SlideShare a Scribd company logo
1 of 39
ANAK-ANAK:
TIPS DAN MENANGANI
      KARENAH




                     1
1)       Anak malas solat
-        Adakah kita menunjukkan tauladan yang baik
         pada anak.
-        Penyelesaian:
     -     Jelaskan kepada anak untuk apa dan kenapa solat itu
           penting.
     -     Budayakan sembahyang jemaah di rumah.
     -     Ajak anak sembahyang masa dia kecil lagi.




                                                                 2
2) Anak selalu main sahaja?
      – Buat jadual waktu (anak akan lebih disiplin dan teratur)
Aktiviti                                    Haikal    Haziq
Bangun pagi                                 8.00      8.15
Jus kurma dan Aura Genious dan breakfast    8.10      8.25
TV                                          8.15      8.30
Tiusyen                                     9.00      9.00
Main dgn kawan                              11.00     11.00

TV                                          11.10     11.10
Lunch                                       1.00      1.00
Mandi                                       1.30      1.30
Perspective Play                            2.00      2.00
Mengaji                                     3.00      3.10
Hafal sifir                                 3.30      3.35
Hafal story telling                         3.45      3.50
TV                                          4.00      4.00
Kerja sekolah                               5.00      5.00
Main dgn umi dan ayah                       6.30      6.30
                                                               3
Aktiviti (Sabtu-Ahad)                             Haikal   Haziq
Makan malam                                       7.30     7.30
Umi baca buku cerita kegemaran Haikal dan Haziq   8.30     8.30
Tidur                                             9.00     9.00


        Disiplin awal akan menjadi sebahagian
        tabiat dalam hidup anak.
           Mula2 anak2 akan rasa dipaksa tetapi
        lama kelamaan mereka memilih utk
        melakukannya secara sendiri setelah
        terbina tabiat tersebut.


                                                                   4
3) Jadual waktu anak bertahan hanya dua tiga
   hari saja?
2.     Beri peluang dan masa pada anak anak untuk
       menjayakan jadual waktu yang dibuat.
-      Penyelesaian:
     -    Adakah anda peruntukkan waktu yang realistik bagi
          setiap anak?
         - Anak jenis makan lambat
         - Anak bermasalah nak pergi sekolah
     -    Kita perlu menjadi jam bercakap bagi mengingatkan
          mereka.
         - Waktu makan lagi lima minit
         - Waktu mandi lagi 10 minit
     -    Tampal jadual waktu di dinding dengan kertas besar
          supaya semua ahli keluarga dpt lihat dan
          peringatkan.
                                                               5
4) Anak asyik kena berteman ke sekolah
-       Normal bagi anak-anak berasa takut, menangis dan
        gementar (berdepan muka-muka baru, tempat baru).
-       Penyelesaian:
-       Lawat sekolah masa hari orientasi bersama anak.
        Terangkan pada anak di mana tandas, di mana nak letak
        beg.
-       Ceritakan pada anak tentangsemua benda-benda yang
        menarik di sekolah.
-       Temankan anak sekurang-kurangnya dua minggu dan
        tinggalkan anak sedikit demi sedikit.
    -     Katakan anak balik pukul 11.30 pagi.
    -     Mula-mula kita balik pukul 11.30
    -     Beberapa hari kemudian balik pukul 10, kemudian pukul 9
          sehinggalah anak boleh ditinggalkan seorang di sekolah.
-       Persedian sebelum masuk sekolah ialah biasakan anak
        tinggal dengan nenek, penjaga supaya anak sudah
        terbiasa dgn ketiadaan kita.
                                                                    6
5) Anak suka menipu
-   Bila kita ajar anak supaya tidak menipu, kita sebenarnya
    ajar anak supaya bertanggugjawab atas tindakannya
    sendiri.
-   Penyelesaian:
-   Elakkan bertanya anak dalam keadaan marah.
-   Sebaliknya tanya anak : “Umi nak tahu apa sebenarnya
    dah berlaku”
-   Bila anak beritahu sebab, kita mestilah ucapkan terima
    kasih pada anak kerana telah bercakap jujur dan jgn buat
    lagi.
-   Cakap kepada anak Allah sukakan kita bercakap jujur
    dan amanah dan Allah tambahkan pahala lagi.




                                                           7
6) Anak malas buat kerja sekolah
-       Penyelesaian:
    -     Ibubapa kena pimpin anak.
    -     Selitkan jadual buat kerja sekolah dalam jadual harian
          anak.
    -     Sekiranya anak tak faham dan kita pun tak faham, suruh
          anak jumpa cikgu, berbincang dengan kawan.
    -     Jangan jadikan alasan “MAK TAK TAHULAH”. Duduk
          bersama-sama anak.
    -     Beri sokongan pada anak dgn katakan “Anak cuba buat
          dahulu, salah tidak mengapa. Yang penting kita kena cuba
          dahulu”.




                                                                 8
7) Anak selalu ajak kita main dengan mereka.
-     Alasan yg selalu didengar ialah - Tak tahu aktiviti apa
      nak main dgn anak.
-     Penyelesaian:
    (i)    Sorok dan cari.
    (ii)   Congkak
    (iii)  Sahibba
    (iv)   Dam ular
    (v)    Berlakon. Cth ayah jadi pahlawan pakai kain pelikat ikat kat
           kepala, Mak jadi jururawat bila ayah cedera. Nak2 pulak jadi
           pendekar lawan dgn ayah.
    (vi) Melukis
    (vii) Main plastisin
    (viii) Main tali skip. Ayah dan mak cuba masuk dalam tali skip yang
           dipusing oleh anak.
    (ix) Buat layang-layang guna plastik bag.
    (x) Buat keretapi guna kotak kasut

                                                                          9
8) Anak berebut permainan
-   (I) Kaedah “Toy Confiscation”.
-   Kumpulkan semua mainan.
-   Dudukkan anak dan suruh setiap dari mereka pilih 10
    mainan kesukaan masing2.
-   Terangkan itu adalah mainan yg mereka boleh main
    sahaja dan klu mainan pecah atau patah tidak akan
    diganti.
-   Sediakan tong mainan dgn nama masing2 dan bubuh
    mainan yg telah dipilih.
-   Sediakan juga satu tong mainan yg dilabel MAINAN
    UTK DISIMPAN dan masukkan mainan2 lain yg tidak
    dipilih tadi. Jauhkan dari pandangan anak2.
-   Setiap kali anak berebut, ambil satu mainan dari tong
    dia. Bila dia berubah baik, pulangkan kembali mainan
    yg diambil sebagai hadiah berkelakuan baik.
-   Boleh ulang langkah di atas setiap 1 minggu dan
    sebagainya.
                                                            10
-   (II) Kaedah “Sharing Bin”.
-   Setiap anak diberi kotak masing-masing dan dilabelkan
    nama masing-masing.
-   Setiap anak pilih mainan masing-masing dan letakkan
    mainan tersebut dalam tong masing-masing.
-   Setelah itu, minta setiap anak keluarkan satu mainan
    dari tong dia untuk dikongsi selama seminggu.
-   Setelah berjaya berkongsi mainan-mainan tersebut
    selama seminggu, sediakan pula tong yang dilabel
    “Sharing Bin”.
-   Kemudian minta setiap anak untuk pilih beberapa
    mainan mereka yang mereka hendak letakkan di
    “Sharing Bin”.




