Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Laras Bahasa Iklan
1.
2. Ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan
bahasa mengikut bidang dan situasi
penutur ketika berbahasa, sama ada
secara lisan ataupun tulisan.
Penggunaan bahasa berbeza
berdasarkan konteks penyampaian,
contohnya: bahasa yang digunakan dalam
ulasan sukan dan minit mesyuarat adalah
berbeza dan juga sebaliknya.
3. Penggunaan bahasa mengikut kesesuaian
sesuatu bidang terutamanya penggunaan
istilah mestilah bersesuaian, contohnya:
bidang sukan
(pengadil),
minit
mesyuarat
(kertas
kerja)
bidang
masakan
(ramuan,
bahan-bahan)
4. •Ada kata-kata yang menentukan taraf
sosial penutur. Contoh:
Perkataan beradu,
santap, bersiram,
murka, mangkat ada
kaitan dengan istana
dan sultan.
Perkataan kuliah ,
semester, gugur dan
tambah kursus ada
kaitan dengan
mahasiswa/i.
Tepung naik sendiri,
pukul telor hingga
kembang adalah laras
masakan
5. Perubahan sosial dan kebudayaan serta
perubahan yang berlaku dalam masyarakat
turut mendatangkan perubahan pada laras
bahasa.
Laras baru akan muncul apabila muncul alat
baru, teknologi baru dalam masyarakat.
Laras boleh dimantapkan melalui penggunaan
yang sering dan bertubi-tubi supaya diterima
oleh masyarakat.
6. Laras bahasa biasa
◦ Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks
yang khusus
◦ Tiada istilah teknikal
◦ Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat
◦ Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi
rasmi sahaja.
◦ Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri
bahasa basahan.
7. Pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio,
dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan
beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan:
halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum
melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat
khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat
khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan:
pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya,
turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan
yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal
(perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru
syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang
(syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu.
8. •Berbentuk pemberitahuan fakta.
•Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi
terperinci.
•Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata
adjektif.
•Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan
kreatif.
9. •Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
– bertujuan untuk membujuk dan mempengaruhi
pengguna.
•Cara penyampaian menarik dan mesra.
•Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi
tidak mementingkan tatabahasa.
•Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk
meyakinkan pengguna.
10. ◦ Slogan – Gaya, Mutu dan Keunggulan
◦ Kaedah penyataan – Lot banglo untuk dijual
◦ Perkaitan konsep – Siti Nurhaliza dan Pantene
◦ Perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona
◦ Kaedah umpan – wang tunai RM5000 menunggu
kunjungan anda
◦ Mesra – TV9 dekat di hati
◦ Bandingan – Feb lebih bersih dan harum
◦ Gesaan – Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini
◦ Pertanyaan – menghadapi masalah perut buncit? Slim
World!
11. KESIMPULAN
Laras iklan lebih kepada tujuan untuk
melariskan produk yang akan dijual,
memujuk pelanggan, membandingkan antara
produk-produk yang ada, dan ada kalanya
menggunakan perkataan yang bombastik.