SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Perkembangan al-Ikhwan al-Muslimun
Syria(1949-1989) Part 41
Posted on September 4, 2012 | Tinggalkan komen
Zaman Pemerintahan Ba،th(Hafiz al-Asad 1971-2000)
Pada 13 November 1971, Hafiz Asad melakukan rampasan kuasa. Pada tahun yang sama beliau
dilantik menjadi presiden Syria yang pertama bukan daripada kalangan sunni. Beliau
mengumumkan polisi politiknya yang bersikap terbuka terhadap dunia Arab.[1] Pemerintahan
Asad berjalan dengan baik sehinggalah pada tahun 1973, rakyat mula memprotes tindakan
kerajaan yang cuba mengubah perlembagaan negara.
3.3.4.1 Krisis Perlembagaan 1973
Konflik pertama di pasca pemerintahan Hafiz Asadialah krisis perlembagaan 1973. Hafiz Asad
cuba meminda perlembagaan Syria berasaskan fahaman sekular.[2] Tindakan Asad mendapat
tentangan hebat daripada rakyat. Satu demonstrasi besar-besaran berlaku terutamanya di Hamah
dan Hims bermula Februari 1973. Ulama di Hamah, Halab dan Hims telah menandatangani
satu bayan (petisyen) menyatakan protes mereka terhadap perlembagaan yang baru digubal
dan mendesak Hafiz Asad dan Majlis al-Sya،
b menetapkan agama presiden ialah Islam.[3]
Kesan daripada krisis perlembagaan 1973, beberapa ulama telah ditahan termasuklah Sa،
id
Hawwa. Desakan pelbagai pihak telah menyebabkan presiden Hafiz Asadmengubah
perlembagaan yang menyatakan presiden Syria mestilah seorang muslim. Pada tahun
1974, Hafiz Asadmengaku menjadi seorang yang berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah,
menunaikan ibadah umrah dan sentiasa menunaikan solat Jumaat di masjid.[4]
3.3.4.2 Perkembangan al-Ikhwan al-Muslimun(1976-1978).
1
http://abuawatif.wordpress.com/2012/09/04/perkembangan-al-ikhwan-al-muslimun-syria1949-1989-part-4/
Menurut ،Adnan Sa،d al-Din yang merupakan Muraqib al-،Am al-Ikhwan al-Muslimun, tempoh
1976-1978 dianggap sebagai Marhalah al-Takwin al-Rabbani.[5] Di antara aktiviti yang
dijalankan oleh al-Ikhwan al-Muslimun sepanjang tempoh di atas ialah :
(a)Penekanan kepada aspek tarbiah, zikir dan ibadat. Pendukung gerakan al-Ikhwan digalakkan
melakukan amalan nawafil seperti puasa dan solat sunat. Mereka juga dididik supaya menjaga
lidah dan bersangka baik terhadap orang lain. Dalam tempoh ini, gerakan menerbitkan satu
pamflet mengajak ahli melazimi taqwa dan berusaha melakukan tazkiyah al-Nafs.[6]
(b)Dialog dengan pemimpin Muhafazah.
Bagi memantapkan lagi organisasi al-Ikhwan al-Muslimun Syria, barisan kepimpinan al-Ikhwan
Syria mengadakan beberapa sesi pertemuan di setiap daerah. Pertemuan ini berlangsung dalam
tiga peringkat iaitu :
(i)Pertemuan sekurang-kurangnya dua bulan sekali di kawasan Halab, Idlib, Hamah, Hims dan
Damsyik.
(ii)Pertemuan sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali meliputi kawasan yang jauh iaitu al-
Furat, al-Riqqah dan al-Jazirah.
(iii)Pertemuan setiap empat bulan sekali di kawasan al-Sahil dan Muhafazat Janubiyyah.
(c)Menjalin hubungan rapat dengan golongan ulama.
Pada tahun 1976, Majlis Syura al-Ikhwan al-Muslimun memutuskan supaya gerakan
menjalinkan hubungan dengan ulama berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan.
Hasilnya pendukung-pendukung al-Ikhwan al-Muslimun telah menjalinkan hubungan dengan
para ulama, penuntut ilmu dan syaikh di sekolah-sekolah di Syria.[7]
(d)Menggubal perlembagaan baru yang mengandungi prinsip-prinsip asas dan interaksi dalaman.
Perlembagaan ini dibentuk berdasarkan perlembagaan lama terutamanya perlembagaan yang
diletakkan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1948. Beberapa rombakan dan penyusunan semula
organisasi dilakukan. [8]
(e)Menjalin hubungan dengan gerakan Islam di Turki. Pada tahun 1977, al-Ikhwan Syria di
bawah pimpinan ،
Adnan Sa،
d al-Din mengadakan lawatan ke Ankara, Turki. Lawatan tersebut
bertujuan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Hizb Salamah. Dalam pertemuan
tersebut kedua-dua pihak berdiskusi mengenai kerjasama antara dua gerakan Islam.[9]
(f)Melakukan dialog antara anggota al-Ikhwan Syria yang berada di dalam dan luar negara
bertujuan mengelakkan perselisihan dan menyatukan pendapat pendukung al-Ikhwan.[10]
3.3.4.3 Konflik al-Ikhwan – Asad(1976-1982)
Konflik al-Ikhwan dan rejim Asad bermula pada tahun 1976 apabila golongan muda bangkit
melakukan penentangan bersenjata diluar arahan pemimpin al-Ikhwan. Penentangan bersenjata
bermula dengan pembunuhan Muhammad Ghurrah, Mudir al-Mukhabarat al-،
Askariyyah.[11]
Konfrontasi terhadap kerajaan berlaku akibat rasa tidak puas hati terhadap rejim. Berdasarkan
analisis penulis terdapat dua faktor utama yang mendorong mereka melakukan penentangan
terhadap rejim Asad iaitu penyelewengan pentadbiran dan kenyataan yang menyentuh kesucian
Islam
Berdasarkan risalah yang diterbitkan oleh al-Ikhwan al-Muslimun Syria, penentangan dilakukan
kerana pentadbiran rejim Asad yang tidak telus terutama dalam aspek pendidikan, ekonomi dan
politik. Kelemahan pentadbiran beliau dapat dilihat seperti berikut:
(i) Aspek pendidikan
Rejim Asad telah mengamalkan polisi pendidikan yang membangkitkan kemarahan al-Ikhwan
iaitu memasukkan prinsip kekufuran[12] dan atiesme dalam sukatan pelajaran, memindahkan
guru-guru yang berkelayakan dalam bidang syariah, sastera dan sains ke jabatan-jabatan
pemakanan, buruh, penempatan dan majlis perbandaran. Begitu juga mereka mengusir tenaga
pengajar yang pro Islam di universiti-universiti di Damsyik, al-Ladhikiyyah dan Halab melalui
al-Marsum 1249 dan 1250 bertarikh 20 Sepetember 1979 serta al-Marsum 1256 bertarikh 27
September 1979.[13]
Rejim Asad juga merancang untuk menutup al-Ma ،
ahid al-Syari ،
ah, mengubah kurikulum
pendidikan Islam, memasukkan kajian yang mengagungkan gerakan yang sesat seperti al-
Qaramitah[14] dengan slogan al-Harakah al-Isytirakiyyah dalam sukatan pelajaran dan
mewajibkan Nizam al-Talai ،
wa al-Syabibah yang merosakkan akidah serta akhlak
remaja melalui mu ،
askarat (perkhemahan) yang tidak menjaga batasan agama dan akhlak.[15]
(ii) Aspek Ekonomi
Penyelewengan Asad dalam aspek ekonomi ialah penyalahgunaan sumber negara dan
pengamalan budaya kronisme. Rifat al-Asad, adik kepada Asad dan keluarganya telah
menyeleweng perbendaharaan negara dengan mengagihkannya kepada kaum keluarganya serta
menyimpan di bank-bank luar negara. Beliau juga membina istana di Damsyik, al-Ladhikiyyah,
dibandar Qardahah dan tempat-tempat lain.
Selain itu rejim Asad menyerahkan syarikat dan yayasan kepada mereka yang tidak layak.
Implikasinya semua syarikat tersebut bankrap.Rejim Asad juga mengeluarkan matawang secara
berlebihan mengakibatkan kejatuhan nilai matawang. Gejala rasuah juga berleluasa
dalam pemberian projek-projek kerajaan..[16]
(c) Aspek politik dan pemerintahan :
Dalam aspek pemerintahan pula Asad mengamalkan polisi menyekat kebebasan berfikir dan
berpolitik. Sebarang bentuk pertubuhan politik adalah dilarang sama sekali. Dominasi parti Ba،th
dalam pemerintahan serta penguasaan puak ،Alawi dan keluarga Asad dalam parti al-Ba،th dan
Majlis al-Sya،b ketara sekali.[17]Selain itu rejim Asad turut mengongkong masyarakat dengan
undang-undang darurat sejak 1963. Bermula 8 Mac 1963, warganegara Syria dibelenggu dengan
perintah berkurung sehingga ke saat penulisan ini. [18]
Manakala kenyataan-kenyataan yang menyentuh kesucian Islam yang membangkitkan
kemarahan masyarakat khususnya al-Ikhwan ialah:
(a)Pada tahun 1974, Majalah Jil al-Thawrah yang merupakan lidah rasmi kepada Syabibah al-
Thawrah Asadiyyah bil.85 meletakkan gambar perempuan bogel yang berbaring di atas kubah
masjid (kemungkinan Qubbah al-Sakhrah) dan pada kemaluannya tertulis lafz al-Jalalah.
(b)Pada tahun 1978, pemerintah menimbulkan kontroversi apabila mereka melukis pada duit
syiling Syria obor dan api yang tertulis lafz al-Jalalah dan di belakangnya tertulis perkataan ،
Ali.
(c)Pada Jun 1980, lebih 100 buah masjid diceroboh pada waktu malam. Tentera telah mengoyak
dan memijak Al-Quran dan buku-buku agama. Mereka juga mengebom beberapa buah masjid di
Damsyik, Halab, Hims dan Hamah.
(d)Pada Oktober 1981, wanita-wanita dipaksa membuka tudung di jalan-jalan di Damsyik
oleh Mazallayat Saraya al-Difa،
.
(e)Pada 16 Februari 1980, Majalah al-Fursan bil.127 yang merupakan lidah rasmi Saraya al-
Difa ،
yang dipimpin oleh Rifa،
t al-Asad menyebut :
‫ن‬ِ‫م‬ ‫وا‬ُ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ج‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ..‫ء‬ْ‫ي‬َ‫ش‬ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ َ‫ا‬‫ي‬ ِ‫ور‬ُ‫س‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ‫وا‬ُ‫م‬َ‫ه‬ْ‫ف‬َ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ِ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ع‬ْ‫ال‬ ِ‫ام‬َّ‫ك‬ُ‫ح‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫د‬ْ‫ي‬ ِ‫ر‬ُ‫أ‬ ((َ‫ام‬َ‫م‬َ‫أ‬ ِ‫وع‬ُ‫ك‬ُّ‫الر‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ً‫ال‬َ‫د‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ن‬‫ُو‬‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ ‫َّة‬‫ي‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫س‬ ً‫ة‬َ‫ل‬ْ‫ب‬ِ‫ق‬ ِ‫د‬َ‫س‬َ‫أل‬‫ا‬ ِ‫ق‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ َّ‫الر‬
)) ِ‫م‬َ‫ال‬ْ‫س‬ِ‫اإل‬ ِ‫ان‬َ‫ث‬ ْ‫و‬َ‫أ‬.
“Saya mahu pemimpin Arab memahami semua perkara tentang Syria….mereka perlu jadikan al-
Rafiq Asad kiblat politik yang disembah sebagai ganti rukuk dihadapan berhala Islam.”[19]
Tindakan-tindakan ini telah menyebabkan al-Ikhwan dan masyarakat awam bangkit melakukan
konfrontasi terhadap pemerintah. Di antara tahun 1976 hingga 1979, beberapa individu
daripada kalangan ،
Alawi yang merupakan penyokong kuat rejim Asad terkorban seperti
Kolonel ‘Ali Haydar dibunuh pada Oktober 1976, Brigedier ‘Abd al-Hamid Ruzzuq, Komando
Pasukan Peluru Berpandu dibunuh pada Jun 1977, Kolonel ،
Ahmad Khalil dibunuh pada Ogos
1978,،
Adil Mini dibunuh pada April 1979, Dr.Muhammad Syahdah, pakar neurologi yang
merupakan doktor peribadi Asad dibunuh pada Ogos 1979 dan ramai lagi.
Penindasan yang dilakukan oleh rejim Asad juga menyebabkan pertubuhan-pertubuhan
profesional memberi sokongan kepada al-Ikhwan dan berkonfrontasi dengan
pemerintah. Pada 22 Jun 1978, Niqabat Muhamin Dimasyq mengeluarkan resolusi qarar
raqam 1 memprotes pemerintah. Mereka menuntut supaya rejim Asad mengembalikan
demokrasi, kebebasan serta mematuhi undang-undang antarabangsa hak asasi manusia. Resolusi
tersebut dipersetujui oleh al-Mu’tamar al-،
Am li al-Muhamin(Muktamar Kesatuan Peguam) pada
29 Jun 1978. Resolusi yang sama diterbitkan beberapa kali sepanjang tahun 1978 dan 1979.
Susulan daripada itu, al-Ikhwan telah mengeluarkan satu proklamasi memuji dan mengucapkan
terima kasih kepada Niqabat al-Muhamin di atas kelantangan mendedahkan penindasan
kerajaan serta sikap berani mereka mengisytiharkan kerjasama dengan al-Ikhwan dalam
membenteras kezaliman.[20]
Pada Mac 1980 satu demontrasi secara besar-besaran berlaku. Bermula pada 1 Mac mogok
berlaku di Halab, Hamah, Idlib, Hims, al-Ladhikiyyah, Tartus dan akhirnya sampai ke Damsyik.
Mogok umum tersebut berterusan selama dua minggu di beberapa tempat.[21] Pihak pemerintah
cuba meredakan keadaan tetapi gagal. Beberapa tahanan dibebaskan, namun begitu pada waktu
yang sama Asad mengarahkan pegawai keselamatan melakukan penangkapan dan pembunuhan
yang dirahsiakan.
Sebagai reaksi terhadap rejim Asad, para ulama, pelajar universiti, al-Ikhwan dan pertubuhan-
pertubuhan profesional melakukan mogok umum pada 31 Mac 1980. Pada tarikh tersebut
mereka berdemontrasi dan menghentikan aktiviti rasmi. Penduduk Syria bersatu menentang
Rejim Asad di semua bandar Syria kecuali Damsyik. Sekolah-sekolah, universiti-universti,
pejabat-pejabat swasta ditutup sebagai tanda protes.[22]
Selepas menghadapi tekanan hebat daripada pelbagai pihak, Hafiz Asad cuba meraih sokongan
masyarakat awam. Sejak musim bunga tahun 1980, Asad memberi ucapan yang penuh dengan
sandiwara sempena ulang tahun ke-17 pemerintahannya. Berikut ucapannya seperti yang
disebut di dalam buletin al-Tisyrin bertarikh 1 Julai 1980:
“Ya, saya percaya pada tuhan dan berpegang dengan Islam. Dahulu, kini dan akan datang saya
tetap sebagai seorang muslim. Syria bangga menjadi kubu dalam mempertahankan Islam, tetapi
musuh Islam yang membuat kekacauan dalam agama akan dihapuskan.”
Hafiz Asad mengulang-ulang ucapannya ini pada 10, 11, 17, 22, 23 dan 24 Mac 1980 sehingga
awal April dihadapan golongan pekerja, petani, kontraktor, pemuda, wanita, guru, penulis,
pelajar dan atlit. Beliau mengajak mereka melakukan revolusi bersenjata terhadap golongan
yang menentangnya kerana mempengaruhi puluhan ribu pemuda dan wanita untuk menyokong
mereka.
Sikap Hafiz Asad ini menambahkan lagi kemarahan awam. Pada 26 Jun 1980, Asad sendiri
berdepan dengan cubaan untuk dibunuh. Insiden tersebut berlaku ketika Hafiz Asad menanti
ketibaan delegasi Afrika di pintu masuk Qasr al-Diyafah. Pengawal peribadi Asad iaitu Khalid
al-Husayn terkorban dalam insiden tersebut.[23]
Penentangan yang hebat ini menyebabkan Asad mengisytiharkan Akta 49. Akta yang diwartakan
pada 7 Julai 1980 menyatakan bahawa setiap mereka yang menganggotai al-Ikhwan akan
dijatuhkan hukuman mati.[24] Melalui akta ini, Hafiz Asad bermaharajalela melakukan
penindasan terhadap rakyat. Rejim Asad telah menangkap beribu-ribu tahanan politik tanpa
bicara. Sebahagian tahanan politik ini masih dalam tahanan sehingga ke saat penulisan kajian ini.
Menurut laporan hak asasi manusia seramai 12,000 orang tahanan politik masih dipenjara
manakala 15,000 orang hilang tanpa diketahui nasib mereka.[25] Semasa dalam tahanan,
banduan disiksa dengan pelbagai bentuk penyiksaan yang tidak berperi kemanusiaan.
Beberapa siri pembunuhan secara beramai-ramai dilakukan seperti Majzarah Sijn Tadmur yang
mengakibatkan kematian 700 jiwa dan kebanyakan mereka adalah daripada kalangan anggota al-
Ikhwan. Majzarah Jisr al-Syughur pada 9 Mac 1980[26], Majzarah Sarmada pada 25 Julai
1980[27], Majzarah Hayy Hananu, Halab pada 11Ogos 1980[28] dan Majzarah Sahah al-
،
Abbasiyyin, Damsyik pada 18 Ogos 1980.[29]
[1]Dr.Umar F.Abd-Allah(1983), op.cit., hal.64, Zahiyyah Qaddurah(1985), op.cit., hal.370.
[2] ،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal.15. Sekularisme ialah fahaman falsafah yang
memisahkan urusan-urusan keduniaan dari urusan-urusan agama. Ia meninggalkan peranan
agama dan tuhan dari segala urusan kehidupan manusia. Sila lihat: Sulaiman
Noordin(1997), Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Order Baru
Dunia, Bangi : Pusat Pengajian Umum, UKM, hal.100.
[3] Sa،
id Hawwa(1988d), op.cit., hal.112-113.
[4] Dr.Umar F.Abd-Allah(1983), op.cit., hal.111, R. Hrair Dekmajian(1989), op.cit.,
hal.167,Nikalaos Van Dam(1996), The Struggle for Power in Syria, Politics and Society under
Asad and Ba،
th Party, New York: I.B Tauris Publishers, London, hal.111.
[5] ،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal.22.
[6] Ibid.
[7] ،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal.27-28.
[8] ،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal. 23-24.
[9] ،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal.28.
[10] ،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal.29-30.
[11] Sa،
id Hawwa(1988d), op.cit., hal.134, ،
Adnan Sa،
d al-Din (1998), op.cit. , hal.22.
[12] Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba،
d al-Rudud al-Sya،
biyyah(t.t, T.T.P) : Mansyurat
Maktab al-I،
lam li Jama،
ah al-Ikhwan al-Muslimin fi Suriyah, hal.5.
[13] ،
Adnan Sa،
d al-Din (1998), op.cit., hal.62.
[14] al-Qaramitah ialah mazhab syiah yang berpecah dari mazhab al-Isma،
iliyyah atas sebab
politik dan beberapa perselisihan dari sudut kepercayaan. Mereka berpegang dengan aqidah al-
hulul wa al-ittihad dengan mengatakan bahawa roh Allah bersatu dengan imam-imam
mereka. al-Qaramitah muncul pada pertengahan kedua kurun ke-3 H di kawasan
Yaman, Utara Iraq dan Bahrain dan berkembang di kawasan padang pasir. Mereka membuat
penentangan terhadap kerajaan Abbasiyah. Sila lihat : (1)Mahmud Syakir(1979), al-Qaramitah,
Beirut: al-Maktab al-Islami, (2)Zaqzuq et al.(2001), op.cit., hal.1128-1130.
[15]،
Adnan Sa،
d al-Din(1998), op.cit., hal.65. Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba،
d al-
Rudud al-Sya،
biyyah (t.t), op.cit., hal.5.
[16] Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba،
d al-Rudud al-Sya،
biyyah (t.t, T.T.P) : Mansyurat
Maktab al-I،
lam li Jama،
ah al-Ikhwan al-Muslimin fi Suriyah, hal. 5-6.
[17] Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba،
d al-Rudud al-Sya،
biyyah (t.t, T.T.P) : Mansyurat
Maktab al-I،
lam li Jama،
ah al-Ikhwan al-Muslimin fi Suriyah, hal.8-9.
[18]Syrian Human Rights Committee: al-Qawanin al-Qam،
iyyah fi Suriyah,
http://www.shrc.org/arabic/ law2.htm.27 Ogos 2003.
[19] “Jarimah al-Qarn fi Dhikra Ma’sah Hamah al-Sadisah،
Asyrah”, Risalah al-Fida’,bil.3,
Februari 1998, hal.33-35.
[20] Dr.Umar F. Abd-Allah(1982), op.cit., hal.112.
[21] Dr.Umar F. Abd-Allah(1982), op.cit., hal.112, Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba،
d
al-Rudud al-Sya،
biyyah (t.t), T.T.P : Mansyurat Maktab al-I،
lam li Jama،
ah al-Ikhwan al-
Muslimin fi Suriyah, hal.13.
[22] Dr. Umar F. Abd -Allah(1982), op.cit., hal.112-113.
[23] Patrick Seale(1988), op.cit., hal.328-329.
[24] Dr.Umar F.Abd-Allah(1982), op.cit., hal.84,R.Hrair Dekmejian(1989), op.cit.,
hal.169, ،
Adnan Sa،
d al-Din (1998), op.cit., hal.53.
[25] Syrian Human Rights Committee : 35 ،
Ama min Ghiyab al-Hurriyyat al-Insaniyyah wa al-
Asasiyyah, http:// http://www.shrc.org/arabic/index.htm/
communications/report1998/archive1998.htm, 27 Ogos 2003.
[26] Sila lihat: Majzarah Tadmur al-Kubra ،
Ala Lisan Munafidhiha dalam Muhammad Salim
Hammad(t.t), Tadmur Syahid wa Masyhud, Kaherah: al-Zahra’ li A،
lam al-،
Arabi, hal.213-229.

More Related Content

What's hot

syiah isu kesesatan umat islam sejagat
syiah isu kesesatan umat islam sejagatsyiah isu kesesatan umat islam sejagat
syiah isu kesesatan umat islam sejagatR&R Darulkautsar
 
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Edi Awaludin
 
Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Azreen Aj
 
Penyelewengan syiah
Penyelewengan syiahPenyelewengan syiah
Penyelewengan syiahamany15011
 
ISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan Islam
ISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan IslamISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan Islam
ISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan IslamTaufick Hidayatulloh
 
Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)Arief Rahman Hakim
 

What's hot (9)

syiah isu kesesatan umat islam sejagat
syiah isu kesesatan umat islam sejagatsyiah isu kesesatan umat islam sejagat
syiah isu kesesatan umat islam sejagat
 
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
 
Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?Isis - pejuang atau pengganas ?
Isis - pejuang atau pengganas ?
 
Imam syafi'i
Imam syafi'iImam syafi'i
Imam syafi'i
 
Penyelewengan syiah
Penyelewengan syiahPenyelewengan syiah
Penyelewengan syiah
 
ISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan Islam
ISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan IslamISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan Islam
ISIS Teroris Internasional Yang Mengatasnamakan Islam
 
Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 19 (5 Juli 2013)
 
Ismail badri
Ismail badriIsmail badri
Ismail badri
 
Aswaja ke nu-an
Aswaja ke nu-anAswaja ke nu-an
Aswaja ke nu-an
 

Similar to PERKEMBANGAN AL-IKHWAN

Kelas intensif spm2016. tema 8
Kelas intensif spm2016. tema 8Kelas intensif spm2016. tema 8
Kelas intensif spm2016. tema 8isharsmiaa
 
Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islamhusni240995
 
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptxSejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptxSambasMovie
 
Tasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahTasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahjefrihilda
 
Sistem hukum republik islam iran
Sistem hukum republik islam iranSistem hukum republik islam iran
Sistem hukum republik islam iranLP3I Palembang
 
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptxPEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptxudin100
 
Nahdlatul ‘ulama’
Nahdlatul ‘ulama’Nahdlatul ‘ulama’
Nahdlatul ‘ulama’Nurul Ihwan
 
Perkembangan islam pada masa abbasiyah
Perkembangan islam pada masa abbasiyahPerkembangan islam pada masa abbasiyah
Perkembangan islam pada masa abbasiyahOsmar Simamora
 
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negaraBentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negaraazhar am
 
Kepemimpinan Harun Ar-Rasyid
Kepemimpinan Harun Ar-RasyidKepemimpinan Harun Ar-Rasyid
Kepemimpinan Harun Ar-RasyidShafira Ardelia
 
NOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
NOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASANOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
NOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASAIZZATIZULKEFLI1
 
Lintas dunia [april 2014]
Lintas dunia [april 2014]Lintas dunia [april 2014]
Lintas dunia [april 2014]FlamencoRizky
 
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyahBab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyahhadisukmo
 

Similar to PERKEMBANGAN AL-IKHWAN (20)

Kelas intensif spm2016. tema 8
Kelas intensif spm2016. tema 8Kelas intensif spm2016. tema 8
Kelas intensif spm2016. tema 8
 
Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islam
 
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptxSejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
 
Tasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahTasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyah
 
Sistem hukum republik islam iran
Sistem hukum republik islam iranSistem hukum republik islam iran
Sistem hukum republik islam iran
 
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptxPEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
PEMURNIAN_DAN_PEMBAHARUAN_DI_DUNIA_MUSLI.pptx
 
PPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptxPPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptx
 
Nahdlatul ‘ulama’
Nahdlatul ‘ulama’Nahdlatul ‘ulama’
Nahdlatul ‘ulama’
 
Dinasti Abasiyah kelas X
Dinasti Abasiyah kelas XDinasti Abasiyah kelas X
Dinasti Abasiyah kelas X
 
Perkembangan islam pada masa abbasiyah
Perkembangan islam pada masa abbasiyahPerkembangan islam pada masa abbasiyah
Perkembangan islam pada masa abbasiyah
 
PPT AIK
PPT AIKPPT AIK
PPT AIK
 
PPT AIK
PPT AIKPPT AIK
PPT AIK
 
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negaraBentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
 
PPT AIK KEL 9.pptx
PPT AIK KEL 9.pptxPPT AIK KEL 9.pptx
PPT AIK KEL 9.pptx
 
Kepemimpinan Harun Ar-Rasyid
Kepemimpinan Harun Ar-RasyidKepemimpinan Harun Ar-Rasyid
Kepemimpinan Harun Ar-Rasyid
 
NOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
NOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASANOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
NOTA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
 
Lintas dunia [april 2014]
Lintas dunia [april 2014]Lintas dunia [april 2014]
Lintas dunia [april 2014]
 
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyahBab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
Bab 7 perkembangan islam pada masa daulah bani abbasyiyah
 
banannanana
banannananabanannanana
banannanana
 
makalah agama kelompok 5.docx
makalah agama kelompok 5.docxmakalah agama kelompok 5.docx
makalah agama kelompok 5.docx
 

PERKEMBANGAN AL-IKHWAN

  • 1. Perkembangan al-Ikhwan al-Muslimun Syria(1949-1989) Part 41 Posted on September 4, 2012 | Tinggalkan komen Zaman Pemerintahan Ba،th(Hafiz al-Asad 1971-2000) Pada 13 November 1971, Hafiz Asad melakukan rampasan kuasa. Pada tahun yang sama beliau dilantik menjadi presiden Syria yang pertama bukan daripada kalangan sunni. Beliau mengumumkan polisi politiknya yang bersikap terbuka terhadap dunia Arab.[1] Pemerintahan Asad berjalan dengan baik sehinggalah pada tahun 1973, rakyat mula memprotes tindakan kerajaan yang cuba mengubah perlembagaan negara. 3.3.4.1 Krisis Perlembagaan 1973 Konflik pertama di pasca pemerintahan Hafiz Asadialah krisis perlembagaan 1973. Hafiz Asad cuba meminda perlembagaan Syria berasaskan fahaman sekular.[2] Tindakan Asad mendapat tentangan hebat daripada rakyat. Satu demonstrasi besar-besaran berlaku terutamanya di Hamah dan Hims bermula Februari 1973. Ulama di Hamah, Halab dan Hims telah menandatangani satu bayan (petisyen) menyatakan protes mereka terhadap perlembagaan yang baru digubal dan mendesak Hafiz Asad dan Majlis al-Sya، b menetapkan agama presiden ialah Islam.[3] Kesan daripada krisis perlembagaan 1973, beberapa ulama telah ditahan termasuklah Sa، id Hawwa. Desakan pelbagai pihak telah menyebabkan presiden Hafiz Asadmengubah perlembagaan yang menyatakan presiden Syria mestilah seorang muslim. Pada tahun 1974, Hafiz Asadmengaku menjadi seorang yang berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah, menunaikan ibadah umrah dan sentiasa menunaikan solat Jumaat di masjid.[4] 3.3.4.2 Perkembangan al-Ikhwan al-Muslimun(1976-1978). 1 http://abuawatif.wordpress.com/2012/09/04/perkembangan-al-ikhwan-al-muslimun-syria1949-1989-part-4/
  • 2. Menurut ،Adnan Sa،d al-Din yang merupakan Muraqib al-،Am al-Ikhwan al-Muslimun, tempoh 1976-1978 dianggap sebagai Marhalah al-Takwin al-Rabbani.[5] Di antara aktiviti yang dijalankan oleh al-Ikhwan al-Muslimun sepanjang tempoh di atas ialah : (a)Penekanan kepada aspek tarbiah, zikir dan ibadat. Pendukung gerakan al-Ikhwan digalakkan melakukan amalan nawafil seperti puasa dan solat sunat. Mereka juga dididik supaya menjaga lidah dan bersangka baik terhadap orang lain. Dalam tempoh ini, gerakan menerbitkan satu pamflet mengajak ahli melazimi taqwa dan berusaha melakukan tazkiyah al-Nafs.[6] (b)Dialog dengan pemimpin Muhafazah. Bagi memantapkan lagi organisasi al-Ikhwan al-Muslimun Syria, barisan kepimpinan al-Ikhwan Syria mengadakan beberapa sesi pertemuan di setiap daerah. Pertemuan ini berlangsung dalam tiga peringkat iaitu : (i)Pertemuan sekurang-kurangnya dua bulan sekali di kawasan Halab, Idlib, Hamah, Hims dan Damsyik. (ii)Pertemuan sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali meliputi kawasan yang jauh iaitu al- Furat, al-Riqqah dan al-Jazirah. (iii)Pertemuan setiap empat bulan sekali di kawasan al-Sahil dan Muhafazat Janubiyyah. (c)Menjalin hubungan rapat dengan golongan ulama. Pada tahun 1976, Majlis Syura al-Ikhwan al-Muslimun memutuskan supaya gerakan menjalinkan hubungan dengan ulama berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan. Hasilnya pendukung-pendukung al-Ikhwan al-Muslimun telah menjalinkan hubungan dengan para ulama, penuntut ilmu dan syaikh di sekolah-sekolah di Syria.[7] (d)Menggubal perlembagaan baru yang mengandungi prinsip-prinsip asas dan interaksi dalaman. Perlembagaan ini dibentuk berdasarkan perlembagaan lama terutamanya perlembagaan yang diletakkan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1948. Beberapa rombakan dan penyusunan semula organisasi dilakukan. [8] (e)Menjalin hubungan dengan gerakan Islam di Turki. Pada tahun 1977, al-Ikhwan Syria di bawah pimpinan ، Adnan Sa، d al-Din mengadakan lawatan ke Ankara, Turki. Lawatan tersebut
  • 3. bertujuan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Hizb Salamah. Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak berdiskusi mengenai kerjasama antara dua gerakan Islam.[9] (f)Melakukan dialog antara anggota al-Ikhwan Syria yang berada di dalam dan luar negara bertujuan mengelakkan perselisihan dan menyatukan pendapat pendukung al-Ikhwan.[10] 3.3.4.3 Konflik al-Ikhwan – Asad(1976-1982) Konflik al-Ikhwan dan rejim Asad bermula pada tahun 1976 apabila golongan muda bangkit melakukan penentangan bersenjata diluar arahan pemimpin al-Ikhwan. Penentangan bersenjata bermula dengan pembunuhan Muhammad Ghurrah, Mudir al-Mukhabarat al-، Askariyyah.[11] Konfrontasi terhadap kerajaan berlaku akibat rasa tidak puas hati terhadap rejim. Berdasarkan analisis penulis terdapat dua faktor utama yang mendorong mereka melakukan penentangan terhadap rejim Asad iaitu penyelewengan pentadbiran dan kenyataan yang menyentuh kesucian Islam Berdasarkan risalah yang diterbitkan oleh al-Ikhwan al-Muslimun Syria, penentangan dilakukan kerana pentadbiran rejim Asad yang tidak telus terutama dalam aspek pendidikan, ekonomi dan politik. Kelemahan pentadbiran beliau dapat dilihat seperti berikut: (i) Aspek pendidikan Rejim Asad telah mengamalkan polisi pendidikan yang membangkitkan kemarahan al-Ikhwan iaitu memasukkan prinsip kekufuran[12] dan atiesme dalam sukatan pelajaran, memindahkan guru-guru yang berkelayakan dalam bidang syariah, sastera dan sains ke jabatan-jabatan pemakanan, buruh, penempatan dan majlis perbandaran. Begitu juga mereka mengusir tenaga pengajar yang pro Islam di universiti-universiti di Damsyik, al-Ladhikiyyah dan Halab melalui al-Marsum 1249 dan 1250 bertarikh 20 Sepetember 1979 serta al-Marsum 1256 bertarikh 27 September 1979.[13] Rejim Asad juga merancang untuk menutup al-Ma ، ahid al-Syari ، ah, mengubah kurikulum pendidikan Islam, memasukkan kajian yang mengagungkan gerakan yang sesat seperti al-
  • 4. Qaramitah[14] dengan slogan al-Harakah al-Isytirakiyyah dalam sukatan pelajaran dan mewajibkan Nizam al-Talai ، wa al-Syabibah yang merosakkan akidah serta akhlak remaja melalui mu ، askarat (perkhemahan) yang tidak menjaga batasan agama dan akhlak.[15] (ii) Aspek Ekonomi Penyelewengan Asad dalam aspek ekonomi ialah penyalahgunaan sumber negara dan pengamalan budaya kronisme. Rifat al-Asad, adik kepada Asad dan keluarganya telah menyeleweng perbendaharaan negara dengan mengagihkannya kepada kaum keluarganya serta menyimpan di bank-bank luar negara. Beliau juga membina istana di Damsyik, al-Ladhikiyyah, dibandar Qardahah dan tempat-tempat lain. Selain itu rejim Asad menyerahkan syarikat dan yayasan kepada mereka yang tidak layak. Implikasinya semua syarikat tersebut bankrap.Rejim Asad juga mengeluarkan matawang secara berlebihan mengakibatkan kejatuhan nilai matawang. Gejala rasuah juga berleluasa dalam pemberian projek-projek kerajaan..[16] (c) Aspek politik dan pemerintahan : Dalam aspek pemerintahan pula Asad mengamalkan polisi menyekat kebebasan berfikir dan berpolitik. Sebarang bentuk pertubuhan politik adalah dilarang sama sekali. Dominasi parti Ba،th dalam pemerintahan serta penguasaan puak ،Alawi dan keluarga Asad dalam parti al-Ba،th dan Majlis al-Sya،b ketara sekali.[17]Selain itu rejim Asad turut mengongkong masyarakat dengan undang-undang darurat sejak 1963. Bermula 8 Mac 1963, warganegara Syria dibelenggu dengan perintah berkurung sehingga ke saat penulisan ini. [18] Manakala kenyataan-kenyataan yang menyentuh kesucian Islam yang membangkitkan kemarahan masyarakat khususnya al-Ikhwan ialah: (a)Pada tahun 1974, Majalah Jil al-Thawrah yang merupakan lidah rasmi kepada Syabibah al- Thawrah Asadiyyah bil.85 meletakkan gambar perempuan bogel yang berbaring di atas kubah masjid (kemungkinan Qubbah al-Sakhrah) dan pada kemaluannya tertulis lafz al-Jalalah.
  • 5. (b)Pada tahun 1978, pemerintah menimbulkan kontroversi apabila mereka melukis pada duit syiling Syria obor dan api yang tertulis lafz al-Jalalah dan di belakangnya tertulis perkataan ، Ali. (c)Pada Jun 1980, lebih 100 buah masjid diceroboh pada waktu malam. Tentera telah mengoyak dan memijak Al-Quran dan buku-buku agama. Mereka juga mengebom beberapa buah masjid di Damsyik, Halab, Hims dan Hamah. (d)Pada Oktober 1981, wanita-wanita dipaksa membuka tudung di jalan-jalan di Damsyik oleh Mazallayat Saraya al-Difa، . (e)Pada 16 Februari 1980, Majalah al-Fursan bil.127 yang merupakan lidah rasmi Saraya al- Difa ، yang dipimpin oleh Rifa، t al-Asad menyebut : ‫ن‬ِ‫م‬ ‫وا‬ُ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ج‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ..‫ء‬ْ‫ي‬َ‫ش‬ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ َ‫ا‬‫ي‬ ِ‫ور‬ُ‫س‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ‫وا‬ُ‫م‬َ‫ه‬ْ‫ف‬َ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ِ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ع‬ْ‫ال‬ ِ‫ام‬َّ‫ك‬ُ‫ح‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫د‬ْ‫ي‬ ِ‫ر‬ُ‫أ‬ ((َ‫ام‬َ‫م‬َ‫أ‬ ِ‫وع‬ُ‫ك‬ُّ‫الر‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ً‫ال‬َ‫د‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ن‬‫ُو‬‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ ‫َّة‬‫ي‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫س‬ ً‫ة‬َ‫ل‬ْ‫ب‬ِ‫ق‬ ِ‫د‬َ‫س‬َ‫أل‬‫ا‬ ِ‫ق‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ َّ‫الر‬ )) ِ‫م‬َ‫ال‬ْ‫س‬ِ‫اإل‬ ِ‫ان‬َ‫ث‬ ْ‫و‬َ‫أ‬. “Saya mahu pemimpin Arab memahami semua perkara tentang Syria….mereka perlu jadikan al- Rafiq Asad kiblat politik yang disembah sebagai ganti rukuk dihadapan berhala Islam.”[19] Tindakan-tindakan ini telah menyebabkan al-Ikhwan dan masyarakat awam bangkit melakukan konfrontasi terhadap pemerintah. Di antara tahun 1976 hingga 1979, beberapa individu daripada kalangan ، Alawi yang merupakan penyokong kuat rejim Asad terkorban seperti Kolonel ‘Ali Haydar dibunuh pada Oktober 1976, Brigedier ‘Abd al-Hamid Ruzzuq, Komando Pasukan Peluru Berpandu dibunuh pada Jun 1977, Kolonel ، Ahmad Khalil dibunuh pada Ogos 1978,، Adil Mini dibunuh pada April 1979, Dr.Muhammad Syahdah, pakar neurologi yang merupakan doktor peribadi Asad dibunuh pada Ogos 1979 dan ramai lagi. Penindasan yang dilakukan oleh rejim Asad juga menyebabkan pertubuhan-pertubuhan profesional memberi sokongan kepada al-Ikhwan dan berkonfrontasi dengan pemerintah. Pada 22 Jun 1978, Niqabat Muhamin Dimasyq mengeluarkan resolusi qarar raqam 1 memprotes pemerintah. Mereka menuntut supaya rejim Asad mengembalikan demokrasi, kebebasan serta mematuhi undang-undang antarabangsa hak asasi manusia. Resolusi tersebut dipersetujui oleh al-Mu’tamar al-، Am li al-Muhamin(Muktamar Kesatuan Peguam) pada 29 Jun 1978. Resolusi yang sama diterbitkan beberapa kali sepanjang tahun 1978 dan 1979. Susulan daripada itu, al-Ikhwan telah mengeluarkan satu proklamasi memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Niqabat al-Muhamin di atas kelantangan mendedahkan penindasan
  • 6. kerajaan serta sikap berani mereka mengisytiharkan kerjasama dengan al-Ikhwan dalam membenteras kezaliman.[20] Pada Mac 1980 satu demontrasi secara besar-besaran berlaku. Bermula pada 1 Mac mogok berlaku di Halab, Hamah, Idlib, Hims, al-Ladhikiyyah, Tartus dan akhirnya sampai ke Damsyik. Mogok umum tersebut berterusan selama dua minggu di beberapa tempat.[21] Pihak pemerintah cuba meredakan keadaan tetapi gagal. Beberapa tahanan dibebaskan, namun begitu pada waktu yang sama Asad mengarahkan pegawai keselamatan melakukan penangkapan dan pembunuhan yang dirahsiakan. Sebagai reaksi terhadap rejim Asad, para ulama, pelajar universiti, al-Ikhwan dan pertubuhan- pertubuhan profesional melakukan mogok umum pada 31 Mac 1980. Pada tarikh tersebut mereka berdemontrasi dan menghentikan aktiviti rasmi. Penduduk Syria bersatu menentang Rejim Asad di semua bandar Syria kecuali Damsyik. Sekolah-sekolah, universiti-universti, pejabat-pejabat swasta ditutup sebagai tanda protes.[22] Selepas menghadapi tekanan hebat daripada pelbagai pihak, Hafiz Asad cuba meraih sokongan masyarakat awam. Sejak musim bunga tahun 1980, Asad memberi ucapan yang penuh dengan sandiwara sempena ulang tahun ke-17 pemerintahannya. Berikut ucapannya seperti yang disebut di dalam buletin al-Tisyrin bertarikh 1 Julai 1980: “Ya, saya percaya pada tuhan dan berpegang dengan Islam. Dahulu, kini dan akan datang saya tetap sebagai seorang muslim. Syria bangga menjadi kubu dalam mempertahankan Islam, tetapi musuh Islam yang membuat kekacauan dalam agama akan dihapuskan.” Hafiz Asad mengulang-ulang ucapannya ini pada 10, 11, 17, 22, 23 dan 24 Mac 1980 sehingga awal April dihadapan golongan pekerja, petani, kontraktor, pemuda, wanita, guru, penulis, pelajar dan atlit. Beliau mengajak mereka melakukan revolusi bersenjata terhadap golongan yang menentangnya kerana mempengaruhi puluhan ribu pemuda dan wanita untuk menyokong mereka. Sikap Hafiz Asad ini menambahkan lagi kemarahan awam. Pada 26 Jun 1980, Asad sendiri berdepan dengan cubaan untuk dibunuh. Insiden tersebut berlaku ketika Hafiz Asad menanti ketibaan delegasi Afrika di pintu masuk Qasr al-Diyafah. Pengawal peribadi Asad iaitu Khalid al-Husayn terkorban dalam insiden tersebut.[23]
  • 7. Penentangan yang hebat ini menyebabkan Asad mengisytiharkan Akta 49. Akta yang diwartakan pada 7 Julai 1980 menyatakan bahawa setiap mereka yang menganggotai al-Ikhwan akan dijatuhkan hukuman mati.[24] Melalui akta ini, Hafiz Asad bermaharajalela melakukan penindasan terhadap rakyat. Rejim Asad telah menangkap beribu-ribu tahanan politik tanpa bicara. Sebahagian tahanan politik ini masih dalam tahanan sehingga ke saat penulisan kajian ini. Menurut laporan hak asasi manusia seramai 12,000 orang tahanan politik masih dipenjara manakala 15,000 orang hilang tanpa diketahui nasib mereka.[25] Semasa dalam tahanan, banduan disiksa dengan pelbagai bentuk penyiksaan yang tidak berperi kemanusiaan. Beberapa siri pembunuhan secara beramai-ramai dilakukan seperti Majzarah Sijn Tadmur yang mengakibatkan kematian 700 jiwa dan kebanyakan mereka adalah daripada kalangan anggota al- Ikhwan. Majzarah Jisr al-Syughur pada 9 Mac 1980[26], Majzarah Sarmada pada 25 Julai 1980[27], Majzarah Hayy Hananu, Halab pada 11Ogos 1980[28] dan Majzarah Sahah al- ، Abbasiyyin, Damsyik pada 18 Ogos 1980.[29] [1]Dr.Umar F.Abd-Allah(1983), op.cit., hal.64, Zahiyyah Qaddurah(1985), op.cit., hal.370. [2] ، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal.15. Sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan dari urusan-urusan agama. Ia meninggalkan peranan agama dan tuhan dari segala urusan kehidupan manusia. Sila lihat: Sulaiman Noordin(1997), Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Order Baru Dunia, Bangi : Pusat Pengajian Umum, UKM, hal.100. [3] Sa، id Hawwa(1988d), op.cit., hal.112-113. [4] Dr.Umar F.Abd-Allah(1983), op.cit., hal.111, R. Hrair Dekmajian(1989), op.cit., hal.167,Nikalaos Van Dam(1996), The Struggle for Power in Syria, Politics and Society under Asad and Ba، th Party, New York: I.B Tauris Publishers, London, hal.111. [5] ، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal.22.
  • 8. [6] Ibid. [7] ، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal.27-28. [8] ، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal. 23-24. [9] ، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal.28. [10] ، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal.29-30. [11] Sa، id Hawwa(1988d), op.cit., hal.134, ، Adnan Sa، d al-Din (1998), op.cit. , hal.22. [12] Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba، d al-Rudud al-Sya، biyyah(t.t, T.T.P) : Mansyurat Maktab al-I، lam li Jama، ah al-Ikhwan al-Muslimin fi Suriyah, hal.5. [13] ، Adnan Sa، d al-Din (1998), op.cit., hal.62. [14] al-Qaramitah ialah mazhab syiah yang berpecah dari mazhab al-Isma، iliyyah atas sebab politik dan beberapa perselisihan dari sudut kepercayaan. Mereka berpegang dengan aqidah al- hulul wa al-ittihad dengan mengatakan bahawa roh Allah bersatu dengan imam-imam mereka. al-Qaramitah muncul pada pertengahan kedua kurun ke-3 H di kawasan Yaman, Utara Iraq dan Bahrain dan berkembang di kawasan padang pasir. Mereka membuat penentangan terhadap kerajaan Abbasiyah. Sila lihat : (1)Mahmud Syakir(1979), al-Qaramitah, Beirut: al-Maktab al-Islami, (2)Zaqzuq et al.(2001), op.cit., hal.1128-1130.
  • 9. [15]، Adnan Sa، d al-Din(1998), op.cit., hal.65. Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba، d al- Rudud al-Sya، biyyah (t.t), op.cit., hal.5. [16] Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba، d al-Rudud al-Sya، biyyah (t.t, T.T.P) : Mansyurat Maktab al-I، lam li Jama، ah al-Ikhwan al-Muslimin fi Suriyah, hal. 5-6. [17] Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba، d al-Rudud al-Sya، biyyah (t.t, T.T.P) : Mansyurat Maktab al-I، lam li Jama، ah al-Ikhwan al-Muslimin fi Suriyah, hal.8-9. [18]Syrian Human Rights Committee: al-Qawanin al-Qam، iyyah fi Suriyah, http://www.shrc.org/arabic/ law2.htm.27 Ogos 2003. [19] “Jarimah al-Qarn fi Dhikra Ma’sah Hamah al-Sadisah، Asyrah”, Risalah al-Fida’,bil.3, Februari 1998, hal.33-35. [20] Dr.Umar F. Abd-Allah(1982), op.cit., hal.112. [21] Dr.Umar F. Abd-Allah(1982), op.cit., hal.112, Mumarasat al-Nizam fi Muwajahah wa Ba، d al-Rudud al-Sya، biyyah (t.t), T.T.P : Mansyurat Maktab al-I، lam li Jama، ah al-Ikhwan al- Muslimin fi Suriyah, hal.13. [22] Dr. Umar F. Abd -Allah(1982), op.cit., hal.112-113. [23] Patrick Seale(1988), op.cit., hal.328-329. [24] Dr.Umar F.Abd-Allah(1982), op.cit., hal.84,R.Hrair Dekmejian(1989), op.cit., hal.169, ، Adnan Sa، d al-Din (1998), op.cit., hal.53.
  • 10. [25] Syrian Human Rights Committee : 35 ، Ama min Ghiyab al-Hurriyyat al-Insaniyyah wa al- Asasiyyah, http:// http://www.shrc.org/arabic/index.htm/ communications/report1998/archive1998.htm, 27 Ogos 2003. [26] Sila lihat: Majzarah Tadmur al-Kubra ، Ala Lisan Munafidhiha dalam Muhammad Salim Hammad(t.t), Tadmur Syahid wa Masyhud, Kaherah: al-Zahra’ li A، lam al-، Arabi, hal.213-229.