelukan
kasih sayang bukannya pelukan bersyahwat.
9. Bersetubuh
10. Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
8. Sepanjang perjalanan menuju ke Mekah, jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiyah
9. Sunat membaca doa yang dikhususkan apabila melihat kota Mekah.
RUKUN 2 : TAWAF UMRAH
10. Amalan umrah yang pertama dilakukan oleh jemaah setibanya di Kota Suci Mekah ialah tawaf. Maksud
tawaf ialah mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.
11. Apabila jemaah melihat Kaabah, maka sunat membaca doanya.
Dengan Ini Selesailah Perihal Pantang Larang Dalam Umrah
146Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
Lafaz niat tawaf umrah sebelum memulakan tawaf umrah :
„
Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala“
1
1. HAJAR ASWAD
2. PINTU KAABAH
3. PANCURAN
EMAS
4. SYAZARAWAN
5. HIJIR ISMAIL
6. MULTAZAM
7. MAQAM
IBRAHIM
8. RUKUN HAJAR
ASWAD
9. RUKUN
YAMANI
10. RUKUN SYAMI
11. RUKUN IRAQI
12. KELAMBU
KAABAH
13. GARISAN
PERMULAAN
TAWAF
(BERWARNA
COKELAT)13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
X
147Surah Yasin dan Amalan Pilihan147 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
SYARAT-SYARAT TAWAF
1. Suci daripada hadas besar dan kecil
i. Jemaah disyaratkan mengambil wuduk sebelum melakukan tawaf.
ii. Jika berlaku sentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah boleh berpegang
GHQJDQ VDWX SHQGDSDW GDODP 0D]KDE 6D¿H DQJ PHQJDWDNDQ WLGDN EDWDO ZXGXN MLND EHUODNX VHQWXKDQ
kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika sengaja dan timbulnya syahwat.12
iii. Bagi wanita dalam haid, dia kena tunggu sampai haidnya kering. Seterusnya mandi wajib, ambil
wuduk, kemudianya barulah dia boleh melakukan tawaf.13
2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
3. Menutup aurat sebagaimana di dalam solat.
4. Tawaf hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad.
5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu.
i. Jika jemaah ditolak akibat kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya lari sedikit daripada bangunan
Kaabah, maka hendaklah segera membetulkan bahunya itu menghala ke arah bangunan kaabah.
6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf.
i. Jika terdapat jemaah yang berpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan selepas
itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau pasangannya, maka batal pusingan itu
sahaja bukannya semua pusingan.
7. Cukup tujuh keliling dengan yakin.
i. Jikalau was-was ketika tawaf pada bilangan pusingan tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah
yang terkecil. Contohnya, jika jemaah was-was antara enam (6) pusingan atau tujuh (7) pusingan,
maka dikira masih enam (6) pusingan, maka jemaah hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan.
12
Pendapat ini digunapakai bagi mengurangkan kesulitan jemaah mengambil wuduk berulang kali setiap kali bersentuhan dengan lelaki/wanita
ajnabi.
13
Wanita dalam keadaan haid tidak boleh melakukan saie sebelum tawaf atas alasan saie tidak disyaratkan suci daripada hadas besar dan kecil.
Jika dia berbuat demikian, saie tersebut tidak sah kerana salah satu daripada rukun umrah adalah tertib.
148Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
ii. Jikalau tawaf secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan sendiri dalam menentukan
pusingan tawaf, walaupun bercanggah dengan rakan sekumpulan.
8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir
Ismail dan Syazarawan.
i. Semasa tawaf tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Hijir Ismail dan Syazarawan.
SUNAT-SUNAT TAWAF
1. Tawaf dengan berjalan kaki.
2. Berittiba’ (Memakai pakaian ihram dalam keadaan membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki
sepanjang tawaf.
3. Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3). Pada pusingan
keempat (4) hingga ketujuh (7), jemaah lelaki berjalan seperti biasa.
4. Melakukan istilam (Sentuh) Hajarul Aswad kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu,
disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut ( ) kemudian kucup
tapak tangan tanpa membunyikan suara kucupan tersebut.
Begitu juga sunat istilam (sentuh) rukun yamani tetapi tidak sunat mengucupnya. Jika tak mampu,
disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut ( ) tanpa kucup tapak tangan
tersebut.
*Jemaah hanya dinasihatkan melakukan isyarat sahaja pada dua (2) tempat ini. Jika mahu mengucup
hajarul aswad, pastikan ia dilakukan di luar masa tawaf.
5. Membaca doa dan wirid.
6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut.
Kalau penat boleh berhenti dan sambung semula pada tempat yang berhenti tadi. Yang afdalnya sambung
pada penjuru Hajarul Aswad
7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
149Surah Yasin dan Amalan Pilihan149 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
KAABAHSyazarawan
SyazarawanRUKUN
YAMANI
RUKUN
HAJAR
ASWAD
LAMPU HIJAU SEBAGAI TANDA LAIN BAGI TEMPAT PERMULAAN TAWAF
CUKUP SATU PUSINGAN!
KAWASAN
YANG
DIHARUSKAN
MEMULAKAN
TAWAF
MAQAM
IBRAHIM
Syazarawan
Syazarawan
RUKUN
SYAMI
RUKUN
IRAQI
TIDAK BOLEH
MASUK KE
DALAM HIJIR
ISMAIL
KETIKA
TAWAF
U
HIJIR ISMAIL
8. Melakukan solat sunat dua (2) rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim14
.
Lafaz Niat:
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala
*Pada rakaat pertama  VHOHSDV DO)DWLKDK EDFD VXUDK DO.D¿UXQ
*Pada rakaat kedua : selepas al-Fatihah, baca surah al-Ikhlas
*Makruh ittiba’ ketika menunaikan solat sunat tawaf
*Selepas menunaikan solat sunat ihram, sunat berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan juga di Multazam
(satu kawasan antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah). Seterusnya sunat minum air zamzam sepuas-
puasnya. Kemudian sunat keluar daripada kawasan tawaf melalui Bab al-Safa (Pintu Safa) untuk
melakukan saie pula
14
Boleh solat bila-bila masa di Tanah Haram Mekah tanpa terikat dengan lima (5) waktu tahrim.
Dengan Ini Selesailah Perihal Kerja-Kerja Tawaf
150Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
RUKUN 3 : SAIE UMRAH
12. Pengertian Saie : Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah.
Lafaz niat saie umrah sebelum memulakan saie ketika berada di atas Bukit Safa :
Maksudnya : “Sahaja aku saie umrah tujuh keliling kerana Allah Taala
„
SYARAT-SYARAT SAIE
1. Hendaklah dilakukan selepas melakukan Tawaf
2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa
sekali
4. Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah
pada tiap-tiap kali.
5. Hendaklah saie di tempat yang ditentukan sekarang.
6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan saie itu.
SUNAT-SUNAT SAIE
1. Keluar ke tempat saie melalui Pintu Safa.
2. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit.
3. Mengadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan:
( ) setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Marwah
151Surah Yasin dan Amalan Pilihan151 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
4. Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di suatu tempat yang bertanda
lampu hijau.
5. Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan saie.
6. Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
7. Berjalan kecuali uzur. Maka boleh menggunakan kenderaan seperti kerusi roda.
8. Berdoa
9. Berittiba‘
Dengan Ini Selesailah Kerja-Kerja Saie
SAIE BERM ULA
DARIPADA
SAFA DAN
BERAKHIR DI
MARWAH
SEBANYAK 7
KALI SAIE
MAQAM
IBRAHIM
KAABAH
BAB AL-SAFA
CUKUP DUA
KALI SAIE!
JARAK ANTARA
DUA GARISAN
BERTITIK INI
ADALAH
KAWASAN YANG
DISUNATKAN
BERLARI-LARI
ANAK BAGI
LELAKI
LALUAN
KERETA
SORONG
CUKUP SATU
KALI SAIE!
JARAK
ANTARA SAFA
DAN MARWAH
LEBIH
KURANG 473
METER
99 METER
LAMPU
HIJAU
SAFA
MARWAH
152Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
Dengan Ini Selesailah Kerja-Kerja Umrah
RUKUN 4 : BERGUNTING ATAU BERCUKUR
13. Selepas selesai melakukan saie, maka sampailah masanya bagi jemaah untuk bergunting atau bercukur
bagi melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram (tahallul).
14. Afdal bercukur atau bergunting di Marwah.
15. Afdal bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita bergunting sahaja. Bagi yang botak licin: sunat
baginya melalukan mata pisau di atas kepalanya.
16. Sunat bergunting (jika memilih untuk bergunting) sekurang-kurangnya 3 helai rambut sepanjang kadar ruas
jari kuku pada hujung mana-mana rambut yang digunting. Jika kurang daripada saiz itu masih dibolehkan.
17. Boleh mengunting rambut orang lain walaupun diri sendiri belum lagi bergunting. Namun yang afdalnya,
gunting rambut sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah mengunting rambut orang lain.
17. Dengan melakukan guntingan/cukuran ini, maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam
ihram umrah.
PERHATIAN
1. Bagi wanita yang berniat umrah dalam keadaan haid, kemudian haidnya kering, lalu dia mandi wajib,
kemudiannya dia tawaf, saie dan bergunting, tiba-tiba haidnya datang kembali :
i. Jika haid datang semula selepas 24 jam daripada keringnya haidnya (bukan daripada bermulanya
mandi), maka tawaf, saie dan berguntingnya itu sah.
ii. Jika haid datang semula kurang daripada 24 jam daripada kering haidnya, maka tawaf, saie dan
berguntingnya itu tidak sah.
2. Jika para jemaah mahu melakukan umrah yang kedua (ketiga dan seterusnya) hendaklah dia pergi memasang
niat umrah di Tanah Halal seperti di miqat Tan’im (5 km dari Masjidil Haram) atau Ji’ranah
153Surah Yasin dan Amalan Pilihan153 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
(22 km dari Masjidil Haram) dengan melakukan perkara-perkara yang sama sebagaimana yang telah dijelaskan
sebelum ini, iaitu :
i. Memakai pakaian ihram (dengan sunat-sunatnya)
ii. Berniat umrah di miqat (contohnya di Tan’im atau ji’ranah)
iii. Tawaf
iv. Saie
v. Bergunting atau bercukur
SEMPADAN TANAH HARAM MEKAH
MASJIDIL HARAM
1- JI’RANAH (22 KM)
WADI NAKHLAH (13 KM)
2- TAN’IM (5 KM)
3- HUDAIBIYYAH-
SHUMAISHI (29 KM)
ADHAT LIBN (16 KM)
SEMPADAN
ARAFAH (22 KM)
154Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
3. Perlu diingatkan, umrah yang kedua dan seterusnya merupakan umrah sunat. Walaupun ia sunat, para jemaah
tetap diwajibkan menyelesaikan kerja-kerja umrah itu dari awal hingga akhir (niat, tawaf, saie, bergunting/
bercukur)
4. Jangan sesekali tidak menyelesaikan kerja-kerja umrah itu sampai habis kononnya atas alasan ia adalah
umrah sunat sahaja.
5. Jemaah boleh melakukan umrah untuk orang lain apabila dia telah selesai melakukan umrah pertama (umrah
wajib) bagi dirinya, walaupun dia masih belum melakukan haji.
AMALAN-AMALAN SEMASA DI TANAH SUCI
1. Solat berjamaah
2. Solat jenazah
3. Solat sunat
4. Puasa sunat
5. Khatam al-Quran
6. Memandang Baitullah
7. Berdoa terutamanya di tempat-tempat yang mustajab doanya
8. Beriktikaf dalam masjid
PERHATIAN
1. Jika wanita yang sedang berada dalam keadaan haid berniat ihram umrah, tetapi dia masih tidak dapat
menyempurnakan kerja umrah kerana haid masih ada sehinggalah sampai waktu berangkat pulang, maka
dia kena bertahallul ihsar untuk melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram. Caranya :
155Surah Yasin dan Amalan Pilihan155 Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
i. Setelah sampai ke tanah air hendaklah menyembelih seekor kambing yang sah dibuat korban dan
bergunting dengan niat tahallul.
ii. Daging kambing tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin tempatan.
iii. Dengan ini, terlepaslah dirinya daripada segala pantang larang ihram.
2. Jika umrah tersebut umrah wajib, maka wajib qada‘.
3. Jika umrah tersebut umrah sunat, tak wajib qada‘.
TAWAF WADAK15
:
1. Akhir sekali sebelum keluar meninggalkan kota suci Mekah, jemaah wajib melakukan tawaf wadak dengan
mengikuti syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf yang telah disebutkan sebelum ini. Niatnya : “Sahaja aku
tawaf wadak tujuh keliling kerana Allah Taala”
2. Tawaf wadak ini dilakukan selepas segala persiapan untuk pulang ke tanah air sudah dilakukan seperti beg-
beg sudah dikemaskan, urusan membeli-belah sudah selesai dan pelbagai lagi urusan.
3. Wanita dalam haid dikecualikan daripada melakukan tawaf wadak ini. Cara yang sunat baginya untuk
meninggalkan kota Mekah ialah pergi ke hadapan pintu Masjidil Haram, memandang Kaabah dan melambai-
lambai tangan dengan perasaan yang sayu.
4. Melakukan Tawaf Wadak ini terdapat sedikit perbezaan dengan Tawaf Umrah, iaitu :
i. Memakai pakaian biasa dengan menutup aurat. Bukan memakai kain ihram.
ii. Tidak melakukan ittiba’(membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sebab jemaah memakai pakaian biasa.
iii. Tiada perbuatan berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3).
15
Tawaf wadak merupakan wajib tersendiri yang tiada kaitan dengan rukun-rukun dan wajib-wajib umrah. Ia merupakan perkara yang wajib
dilakukan bagi setiap orang yang mahu keluar daripada Kota Suci Mekah lebih daripada dua marhalah.
156Surah Yasin dan Amalan Pilihan
Panduan Mengerjakan Umrah
PERHATIAN
1. Perkara-perkara sunat selepas tawaf seperti solat sunat tawaf, berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan
Multazam, meminum air zamzam digalakkan untuk dilakukan.
2. Selepas selesai melakukan tawaf wadak, jemaah pulang ke hotel hanya menunggu bas untuk membawa
mereka keluar dari Tanah Haram Mekah
Ahli Jawatankuasa Penyusun
Penaung:
Dato’ Profesor Dr. Alias bin Daud
Naib Canselor.
Panel Penyusun:
Dr. Abdul Hakim bin Abdullah
Pegawai Khas Kepada Naib Canselor
Ustaz Azhar bin Yaacob
Pengarah Pusat Islam
Puan Azizah binti Endut
Dekan Fakulti Bahasa  Komunikasi
Puan Rosliza binti Abdul Razak
Ketua Unit Komunikasi Korporat