                                                        11
9) Anak tidak mahu berkongsi
-   Sebenarnya anak takut barang dia akan diambil terus
    selama-lamanya.
-   Penyelesaian:
-   Tetapkan masa yang anak boleh main dengan barang
    dia.
-   Terangkan pada anak, bila masa tamat, dia perlu biar
    kawan dia main pula. Jelaskan dengan nyata bila semua
    kawan dah main dengan masa yang ditetapkan, dia akan
    dapat kembali barang dia.
-   Galakkan anak sendiri yang bagi barang tersebut pada
    kawan dia. Elakkan kita yang bagi barang tersebut pada
    kawan dia.
-   Lama kelamaan, anak akan faham bahawa kongsi itu
    seronok dan tak bermakna barang dia akan hilang
    selamanya.
                                                         12
10) Anak berkelakuan tidak baik
-       Penyelesaian:Kita gunakan kaedah “Cool Down Area”.
-       Kaedah ini bertujuan asingkan anak sebentar untuk dia
        tenang dan berfikir apa kesalahan yg telah dilakukan
        dan minta maaf di atas kesalahan yg dilakukan.
-       Senario: Anak kita umur 5 tahun tendang adik dia umur
        3 tahun.
-       Cara:
    -     Pertama: Beri Amaran.
         - Cakap: Umi tak suka kelakuan abang tendang adik
             kerana adik akan sakit. Kita kena baik dengan oang.
             Sekiranya abang buat lagi, ibu akan bawa abang ke
             “Cool Down Area”. Slps tu, terus beredar.
    -     Kedua: Cool Down Area
         - Jika si abang buat lagi, terus bawa abang ke “Cool
             Down Area”.

                                                                   13
-    Ketiga: Beri Penjelasan dan penerangan
    - Beri penjelasan kenapa abang dibawa ke “Cool Down
        Area”.
    - Berdiri sama paras dengan anak dan cakap: Abang tak
        boleh tendang adik atau orang lain. Kita tak boleh
        cederakan orang. Umi tak boleh terima kelakuan
        begitu. Sekarang abang duduk disini lima minit dan
        fikir apa yang abang dah buat. Dah habis lima minit
        nanti, umi datang dan umi nak abang minta maaf.

-    Keempat: Terus Beredar
    - Tidak boleh layan anak walau apa yg dia cakap.
    - Jika dia keluar dari “Cool Down Area”, masukkan dia
        balik.
-    Kelima: Minta maaf
    - Bila masa yang ditetapkan telah samapai, pergi kepada
        anak dan suruh anak minta maaf. Anak mesti minta
        maaf tentang perbuatan yg telah dilakukannya.
                                                          14
-    Keenam: Lepaskan
    - Sebaik sahaja anak dah minta maaf, kita mesti
       ucapkan terima kasih. Peluk dan cium dia dan
       biarkan anak bermain seperti biasa kembali.




                                                      15
11) Anak selalu bergaduh bila bermain
-     Penyelesaian: Buatkan aktiviti yang ajar mereka utk
      bekerjasama.
-     Cth aktiviti:
    (i)   Tutup mata seorang anak dan anak2 yg lain pandu mereka
          ke tempat yg nak dituju hanya dgn gunakan suara. Ulang
          aktiviti dgn anak yg lain pula bila anak pertama dah
          sampai destinasi.
    (ii) Pencarian harta karun. Tulis beberapa petunjuk yang
          senang di atas kertas. Setiap petunjuk merujuk kepada
          beberapa lokasi disekeliling rumah. Si abang akan ajar
          adik bekerjasama utk cari petunjuk hingga selesai.
    (iii) Membela binatang peliharaan. Abang basuh akuarium dan
          adik bagi ikan makan.
-     Berikan penghargaan dan pujian pada setiap aktiviti.
-     Sekiranya anak masih lagi bergaduh bila bermain,
      gunakan kaedah “Cool Down Area”.
                                                              16
12)      Anak selalu bercakap bukan-bukan
-       Penyelesaian:
    -     Jelaskan dengan lemah lembut kepada anak kenapa
          dia tak boleh sebut perkataan itu.
    -     Jelaskan Allah bagi kita mulut untuk bercakap
          benda-benda yang baik sahaja dan sekiranya kita
          cakap benda tak elok, itu tandanya kita tak bersyukur
          pada Allah.
    -     Sekiranya anak cakap lagi perkara bukan-bukan,
          gunakan kaedah “Cool Down Area”




                                                             17
13) Anak tidak mahu pakai atau tukar
    baju.
-       Penyelesaian:
    -     Elakkan anak membuat terlalu banyak pilihan baju
          yang hendak dipakai.
    -     Kita pilihkan beberapa baju sahaja yang hendak dia
          pakai.
    -     Galakkan anak untuk pakai baju sendiri. Tunjuk anak
          macam mana nak pasang butang, pakai stokin.
    -     Beri banyak galakan dan pujian.




                                                           18
14) Anak tak nak makan
-       Penyelesaian:
    -        Gunakan kaedah “Little Chef ”
         -     Libatkan anak untuk memasak.
         -     Galakkan anak tulis menu mereka sendiri.
-       Selain itu, libatkan anak menanam sayur-
        sayuran. Dgn itu, anak akan menjadi
        bertanggungjawab menjaga dan bangga dan
        seterusnya makan sayur-sayuran yang ditanam.




                                                          19
15) Anak malas mandi, gosok gigi, basuh
    tangan, basuh rambut
-       Beri peringatan yang jelas dan berulang sebelum tukar
        aktiviti anak. Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi
        anak kita.
-       Malas mandi-
    -      Tunjukkan pada anak kita suka mandi. Cakap pada
           mereka setiap kali kita hendak masuk mandi.
    -      Uji air mandi anak terlebih dahulu (sesetengah anak
           takutkan air yg terlalu sejuk atau panas)
    -      Bawa sekali permainan anak dalam bilik mandi.
    -      Main dengan anak dalam bilik mandi seperti renjiskan air
           macam hujan.
-       Gosok gigi-
    -      Biarkan anak melihat ibubapanya suka gosok gigi.
    -      Terangkan kepada anak kita nak keluarkan kekotoran dari
           dalam gigi dan tunjukkan pada mereka cara gosok gigi.
                                                                    20
-       Basuh rambut- (mungkin anak takutkan air
        masuk hidung, syampu masuk mata).
    -     Tunjukkan pada mereka kita selalu syampu rambut.
          Terangkan pada mereka kegunaan syampoo..
    -     Bagi anak yang takut air pancut, gunakan cawan
          plastik untuk basuh rambut anak.




                                                             21
16) Anak tak nak duduk diam di meja makan
    dan bertingkahlaku buruk
-       Penyelesaian:
    -     Peruntukkan masa yang realistik untuk anak duduk diam
          di meja makan.
    -     Bila anak dah habis makan dan minta izin untuk
          tinggalkan meja makan biarkan dia pergi.
    -     Kemungkinan masa yang diambil anak bawah 5 tahun
          untuk duduk diam di meja ialah 15 minit.
    -     Untuk anak yang agresif (baling makanan, menjerit),
          jelaskan perbuatan itu tidak boleh diterima semasa makan.
          Sekiranya berulang, gunakan kaedah “Cool Down Area”.




                                                                  22
17) Anak terlalu makan banyak jajan
-       Penyelesaian:
    -     Bila shopping, elakkan membeli jajan.
    -     Letakkan jajan di tempat yg susah anak capai.
    -     Kalau anak lapar di antara waktu makan, beri anak
          makanan ringan berhasiat. Cth: roti bakar, epal,
          biskut.
    -     Jangan jadikan jajan sebagai jalan merasuah anak
          untuk makan breakfast, lunch atau dinner.
    -     Kawal duit perbelanjaan anak.




                                                              23
18) Anak suka merosakkan barang
-       Penting untuk jelaskan pada anak betapa
        penting dia perlu menghormati persekitaran dan
        juga barang sendiri.
-       Penyelesaian:
    -     Gunakan kaedah “Cool Down Area”
    -     Gunakan kaedah “Toy Confiscation”.




                                                     24
19) Anak suka merengek
-       Jangan kalah pada rengekan anak!
-       Jika tidak anak akan belajar, merengek adalah cara
        terbaik mendapatkan sesuatu.
-       Penyelesaian:
    -      Jika anak merengek, terangkan pada anak, dia boleh dapat
           apa yang dia mahu sekiranya dia meminta dengan baik.
    -      Beritahu anak cara yang betul. Cth: Mak, boleh tak Haikal
           nak air sirap.
    -      Kita ucapakan terima ksih pada anak kerana meminta
           dengan baik dan ajar anak ucapkan terima kasih.




                                                                  25
20) Anak pemalu dan pendiam
-       Setiap anak dilahirkan unik.
-       Malu adalah natural tetapi jika terlebih malu dan tidak
        diatasi akan mendatangkan masalah pada anak.
    -      Cth masalah: Malu bertanya soalan
                       Malu menjawab soalan
                       Malu berkawan
-       Penyelesaian:
    -      Dedahkan anak dgn dikelilingi kawan di usia kecil lagi.
    -      Ajar anak supaya ucapkan “Assalamualaikum”, “Apa
           khabar” pada orang lain.
    -      Sekiranya anak tidak mahu jawab pertanyaan orang,
           katakan padanya “Allah bagi suara kita untuk
           bercakapkan. Kalau tak nanti Allah tarik balik suara kita”.
    -      TUNJUKKAN pada anak bagaimana kita bergaul semasa
           kita melawat kawan, di taman, dimajlis Yassin dan
           sebagainya.


                                                                    26
21) Anak penakut
-       Anak kecil selalu takutkan mimpi, bunyi bising, air,
        anjing.
-       Penyelesaian: Bila anak takut, perkara pertama ialah
        BERI JAMINAN dan KESELESAAN.
    -      Cth:
        (1) Anak takut bunyi vacum.
    -      Bawa anak ke bilik dan jauhkan dia dari bunyi vacum.
    -      Beritahu anak kita akan gunakan vacum
    -      Buka dan tutup dgn cepat supaya anak boleh dengar bunyi
           bising dan senyap.
        (2) Anak takut air
    -      Perkenalkan secara sedikit-sedikit.
    -      Mula-mula mandi dgn dia.
    -      Mandi dgn dukung dia.




                                                                     27
(3) Anak mimpi buruk atau terjaga waktu malam
-     Bawa dia balik tidur dan beri dia jaminan dan keselesaan.
-     Sentiasa ingatkan anak bahawa Allah sentiasa berada bersama
      anak.
-     Ajar anak doa sebelum tidur



    (4) Anak takut bayangan pada waktu malam
-     Duduk dgn anak dan beritahu bayangan itu mainan anak.
-     Sentiasa ingatkan anak bahawa Allah sentiasa berada bersama
      anak.
-     Ajar anak doa sebelum tidur.
-     Biarkan lampu terus tertutup.
-     Bukakan pintu dan lampu ruang tamu terbuka.
-     Bila dia dah selesa, beritahu anak di mana kita berada dan anak
      boleh cari kita di situ.


                                                                    28
(5) Anak takut tidur seorang diri
   -   Bila nak tidurkan anak, ucapkan selamat malam dan peluk
       anak.
   -   Beritahu nak sekarang tiba masa untuk tidur.
   -   Duduk ditepi katil anak.
   -   Pusingkan muka anak ke arah lain.
   -   Sekiranya dia nak bercakap, beritahu anak untuk tutupkan mata
       dan sekarang masa untuk tidur.
   -   Pastikan lampu ditutup dan pintu terbuka.
   -   Selepas anak tidur, barulah pergi.
   -   Ulang langkah yang sama bagi malam yang berikutnya dan
       bergerak sedikit sedikit ke arah pintu sehinggalah kita duduk di
       luar pintu.
   -   Sentiasa ingatkan anak ALLAH sentiasa bersama. Ajar anak
       doa sebelum tidur.
   -   KAEDAH ini mengambil masa dan kita perlulah bersabar
       sehingga langkah ini berjaya.

                                                                     29
22) Anak selalu terkencing atas katil
-       Penyelesaian:
    -     Elakkan anak minum air sebelum tidur.
    -     Pastikan anak kencing sebelum tidur.
    -     Kejutkan anak pada waktu yang tetap (cth 11 malam)
          setiap malam dan bawa anak pergi tandas untuk
          kencing.
    -     Pastikan anak betul –betul telah berjaga untuk
          pastikan anak tahu apa yang sedang berlaku.
    -     Beri pujian sekiranya anak tidak kencing atas katil.
    -     Sekiranya anak masih kencing, katakan Malam ni
          anak dah basahkan katil, tetapi insyallah esok tak
          kencing malam.




                                                            30
23) Anak buat perangai semasa membeli belah
-       Masalah seperti turun naik troli, ambil barang di rak,
        anak menjerit atau menangis sekiranya permintaan tidak
        dipenuhi.
-       Sebenarnya anak buat perangai sebab mereka BOSAN.
-       Penyelesaian:
    -     Bagi tugasan pada anak. Buatkan ia menarik.
    -     Buatkan satu list mudah untuk anak. Boleh juga lukiskan
          gambar bagi list barang anak.
    -     Sentiasa ingatkan anak barang yang ada dalam list dia. Cth:
          “Dah jumpa susu dah?”




                                                                        31
24) Anak buat perangai semasa dalam kereta
-       Sebenarnya anak buat perangai sebab mereka BOSAN.
-       Penyelesaian:
    -        Jadikan perjalanan ke destinasi sesuatu yang menarik.
    -        Beri anak mainan kesayangan dia untuk dibawa.
    -        Mainkan lagu kegemaran dan menyanyi bersama anak.
    -        Mainkan cerita kegemaran mereka.
    -        Tarik perhatian anak dengan bertanya soalan seperti:
         -      berapa kereta warna merah
         -      berapa plat nombor kereta di depan
         -      Berapa stesen minyak kita dah lepas
    -        Sekiranya anak masih buat perangai dalam kereta seperti
             melompat-lompat, berhentikan kereta dan jelaskan pada
             anak kepentingan anak duduk diam dalam kereta untuk
             elakkan kemalangan.




                                                                       32
25) Anak tak reti-reti nak balik rumah walaupun
    dah senja
-       Perlukah kita tarik balik keistimewaan bermain luar
        yang diberi pada anak-anak?
-       Penyelesaian:
-       Gunakan kaedah “Trust Technique”
    -      Pastikan setiap anak diberikan jam.
    -      Beritahu anak bahawa mereka boleh main di padang
           selama 15 minit dan bila 15 minit dah berlalu mereka
           mesti balik rumah.
    -      Bila mereka kembali selepas 15 minit, beritahu
           mereka bahawa mereka boleh main lagi untuk 20
           minit lagi.
    -      Kaedah ini membina keyakinan anak-anak. Anak-
           anak akan merasakan bahawa dia boleh ada
           kebebasan tapi dalam keadaan terkawal yang
           seterusnya menaikkan jatidiri anak-anak.
                                                             33
TIPS:
2) Bagi apa jua karenah anak-anak,
   pastikan kita sentiasa berbaik sangka
   dengan anak dan jangan berhenti
   berdoa kepada Allah agar anak
   berubah.




                                           34
TIPS:
2) Bagi suami dan isteri yang ada masalah
   untuk bersetuju dengan kaedah untuk
   mendisiplinkan anak, gunakan kaedah
  - “SAME PAGE TECHNIQUE”
  ♦ Suami dan isteri buat kotak masing-masing
  ♦ Tulis pandangan dan cara menyelesaikan sesuatu
      isu anak.
  ♦ Tukar kotak
  ♦ Selesaikan isu satu persatu.
  ♦ Bincang dan kemudian bertolak ansur dengan
      mencapai kata persetujuan cara mendisiplinkan
      anak.
   - Jika tidak, anak tidak akan hormat disiplin
   yang telah ditetapkan kepada mereka.

                                                  35
TIPS:
3) Bagi menangani perasaan marah samada
   ibubapa atau anak,

  ♦   Tarik nafas sedalam dalamnya dan kira dari
      kiraan 10 hingga satu.
  ♦   Kemudian, hembus nafas keluar dalam kiraan 1
      hingga 10.
  ♦   Sekiranya tidak berjaya, genggam tangan dan
      ulang balik langkas tarik nafas di atas.
  ♦   Sekiranya tidak berjaya juga, ambil air
      sembahyang.




                                                     36
TIPS:
4) Bagi memastikan anak-anak berkelakuan
   baik semasa di tempat awam seperti di
   hospital, restoran, bawa buku colour, pen
   dan kertas kosong dan lain-lain.

5) Bagi perjalanan yang sangat panjang,
   pastikan kita berhenti di beberapa destinasi
   untuk anak meregangkan otot-otot yang
   penat, biarkan mereka berlari sedikit,
   bermain di taman permainan yg disediakan
   di R&R dan sebagainya.




                                                  37
TIPS:

6) Bercerita adalah kaedah terbaik untuk
   mendekatkan diri dan merapatkan diri
   dgn anak-anak. Sekali-sekala reka
   cerita sendiri agar cerita tampak
   menarik dan kelakar. Anak-anak juga
   suka mendengar cerita-cerita kita
   ketika kecil.




                                       38
TIPS:
2) Bagi mendidik anak untuk sentiasa
   menghargai dan dihargai, kita mesti
   tunjukkan tauladan yang baik.
  Cth:
     -   Ibu beri kad pada ayah.
     -   Ayah beri bunga pada ibu.
     -   Didiklah anak agar sentiasa menghargai dan rasa
         dihargai.




                                                           39

More Related Content

Similar to TIPS MENANGANI MASALAH ANAK

bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060widodoarif
 
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DAktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DShuhada Sha'ari
 
PERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.ppt
PERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.pptPERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.ppt
PERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.pptAuliaIfnuAkbar
 
Tips mendidik anak agar cemerlang
Tips mendidik anak agar cemerlangTips mendidik anak agar cemerlang
Tips mendidik anak agar cemerlangAhmad Awang
 
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfmuhtaromcomputer
 
BELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdf
BELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdfBELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdf
BELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdfErisaRiriRizal
 
Bimbing si kecil untuk belajar mandiri
Bimbing si kecil untuk belajar mandiriBimbing si kecil untuk belajar mandiri
Bimbing si kecil untuk belajar mandiriBoyolali
 
Rencana kegiatan harian balok
Rencana kegiatan harian balokRencana kegiatan harian balok
Rencana kegiatan harian balokAji Sakti
 
Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak?
Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak? Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak?
Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak? 24hourparenting
 
Sentra Persiapan
Sentra PersiapanSentra Persiapan
Sentra Persiapanelazumaroh7
 
Menumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajarMenumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajarNina Safitri
 
ASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptx
ASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptxASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptx
ASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptxatriaoktafani3
 
LOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdf
LOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdfLOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdf
LOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdfAhmadFadliHarahap
 

Similar to TIPS MENANGANI MASALAH ANAK (20)

201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060
 
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DAktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
 
PERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.ppt
PERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.pptPERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.ppt
PERTEMUAN 7. KONSEP BERMAIN PADA ANAK.ppt
 
Sentra Alam
Sentra AlamSentra Alam
Sentra Alam
 
Tips mendidik anak agar cemerlang
Tips mendidik anak agar cemerlangTips mendidik anak agar cemerlang
Tips mendidik anak agar cemerlang
 
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
 
BELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdf
BELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdfBELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdf
BELAJAR DI RUMAH YANG MENYENANGKAN.pdf
 
Materi kep anak
Materi kep anakMateri kep anak
Materi kep anak
 
Bimbing si kecil untuk belajar mandiri
Bimbing si kecil untuk belajar mandiriBimbing si kecil untuk belajar mandiri
Bimbing si kecil untuk belajar mandiri
 
Latihan mendengar minggu 1
Latihan mendengar minggu 1Latihan mendengar minggu 1
Latihan mendengar minggu 1
 
Rencana kegiatan harian balok
Rencana kegiatan harian balokRencana kegiatan harian balok
Rencana kegiatan harian balok
 
Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak?
Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak? Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak?
Kenapa Reward-Punishment Nggak Efektif untuk Anak?
 
Sentra Seni
Sentra SeniSentra Seni
Sentra Seni
 
Sentra Persiapan
Sentra PersiapanSentra Persiapan
Sentra Persiapan
 
Pp boneka1
Pp boneka1Pp boneka1
Pp boneka1
 
Belajar melalui Bermain
Belajar melalui Bermain Belajar melalui Bermain
Belajar melalui Bermain
 
Menumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajarMenumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajar
 
ASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptx
ASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptxASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptx
ASUHAN PADA BALITA 1 – 5 TAHUN.pptx
 
LOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdf
LOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdfLOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdf
LOKA KARYA Sekolah Penggerak _ Kolaborasi.pdf
 

TIPS MENANGANI MASALAH ANAK

  • 2. 1) Anak malas solat - Adakah kita menunjukkan tauladan yang baik pada anak. - Penyelesaian: - Jelaskan kepada anak untuk apa dan kenapa solat itu penting. - Budayakan sembahyang jemaah di rumah. - Ajak anak sembahyang masa dia kecil lagi. 2
  • 3. 2) Anak selalu main sahaja? – Buat jadual waktu (anak akan lebih disiplin dan teratur) Aktiviti Haikal Haziq Bangun pagi 8.00 8.15 Jus kurma dan Aura Genious dan breakfast 8.10 8.25 TV 8.15 8.30 Tiusyen 9.00 9.00 Main dgn kawan 11.00 11.00 TV 11.10 11.10 Lunch 1.00 1.00 Mandi 1.30 1.30 Perspective Play 2.00 2.00 Mengaji 3.00 3.10 Hafal sifir 3.30 3.35 Hafal story telling 3.45 3.50 TV 4.00 4.00 Kerja sekolah 5.00 5.00 Main dgn umi dan ayah 6.30 6.30 3
  • 4. Aktiviti (Sabtu-Ahad) Haikal Haziq Makan malam 7.30 7.30 Umi baca buku cerita kegemaran Haikal dan Haziq 8.30 8.30 Tidur 9.00 9.00 Disiplin awal akan menjadi sebahagian tabiat dalam hidup anak. Mula2 anak2 akan rasa dipaksa tetapi lama kelamaan mereka memilih utk melakukannya secara sendiri setelah terbina tabiat tersebut. 4
  • 5. 3) Jadual waktu anak bertahan hanya dua tiga hari saja? 2. Beri peluang dan masa pada anak anak untuk menjayakan jadual waktu yang dibuat. - Penyelesaian: - Adakah anda peruntukkan waktu yang realistik bagi setiap anak? - Anak jenis makan lambat - Anak bermasalah nak pergi sekolah - Kita perlu menjadi jam bercakap bagi mengingatkan mereka. - Waktu makan lagi lima minit - Waktu mandi lagi 10 minit - Tampal jadual waktu di dinding dengan kertas besar supaya semua ahli keluarga dpt lihat dan peringatkan. 5
  • 6. 4) Anak asyik kena berteman ke sekolah - Normal bagi anak-anak berasa takut, menangis dan gementar (berdepan muka-muka baru, tempat baru). - Penyelesaian: - Lawat sekolah masa hari orientasi bersama anak. Terangkan pada anak di mana tandas, di mana nak letak beg. - Ceritakan pada anak tentangsemua benda-benda yang menarik di sekolah. - Temankan anak sekurang-kurangnya dua minggu dan tinggalkan anak sedikit demi sedikit. - Katakan anak balik pukul 11.30 pagi. - Mula-mula kita balik pukul 11.30 - Beberapa hari kemudian balik pukul 10, kemudian pukul 9 sehinggalah anak boleh ditinggalkan seorang di sekolah. - Persedian sebelum masuk sekolah ialah biasakan anak tinggal dengan nenek, penjaga supaya anak sudah terbiasa dgn ketiadaan kita. 6
  • 7. 5) Anak suka menipu - Bila kita ajar anak supaya tidak menipu, kita sebenarnya ajar anak supaya bertanggugjawab atas tindakannya sendiri. - Penyelesaian: - Elakkan bertanya anak dalam keadaan marah. - Sebaliknya tanya anak : “Umi nak tahu apa sebenarnya dah berlaku” - Bila anak beritahu sebab, kita mestilah ucapkan terima kasih pada anak kerana telah bercakap jujur dan jgn buat lagi. - Cakap kepada anak Allah sukakan kita bercakap jujur dan amanah dan Allah tambahkan pahala lagi. 7
  • 8. 6) Anak malas buat kerja sekolah - Penyelesaian: - Ibubapa kena pimpin anak. - Selitkan jadual buat kerja sekolah dalam jadual harian anak. - Sekiranya anak tak faham dan kita pun tak faham, suruh anak jumpa cikgu, berbincang dengan kawan. - Jangan jadikan alasan “MAK TAK TAHULAH”. Duduk bersama-sama anak. - Beri sokongan pada anak dgn katakan “Anak cuba buat dahulu, salah tidak mengapa. Yang penting kita kena cuba dahulu”. 8
  • 9. 7) Anak selalu ajak kita main dengan mereka. - Alasan yg selalu didengar ialah - Tak tahu aktiviti apa nak main dgn anak. - Penyelesaian: (i) Sorok dan cari. (ii) Congkak (iii) Sahibba (iv) Dam ular (v) Berlakon. Cth ayah jadi pahlawan pakai kain pelikat ikat kat kepala, Mak jadi jururawat bila ayah cedera. Nak2 pulak jadi pendekar lawan dgn ayah. (vi) Melukis (vii) Main plastisin (viii) Main tali skip. Ayah dan mak cuba masuk dalam tali skip yang dipusing oleh anak. (ix) Buat layang-layang guna plastik bag. (x) Buat keretapi guna kotak kasut 9
  • 10. 8) Anak berebut permainan - (I) Kaedah “Toy Confiscation”. - Kumpulkan semua mainan. - Dudukkan anak dan suruh setiap dari mereka pilih 10 mainan kesukaan masing2. - Terangkan itu adalah mainan yg mereka boleh main sahaja dan klu mainan pecah atau patah tidak akan diganti. - Sediakan tong mainan dgn nama masing2 dan bubuh mainan yg telah dipilih. - Sediakan juga satu tong mainan yg dilabel MAINAN UTK DISIMPAN dan masukkan mainan2 lain yg tidak dipilih tadi. Jauhkan dari pandangan anak2. - Setiap kali anak berebut, ambil satu mainan dari tong dia. Bila dia berubah baik, pulangkan kembali mainan yg diambil sebagai hadiah berkelakuan baik. - Boleh ulang langkah di atas setiap 1 minggu dan sebagainya. 10
  • 11. - (II) Kaedah “Sharing Bin”. - Setiap anak diberi kotak masing-masing dan dilabelkan nama masing-masing. - Setiap anak pilih mainan masing-masing dan letakkan mainan tersebut dalam tong masing-masing. - Setelah itu, minta setiap anak keluarkan satu mainan dari tong dia untuk dikongsi selama seminggu. - Setelah berjaya berkongsi mainan-mainan tersebut selama seminggu, sediakan pula tong yang dilabel “Sharing Bin”. - Kemudian minta setiap anak untuk pilih beberapa mainan mereka yang mereka hendak letakkan di “Sharing Bin”. 11
  • 12. 9) Anak tidak mahu berkongsi - Sebenarnya anak takut barang dia akan diambil terus selama-lamanya. - Penyelesaian: - Tetapkan masa yang anak boleh main dengan barang dia. - Terangkan pada anak, bila masa tamat, dia perlu biar kawan dia main pula. Jelaskan dengan nyata bila semua kawan dah main dengan masa yang ditetapkan, dia akan dapat kembali barang dia. - Galakkan anak sendiri yang bagi barang tersebut pada kawan dia. Elakkan kita yang bagi barang tersebut pada kawan dia. - Lama kelamaan, anak akan faham bahawa kongsi itu seronok dan tak bermakna barang dia akan hilang selamanya. 12
  • 13. 10) Anak berkelakuan tidak baik - Penyelesaian:Kita gunakan kaedah “Cool Down Area”. - Kaedah ini bertujuan asingkan anak sebentar untuk dia tenang dan berfikir apa kesalahan yg telah dilakukan dan minta maaf di atas kesalahan yg dilakukan. - Senario: Anak kita umur 5 tahun tendang adik dia umur 3 tahun. - Cara: - Pertama: Beri Amaran. - Cakap: Umi tak suka kelakuan abang tendang adik kerana adik akan sakit. Kita kena baik dengan oang. Sekiranya abang buat lagi, ibu akan bawa abang ke “Cool Down Area”. Slps tu, terus beredar. - Kedua: Cool Down Area - Jika si abang buat lagi, terus bawa abang ke “Cool Down Area”. 13
