Tugasan ini membincangkan peranan penting persatuan dan kelab sekolah dalam membentuk pelajar secara menyeluruh. Ia menyarankan penganjuran pertandingan antara kelab untuk menonjolkan bakat pelajar dan memastikan warisan sekolah diteruskan. Guru diminta merancang satu aktiviti pertandingan untuk melibatkan pelajar.
1. TUGASAN 1
___________________________________________________________________________
KOD KURSUS : HBEF2703
TAJUK KURSUS : KO-KURIKULUM
SEMESTER : JANUARI 2013
___________________________________________________________________________
SOALAN TUGASAN
Secara amnya, semua sekolah di negara ini telah menubuhkan persatuan atau kelab. Para
pelajar seharusnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti di luar kegiatan sekolah atau
kokurikulum melalui persatuan atau kelab berdaftar yang dianggotai oleh mereka. Terdapat
pelbagai persatuan yang diadakan di sekolah seperti Kelab Silat, Kelab Bahasa dan Sastera,
Kelab Fotografi, Kelab Catur, Kelab Bahas, Kelab Lukisan dan Seni Halus. Antara tujuan
persatuan atau kelab dibentuk adalah untuk mencungkil bakat-bakat pelajar baru yang
mengambil alih jawatan yang sebelumnya dipegang oleh pelajar senior untuk meneruskan
amanah yang diberikan agar warisan sekolah tidak lupus dan terus melangkah ke hadapan.
Tujuan ini dapat dilaksanakan melalui penganjuran pertandingan, menghadiri majlis, lawatan
dan sebagainya.
Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan bahawa kegiatan
persatuan atau kelab dilaksanakan dengan baik dan memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang
dirancang demi membentuk pelajar yang seimbang dan potensi pelajar dapat diketengahkan
melalui persatuan atau kelab yang aktif.
Berdasarkan senario ini anda dikehendaki mengadakan SATU pertandingan di kalangan ahli
persatuan atau kelab anda. Anda juga boleh mengadakan pertandingan di antara kelas sekolah
anda.
1