SlideShare a Scribd company logo
1 of 56
Download to read offline
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
        MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN




                  MODUL
       PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
                  PJM 3105


PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
     PEMBELAJARAN MOTOR




            INSTITUT PENDIDIKAN GURU
            KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
            ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
            BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
            CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

            Berkuat kuasa pada Jun 2011
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,       berketrampilan,     berakhlak      mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                     Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.




                            Cetakan Jun 2011
                       Kementerian Pelajaran Malaysia

        Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
        ada    kepentingan     komersial,   tidak   dibenarkan   sesiapa
        mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
        ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
        dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
        mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
        daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
        Malaysia.




                                        i
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
 PELAJAR-PELAJAR   YANG  BERDAFTAR   DENGAN   INSTITUT
 PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
 MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
 SARJANA MUDA PERGURUAN.

 MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
 TERSEBUT.




Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia




                                 ii
KANDUNGAN
                                                           MUKA SURAT




  Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  Falsafah Pendidikan Guru

  Panduan Pelajar

  Pengenalan



  Tajuk Pembelajaran

  Tajuk 1 Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan       1
            Pembelajaran Motor
                                                               1
   1.0 Sinopsis
   1.1 Hasil Pembelajaran                                      1

   1.2 Kerangka Tajuk                                          1
   Kandungan Isi
   Pertumbuhan
   Kematangan                                                  2

   Perkembangan                                                3
   Aktiviti Fizikal
   Pembelajaran Motor
   Tajuk 3 Pertumbuhan Somatik
    2.0 Sinopsis
    2.1 Hasil Pembelajaran
    2.2 Kerangka Tajuk
    2.3 Kandungan Isi
        Pengukuran yang lazim dignakan dalam kajian
        pertumbuhan
                                                               6
        Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat
                                                               9
        badan
        Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain           10
        Perkembangan badan                                     11
        Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul




                      ii
PANDUAN PELAJAR


PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).


JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:




                                       vi
Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran                     Mengikut Kredit Kursus
                                   3 Kredit               2 Kredit                1 Kredit
                                 Tanpa       Ada       Tanpa        Ada     Tanpa        Ada
                                 Amali       Amali     Amali        Amali   Amali        Amali
                                 (3+0)       (2+1)     (2+0)        (1+1)   (1+0)        (0+1)
                                             (1+2)                  (0+2)
                                             (0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /              70          60        70           62      70           65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
                                  10          10         5           5       5               5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali*                     -          10         -           8        -              5
Perbincangan Atas Talian          7½          7½        5½          5½       5½          5½
Kerja Kursus                      20          20        20           20      15           15
Ulangkaji                         10          10        10           10      5               5
Amali/Peperiksaan                 2½          2½        2½          2½       2½          2½
Jumlah Jam Pembelajaran                120                     80                   40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.




                                             vii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

   1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
      diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
      perpustakaan.

   2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
      pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
      modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
      dicadangkan.

   3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
      sasaran pembelajaran anda.

   4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
      pembacaan anda.

   5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
      Teliti maklumat yang diterima.

   6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
      bahan yang bermakna.

   7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.




                                     viii
Pengenalan

Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk
dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek
yang berikut:

Penerangan ringkas kursus berkenaan;
Kursus ini menjelaskan difinisi,ciri-ciri,prinsip-prinsip ,factor-faktor,tahap-tahap ,teori
dan aplikasi konsep pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran motor kanak-
kanak .Ia bertujuan memberi pengetahuan kepada para pendidik untuk memahami
kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dari kelahiran hingga peringkat dewasa.

Tajuk-tajuk dalam modul;
Kursus ini mencakupi konsep dan definisi pertumbuhan,kematangan dan
pembelajaran motor,pertumbuhan dan perkembangan pranatal,pertumbuhan
somatik,tisu adipos dan komposisi badan,perkembangan fungsi anatomi dan
fisiologi,kematangan,faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,kematangan dan
prestasi fizikal kanak-kanak,aktiviti fizikal dan sukan.Ia juga memberi
pengetahuan tentang perkembangan dan jenis-jenis kemahiran motor dan
kaitannya dengan prestasi,pemprosesan maklumat, attention dan
prestasi,kawalan motor, koordinasi,perbezaan individu,pembelajaran
motor,maklumbalas pengekalan dan pemindahan pembelajaran.

   1. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan;
   2. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
      kendiri modul itu;
   3. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
AGIHAN TAJUK



Kod & Nama Kursus:

PJM 3105
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR

Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
JUMLAH JAM
                                                           MENGIKUT
INTERAKSI                 TAJUK/TOPIK                      PRO FORMA
                                                            KURSUS

            1.Definisi dan Konsep
            2.Pertumbuhan dan Perkembangan
    1         Pranatal
                                                            5 JAM
            3.Pertumbuhan Somatik
            4.Tisu Adipos dan komposisi badan



            5.Perkembangan fungsi Anatomi dan
              Fisiologi
    2       6.Kematangan                                    7 JAM
            7.Faktor yang mempengaruhi
              pertumbuhan,kematangan dan prestasi


            08.Kanak-kanak didalam aktiviti fizikal dan
               sukan
    3       09.Tingkahlaku motor                            5 JAM
            10.Pemprosesan maklumat



            11.Attention dan prestasi
            12.Kawalan Motor
    4       13.Koordinasi                                   6 JAM
            14.Perbezaan individu



            15.Pembelajaran Motor
            16.Latihan
    5                                                       7 JAM
            17.Maklumbalas
            18.Pengekalan dan Pemindahan


                             JUMLAH                        30 JAM
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




TAJUK 1 (Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan
        Pembelajaran Motor)

Sinopsis
     Tiga istilah yang sering digunakan semasa berbincang tentang
      bayi,kanak-kanak dan remaja ialah pertumbuhan,perkembangan
      dan kematangan .Pertumbuhan dan perkembangan selalunya
      digunakan secara bertindih namun mereka berbeza kerana punyai
      aktiviti biologikal yang berbeza.Topik ini akan membincangkan
      ketiga-tiga elemen ini dengan mendalam.

HASIL PEMBELAJARAN
     -Menjelaskan tentang konsep pertumbuhan,kematangan dan
      pembelajaran motor.
     -Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan pertumbuhan dan
     perkembangan pranatal.

KERANGKA TAJUK

                                    DEFINISI
                                       &
                                    KONSEP




        PERTUMBUHAN              KEMATANGAN             PEMBELAJARAN
                                                           MOTOR



KANDUNGAN ISI

           o Membincangkan kaitan antara Pertumbuhan ,Kematangan dan
             Perkembangan Pembelajaran Motor.
           o Pertumbuhan dan Perkembangan Postnatal:
             Scammon’s Curves”

      Tiga istilah lazim yang digunakan apabila perbincangan mengenai bayi,
      kanak-kanak dan remaja diketengahkan adalah
         o pertumbuhan,
         o proses matang
         o perkembangan


                                                                         1
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


     Pertumbuhan
     Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh
     atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu.
        o Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:
        o (i)     Penambahan bilangan sel (hiperplasia)
        o (ii)    Penambahan saiz sel (hipertropi)
        o (iii)   Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)

     Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel
     (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang
     direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras.

     Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di
     dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas
     kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.

   Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik,
    dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu
    jaringan kompleks.

   Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.
   Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang
    terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa
    pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk
    sejurus kelahiran.

Kematangan
   Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu
     langkah ke arah mencapai keadaan matang.
   Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang
   Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ,
     memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.
   Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.
   Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ
     pembiakan berfungsi sepenuhnya.
   Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang
     terbentuk sepenuhnya.
   Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu
     faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik
     semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja
   Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku)
     dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah
     keadaan yang matang secara biologikal.
   Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan
     kematangan



                                                                          2
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


Perkembangan
    Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.
    Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini,
     perkembangan adalah merujuk kepada proses pembezaan dan
     pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan
     unit fungsi.
    Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem
     organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang
     berinteraksi dengan hormon dan nutrien.
    Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada
     perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa
     kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya
    Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek
    keterampilan sosial,
    intelek
    kognitif,
    emosi
    yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-kanak tersebut.
    Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah
     laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.
    Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan
     pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat
     di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek.
     Lazimnya disifatkan oleh peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat
     faktor-faktor biologi dan persekitaran
    Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran
     khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanak-
     kanak.
    Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan,
     proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan
     jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari
     dan melompat


Aktiviti Fizikal
    Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai
       bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman,
       pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.
    Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh
       otot rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan
       tenaga rehat.
    Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan
       dan accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja.
    Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal
       akan menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem,
       pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif,

                                                                            3
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


    mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan
    yang menyeluruh
   Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training).
   Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam
    latihan.
   Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan
    khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu.

Pembelajaran Motor - Schmidt & Lee (2005)
  o Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama:-
  o Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk
    membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran
    melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan
    membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir
  o Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.
  o Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana
    proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman
  o Keempat,pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang
    kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.
  o Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi
    pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan
    atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk
    bergerak yang kekal
  o Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan
    dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan
    dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.
  o Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan
    prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau
    pengalaman.

     Analisis gambarajah dibawah ini dan tuliskan satu perenggan berdasarkan
     pemahaman anda tentang peringkat-peringkat pertumbuhan dan
     perkembangan bayi




                                                                               4
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




1.Apakah yang dimaksudkan tentang Lekok Scammon.Beri penerangan tentang lekok-
lekok dalam graf ini.




              Dapatkan maklumat dari bahan bacaan dan multimedia berkaitan:

Interaksi 1: Pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran motor
                 www.med.unc.edu/embryo_images
                 http://virtualhumanembryo.lsuhsc.edu

Interaksi 2: Pertumbuhan somatik (pertumbuhan pascanatal), tisu adipos dan komposisi
              badan
               www.cdc.gov/growthcharts/
               www.somatotype.org
               www.muscle.ucsd/musintro/jump.shtml.
               http://www.udel.edu/Biology/Wags/histopage/colorpage/ca/ca.htm
               http://www.health.xq23.com/diet_and_nutrition/Adipose_tissue.html.
               www.sgd.nia.nih.gov.




                                                                                       5
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)



TAJUK 3 ( Pertumbuhan somatik )

      Sinopsis
Pertumbuhan somatik yang juga dikenal sebagai pertumbuhan postnatal
menerangkan dengan lebih terperinci perkembangan bayi dari segi ketinggian
dan berat badan,indeks jisim tubuh badan dan corak pertumbuhan dimensi
anggota badan secara berkadar dan kaedah penilaian perubahan bentuk badan
semasa pertumbuhan.

Hasil Pembelajaran
   Mengintepretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan
    pengetahuan dan kefahaman mengenai pertumbuhan somatik.
   Menghuraikan pertumbuhan postnatal berkaitan dengan ketinggian dan berat
    badan serta indeks jisim tubuh.
   Mengenalpasti perubahan anggota badan dan corak pertumbuhan dimensi
    anggota yang lain.

Kerangka Tajuk


                                      Corak
                                   pertumbuhan
                                 dimensi anggota




                          Perubahan anggota badan
                              secara berkadar



                 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan




Kandungan Isi

1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan
   Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan
    anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di
    mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
   Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan
    bentuk badan.

                                                                             6
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


   Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.
   Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke
    bahagian atas (puncak) tengkorak.




   Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada
    kanak-kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.




   Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk
    tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.




   Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula
    kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
   Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak
    kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
   Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur
    manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan
    tulang humerus.

                                                                          7
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




   Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran
    acromial dan olecranon (hujung siku).
   Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu
    berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.




   Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit
    (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
   Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot
    trisep dan subskapular.

                                                                            8
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




      Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak
       berumur 3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.
      Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat
       (kg) dan ketinggian (m).




2 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan
   Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan
    dalam kajian pertumbuhan.
   Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat
    badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat
    fasa iaitu:
    (a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak,
                                                                          9
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


        (b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak,
        (c) pesat di peringkat awal remaja, dan
        (d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa
       Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja
        adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan
        berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun.
       Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun
        manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.

3 Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain
       Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang
        meningkat kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan
        muka.
       Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang
        panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan
        berbanding panjang kaki.
       Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi
        kedua-dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.
       Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa
        dengan berat badan.
       Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran
        sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu.


4 Perubahan perkadaran anggota badan
       Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam
        kebanyakan anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat
        badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
       Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota
        badan semasa pertumbuhan.
       Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi
        semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak
        sehinggalah ke alam remaja.
       Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang
        sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun,
        semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya
        mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut
        ketinggian yang serupa.

Perkembangan badan (Development of physique)
1   Kaedah penilaian badan
       Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan
        iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).
       Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah
        kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini
        berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma = badan).

                                                                            10
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


      Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang
       berterusan.
      Komponen-komponen       yang     dicadangkan   adalah    endomorphy,
       mesomorphy dan ectomorphy.
      Ciri utama endomorf [Rajah (a)] adalah berasaskan kepada organ-organ
       pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.
      Ciri utama mesomorf [Rajah (b)] adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu
       penghubung, supaya otot kelihatan sasa.
      Ciri utama ektomorf [Rajah (c)] adalah berasaskan kepada kerapuhan
       bentuk, perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih
       berbanding jisim badan.




      Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell
       adalah modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik.
      Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.
      Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran
       tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan
       iaitu gemuk, sasa dan kurus.
      Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan
       antropometrik untuk menganggar jenis badan.

2 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
   Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan
     kematangan dan bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola
     yang nyata untuk mesomorf.
   Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah
     manakala ektomorf berkurangan.




                                                                                11
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)



TAJUK 4 ( Tisu Adipos dan Komposisi badan )

Sinopsis
      Dalam unit ini kita akan pelajari tentang tisu adipos dan komposisi badan
       serta sebaran pelbagai jenis lemak semasa pertumbuhan,kaedah
       menganggar komposisi badan kanak-kanak dan remaja serta
       pertumbuhan dan perkembangan fat-free mass’,’fat mass dan peratus
       lemak.

