SlideShare a Scribd company logo
Perincian Tentang Tafsiran Asnaf Lapan Dan Kadar Zakat Yang
Ditetapkan Kepada Setiap Asnaf
 Zakat
Tarikh Keputusan:
28 Oct, 2007
Huraian Tajuk/Isu:
Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini dibincangkan supaya satu fatwa dikeluarkan tentang
tafsiran asnaf-asnaf lapan yang berhak menerima zakat agar kaedah pengagihan wang zakat
yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dapat diperkemaskan pada masa-masa yang
akan datang.
Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang
bersidang pada 8 Okt 2007 telah membincangkan mengenai perincian tentang Asnaf Lapan
dan Kadar Zakat yang ditetapkan kepada setiap Asnaf. Mesyuarat telah membuat keputusan
fatwa seperti berikut:
1. Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan
tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan
tanggungannya.
2. Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh
peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah.
Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang
mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah
tanggunggannya.
3. Amil (pengurus zakat)
Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya
terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga
pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut.
Di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan merupakan Amil Zakat dan berhak
mendapatkan 1/8 daripada jumlah kutipan wang zakat yang dipunggut sebagai salah satu
daripada asnaf penerima zakat. Peruntukan 1/8 ini hendaklah digunakan untuk membayar upah
amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan terdiri daripada pegawai-pegawai
Majlis, pertubuhan dan orang-orang awam. Baki daripada peruntukan tersebut boleh digunakan
untuk pengurusan am Majlis Agama Islam Kelantan seperti pembayaran gaji kepada kakitangan
dan perbelanjaan menjalankan operasi-operasi lain.
4. Al-Muallafatu Qulubuhum
Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan
golongan Kafir.
Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan
bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh.
Golongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.
5. Fir Riqab
Pada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini
adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau
amalan perhambaan.
Apabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, Mesyuarat
bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang
mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari
belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa
dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya.
6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)
Orang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah
awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya.
Bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam
asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi
(haddul kifayah).
7. Fi Sabilillah
Ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai
keredhaan Allah.
Oleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang
musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri
kepada Allah.
8. Ibnu Sabil
Iaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja
orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir.
Begitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perincian-tentang-tafsiran-asnaf-lapan-dan-kadar-
zakat-yang-ditetapkan-kepada-setiap

More Related Content

Similar to Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf fatwa jakim

Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
idmac2015
 
Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri SaadAzura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
idmac2015
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimABDUL HALIM
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islamUNISZA
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Nurul Dayati Fauziah
 
Mapan dalam islam
Mapan dalam islamMapan dalam islam
Mapan dalam islam
nurulsyifaabintibaharudin
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Izzuddin Norrahman
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Laila Azhan
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
idmac2015
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
idmac2015
 
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan LestariLMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
raabia basaria rasheed
 
Amalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptx
Amalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptxAmalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptx
Amalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptx
KausarKhairuddin1
 
Similar to Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf fatwa jakim (13)

Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri SaadAzura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul Halim
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islam
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
 
Mapan dalam islam
Mapan dalam islamMapan dalam islam
Mapan dalam islam
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Institusi kewangan islam di malaysia : Ahmad Zakiru...
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan LestariLMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
LMCP1552 Pembangunan Mapan dalam Islam- Bandar Mapan dan Lestari
 
Amalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptx
Amalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptxAmalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptx
Amalan Terbaik dalam kesejahteraan sosial A169726.pptx
 
More from Umantiq Smakt

12 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 20012 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 200
Umantiq Smakt
 
(7)umrah (1)
(7)umrah (1)(7)umrah (1)
(7)umrah (1)
Umantiq Smakt
 
Borang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkiniBorang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkini
Umantiq Smakt
 
Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016
Umantiq Smakt
 
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Umantiq Smakt
 
Zakat johor
Zakat johorZakat johor
Zakat johor
Umantiq Smakt
 
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahPerbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Umantiq Smakt
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-word
Umantiq Smakt
 
Surat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenSurat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenUmantiq Smakt
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02Umantiq Smakt
 
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanHukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Umantiq Smakt
 
Undangan aqiqah
Undangan aqiqahUndangan aqiqah
Undangan aqiqah
Umantiq Smakt
 
Zar52 cat
Zar52 catZar52 cat
Zar52 cat
Umantiq Smakt
 
More from Umantiq Smakt (14)

12 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 20012 minggu keduabelas ms167 200
12 minggu keduabelas ms167 200
 
(7)umrah (1)
(7)umrah (1)(7)umrah (1)
(7)umrah (1)
 
Borang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkiniBorang pendaftaran umrah terkini
Borang pendaftaran umrah terkini
 
Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016Flayers umrah april 2016
Flayers umrah april 2016
 
Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)Borang penyertaan kembara (no watermark)
Borang penyertaan kembara (no watermark)
 
Zakat johor
Zakat johorZakat johor
Zakat johor
 
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekahPerbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
Perbezaan antara-zakat-infaq-dan-sedekah
 
Terjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-wordTerjemah mushtholah-hadits-word
Terjemah mushtholah-hadits-word
 
Surat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejenSurat pelantikan ejen
Surat pelantikan ejen
 
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp022 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
2 pengurusandanperkembangankurikulum-090610200150-phpapp02
 
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuanHukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
Hukum tabarruj atau berhias berlebihan bagi perempuan
 
Undangan aqiqah
Undangan aqiqahUndangan aqiqah
Undangan aqiqah
 
Akikah
AkikahAkikah
Akikah
 
Zar52 cat
Zar52 catZar52 cat
Zar52 cat
 
Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
Recently uploaded (11)

Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada setiap asnaf fatwa jakim

  • 1. Perincian Tentang Tafsiran Asnaf Lapan Dan Kadar Zakat Yang Ditetapkan Kepada Setiap Asnaf  Zakat Tarikh Keputusan: 28 Oct, 2007 Huraian Tajuk/Isu: Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini dibincangkan supaya satu fatwa dikeluarkan tentang tafsiran asnaf-asnaf lapan yang berhak menerima zakat agar kaedah pengagihan wang zakat yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dapat diperkemaskan pada masa-masa yang akan datang. Keputusan: Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 8 Okt 2007 telah membincangkan mengenai perincian tentang Asnaf Lapan dan Kadar Zakat yang ditetapkan kepada setiap Asnaf. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut: 1. Fakir Orang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya. 2. Miskin Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah. Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya. 3. Amil (pengurus zakat) Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut. Di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan merupakan Amil Zakat dan berhak mendapatkan 1/8 daripada jumlah kutipan wang zakat yang dipunggut sebagai salah satu daripada asnaf penerima zakat. Peruntukan 1/8 ini hendaklah digunakan untuk membayar upah amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis, pertubuhan dan orang-orang awam. Baki daripada peruntukan tersebut boleh digunakan untuk pengurusan am Majlis Agama Islam Kelantan seperti pembayaran gaji kepada kakitangan dan perbelanjaan menjalankan operasi-operasi lain. 4. Al-Muallafatu Qulubuhum Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir. Golongan Muslim meliputi : a. Orang yang baru memeluk Agama Islam. b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan
  • 2. bukan Islam yang sama taraf dengannya. c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh. Golongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi : a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam. b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam. 5. Fir Riqab Pada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau amalan perhambaan. Apabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, Mesyuarat bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya. 6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang) Orang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya. Bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah). 7. Fi Sabilillah Ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai keredhaan Allah. Oleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah. 8. Ibnu Sabil Iaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir. Begitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perincian-tentang-tafsiran-asnaf-lapan-dan-kadar- zakat-yang-ditetapkan-kepada-setiap