1. 1.5.1 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan
waktu bekerja penjawat awam di Malaysia dalam seminggu
adalah 45 jam seminggu selaras dengan ketetapan
International Labour Organization (ILO).
1.5.2 Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada
waktu bekerja pejabat dan waktu bekerja bukan pejabat. Di
sekolah, PGB dan AKP bekerja menggunakan waktu bekerja
pejabat manakala guru bekerja menggunakan waktu
bekerja bukan pejabat tetapi masih terikat kepada
penetapan waktu bekerja oleh JPA iaitu 45 jam seminggu
merangkumi waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan
PdP dan bukan PdP serta luar waktu persekolahan
melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan lain-lain
seperti Rajah 2 di bawah.
2.
3. • Secara umumnya, waktu bekerja mingguan PGB dan
AKP dengan guru hampir sama iaitu 38 jam 30 minit
tidak termasuk waktu rehat bagi PGB dan AKP dan
lebih kurang 38 jam bagi guru seperti Jadual 2 dan
Jadual 3 di bawah: