SlideShare a Scribd company logo
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS
SINOPSIS
Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan
jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap
personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian,
penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia.
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat;
1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan
tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains
2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains,
penyimpanan dan pelupusan bahan kimia
3. mereka bentuk makmal sains yang betul.
KERANGKA TAJUK
1
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
ISI KANDUNGAN
1.1 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains
Makmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap
memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula dari Pengetua/Guru
Besar sehingga ke Pembantu Am Pejabat. Rajah 1.1 menunjukkan carta
organisasi pengurusan makmal sains yang biasa diamalkan di sekolah ketika ini.
Rajah 1.1: Carta Organisasi Pengurusan Makmal Sains Sekolah
Menengah
2
Pengetua
Panitia Sains Panitia Matematik
Guru Kanan Sains
Guru Sains
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Penolong Kanan
Pembantu Makmal
Pembantu Am Pejabat
(Makmal Sains)
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
Bagi sekolah rendah pula, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan
biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu;
a. Unit Keceriaan Bilik Sains
b. Unit Penyimpanan Stok
c. Unit Keselamatan Bilik
d. Unit Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar
Rajah 1.2 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah.
Rajah 1.2: Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah.
Perbincangan
Bincangkan carta organisasi pengurusan makmal/bilik sains di sekolah
anda yang sedia ada dan bandingkan dengan maklumat di atas. Nyatakan
fungsi setiap personal dalam carta organisasi tersebut.
3
Guru Besar
Guru Sains
Panitia Sains
Guru Penolong Kanan
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
1.2 Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains
Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara
langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah.
Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan
pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan
kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,
penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum
yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam
aspek profesional dan pengurusan.
Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab
membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal
dan bilik sains.
1.2.1 Fungsi Ketua Bidang Sains dan Matematik
1. Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal
sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
2. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah;
a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem
bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati
ciri-ciri keselamatan.
b. Merancang dan menyediakan :
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan
ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh
penggunaannya
4
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
c. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains
mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
d. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan
makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
e. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-
kurangnya enam bulan sekali.
f. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains
dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
g. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi
pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
h. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
i. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti
perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
j. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya
menepati ciri-ciri keselamatan.
k. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
1.2.2 Fungsi Ketua Panitia Sains
1. Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua
Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan
dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.
2. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru
yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains
Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
5
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
3. Ketua Panitia Sains bertanggungjawab;
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan
bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi
keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan
hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual
operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains
seperti berikut :
i. Pesanan peralatan dan bahan sains
ii. Stok makmal sains
iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
iv. Kerosakan dan kehilangan
v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan
vi. Kemalangan
vii. Rekod penggunaan makmal sains
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas,
perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan
diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan
kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari
6
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
masa ke semasa.
1.2.3 Fungsi Guru Sains
1. Seorang Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah.
2. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti
berikut :
a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan
makmal dan bilik sains.
c. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
d. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan
dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan
kakitangan makmal dan bilik sains.
e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan
dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
f. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod,
menyemak dan mengemas kini stok.
g. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru
Besar dari masa ke semasa.
1.2.4 Fungsi Pembantu Makmal
1. Fungsi Pembantu Makmal adalah;
a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum
waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi
pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam
keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
7
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru
sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja
amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk
kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan
peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan
seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal
yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu
setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan
peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang
kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia,
Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
n. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti
mengemaskini stok dan sebagainya.
o. Mencuci peralatan sains yang kotor.
p. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-
bahan serta radas daripada pihak pembekal.
q. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.
8
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
2. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembantu makmal
semasa cuti sekolah.
9
Latihan
1. Nyatakan tiga tugas utama Ketua Panitia Sains, Guru Sains dan
Pembantu Makmal Sains dalam pengurusan makmal sains.
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran
1.3.1 Belanjawan
1. Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan
peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan
kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah.
2. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan
dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang
berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang
kemaskini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan
kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak
melebihi peruntukan.
3. Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini
membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat
pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains
dan gurru-gurukanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan
akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar.
4. Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;
a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti
item-item dan;
• Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.
• Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
• Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
• Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
• Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,
10
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
gas, perabot dan lain-lain.
c. Sediakan senarai keperluan tahunan.
d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.
e. Mendapat senarai harga dari pembekal.
f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.
g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.
h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.
5. Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang
perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
1.3.2 Pesanan dan Pembayaran
1. Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.
2. Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi
RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi
satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga
RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi
satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000,
pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00-
RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah).
3. Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah
baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan
khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan
pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan
menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan
sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat
pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus
bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.
4. Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut;
11
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
a. Mendapatkan sebut harga.
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5)
pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti
yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.
b. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama
ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel
untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut
syarikat yang telah dipilih perlu disediakan.
c. Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang
berjaya.
Perlu kelulusan ketua jabatan.
d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal.
e. Surat/nota tanda terima.
Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
f. Nota hantaran.
Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa
barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang
pesanan.
g. Penerimaan barangan.
Pembekal menghantar barangan.
Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota
hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah
ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh
sekolah.
h. Invois.
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran
telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan
12
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan
pembayaran.
5. Prosedur Pembelian Secara Terus
I) Secara sebutharga (Direct Award)
a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh
ketua bidang/panitia.
b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa
syarikat.
c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.
d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan
menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.
e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada
invois dan DO.
II) Secara Petty Cash
a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh
ketua bidang/panitia.
b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada
pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.
Mengumpul Maklumat
13
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
1. Anda dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan prosedur pembelian
dan pembayaran peralatan/bahan sains beserta contoh-contoh borang
pesanan, invois dan Delivery Order.
1. Berikan takrif PCG (Per Capita Grant). Bagaimanakah kaedah pengiraan
PCG bagi pelajar sekolah rendah kerajaan ditentukan.
1.3.3 Penyimpanan Stok
1. Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal
sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam
stor kimia.
2. Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari,
kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa
yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang
sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.
3. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;
a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah
dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia
yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.
b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
c. Gunakan stok yang lama dahulu.
d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.
4. Bagi bahan kimia tak organik pula, ianya haruslah diabel pada botol
mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun
mengikut abjad di dalam almari bertutup.
14
Latihan
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
5. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
6. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama
logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama
sebatian ammonium.
7. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan
yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.
8. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid
sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium
hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida,
kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat,
kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida,
natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink
klorida,zink nitrat.
9. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti
ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat
(II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat.
10. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang
tinggi.
11. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan
dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika
hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang
tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
12. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif .
Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.
13. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid
nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
14. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid
askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.
15. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan
garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan
kuantitinya.
15
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
1.4 Prosedur Pelupusan
1. Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan
sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.
1.4.1 Pelupusan Bahan Sisa
1. Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan
dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam
sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan
bahan ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.
2. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;
a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus
ke dalam sistem saliran air yang banyak.
b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.
c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4
molar dan
kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air
yang banyak.
d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan
terlebih dahulu sebelum dibuang.
e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong
sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah
dibungkus dan dibuang.
16
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.
1.4.2 Pelupusan Stok Bahan Kimia
1. Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila
bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor
atau tidak digunakan lagi.
3. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19
dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari
Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini
hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.
4. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus
beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;
a) Borang KEW PS-19
b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar
c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.
5. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-
kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.
1.4.3 Pelupusan Aset Alih Kerajaan
1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu
dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007
(Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 05 Tahun 2009.
2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari
milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang
ditetapkan.
17
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik
dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan
disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.
4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan
Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu).
Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga
Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan
untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut
nilai aset tersebut.
5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu
dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19
dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu
dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.
1. Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan
seperti;
• Larutan asid hidroklorik cair
• Larutan Natrium hidrksida cair
• Hablur sulfur
Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.
2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat
tempoh penggunaannya.
18
Latihan
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
1.5 Reka Bentuk Makmal Sains
Rak/almari radas Rak Bahan Kimia
Bilik Persediaan Stor Kimia
Meja
Staf
Pintu Bilik
Persediaan
Pintu
Masuk
Meja Guru
− − − −
Meja
Pelajar
Sinki
− − − −
− − − −
− − − −
19
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
− − − −
− − − −
− − − −
Pintu
KeluarKebuk
Wasap
Almari
1. Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan
kimia.
2. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi
dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh
diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan
penyiasatan sains.
3. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan
seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains
dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini.
4. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia
samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah
penyimpanan yang betul.
5. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya
biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap.
Tutorial
1. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari
segi fungsi, susun atur dan kemudahan.
20
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)
1. Sila layari internet dan mencari contoh reka bentuk makmal sains di
beberapa sekolah dan bandingkan dari segi reka bentuknya.
Rujukan:
Beng, D.C. & Yahya, M.K. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur:
Dewan Bahan dan Pustaka.
Nasir, J. & Zakaria, N. (2001). Panduan makmal sains sekolah. Online 28.10.
2012 http://makmal.8m.com/index.htm
Poh, S. H. (2001). Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
21
Layari Internet

More Related Content

What's hot

Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
parydave
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
firo HAR
 
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmmBahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
siaw ong
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
FaFai S.
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaKhas Midzan
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
Izzat Najmi
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulumNurul Husna
 
Bab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makananBab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makanan
rodziah anuar
 
Timbul dan tenggelam
Timbul dan tenggelamTimbul dan tenggelam
Timbul dan tenggelamkozai
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
CyafRBT
 

What's hot (20)

Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Bab 8 keselamatan
Bab 8  keselamatanBab 8  keselamatan
Bab 8 keselamatan
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmmBahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deria
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Bab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makananBab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makanan
 
Timbul dan tenggelam
Timbul dan tenggelamTimbul dan tenggelam
Timbul dan tenggelam
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 

Viewers also liked

2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sains2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sainssyira11
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Ahmad Aidil Nasir
 
Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluanSiti Alias
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
Manieysah Mohamat
 
Pengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sainsPengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sains
Cool University
 
Pengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalPengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalSiti Alias
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Peranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmalPeranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmalSiti Alias
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
Safwan Yusuf
 

Viewers also liked (9)

2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sains2675321 pengurusan-makmal-sains
2675321 pengurusan-makmal-sains
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
 
Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluan
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
Pengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sainsPengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sains
 
Pengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalPengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmal
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
 
Peranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmalPeranan guru & pembantu makmal
Peranan guru & pembantu makmal
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
 

Similar to 08 isi pelajaran 1

Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014
Lynamaz Maz
 
RPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docxRPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docx
Surianti30
 
RPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdfRPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdf
RafizalShafiee1
 
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docxRPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
SITIMARDIAHBINTIISMA
 
Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016
Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016
Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016
Harzana Harun
 
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
Rozayus Academy
 
Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1
Norliati Mohamed Ghazali
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
hasrulown1
 
Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1
tmkskbj
 
51159472 6-0 fail-meja-3k
51159472 6-0 fail-meja-3k51159472 6-0 fail-meja-3k
51159472 6-0 fail-meja-3kNaimah Yaacob
 
SAINS 2022 RPT T1.docx
SAINS 2022 RPT T1.docxSAINS 2022 RPT T1.docx
SAINS 2022 RPT T1.docx
NOORLELABINTIHARUNMo
 
Rpt sains thn 1 1
Rpt sains thn 1 1Rpt sains thn 1 1
Rpt sains thn 1 1
Hisham Haron
 
Rpt sains t1 2019 (2)
Rpt sains t1 2019 (2)Rpt sains t1 2019 (2)
Rpt sains t1 2019 (2)
Roslan Abdullah
 
Brochure panitia sainis v3
Brochure panitia sainis v3Brochure panitia sainis v3
Brochure panitia sainis v3
Mazni Bali
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Zai Muhd
 
Laporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sainsLaporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sainsIZZAH2008
 
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bilMinit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
elrazi
 
Dunia sains dan teknologi
Dunia sains dan teknologiDunia sains dan teknologi
Dunia sains dan teknologiwmzuri
 

Similar to 08 isi pelajaran 1 (20)

Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014
 
RPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docxRPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docx
 
RPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdfRPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdf
 
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docxRPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
 
Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016
Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016
Rancangan Sesi Latihan Sains Teknologi 2SVM Semester 3 2016
 
Kms
KmsKms
Kms
 
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
 
Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
 
Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1Rpt sains thn 1
Rpt sains thn 1
 
51159472 6-0 fail-meja-3k
51159472 6-0 fail-meja-3k51159472 6-0 fail-meja-3k
51159472 6-0 fail-meja-3k
 
SAINS 2022 RPT T1.docx
SAINS 2022 RPT T1.docxSAINS 2022 RPT T1.docx
SAINS 2022 RPT T1.docx
 
Rpt sains thn 1 1
Rpt sains thn 1 1Rpt sains thn 1 1
Rpt sains thn 1 1
 
Rpt sains t1 2019 (2)
Rpt sains t1 2019 (2)Rpt sains t1 2019 (2)
Rpt sains t1 2019 (2)
 
Brochure panitia sainis v3
Brochure panitia sainis v3Brochure panitia sainis v3
Brochure panitia sainis v3
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
 
Laporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sainsLaporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sains
 
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bilMinit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
 
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
 
Dunia sains dan teknologi
Dunia sains dan teknologiDunia sains dan teknologi
Dunia sains dan teknologi
 

More from Subramega Subramegala (16)

3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf
3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf
3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdf
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdfPENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdf
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdf
 
Segak
SegakSegak
Segak
 
Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)
Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)
Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)
 
Faq (soalan lazim) 24 jun 2019
Faq (soalan lazim) 24 jun 2019Faq (soalan lazim) 24 jun 2019
Faq (soalan lazim) 24 jun 2019
 
Modul google classroom v1
Modul google classroom v1Modul google classroom v1
Modul google classroom v1
 
Set borang permohonan
Set borang permohonanSet borang permohonan
Set borang permohonan
 
Contoh suratiringan
Contoh suratiringanContoh suratiringan
Contoh suratiringan
 
Brg1 2004
Brg1 2004Brg1 2004
Brg1 2004
 
Brg bayaran balik
Brg bayaran balikBrg bayaran balik
Brg bayaran balik
 
Borang 7
Borang 7Borang 7
Borang 7
 
Borang 6
Borang 6Borang 6
Borang 6
 
Borang 3 b
Borang 3 bBorang 3 b
Borang 3 b
 
Borang 2
Borang 2Borang 2
Borang 2
 
Borang 1
Borang 1Borang 1
Borang 1
 
08 isi pelajaran 10
08  isi pelajaran 1008  isi pelajaran 10
08 isi pelajaran 10
 

08 isi pelajaran 1

  • 1. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS SINOPSIS Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian, penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia. HASIL PEMBELAJARAN Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat; 1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains 2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia 3. mereka bentuk makmal sains yang betul. KERANGKA TAJUK 1
  • 2. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) ISI KANDUNGAN 1.1 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains Makmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula dari Pengetua/Guru Besar sehingga ke Pembantu Am Pejabat. Rajah 1.1 menunjukkan carta organisasi pengurusan makmal sains yang biasa diamalkan di sekolah ketika ini. Rajah 1.1: Carta Organisasi Pengurusan Makmal Sains Sekolah Menengah 2 Pengetua Panitia Sains Panitia Matematik Guru Kanan Sains Guru Sains Ketua Bidang Sains dan Matematik Penolong Kanan Pembantu Makmal Pembantu Am Pejabat (Makmal Sains)
  • 3. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) Bagi sekolah rendah pula, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu; a. Unit Keceriaan Bilik Sains b. Unit Penyimpanan Stok c. Unit Keselamatan Bilik d. Unit Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar Rajah 1.2 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah. Rajah 1.2: Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah. Perbincangan Bincangkan carta organisasi pengurusan makmal/bilik sains di sekolah anda yang sedia ada dan bandingkan dengan maklumat di atas. Nyatakan fungsi setiap personal dalam carta organisasi tersebut. 3 Guru Besar Guru Sains Panitia Sains Guru Penolong Kanan
  • 4. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 1.2 Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan. Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains. 1.2.1 Fungsi Ketua Bidang Sains dan Matematik 1. Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. 2. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah; a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. b. Merancang dan menyediakan : i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan ii. Peraturan keselamatan iii. Latihan kecemasan dan kebakaran iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya 4
  • 5. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) c. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal. d. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi. e. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang- kurangnya enam bulan sekali. f. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. g. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains. h. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains. i. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal. j. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan. k. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 1.2.2 Fungsi Ketua Panitia Sains 1. Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. 2. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. 5
  • 6. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 3. Ketua Panitia Sains bertanggungjawab; a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains. b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun. c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan. d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem. e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut : i. Pesanan peralatan dan bahan sains ii. Stok makmal sains iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains iv. Kerosakan dan kehilangan v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan vi. Kemalangan vii. Rekod penggunaan makmal sains f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna. g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains. i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains. j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains. l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. m. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari 6
  • 7. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) masa ke semasa. 1.2.3 Fungsi Guru Sains 1. Seorang Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah. 2. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut : a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains. b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains. c. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. d. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains. e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan. f. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok. g. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains. h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa. 1.2.4 Fungsi Pembantu Makmal 1. Fungsi Pembantu Makmal adalah; a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir. b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat. 7
  • 8. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan. e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan. f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains. h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan. i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali. j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali. k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali. m. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua. n. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya. o. Mencuci peralatan sains yang kotor. p. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan- bahan serta radas daripada pihak pembekal. q. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 8
  • 9. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 2. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembantu makmal semasa cuti sekolah. 9 Latihan 1. Nyatakan tiga tugas utama Ketua Panitia Sains, Guru Sains dan Pembantu Makmal Sains dalam pengurusan makmal sains.
  • 10. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran 1.3.1 Belanjawan 1. Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah. 2. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang kemaskini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan. 3. Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-gurukanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar. 4. Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira; a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item dan; • Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis. • Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan. • Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. • Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. • Item-item peralatan yang rosak dan kecurian. b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik, 10
  • 11. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) gas, perabot dan lain-lain. c. Sediakan senarai keperluan tahunan. d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains. e. Mendapat senarai harga dari pembekal. f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG. g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan. h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat. 5. Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan. 1.3.2 Pesanan dan Pembayaran 1. Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar. 2. Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000, pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00- RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah). 3. Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain. 4. Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut; 11
  • 12. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) a. Mendapatkan sebut harga. Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat. b. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut syarikat yang telah dipilih perlu disediakan. c. Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang berjaya. Perlu kelulusan ketua jabatan. d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal. e. Surat/nota tanda terima. Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. f. Nota hantaran. Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. g. Penerimaan barangan. Pembekal menghantar barangan. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. h. Invois. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan 12
  • 13. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran. 5. Prosedur Pembelian Secara Terus I) Secara sebutharga (Direct Award) a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia. b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat. c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi. d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO. e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois dan DO. II) Secara Petty Cash a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia. b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash. Mengumpul Maklumat 13
  • 14. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 1. Anda dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan prosedur pembelian dan pembayaran peralatan/bahan sains beserta contoh-contoh borang pesanan, invois dan Delivery Order. 1. Berikan takrif PCG (Per Capita Grant). Bagaimanakah kaedah pengiraan PCG bagi pelajar sekolah rendah kerajaan ditentukan. 1.3.3 Penyimpanan Stok 1. Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam stor kimia. 2. Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok. 3. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut; a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. c. Gunakan stok yang lama dahulu. d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak. 4. Bagi bahan kimia tak organik pula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. 14 Latihan
  • 15. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 5. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. 6. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. 7. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. 8. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat. 9. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat. 10. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi. 11. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan. 12. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif . Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk. 13. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. 14. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk. 15. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya. 15
  • 16. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 1.4 Prosedur Pelupusan 1. Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan. 1.4.1 Pelupusan Bahan Sisa 1. Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai. 2. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah; a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran air yang banyak. b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan. c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang banyak. d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang. e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah dibungkus dan dibuang. 16
  • 17. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam. 1.4.2 Pelupusan Stok Bahan Kimia 1. Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi. 3. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar. 4. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan; a) Borang KEW PS-19 b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar. 5. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah- kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar. 1.4.3 Pelupusan Aset Alih Kerajaan 1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009. 2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. 17
  • 18. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan. 4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut. 5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3. 1. Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan seperti; • Larutan asid hidroklorik cair • Larutan Natrium hidrksida cair • Hablur sulfur Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut. 2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya. 18 Latihan
  • 19. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 1.5 Reka Bentuk Makmal Sains Rak/almari radas Rak Bahan Kimia Bilik Persediaan Stor Kimia Meja Staf Pintu Bilik Persediaan Pintu Masuk Meja Guru − − − − Meja Pelajar Sinki − − − − − − − − − − − − 19
  • 20. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) − − − − − − − − − − − − Pintu KeluarKebuk Wasap Almari 1. Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan kimia. 2. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan penyiasatan sains. 3. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini. 4. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah penyimpanan yang betul. 5. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap. Tutorial 1. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari segi fungsi, susun atur dan kemudahan. 20
  • 21. (SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) 1. Sila layari internet dan mencari contoh reka bentuk makmal sains di beberapa sekolah dan bandingkan dari segi reka bentuknya. Rujukan: Beng, D.C. & Yahya, M.K. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahan dan Pustaka. Nasir, J. & Zakaria, N. (2001). Panduan makmal sains sekolah. Online 28.10. 2012 http://makmal.8m.com/index.htm Poh, S. H. (2001). Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 21 Layari Internet