  • 14. - Ketiga: Beri Penjelasan dan penerangan - Beri penjelasan kenapa abang dibawa ke “Cool Down Area”. - Berdiri sama paras dengan anak dan cakap: Abang tak boleh tendang adik atau orang lain. Kita tak boleh cederakan orang. Umi tak boleh terima kelakuan begitu. Sekarang abang duduk disini lima minit dan fikir apa yang abang dah buat. Dah habis lima minit nanti, umi datang dan umi nak abang minta maaf. - Keempat: Terus Beredar - Tidak boleh layan anak walau apa yg dia cakap. - Jika dia keluar dari “Cool Down Area”, masukkan dia balik. - Kelima: Minta maaf - Bila masa yang ditetapkan telah samapai, pergi kepada anak dan suruh anak minta maaf. Anak mesti minta maaf tentang perbuatan yg telah dilakukannya. 14
  • 15. - Keenam: Lepaskan - Sebaik sahaja anak dah minta maaf, kita mesti ucapkan terima kasih. Peluk dan cium dia dan biarkan anak bermain seperti biasa kembali. 15
  • 16. 11) Anak selalu bergaduh bila bermain - Penyelesaian: Buatkan aktiviti yang ajar mereka utk bekerjasama. - Cth aktiviti: (i) Tutup mata seorang anak dan anak2 yg lain pandu mereka ke tempat yg nak dituju hanya dgn gunakan suara. Ulang aktiviti dgn anak yg lain pula bila anak pertama dah sampai destinasi. (ii) Pencarian harta karun. Tulis beberapa petunjuk yang senang di atas kertas. Setiap petunjuk merujuk kepada beberapa lokasi disekeliling rumah. Si abang akan ajar adik bekerjasama utk cari petunjuk hingga selesai. (iii) Membela binatang peliharaan. Abang basuh akuarium dan adik bagi ikan makan. - Berikan penghargaan dan pujian pada setiap aktiviti. - Sekiranya anak masih lagi bergaduh bila bermain, gunakan kaedah “Cool Down Area”. 16
  • 17. 12) Anak selalu bercakap bukan-bukan - Penyelesaian: - Jelaskan dengan lemah lembut kepada anak kenapa dia tak boleh sebut perkataan itu. - Jelaskan Allah bagi kita mulut untuk bercakap benda-benda yang baik sahaja dan sekiranya kita cakap benda tak elok, itu tandanya kita tak bersyukur pada Allah. - Sekiranya anak cakap lagi perkara bukan-bukan, gunakan kaedah “Cool Down Area” 17
  • 18. 13) Anak tidak mahu pakai atau tukar baju. - Penyelesaian: - Elakkan anak membuat terlalu banyak pilihan baju yang hendak dipakai. - Kita pilihkan beberapa baju sahaja yang hendak dia pakai. - Galakkan anak untuk pakai baju sendiri. Tunjuk anak macam mana nak pasang butang, pakai stokin. - Beri banyak galakan dan pujian. 18
  • 19. 14) Anak tak nak makan - Penyelesaian: - Gunakan kaedah “Little Chef ” - Libatkan anak untuk memasak. - Galakkan anak tulis menu mereka sendiri. - Selain itu, libatkan anak menanam sayur- sayuran. Dgn itu, anak akan menjadi bertanggungjawab menjaga dan bangga dan seterusnya makan sayur-sayuran yang ditanam. 19
  • 20. 15) Anak malas mandi, gosok gigi, basuh tangan, basuh rambut - Beri peringatan yang jelas dan berulang sebelum tukar aktiviti anak. Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi anak kita. - Malas mandi- - Tunjukkan pada anak kita suka mandi. Cakap pada mereka setiap kali kita hendak masuk mandi. - Uji air mandi anak terlebih dahulu (sesetengah anak takutkan air yg terlalu sejuk atau panas) - Bawa sekali permainan anak dalam bilik mandi. - Main dengan anak dalam bilik mandi seperti renjiskan air macam hujan. - Gosok gigi- - Biarkan anak melihat ibubapanya suka gosok gigi. - Terangkan kepada anak kita nak keluarkan kekotoran dari dalam gigi dan tunjukkan pada mereka cara gosok gigi. 20
  • 21. - Basuh rambut- (mungkin anak takutkan air masuk hidung, syampu masuk mata). - Tunjukkan pada mereka kita selalu syampu rambut. Terangkan pada mereka kegunaan syampoo.. - Bagi anak yang takut air pancut, gunakan cawan plastik untuk basuh rambut anak. 21
  • 22. 16) Anak tak nak duduk diam di meja makan dan bertingkahlaku buruk - Penyelesaian: - Peruntukkan masa yang realistik untuk anak duduk diam di meja makan. - Bila anak dah habis makan dan minta izin untuk tinggalkan meja makan biarkan dia pergi. - Kemungkinan masa yang diambil anak bawah 5 tahun untuk duduk diam di meja ialah 15 minit. - Untuk anak yang agresif (baling makanan, menjerit), jelaskan perbuatan itu tidak boleh diterima semasa makan. Sekiranya berulang, gunakan kaedah “Cool Down Area”. 22
  • 23. 17) Anak terlalu makan banyak jajan - Penyelesaian: - Bila shopping, elakkan membeli jajan. - Letakkan jajan di tempat yg susah anak capai. - Kalau anak lapar di antara waktu makan, beri anak makanan ringan berhasiat. Cth: roti bakar, epal, biskut. - Jangan jadikan jajan sebagai jalan merasuah anak untuk makan breakfast, lunch atau dinner. - Kawal duit perbelanjaan anak. 23
  • 24. 18) Anak suka merosakkan barang - Penting untuk jelaskan pada anak betapa penting dia perlu menghormati persekitaran dan juga barang sendiri. - Penyelesaian: - Gunakan kaedah “Cool Down Area” - Gunakan kaedah “Toy Confiscation”. 24
  • 25. 19) Anak suka merengek - Jangan kalah pada rengekan anak! - Jika tidak anak akan belajar, merengek adalah cara terbaik mendapatkan sesuatu. - Penyelesaian: - Jika anak merengek, terangkan pada anak, dia boleh dapat apa yang dia mahu sekiranya dia meminta dengan baik. - Beritahu anak cara yang betul. Cth: Mak, boleh tak Haikal nak air sirap. - Kita ucapakan terima ksih pada anak kerana meminta dengan baik dan ajar anak ucapkan terima kasih. 25
  • 26. 20) Anak pemalu dan pendiam - Setiap anak dilahirkan unik. - Malu adalah natural tetapi jika terlebih malu dan tidak diatasi akan mendatangkan masalah pada anak. - Cth masalah: Malu bertanya soalan Malu menjawab soalan Malu berkawan - Penyelesaian: - Dedahkan anak dgn dikelilingi kawan di usia kecil lagi. - Ajar anak supaya ucapkan “Assalamualaikum”, “Apa khabar” pada orang lain. - Sekiranya anak tidak mahu jawab pertanyaan orang, katakan padanya “Allah bagi suara kita untuk bercakapkan. Kalau tak nanti Allah tarik balik suara kita”. - TUNJUKKAN pada anak bagaimana kita bergaul semasa kita melawat kawan, di taman, dimajlis Yassin dan sebagainya. 26
  • 27. 21) Anak penakut - Anak kecil selalu takutkan mimpi, bunyi bising, air, anjing. - Penyelesaian: Bila anak takut, perkara pertama ialah BERI JAMINAN dan KESELESAAN. - Cth: (1) Anak takut bunyi vacum. - Bawa anak ke bilik dan jauhkan dia dari bunyi vacum. - Beritahu anak kita akan gunakan vacum - Buka dan tutup dgn cepat supaya anak boleh dengar bunyi bising dan senyap. (2) Anak takut air - Perkenalkan secara sedikit-sedikit. - Mula-mula mandi dgn dia. - Mandi dgn dukung dia. 27
  • 28. (3) Anak mimpi buruk atau terjaga waktu malam - Bawa dia balik tidur dan beri dia jaminan dan keselesaan. - Sentiasa ingatkan anak bahawa Allah sentiasa berada bersama anak. - Ajar anak doa sebelum tidur (4) Anak takut bayangan pada waktu malam - Duduk dgn anak dan beritahu bayangan itu mainan anak. - Sentiasa ingatkan anak bahawa Allah sentiasa berada bersama anak. - Ajar anak doa sebelum tidur. - Biarkan lampu terus tertutup. - Bukakan pintu dan lampu ruang tamu terbuka. - Bila dia dah selesa, beritahu anak di mana kita berada dan anak boleh cari kita di situ. 28
  • 29. (5) Anak takut tidur seorang diri - Bila nak tidurkan anak, ucapkan selamat malam dan peluk anak. - Beritahu nak sekarang tiba masa untuk tidur. - Duduk ditepi katil anak. - Pusingkan muka anak ke arah lain. - Sekiranya dia nak bercakap, beritahu anak untuk tutupkan mata dan sekarang masa untuk tidur. - Pastikan lampu ditutup dan pintu terbuka. - Selepas anak tidur, barulah pergi. - Ulang langkah yang sama bagi malam yang berikutnya dan bergerak sedikit sedikit ke arah pintu sehinggalah kita duduk di luar pintu. - Sentiasa ingatkan anak ALLAH sentiasa bersama. Ajar anak doa sebelum tidur. - KAEDAH ini mengambil masa dan kita perlulah bersabar sehingga langkah ini berjaya. 29
  • 30. 22) Anak selalu terkencing atas katil - Penyelesaian: - Elakkan anak minum air sebelum tidur. - Pastikan anak kencing sebelum tidur. - Kejutkan anak pada waktu yang tetap (cth 11 malam) setiap malam dan bawa anak pergi tandas untuk kencing. - Pastikan anak betul –betul telah berjaga untuk pastikan anak tahu apa yang sedang berlaku. - Beri pujian sekiranya anak tidak kencing atas katil. - Sekiranya anak masih kencing, katakan Malam ni anak dah basahkan katil, tetapi insyallah esok tak kencing malam. 30
  • 31. 23) Anak buat perangai semasa membeli belah - Masalah seperti turun naik troli, ambil barang di rak, anak menjerit atau menangis sekiranya permintaan tidak dipenuhi. - Sebenarnya anak buat perangai sebab mereka BOSAN. - Penyelesaian: - Bagi tugasan pada anak. Buatkan ia menarik. - Buatkan satu list mudah untuk anak. Boleh juga lukiskan gambar bagi list barang anak. - Sentiasa ingatkan anak barang yang ada dalam list dia. Cth: “Dah jumpa susu dah?” 31
  • 32. 24) Anak buat perangai semasa dalam kereta - Sebenarnya anak buat perangai sebab mereka BOSAN. - Penyelesaian: - Jadikan perjalanan ke destinasi sesuatu yang menarik. - Beri anak mainan kesayangan dia untuk dibawa. - Mainkan lagu kegemaran dan menyanyi bersama anak. - Mainkan cerita kegemaran mereka. - Tarik perhatian anak dengan bertanya soalan seperti: - berapa kereta warna merah - berapa plat nombor kereta di depan - Berapa stesen minyak kita dah lepas - Sekiranya anak masih buat perangai dalam kereta seperti melompat-lompat, berhentikan kereta dan jelaskan pada anak kepentingan anak duduk diam dalam kereta untuk elakkan kemalangan. 32
  • 33. 25) Anak tak reti-reti nak balik rumah walaupun dah senja - Perlukah kita tarik balik keistimewaan bermain luar yang diberi pada anak-anak? - Penyelesaian: - Gunakan kaedah “Trust Technique” - Pastikan setiap anak diberikan jam. - Beritahu anak bahawa mereka boleh main di padang selama 15 minit dan bila 15 minit dah berlalu mereka mesti balik rumah. - Bila mereka kembali selepas 15 minit, beritahu mereka bahawa mereka boleh main lagi untuk 20 minit lagi. - Kaedah ini membina keyakinan anak-anak. Anak- anak akan merasakan bahawa dia boleh ada kebebasan tapi dalam keadaan terkawal yang seterusnya menaikkan jatidiri anak-anak. 33
  • 34. TIPS: 2) Bagi apa jua karenah anak-anak, pastikan kita sentiasa berbaik sangka dengan anak dan jangan berhenti berdoa kepada Allah agar anak berubah. 34
  • 35. TIPS: 2) Bagi suami dan isteri yang ada masalah untuk bersetuju dengan kaedah untuk mendisiplinkan anak, gunakan kaedah - “SAME PAGE TECHNIQUE” ♦ Suami dan isteri buat kotak masing-masing ♦ Tulis pandangan dan cara menyelesaikan sesuatu isu anak. ♦ Tukar kotak ♦ Selesaikan isu satu persatu. ♦ Bincang dan kemudian bertolak ansur dengan mencapai kata persetujuan cara mendisiplinkan anak. - Jika tidak, anak tidak akan hormat disiplin yang telah ditetapkan kepada mereka. 35
  • 36. TIPS: 3) Bagi menangani perasaan marah samada ibubapa atau anak, ♦ Tarik nafas sedalam dalamnya dan kira dari kiraan 10 hingga satu. ♦ Kemudian, hembus nafas keluar dalam kiraan 1 hingga 10. ♦ Sekiranya tidak berjaya, genggam tangan dan ulang balik langkas tarik nafas di atas. ♦ Sekiranya tidak berjaya juga, ambil air sembahyang. 36
  • 37. TIPS: 4) Bagi memastikan anak-anak berkelakuan baik semasa di tempat awam seperti di hospital, restoran, bawa buku colour, pen dan kertas kosong dan lain-lain. 5) Bagi perjalanan yang sangat panjang, pastikan kita berhenti di beberapa destinasi untuk anak meregangkan otot-otot yang penat, biarkan mereka berlari sedikit, bermain di taman permainan yg disediakan di R&R dan sebagainya. 37
  • 38. TIPS: 6) Bercerita adalah kaedah terbaik untuk mendekatkan diri dan merapatkan diri dgn anak-anak. Sekali-sekala reka cerita sendiri agar cerita tampak menarik dan kelakar. Anak-anak juga suka mendengar cerita-cerita kita ketika kecil. 38
  • 39. TIPS: 2) Bagi mendidik anak untuk sentiasa menghargai dan dihargai, kita mesti tunjukkan tauladan yang baik. Cth: - Ibu beri kad pada ayah. - Ayah beri bunga pada ibu. - Didiklah anak agar sentiasa menghargai dan rasa dihargai. 39

Editor's Notes

  1. Ajar anak, berkongsi itu adalah seronok. Ia bukan bermakna anak terpaksa bagi barang yang terpaksa dikongsi selama-lamanya.
  2. 1 Makanan atau minuman yg terlampau banyak gula akan menyebabkan anak hyperaktif.
  3. Pastikan anak tahu bahawa merosakkan barang separti conteng dinding, pecahkan mainan tidak dibenarkan.
  4. Pastikan anak tahu bahawa merosakkan barang separti conteng dinding, pecahkan mainan tidak dibenarkan.
  5. Pastikan anak tahu bahawa merosakkan barang separti conteng dinding, pecahkan mainan tidak dibenarkan.
  6. Kita satu list dan anak satu list.
  7. Kita satu list dan anak satu list.
  8. Kita satu list dan anak satu list.
  9. Kita satu list dan anak satu list.
  10. Kita satu list dan anak satu list.
  11. Kita satu list dan anak satu list.
  12. Kita satu list dan anak satu list.
  13. Kita satu list dan anak satu list.
  14. Kita satu list dan anak satu list.
  15. Kita satu list dan anak satu list.
  16. Kita satu list dan anak satu list.