More Related Content

What's hot

Haji dan umrah (malay)
Haji dan umrah (malay)Haji dan umrah (malay)
Haji dan umrah (malay)
Muhammad Nazir Alias
 
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrahPersiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah
siti yaakob
 
Perbedaan haji dan umroh
Perbedaan haji dan umrohPerbedaan haji dan umroh
Perbedaan haji dan umrohmugnisulaeman
 
Tata cara umroh terbaru 2014
Tata cara umroh terbaru 2014Tata cara umroh terbaru 2014
Tata cara umroh terbaru 2014
Fori Suwargono
 
Manasik Al-bayt Cab jakarta
Manasik Al-bayt Cab jakartaManasik Al-bayt Cab jakarta
Manasik Al-bayt Cab jakarta
Bubun Subhan
 
Manasik umrah
Manasik umrahManasik umrah
Manasik umrah
Moch Hanafi
 
Haji dan umrah
Haji dan umrahHaji dan umrah
Haji dan umrah
bagus haryono
 
Manasik umroh
Manasik umrohManasik umroh
Manasik umroh
Elup Berryindo
 
Haji dan umrah tekpen ppt
Haji dan umrah tekpen pptHaji dan umrah tekpen ppt
Haji dan umrah tekpen ppt
mizanbogem
 
Presentasi haji dan umrah
Presentasi haji dan umrahPresentasi haji dan umrah
Presentasi haji dan umrah
Heri Sucipto
 
Pengertian haji dan umrah
Pengertian haji dan umrahPengertian haji dan umrah
Pengertian haji dan umrah
dewintaintan
 
Bahan manasik umroh dan haji al kautsar
Bahan manasik umroh dan haji al kautsarBahan manasik umroh dan haji al kautsar
Bahan manasik umroh dan haji al kautsar
Angga Pradipta
 
MANASIK UMROH
MANASIK UMROHMANASIK UMROH
Ppt Haji dan Umroh (Fiqih)
Ppt Haji dan Umroh (Fiqih) Ppt Haji dan Umroh (Fiqih)
Ppt Haji dan Umroh (Fiqih)
Mila Rosyida
 
Pengenalan umrah
Pengenalan umrahPengenalan umrah
Pengenalan umrah
farhanahgary
 
Ppt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamahPpt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamah
asni furoida
 

What's hot (20)

Haji dan umrah (malay)
Haji dan umrah (malay)Haji dan umrah (malay)
Haji dan umrah (malay)
 
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrahPersiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah
 
Perbedaan haji dan umroh
Perbedaan haji dan umrohPerbedaan haji dan umroh
Perbedaan haji dan umroh
 
Tata cara umroh terbaru 2014
Tata cara umroh terbaru 2014Tata cara umroh terbaru 2014
Tata cara umroh terbaru 2014
 
Manasik Al-bayt Cab jakarta
Manasik Al-bayt Cab jakartaManasik Al-bayt Cab jakarta
Manasik Al-bayt Cab jakarta
 
Manasik umrah
Manasik umrahManasik umrah
Manasik umrah
 
Haji dan umrah
Haji dan umrahHaji dan umrah
Haji dan umrah
 
PowerPoint Haji
PowerPoint HajiPowerPoint Haji
PowerPoint Haji
 
Manasik umroh
Manasik umrohManasik umroh
Manasik umroh
 
Haji dan umrah tekpen ppt
Haji dan umrah tekpen pptHaji dan umrah tekpen ppt
Haji dan umrah tekpen ppt
 
Presentasi haji dan umrah
Presentasi haji dan umrahPresentasi haji dan umrah
Presentasi haji dan umrah
 
Pengertian haji dan umrah
Pengertian haji dan umrahPengertian haji dan umrah
Pengertian haji dan umrah
 
Bahan manasik umroh dan haji al kautsar
Bahan manasik umroh dan haji al kautsarBahan manasik umroh dan haji al kautsar
Bahan manasik umroh dan haji al kautsar
 
Pp haji dan umrah
Pp haji dan umrahPp haji dan umrah
Pp haji dan umrah
 
MANASIK UMROH
MANASIK UMROHMANASIK UMROH
MANASIK UMROH
 
Manasik haji
Manasik hajiManasik haji
Manasik haji
 
Ppt Haji dan Umroh (Fiqih)
Ppt Haji dan Umroh (Fiqih) Ppt Haji dan Umroh (Fiqih)
Ppt Haji dan Umroh (Fiqih)
 
Bimbingan Manasik Haji
Bimbingan Manasik HajiBimbingan Manasik Haji
Bimbingan Manasik Haji
 
Pengenalan umrah
Pengenalan umrahPengenalan umrah
Pengenalan umrah
 
Ppt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamahPpt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamah
 

Similar to (7)umrah (1)

Panduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrahPanduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrah
zaidi Emas Public Gold
 
Makalah haji dan umroh
Makalah haji dan umrohMakalah haji dan umroh
Makalah haji dan umroh
Warnet Raha
 
Bab 4 haji dan umroh
Bab 4 haji dan umrohBab 4 haji dan umroh
Bab 4 haji dan umroh
wahyudinia112
 
Pembahasan bab16 miqat agama islam 3
Pembahasan bab16 miqat agama islam 3Pembahasan bab16 miqat agama islam 3
Pembahasan bab16 miqat agama islam 3
RZGadget
 
MANASIK MOAZZAM TOUR.pptx
MANASIK MOAZZAM TOUR.pptxMANASIK MOAZZAM TOUR.pptx
MANASIK MOAZZAM TOUR.pptx
hazzadutainternation
 
PERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCI
PERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCIPERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCI
PERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCI
GunGunAbdulBasit1
 
FIKIH HAJI copy.pptx
FIKIH HAJI copy.pptxFIKIH HAJI copy.pptx
FIKIH HAJI copy.pptx
RaufAmin
 
Materi bab 4
Materi bab 4Materi bab 4
Materi bab 4
dinanurfadhilah
 
Materi bab 4
Materi bab 4Materi bab 4
Materi bab 4
dinanurfadhilah
 
Materi bab 4
Materi bab 4Materi bab 4
Materi bab 4
dinanurfadhilah
 
Tanya jawab manasik haji
Tanya jawab manasik hajiTanya jawab manasik haji
Tanya jawab manasik haji
Nadh Nadhirin
 
PowerPoint Manasik Haji 2019.pptx
PowerPoint Manasik Haji 2019.pptxPowerPoint Manasik Haji 2019.pptx
PowerPoint Manasik Haji 2019.pptx
AhmadMaulanaYusuf8
 
Amanda safarina & adelina putie haji dan umrah
Amanda safarina & adelina putie   haji dan umrahAmanda safarina & adelina putie   haji dan umrah
Amanda safarina & adelina putie haji dan umrahBambang Setya Fadhillah
 
Manasik haji 1
Manasik haji 1Manasik haji 1
Manasik haji 1
mulhimah
 
Agama
AgamaAgama
MANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUK
MANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUKMANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUK
MANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUK
Arrohmatan
 
Makalah fiqih tentang haji dan umroh
Makalah fiqih tentang haji dan umrohMakalah fiqih tentang haji dan umroh
Makalah fiqih tentang haji dan umrohjuniska efendi
 

Similar to (7)umrah (1) (20)

Umrah yang baru
Umrah yang baruUmrah yang baru
Umrah yang baru
 
Fiqih
FiqihFiqih
Fiqih
 
Panduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrahPanduan dan tips umrah
Panduan dan tips umrah
 
Makalah haji dan umroh
Makalah haji dan umrohMakalah haji dan umroh
Makalah haji dan umroh
 
Bab 4 haji dan umroh
Bab 4 haji dan umrohBab 4 haji dan umroh
Bab 4 haji dan umroh
 
Pembahasan bab16 miqat agama islam 3
Pembahasan bab16 miqat agama islam 3Pembahasan bab16 miqat agama islam 3
Pembahasan bab16 miqat agama islam 3
 
MANASIK MOAZZAM TOUR.pptx
MANASIK MOAZZAM TOUR.pptxMANASIK MOAZZAM TOUR.pptx
MANASIK MOAZZAM TOUR.pptx
 
PERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCI
PERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCIPERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCI
PERJALANAN HAJI DAN ZIARAH DI TANAH SUCI
 
FIKIH HAJI copy.pptx
FIKIH HAJI copy.pptxFIKIH HAJI copy.pptx
FIKIH HAJI copy.pptx
 
Materi bab 4
Materi bab 4Materi bab 4
Materi bab 4
 
Materi bab 4
Materi bab 4Materi bab 4
Materi bab 4
 
Materi bab 4
Materi bab 4Materi bab 4
Materi bab 4
 
K.lang
K.langK.lang
K.lang
 
Tanya jawab manasik haji
Tanya jawab manasik hajiTanya jawab manasik haji
Tanya jawab manasik haji
 
PowerPoint Manasik Haji 2019.pptx
PowerPoint Manasik Haji 2019.pptxPowerPoint Manasik Haji 2019.pptx
PowerPoint Manasik Haji 2019.pptx
 
Amanda safarina & adelina putie haji dan umrah
Amanda safarina & adelina putie   haji dan umrahAmanda safarina & adelina putie   haji dan umrah
Amanda safarina & adelina putie haji dan umrah
 
Manasik haji 1
Manasik haji 1Manasik haji 1
Manasik haji 1
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
MANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUK
MANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUKMANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUK
MANASIK HAJI,UMROH DENGAN GAMBAR PETUNJUK
 
Makalah fiqih tentang haji dan umroh
Makalah fiqih tentang haji dan umrohMakalah fiqih tentang haji dan umroh
Makalah fiqih tentang haji dan umroh
 

More from Umantiq Smakt

12 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 20012 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 200
Umantiq Smakt
 
Borang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkiniBorang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkini
Umantiq Smakt
 
Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016
Umantiq Smakt
 
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Umantiq Smakt
 
Zakat johor
Zakat johorZakat johor
Zakat johor
Umantiq Smakt
 
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Umantiq Smakt
 
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahPerbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Umantiq Smakt
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-word
Umantiq Smakt
 
Surat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenSurat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenUmantiq Smakt
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02Umantiq Smakt
 
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanHukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanUmantiq Smakt
 

More from Umantiq Smakt (14)

12 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 20012 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 200
 
Borang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkiniBorang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkini
 
Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016
 
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)
 
Zakat johor
Zakat johorZakat johor
Zakat johor
 
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
 
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahPerbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-word
 
Surat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenSurat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejen
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
 
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanHukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
 
Undangan aqiqah
Undangan aqiqahUndangan aqiqah
Undangan aqiqah
 
Akikah
AkikahAkikah
Akikah
 
Zar52 cat
Zar52 catZar52 cat
Zar52 cat
 

Recently uploaded

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
heridawesty4
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 

Recently uploaded (20)

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 

(7)umrah (1)

  • 1. 133Surah Yasin dan Amalan Pilihan133 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH Disusun oleh : Ust Jamaluddin bin Hashim Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, ( )
  • 2. 134Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah PENGERTIAN UMRAH Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu. HUKUM MENGERJAKAN UMRAH Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut : 1- Firman Allah swt: ˶ Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah. 2- Hadith Aisyah r.a : Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W: “Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”. 0HQXUXW 0D]KDE 6D¿H NHZDMLSDQ PHQJHUMDNDQ XPUDK LQL EROHK GLODNXNDQ ELODELOD PDVD GDODP NHKLGXSDQ VHRUDQJ muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim. KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadith- hadith berikut : Maksudnya : Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya
  • 3. 135Surah Yasin dan Amalan Pilihan135 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah ˱ Maksudnya : (Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji WAKTU MELAKUKAN UMRAH Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut RUKUN-RUKUN UMRAH1 : 1. Berniat ihram 2. Tawaf 3. Saie 4. Bergunting atau bercukur 5. Tertib WAJIB-WAJIB UMRAH2 : 1. Berniat ihram di miqat3 2. Meninggalkan pantang-larang ihram. PERSIAPAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH 1. Jemaah umrah dari Malaysia masuk ke Tanah Haram Mekah melalui dua jalan : i. Malaysia ke Madinah ke Mekah ii. Malaysia ke Mekah 1 Dalam Bab Haji dan Umrah istilah rukun bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah menjadi tidak sah. 2 Dalam Bab Haji dan Umrah istilah wajib bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah tetap sah, akan tetapi wajib ke atas orang yang meninggalkan perkara-perkara tersebut menyempurnakan dam. 3 Miqat bermaksud ketentuan tempat (miqat makani) atau masa (miqat zamani) untuk berniat ihram umrah. Miqat zamani umrah iaitu masa untuk melakukan umrah telah dijelaskan di bawah tajuk : “Waktu Melakukan Umrah”, manakala tentang miqat makani umrah, akan dijelaskan selepas ini.
  • 4. 136Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah 2. Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat4 berikut : i. Memotong kuku; ii. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari. iii. Mengandam misai, janggut dan rambut. iv. Mandi sunat ihram. lafaz niat: Maksudnya : Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala v. Memakai minyak rambut vi. Memakai bau-bauan di tubuh sahaja tidak pada pakaian ihram. Bagi wanita guna bauan yang kurang kuat baunya atau sekurang- kurangnya memakai penghilang bau ketiak. PERHATIAN : i. Perkara-perkara ini juga sunat dilakukan oleh wanita yang berada dalam keadaan haid. ii. Perkara-perkara ini sunat dilakukan di miqat5 . Bagi jemaah umrah yang masuk ke Mekah melalui Madinah, sunat melakukan perkara-perkara ini di Miqat Bir Ali6 . Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, perkara-perkara sunat ini dilakukan di mana-mana tempat sebelum menaiki pesawat. 3. Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram sunat berwarna putih. i. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas : sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan. ii. Bagi wanita ialah pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu 4 Istilah sunat bermaksud adab-adab yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi melengkapi kerja-kerja umrah. 5 Maksud miqat di sini ialah tempat yang telah ditentukan syarak untuk berniat ihram. Miqat-miqat tersebut ialah seperti berikut: 1. Zul Hulayfah / Bir Ali (450KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Madinah. 2. Juhfah (187KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Mesir, Maghribi dan Syam. 3. Yalamlam (89KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari Yaman. 4. Qarn Manazil (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Najd seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain. 5. Zat Irq (94KM ke Mekah): Bagi jemaah yang datang dari arah Iraq, Iran dan lain-lain. 6 Jarak antara Kota Suci Madinah dan Bir Ali adalah lebih kurang sepuluh (10) km.
  • 5. 137Surah Yasin dan Amalan Pilihan137 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah PERHATIAN :Bagi jemaah lelaki, sepatu yang dibenarkan semasa dalam ihram ialah yang menampakkan tumit dan hujung jari-jari kaki. iii. Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, jemaah disunatkan melakukan solat sunat ihram. Lafaz niatnya: Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala 3DGD UDNDDW SHUWDPD VHOHSDV DO)DWLKDK EDFD VXUDK DO.D¿UXQ * Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas PERHATIAN : i. Solat sunat ihram ini tidak boleh dilakukan pada lima (5) waktu tahrim.7 ii. Wanita dalam haid tidak boleh menunaikan solat sunat ihram ini. 4. Setelah selesai melakukan solat sunat ihram, jemaah menaiki kenderaan dalam keadaan sudah lengkap memakai pakaian ihram dan sunat dalam keadaan berwuduk. RUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT 5. Apabila bas mahu mula bergerak daripada Bir Ali, maka jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam keadaan mengadap kiblat jika keadaan mengizinkan. Lafaz niat umrah : Maksudnya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya8 kerana Allah Taala” 7 Waktu tahrim tersebut adalah seperti berikut : 1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari. 2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari. 3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur). 4. Selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari. 5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam. 8 Maksud «berihram dengannya» ialah mengharamkan dirinya melakukan pantang larang semasa dalam ihram.
  • 6. 138Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat melepasi miqat Qarn Manazil9 . PERHATIAN : i. Wanita dalam keadaan haid tidak dihalang daripada berniat umrah. ii. Bagi wanita yang sedang suci dan menjangkakan haidnya akan tiba selepas berniat ihram digalakkan berniat secara bersyarat untuk mengelakkan timbulnya masalah terutamanya jika tidak dapat menyempurnakan kerja- kerja umrah sedangkan waktu untuk pulang ke tanah air sudah hampir dan haidnya masih belum kering. Lafaz niat umrah secara bersyarat seperti berikut: “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya aku didatangi haid maka aku menjadi halal”. Apabila datangnya haid, maka ia secara automatik terlepaslah dirinya daripada pantang-larang ihram dan dia juga tidak terikat dengan kerja-kerja umrah lagi. iii. Wanita yang sedang suci dan khuatir kedatangan haid yang akan menyebabkan berlaku gangguan dalam perjalanan kerja-kerja umrahnya, dibolehkan memakan pil penahan haid, tetapi setelah mendapat nasihat daripada doktor wanita yang dipercayai. 6. Selepas berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah. Lafaz talbiyyah adalah seperti berikut : Maksudnya : “HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, HambaMu datang menyahut panggilanMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu, HambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu. Tidak ada sekutu bagiMu.” Perhatian : Talbiyyah bagi umrah sunat dilafazkan bermula selepas berniat dan tamat apabila jemaah mahu mula melakukan tawaf. 7. Para jemaah juga diwajibkan tidak melakukan pantang larang berikut bermula daripada berniat sehinggalah dia selesai melakukan kerja-kerja umrah ini. 9 Berniat di miqat adalah paling afdal. Namun, jemaah diharuskan berniat sebelum melepasi miqat.
  • 7. 139Surah Yasin dan Amalan Pilihan139 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah MENINGGALKAN PANTANG LARANG UMRAH (WAJIB UMRAH) Secara umumnya pantang-larang dalam ihram umrah10 boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori: 1. larangan yang dikhususkan bagi lelaki sahaja; 2. larangan yang dikhususkan bagi wanita sahaja; 3. larangan umum (lelaki dan wanita). LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI LELAKI SAHAJA 1. Memakai pakaian bersarung / berjahit / bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya. i. Seorang lelaki semasa dalam ihram haji atau umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa wajib menyempurnakan dam: a. memakai kain pelikat dengan cara tidak disarungkan walaupun kain pelikat tersebut bercantum antara dua penjurunya; b. memakai kain tuala; c. memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya walaupun ada corak, berwarna-warni dan berbunga-bunga; d. memakai tali pinggang, cincin dan kaca mata; e. memakai sepatu yang menampakkan jari-jari kaki dan mempunyai tali pengikat di atas tulang keting yang menampakkan tumit; f. menutup kaki dengan kain ihram; g. menyemat pin antara dua hujung penjuru kain ihram sebelah bawah, tetapi tidak dibenarkan bagi kain ihram di sebelah atas; h. bercawat dengan kain ihram yang tidak bersambung dan berjahit; i. memakai lampin pakai buang bagi yang berpenyakit kencing tidak lawas; 10 Pantang larang dalam ihram umrah adalah sama dengan pantang larang dalam ihram haji.
  • 8. 140Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah ii. Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. *Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir)11 . iii. Seorang lelaki yang berada dalam ihram haji atau umrah boleh memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini jika ada keperluan. dia tidak berdosa akan tetapi diwajibkan ke atasnya membayar dam (takhyir dan taqdir). Contohnya : a. Memakai sarung lutut (kneeguard) yang dipakai secara bersarung untuk melegakan sakit lutut. Jika dipakai “bandage” secara dililit, kemudiannya disemat dgn pin atau di “zap on” , tidak mengapa dan tidak dikenakan dam. b. Memakai kasut pada kaki yang sihat untuk mengimbangi kasut yang dipakai pada kaki palsu. 2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya i. Seorang lelaki semasa dalam ihram haji atau umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa wajib menyempurnakan dam: a. Menggunakan payung b. Berteduh di bawah pokok c. Berteduh di bawah khemah ii. Jika sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah, memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. *Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir taqdir). 11 Dam takhyir dan taqdir boleh dipilih antara 3 perkara berikut : 1. menyembelih seekor kambing di Tanah Haram Mekah yang sah dibuat korban, atau 2. bersedekah kepada enam (6) orang fakir miskin di Tanah Haram Mekah. Setiap seorang dua (2) cupak makanan asasi Mekah, atau 3. berpuasa tiga (3) hari.
  • 9. 141Surah Yasin dan Amalan Pilihan141 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI WANITA SAHAJA 1. Menutup muka i. Jika sekiranya seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah menutup mukanya dengan kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. *Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir taqdir). ii. Seorang wanita yang berada dalam ihram haji atau umrah dibenarkan memakai penutup hidung dan mulut (mask) kerana sesuatu keperluan. *Akan tetapi dia diwajibkan menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir) dan dia tidak berdosa. iii. Seorang wanita yang berada dalam ihram umrah boleh menutup muka dan hidungnya dengan tangan untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulutnya itu tanpa wajib menyempurnakan dam. iv. Orang lelaki dibolehkan menutup mukanya semasa dalam ihram umrah kerana larangan ini hanya dikhususkan bagi wanita sahaja. LARANGAN UMUM (LELAKI WANITA) 1. Memakai sarung tangan Boleh melindungi tangan di sebalik kain tudung atau kain ihram. 2. Memakai bau-bauan sama ada di badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung i. Seseorang yang berada dalam ihram umrah boleh mengunakan: a. Ubat gigi, sabun mandi, shampoo b. Minyak angin *Walaupun bahan-bahan ini berbau wangi. Ini kerana penggunaannya adalah atas niat kebersihan bukannya untuk berwangi-wangian.
  • 10. 142Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah ii. Begitu juga dia boleh makan kek yang berperisa vanilla dan minum air kotak teh wangi kerana bahan pewangi yang digunakan itu adalah untuk menyedapkan makanan atau minuman tersebut sahaja bukannya untuk berwangi-wangian. iii. Jika sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai atau menghidu bau-bauan wangi secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan bau-bauan tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. *Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir taqdir). iv. Jika seseorang yang sedang berada dalam ihram haji atau umrah dicalit atau disembur dengan minyak wangi pada badan atau pakaiannya tanpa kerelaanya, hendaklah dia menghilangkan kesan bau-bauan tersebut dengan segera. *Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam tetapi jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir taqdir). v. Seseorang yang berada dalam ihram umrah hendaklah berhati-hati ketika mahu mengucup Hajarul Aswad. *InikeranaditakutiHajarulAswaddilumurdenganminyakwangi. Jikadiketahuiianyadilumurdengan minyak wangi, haram ke atasnya mengucup Hajarul Aswad itu. Jika dia mengucup Hajarul Aswad dalam keadaan tidak mengetahui ia dilumur dengan minyak wangi, hendaklah dia menghilangkan kesan bau wangi tersebut dengan segera. Dia tidak berdosa dan tidak wajib menyempurnakan dam. *Jika dia tidak menghilangkan kesan bau wangi tersebut dengan segera, dia dikira berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir). vi. Memakai semula kain ihram yang disapu dengan minyak wangi setelah ia ditanggalkan daripada badan adalah haram dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir). *Jika minyak wangi yang dilumur pada badan berpindah kepada kain ihram melalui peluh, tidak mengapa ia ditanggalkan dan dipakai semula tanpa dikenakan dam vii. Kelambu Kaabah juga dilumur dengan minyak wangi.
  • 11. 143Surah Yasin dan Amalan Pilihan143 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah *Jemaah yang berada dalam ihram haji atau umrah hendaklah berhati-hati ketika merapatkan tubuh ke dinding Kaabah supaya tidak terlibat menikmati bau wangi tersebut. *Dia hendaklah bersegera menjauhkan diri jika menghidu bau wangi. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia tidak bersegera menjauhkan dirinya daripada kelambu Kaabah yang wangi itu dengan segera, dia dikira berdosa dan wajib menyempurnakan dam (takhyir dan taqdir). viii. Wanita yang memakai tuala wangian (herba sahaja) adalah tidak berdosa dan tidak dikenakan dam kerana tujuan pemakaiannya adalah untuk kesihatan bukannya untuk berwangi-wangi. 3. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi i. Jika sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai minyak pada bahagian tubuh yang tidak dibenarkan secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan minyak tersebut dengan segera apabila dia ingat atau sedar atau diberi ingat. *Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir). ii. Memakai losyen pelindung sinaran atau sinaran ultra ungu dibolehkan dengan syarat losyen tersebut tiada wangian. *Walaupun begitu, jemaah dinasihatkan berhati-hati supaya tidak menggunakan losyen tersebut untuk kecantikan. Niatkan untuk kesihatan. 4. Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan i. Jika sekiranya seorang yang berada dalam ihram umrah menanggalkan rambut atau bulu secara sengaja, tidak sengaja atau terlupa, dia tetap dikenakan dam (takyir dan taqdir). *Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dengan sengaja.
  • 12. 144Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah ii. Jika seseorang yang berada dalam ihram umrah mengugurkan rambutnya dengan cara mengosok- gosokkan rambutnya ketika mandi atau mengambil air wuduk (walaupun rambutnya jenis mudah gugur), dia tetap wajib menyempurnakan dam tetapi tidak berdosa. *Jika rambut tersebut gugur dengan sendiri, maka tidak dikenakan dam. iii. Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram umrah yang mendapati rambut atau bulu yang gugur atas tilam atau bantal ketika bangun daripada tidur. *Begitu juga keadaannya bagi wanita yang yang mendapati rambut-rambut yang tertinggal dalam serkup tudung kepalanya ketika dia menanggalkan serkup kepala tersebut. 5. Mengerat atau memotong kuku i. Jika sekiranya seorang yang berada dalam ihram umrah mengerat atau memotong kuku secara sengaja, tidak sengaja atau terlupa dia tetap dikenakan dam (takyir dan taqdir). *Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa. Tetapi berdosa jika dengan sengaja. ii. Jika kuku tertanggal sendiri, maka tidak dikenakan dam. *Boleh mencabut kuku yang mengganggu keadaan jika sekiranya ia tidak dicabut tanpa dikenakan dam. Contohnya, kuku yang pecah akibat jari terkepit dengan sesuatu. iii. Harus mencabut kulit bibir, kaki dan tangan yang mengelupas tanpa dikenakan dam. 6. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah *Pengharaman memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram adalah berkait dengan pantang-larang yang tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram itu sendiri bukannya berkait dengan keadaan seseorang itu berada dalam ihram haji atau umrah. 7. Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram i. Menangkap ikan yang hidup sama ada dalam kolam, sungai atau laut tidak termasuk dalam larangan ini.
  • 13. 145Surah Yasin dan Amalan Pilihan145 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah ii. Jika seseorang memijak seekor belalang hingga mati walaupun secara tidak sengaja, dia tetap wajib menyempurnakan dam menurut nilai belalang tersebut. iii. Seseorang itu diharuskan membunuh nyamuk, lalat dan labah-labah jika serangga-serangga tersebut menganggunya tanpa dikenakan dam. iv. Binatang buruan yang dimiliki di Tanah Halal seperti burung terkukur, burung merpati, kijang, rusa, DUQDE GDQ VHEDJDLQD ZDMLE GLOHSDVNDQ VHEHOXP EHUQLDW LKUDP PHQJLNXW PD]KDE 6D¿H *Tetapi pendapat kebanyakan ahli feqah, tidak wajib dilepaskan sekiranya binatang-binatang itu tidak ada bersamanya sewaktu berihram. 8. Melakukan pendahuluan persetubuhan i. Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram haji atau umrah yang keluar air maninya akibat melihat wanita atau menyentuhnya atau dilamun khayal. ii. Suami isteri yang berada dalam ihram haji atau umrah boleh berpimpinan tangan ketika melintas jalan. iii.Tidak salah seorang suami atau isteri memeluk pasangannya yang sakit jika pelukan itu adalah pelukan kasih sayang bukannya pelukan bersyahwat. 9. Bersetubuh 10. Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin 8. Sepanjang perjalanan menuju ke Mekah, jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiyah 9. Sunat membaca doa yang dikhususkan apabila melihat kota Mekah. RUKUN 2 : TAWAF UMRAH 10. Amalan umrah yang pertama dilakukan oleh jemaah setibanya di Kota Suci Mekah ialah tawaf. Maksud tawaf ialah mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya. 11. Apabila jemaah melihat Kaabah, maka sunat membaca doanya. Dengan Ini Selesailah Perihal Pantang Larang Dalam Umrah
  • 14. 146Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah Lafaz niat tawaf umrah sebelum memulakan tawaf umrah : „ Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala“ 1 1. HAJAR ASWAD 2. PINTU KAABAH 3. PANCURAN EMAS 4. SYAZARAWAN 5. HIJIR ISMAIL 6. MULTAZAM 7. MAQAM IBRAHIM 8. RUKUN HAJAR ASWAD 9. RUKUN YAMANI 10. RUKUN SYAMI 11. RUKUN IRAQI 12. KELAMBU KAABAH 13. GARISAN PERMULAAN TAWAF (BERWARNA COKELAT)13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 X
  • 15. 147Surah Yasin dan Amalan Pilihan147 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah SYARAT-SYARAT TAWAF 1. Suci daripada hadas besar dan kecil i. Jemaah disyaratkan mengambil wuduk sebelum melakukan tawaf. ii. Jika berlaku sentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah boleh berpegang GHQJDQ VDWX SHQGDSDW GDODP 0D]KDE 6D¿H DQJ PHQJDWDNDQ WLGDN EDWDO ZXGXN MLND EHUODNX VHQWXKDQ kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika sengaja dan timbulnya syahwat.12 iii. Bagi wanita dalam haid, dia kena tunggu sampai haidnya kering. Seterusnya mandi wajib, ambil wuduk, kemudianya barulah dia boleh melakukan tawaf.13 2. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf. 3. Menutup aurat sebagaimana di dalam solat. 4. Tawaf hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad. 5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu. i. Jika jemaah ditolak akibat kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya lari sedikit daripada bangunan Kaabah, maka hendaklah segera membetulkan bahunya itu menghala ke arah bangunan kaabah. 6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf. i. Jika terdapat jemaah yang berpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan selepas itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau pasangannya, maka batal pusingan itu sahaja bukannya semua pusingan. 7. Cukup tujuh keliling dengan yakin. i. Jikalau was-was ketika tawaf pada bilangan pusingan tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah yang terkecil. Contohnya, jika jemaah was-was antara enam (6) pusingan atau tujuh (7) pusingan, maka dikira masih enam (6) pusingan, maka jemaah hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan. 12 Pendapat ini digunapakai bagi mengurangkan kesulitan jemaah mengambil wuduk berulang kali setiap kali bersentuhan dengan lelaki/wanita ajnabi. 13 Wanita dalam keadaan haid tidak boleh melakukan saie sebelum tawaf atas alasan saie tidak disyaratkan suci daripada hadas besar dan kecil. Jika dia berbuat demikian, saie tersebut tidak sah kerana salah satu daripada rukun umrah adalah tertib.
  • 16. 148Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah ii. Jikalau tawaf secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan sendiri dalam menentukan pusingan tawaf, walaupun bercanggah dengan rakan sekumpulan. 8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan. i. Semasa tawaf tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Hijir Ismail dan Syazarawan. SUNAT-SUNAT TAWAF 1. Tawaf dengan berjalan kaki. 2. Berittiba’ (Memakai pakaian ihram dalam keadaan membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sepanjang tawaf. 3. Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3). Pada pusingan keempat (4) hingga ketujuh (7), jemaah lelaki berjalan seperti biasa. 4. Melakukan istilam (Sentuh) Hajarul Aswad kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut ( ) kemudian kucup tapak tangan tanpa membunyikan suara kucupan tersebut. Begitu juga sunat istilam (sentuh) rukun yamani tetapi tidak sunat mengucupnya. Jika tak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut ( ) tanpa kucup tapak tangan tersebut. *Jemaah hanya dinasihatkan melakukan isyarat sahaja pada dua (2) tempat ini. Jika mahu mengucup hajarul aswad, pastikan ia dilakukan di luar masa tawaf. 5. Membaca doa dan wirid. 6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut. Kalau penat boleh berhenti dan sambung semula pada tempat yang berhenti tadi. Yang afdalnya sambung pada penjuru Hajarul Aswad 7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
  • 17. 149Surah Yasin dan Amalan Pilihan149 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah KAABAHSyazarawan SyazarawanRUKUN YAMANI RUKUN HAJAR ASWAD LAMPU HIJAU SEBAGAI TANDA LAIN BAGI TEMPAT PERMULAAN TAWAF CUKUP SATU PUSINGAN! KAWASAN YANG DIHARUSKAN MEMULAKAN TAWAF MAQAM IBRAHIM Syazarawan Syazarawan RUKUN SYAMI RUKUN IRAQI TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM HIJIR ISMAIL KETIKA TAWAF U HIJIR ISMAIL 8. Melakukan solat sunat dua (2) rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim14 . Lafaz Niat: Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala *Pada rakaat pertama VHOHSDV DO)DWLKDK EDFD VXUDK DO.D¿UXQ *Pada rakaat kedua : selepas al-Fatihah, baca surah al-Ikhlas *Makruh ittiba’ ketika menunaikan solat sunat tawaf *Selepas menunaikan solat sunat ihram, sunat berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan juga di Multazam (satu kawasan antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah). Seterusnya sunat minum air zamzam sepuas- puasnya. Kemudian sunat keluar daripada kawasan tawaf melalui Bab al-Safa (Pintu Safa) untuk melakukan saie pula 14 Boleh solat bila-bila masa di Tanah Haram Mekah tanpa terikat dengan lima (5) waktu tahrim. Dengan Ini Selesailah Perihal Kerja-Kerja Tawaf
  • 18. 150Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah RUKUN 3 : SAIE UMRAH 12. Pengertian Saie : Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah. Lafaz niat saie umrah sebelum memulakan saie ketika berada di atas Bukit Safa : Maksudnya : “Sahaja aku saie umrah tujuh keliling kerana Allah Taala „ SYARAT-SYARAT SAIE 1. Hendaklah dilakukan selepas melakukan Tawaf 2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah 3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali 4. Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada tiap-tiap kali. 5. Hendaklah saie di tempat yang ditentukan sekarang. 6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan saie itu. SUNAT-SUNAT SAIE 1. Keluar ke tempat saie melalui Pintu Safa. 2. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit. 3. Mengadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan: ( ) setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Marwah
  • 19. 151Surah Yasin dan Amalan Pilihan151 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah 4. Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di suatu tempat yang bertanda lampu hijau. 5. Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan saie. 6. Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat. 7. Berjalan kecuali uzur. Maka boleh menggunakan kenderaan seperti kerusi roda. 8. Berdoa 9. Berittiba‘ Dengan Ini Selesailah Kerja-Kerja Saie SAIE BERM ULA DARIPADA SAFA DAN BERAKHIR DI MARWAH SEBANYAK 7 KALI SAIE MAQAM IBRAHIM KAABAH BAB AL-SAFA CUKUP DUA KALI SAIE! JARAK ANTARA DUA GARISAN BERTITIK INI ADALAH KAWASAN YANG DISUNATKAN BERLARI-LARI ANAK BAGI LELAKI LALUAN KERETA SORONG CUKUP SATU KALI SAIE! JARAK ANTARA SAFA DAN MARWAH LEBIH KURANG 473 METER 99 METER LAMPU HIJAU SAFA MARWAH
  • 20. 152Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah Dengan Ini Selesailah Kerja-Kerja Umrah RUKUN 4 : BERGUNTING ATAU BERCUKUR 13. Selepas selesai melakukan saie, maka sampailah masanya bagi jemaah untuk bergunting atau bercukur bagi melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram (tahallul). 14. Afdal bercukur atau bergunting di Marwah. 15. Afdal bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita bergunting sahaja. Bagi yang botak licin: sunat baginya melalukan mata pisau di atas kepalanya. 16. Sunat bergunting (jika memilih untuk bergunting) sekurang-kurangnya 3 helai rambut sepanjang kadar ruas jari kuku pada hujung mana-mana rambut yang digunting. Jika kurang daripada saiz itu masih dibolehkan. 17. Boleh mengunting rambut orang lain walaupun diri sendiri belum lagi bergunting. Namun yang afdalnya, gunting rambut sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah mengunting rambut orang lain. 17. Dengan melakukan guntingan/cukuran ini, maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam ihram umrah. PERHATIAN 1. Bagi wanita yang berniat umrah dalam keadaan haid, kemudian haidnya kering, lalu dia mandi wajib, kemudiannya dia tawaf, saie dan bergunting, tiba-tiba haidnya datang kembali : i. Jika haid datang semula selepas 24 jam daripada keringnya haidnya (bukan daripada bermulanya mandi), maka tawaf, saie dan berguntingnya itu sah. ii. Jika haid datang semula kurang daripada 24 jam daripada kering haidnya, maka tawaf, saie dan berguntingnya itu tidak sah. 2. Jika para jemaah mahu melakukan umrah yang kedua (ketiga dan seterusnya) hendaklah dia pergi memasang niat umrah di Tanah Halal seperti di miqat Tan’im (5 km dari Masjidil Haram) atau Ji’ranah
  • 21. 153Surah Yasin dan Amalan Pilihan153 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah (22 km dari Masjidil Haram) dengan melakukan perkara-perkara yang sama sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, iaitu : i. Memakai pakaian ihram (dengan sunat-sunatnya) ii. Berniat umrah di miqat (contohnya di Tan’im atau ji’ranah) iii. Tawaf iv. Saie v. Bergunting atau bercukur SEMPADAN TANAH HARAM MEKAH MASJIDIL HARAM 1- JI’RANAH (22 KM) WADI NAKHLAH (13 KM) 2- TAN’IM (5 KM) 3- HUDAIBIYYAH- SHUMAISHI (29 KM) ADHAT LIBN (16 KM) SEMPADAN ARAFAH (22 KM)
  • 22. 154Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah 3. Perlu diingatkan, umrah yang kedua dan seterusnya merupakan umrah sunat. Walaupun ia sunat, para jemaah tetap diwajibkan menyelesaikan kerja-kerja umrah itu dari awal hingga akhir (niat, tawaf, saie, bergunting/ bercukur) 4. Jangan sesekali tidak menyelesaikan kerja-kerja umrah itu sampai habis kononnya atas alasan ia adalah umrah sunat sahaja. 5. Jemaah boleh melakukan umrah untuk orang lain apabila dia telah selesai melakukan umrah pertama (umrah wajib) bagi dirinya, walaupun dia masih belum melakukan haji. AMALAN-AMALAN SEMASA DI TANAH SUCI 1. Solat berjamaah 2. Solat jenazah 3. Solat sunat 4. Puasa sunat 5. Khatam al-Quran 6. Memandang Baitullah 7. Berdoa terutamanya di tempat-tempat yang mustajab doanya 8. Beriktikaf dalam masjid PERHATIAN 1. Jika wanita yang sedang berada dalam keadaan haid berniat ihram umrah, tetapi dia masih tidak dapat menyempurnakan kerja umrah kerana haid masih ada sehinggalah sampai waktu berangkat pulang, maka dia kena bertahallul ihsar untuk melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram. Caranya :
  • 23. 155Surah Yasin dan Amalan Pilihan155 Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah i. Setelah sampai ke tanah air hendaklah menyembelih seekor kambing yang sah dibuat korban dan bergunting dengan niat tahallul. ii. Daging kambing tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin tempatan. iii. Dengan ini, terlepaslah dirinya daripada segala pantang larang ihram. 2. Jika umrah tersebut umrah wajib, maka wajib qada‘. 3. Jika umrah tersebut umrah sunat, tak wajib qada‘. TAWAF WADAK15 : 1. Akhir sekali sebelum keluar meninggalkan kota suci Mekah, jemaah wajib melakukan tawaf wadak dengan mengikuti syarat-syarat dan sunat-sunat tawaf yang telah disebutkan sebelum ini. Niatnya : “Sahaja aku tawaf wadak tujuh keliling kerana Allah Taala” 2. Tawaf wadak ini dilakukan selepas segala persiapan untuk pulang ke tanah air sudah dilakukan seperti beg- beg sudah dikemaskan, urusan membeli-belah sudah selesai dan pelbagai lagi urusan. 3. Wanita dalam haid dikecualikan daripada melakukan tawaf wadak ini. Cara yang sunat baginya untuk meninggalkan kota Mekah ialah pergi ke hadapan pintu Masjidil Haram, memandang Kaabah dan melambai- lambai tangan dengan perasaan yang sayu. 4. Melakukan Tawaf Wadak ini terdapat sedikit perbezaan dengan Tawaf Umrah, iaitu : i. Memakai pakaian biasa dengan menutup aurat. Bukan memakai kain ihram. ii. Tidak melakukan ittiba’(membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sebab jemaah memakai pakaian biasa. iii. Tiada perbuatan berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3). 15 Tawaf wadak merupakan wajib tersendiri yang tiada kaitan dengan rukun-rukun dan wajib-wajib umrah. Ia merupakan perkara yang wajib dilakukan bagi setiap orang yang mahu keluar daripada Kota Suci Mekah lebih daripada dua marhalah.
  • 24. 156Surah Yasin dan Amalan Pilihan Panduan Mengerjakan Umrah PERHATIAN 1. Perkara-perkara sunat selepas tawaf seperti solat sunat tawaf, berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan Multazam, meminum air zamzam digalakkan untuk dilakukan. 2. Selepas selesai melakukan tawaf wadak, jemaah pulang ke hotel hanya menunggu bas untuk membawa mereka keluar dari Tanah Haram Mekah Ahli Jawatankuasa Penyusun Penaung: Dato’ Profesor Dr. Alias bin Daud Naib Canselor. Panel Penyusun: Dr. Abdul Hakim bin Abdullah Pegawai Khas Kepada Naib Canselor Ustaz Azhar bin Yaacob Pengarah Pusat Islam Puan Azizah binti Endut Dekan Fakulti Bahasa Komunikasi Puan Rosliza binti Abdul Razak Ketua Unit Komunikasi Korporat