Hasil Pembelajaran
      Menjelaskan isi pelajaran yang berkaitan dengan tisu adipos dan
       komposisi badan. (1.4)
      Mengintegrasikan pengetahuan pertumbuhan dan perkembangan
       berkaitan ’fat-free mass, ’fat-mass dan peratus lemak untuk menjelaskan
       model komposisi badan (2.2)

Kerangka Tajuk

                                       Tisu adipos
                                            &
                                     Komposisi Badan



                           Kaedah                 Pertumbuhan
   Model Komposisi         menganggar             jisim bebas    Perubahan tisu adipos
        badan              komposisi badan        lemak, jisim   semasa pertumbuhan
                                                  lemak dan



                                                                     Perkembangan
                                                                     tisu adipos dalam
                                                                     pranatal




Kandungan Isi
1 Model komposisi badan
   Dua model yang lazim digunakan di dalam kebanyakan kajian adalah dari
    perspektif (a) ahli biokimia dan (b) mereka yang bertugas bersama
    individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan sebagainya
    (model dua bahagian).
   Model biokimia – Secara biokimia, badan manusia terdiri daripada empat
    unsur utama iaitu air, protein, mineral dan lemak.
   Walaupun model ini berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya
    adalah terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah dari
                                                                                    12
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


       sekumpulan individu yang kecil, yang mana mungkin tidak mewakili
       populasi norma.
      Model dua bahagian adalah merujuk kepada pembahagian jisim badan
       kepada komponen lemak dan otot.
      Komponen tanpa lemak adalah dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak
       manakala komponen yang satu lagi dikenali sebagai jisim berlemak.


2 Kaedah menganggar komposisi badan
   Kaedah yang lazim digunakan bagi menganggar komposisi badan dalam
    individu adalah secara tidak langsung.
   Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) – menganggar ketumpatan
    badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan.
   Kaedah pencairan isotop – menganggar jumlah air di dalam badan, yang
    mana ini ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass).
   Kaedah pengaktifan neutron – menggunakan isotop nitrogen dan kalsium
    untuk menganggar tisu tanpa lemak dan mineral.
   Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impedance –
    menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan
    elektrik lebih mudah berbanding tisu berlemak).
   Kaedah ultrasound – menganggar lemak, otot dan tulang.
   Kaedah radiografi – menganggar lemak, otot dan tulang.
   Kaedah antropometri – menganggar lemak dan meramal jisim bebas
    lemak.
   Pengukuran ketumpatan badan:
    ‐ Ketumpatan = jisim per unit isipadu.
    ‐ Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada air
        (1.0 g/cm3), dan lebih rendah daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3).
    ‐ Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak
        berbanding badan yang berketumpatan tinggi.
    ‐ Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan.
    ‐ Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan badan.
    ‐ Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratus berat badan yang
        terdiri daripada lemak.

      Mengukur jumlah air dalam badan:
       ‐ Air adalah komposisi terbesar dalam badan.
       ‐ Kebanyakan air di dalam badan adalah di dalam tisu tanpa lemak.
         Oleh itu pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk
         menganggar jisim bebas lemak.

      Mengukur kalium dalam badan
       ‐ Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu
         pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh memberi satu
         anggaran jisim bebas lemak.


                                                                            13
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




   Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak
      ‐   Kaedah-kaedah pengukuran yang sedia ada yang dilaksanakan ke
          atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan kanak-kanak.
      ‐   Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah:
          ….> Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air
             dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan
             kanak-kanak?
          ….> Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa
             lemak dicapai dalam dewasa?
          ….> Kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek
             kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur.
          ….> Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8
             tahun dan bukannya lebih muda.
          ….> Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif,
             dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek.
          ….> Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan
             tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran
             dilaksanakan.
          ….> Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek
             berpuasa semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.


3 Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak

     Jisim bebas lemak (fat-free mass)
       Jisim bebas lemak mengikuti satu pola pertumbuhan seperti dalam
         ketinggian dan berat badan, dan perbezaan jantina memainkan
         peranan utama semasa pertumbuhan remaja.
       Pada peringkat awal dewasa, perempuan mencapai nilai jisim bebas
         lemak lebih awal, antara umur 15 ke 16 tahun berbanding lelaki pada
         umur antara 19 ke 20 tahun.
       Pada peringkat lewat remaja, lelaki, pada puratanya mempunyai jisim
         bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding perempuan.
       Perbezaan ini menunjukkan pertumbuhan pesat jisim otot dalam
         remaja.
       Selepas 14 tahun, lelaki mempunyai jisim bebas lemak yang lebih
         berbanding perempuan dengan ketinggian yang sama.

     Jisim lemak (fat mass)
       Anggaran jisim lemak meningkat pada 2 atau 3 tahun pertama dalam
         hidup dan kemudiannya tidak menunjukkan perubahan antara 5 – 6
         tahun.
       Jisim lemak perempuan mula meningkat dengan pesat berbanding
         lelaki di peringkat remaja, dan mula malar apabila lelaki mengalami
         pertumbuhan pesat di antara 13 – 15 tahun.


                                                                         14
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


          Peratus lemak meningkat dengan pesat dalam kedua-dua jantina
           semasa bayi, dan mula berkurangan semasa awal kanak-kanak.
          Perempuan pada puratanya menunjukkan peratus lemak yang lebih
           sedikit berbanding lelaki semasa peringkat bayi dan awal kanak-kanak,
           tetapi dari 5 – 6 tahun sehingga remaja, perempuan mempunyai
           peratus lemak yang lebih berbanding lelaki.
          Dalam lelaki, peratus lemak berada di tahap paling rendah pada 16 –
           17 tahun, dan seterusnya meningkat apabila berada di peringkat awal
           dewasa.


 Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan (Adipose tissue
changes during growth)

1 Jenis tisu adipos
   Tisu adipos adalah komponen fungsi dan struktur jisim lemak.
   Terdapat dua jenis tisu adipos iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos
     putih.

      Tisu adipos putih:
       ‐ Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu titisan
          lemak besar, dalam bentuk trigliserida.
       ‐ Nukleus adiposit dan organel sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan
          lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar sel antara titisan lipid dan
          membran sel.
       ‐ Tisu aktif metabolisme (dalam metabolisme glukosa, asid lemak,
          lipoprotein dan kolesterol).
       ‐ Terdapat di seluruh badan.
       ‐ Kebanyakannya boleh dijumpai di dalam ginjal, jantung, hati dan
          organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar adalah di lapisan bawah kulit.
       ‐ Tisu yang penting dalam metabolisme dan setor simpanan tenaga.
       ‐ Memberi perlindungan dan penebat ke atas badan dan organ-organ
          penting.

      Tisu adipos perang:
       ‐ Mengandungi beberapa titisan lipid dan bukannya dalam satu vakuol
          lipid yang besar.
       ‐ Nukleus tidak dimampatkan seperti dalam tisu adipos putih.
       ‐ Mengandungi lebih mitokondria yang lebih besar dan berstruktur
          kompleks berbanding tisu adipos putih.
       ‐ Fungsi utama bukan untuk simpanan lipid tetapi untuk menjana haba
          (thermogenesis).
       ‐ Banyak terdapat di dalam haiwan yang tinggal di persekitaran sejuk,
          and haiwan yang berhibernasi.
       ‐ Lebih kecil daripada sel adipos putih. Diameternya berjulat antara 15 –
          50 mikrometer.

                                                                               15
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


      ‐   Warna perang adalah disebabkan oleh kepekatan tinggi sitokrom dan
          enzim sitokrom dalam mitokondria, serta kandungan hemoglobin
          dalam tisu.
      ‐   Dalam badan manusia, tisu ini didapati pada tempat-tempat tertentu,
          khususnya di bahagian belakang leher, dan bahagian belakang
          interscapula bayi yang baru dilahirkan.
      ‐   Diberkaskan antara sel dan kapilari.
      ‐   Mempunyai kaitan dengan sistem saraf simpatetik serta mempunyai
          reseptor sel yang berupaya bertindak balas terhadap hormon seperti
          noradrenalin.
      ‐   Menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk aktiviti
          metabolisme tisu lain.

2 Perkembangan tisu adipos dalam pranatal
   Tisu adipos putih telah didapati di bahagian abdomen bayi semasa
     minggu ke-14 kehamilan.
   Tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih antara jantina.
   Dalam perkembangan awalan bayi, adiposit mempunyai beberapa titisan
     lipid yang bergabung untuk membentuk satu sel dengan satu titisan.
   Selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang menyumbang
     kepada pencapaian pesat berat badan adalah pengembangan adiposit
     dan pemberkasan tisu adipos.
   Adalah dianggarkan bayi yang baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion
     adiposit.
   Perbezaan kandungan lemak badan kelihatan lebih berkait dengan
     kandungan trigliserida adiposit berbanding perubahan sel atau bilangan
     sel dalam tisu.
   Secara umumnya, adiposit dalam fetus adalah lebih kecil berbanding
     dewasa, tetapi pada peringkat lewat fetus, satu populasi adiposit besar
     yang mengandungi lipid kelihatan lebih jelas.
   Tenaga yang tersimpan ini adalah penting bagi bayi semasa proses
     transisi dari persekitaran terlindung ke persekitaran terbuka dalam hidup.
   Selepas kelahiran, bayi perlu bergantung pada bahan metabolisme
     karbohidrat yang cepat kehabisan dan trigliserida yang tersimpan di dalam
     adiposit menjadi sumber yang penting.
   Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya berfungsi dengan cekap
     untuk memenuhi keperluan tenaga ini.


3 Sifat-sifat tisu adipos dalam pascanatal
   Tisu adipos perang:
     ‐ Terdapatnya satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam bayi
         yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat badan, atau 25g di
         dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500g.



                                                                            16
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


    ‐   Tisu ini berfungsi sebagai satu mekanisme perlindungan dalam bayi
        tidak cukup bulan kerana menghadapi persekitaran luar yang
        mencabar.
    ‐   Sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan, tetapi
        sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman seperti
        ginjal.

   Tisu adipos putih:
    ‐ Tisu ini berkembang dengan suatu kuantiti simpanan lipid yang
       meningkat akibat perubahan interaktif dalam saiz adiposit dan sel
       organ tisu adipos.
    ‐ Bilangan adiposit meningkat dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 – 50
       bilion di peringkat dewasa (yang tidak gemuk).
    ‐ Diameter purata adiposit meningkat dari 30 – 40 mikrometer semasa
       kelahiran ke 80 – 90 mikrometer di peringkat awal dewasa.
    ‐ Organ adipos terdiri daripada 0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam
       kedua-dua jantina, dan meningkat ke 10kg di dalam lelaki dan 14kg di
       dalam perempuan di peringkat awal dewasa.
    ‐ Hipertropi adiposit akan merangsang pembahagian sel di dalam
       adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya meningkatkan bilangan
       praadiposit dan adiposit.




                                                                        17
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


4 Sebaran lemak semasa pertumbuhan
   Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam badan.
   Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang berlainan
    mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri.
   Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit:
    ‐ Lemak dalaman, juga dikenali sebagai lemak jantung (visceral),
        omental.
    ‐ Pengukuran langsung lemak dalaman boleh dilakukan secara analisis
        pada mayat dan tomografi.
    ‐ Inferensi tentang perubahan lemak dalaman semasa pertumbuhan
        boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak lapisan bawah kulit kepada
        jisim lemak keseluruhan.
    ‐ Kadar pengumpulan lemak dalaman adalah lebih cepat berbanding
        lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi kedua-dua
        jantina.
    ‐ Selepas 13 – 14 tahun, nisbah akan meningkat bagi lelaki, dan ini
        menunjukkan perubahan dalam penyebaran lemak lapisan bawah kulit
        di bahagian hujung anggota dan badan lelaki.

    Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak:
     ‐ Data radiografik telah menunjukkan bahawa perempuan mempunyai
       lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki dari awal bayi
       sehingga 18 tahun.
     ‐ Selepas peningkatan pesat lemak lapisan bawah kulit dalam tempoh 6
       bulan pertama , kedua-dua jantina mengalami penurunan pada 6 – 7
       tahun.
     ‐ Perempuan akan menunjukkan peningkatan linear sehingga remaja,
       manakala lelaki menunjuk sedikit peningkatan antara 7 – 12/13 tahun,
       dan seterusnya penurunan semasa remaja.
     ‐ Data lipatan kulit menunjukkan perempuan mempunyai lebih lemak
       lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara 4 – 18 tahun.
     ‐ Antara 4 – 7 tahun, jumlah 10 lipatan kulit menunjukkan kestabilan
       dalam kedua-dua jantina dan ini adalah selaras dengan dapatan
       radiografik.
     ‐ Lemak lapisan bawah kulit meningkat secara linear dalam perempuan
       antara 6 – 7 tahun sehingga remaja.
     ‐ Pada lelaki pula, jumlah lipatan kulit meningkat dari 7/8 – 13 tahun dan
       seterusnya menunjukkan penurunan di umur 15 tahun.
     ‐ Perubahan ini telah menunjukkan dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih
       tempat lipatan kulit (10) berbanding radiografik (5); (ii) tempat
       radiografik adalah terhad kepada hujung anggota tetapi tempat lipatan
       kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan badan.




                                                                            18
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


 Perubahan di dalam jumlah sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku
  semasa pertumbuhan.
 Perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki
  di semua peringkat umur, khususnya di peringkat remaja.
 Perbezaan lemak lapisan bawah kulit kelihatan lebih ketara antara kedua-
  dua jantina di bahagian hujung anggota berbanding badan.
 Oleh itu terdapat satu perbezaan yang ketara antara jantina di dalam
  sebaran lemak di dalam remaja.
 Lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan berbanding
  hujung anggota.




                                        Bilangan sel lemak (x 10 )
                                        9




                                                                       19
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)



TAJUK 5 (Perkembangan Fungsi Anatomi dan Fisiologi )

Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan kepada perubahan biologi dan fisiologi
jantung,darah dan paru-paru serta prestasi kekuatan berkaitan dengan prestasi
motor.

Hasil Pembelajaran
        Mengenalpasti perubahan jantung ,darah dan paru-paru semasa
         pertumbuhan (1.5)
        Menganalisis perkembangan dan prestasi kekuatan berkaitan dengan
         motor (1.6)
        Menterjemahkan perubahan dan perkembangan fungsi anatomi dan
         fisiologi terhadap prestasi motor. (2.3)

Kerangka Tajuk

                                    Perkembangan
                                        Fungsi
                                       Anatomi
                                           &
                                       Fisiologi




                                                               Prestasi Aerobik
                                                                      &
        Jantung             Darah              Paru-Paru          Anaerobik
                                                                Prestasi Motor




Kandungan Isi

1   Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart,
    blood and lungs)

    Ciri-ciri peredaran darah fetus
     Jantung dan salur darah adalah terbentuk daripada sel-sel embrio
        mesodermal.
     3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung primitif mula terbentuk.
     Sejurus selepas itu, jantung ini mula berdenyut.
                                                                              20
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


  Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti perikardial.
  Jantung akan membentuk struktur umumnya pada penghujung minggu
   ke-6 selepas persenyawaan, dan salur-salur darah utama terbentuk pada
   minggu ke-8.
 Salur jantung primitif akan melipat dan menyimpul dengan sendirinya lalu
   membentuk 4 ruang yang jelas.
 Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang jantung tersusun pada
   kedudukan yang betul dalam kaviti perikardial bersama-sama salur-salur
   darah utama jantung.
  Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital yang wujud adalah hasil
   daripada proses embrio yang terganggu.
  Sistem peredaran fetus yang utama dapat diperhatikan dalam gambarajah
   di bawah.




     Plasenta (uri) merupakan penghubung antara peredaran fetus dan ibu.
     Vena umbilical membawa oksigen dan nutrien dari plasenta ke fetus, dan
      dua arteri umbilical membawa darah tanpa oksigen dari fetus ke plasenta
      untuk dioksigenkan dan pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam
      peredaran ibu.
     Hanya sejumlah kecil keluaran kardiak fetus yang melalui paru-parunya
      kerana terdapatnya halangan (pemisah) yang mengalihkan darah dari
      sebelah kanan ke sebelah kiri.
     Foramen ovale adalah penghalang pertama, yang merupakan satu
      bukaan sehala di dalam septum yang membahagikan atria kanan dan kiri.
     Ductus arteriosus adalah penghalang kedua, di mana sejumlah kecil
      darah yang dipamkan oleh ventrikel kanan mengalir ke aorta dan
      bukannya ke arteri pulmonari. Duktus adalah satu salur kecil yang
      menghubungkan arteri pulmonari utama dengan aorta.

                                                                          21
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


 Adalah dianggarkan sejumlah 10% - 15% darah yang dipamkan oleh
  jantung telah melalui paru-paru semasa fetus.
 Ductus venosus adalah satu salur sementara yang membenarkan sedikit
  darah mengalir dari vena umbilical terus ke vena kava inferior dan atrium
  kanan.
 Darah di dalam vena umbilical mempunyai 70% oksigen tepu manakala
  tisu periferi hanya mempunyai antara 55% - 60%.


Perubahan saiz jantung
 Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan mempunyai isipadu yang
  hampir sama dengan sebelah kiri.
 Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri adalah lebih pesat
  berbanding sebelah kanan.
 Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah lebih kurang 40cm3.
 Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4 kali ganda pada tahun 2
  dan akan mencapai antara 600 – 800 cm3 dalam dewasa.

Perubahan fungsi jantung
(i) Denyutan nadi
      - Purata kadar nadi dalam bayi yang baru dilahirkan adalah 140 dsm.
      - Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm (kelahiran) ke 100 dsm (1
        tahun), dan menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun) dan 70 dsm (10
        tahun).

(ii)      Isipadu strok dan keluaran kardiak
       - Isipadu strok: Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada
         satu penguncupan, meningkat dari peringkat kanak-kanak ke remaja.
       - Jumlahnya adalah antara 3 – 4ml (kelahiran) dan meningkat 10 kali
         ganda iaitu 40ml di peringkat sebelum remaja.
       - Keluaran kardiak: Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit.
       - Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran) manakala di peringkat
         dewasa adalah 5L/min.

(iii) Tekanan darah
      - Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa diastolik dan sistolik
        penguncupan otot jantung meningkat semasa pertumbuhan.
      - Tekanan darah sistolik dalam bayi berubah-ubah antara 40 –
        75mmHg.
      - Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat ke 80mmHg dan
        tekanan darah diastolik meningkat ke 50 – 55mmHg.
      - Tekanan darah sistolik meningkat lebih daripada tekanan darah
        diastolik semasa peringkat kanak-kanak ke remaja.




                                                                            22
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


                    Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah dan ini ada
                     berkait dengan jisim badan. Ini bererti saiz jantung adalah
                     berkadaran dengan jisim badan.
                    Jantung secara progresifnya akan disesuaikan dengan
                     penambahan kerja, walaupun dalam keadaan rehat.

       Perubahan ciri-ciri darah semasa pertumbuhan
(i)        Isipadu darah
           - Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait rapat dengan jisim badan
             dan saiz jantung.
           - Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat 5L darah di mana 3L
             adalah plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel darah merah.
           - Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara 300 – 400ml darah
             dalam badan.

(ii)       Komposisi darah
           - Salah satu ciri penting darah adalah hematocrit iaitu peratus isipadu
             darah yang mengandungi sel darah merah (eritrosit).
           - Secara puratanya, lelaki dewasa mempunyai 40% - 45% berbanding
             perempuan dewasa yang mempunyai 38% - 42%.
           - Kedua-dua sel darah merah dan hemoglobin mempunyai peranan
             utama dalam pengangkutan oksigen ke tisu-tisu badan.
           - Dalam lelaki dewasa, bilangan sel darah merah adalah sebanyak 5.5
             juta/mikroliter dan 4.6 juta/mikroliter dalam perempuan dewasa.
           - Sel darah merah dihasilkan oleh sumsum tulang dalam bayi dan awal
             kanak-kanak. Menjelang umur 5 tahun, penghasilannya berkurangan.
           - Eritrosit tidak mempunyai nukleus tetapi penuh dengan hemoglobin
             dan komponen-komponen sitoplasma.
           - Eritrosit mempunyai hayat antara 110 – 120 hari.
           - Jumlah kandungan hemoglobin dalam darah adalah berkait dengan
             pengambilan maksimum oksigen, isipadu jantung dan jisim tubuh.
           - Sel darah putih (leukosit) juga berubah semasa pertumbuhan.
           - Dalam kelahiran jumlah bilangan mencapai sehingga 40
             ribu/mikroliter, tetapi di peringkat dewasa bilangannya adalah 8
             ribu/mikroliter.
           - Bilangan platelet tidak menunjukkan banyak perubahan sejak lahir
             hingga dewasa, iaitu sekitar 350 ribu/mikroliter.

       (iii) Lipid darah dan lipoprotein
             - Lipid darah dan lipoprotein sering dikaitkan dengan pelbagai masalah
               metabolisme di peringkat dewasa, termasuklah arteriosklerosis yang
               berkait dengan tabiat pemakanan dan tahap aktiviti fizikal.
             - Trigliserida adalah molekul lemak dan kolesterol bersifat seperti
               molekul lemak dalam banyak aspek.
             - Kedua-dua bahan ini tidak larut air dan diangkut dalam darah
               bersama protein.


                                                                                23
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


   - Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-cholesterol), mempunyai lebih
     protein berbanding kolesterol.
   - Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-cholesterol) dan lipoprotein
     berketumpatan sangat rendah (vLDL-cholesterol), mempunyai lebih
     kolesterol berbanding protein. Tahap LDL yang tinggi sering dikaitkan
     dengan arteriosklerosis.
   - Bayi perempuan mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang
     lebih daripada lelaki semasa kelahiran.


Perubahan fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan
(i) Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru
    - Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja berlakunya persenyawaan.
    - Pembentukannya bermula sebagai satu kantung di minggu ke-4 dan
      seterusnya terbahagi kepada dua.
    - Pada minggu ke-16, ‘pokok’ bronkiol mula terbentuk dan 3 bulan
      terakhir fetus, alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya terbentuk
      dengan lengkap semasa pasca natal.
    - Paru-paru fetus terdiri daripada cecair, termasuk cecair amniotik dan
      komponen darah.
    - Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks ditekan dalam
      proses kelahiran, dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa.
    - Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan dalam fetus
      menunjukkan bahawa pusat pernafasan di otak dan mekanisme otot-
      saraf yang perlu untuk proses ini telah wujud sebelum kelahiran.
    - Paru-paru manusia adalah seberat 60 – 70g semasa kelahiran dan
      jisim ini meningkat sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan.
    - Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta (kelahiran) ke 300 juta (umur
      8 tahun).
    - Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim paru-paru.
    - Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut sebanyak 3ml udara
      segram tisu manakala orang dewasa adalah antara 8 – 10ml.

      Fungsi pernafasan
   - Proses respiratori melibatkan dua komponen.
   - Pertama, melibatkan paru-paru di mana pemindahan oksigen dan
     karbon dioksida antara kanak-kanak dan ruang persekitarannya.
   - Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam darah ke dan dari tahap
     sel-sel atau dikenali sebagai respirasi selular.

   - Mekanisme pernafasan termasuklah:
      Pusat respiratori terletak di dalam tunjang otak
      Reseptor regang di dalam paru-paru, yang mengalirkan impuls
       proprioseptif melalui saraf vagus
      Reseptor kimia karotid dan aortik, akan terangsang apabila
       kandungan oksigen dalam darah menurun


                                                                        24
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


            Pusat respiratori di dalam tunjang otak dan pusat reseptor kimia,
             akan terangsang apabila kandungan karbon dioksida dalam darah
             meningkat atau pH darah menurun

         - Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah sebanyak 40 nafas
           seminit dan kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang umur
           satu tahun. Di antara umur 5 – 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak
           22 nafas seminit dan seterusnya menurun ke 16 atau 17 nafas
           seminit.
         - Isipadu sisa (residual volume) adalah isipadu gas yang berada di
           dalam paru-paru selepas satu hembusan maksimum.
         - Isipadu tidal (tidal volume) adalah purata isipadu udara yang
           dihembus semasa pernafasan normal.
         - Isipadu simpanan tarikan nafas (inspiratory reserve volume) adalah
           isipadu maksimum gas yang boleh ditarik masuk dari paras normal
           pernafasan isipadu tidal.
         - Isipadu simpanan hembusan (expiratory reserve volume) adalah
           isipadu maksimum gas yang boleh dihembus dari paras normal
           pernafasan isipadu tidal.
         - Kapasiti vital (vital capacity) adalah isipadu maksimum gas yang
           boleh dikeluarkan dari paru-paru hasil daripada tarikan nafas
           maksimum.
         - Kapasiti pernafasan (inspiratory capacity) adalah isipadu maksimum
           gas yang boleh disedut.
         - Kapasiti sisa fungsi (functional residual capacity) adalah isipadu gas
           yang tertinggal di dalam paru-paru selepas satu pernafasan normal.


2   Perkembangan motor (Motor development)
    Perkembangan dan penghalusan lakuan kemahiran di dalam aktiviti motor
    adalah penting dalam perkembangan dunia kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti
    motor ini merupakan sebahagian utama dalam tingkah laku kanak-kanak dan
    memberi peluang untuk mereka mengalami persekitaran yang mencabar,
    khususnya semasa prasekolah. Perkembangan motor merupakan satu
    proses di mana kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan.
    Ini dicirikan dengan suatu modifikasi berterusan yang berasaskan kepada:
     Proses kematangan otot-saraf yang berkemungkinan diselaraskan secara
        genetik
     Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam kanak-kanak (cthnya: saiz
        dan komposisi badan)
     Kesan sampingan pengalaman motor yang terdahulu
     Pengalaman motor yang terkini

    Kemahiran dan pola pergerakan
     Pola motor adalah merujuk kepada pergerakan asas dalam melaksanakan
      sesuatu tugas.

                                                                              25
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


   Dalam kemahiran motor, penekanan adalah pada ketepatan, kejituan, dan
    prestasi.

Klasifikasi aktiviti motor
(i) Aktiviti motor halus dan kasar
     Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan kejituan dan
        kemahiran seperti dalam tugasan manipulatif.
     Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan seluruh badan atau
        anggota badan seperti dalam aktiviti lokomotor.
     Kebanyakan lakuan motor merangkumi unsur-unsur motor kasar dan
        halus.

(ii) Pola motor asas
      Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan asas.
      Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada lokomotor, bukan
        lokomotor dan manipulatif.
      Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada gabungan mana-mana
        aspek yang disenaraikan.

(iii) Proses dan hasil pergerakan
       Proses pergerakan melibatkan:
         - teknik sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan,
           aksi kaki, dan sebagainya
         - mekanik sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang
           tuas lengan, sudut antara sendi, dan sebagainya
       Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan akhir sesuatu lakuan,
         contohnya jarak lompatan, catatan masa larian, dan sebagainya.

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan
 Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan adalah sambungan daripada
  apa yang telah wujud semasa dalam keadaan fetus.
 Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa kelahiran.
 Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk mudah dan dikawal oleh saraf
   tunjang manakala sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan
   integrasi otak dan pusat saraf yang lain.
 Pantulan Moro (Moro reflex) adalah pola pantulan yang wujud dalam bayi
   sejak lahir ke 3 bulan.




                                                                          26
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




   Pantulan Startle (Startle reflex) wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi
    akan bertindak balas dengan mengfleksikan anggota badan.
   Pantulan genggaman (palmar grasp reflex) berlaku apabila sesuatu objek
    diletakkan pada tapak tangan bayi.




   Pantulan leher (tonic neck reflex) mula kelihatan selepas beberapa bulan
    dilahirkan. Apabila kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan
    bertindak balas dengan memanjangkan kaki dan lengan pada bahagian
    yang dipusingkan dan fleksi pada bahagian yang bertentangan.




                                                                          27
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




   Pantulan righting adalah berkait dengan hubungan antara kepala dengan
    anggota badan.
   Pantulan labyrinthine adalah berkait dengan orientasi badan terhadap
    daya graviti.




   Pantulan primitif (primitive reflexes) yang terdiri daripada pantulan Moro,
    startle dan genggaman lazimnya terbentuk dengan sempurna sejak lahir
    sehingga bulan ke-3.

   Pantulan postur yang terdiri daripada pantulan leher, labyrinthine, righting
    mula terbentuk selepas bulan ke-3 dan seterusnya.




Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak
 Cara penjagaan
 Bilangan kelahiran
 Bilangan kanak-kanak dalam keluarga
 Peluang untuk pergerakan dan bermain secara aktif
 Status sosioekonomi
 Status pemakanan
 Persekitaran

                                                                             28
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


   Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi badan)
   Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya


Prinsip Perkembangan Motor

Arnold Gesell (1952), telah memperkenalkan 2 prinsip perkembangan motor
yang berfokus pada perkembangan yang berlaku dalam dua tahun pertama
selepas kelahiran bayi. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip cephalocaudal
dan prinsip proximodistal.

   Prinsip cephalocaudal

    Cephalocaudal adalah gabungan dua perkataan Latin iaitu:
    cephalo = kepala dan caudal = penghujung saraf tunjang

Perkembangan cephalocaudal adalah merujuk kepada perkembangan
kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian kepala ke bawah
sehingga ke hujung jari kaki. Contohnya, dalam perkembangan janin,
bahagian kepala terbentuk dahulu, diikuti bahagian tangan dan seterusnya
pada bahagian kaki.


Kawalan motor bermula dari bahagian kepala, leher dan badan sebelum
dapat mengawal bahagian kaki seperti yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

                    Aktiviti                               Umur
       Kawalan kepala                         Semasa kelahiran
       Bergolek                               5 – 6 bulan
       Duduk                                  6 – 6.5 bulan
       Berdiri dengan bantuan                 8 bulan
       Menyusup dan merangkak                 9 – 10 bulan
       Berdiri sendiri                        13 – 14 bulan
       Berjalan dan berlari
        - Dengan bantuan                       9 – 11 bulan
        - Sendiri                              18 bulan
        - Berlari kekok                        20 bulan
        - Berlari dengan baik                  20 bulan
       Melompat                               20 bulan



   Prinsip proximodistal

    Proximadistal adalah juga gabungan dua perkataan Latin iaitu:
    proximo = hampir dan distal = jauh

                                                                          29
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




    Perkembangan proximodistal adalah merujuk secara khusus perkembangan
    kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian tengah (paksi) badan ke
    bahagian yang menjauhi paksi badan. Contohnya, kanak-kanak dapat
    mengawal otot-otot pada bahagian atas badan dan bahu sebelum mereka
    dapat mengawal otot-otot pada bahagian lengan, tangan dan jari.


                          Aktiviti                                  Umur
      Menggenggam objek tetapi tidak boleh                  4 bulan
       mengutipnya                                           6 – 6.5 bulan
      Menggenggam objek besar dengan sebelah
       tangan dan memindah ke tangan yang lain
                                                             7 bulan
      Memegang objek kecil tetapi tidak dapat mengutip
                                                             9 bulan
      Berupaya mencubit objek kecil
                                                             15 bulan
      Dapat memasukkan objek kecil ke dalam botol




3   Prestasi motor dan kekuatan (Strength and motor performance)
    Perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lazimnya terbentuk
    menjelang umur 6 – 7 tahun. Komponen kekuatan diambil kira dalam prestasi
    motor kanak-kanak kerana ini merupakan satu komponen penting dan juga
    prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk kepada kekuatan otot.
    Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang individu membentuk
    tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis kekuatan iaitu
    kekuatan statik, dinamik dan letusan (kuasa).

    Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas
    rintangan luaran tanpa sebarang perubahan pada panjang otot. Lazimnya
    kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot yang khusus, contohnya
    kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi lutut. Kuasa adalah
    kemampuan otot melepaskan daya maksimum dalam suatu tempoh yang
    singkat. Contohnya, pengukuran lompat jauh berdiri. Kekuatan dinamik
    adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yang berterusan.
    Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah
    merujuk kepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot
    untuk suatu tempoh masa yang lama. Contohnya, gantung siku bengkok.

    Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan
    kawalan motor dan kekuatan. Melompat melibatkan koordinasi motor dan
    kuasa otot untuk membolehkan badan bergerak mendatar ke hadapan seperti
    di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkan koordinasi dan kuasa
    dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yang
    melibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan.
    Imbangan adalah perl dalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk
    statik atau dinamik manakala kelenturan melibatkan julat pergerakan sendi di
                                                                              30
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


  pelbagai bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas yang boleh diuji
  termasuklah menendang untuk jarak, menyambut bola yang dilambung,
  ‘hopping’ atau ‘skipping’, membaling untuk ketepatan dan sebagainya.

  Prestasi motor di peringkat awal kanak-kanak
   Kekuatan otot meningkat di peringkat ini.
   Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di
    dalam aktiviti berlari, melompat dan membaling.
   Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti
    imbangan berbanding lelaki di antara umur 3 – 5 tahun, dan lebih baik di
    umur 6 tahun.
   Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam
    aktiviti yang melibatkan kuasa dan kelajuan manakala perempuan lebih ke
    arah aktiviti imbangan.

  Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja
   Kekuatan dan prestasi motor lazimnya meningkat mengikut umur. Walau
    bagaimanapun, pola peningkatan ini berbeza mengikut aktiviti.
   Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 atau
    14 tahun di mana peningkatan adalah mendadak manakala kekuatan
    perempuan meningkat secara linear mengikut umur sehingga 16 atau 17
    tahun.
   Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 13 atau 14
    tahun di mana peningkatan mendadak berlaku selepas itu manakala daya
    tahan otot perempuan meningkat secara linear mengikut umur.
   Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati lebih lembut daripada
    lelaki di semua peringkat umur, dan ini amat ketara di peringkat
    pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual.
   Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam
    perkembangan kekuatan dan prestasi motor. Pola pergerakan asas mula
    matang pada tempoh ini dan amat berbeza dalam setiap kanak-kanak.


4 Prestasi aerobik (Aerobic performance)
  Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada
  perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, substrat,
  pengawalatur suhu badan.

  Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam
  seminit oleh gentian otot yang berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah
  tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti aerobik.

  Tiga petunjuk utama metabolisme aerobik semasa senaman di dalam individu
  yang membesar adalah:
  (a)       Adaptasi terhadap senaman submaksimum


                                                                          31
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


        Kajian telah menunjukkan bahawa tindak balas kardiovaskular dan
        pulmonari terhadap senaman di paras submaksimum berubah mengikut
        umur. Perubahan umur ini adalah lebih berkait kepada status kematangan
        biologikal dan jisim badan berbanding umur kronologi.

  (b)          Adaptasi terhadap senaman yang lama dan senaman bercorak
        daya tahan
        Data kajian telah menyatakan bahawa senaman jangka masa panjang
        dapat diatasi oleh kanak-kanak dan remaja tanpa sebarang masalah.
        Dalam aspek pengawalatur suhu badan, lebih daripada 75% substrat
        yang ditukarkan kepada tenaga kimia semasa penguncupan otot rangka
        perlu dibebaskan sebagai haba. Kanak-kanak mempunyai luas
        permukaan yang lebih besar berbanding dewasa pada setiap kilogram
        jisim badan. Apabila kadar haba yang tinggi perlu dibebaskan, kanak-
        kanak mempunyai kelebihan kerana luas permukaan badannya
        berbanding dewasa tetapi mempunyai kapasiti perpeluhan yang kurang.
        Ini menyebabkan kanak-kanak kurang upaya untuk bergantungan pada
        proses sejatan peluh untuk membebaskan haba yang berlebihan. Oleh
        yang demikan, kanak-kanak tidak berupaya melakukan senaman di cuaca
        yang panas dan lama berbanding dewasa.

  (c) VO2 max
      Kuasa aerobik maksimum adalah berkait dengan saiz badan, kematangan
      dan jantina. Kuasa ini diukur pada kadar nadi maksimum senaman, yang
      lazimnya tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Min kadar nadi maksimum
      kanak-kanak boleh mencapai antara 200 ke 215 dsm dan kadar ini
      menurun mengikut peningkatan umur. Menjelang lewat remaja kadar ini
      mencapai antara 190 ke 195 dsm. Keupayaan kanak-kanak
      menyesuaikan kapasiti aerobiknya adalah lebih baik berbanding dewasa.
      Semasa senaman, tempoh untuk kanak-kanak mencapai 50% kapasiti
      aerobik maksimum adalah lebih singkat berbanding dewasa.

        Perubahan-perubahan ini akan memberi satu anggaran secara tidak
        langsung terhadap kapasiti aerobik kanak-kanak semasa pertumbuhan.

5 Prestasi anaerobik (Anaerobic performance)
  Penghasilan tenaga anaerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanak-
  kanak kerana kebanyakan aktiviti mereka melibatkan penggunaan tenaga
  yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa yang lama. Oleh yang
  demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot rangka
  adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini.

  Semasa pertumbuhan penentu-penentu prestasi anaerobik seperti morfologi,
  fisiologi dan biokimia akan berubah. Jisim otot yang akan bertambah
  mengikut umur memberi satu kesan terus kepada penghasilan tenaga
  anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut umur

                                                                           32
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman
submaksimum adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa.
Oleh yang demikian, pemerhatian ini mencadangkan bahawa individu yang
sedang membesar kurang bergantung pada metabolisme glikogen untuk
menampung ATP yang digunakan semasa aktiviti aerobik dan anaerobik.




                                                                   33
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)



TAJUK 6 (Kematangan )




Sinopsis
    Dalam bab ini kita akan pelajari aspek-aspek kematangan
     biological,penilaian kematangan tulang rangka,seksual dan
     somatik


Hasil Pembelajaran
     Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor
      Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2)
     Menjelaskan tentang konsep dan penilaian kematangan biologi, tulang
      rangka, seksual dan somatik. (1.1)
     Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan konteks kematangan
      semasa remaja dan variasi dalam pertumbuhan dan prestasi. (1.5)
      Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor
      Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2)
     Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan. (3.4)

Kerangka Tajuk


                             KEMATANGAN




      Kematangan           Pengaturan masa dan        Variasi berkait dengan
        Biologi              urutan perubahan          kematangan dalam
                                                          pertumbuhan




                                                                            34
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




Kandungan Isi

1 Kematangan biologi: Konsep dan penilaian
    Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang
     matang.
    Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang
     memastikan perkembangan ke arah keadaan matang.
    Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak
     semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.
    Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek
     biologikal berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua
     orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak
     semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur
     tersebut.
    Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya
     berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan
     somatik.


2 (a)   Menilai kematangan rangka
         Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal
          atau status kematangan.
         Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana
          perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang
          menyeluruh.
         Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat
          pranatal dan berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal
          dewasa.
         Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang
          awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat
          dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan
          antara individu-individu.
         Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas
          utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak.
         Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di
          atas satu permukaan rata pada plet sinar-X.




                                                                           35
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)




               (a) 3 tahun                           (b) 5 tahun




                                  (c) 14 tahun
     Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat.
      Setiap tulang panjang merangkumi diafisis dan epifisis.
     Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang
      kebanyakannya terletak di pergelangan tangan.
     Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan
      untuk menentukan kematangan tulang.
     Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus
      pada sinar-X, yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang
      di dalam tulang yang terlibat.
     Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan
      perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di
      peringkat dewasa.
     Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-
      masing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan
      pembentukan kontur dan bentuk karpal dewasa.
     Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah
      Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels.


(b) Menilai kematangan seksual
     Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks
      sekunder iaitu perkembangan buah dada dan haid (perempuan),
      zakar dan buah zakar (lelaki) dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan
      perempuan).
     Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat
      remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi
      dalam pertumbuhan sepanjang hayat.


                                                                      36
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


        Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara
         pemerhatian.
        Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat
         kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.
        Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri –
         peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin
         (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan).
        Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri
         dan adalah sukar untuk dinilai.
        Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau
         dewasa bagi setiap ciri.
        Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan
         adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap
         individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing-
         masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan
         berkembang dari peringkat 1 ke 5.
        Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan
         kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah
         retrospective.


    (c) Menilai kematangan somatik
         Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan
          memerlukan data kajian berbentuk longitudinal.
         Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan
          ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat
          remaja ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik.
         Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan
          sebagai penilaian kematangan somatik.
         Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah
          indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik.
         Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai
          semasa pertumbuhan pesat remaja.
         Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota
          lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki,
          ketinggian berduduk, biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan
          kekuatan otot.
         Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan
          peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat
          umur.

3 Salingkaitan petunjuk / indikator kematangan
    Secara umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik
     semuanya berkait secara positif antara satu sama lain.



                                                                         37
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


     Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara
      seksual akan mencapai ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan
      pesat, dan sebaliknya.
     Kematangan rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks
      sekunder.
     Min umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat
      kematangan adalah rapat.
     Variasi dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada
      95% ketinggian matang.
     Umur rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan
      kematangan seksual, tetapi keadaan ini akan berubah apabila
      pertumbuhan pesat dan kematangan seksual remaja bermula.
     Pertumbuhan prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan
      pada rangsangan hormon pertumbuhan manakala kematangan seksual,
      ketinggian dan kematangan rangka di peringkat lewat adalah di bawah
      rangsangan hormon pertumbuhan dan hormon steroid.
     Hormon steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan.


4 Pengaturan masa dan urutan perubahan dalam kematangan semasa remaja
    Pertumbuhan pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang
     digunakan untuk kematangan somatik.
    Kelajuan pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat
     maksimum dan seterusnya mula menurun.
    Sesetengah kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan
     semasa peringkat pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada
     julat umur yang lazim dalam transisi dari kanak-kanak ke remaja.
    Perempuan akan matang lebih cepat daripada lelaki.
    Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam setiap
     tulang berlaku lebih cepat dalam perempuan berbanding lelaki.
    Pertumbuhan maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya
     femur, diikuti fibula dan tulang-tulang anggota atas.
    Pertumbuhan ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan
     pertumbuhan maksimum humerus dan radius.
    Oleh yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai
     kaki yang panjang, kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami
     pertumbuhan pesat lebih awal berbanding anggota atas.
    VO2 max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas
     haid dan kemudiannya akan berada di keadaan malar.
    VO2 max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas
     haid.
    Peningkatan VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan
     saiz badan, di mana penurunan VO2 max relatif pada tempoh ini
     menunjukkan peredaran oksigen tidak berkembang secepat jisim badan.




                                                                      38
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


      Perubahan dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak
       adalah faktor signifikan yang mempengaruhi VO2 max relatif semasa
       kematangan seksual dalam perempuan.
      Perubahan imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan
       pesat mungkin mempengaruhi motivasi untuk bertanding.

5   (a) Variasi berkait dengan kematangan dalam pertumbuhan
         Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi
          masa pertumbuhan pesat dan kematangan seksual dapat
          diperhatikan dengan jelas.
         Kanak-kanak pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan
          kematangan awal, normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur
          semasa haid atau ciri-ciri seks sekunder.


         Penilaian berdasarkan umur rangka
           Umur rangka                                 Kategori kematangan
           Dalam lingkungan 1 tahun umur kronologi     Normal
           Lebih daripada 1 tahun umur kronologi       Awal
           Kurang daripada 1 tahun umur kronologi      Lewat

         Penilaian berdasarkan haid
           Contoh: Kehadiran haid pada umur 13 tahun   Kategori kematangan
           Antara 12 dan 14 tahun                      Normal
           Atas 14 tahun                               Lewat
           Bawah 12 tahun                              Awal


         Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat
          berbanding mereka yang normal atau lewat matang.
         Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja
          bagi mereka yang matang pada waktu yang berlainan.
         Kanak-kanak lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil
          berbanding bahu mereka.
         Kanak-kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar
          berbanding bahu mereka.
         Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki
          dan perempuan.
         Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara
          endomorf dan mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif
          antara ektomorf dan umur rangka dalam kanak-kanak berumur antara
          9 dan 17 tahun.
         Korelasi antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12
          tahun, menunjukkan pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat
          remaja.

                                                                             39
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


    Korelasi antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16
     tahun, menunjukkan pengurangan atau kehilangan lemak semasa
     pertumbuhan.
    Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di
     bahagian anggota hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagian
     abdomen semasa peringkat remaja.
    Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan
     12 tahun, dan seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun.
    Korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara
     9 dan 15 tahun dan mula menurun pada lewat remaja.
    Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf
     yang tinggi.
    Ektomorf yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau
     awal dewasa adalah berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau
     panjang.
    Mesomorf yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih
     rendah dan mempunyai kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi
     pertumbuhan yang pesat.
    Endomorf prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan
     pesat tetapi tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang lama.
    Dalam lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan
     dan betis meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja,
     berbanding perempuan.
    Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat
     dari umur kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan.
    Ukuran otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak
     awal matang (lelaki dan perempuan) adalah besar.


(b) Variasi berkait dengan kematangan dalam prestasi
     Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif
      antara umur rangka dan prestasi.
     Korelasi antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan
      adalah lebih tinggi untuk prestasi motor.
     Oleh itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan
      menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanak-
      kanak lewat matang.
     Prestasi semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh
      umur kronologi dan saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status
      kematangan.
     Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah
      dipengaruhi oleh perkaitan antara umur kronologi, umur rangka, dan
      saiz badan. Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan dengan jelas
      kesan khusus variasi berkait kematangan dalam penilaian kekuatan
      dan prestasi motor.
     Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki
      adalah positif dan signifikan kepada kematangan rangka.
                                                                       40
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)


 Prestasi motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara
  signifikan kepada petunjuk kematangan rangka dan seksual.
 Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status
  kematangan dalam perempuan semasa remaja.
 Data korelasi untuk kekuatan, prestasi motor, dan status kematangan
  semasa remaja adalah berkait dengan umur kronologi, status
  kematangan, saiz badan dan prestasi.




    Kematangan
        a) Dapatkan      maklumat mengenai 3 kaedah         penilaian
           kematangan rangka iaitu
           (i) kaedah Greulich-Pyle,
           (ii) kaedah Tanner-Whitehouse
           (iii) kaedah Fels
           dan buatkan perbandingan antara mereka

        b) Dapatkan maklumat mengenai 2 kaedah menentukan umur
           yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu
           (i) kaedah status quo
           (ii) kaedah retrospective
           dan buatkan perbandingan antara mereka




                                                                  41
(PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)



TAJUK 7 (Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,
        Kematangan dan prestasi )

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan Isi




                                                                      42
BIBLIOGRAFI


( IKUT FORMAT APA)
PANEL PENULIS MODUL
                        PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
                           (XXX PENDIDIKAN RENDAH)

                 NAMA                            KELAYAKAN


KRISHNA KUMAR VARATHARAJ           SARJANA

PENSYARAH                          PHD/SARJANA/SARJANA
                                   MUDA/DIPLOMA/SIJIL
krishkumar@ipgperlis.edu.my

                                   2 TAHUN


(NAMA)                             (KELULUSAN)

(JAWATAN)                          PHD/SARJANA/SARJANA
                                   MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)

                                   (PENGALAMAN KERJA)




(NAMA)                             (KELULUSAN)

(JAWATAN)                          PHD/SARJANA/SARJANA
                                   MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)

                                   (PENGALAMAN KERJA)
IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir


       Tamat

More Related Content

What's hot

Pengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukanPengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukanhanifahalijang
 
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukanPSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukanAmin Upsi
 
Bateri ujian
Bateri ujianBateri ujian
Bateri ujianFatim Rbh
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan khairul azlan taib
 
Pjm 3172 kebimbangan dalam sukan
Pjm 3172 kebimbangan dalam sukanPjm 3172 kebimbangan dalam sukan
Pjm 3172 kebimbangan dalam sukanNorazizah Padu
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukanSing Lin Tiong
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorPiong Yee Hsiang
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...Nurfaten Ismail
 
Beza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjSalina Saad
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianMar Aqma
 
Keganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukanKeganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukanWan Azmi
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
 
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangPermainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangAffendi Mustapha
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septcolleges
 

What's hot (20)

Pengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukanPengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukan
 
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukanPSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukan
 
Latihan lari pecut
Latihan lari pecutLatihan lari pecut
Latihan lari pecut
 
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-44 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
 
Bateri ujian
Bateri ujianBateri ujian
Bateri ujian
 
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
 
Pjm 3172 kebimbangan dalam sukan
Pjm 3172 kebimbangan dalam sukanPjm 3172 kebimbangan dalam sukan
Pjm 3172 kebimbangan dalam sukan
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotor
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...
 
Beza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pjBeza kbsr & kssr dlm pj
Beza kbsr & kssr dlm pj
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Keganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukanKeganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukan
 
Tgfu
TgfuTgfu
Tgfu
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Panduan Penulisan Objektif PJ
Panduan Penulisan Objektif PJPanduan Penulisan Objektif PJ
Panduan Penulisan Objektif PJ
 
Personaliti sukan
Personaliti sukanPersonaliti sukan
Personaliti sukan
 
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangPermainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 

Similar to Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Nurzila Ibrahim
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjahPejal Ragbi Terengganu
 
Modul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdfModul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdfssuser7034d8
 
Modul pigp bagi guru pembimbing
Modul pigp bagi guru pembimbingModul pigp bagi guru pembimbing
Modul pigp bagi guru pembimbingFitri Yusmaniah
 

Similar to Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor (20)

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Alam sekitar
Alam sekitarAlam sekitar
Alam sekitar
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Modul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdfModul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdf
 
Modul pigp bagi guru pembimbing
Modul pigp bagi guru pembimbingModul pigp bagi guru pembimbing
Modul pigp bagi guru pembimbing
 

More from SMK Damansara Damai 1 (14)

Borang tauliah pemimpin
Borang tauliah pemimpinBorang tauliah pemimpin
Borang tauliah pemimpin
 
Kaedah pemarkahan-kawad-kaki
Kaedah pemarkahan-kawad-kakiKaedah pemarkahan-kawad-kaki
Kaedah pemarkahan-kawad-kaki
 
Body parts
Body partsBody parts
Body parts
 
Topeng
TopengTopeng
Topeng
 
Laporan tahunan unit serasi 2015
Laporan tahunan unit serasi 2015Laporan tahunan unit serasi 2015
Laporan tahunan unit serasi 2015
 
Laporan tahunan unit serasi 2015
Laporan tahunan unit serasi 2015Laporan tahunan unit serasi 2015
Laporan tahunan unit serasi 2015
 
Rph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khasRph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khas
 
Rph english special education
Rph english special educationRph english special education
Rph english special education
 
Rph bm masalah pembelajaran
Rph bm masalah pembelajaranRph bm masalah pembelajaran
Rph bm masalah pembelajaran
 
Rph matematik pendidikan khas
Rph matematik pendidikan khasRph matematik pendidikan khas
Rph matematik pendidikan khas
 
Gambar
GambarGambar
Gambar
 
Jenis kecergasan
Jenis kecergasanJenis kecergasan
Jenis kecergasan
 
Lagu anak desa
Lagu anak desaLagu anak desa
Lagu anak desa
 
Teori perkembangan jean piaget
Teori perkembangan jean piagetTeori perkembangan jean piaget
Teori perkembangan jean piaget
 

Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN PJM 3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  • 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan 1 Pembelajaran Motor 1 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1 1.2 Kerangka Tajuk 1 Kandungan Isi Pertumbuhan Kematangan 2 Perkembangan 3 Aktiviti Fizikal Pembelajaran Motor Tajuk 3 Pertumbuhan Somatik 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi Pengukuran yang lazim dignakan dalam kajian pertumbuhan 6 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat 9 badan Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain 10 Perkembangan badan 11 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
  • 6. PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: vi
  • 7. Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65 tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vii
  • 8. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii
  • 9. Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut: Penerangan ringkas kursus berkenaan; Kursus ini menjelaskan difinisi,ciri-ciri,prinsip-prinsip ,factor-faktor,tahap-tahap ,teori dan aplikasi konsep pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran motor kanak- kanak .Ia bertujuan memberi pengetahuan kepada para pendidik untuk memahami kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dari kelahiran hingga peringkat dewasa. Tajuk-tajuk dalam modul; Kursus ini mencakupi konsep dan definisi pertumbuhan,kematangan dan pembelajaran motor,pertumbuhan dan perkembangan pranatal,pertumbuhan somatik,tisu adipos dan komposisi badan,perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi,kematangan,faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,kematangan dan prestasi fizikal kanak-kanak,aktiviti fizikal dan sukan.Ia juga memberi pengetahuan tentang perkembangan dan jenis-jenis kemahiran motor dan kaitannya dengan prestasi,pemprosesan maklumat, attention dan prestasi,kawalan motor, koordinasi,perbezaan individu,pembelajaran motor,maklumbalas pengekalan dan pemindahan pembelajaran. 1. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 2. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu; 3. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
  • 10. AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: PJM 3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
  • 11. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS 1.Definisi dan Konsep 2.Pertumbuhan dan Perkembangan 1 Pranatal 5 JAM 3.Pertumbuhan Somatik 4.Tisu Adipos dan komposisi badan 5.Perkembangan fungsi Anatomi dan Fisiologi 2 6.Kematangan 7 JAM 7.Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan,kematangan dan prestasi 08.Kanak-kanak didalam aktiviti fizikal dan sukan 3 09.Tingkahlaku motor 5 JAM 10.Pemprosesan maklumat 11.Attention dan prestasi 12.Kawalan Motor 4 13.Koordinasi 6 JAM 14.Perbezaan individu 15.Pembelajaran Motor 16.Latihan 5 7 JAM 17.Maklumbalas 18.Pengekalan dan Pemindahan JUMLAH 30 JAM
  • 12. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) TAJUK 1 (Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan Pembelajaran Motor) Sinopsis  Tiga istilah yang sering digunakan semasa berbincang tentang bayi,kanak-kanak dan remaja ialah pertumbuhan,perkembangan dan kematangan .Pertumbuhan dan perkembangan selalunya digunakan secara bertindih namun mereka berbeza kerana punyai aktiviti biologikal yang berbeza.Topik ini akan membincangkan ketiga-tiga elemen ini dengan mendalam. HASIL PEMBELAJARAN -Menjelaskan tentang konsep pertumbuhan,kematangan dan pembelajaran motor. -Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan pranatal. KERANGKA TAJUK DEFINISI & KONSEP PERTUMBUHAN KEMATANGAN PEMBELAJARAN MOTOR KANDUNGAN ISI o Membincangkan kaitan antara Pertumbuhan ,Kematangan dan Perkembangan Pembelajaran Motor. o Pertumbuhan dan Perkembangan Postnatal: Scammon’s Curves” Tiga istilah lazim yang digunakan apabila perbincangan mengenai bayi, kanak-kanak dan remaja diketengahkan adalah o pertumbuhan, o proses matang o perkembangan 1
  • 13. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) Pertumbuhan Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu. o Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu: o (i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia) o (ii) Penambahan saiz sel (hipertropi) o (iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion) Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras. Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.  Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks.  Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.  Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran. Kematangan  Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang.  Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang  Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ, memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.  Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.  Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya.  Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk sepenuhnya.  Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja  Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang secara biologikal.  Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan 2
  • 14. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) Perkembangan  Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.  Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini, perkembangan adalah merujuk kepada proses pembezaan dan pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan unit fungsi.  Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang berinteraksi dengan hormon dan nutrien.  Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya  Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek  keterampilan sosial,  intelek  kognitif,  emosi  yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-kanak tersebut.  Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.  Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya disifatkan oleh peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan persekitaran  Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanak- kanak.  Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat Aktiviti Fizikal  Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.  Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga rehat.  Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan dan accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja.  Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal akan menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem, pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif, 3
  • 15. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan yang menyeluruh  Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training).  Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan.  Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu. Pembelajaran Motor - Schmidt & Lee (2005) o Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama:- o Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir o Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung. o Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman o Keempat,pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang. o Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal o Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan. o Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman. Analisis gambarajah dibawah ini dan tuliskan satu perenggan berdasarkan pemahaman anda tentang peringkat-peringkat pertumbuhan dan perkembangan bayi 4
  • 16. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) 1.Apakah yang dimaksudkan tentang Lekok Scammon.Beri penerangan tentang lekok- lekok dalam graf ini. Dapatkan maklumat dari bahan bacaan dan multimedia berkaitan: Interaksi 1: Pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran motor  www.med.unc.edu/embryo_images  http://virtualhumanembryo.lsuhsc.edu Interaksi 2: Pertumbuhan somatik (pertumbuhan pascanatal), tisu adipos dan komposisi badan  www.cdc.gov/growthcharts/  www.somatotype.org  www.muscle.ucsd/musintro/jump.shtml.  http://www.udel.edu/Biology/Wags/histopage/colorpage/ca/ca.htm  http://www.health.xq23.com/diet_and_nutrition/Adipose_tissue.html.  www.sgd.nia.nih.gov. 5
  • 17. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) TAJUK 3 ( Pertumbuhan somatik ) Sinopsis Pertumbuhan somatik yang juga dikenal sebagai pertumbuhan postnatal menerangkan dengan lebih terperinci perkembangan bayi dari segi ketinggian dan berat badan,indeks jisim tubuh badan dan corak pertumbuhan dimensi anggota badan secara berkadar dan kaedah penilaian perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan. Hasil Pembelajaran  Mengintepretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai pertumbuhan somatik.  Menghuraikan pertumbuhan postnatal berkaitan dengan ketinggian dan berat badan serta indeks jisim tubuh.  Mengenalpasti perubahan anggota badan dan corak pertumbuhan dimensi anggota yang lain. Kerangka Tajuk Corak pertumbuhan dimensi anggota Perubahan anggota badan secara berkadar Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan Kandungan Isi 1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan  Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.  Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan. 6
  • 18. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.  Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke bahagian atas (puncak) tengkorak.  Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.  Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.  Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.  Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.  Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus. 7
  • 19. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon (hujung siku).  Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.  Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.  Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular. 8
  • 20. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.  Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg) dan ketinggian (m). 2 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan  Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan.  Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu: (a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak, 9
  • 21. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) (b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak, (c) pesat di peringkat awal remaja, dan (d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa  Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun.  Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi. 3 Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain  Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan muka.  Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan berbanding panjang kaki.  Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.  Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat badan.  Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu. 4 Perubahan perkadaran anggota badan  Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.  Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa pertumbuhan.  Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja.  Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa. Perkembangan badan (Development of physique) 1 Kaedah penilaian badan  Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).  Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma = badan). 10
  • 22. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang berterusan.  Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphy, mesomorphy dan ectomorphy.  Ciri utama endomorf [Rajah (a)] adalah berasaskan kepada organ-organ pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.  Ciri utama mesomorf [Rajah (b)] adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu penghubung, supaya otot kelihatan sasa.  Ciri utama ektomorf [Rajah (c)] adalah berasaskan kepada kerapuhan bentuk, perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih berbanding jisim badan.  Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell adalah modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik.  Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.  Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan iaitu gemuk, sasa dan kurus.  Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan antropometrik untuk menganggar jenis badan. 2 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan  Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan kematangan dan bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola yang nyata untuk mesomorf.  Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah manakala ektomorf berkurangan. 11
  • 23. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) TAJUK 4 ( Tisu Adipos dan Komposisi badan ) Sinopsis  Dalam unit ini kita akan pelajari tentang tisu adipos dan komposisi badan serta sebaran pelbagai jenis lemak semasa pertumbuhan,kaedah menganggar komposisi badan kanak-kanak dan remaja serta pertumbuhan dan perkembangan fat-free mass’,’fat mass dan peratus lemak. Hasil Pembelajaran  Menjelaskan isi pelajaran yang berkaitan dengan tisu adipos dan komposisi badan. (1.4)  Mengintegrasikan pengetahuan pertumbuhan dan perkembangan berkaitan ’fat-free mass, ’fat-mass dan peratus lemak untuk menjelaskan model komposisi badan (2.2) Kerangka Tajuk Tisu adipos & Komposisi Badan Kaedah Pertumbuhan Model Komposisi menganggar jisim bebas Perubahan tisu adipos badan komposisi badan lemak, jisim semasa pertumbuhan lemak dan Perkembangan tisu adipos dalam pranatal Kandungan Isi 1 Model komposisi badan  Dua model yang lazim digunakan di dalam kebanyakan kajian adalah dari perspektif (a) ahli biokimia dan (b) mereka yang bertugas bersama individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan sebagainya (model dua bahagian).  Model biokimia – Secara biokimia, badan manusia terdiri daripada empat unsur utama iaitu air, protein, mineral dan lemak.  Walaupun model ini berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya adalah terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah dari 12
  • 24. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) sekumpulan individu yang kecil, yang mana mungkin tidak mewakili populasi norma.  Model dua bahagian adalah merujuk kepada pembahagian jisim badan kepada komponen lemak dan otot.  Komponen tanpa lemak adalah dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak manakala komponen yang satu lagi dikenali sebagai jisim berlemak. 2 Kaedah menganggar komposisi badan  Kaedah yang lazim digunakan bagi menganggar komposisi badan dalam individu adalah secara tidak langsung.  Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) – menganggar ketumpatan badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan.  Kaedah pencairan isotop – menganggar jumlah air di dalam badan, yang mana ini ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass).  Kaedah pengaktifan neutron – menggunakan isotop nitrogen dan kalsium untuk menganggar tisu tanpa lemak dan mineral.  Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impedance – menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan elektrik lebih mudah berbanding tisu berlemak).  Kaedah ultrasound – menganggar lemak, otot dan tulang.  Kaedah radiografi – menganggar lemak, otot dan tulang.  Kaedah antropometri – menganggar lemak dan meramal jisim bebas lemak.  Pengukuran ketumpatan badan: ‐ Ketumpatan = jisim per unit isipadu. ‐ Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada air (1.0 g/cm3), dan lebih rendah daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3). ‐ Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak berbanding badan yang berketumpatan tinggi. ‐ Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan. ‐ Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan badan. ‐ Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratus berat badan yang terdiri daripada lemak.  Mengukur jumlah air dalam badan: ‐ Air adalah komposisi terbesar dalam badan. ‐ Kebanyakan air di dalam badan adalah di dalam tisu tanpa lemak. Oleh itu pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk menganggar jisim bebas lemak.  Mengukur kalium dalam badan ‐ Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh memberi satu anggaran jisim bebas lemak. 13
  • 25. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak ‐ Kaedah-kaedah pengukuran yang sedia ada yang dilaksanakan ke atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan kanak-kanak. ‐ Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah: ….> Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan kanak-kanak? ….> Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa lemak dicapai dalam dewasa? ….> Kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur. ….> Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8 tahun dan bukannya lebih muda. ….> Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif, dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek. ….> Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran dilaksanakan. ….> Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek berpuasa semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan. 3 Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak  Jisim bebas lemak (fat-free mass)  Jisim bebas lemak mengikuti satu pola pertumbuhan seperti dalam ketinggian dan berat badan, dan perbezaan jantina memainkan peranan utama semasa pertumbuhan remaja.  Pada peringkat awal dewasa, perempuan mencapai nilai jisim bebas lemak lebih awal, antara umur 15 ke 16 tahun berbanding lelaki pada umur antara 19 ke 20 tahun.  Pada peringkat lewat remaja, lelaki, pada puratanya mempunyai jisim bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding perempuan.  Perbezaan ini menunjukkan pertumbuhan pesat jisim otot dalam remaja.  Selepas 14 tahun, lelaki mempunyai jisim bebas lemak yang lebih berbanding perempuan dengan ketinggian yang sama.  Jisim lemak (fat mass)  Anggaran jisim lemak meningkat pada 2 atau 3 tahun pertama dalam hidup dan kemudiannya tidak menunjukkan perubahan antara 5 – 6 tahun.  Jisim lemak perempuan mula meningkat dengan pesat berbanding lelaki di peringkat remaja, dan mula malar apabila lelaki mengalami pertumbuhan pesat di antara 13 – 15 tahun. 14
  • 26. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Peratus lemak meningkat dengan pesat dalam kedua-dua jantina semasa bayi, dan mula berkurangan semasa awal kanak-kanak.  Perempuan pada puratanya menunjukkan peratus lemak yang lebih sedikit berbanding lelaki semasa peringkat bayi dan awal kanak-kanak, tetapi dari 5 – 6 tahun sehingga remaja, perempuan mempunyai peratus lemak yang lebih berbanding lelaki.  Dalam lelaki, peratus lemak berada di tahap paling rendah pada 16 – 17 tahun, dan seterusnya meningkat apabila berada di peringkat awal dewasa. Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan (Adipose tissue changes during growth) 1 Jenis tisu adipos  Tisu adipos adalah komponen fungsi dan struktur jisim lemak.  Terdapat dua jenis tisu adipos iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos putih.  Tisu adipos putih: ‐ Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu titisan lemak besar, dalam bentuk trigliserida. ‐ Nukleus adiposit dan organel sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar sel antara titisan lipid dan membran sel. ‐ Tisu aktif metabolisme (dalam metabolisme glukosa, asid lemak, lipoprotein dan kolesterol). ‐ Terdapat di seluruh badan. ‐ Kebanyakannya boleh dijumpai di dalam ginjal, jantung, hati dan organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar adalah di lapisan bawah kulit. ‐ Tisu yang penting dalam metabolisme dan setor simpanan tenaga. ‐ Memberi perlindungan dan penebat ke atas badan dan organ-organ penting.  Tisu adipos perang: ‐ Mengandungi beberapa titisan lipid dan bukannya dalam satu vakuol lipid yang besar. ‐ Nukleus tidak dimampatkan seperti dalam tisu adipos putih. ‐ Mengandungi lebih mitokondria yang lebih besar dan berstruktur kompleks berbanding tisu adipos putih. ‐ Fungsi utama bukan untuk simpanan lipid tetapi untuk menjana haba (thermogenesis). ‐ Banyak terdapat di dalam haiwan yang tinggal di persekitaran sejuk, and haiwan yang berhibernasi. ‐ Lebih kecil daripada sel adipos putih. Diameternya berjulat antara 15 – 50 mikrometer. 15
  • 27. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) ‐ Warna perang adalah disebabkan oleh kepekatan tinggi sitokrom dan enzim sitokrom dalam mitokondria, serta kandungan hemoglobin dalam tisu. ‐ Dalam badan manusia, tisu ini didapati pada tempat-tempat tertentu, khususnya di bahagian belakang leher, dan bahagian belakang interscapula bayi yang baru dilahirkan. ‐ Diberkaskan antara sel dan kapilari. ‐ Mempunyai kaitan dengan sistem saraf simpatetik serta mempunyai reseptor sel yang berupaya bertindak balas terhadap hormon seperti noradrenalin. ‐ Menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk aktiviti metabolisme tisu lain. 2 Perkembangan tisu adipos dalam pranatal  Tisu adipos putih telah didapati di bahagian abdomen bayi semasa minggu ke-14 kehamilan.  Tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih antara jantina.  Dalam perkembangan awalan bayi, adiposit mempunyai beberapa titisan lipid yang bergabung untuk membentuk satu sel dengan satu titisan.  Selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang menyumbang kepada pencapaian pesat berat badan adalah pengembangan adiposit dan pemberkasan tisu adipos.  Adalah dianggarkan bayi yang baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion adiposit.  Perbezaan kandungan lemak badan kelihatan lebih berkait dengan kandungan trigliserida adiposit berbanding perubahan sel atau bilangan sel dalam tisu.  Secara umumnya, adiposit dalam fetus adalah lebih kecil berbanding dewasa, tetapi pada peringkat lewat fetus, satu populasi adiposit besar yang mengandungi lipid kelihatan lebih jelas.  Tenaga yang tersimpan ini adalah penting bagi bayi semasa proses transisi dari persekitaran terlindung ke persekitaran terbuka dalam hidup.  Selepas kelahiran, bayi perlu bergantung pada bahan metabolisme karbohidrat yang cepat kehabisan dan trigliserida yang tersimpan di dalam adiposit menjadi sumber yang penting.  Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya berfungsi dengan cekap untuk memenuhi keperluan tenaga ini. 3 Sifat-sifat tisu adipos dalam pascanatal  Tisu adipos perang: ‐ Terdapatnya satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam bayi yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat badan, atau 25g di dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500g. 16
  • 28. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) ‐ Tisu ini berfungsi sebagai satu mekanisme perlindungan dalam bayi tidak cukup bulan kerana menghadapi persekitaran luar yang mencabar. ‐ Sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan, tetapi sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman seperti ginjal.  Tisu adipos putih: ‐ Tisu ini berkembang dengan suatu kuantiti simpanan lipid yang meningkat akibat perubahan interaktif dalam saiz adiposit dan sel organ tisu adipos. ‐ Bilangan adiposit meningkat dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 – 50 bilion di peringkat dewasa (yang tidak gemuk). ‐ Diameter purata adiposit meningkat dari 30 – 40 mikrometer semasa kelahiran ke 80 – 90 mikrometer di peringkat awal dewasa. ‐ Organ adipos terdiri daripada 0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam kedua-dua jantina, dan meningkat ke 10kg di dalam lelaki dan 14kg di dalam perempuan di peringkat awal dewasa. ‐ Hipertropi adiposit akan merangsang pembahagian sel di dalam adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya meningkatkan bilangan praadiposit dan adiposit. 17
  • 29. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) 4 Sebaran lemak semasa pertumbuhan  Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam badan.  Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang berlainan mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri.  Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit: ‐ Lemak dalaman, juga dikenali sebagai lemak jantung (visceral), omental. ‐ Pengukuran langsung lemak dalaman boleh dilakukan secara analisis pada mayat dan tomografi. ‐ Inferensi tentang perubahan lemak dalaman semasa pertumbuhan boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak lapisan bawah kulit kepada jisim lemak keseluruhan. ‐ Kadar pengumpulan lemak dalaman adalah lebih cepat berbanding lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi kedua-dua jantina. ‐ Selepas 13 – 14 tahun, nisbah akan meningkat bagi lelaki, dan ini menunjukkan perubahan dalam penyebaran lemak lapisan bawah kulit di bahagian hujung anggota dan badan lelaki.  Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak: ‐ Data radiografik telah menunjukkan bahawa perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki dari awal bayi sehingga 18 tahun. ‐ Selepas peningkatan pesat lemak lapisan bawah kulit dalam tempoh 6 bulan pertama , kedua-dua jantina mengalami penurunan pada 6 – 7 tahun. ‐ Perempuan akan menunjukkan peningkatan linear sehingga remaja, manakala lelaki menunjuk sedikit peningkatan antara 7 – 12/13 tahun, dan seterusnya penurunan semasa remaja. ‐ Data lipatan kulit menunjukkan perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara 4 – 18 tahun. ‐ Antara 4 – 7 tahun, jumlah 10 lipatan kulit menunjukkan kestabilan dalam kedua-dua jantina dan ini adalah selaras dengan dapatan radiografik. ‐ Lemak lapisan bawah kulit meningkat secara linear dalam perempuan antara 6 – 7 tahun sehingga remaja. ‐ Pada lelaki pula, jumlah lipatan kulit meningkat dari 7/8 – 13 tahun dan seterusnya menunjukkan penurunan di umur 15 tahun. ‐ Perubahan ini telah menunjukkan dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih tempat lipatan kulit (10) berbanding radiografik (5); (ii) tempat radiografik adalah terhad kepada hujung anggota tetapi tempat lipatan kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan badan. 18
  • 30. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Perubahan di dalam jumlah sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku semasa pertumbuhan.  Perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki di semua peringkat umur, khususnya di peringkat remaja.  Perbezaan lemak lapisan bawah kulit kelihatan lebih ketara antara kedua- dua jantina di bahagian hujung anggota berbanding badan.  Oleh itu terdapat satu perbezaan yang ketara antara jantina di dalam sebaran lemak di dalam remaja.  Lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan berbanding hujung anggota. Bilangan sel lemak (x 10 ) 9 19
  • 31. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) TAJUK 5 (Perkembangan Fungsi Anatomi dan Fisiologi ) Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan didedahkan kepada perubahan biologi dan fisiologi jantung,darah dan paru-paru serta prestasi kekuatan berkaitan dengan prestasi motor. Hasil Pembelajaran  Mengenalpasti perubahan jantung ,darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (1.5)  Menganalisis perkembangan dan prestasi kekuatan berkaitan dengan motor (1.6)  Menterjemahkan perubahan dan perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi terhadap prestasi motor. (2.3) Kerangka Tajuk Perkembangan Fungsi Anatomi & Fisiologi Prestasi Aerobik & Jantung Darah Paru-Paru Anaerobik Prestasi Motor Kandungan Isi 1 Perubahan jantung, darah dan paru-paru semasa pertumbuhan (Heart, blood and lungs) Ciri-ciri peredaran darah fetus  Jantung dan salur darah adalah terbentuk daripada sel-sel embrio mesodermal.  3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung primitif mula terbentuk.  Sejurus selepas itu, jantung ini mula berdenyut. 20
  • 32. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti perikardial.  Jantung akan membentuk struktur umumnya pada penghujung minggu ke-6 selepas persenyawaan, dan salur-salur darah utama terbentuk pada minggu ke-8.  Salur jantung primitif akan melipat dan menyimpul dengan sendirinya lalu membentuk 4 ruang yang jelas.  Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang jantung tersusun pada kedudukan yang betul dalam kaviti perikardial bersama-sama salur-salur darah utama jantung.  Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital yang wujud adalah hasil daripada proses embrio yang terganggu.  Sistem peredaran fetus yang utama dapat diperhatikan dalam gambarajah di bawah.  Plasenta (uri) merupakan penghubung antara peredaran fetus dan ibu.  Vena umbilical membawa oksigen dan nutrien dari plasenta ke fetus, dan dua arteri umbilical membawa darah tanpa oksigen dari fetus ke plasenta untuk dioksigenkan dan pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam peredaran ibu.  Hanya sejumlah kecil keluaran kardiak fetus yang melalui paru-parunya kerana terdapatnya halangan (pemisah) yang mengalihkan darah dari sebelah kanan ke sebelah kiri.  Foramen ovale adalah penghalang pertama, yang merupakan satu bukaan sehala di dalam septum yang membahagikan atria kanan dan kiri.  Ductus arteriosus adalah penghalang kedua, di mana sejumlah kecil darah yang dipamkan oleh ventrikel kanan mengalir ke aorta dan bukannya ke arteri pulmonari. Duktus adalah satu salur kecil yang menghubungkan arteri pulmonari utama dengan aorta. 21
  • 33. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Adalah dianggarkan sejumlah 10% - 15% darah yang dipamkan oleh jantung telah melalui paru-paru semasa fetus.  Ductus venosus adalah satu salur sementara yang membenarkan sedikit darah mengalir dari vena umbilical terus ke vena kava inferior dan atrium kanan.  Darah di dalam vena umbilical mempunyai 70% oksigen tepu manakala tisu periferi hanya mempunyai antara 55% - 60%. Perubahan saiz jantung  Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan mempunyai isipadu yang hampir sama dengan sebelah kiri.  Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri adalah lebih pesat berbanding sebelah kanan.  Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah lebih kurang 40cm3.  Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4 kali ganda pada tahun 2 dan akan mencapai antara 600 – 800 cm3 dalam dewasa. Perubahan fungsi jantung (i) Denyutan nadi - Purata kadar nadi dalam bayi yang baru dilahirkan adalah 140 dsm. - Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm (kelahiran) ke 100 dsm (1 tahun), dan menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun) dan 70 dsm (10 tahun). (ii) Isipadu strok dan keluaran kardiak - Isipadu strok: Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada satu penguncupan, meningkat dari peringkat kanak-kanak ke remaja. - Jumlahnya adalah antara 3 – 4ml (kelahiran) dan meningkat 10 kali ganda iaitu 40ml di peringkat sebelum remaja. - Keluaran kardiak: Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit. - Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran) manakala di peringkat dewasa adalah 5L/min. (iii) Tekanan darah - Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa diastolik dan sistolik penguncupan otot jantung meningkat semasa pertumbuhan. - Tekanan darah sistolik dalam bayi berubah-ubah antara 40 – 75mmHg. - Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat ke 80mmHg dan tekanan darah diastolik meningkat ke 50 – 55mmHg. - Tekanan darah sistolik meningkat lebih daripada tekanan darah diastolik semasa peringkat kanak-kanak ke remaja. 22
  • 34. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah dan ini ada berkait dengan jisim badan. Ini bererti saiz jantung adalah berkadaran dengan jisim badan.  Jantung secara progresifnya akan disesuaikan dengan penambahan kerja, walaupun dalam keadaan rehat. Perubahan ciri-ciri darah semasa pertumbuhan (i) Isipadu darah - Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait rapat dengan jisim badan dan saiz jantung. - Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat 5L darah di mana 3L adalah plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel darah merah. - Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara 300 – 400ml darah dalam badan. (ii) Komposisi darah - Salah satu ciri penting darah adalah hematocrit iaitu peratus isipadu darah yang mengandungi sel darah merah (eritrosit). - Secara puratanya, lelaki dewasa mempunyai 40% - 45% berbanding perempuan dewasa yang mempunyai 38% - 42%. - Kedua-dua sel darah merah dan hemoglobin mempunyai peranan utama dalam pengangkutan oksigen ke tisu-tisu badan. - Dalam lelaki dewasa, bilangan sel darah merah adalah sebanyak 5.5 juta/mikroliter dan 4.6 juta/mikroliter dalam perempuan dewasa. - Sel darah merah dihasilkan oleh sumsum tulang dalam bayi dan awal kanak-kanak. Menjelang umur 5 tahun, penghasilannya berkurangan. - Eritrosit tidak mempunyai nukleus tetapi penuh dengan hemoglobin dan komponen-komponen sitoplasma. - Eritrosit mempunyai hayat antara 110 – 120 hari. - Jumlah kandungan hemoglobin dalam darah adalah berkait dengan pengambilan maksimum oksigen, isipadu jantung dan jisim tubuh. - Sel darah putih (leukosit) juga berubah semasa pertumbuhan. - Dalam kelahiran jumlah bilangan mencapai sehingga 40 ribu/mikroliter, tetapi di peringkat dewasa bilangannya adalah 8 ribu/mikroliter. - Bilangan platelet tidak menunjukkan banyak perubahan sejak lahir hingga dewasa, iaitu sekitar 350 ribu/mikroliter. (iii) Lipid darah dan lipoprotein - Lipid darah dan lipoprotein sering dikaitkan dengan pelbagai masalah metabolisme di peringkat dewasa, termasuklah arteriosklerosis yang berkait dengan tabiat pemakanan dan tahap aktiviti fizikal. - Trigliserida adalah molekul lemak dan kolesterol bersifat seperti molekul lemak dalam banyak aspek. - Kedua-dua bahan ini tidak larut air dan diangkut dalam darah bersama protein. 23
  • 35. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) - Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-cholesterol), mempunyai lebih protein berbanding kolesterol. - Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-cholesterol) dan lipoprotein berketumpatan sangat rendah (vLDL-cholesterol), mempunyai lebih kolesterol berbanding protein. Tahap LDL yang tinggi sering dikaitkan dengan arteriosklerosis. - Bayi perempuan mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang lebih daripada lelaki semasa kelahiran. Perubahan fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan (i) Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru - Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja berlakunya persenyawaan. - Pembentukannya bermula sebagai satu kantung di minggu ke-4 dan seterusnya terbahagi kepada dua. - Pada minggu ke-16, ‘pokok’ bronkiol mula terbentuk dan 3 bulan terakhir fetus, alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya terbentuk dengan lengkap semasa pasca natal. - Paru-paru fetus terdiri daripada cecair, termasuk cecair amniotik dan komponen darah. - Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks ditekan dalam proses kelahiran, dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa. - Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan dalam fetus menunjukkan bahawa pusat pernafasan di otak dan mekanisme otot- saraf yang perlu untuk proses ini telah wujud sebelum kelahiran. - Paru-paru manusia adalah seberat 60 – 70g semasa kelahiran dan jisim ini meningkat sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan. - Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta (kelahiran) ke 300 juta (umur 8 tahun). - Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim paru-paru. - Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut sebanyak 3ml udara segram tisu manakala orang dewasa adalah antara 8 – 10ml. Fungsi pernafasan - Proses respiratori melibatkan dua komponen. - Pertama, melibatkan paru-paru di mana pemindahan oksigen dan karbon dioksida antara kanak-kanak dan ruang persekitarannya. - Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam darah ke dan dari tahap sel-sel atau dikenali sebagai respirasi selular. - Mekanisme pernafasan termasuklah:  Pusat respiratori terletak di dalam tunjang otak  Reseptor regang di dalam paru-paru, yang mengalirkan impuls proprioseptif melalui saraf vagus  Reseptor kimia karotid dan aortik, akan terangsang apabila kandungan oksigen dalam darah menurun 24
  • 36. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Pusat respiratori di dalam tunjang otak dan pusat reseptor kimia, akan terangsang apabila kandungan karbon dioksida dalam darah meningkat atau pH darah menurun - Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah sebanyak 40 nafas seminit dan kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang umur satu tahun. Di antara umur 5 – 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak 22 nafas seminit dan seterusnya menurun ke 16 atau 17 nafas seminit. - Isipadu sisa (residual volume) adalah isipadu gas yang berada di dalam paru-paru selepas satu hembusan maksimum. - Isipadu tidal (tidal volume) adalah purata isipadu udara yang dihembus semasa pernafasan normal. - Isipadu simpanan tarikan nafas (inspiratory reserve volume) adalah isipadu maksimum gas yang boleh ditarik masuk dari paras normal pernafasan isipadu tidal. - Isipadu simpanan hembusan (expiratory reserve volume) adalah isipadu maksimum gas yang boleh dihembus dari paras normal pernafasan isipadu tidal. - Kapasiti vital (vital capacity) adalah isipadu maksimum gas yang boleh dikeluarkan dari paru-paru hasil daripada tarikan nafas maksimum. - Kapasiti pernafasan (inspiratory capacity) adalah isipadu maksimum gas yang boleh disedut. - Kapasiti sisa fungsi (functional residual capacity) adalah isipadu gas yang tertinggal di dalam paru-paru selepas satu pernafasan normal. 2 Perkembangan motor (Motor development) Perkembangan dan penghalusan lakuan kemahiran di dalam aktiviti motor adalah penting dalam perkembangan dunia kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti motor ini merupakan sebahagian utama dalam tingkah laku kanak-kanak dan memberi peluang untuk mereka mengalami persekitaran yang mencabar, khususnya semasa prasekolah. Perkembangan motor merupakan satu proses di mana kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan. Ini dicirikan dengan suatu modifikasi berterusan yang berasaskan kepada:  Proses kematangan otot-saraf yang berkemungkinan diselaraskan secara genetik  Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam kanak-kanak (cthnya: saiz dan komposisi badan)  Kesan sampingan pengalaman motor yang terdahulu  Pengalaman motor yang terkini Kemahiran dan pola pergerakan  Pola motor adalah merujuk kepada pergerakan asas dalam melaksanakan sesuatu tugas. 25
  • 37. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Dalam kemahiran motor, penekanan adalah pada ketepatan, kejituan, dan prestasi. Klasifikasi aktiviti motor (i) Aktiviti motor halus dan kasar  Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan kejituan dan kemahiran seperti dalam tugasan manipulatif.  Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan seluruh badan atau anggota badan seperti dalam aktiviti lokomotor.  Kebanyakan lakuan motor merangkumi unsur-unsur motor kasar dan halus. (ii) Pola motor asas  Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan asas.  Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif.  Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada gabungan mana-mana aspek yang disenaraikan. (iii) Proses dan hasil pergerakan  Proses pergerakan melibatkan: - teknik sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan, aksi kaki, dan sebagainya - mekanik sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang tuas lengan, sudut antara sendi, dan sebagainya  Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan akhir sesuatu lakuan, contohnya jarak lompatan, catatan masa larian, dan sebagainya. Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan  Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan adalah sambungan daripada apa yang telah wujud semasa dalam keadaan fetus.  Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa kelahiran.  Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk mudah dan dikawal oleh saraf tunjang manakala sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan integrasi otak dan pusat saraf yang lain.  Pantulan Moro (Moro reflex) adalah pola pantulan yang wujud dalam bayi sejak lahir ke 3 bulan. 26
  • 38. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Pantulan Startle (Startle reflex) wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi akan bertindak balas dengan mengfleksikan anggota badan.  Pantulan genggaman (palmar grasp reflex) berlaku apabila sesuatu objek diletakkan pada tapak tangan bayi.  Pantulan leher (tonic neck reflex) mula kelihatan selepas beberapa bulan dilahirkan. Apabila kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan bertindak balas dengan memanjangkan kaki dan lengan pada bahagian yang dipusingkan dan fleksi pada bahagian yang bertentangan. 27
  • 39. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Pantulan righting adalah berkait dengan hubungan antara kepala dengan anggota badan.  Pantulan labyrinthine adalah berkait dengan orientasi badan terhadap daya graviti.  Pantulan primitif (primitive reflexes) yang terdiri daripada pantulan Moro, startle dan genggaman lazimnya terbentuk dengan sempurna sejak lahir sehingga bulan ke-3.  Pantulan postur yang terdiri daripada pantulan leher, labyrinthine, righting mula terbentuk selepas bulan ke-3 dan seterusnya. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak  Cara penjagaan  Bilangan kelahiran  Bilangan kanak-kanak dalam keluarga  Peluang untuk pergerakan dan bermain secara aktif  Status sosioekonomi  Status pemakanan  Persekitaran 28
  • 40. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi badan)  Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya Prinsip Perkembangan Motor Arnold Gesell (1952), telah memperkenalkan 2 prinsip perkembangan motor yang berfokus pada perkembangan yang berlaku dalam dua tahun pertama selepas kelahiran bayi. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip cephalocaudal dan prinsip proximodistal.  Prinsip cephalocaudal Cephalocaudal adalah gabungan dua perkataan Latin iaitu: cephalo = kepala dan caudal = penghujung saraf tunjang Perkembangan cephalocaudal adalah merujuk kepada perkembangan kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian kepala ke bawah sehingga ke hujung jari kaki. Contohnya, dalam perkembangan janin, bahagian kepala terbentuk dahulu, diikuti bahagian tangan dan seterusnya pada bahagian kaki. Kawalan motor bermula dari bahagian kepala, leher dan badan sebelum dapat mengawal bahagian kaki seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Aktiviti Umur  Kawalan kepala  Semasa kelahiran  Bergolek  5 – 6 bulan  Duduk  6 – 6.5 bulan  Berdiri dengan bantuan  8 bulan  Menyusup dan merangkak  9 – 10 bulan  Berdiri sendiri  13 – 14 bulan  Berjalan dan berlari - Dengan bantuan  9 – 11 bulan - Sendiri  18 bulan - Berlari kekok  20 bulan - Berlari dengan baik  20 bulan  Melompat  20 bulan  Prinsip proximodistal Proximadistal adalah juga gabungan dua perkataan Latin iaitu: proximo = hampir dan distal = jauh 29
  • 41. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) Perkembangan proximodistal adalah merujuk secara khusus perkembangan kawalan otot secara beransur-ansur dari bahagian tengah (paksi) badan ke bahagian yang menjauhi paksi badan. Contohnya, kanak-kanak dapat mengawal otot-otot pada bahagian atas badan dan bahu sebelum mereka dapat mengawal otot-otot pada bahagian lengan, tangan dan jari. Aktiviti Umur  Menggenggam objek tetapi tidak boleh  4 bulan mengutipnya  6 – 6.5 bulan  Menggenggam objek besar dengan sebelah tangan dan memindah ke tangan yang lain  7 bulan  Memegang objek kecil tetapi tidak dapat mengutip  9 bulan  Berupaya mencubit objek kecil  15 bulan  Dapat memasukkan objek kecil ke dalam botol 3 Prestasi motor dan kekuatan (Strength and motor performance) Perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lazimnya terbentuk menjelang umur 6 – 7 tahun. Komponen kekuatan diambil kira dalam prestasi motor kanak-kanak kerana ini merupakan satu komponen penting dan juga prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk kepada kekuatan otot. Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang individu membentuk tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis kekuatan iaitu kekuatan statik, dinamik dan letusan (kuasa). Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas rintangan luaran tanpa sebarang perubahan pada panjang otot. Lazimnya kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot yang khusus, contohnya kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi lutut. Kuasa adalah kemampuan otot melepaskan daya maksimum dalam suatu tempoh yang singkat. Contohnya, pengukuran lompat jauh berdiri. Kekuatan dinamik adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yang berterusan. Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah merujuk kepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot untuk suatu tempoh masa yang lama. Contohnya, gantung siku bengkok. Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan kawalan motor dan kekuatan. Melompat melibatkan koordinasi motor dan kuasa otot untuk membolehkan badan bergerak mendatar ke hadapan seperti di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkan koordinasi dan kuasa dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yang melibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan. Imbangan adalah perl dalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk statik atau dinamik manakala kelenturan melibatkan julat pergerakan sendi di 30
  • 42. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) pelbagai bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas yang boleh diuji termasuklah menendang untuk jarak, menyambut bola yang dilambung, ‘hopping’ atau ‘skipping’, membaling untuk ketepatan dan sebagainya. Prestasi motor di peringkat awal kanak-kanak  Kekuatan otot meningkat di peringkat ini.  Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di dalam aktiviti berlari, melompat dan membaling.  Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti imbangan berbanding lelaki di antara umur 3 – 5 tahun, dan lebih baik di umur 6 tahun.  Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam aktiviti yang melibatkan kuasa dan kelajuan manakala perempuan lebih ke arah aktiviti imbangan. Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja  Kekuatan dan prestasi motor lazimnya meningkat mengikut umur. Walau bagaimanapun, pola peningkatan ini berbeza mengikut aktiviti.  Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 atau 14 tahun di mana peningkatan adalah mendadak manakala kekuatan perempuan meningkat secara linear mengikut umur sehingga 16 atau 17 tahun.  Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 13 atau 14 tahun di mana peningkatan mendadak berlaku selepas itu manakala daya tahan otot perempuan meningkat secara linear mengikut umur.  Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati lebih lembut daripada lelaki di semua peringkat umur, dan ini amat ketara di peringkat pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual.  Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam perkembangan kekuatan dan prestasi motor. Pola pergerakan asas mula matang pada tempoh ini dan amat berbeza dalam setiap kanak-kanak. 4 Prestasi aerobik (Aerobic performance) Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan di dalam kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, substrat, pengawalatur suhu badan. Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam seminit oleh gentian otot yang berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan aktiviti aerobik. Tiga petunjuk utama metabolisme aerobik semasa senaman di dalam individu yang membesar adalah: (a) Adaptasi terhadap senaman submaksimum 31
  • 43. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) Kajian telah menunjukkan bahawa tindak balas kardiovaskular dan pulmonari terhadap senaman di paras submaksimum berubah mengikut umur. Perubahan umur ini adalah lebih berkait kepada status kematangan biologikal dan jisim badan berbanding umur kronologi. (b) Adaptasi terhadap senaman yang lama dan senaman bercorak daya tahan Data kajian telah menyatakan bahawa senaman jangka masa panjang dapat diatasi oleh kanak-kanak dan remaja tanpa sebarang masalah. Dalam aspek pengawalatur suhu badan, lebih daripada 75% substrat yang ditukarkan kepada tenaga kimia semasa penguncupan otot rangka perlu dibebaskan sebagai haba. Kanak-kanak mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding dewasa pada setiap kilogram jisim badan. Apabila kadar haba yang tinggi perlu dibebaskan, kanak- kanak mempunyai kelebihan kerana luas permukaan badannya berbanding dewasa tetapi mempunyai kapasiti perpeluhan yang kurang. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang upaya untuk bergantungan pada proses sejatan peluh untuk membebaskan haba yang berlebihan. Oleh yang demikan, kanak-kanak tidak berupaya melakukan senaman di cuaca yang panas dan lama berbanding dewasa. (c) VO2 max Kuasa aerobik maksimum adalah berkait dengan saiz badan, kematangan dan jantina. Kuasa ini diukur pada kadar nadi maksimum senaman, yang lazimnya tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Min kadar nadi maksimum kanak-kanak boleh mencapai antara 200 ke 215 dsm dan kadar ini menurun mengikut peningkatan umur. Menjelang lewat remaja kadar ini mencapai antara 190 ke 195 dsm. Keupayaan kanak-kanak menyesuaikan kapasiti aerobiknya adalah lebih baik berbanding dewasa. Semasa senaman, tempoh untuk kanak-kanak mencapai 50% kapasiti aerobik maksimum adalah lebih singkat berbanding dewasa. Perubahan-perubahan ini akan memberi satu anggaran secara tidak langsung terhadap kapasiti aerobik kanak-kanak semasa pertumbuhan. 5 Prestasi anaerobik (Anaerobic performance) Penghasilan tenaga anaerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanak- kanak kerana kebanyakan aktiviti mereka melibatkan penggunaan tenaga yang banyak, berintensiti tinggi dan jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan otot rangka adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini. Semasa pertumbuhan penentu-penentu prestasi anaerobik seperti morfologi, fisiologi dan biokimia akan berubah. Jisim otot yang akan bertambah mengikut umur memberi satu kesan terus kepada penghasilan tenaga anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat mengikut umur 32
  • 44. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman submaksimum adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa. Oleh yang demikian, pemerhatian ini mencadangkan bahawa individu yang sedang membesar kurang bergantung pada metabolisme glikogen untuk menampung ATP yang digunakan semasa aktiviti aerobik dan anaerobik. 33
  • 45. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) TAJUK 6 (Kematangan ) Sinopsis  Dalam bab ini kita akan pelajari aspek-aspek kematangan biological,penilaian kematangan tulang rangka,seksual dan somatik Hasil Pembelajaran  Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2)  Menjelaskan tentang konsep dan penilaian kematangan biologi, tulang rangka, seksual dan somatik. (1.1)  Mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan konteks kematangan semasa remaja dan variasi dalam pertumbuhan dan prestasi. (1.5)  Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambilkira factor Indicator dan salingkait dalam kematangan (2.2)  Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan. (3.4) Kerangka Tajuk KEMATANGAN Kematangan Pengaturan masa dan Variasi berkait dengan Biologi urutan perubahan kematangan dalam pertumbuhan 34
  • 46. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) Kandungan Isi 1 Kematangan biologi: Konsep dan penilaian  Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang.  Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan perkembangan ke arah keadaan matang.  Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.  Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biologikal berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut.  Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik. 2 (a) Menilai kematangan rangka  Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status kematangan.  Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh.  Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal dan berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa.  Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, ke bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara tulang di dalam seseorang individu dan antara individu-individu.  Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian kematangan rangka di dalam kanak-kanak.  Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di atas satu permukaan rata pada plet sinar-X. 35
  • 47. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) (a) 3 tahun (b) 5 tahun (c) 14 tahun  Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang panjang merangkumi diafisis dan epifisis.  Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang kebanyakannya terletak di pergelangan tangan.  Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk menentukan kematangan tulang.  Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus pada sinar-X, yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang yang terlibat.  Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan perbezaan bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat dewasa.  Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing- masing di dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan bentuk karpal dewasa.  Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels. (b) Menilai kematangan seksual  Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki) dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan).  Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat remaja atau baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan sepanjang hayat. 36
  • 48. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian.  Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak.  Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri – peningkatan awal buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu pubik (lelaki dan perempuan).  Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah sukar untuk dinilai.  Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi setiap ciri.  Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan berkembang mengikut tahap kematangan masing- masing dan tidak semestinya semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke 5.  Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah retrospective. (c) Menilai kematangan somatik  Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data kajian berbentuk longitudinal.  Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan sebagai indikator kematangan somatik.  Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai penilaian kematangan somatik.  Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah indikator yang lazim digunakan dalam kematangan somatik.  Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa pertumbuhan pesat remaja.  Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk, biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot.  Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur. 3 Salingkaitan petunjuk / indikator kematangan  Secara umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik semuanya berkait secara positif antara satu sama lain. 37
  • 49. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara seksual akan mencapai ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan pesat, dan sebaliknya.  Kematangan rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks sekunder.  Min umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat kematangan adalah rapat.  Variasi dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada 95% ketinggian matang.  Umur rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan kematangan seksual, tetapi keadaan ini akan berubah apabila pertumbuhan pesat dan kematangan seksual remaja bermula.  Pertumbuhan prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan pada rangsangan hormon pertumbuhan manakala kematangan seksual, ketinggian dan kematangan rangka di peringkat lewat adalah di bawah rangsangan hormon pertumbuhan dan hormon steroid.  Hormon steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan. 4 Pengaturan masa dan urutan perubahan dalam kematangan semasa remaja  Pertumbuhan pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang digunakan untuk kematangan somatik.  Kelajuan pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat maksimum dan seterusnya mula menurun.  Sesetengah kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan semasa peringkat pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada julat umur yang lazim dalam transisi dari kanak-kanak ke remaja.  Perempuan akan matang lebih cepat daripada lelaki.  Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam setiap tulang berlaku lebih cepat dalam perempuan berbanding lelaki.  Pertumbuhan maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya femur, diikuti fibula dan tulang-tulang anggota atas.  Pertumbuhan ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan pertumbuhan maksimum humerus dan radius.  Oleh yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai kaki yang panjang, kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami pertumbuhan pesat lebih awal berbanding anggota atas.  VO2 max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas haid dan kemudiannya akan berada di keadaan malar.  VO2 max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas haid.  Peningkatan VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan saiz badan, di mana penurunan VO2 max relatif pada tempoh ini menunjukkan peredaran oksigen tidak berkembang secepat jisim badan. 38
  • 50. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Perubahan dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak adalah faktor signifikan yang mempengaruhi VO2 max relatif semasa kematangan seksual dalam perempuan.  Perubahan imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan pesat mungkin mempengaruhi motivasi untuk bertanding. 5 (a) Variasi berkait dengan kematangan dalam pertumbuhan  Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi masa pertumbuhan pesat dan kematangan seksual dapat diperhatikan dengan jelas.  Kanak-kanak pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan kematangan awal, normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur semasa haid atau ciri-ciri seks sekunder.  Penilaian berdasarkan umur rangka Umur rangka Kategori kematangan Dalam lingkungan 1 tahun umur kronologi Normal Lebih daripada 1 tahun umur kronologi Awal Kurang daripada 1 tahun umur kronologi Lewat  Penilaian berdasarkan haid Contoh: Kehadiran haid pada umur 13 tahun Kategori kematangan Antara 12 dan 14 tahun Normal Atas 14 tahun Lewat Bawah 12 tahun Awal  Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat berbanding mereka yang normal atau lewat matang.  Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja bagi mereka yang matang pada waktu yang berlainan.  Kanak-kanak lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil berbanding bahu mereka.  Kanak-kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar berbanding bahu mereka.  Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki dan perempuan.  Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara endomorf dan mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka dalam kanak-kanak berumur antara 9 dan 17 tahun.  Korelasi antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12 tahun, menunjukkan pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat remaja. 39
  • 51. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Korelasi antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16 tahun, menunjukkan pengurangan atau kehilangan lemak semasa pertumbuhan.  Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di bahagian anggota hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagian abdomen semasa peringkat remaja.  Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 12 tahun, dan seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun.  Korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 15 tahun dan mula menurun pada lewat remaja.  Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf yang tinggi.  Ektomorf yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau awal dewasa adalah berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau panjang.  Mesomorf yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih rendah dan mempunyai kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi pertumbuhan yang pesat.  Endomorf prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan pesat tetapi tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang lama.  Dalam lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan dan betis meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja, berbanding perempuan.  Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat dari umur kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan.  Ukuran otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak awal matang (lelaki dan perempuan) adalah besar. (b) Variasi berkait dengan kematangan dalam prestasi  Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif antara umur rangka dan prestasi.  Korelasi antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan adalah lebih tinggi untuk prestasi motor.  Oleh itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanak- kanak lewat matang.  Prestasi semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh umur kronologi dan saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status kematangan.  Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah dipengaruhi oleh perkaitan antara umur kronologi, umur rangka, dan saiz badan. Oleh itu, adalah sukar untuk membezakan dengan jelas kesan khusus variasi berkait kematangan dalam penilaian kekuatan dan prestasi motor.  Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki adalah positif dan signifikan kepada kematangan rangka. 40
  • 52. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR)  Prestasi motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara signifikan kepada petunjuk kematangan rangka dan seksual.  Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status kematangan dalam perempuan semasa remaja.  Data korelasi untuk kekuatan, prestasi motor, dan status kematangan semasa remaja adalah berkait dengan umur kronologi, status kematangan, saiz badan dan prestasi. Kematangan a) Dapatkan maklumat mengenai 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle, (ii) kaedah Tanner-Whitehouse (iii) kaedah Fels dan buatkan perbandingan antara mereka b) Dapatkan maklumat mengenai 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan seksual iaitu (i) kaedah status quo (ii) kaedah retrospective dan buatkan perbandingan antara mereka 41
  • 53. (PJM3105 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR) TAJUK 7 (Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, Kematangan dan prestasi ) Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi 42
  • 55. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN KRISHNA KUMAR VARATHARAJ SARJANA PENSYARAH PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL krishkumar@ipgperlis.edu.my 2 TAHUN (NAMA) (KELULUSAN) (JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (EMEL) (PENGALAMAN KERJA) (NAMA) (KELULUSAN) (JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (EMEL) (PENGALAMAN KERJA)
  • 56. IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat